Anda di halaman 1dari 129

SMK Kota Marudu

Peti Surat 11, 89107 Kota Marudu, Sabah

Tel: 088-661346, Fax : 088-663907
_________________________________

Laporan Kajian Tinjauan

Isu-isu Guru Tidak Menjalankan
Tugas dan Guru Terbeban Tugas

Disediakan untuk:
Bahagian Pentadbiran SMK Kota Marudu

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Guru Cemerlang
SMK Kota Marudu
2009
JADUAL KANDUNGAN

Perkara
Halaman
1. Latar Belakang Masalah Dan Tujuan Kajian 3

2. Kaedah, Instrumen Dan Prosedur Kajian 3

3. Lokasi Kajian Dan Sumber Responden 4

4. Analisis Data 4

5. Analisis Data, Dapatan Kajian Serta Rumusan Dan Cadangan 5

5.1 Analisis Ujian Kebolehpercayaan Respon 5

5.2 Analisis Profil Responden 5

5.3 Analisis Item-Respon 7

5.4 Analisis Korelasi Umur-Beban Tugas 17

5.5 Analisis Korelasi Pengalaman-Beban Tugas 18

6. Komen-Komen Lain Yang Ditulis Oleh Para Responden 19

7. Cadangan Penambahbaikan Kaedah Agihan Dan Penggiliran

Tugas Guru 25

Sumber Rujukan 26

Lampiran I 27

Lampiran II 34

Lampiran III 39

Lampiran IV 42

Lampiran V 55

Lampiran VI 56
1. Latar Belakang Masalah Dan Tujuan Kajian

Sejak sekian lama pihak pentadbiran sentiasa menerima

aduan/dakwaan/rungutan dari pihak-pihak tertentu tentang segelintir guru SMK
Kota Marudu tidak menjalankan tugas (tugas bukan p & p) atau menolak tugas
yang hendak diberikan. Dakwaan ini juga ada asasnya berdasarkan pemerhatian
secara terus oleh pihak pentadbiran. Tafsiran tentang ‘tidak menjalankan tugas’
ini meliputi situasi-situasi berikut:

(a) tidak menjalankan semua atau sebahagian tugas yang diamanahkan; dan
(b) menjalankan tugas tetapi tidak mempunyai kesungguhan dan boleh
dibuktikan menerusi hasilan kerja yang tidak mencapai tahap yang
diharapkan oleh pihak pentadbiran.

Apa pun situasinya, isu utama yang diutarakan dalam kajian tinjauan ini ialah
‘tidak menjalankan tugas’ dan ‘menolak tugas’. Omardin (2001) menegaskan
bahawa peranan, tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan setakat
masuk kelas dan mengajar subjek opsyen mereka tetapi lebih dari itu guru perlu
memegang pelbagai tugas dalam bidang kokurikulum, hal-ehwal murid malahan
tugas-tugas pentadbiran. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui punca
sebenar mengapa seseorang guru di SMK Kota Marudu tidak menjalankan tugas
atau menolak tugas yang hendak diberikan. Di samping itu kajian tinjauan ini
juga bertujuan untuk mengetahui punca sebenar mengapa segelintir guru
dibebani tugas. Dapatan daripada kajian ini diharap dapat membantu pihak
pentadbiran untuk menambahbaik kaedah agihan tugas guru. Kajian ini adalah
untuk mengkaji keseluruhan responden yang terlibat dan bukannya mengkaji
individu. Identiti para responden telah dirahsiakan.

2. Kaedah, Instrumen Dan Prosedur Kajian

Kaedah kajian yang telah digunakan ialah kajian tinjauan sementara instrumen
kajian yang telah digunakan ialah borang soal selidik. Borang soal selidik
mengandungi tiga (3) bahagian, iaitu Bahagian A mengenai profil responden,
Bahagian B berkaitan punca-punca/sebab-sebab guru tidak menjalankan tugas
dan Bahagian C berkaitan punca-punca/sebab-sebab guru dibebani tugas.
Bahagian A mengandungi tujuh (7) item, Bahagian B terdiri daripada tiga puluh
lima (35) item dan Bahagian C terdiri daripada sembilan (9) item. Pilihan respon
kepada setiap item dibina berdasarkan Skala Likert 5 pemeringkatan bagi
memudahkan analisis dapatan kajian. Contoh borang soal selidik terdapat pada
Lampiran I.

Borang soal selidik telah diedar kepada guru-guru pada 3 November 2009
semasa mesyuarat guru kali kedua tahun 2009. Taklimat mengisi borang soal
selidik telah disampaikan oleh Tuan Pengetua. Guru-guru diberi tempoh dua (2)
hari untuk melengkapkan dan mengembalikan borang soal selidik.

3. Lokasi Kajian Dan Sumber Responden

Lokasi kajian ialah SMK Kota Marudu manakala responden kajian adalah terdiri
daripada guru-guru SMK Kota Marudu kecuali pengetua, penolong kanan, guru
sandaran tidak terlatih dan guru ganti.

4. Analisis Data

Data dan maklumat dalam borang soal selidik telah dianalisis menggunakan
statistik parametrik dan program perisian komputer Statistical Package for Social
Science (SPSS version 17.0 for Windows) serta dilaporkan secara deskriptif
inferens iaitu menggunakan taburan kekerapan, peratusan, min, varians, sisihan
piawai dan korelasi. Menurut Mohd Salleh Abu (2001), pengukuran-pengukuran
statistik yang disebutkan tadi sudah cukup memadai bagi suatu penyelidikan
yang hanya menggunakan kaedah tinjauan.
Bagi memudahkan analisis data, pilihan-pilihan respon kepada setiap item
diungkapkan dalam bentuk Skala Likert 5 Pemeringkatan STS (Sangat Tidak
Setuju), TS (Tidak Setuju), TP (Tidak Pasti), S (Setuju) dan SS (Sangat Setuju).
Menurut Mohamad Najib (1997), Skala Likert sesuai digunakan kerana ia
merupakan satu skala yang mudah dalam pemprosesan data, meningkatkan
ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang
diberi. Di samping itu responden akan memilih hanya satu jawapan daripada
satu kontinum yang telah disediakan.

Bagi menguji kebolehpercayaan respon yang telah diberikan oleh para

responden, ujian Cronbach Alpha pada aras .80 (atau 80%) telah dijalankan.
Menurut Mohamad Najib (1999), nilai tersebut adalah berada pada tahap
kebolehpercayaan yang tinggi.

5. Analisis Data, Dapatan Kajian, Rumusan Dan Cadangan

5.1 Analisis Ujian Kebolehpercayaan Respon

Terdapat 102 set borang soal selidik telah diterima, walau bagaimanapun 8
daripadanya terpaksa disingkirkan dan tidak dianalisis kerana borang-borang
tersebut dianggap ‘rosak’ dan dijangka akan memberikan nilai kebolehpercayaan
instrumen yang amat rendah. Sesuatu borang soal selidik dianggap ‘rosak’
apabila responden :
(a) mengembalikan borang yang tidak lengkap;
(b) memberikan dua atau lebih respon untuk satu item;
(c) memberi respon yang bersifat kontra; atau
(d) mengubahsuai maksud item yang sedia ada;

Ini bermakna bilangan responden sebenar ialah 94. Setelah dijalankan ujian
kebolehpercayaan respon, nilai Alpha Cronbach yang diberolehi ialah .9153, ini
bermakna kerja-kerja menganalisis data boleh diteruskan kerana kekuatan dan
kebolehpercayaan respon berada pada aras yang tinggi (91.53%). Analisis
terperinci bagi ujian kebolehpercayaan instrumen terdapat pada Lampiran II.

5.2 Analisis Profil Responden

Analisis profil responden yang diperolehi menerusi SPSS adalah seperti berikut:

(a) Bertugas pada sesi.

