Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS DOA KECEMERLANGAN & RAMAH TAMAH AIDIL

FITRI SK LABANG
TAHUN 2011

Asssalamualaikum WBT dan selamat sejahtera diucapkan…..

Yang Berusaha , Tuan Abdul Rahim b. Hj. Harmi (Guru Besar Sk Labang)

-Yang Dihormati En. Hj. Michi b. Lau (Ketua Kaum Kampung Labang)

- Yang Dihormati En. Majang anak Ragan (Yang Dipertua PIBG Sk Labang)

- Yang Dihormati En. Jemat anak Saga (Naib Yang Dipertua PIBG Sk Labang)

-Yang Dihormati En. Mahzen selaku Tuan Imam Kampung Labang

Penolong-penolong Kanan Sk Labang

AJK-AJK PIBG SK Labang

Guru-guru

Para ibu bapa

Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian

Selamat datang diucapkan kepada semua ke majlis doa kecemerlangan dan ramah tamah

aidilfitri tahun 2011 di SK Labang. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini merupakan

salah satu aktiviti sekolah bagi mendapat restu semua untuk murid tahun 6 Sk Labang

menghadapi UPSR.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dijemput Alfadil Ust Muhd Haniff untuk bacaan doa.

(terima kasih diucapkan kpd Alfadil Ust Muhd Haniff atas bacaan doa itu tadi.

Tuan dan puan sekalian, bagi meneruskan majlis kita pada malam ini dipersilakan

Guru Besar Sk Labang, Tuan Abdul Rahim Hj Harmi untuk menyampaikan amanat beliau,

majlis mempersilakan.

( terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru BEsar atas amanat sebentar tadi).

Kini tibalah masa amanat yang akan diberi oleh Penolong-penolong kanan
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.....................................................

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas amanat yang diucapkan sebentar tadi.

Majlis seterusnya memberi peluang kepada mana-mana guru untuk memberikan kata

semangat kepada murid tahun 6 Sk Labang. Majlis mempersilakan_________________

Terima kasih atas semangat yang diberikan tadi.

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu majlis penyampaian hadiah kepada murid tahun 6.

Untuk menyampaikan hadiah kepada murid tahun 6, majlis mempersilakan Tuan GB SK Labang

untuk menjemput dan mengiringi Encik Majang, YDP PIBG SK Labang menyampaikan hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG SK Labang kerana sudi menyampaikan hadiah itu

tadi.

Saat-saat kemuncak sudah tiba iaitu izin ilmu. Semua hadirin diminta berdiri, murid Tahun 6

dikehendaki bersalaman semua.....

Berakhir sudah izin ilmu.

Sebulan kita berpuasa

Hari raya telah tiba

Hidangan sudah tersedia

Jom kita menjamu selera

Untuk itu dijemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menjamu selera.

Sekarang kite sampai ke acara pemotongan kek mengambil sempena hari lahir kakitangan Sk

Labang yang lahir pada bulan Ogos dan September. Dijemput ..................................

Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada kakitangan Sk Labang atas kerjasama yang

diberikan.
Sementara menjamu selera,keputusan pertandingan kepada guru dan staf yang memakai

pakaian cantik. Dengan ini diumumkan tempat ketiga ialah..................................................

Dijemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan hadiah tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas penyampaian hadiah itu dan sekalung

tahniah kepada pemenang.

Makan sudah, minum pun sudah,bagi meneruskan acara kita yang berikutnya iaitu

Pertandingan Mencari Pemenang Karaoke yang akan disertai oleh para guru dan tetamu

semua. Sebelum itu diminta kepada para hakim untuk mengambil tempat.

Dijemput Encik/ Puan......

Terima kasih atas nyanyian yang itu tadi..

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu keputusan pertandingan karaoke terbuka. Untuk

menyampaikan hadiah kepada para pemenang dipersilakan Tuan Guru Besar SK Labang Untuk

menjemput dan mengiringi Naib Yang Dipertua PIBG, Encik Jemat anak Saga menyampaikan

hadiah. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Naib Yang Dipertua PIBG SK

Labang.

Sebelum mengakhiri majlis, ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang

menjayakan majlis doa kecemerlangan UPSR dan Ramah Tamah Aidilfitri ini. Dengan ini,

berakhirlah Majlis Doa Kecemerlanagn pada malam ini. Segala yang baik datang daripada

Allah SWT dan yangg kurang itu merupakan kelemahn daripada kami sendiri.

Sekian Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai