Anda di halaman 1dari 2

Peribahasa Satu

Peribahasa Maksud
Ada udang di sebalik batu Ada tujuan atau muslihat yang tersembunyi
dalam perbuatan.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar Buat kerja bersungguh-sungguh hingga
sampai ke pangkal lengan memperoleh kejayaan.
Ada kerak adalah nasi Sesuatu kejadian tentu ada bekasnya.
Alah bisa, tegal biasa Kerja yang susah menjadi senang jika menjadi
suatu kebiasaan.
Aur dengan tebing Tolong-menolong
Alah membeli menang memakai Membeli barang yang mahal, bermutu, baik
dan tahan lama.
Ada sampan hendak berenang Sengaja menyusahkan diri
Ada wang abang disayang, tak ada wang Ada kasih sayang kerana adanya wang.
abang melayang
Bagaimana acuan begitulah kuihnya Perangai anak mengikut orang yang diasuhnya.
Berpeluk tubuh Malas bekerja
Bagai ayam disambar helang Hilang dengan tiba-tiba
Buat baik berpada-pada, buat jahat Buat baik biar sekadarnya dan jangan sama
jangan sekali sekali buat jahat
Bintang terang Bertuah
Biar mati anak, jangan mati adat Adat resam perlu ditaati walaupun terpaksa
korbankan anak.
Besar periuk, besarlah keraknya Besar gaji, besarlah perbelanjaan.
Belum duduk sudah berlunjur Membuat sesuatu pekerjaan tidak mengikut
peraturan.
Burung terbang dipipiskan lada Belum tentu akan memperoleh sesuatu tetapi
sudah memikirkan keuntungannya.
Bergolok bergadai Habis terjual barang-barang milik untuk
mendapatkan wang.
Belakang parang, diasah lagikan tajam. Kurang berkebolehan tetapi apabila rajin
belajar akan berjaya.
Berjagung-jagung dahulu sementara Sebelum mendapat pekerjaan baik, buatlah
menanti padi masak kerja lain.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan; Setiap orang tidak sepi daripada membuat
laut mana yang tidak bergelora. kesalahan, bezanya sama ada kesalahan itu
besar atau kecil.
Berat mata memandang, berat lagi bahu Sedih melihat orang yang susah, tetapi susah
memikul lagi orang yang menanggungnya.
Burung dalam sangkar, mata lepas Orang yang dipelihara dengan baik tetapi tiada
badan terkurung kebebasan.
Biar putih tulang, jangan putih mata Sanggup mati daripada meyerah kalah.
Biduk lalu kiambang bertaut Ahli keluarga yang berkelahi akhirnya akan
bersatu semula.
Beringat sebelum kena, berjimat Berfikir sebelum membuat sesuatu pekerjaan.
sebelum habis
Berludah ke langit, jatuh ke muka Membuka rahsia sendiri atau keluarga,
sendiri akhirnya diri yang malu.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang Pada mulanya susah, kemudian mendapat
ke tepian; bersakit-sakit dahulu, kesenangan.
bersenang-senang kemudian
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Tolong-menolong apabila membuat sesuatu
kerja.
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Anak menurut baka bapanya.
Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga Kalau seseorang itu merosakkan kaum keluarga
orang lain, orang berkenaan turut merasakan
kesusahannya.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama Perkelahian antara ahli keluarga berakhir
bercantum juga dengan berbaik-baik.
Campak baju nampak kurap Mendedahkan keburukan diri sendiri.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Kalau ada cita-cita, tentu ada ikhtiar untuk
menjayakannya.
Dibakar tidak hangus, direndam tak Sangat berkuasa dan tidak mudah dikalahkan.
basah
Di mana bumi dipijak di situ langit Patuh kepada adat dan peraturan tempat di
dijunjung mana kita tinggal
Enggang sama enggang, pipit sama pipit Perbezaan taraf; orang kaya dengan orang
kaya; orang miskin dengan orang miskin.
Enau dalam belukar melepaskan pucuk Mementingkan diri sendiri dan hidup
masing-masing bersendirian.
Embun di hujung rumput Kasih sayang yang tidak kekal.

Anda mungkin juga menyukai