Pagi 65.69%
Petang 34.31%

Bilangan guru yang mengajar di sebelah pagi lebih ramai berbanding guru yang
mengajar di sesi petang.

(b) Jantina.
Lelaki 44.7%
Perempuan 55.3%

Bilangan guru perempuan di SMK Kota Marudu lebih ramai berbanding guru
lelaki.

(c) Status perkahwinan.

Bujang 23.4%
Berkahwin 74.5%
Lain-lain 2.1%

Bilangan guru yang sudah berkahwin lebih ramai berbanding guru yang masih
bujang.
(d) Jawatan di sekolah.
Penolong Kanan 0%
Guru Cemerlang 6.4%
Guru Akademik Tingkatan 6 8.5%
Ketua Bidang 3.2%
Ketua Panitia 25.5%
Guru Tingkatan 24.5%
Guru Akademik Biasa 30.9%
Ketua Guru Disiplin 0%
Ketua Warden 1.0%
Kaunselor Penuh Masa 0%

Berdasarkan data di atas, guru akademik biasa (30.9%), guru kelas/tingkatan

(24.5%) dan ketua panitia (25.5%) mendominasi perjawatan di SMK Kota
Marudu. Data di atas juga menunjukkan bahawa penolong-penolong kanan,
ketua guru disiplin dan kaunselor penuh masa tidak turut serta dalam mengisi
borang soal selidik.

(e) Pengalaman mengajar.

1 – 5 tahun 29.8%
6 – 10 tahun 28.7%
11 – 15 tahun 29.8%
16 – 20 tahun 6.4%
Melebihi 20 tahun 5.3%

Berdasarkan data di atas, membuktikan bahawa majoriti guru di SMK Kota

Marudu (70.2%) adalah guru yang berpengalaman dengan pengalaman
mengajar melebihi 5 tahun.
(f) Umur.
Bawah 29 tahun 22.3%
30 – 39 tahun 58.5%
40 – 49 tahun 17.0%
50 tahun ke atas 2.2%

Jelas bahawa sebahagian besar guru di SMK Kota Marudu (80.8%) berumur
antara 25 tahun hingga 39 tahun. Julat umur seperti ini dianggap sudah cukup
matang dan berpengalaman tetapi belum ‘tua’ dalam perkhidmatan awam
(Omardin, 2001).

(g) Bilangan tugas bukan p & p di sekolah yang dipegang sepanjang tahun.
1–5 38.3%
6 – 10 41.5%
11 – 15 12.8%
16 – 20 7.4%

Marudu (61.7%) dianggap terbeban tugas-tugas bukan p & p kerana
menjalankan lebih dari 5 bilangan tugas. Dakwaan bahawa “guru tidak
menjalankan tugas” atau “guru tiada tugas” atau “guru menolak tugas” boleh
dianggap sebagai kes terpencil. Analisis terperinci bagi profil responden terdapat
pada Lampiran III.

5.3 Analisis Item-Respon

Analisis respon bagi isu “sebab-sebab guru tidak menjalankan tugas atau guru
menolak tugas” yang diperoleh menerusi SPSS adalah seperti yang terdapat di
muka surat sebelah.
NO. PERNYATAAN SKALA RESPON
ITEM (%)
1 2 3 4 5
1 Tiada minat terhadap tugas yang diberikan. 16.0 39.4 17.0 23.4 4.3
2 Masalah sikap seperti malas, tiada 30.9 33.0 13.8 18.1 4.3
komitmen dan tidak bertanggungjawab.
3 Lebih gemar melakukan aktiviti di luar sesi 21.3 37.2 13.8 21.3 6.4
persekolahan yang mendatangkan manfaat
peribadi.
4 Tidak diberikan surat lantikan. 11.7 22.3 16.0 34.0 16.0
5 Tidak tahu melakukan kerja. 25.5 33.0 22.3 16.0 3.2
6 Salah satu teknik mengelak daripada 14.9 33.0 17.0 28.7 6.4
diberikan tugas yang lebih banyak/diberkan
tugas secara berulang setiap tahun.
7 Sudah jemu/bosan melakukan tugas yang 9.6 37.2 17.0 24.5 11.7
sama setiap tahun.
8 Taklimat tugas tidak diberikan oleh pihak 4.3 22.3 13.8 41.5 18.1
sekolah.
9 Skop tugas yang tidak jelas. 5.3 22.3 11.7 42.6 17.0
10 Tidak suka jadi ketua. 6.4 30.9 33.0 18.1 10.6
11 Lebih suka menjadi ketua tetapi tidak 16.0 29.8 29.8 14.9 9.6
berpeluang.
12 Usaha dan sumbangan selama ini tidak 7.4 16.0 27.7 27.7 20.2
pernah dihargai oleh pihak pentadbiran.
13 Tugas yang diberikan terlalu mudah dan 30.9 41.5 16.0 8.5 3.2
remeh.
14 Kekurangan/tiada motivasi melakukan 8.5 22.3 14.9 42.6 11.7
kerja.
15 Gangguan masalah peribadi dan masalah 19.1 20.2 22.3 30.9 7.4
keluarga.
16 Kekurangan/tiada bakat/kemampuan 11.7 43.6 12.8 26.6 5.3
melakukan tugas.
17 Sukar mengagihkan masa/tiada kemahiran 12.8 37.2 18.1 23.4 8.5
mengurus masa bagi pelaksanaan tugas.
18 Tugas yang diberikan dirasakan tidak 18.1 39.4 16.0 21.3 5.3
penting/tidak memberi manfaat.
19 Tugas yang diberikan terlalu sukar. 12.8 43.6 22.3 17.0 4.3
20 Kekurangan/tiada keyakinan melakukan 9.6 44.7 19.1 25.5 1.1
sesuatu kerja.
21 Kekurangan/tiada daya kepimpinan dalam 9.6 40.4 19.1 23.4 7.4
pelaksanaan tugas.
22 Tidak mendapat kerjasama dan sokongan 5.3 21.3 20.2 40.4 12.8
dari pihak pentadbiran.
23 Tidak mendapat kerjasama dari rakan- 7.4 37.2 18.1 31.9 5.3
rakan sekerja.
24 Tidak mendapat kerjasama dari pelajar- 12.8 42.6 12.8 26.6 5.3
pelajar.
25 Pihak pentadbiran tidak menyalurkan 5.3 13.8 17.0 42.6 21.3
belanja kos pelaksanaan, kekurangan/tiada
sumber (bahan atau alatan) yang
membantu pelaksanaan tugas.
26 Persekitaran sekolah yang tidak kondusif 1.1 19.1 7.4 41.5 30.9
(kesesakan pelajar, sentiasa berebut
penggunaan ruang dan masa seperti
penggunaan bilik makmal, kelas, bangunan,
peralatan, dll.).
27 Setiap cadangan tidak mendapat 3.2 28.7 25.5 27.7 14.9
pertimbangan dari pihak pentadbiran. Idea
yang dikemukakan dipandang rendah dan
remeh oleh pihak pentadbiran.
28 Tidak suka/tidak senang dengan seseorang 13.8 37.2 29.8 13.8 5.3
yang berada dalam kumpulannya; sukar
buat kerja kerana kehadiran seseorang
yang tidak disenangi.
29 Tahap profesionalisme yang amat rendah. 14.9 36.2 22.3 14.9 11.7
30 Hanya melakukan tugas-tugas 11.7 25.5 18.1 27.7 17.0
tertentu/terpilih yang dirasakan
mendatangkan manfaat peribadi secara
terus kepadanya umpamanya menyumbang
markah yang tinggi kepada nilaian
prestasinya.
31 Pihak pentadbiran tidak mempunyai kaedah 2.1 12.8 25.5 31.9 27.7
untuk memantau dan menilai kerja-
kerjanya, hanya bergantung kepada
laporan/dokumen Sasaran Kerja Tahunan
(SKT) semata-mata.
32 Kerana cemburu; pihak pentadbiran dilihat 0 21.3 29.8 31.9 17.0
lebih gemar ‘memerhatikan’ dan ‘sayang’
kepada orang-orang tertentu sahaja dalam
organisasi sekolah.
33 Terpaksa dan dipaksa memegang tugas. 9.6 39.4 14.9 24.5 11.7
34 Memang tidak suka dengan aktiviti 20.2 37.2 19.1 12.8 10.6
kokurikulum.
35 Tidak suka dengan beberapa amalan dan 3.2 18.1 25.5 36.2 17.0
polisi yang dilaksanakan oleh pihak
pentadbiran.

