Anda di halaman 1dari 3

MESYUARAT AGONG TAHUNAN

CAWANGAN SERI FAJAR FELDA LUBUK MERBAU

Tarikh : 7/9/2022 (Rabu)


Masa : Pukul 3.00 Petang
Tempat : Rumah Ketua Wanita Cawangan Seri Fajar
(Puan Kamariah Bt Che Nik)

Kehadiran : 40 Orang

Agenda 1 : Ucapan aluan Pengerusi Majlis. Ucapan terima kasih kepada ahli – ahli yang
dapat hadir dan ucapan terima kasih kepada Setiausaha Bahagian UMNO Padang Terap
kerana sudi hadir dalam majlis Mesyuarat Agong Tahunan UMNO pada hari ini.

Agenda 2 : Bacaan Doa : oleh Tuan Hj Yusuf Bin Abd Rahman.

Agenda 3 : Ucapan ketua Umno Cawangan,

Encik Mat Bin Awang Saad selaku ketua berbesar hati diatas kehadiran ahli pada hari ini.
Semangat yang diberi pada petang ini menunjukkan bahawa ahli-ahli masih lagi teguh
menyokong Umno semangat dan perjuangan yang tak pernah padam dari ahli-ahli
semua. Menyentuh sedikit masalah tanam semula, pihak pengurusan sedang mencari
kontraktor untuk mengambil kayu. Kelewatan tebang proses tebang semula pokok kayu
getah adalah kerana harga kayu tidak stabil dan pihak pengurusan juga sedang berusaha
membawa usul peneroka yang mahu duit kayu diberi sepenuh kepada peneroka.

Agenda 4 : Membentang penyata dan persidangan cawangan tahun 2021.

Setiausaha cawangan Encik Mohamad Bin Cha membentang penyata persidangan 2021.
Majlis menerima sebulat suara dan Encik Abdullah Bin Chik menyokong.

Agenda 5 : Membentangkan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2021

Encik Mohamad Bin Man selaku bendahari cawangan melaporkan tiada wang yang
masuk dan keluar bagi tahun 2021.
Agenda 6 : Memilih perwakilan Umno Cawangan Ke Mesyuarat Perwakilan Umno
Bahagian.

1 – Encik Sidik Bin Husain


2 – Encik Muzairi Bin Mohammad

Agenda 7 : Usul – usul

1- Pohon lampu SOLAR


2- Pohon set pemadam api dan hos kebakaran
3- Pohon jalan Sg. Pisang keluar ke peringkat 9

Agenda 8 : Ucapan penangguhan

Encik Roslan Bin Abd Rahman selaku setiausaha bahagian UMNO Padang Terap
mengucapkan tahniah kepada semua ahli yang dapat hadir pada mesyuarat petang ini
berjalan dengan aman dan lancar. Menyentuh masalah bekas perdana menteri Dato Seri
Najib beliau berkata rakyat perlu bertenang di atas keputusan mahkamah,kita ahli-ahli
UMNO harus berdoa agar Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong memberi
keampunan terhadap Dato Seri Najib.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 Petang.

Disediakan oleh

…………………………….
Mohamad Bin Cha
(Setiausaha UMNO Cawangan Seri Fajar)
MESYUARAT AGONG UMNO TAHUNAN
CAWANGAN SERI FAJAR
FELDA LUBUK MERBAU
TAHUN 2022

TARIKH : 7 SEPTEMBER 2022 (RABU)


MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : RUMAH KETUA WANITA
PUAN KAMARIAH BTE CHE NIK
(CAWANGAN UMNO SERI FAJAR)

Anda mungkin juga menyukai