Terdapat beberapa dapatan kajian yang menarik untuk dibahas oleh

Jawatankuasa Guru Cemerlang (GC) dan seterusnya diberi respon balas oleh
Tuan Pengetua, antaranya:
(a) Ulasan GC: 50% (50% = Setuju 34% + Sangat Setuju 16%) daripada
responden memberi sebab “tidak diberi surat lantikan”. Berdasarkan
alasan ini, SMK Kota Marudu perlu menggiatkan amalan mengeluarkan
surat lantikan kepada setiap guru untuk setiap tugas (lantikan sekolah)
yang dipegangnya walau apa sekalipun terma dan syarat tugas (berkala,
ad hoc dan sebagainya). Semua surat lantikan mesti ditandatangani oleh
Tuan Pengetua. Tugas mengeluarkan surat lantikan boleh diagihkan-
agihkan; misalnya setiap tugas yang berkaitan akademik, pentadbiran dan
jawatankuasa-jawatankuasa khas perlu diurus oleh Penolong Kanan
Pentadbiran & Kurikulum, setiap tugas yang berkaitan hal-ehwal murid
diurus oleh Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, setiap tugas yang berkaitan
aktiviti sekolah di sesi petang diurus oleh Penolong Kanan Petang, setiap
tugas yang berkaitan sukan & permainan diurus oleh Penyelaras Sukan &
Permainan, setiap tugas yang berkaitan unit beruniform diurus oleh
Penyelaras Unit Beruniform, setiap tugas yang berkaitan kelab &
persatuan diurus oleh Penyelaras Kelab & Persatuan. Format surat
lantikan juga perlu diselaraskan. Surat lantikan hanya akan diserahkan
(dalam tempoh 2 minggu) kepada guru berkenaan selepas beliau sah
memegang tugas tersebut. Fungsi surat lantikan adalah banyak,
antaranya ialah sebagai sekuriti kepada guru untuk menjalankan tugas,
sebagai penegasan daripada pihak pentadbiran bahawa guru berkenaan
perlu sungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan dan
sebagai evidens dalam urusan kenaikan pangkat dan penilaian prestasi
tahunan.
Respon Pengetua: Pemberian surat lantikan adalah menjadi kebiasaan
pengurusan sejak pengetua bertugas di sekolah ini pada 2008. Kuasa
mengurus surat lantikan juga diturunkan kepada penolong kanan dan
guru-guru yang telah dikhaskan tugas tertentu. Pemberian memo
dalaman mengikut warna turut diamalkan.
(b) Ulasan GC: 59.6% daripada responden memberi sebab “tiada taklimat
tugas”. Taklimat tugas perlu diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh
2 minggu selepas seseorang guru menerima surat lantikan. Tugas
memberi taklimat perlulah dilakukan oleh pihak yang mengurus
pengeluaran surat lantikan tersebut.
Respon Pengetua: Tidak semua tugas memerlukan taklimat diperingkat
sekolah atau oleh pihak pentadbiran.kadang-kadang taklimat disampaikan
oleh jawatankuasa yang terlibat.

(c) Ulasan GC: 59.6% daripada responden memberi sebab “skop tugas yang
tidak jelas”. Sebaiknya setiap tugas yang terdapat di SMK Kota Marudu
perlu diwujudkan Panduan Tugas (secara bertulis) yang menggariskan
skop tugas utama sahaja. Panduan Tugas boleh dimuatkan dalam Fail
Meja guru yang berkenaan. Apabila Panduan Tugas telah diwujudkan,
taklimat tugas boleh diabaikan atau diminimumkan kerana guru-guru
boleh merujuk terus kepada Fail Meja masing-masing.
Respon Pengetua: Satu cadangan yang baik. Skop tugas yang tidak
jelas biasanya terdiri daripada pembentukan jawatankuasa yang baru
menurut KPM, JPN atau PPD misalnya Jawatankuasa NKRA. Setiap
ketua atau pengerusi haruslah menyediakan panduan tugas yang jelas.
Contohnya pengurusan olahraga.

(d) Ulasan GC: 47.9% daripada responden memberi sebab “usaha dan
sumbangan tidak pernah dihargai oleh pihak pentadbiran”. Jika dakwaan
ini benar, pihak pentadbiran perlu meningkatkan amalan menghargai
usaha dan sumbangan guru. Penghargaan tidak semestinya dalam
bentuk ganjaran ekstrinsik seperti pemberian hadiah, anugerah dan sijil
tetapi juga dalam bentuk instrinsik seperti kata-kata penghargaan dan
perangsang “terima kasih”, “tahniah kerana kamu telah berusaha ”,
“bagus, teruskan usaha”, “tidak apa, boleh diperbaiki”, “buat saja, saya
yakin kamu mampu”, “bagus idea kamu, saya akan pertimbangkan”.
Respon Pengetua: Anggapan ini tidak benar kerana Pengetua sentiasa
mengambil inisiatif untuk memberi pelbagai penghargaan dalam bentuk
pemberian sijil dan hadiah semasa Majlis Hari Guru atau semasa Jamuan
KGKS kepada guru-guru dan KTBM yang layak dan berhak menerima
penghargaan. Terima kasih kerana 52.1% daripada responden tidak
mempunyai persepsi ’usaha dan sumbangan tidak pernah dihargai oleh
pihak pentadbiran’.

(e) Ulasan GC: 54.3% daripada responden memberi sebab “kurang

motivasi”. Masalah kurang bermotivasi adalah tanggungjawab individu
guru. Pihak pentadbiran dan Unit Bimbingan & Kaunseling JPN boleh
mengambil peranan menaikkan motivasi guru. Kursus dalam
perkhidmatan boleh berbentuk pengurusan masa dan pengurusan stres.
Respon Pengetua: Guru-guru sepatutnya berusaha untuk memotivasi
diri sendiri kerana telah memilih profesion yang mulia ini.Pihak
pentadbiran sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap
profesionalisme guru, contohnya dalam pelaksanaan Latihan Dalam
Perkhidmatan. Pengetua juga sentiasa menggalakkan dan menyokong
dalam permohonan kenaikan pangkat.

(f) Ulasan GC : 53.2% daripada responden memberi sebab “tidak mendapat

kerjasama dan sokongan dari pihak pentadbiran”. Jika dakwaan ini benar,
pihak pentadbiran perlu meningkatkan usaha bekerjasama dengan guru
dan memberi sokongan kepada guru. “Tidak mendapat kerjasama dan
sokongan dari pihak pentadbiran” boleh merujuk kepada tindakan pihak
pentadbiran yang menghalang aktiviti yang hendak dijalankan oleh guru
tanpa memberi sebab yang memuaskan hati guru atau tindakan pihak
pentadbiran mengubah keputusan dan ketetapan mesyuarat atau
mengubah persetujuan perbincangan sebelumnya.
Respon Pengetua: Jika anggapan ini ditujukan kepada Pengetua secara
individu maka anggapan ini tidak benar kerana pihak Pengetua sentiasa
memberi kerjasama dalam apa juga aktiviti kurikulum atau kokurikulum
yang dicadangkan oleh pihak guru. Contohnya perkhemahan kokurikulum,
pemakaian pakaian unit beruniform dan perjumpaan kokurikulum setiap
hari Rabu dan sebagainya. Pihak Pengetua sentiasa menyokong dan
memberi kerjasama. Aktiviti yang sukar diberi pertimbangan ialah aktiviti
yang melibatkan sebilangan kecil pelajar sahaja serta pihak guru gagal
mengemukakan kertas kerja yang meyakinkan. Kertas kerja atau
cadangan yang dianggap oleh pihak Pengetua sebagai tidak meyakinkan
ialah seperti halatuju aktiviti yang tidak jelas, manfaat kepada pelajar
terlalu sedikit dan tidak disokong oleh dokumentasi yang lengkap. Setakat
ini pengetua tidak pernah menolak apa-apa kertas kerja tetapi mungkin
diubahsuai objektif atau isi kandungan.

(g) Ulasan GC : 63.9% daripada responden memberi sebab “ketiadaan

peruntukan bagi menampung kos pelaksanaan tugas atau kekurangan
sumber yang membantu pelaksanaan tugas”. Masalah ini sukar diatasi
kerana di luar kawalan sekolah. Peruntukan kewangan datangnya dari
pihak Kementeriaan. Demikian juga sumber yang terhad seperti
kemudahan asas, bahan, peralatan dan perkakasan. Walau bagaimana
pihak sekolah disarankan agar terus berusaha mendapatkan bekalan
sumber yang dimaksudkan. Guru-guru pula disarankan agar lebih kreatif
memikirkan aktiviti yang kurang menggunakan wang tunai dan sumber
bantuan.
Respon Pengetua: Ketiadaan atau kekurangan peruntukan kewangan
merupakan kekangan kepada pelaksanaan aktiviti, walau bagaimanapun
pihak guru perlu menerima ini sebagai satu cabaran dan haruslah lebih
kreatif melaksanakan aktiviti yang memerlukan sedikit peruntukan
kewangan. Perbelanjaan yang berbentuk segera dapat diuruskan
mengikut keutamaan pelajar. Taklimat kewangan yang melibatkan
pengagihan peruntukan diadakan supaya cara perbelanjaan dijelaskan
kepada semua ketua bidang, ketua panitia dan ketua unit supaya semua
panitia dapat bermesyuarat dan merancang penggunaan peruntukan
dengan bijak. Taklimat ini telah diamalkan sejak pengetua bertugas di
sekolah ini.

(h) Ulasan GC: 72.4% daripada responden memberi sebab “persekitaran

sekolah yang tidak kondusif”. Masalah ini juga sukar diatasi kerana lokasi
sekolah yang terletak di atas tapak tanah yang terhad, mudah dinaiki air,
bangunan-bangunan yang uzur, kemudahan-kemudahan asas yang
kurang (seperti dewan serbaguna, padang, bilik makmal), pelajar yang
terlalu ramai, aktiviti yang padat dan sebagainya. Walau bagaimanapun
guru perlu bijak mencari ruang dan kesempatan untuk melaksanakan
tugasnya.
Respon Pengetua: Pihak guru haruslah menerima ini sebagai satu
cabaran. Guru yang sanggup berhadapan dengan situasi yang sukar
biasanya guru yang sentiasa berjaya dan berhak mendapat markah
penilaian prestasi yang sewajarnya.

(i) Ulasan GC: 42.6% daripada responden memberi sebab “idea dan
cadangan dipandang remeh oleh pihak pentadbiran”. Jika dakwaan ini
benar, pihak pentadbiran perlu lebih peka terhadap setiap idea dan
cadangan yang dikemukan oleh guru. Pihak pentadbiran perlu lebih
bersedia mendengar tanpa mengambil kira idea dan cadangan tersebut
benar atau salah, logik atau tidak praktikal, serius atau remeh. Setiap
penolakan terhadap idea dan cadangan guru perlu lebih lembut menerusi
pendekatan psikologi. Contoh ungkapan kata-kata yang ‘menolak’ idea
dan cadangan tetapi dianggap ‘lembut’ ialah “Saya menghargai idea dan
cadangan kamu tetapi buat masa ini ia tidak dapat diaplikasi dalam
konteks ini, kita akan pertimbangkan pada tahun hadapan, terima kasih ya
cikgu…”.
Respon Pengetua : Jika ini ditujukan kepada Pengetua maka anggapan
ini tidak benar kerana Pengetua sentiasa mempertimbangkan apa juga
cadangan dan idea yang dikemukakan oleh pihak guru atau KTBM
khususnya cadangan-cadangan dan idea yang bernas serta disokong
oleh bukti-bukti dan dokumentasi yang meyakinkan.

(j) Ulasan GC: 44.7% daripada responden memberi sebab “hanya

melaksanakan tugas terpilih yang menyumbang kepada markah penilaian
prestasi sahaja”. Memang wujud segelintir guru menjalankan tugas-tugas
tertentu sahaja yang difikirkannya menyumbang secara langsung kepada
markah penilaian prestasi tahunannya. Ini merupakan tanggungjawab
kepada setiap guru agar mengubah sikap dan mentaliti. Insan guru tidak
sepatutnya sentiasa memikirkan ganjaran walaupun ganjaran amat
penting dalam perkhidmatan, harus memikirkan masa depan murid dan
organisasi sekolah. Dengan tidak menjalankan tugas yang diamanahkan
atau dengan menolak tugas yang hendak diberikan bermakna guru telah
menutup peluang dan ruang kepada pelajar-pelajar bagi pengembangan
potensi dirinya (JERIS).
Respon Pengetua: Guru perlu membuat refleksi dan nilai kendiri sebagai
seorang guru.

(k) Ulasan GC: 59.6% daripada responden memberi sebab “pihak

pentadbiran tidak mempunyai kaedah untuk memantau dan menilai kerja-
kerja guru, hanya berdasarkan kepada laporan SKT semata-mata”. Jika
anggapan ini benar, pihak pentadbiran perlu mengamalkan satu kaedah
memantau dan menilai kerja-kerja guru yang lebih sistematik, menyeluruh,
spesifik dan adil untuk semua. Penilaian dan pemantauan perlu
berterusan sepanjang tahun dan direkod secara bertulis. Borang-borang
pemerhatian boleh diwujudkan. Menilai guru hanya berdasarkan SKT
tidak memadai kerana ia boleh terdedah kepada ketidak jujuran, misalnya
seseorang guru menghurai dengan sempurna bidang-bidang tugas di
sekolah dalam SKTnya tetapi realitinya beliau tidak pernah
melaksanakannya. Guru juga perlu mencatat setiap aktiviti yang
dilakukannya setiap hari di sekolah sebagai bukti apabila diminta oleh
pihak pentadbiran.
Respon Pengetua : Anggapan ini ada sedikit kebenarannya. Walau
bagaimanapun, menilai seseorang sepanjang masa menerusi
pemerhatian secara langsung bukannya mudah kerana tugas Pengetua
adalah meluas dan ada kalanya terpaksa meninggalkan kawasan sekolah
apabila mempunyai urusan rasmi di luar kawasan sekolah. Pengetua
sentiasa berusaha menilai guru dan KTBM menerusi pelbagai kaedah dan
tidak 100 peratus berdasarkan SKT.

(l) Ulasan GC : 48.9% daripada responden memberi sebab “cemburu, pihak

pentadbiran dilihat lebih gemar memerhati dan sayang kepada orang-
orang tertentu sahaja”. Jika dakwaan ini benar, ini merupakan tindakan
protes dari pihak guru, tidak menjalankan tugas atau menolak tugas
kerana tidak puas hati kurang mendapat perhatian di mata pihak
pentadbiran. Pihak pentadbiran boleh belajar untuk ‘sayang’ dan
‘mengambil berat’ terhadap setiap individu guru di SMK Kota Marudu.
Walau bagaimanapun guru juga perlu meningkatkan tahap
profesionalisme dengan tidak menjadikan alasan seperti ini untuk tidak
menjalankan tugas atau menolak tugas, kerana akhirnya anak didik yang
akan menjadi mangsa.
Respon Pengetua : Anggapan ini bersifat subjektif, sukar dipastikan
samada benar atau tidak. Tetapi pihak Pengetua tidak pilih kasih. Pihak
Pengetua sentiasa berusaha menjaga kebajikan semua guru dan KTBM.

(m) Ulasan GC : 53.2% daripada responden memberi sebab “tanda protes,

tidak suka dengan beberapa amalan dan polisi yang dilaksanakan oleh
pihak pentadbiran”. Sekali lagi guru disaran untuk meningkatkan tahap

akan menjadi mangsa. Guru perlu menerima hakikat bahawa setiap
dasar, polisi dan amalan tidak mungkin dapat menyenangkan hati semua
orang.
Respon Pengetua : Pernyataan ini kurang tepat kerana beberapa amalan
(yang berkaitan dengan agihan tugas) dan budaya di SMK Kota Marudu
telah lama wujud sebelum kedatangan pengetua ke sekolah ini. Walau
bagaimanapun, ini boleh diperbaiki dan pihak guru perlu meningkatkan
sikap profesionalisme dengan tidak menjadikan alasan seperti ini untuk
tidak menjalankan tugas atau menolak tugas.

Analisis respon bagi isu “sebab-sebab guru dibebani tugas” yang diperolehi
menerusi SPSS adalah seperti berikut :

NO. PERNYATAAN SKALA RESPON

ITEM (%)
1 2 3 4 5
36 Wujud kebiasaan ‘membuli dalam tugas’ 8.5 19.1 10.6 35.1 26.6
di sekolah sehingga orang yang sama
sentiasa menjadi pilihan pihak
pentadbiran dan rakan sekerja untuk
memegang sesuatu tugas.
37 Kaedah agihan tugas oleh pihak 1.1 9.6 20.2 42.6 26.6
pentadbiran yang tidak praktikal.
38 Agihan tugas oleh pihak pentadbiran 1.1 11.7 20.2 36.2 30.9
yang tidak adil dan tidak seimbang.
39 Pihak pentadbiran lebih gemar memilih 4.3 6.4 16.0 45.7 27.7
guru yang rajin sahaja atau guru yang
mudah diarah sahaja.
40 Pihak pentadbiran malas mendidik guru 4.3 11.7 30.9 27.7 25.5
baru/orang baru bagi mengambilalih
tugasnya.
41 Sentiasa menjadi ‘mangsa’ diberi tugas 7.4 14.9 18.1 29.8 29.8
kerana alasan masih bujang, masih
muda atau belum ada anak.
42 Amalan pusing-ganti pekerja dalam 2.1 7.4 19.1 42.6 28.7
organisasi sekolah tidak diamalkan.
43 Sentiasa dipilih/diundi menjadi ketua 1.1 23.4 23.4 33.0 19.1
dalam sesuatu
jawatankuasa/kelab/persatuan.
44 Hanya ketua yang biasanya ‘bergerak’ 16.0 19.1 31.9 25.5
dan AJKnya hanyalah ‘menumpang’.
7.4

Antara dapatan kajian yang menarik untuk dibincangkan berkaitan isu guru
dibebani tugas ialah:

(a) Ulasan GC : 61.7% daripada responden memberi sebab “wujud

kebiasaan membuli dalam tugas” di sekolah, orang yang sama sentiasa
menjadi pilihan oleh pihak pentadbiran dan rakan sekerja untuk
memegang sesuatu tugas”. Kebiasaan ini perlu dihentikan kerana ia tidak
baik untuk individu guru dan untuk organisasi sekolah. Atas dasar timbang
rasa, sesuatu tugas perlulah digilirkan atau diagihkan.
Respon Pengetua: Sikap guru sangat penting untuk mencapai kejayaan
sebagai seorang guru yang mempunyai tahap profesionalisme tinggi.
Sekiranya guru-guru ini
mempunyai sikap positif dan self esteem yang tinggi, dia patut bangga
kerana pihak pentadbiran memberi penuh kepercayaan dan melantiknya
ke tugas tersebut.

(b) Ulasan GC: 69.2% daripada responden memberi sebab “kaedah agihan
tugas yang tidak praktikal”. Pihak sekolah boleh memperbaiki kaedah
agihan tugas guru. Salah satu cara ialah memberi peluang kepada setiap
guru untuk turut terlibat dalam kerja-kerja mengagih tugas kerana mereka
lebih arif tentang tugas-tugas spesifik mereka.
Respon Pengetua: Pengagihan tugas dengan melibatkan setiap guru
akan menghasilkan situasi ’birds of a feather flock together’.

(c) Ulasan GC: 73.4% daripada responden memberi sebab “pihak

pentadbiran lebih gemar memilih guru yang rajin sahaja atau guru yang
mudah diarah sahaja”. Kebiasaan ini perlu dihentikan kerana ia tidak baik
untuk individu guru dan untuk organisasi sekolah. Atas dasar timbang
rasa, sesuatu tugas perlulah digilirkan atau diagihkan. Pihak pentadbiran
perlu berusaha mengagih tugas dan memberi tugas kepada mereka yang
‘liat’ untuk diarah (jika benar wujud).
Respon Pengetua: Tahniah dan terima kasih kepada semua guru
yang telah memberi komitmen.

(d) Ulasan GC: 59.6% daripada responden memberi sebab “menjadi mangsa
kepada andaian yang salah iaitu diberi tugas kerana masih bujang, masih
muda atau belum ada anak atau kerana tinggal dalam kawasan sekolah”.
Kebiasaan ini juga perlu dihentikan kerana ia tidak baik untuk individu
guru dan untuk organisasi sekolah. Atas dasar timbang rasa, sesuatu
tugas perlulah digilirkan atau diagihkan. Guru perlu profesional untuk tidak
menjadikan alasan sudah berkeluarga sebagai halangan untuk
menjalankan tugas. Guru bujang atau mereka yang sudah berkeluarga
tetapi belum ada anak juga mempunyai kesukaran tersendiri.
Respon Pengetua: Pemilihan guru adalah dicadangkan di kalangan guru
sendiri.

(e) Ulasan GC: 53.2% daripada responden memberi sebab “pihak

pentadbiran tidak berusaha melatih guru baru bagi mengambilalih
tugasnya”. Jika ini benar, ia perlu dihentikan. Salah satu peranan dan
tanggungjawab pihak pentadbiran ialah memotivasi dan melatih
seseorang guru untuk memegang sesuatu tugas baru. Tidak baik untuk
terus menerus bergantung kepada kebolehan dan keupayaan guru yang
sama.
Respon Pengetua: Melatih guru baru untuk mengambil alih tugas untuk
jawatan penting seperti setiausaha peperiksaan awam, guru disiplin dan
lain-lain telah diamalkan. Ada tugas yang biasanya lebih berkesan
sekiranya dilakukan oleh kaum wanita (hiasan meja, memesan makanan
minuman untuk majlis) atau kaum lelaki (pengawal trafik semasa majlis,
p.a. sistem) tetap dikekalkan demi kejayaan majlis/program.
(f) Ulasan GC : 71.3% daripada responden memberi sebab “tiada amalan
pusing-ganti pekerja di sekolah”. Bagi memantapkan sumber manusia
dalam organisasi, amalan pusing-ganti pekerja perlu dilaksanakan. Ianya
bermanfaat kepada individu guru dan organisasi sekolah. Menerusi
amalan ini setiap guru akan berpeluang menerima latihan kepakaran dan
menimba pengalaman untuk setiap tugas (lantikan sekolah) yang ada
dalam organisasi sekolah. Ia juga mengurangkan kebosanan dan
keletihan kepada guru kerana melakukan tugas yang sama setiap tahun.
Terdapat banyak tugas di sekolah yang boleh digilirkan. Misalnya tugas
setiausaha peperiksaan boleh digilirkan setiap 3 tiga atau 5 tahun, tugas
setiausaha sukan boleh digilirkan setiap 3 atau 5 tahun, guru-guru
penasihat kelab, persatuan dan unit beruniform boleh digilirkan setiap 2
tahun, tugas-tugas penyelaras boleh digilirkan setiap 3 atau 5 tahun,
jawatan-jawatan dalam jawatankuasa-jawatankuasa tertentu boleh
digilirkan setiap tahun. Tugas-tugas yang mesti ditentukan menerusi
mesyuarat perlulah mengambilkira kebaikan amalan pusing-ganti pekerja
sebelum pemilihan dijalankan.
Respon Pengetua: Setuju dan telah diamalkan. Guru penasihat unit
beruniform sukar sedikit ditukar kerana latihan dan uniform baru perlu jika
diubah.

(g) Ulasan GC : 57.4% daripada responden memberi sebab “wujud

kebiasaan hanya ketua yang buat kerja dan orang bawahan hanyalah
menumpang”. Masalah ini boleh dikurangkan sekiranya ketua bijak
mengagih tugas di kalangan orang bawahannya. Orang bawahan juga
perlu mengubah sikap dengan mengambil inisiatif tanpa diarah.
Kebiasaan “umpama tukul dengan pahat” perlu dihentikan.
Respon Pengetua : Jika rungutan-rungutan di atas ditujukan kepada
Pengetua maka ia tidak adil kerana hampir 100 peratus tugas-tugas
bukan p & p di SMK Kota Marudu telah diwujudkan oleh Penolong Kanan
Kokurikulum, oleh para penyelaras unit uniform, kelab dan persatuan dan
bukan datang dari pihak Pengetua. Cadangan melantik seseorang untuk
memegang sesuatu tugas biasanya dikemukakan oleh Penolong Kanan
Kokurikulum atau oleh Penyelaras Unit Beruniform, Penyelaras Kelab
Akademik, Penyelaras Kelab dan Persatuan, Penyelaras Kelab Sukan
dan Permainan atau oleh Setiausaha Sukan bagi tugas-tugas berkaitan
olahraga. Pihak Pengetua hanya memperakukan dengan andaian bahawa
agihan tugas tersebut telah dipersetujui oleh semua guru. Malah, pihak
Pengetua lebih suka sekiranya kelab dan persatuan yang diwujudkan di
sekolah ini mengikut kadar minimum yang diwajibkan oleh KPM supaya
kualiti penumpuan guru terhadap tugas-tugas bukan p & p dapat
dipertingkatkan dan menyokong kepada pembelajaran akademik. Sikap
ketua sahaja yang menjalankan tugas berpunca dari sikap guru yang
negatif dan tahap profesionalisme yang rendah.

Analisis terperinci bagi setiap item-respon terdapat pada Lampiran IV.

5.4 Analisis Korelasi Umur-Beban Tugas

Analisis korelasi antara pembolehubah “umur” dengan pembolehubah “bilangan

tugas” juga telah dilakukan. Dalam konteks ini, “umur” dijadikan sebagai
pembolehubah bebas (tidak bersandar) manakala “bilangan tugas” dijadikan
sebagai pembolehubah bersandar. Secara teori, semakin banyak tugas yang
dipegang oleh seseorang guru maka semakin beratlah beban tugas yang
terpaksa dipikulnya. Pernyataan masalah dalam kes ini ialah “Benarkah apabila
umur seseorang guru semakin meningkat, beban tugas juga semakin
bertambah?”. Dengan ini, hipotesis yang hendak diuji ialah “Jika umur meningkat
maka bilangan tugas bertambah”. Kerana kedua-dua pembolehubah yang
hendak dibandingkan telah menggunakan skala pengukuran sela (interval) maka
model korelasi Pearson sesuai digunakan (Mohd Salleh, 2001). Setelah ujian
korelasi Pearson untuk 2-hujung dilakukan pada aras keertian 0.01 mendapati
bahawa nilai korelasi hanyalah 0.274. Darjah kekuatan hubungan antara dua
pemboleh tersebut agak lemah (walaupun hubungan positif) iaitu 27.4% atau
kekuatan hubungan hanya boleh dijelaskan sekitar 27.4% daripada keseluruhan
sumber data. Menurut Y.P. Chuay (2005), sesuatu hubungan (antara dua
pembolehubah skala interval) dianggap kuat dan boleh diterima sekiranya nilai
korelasi ialah .75 atau lebih. Dengan ini, hipotesis terpaksa ditolak. Ini bermakna,
di SMK Kota Marudu, tidak semestinya mereka yang lebih tua akan lebih
banyak tugasnya. Terdapat juga guru yang masih muda tetapi mempunyai
beban tugas yang berat. Ouput SPSS bagi korelasi umur-beban tugas terdapat
pada Lampiran V.

5.5. Analisis Korelasi Pengalaman-Beban Tugas

Analisis korelasi antara pembolehubah “pengalaman” dengan pembolehubah

“bilangan tugas” juga telah dilakukan. Dalam konteks ini, “pengalaman” dijadikan
sebagai pembolehubah bebas (tidak bersandar) manakala “bilangan tugas”
dijadikan sebagai pembolehubah bersandar. Secara teori, semakin banyak tugas
yang dipegang oleh seseorang guru maka semakin beratlah beban tugas yang
terpaksa dipikulnya. Pernyataan masalah dalam kes ini ialah “Benarkah
seseorang guru yang sudah lama dalam perkhidmatan atau pengalaman
bertugas lebih lama, beban tugas juga turut bertambah?”. Dengan ini, hipotesis
yang hendak diuji ialah “Apabila jangka masa perkhidmatan seseorang guru
meningkat, maka bilangan tugasnya turut bertambah”. Kerana kedua-dua
pembolehubah yang hendak dibandingkan telah menggunakan skala
pengukuran sela (interval) maka model korelasi Pearson sesuai digunakan
(Mohd Salleh, 2001). Setelah ujian korelasi Pearson untuk 2-hujung dilakukan
pada aras keertian 0.01 didapati bahawa nilai korelasi hanyalah 0.255. Darjah
kekuatan hubungan antara dua pemboleh tersebut agak lemah (walaupun
hubungan positif) iaitu 25.5% atau kekuatan hubungan hanya boleh dijelaskan
sekitar 25.5% daripada keseluruhan sumber data. Menurut Y.P. Chuay (2005),
sesuatu hubungan (antara dua pembolehubah skala interval) dianggap kuat dan
boleh diterima sekiranya nilai korelasi ialah .75 atau lebih. Dengan ini, hipotesis
terpaksa ditolak. Ini bermakna, di SMK Kota Marudu, tidak semestinya
mereka yang sudah lama berkhidmat dan berpengalaman mengajar akan
lebih banyak tugasnya. Terdapat juga guru yang baru berkhidmat (1 hingga 2
tahun) tetapi mempunyai beban tugas yang berat. Ouput SPSS bagi korelasi
pengalaman-beban tugas terdapat pada Lampiran VI.

6. Komen-Komen Lain Yang Ditulis Oleh Para Responden

Berdasarkan kepada borang soal selidik yang telah dihantar oleh para
responden, terdapat juga komen-komen yang ditulis sendiri oleh para responden
tetapi tidak dapat diproses kerana komen-komen tersebut tidak selaras dengan
tujuan kajian tinjauan ini dijalankan. Selain itu, komen-komen yang ditulis oleh
beberapa orang responden ini sudah terangkum maksudnya dalam Item 12, Item
25, Item 27, Item 31, Item 35, Item 37, Item 38, Item 39 dan Item 42.

Antara komen yang ditulis sendiri oleh beberapa orang responden ialah :
(a) Pengetua/pihak pentadbiran menganggap guru sekadar pekerja dan
bukan rakan sekerja (3 responden).
Respon Pengetua : Jika anggapan ini ditujukan kepada Pengetua secara
individu maka anggapan ini tidak benar kerana Pengetua sentiasa
mengambil inisiatif untuk lebih akrab dengan guru-guru dan KTBM, malah
Pengetua pernah melawat keluarga guru di rumah bagi memberi
sokongan moral kepada keluarga guru yang menghadapi kesukaran
seperti ahli keluarga yang sakit.

(b) Pengetua/pihak pentadbiran kurang yakin terhadap kewibawaan gurunya

sendiri, meyakini dan percaya terhadap orang-orang tertentu sahaja,
termasuk pihak luar (2 responden).
Respon Pengetua: Jika anggapan ini ditujukan kepada Pengetua secara
individu maka ianya tidak benar kerana Pengetua sentiasa yakin terhadap
kebolehan dan keupayaan guru-guru di sekolah ini. Malah, semasa saya
masih pengetua SMK Langkon, ada kalanya saya mendorong guru-guru
SMK Langkon supaya mencontohi guru-guru SMK Kota Marudu dalam
beberapa aspek seperti pengurusan kokurikulum.

(c) Pengetua/pihak pentadbiran sering mempersalahkan guru tanpa usul

periksa (2 responden).
Respon Pengetua : Jika anggapan ini ditujukan kepada Pengetua secara
individu maka ianya tidak benar. Pengetua biasanya memarahi mereka
yang memang layak menerima kemarahan kerana perbuatan dan
tindakan mereka yang tidak wajar.
(d) Pengetua/pihak pentadbiran sering ‘melepaskan’ guru yang tidak
menjalankan tugas dengan tidak mengambil sebarang tindakan atau
teguran (2 responden).
Respon Pengetua : Ini tidak benar. Pengetua sebenarnya telah
mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kes terpencil seperti ini
cuma tidak dihebohkan menerusi mesyuarat demi menjaga maruah pihak
yang terbabit.
(e) Pengetua/pihak pentadbiran kurang mengendahkan kebajikan guru (5
responden).
Respon Pengetua: Ini tidak benar kerana Pengetua sentiasa menjaga
kebajikan guru yang memang layak menerima pembelaan (guru sakit, ahli
keluarga sakit, menghadiri pengkebumian walaupun bau bacang, dll)
(f) Pengetua/pihak pentadbiran bertindak berat sebelah dan pilih kasih
khususnya dalam soal mengambil cuti rehat (3 responden).
Respon Pengetua : Komen ini hanyalah suatu salah faham di pihak guru.
Pengetua hanya meluluskan cuti rehat kepada mereka yang layak
menerima. Komen ini timbul kerana pihak guru tidak memahami konteks
dan situasi kelulusan permohonan cuti rehat. Cuti konvokesyen: 3 hari,
Cuti tambahan Hari Raya Puasa amat sukar diberi kerana guru Muslim
sebanyak % (berdasarkan data EMIS). Cuti rehat diberi dengan
kebijaksanaan pengetua dengan keutamaan proses p & p tidak diganggu.
(g) Pengetua/pihak pentadbiran mudah dipengaruhi oleh orang-orang tertentu
untuk membuat keputusan (4 responden).
Respon Pengetua : Komen ini terlalu subjektif dan sukar diberi respon
balas. Jika Pengetua kerap berbincang dengan orang-orang tertentu
seperti Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Warden, Ketua Guru
Disiplin atau mereka yang lebih berpengalaman dan berketrampilan di
sekolah ini maka ia tidak boleh dianggap sebagai ‘dipengaruhi oleh orang-
orang tertentu untuk membuat keputusan’ kerana pihak-pihak yang
disebutkan tadi terbukti mempunyai idea-idea yang bersifat praktikal dan
mereka telah lama bertugas di sekolah ini dan lebih arif tentang budaya
sekolah. Semua guru berpeluang menyuarakan pandangan menerusi
mesyuarat guru dan banyak keputusan telah diambil berdasarkan
keputusan bersama dalam mesyuarat.

(h) Pengetua/pihak pentadbiran kerap kali mengubah keputusan walaupun

keputusan tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat umum (3
responden).
Respon Pengetua : Ini hanya satu salah faham. Pengetua tidak pernah
berniat mengubah keputusan mesyuarat, cuma mempermudah
pelaksanaan dan penguatkuasaan sesuatu keputusan yang telah
dipersetujui dalam mesyuarat.

(i) Pengetua/pihak pentadbiran mempunyai tahap kepimpinan yang rendah,

kurang pengetahuan, lebih banyak bercakap daripada bertindak dan tiada
contoh teladan yang sesuai (1 responden).
Respon Pengetua : Sekiranya pernyataan ‘kurang pengetahuan’
ditujukan kepada Pengetua secara individu maka mungkin ini ada sedikit
kebenarannya. Saya mengakui bahawa pengetahun saya berkaitan
kokurikulum tidaklah terlalu meluas dan mendalam. Lain-lain anggapan
seperti ‘tahap kepimpinan yang rendah’, ‘lebih banyak bercakap daripada
bertindak’, ‘tiada contoh teladan’ adalah tidak benar. Kepimpinan saya
telah diiktiraf oleh Jabatan dan Kementerian. Saya juga banyak
melakukan tindakan-tindakan yang perlu di sekolah ini. Saya juga
sentiasa mempamerkan contoh teladan yang sesuai kepada guru-guru
sepanjang masa khususnya dalam aspek melaksanakan tugas. Sekiranya
komen-komen ini ditujukan kepada mana-mana Penolong Kanan saya
maka saya telah menasihati mereka supaya mempamerkan teladan yang
sepatutnya.
(j) Pengetua/pihak pentadbiran kedekut tidak bertempat (3 responden).
Respon Pengetua : Ini tidak benar sama sekali. Adalah menjadi
tanggungjawab Pengetua untuk mengawal penggunaan sumber-sumber
di sekolah ini seperti peruntukan kewangan dan kemudahan-kemudahan
asas yang lain. Perbelanjaan berhemah yang diamalkan oleh saya
tidaklah wajar dilihat sebagai ‘kedekut’ tetapi mengikut dasar KPM.
(k) Pengetua/pihak pentadbiran tidak melaksanakan penggiliran APC (1
responden).
Respon Pengetua : Kelemahan penggiliran APC di sekolah ini berlaku
sebelum kedatangan saya ke sekolah ini. Mereka yang terpinggir selama
ini telah diberikan APC apabila saya di sekolah ini. Lagipun, APC
bukanlah berdasarkan penggiliran tetapi berdasarkan merit.
(l) Pengetua/pihak pentadbiran lebih gemar mencari kelemahan guru
berbanding mencari kelebihan guru (2 responden).
Respon Pengetua : Ini hanyalah satu salah faham. Sifat sebenar
Pengetua bukanlah seperti yang digambarkan. Guru-guru yang layak
diberi pengiktirafan telah diberikan pengiktirafan manakala guru yang
layak untuk ditegur telah menerima teguran.

(m) Pengetua/pihak pentadbiran hanya menitikberatkan keputusan

peperiksaan, aktiviti lain khususnya kokurikulum dianggap tidak penting (1
responden).
Respon Pengetua : Anggapan ini tidak benar. Pengetua juga
mementingkan bidang kokurikulum tetapi lebih mengutamakan akademik.
Ini kerana bilangan pelajar yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum (di
luar bilik darjah) lebih sedikit (contoh MSSD 2010 – 5% daripada jumlah
pelajar) berbanding mereka yang kekal dalam bilik darjah, dengan itu
pengetua mengutamakan akademik. Tanggungjawab utama guru ialah
akademik tetapi pada masa yang sama tidak boleh mengabaikan
kokurikulum. Core business guru ialah p & p. Lagipun, sumbangan
kokurikulum sebagai merit bagi kemasukan ke IPTA hanyalah 10%.

(n) Pengetua/pihak pentadbiran kurang mahir mengendali mesyuarat, terlalu

banyak agenda, terlalu lama bermesyuarat, sukar mencapai kata putus,
masa mesyuarat juga tidak adil untuk guru pagi dan guru petang, masa
yang adil ialah antara jam 11 pagi hingga jam 3 petang (1 responden).
Respon Pengetua : Komen ini ada kebenarannya. Terima kasih atas
komen ini. Pihak pentadibran berjanji akan memperbaiki aspek ini.

(o) Pengetua/pihak pentadbiran kurang mahir menggunakan peruntukan

kewangan kerajaan, awal tahun dan pertengahan tahun banyak aktiviti
disekat dengan alasan tiada peruntukan tetapi apabila hujung tahun agak
sibuk merancang pelbagai aktiviti bagi menghabiskan peruntukan
kewangan yang sedia ada (1 responden).
Respon Pengetua : Aspek ini agak sukar diberi penjelasan. Peruntukan
dari kerajaan biasanya lewat diterima oleh pihak sekolah, sebab itu aktiviti
yang memerlukan peruntukan kewangan yang banyak yang hendak
dilaksanakan di awal tahun agak sukar untuk dilaksanakan. Sekiranya
Pengetua dikatakan kurang mahir menggunakan peruntukan kewangan,
anggapan ini kurang tepat kerana Pengetua pernah menerima
pengiktirafan dari juruaudit berkaitan pengurusan kewangan sekolah.(4
sijil audit tanpa teguran di SMK Langkon, 1 sijil audit tanpa teguran 2008
di SMK Kota Marudu.
(p) Pengetua/pihak pentadbiran kurang menguasai dan memahami tugas-
tugas spesifik guru (1 responden).
Respon Pengetua : Komen ini benar. Sudah pasti seorang pengetua
tidak dapat menyelidik setiap tugas spesifik guru. Pengetua hanya
memastikan setiap dasar dan polisi pendidikan dapat dilaksanakan di
sekolah. Yang penting adalah core business p & p.

(q) Pengetua/pihak pentadbiran kerap memberi tugas pengkeranian kepada

guru dan bukan tugas sebenar guru (1 responden).
Respon Pengetua : Pihak pentadbiran ada kalanya meminta khidmat
guru dalam kerja-kerja pengkeranian seperti mengutip yuran dari pelajar-
pelajar tetapi bagi membolehkan mereka mengutip yuran, surat kuasa
diberikan. Tugas pengkeranian tersebut merupakan tugas penting guru
tingkatan.

(r) Pengetua/pihak pentadbiran terlalu mengawal dan ‘berkira’ tentang

penggunaan mesin fotostat sekolah (3 responden).
Respon Pengetua : Anggapan ini tidak tepat. Ini hanyalah satu salah
faham. Adalah menjadi tanggungjawab Pengetua untuk mengawal
penggunaan sumber-sumber di sekolah ini seperti peruntukan kewangan
dan kemudahan-kemudahan yang lain.

(s) Pengetua/pihak pentadbiran kurang menjaga maruah dan ‘air muka’ guru
di khalayak umum (1 responden).
Respon Pengetua : Sekiranya komen ini ditujukan kepada Pengetua
maka ini tidak benar. Pengetua tidak pernah menjatuhkan ‘air muka’
seseorang guru di khalayak ramai. Jika ini ditujukan kepada mana-mana
Penolong Kanan maka nasihat Pengetua telahpun diberikan kepada
pihak-pihak yang terbabit.
(t) Pengetua/pihak pentadbiran kerap memberikan ‘tugas rojak’ kepada guru
(1 responden).
Respon Pengetua : Mungkin ini benar untuk segelintir guru. Terdapat
beberapa orang guru di sekolah ini yang mempunyai kemahiran dan bakat
yang pelbagai seperti mahir melukis pelan, mahir mengurus dan
memimpin, mahir dalam multimedia, mahir berbahasa dan banyak lagi.
Pihak pentadbiran sering menggunakan khidmat mereka untuk membantu
pihak sekolah. Pihak pentadbiran berjanji akan mengurangkan
kebergantungan terhadap mereka supaya guru-guru yang berkenaan
lebih tertumpu kepada tugas-tugas mengajar.Terima kasih kepada yang
mempunyai kemahiran tertentu untuk membantu pihak sekolah.

7. Cadangan Penambahbaikan Kaedah Agihan Dan Penggiliran Tugas

Guru

Cadangan penambahbaikan kaedah agihan & penggiliran tugas guru yang

dikemukakan oleh Jawatankuasa GC dalam laporan ini tidak memadai. Bagi
mendapatkan cadangan yang komprehensif, konstruktif dan praktikal, semua
guru SMK Kota Marudu diberi peluang untuk mengemukakan cadangan. Borang
Cadangan akan diedar kepada guru-guru semasa mesyuarat guru kali kedua
pada 30 Mac 2010. Guru-guru hendaklah mengemukakan cadangan-candangan
yang konstruktif, spesifik dan applicable. Guru-guru perlu mengembalikan borang
cadangan masing-masing kepada Jawatankuasa GC sebelum atau pada 7 April
2010. Semua cadangan akan dinilai oleh Jawatankuasa GC bagi menghasilkan
satu koleksi cadangan yang diharapkan akan bersifat komprehensif, konstruktif
dan praktikal. Semua cadangan akan dibawa dalam mesyuarat khas,
Jawatankuasa Tertinggi Sekolah bersama dengan Jawatankuasa GC. Pihak
pentadbiran juga boleh menjemput sesiapa sahaja individu guru di SMK Kota
Marudu ke mesyuarat khas tersebut dengan syarat mereka ini diyakini sebagai
pakar dalam bidang pengurusan sumber manusia, bidang tadbir urus-baik,
bidang kepimpinan atau berpengalaman menjalankan pelbagai tugas di sekolah.
Kaedah agihan & penggiliran tugas guru yang lebih baik ini diharap dapat
dilaksanakan pada tahun 2011.

SUMBER RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim (1995). Pengurusan Kokurikulum. Shah Alam : Penerbit
Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Borg. W. R. & Gall, M. D. (1989). Educational research : An introduction (5 th ed).

New York :
Longman Inc.

Chuay Yan Piaw (2005). Kaedah Penyelidikan (Buku 1). Kuala Lumpur : McGraw
Hill.

Ee Ah Meng (1996). Pendidikan Di Malaysia I. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Elifson. W. R., Runyon. R. & Haber. A. (1985). Fundamental of social Statistics

(2nd ed).
New York : Addison-Wesley Publishing, Inc.

Kamus Dewan (2002). ”Kegiatan kokurikulum”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan
Pustaka. Hlm. : 692.

Liebert, R. M., & Spiegler, M. D. (1994). Personality: Strategies and issues (7th
Ed.). Pacific
Grove : Brooks/Cole Publishing Company.

Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Ketiga.

Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1997). Asas Penyelidikan Sains Sosial. Johor :
Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Kedua.
Johor :
Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Salleh Abu & Zaitudatun Tasir (2001). Pengenalan Kepada Analisis Data
Berkomputer SPSS 10.0 for Windows. Kuala Lumpur : Vbenton
Publishing.

Mok Soon Sang (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Semester 1. Siri Pendidikan
Perguruan Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (1995). Pendidikan Di Malaysia (Edisi ke 7). Kuala Lumpur :
Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Ramlan Abd. Rahman (2004). Panduan Pengurusan Kokurikulum D Sekolah.

Kuala
Lumpur : Banter Sdn. Bhd.

Omardin Ashaari (2001). Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah.

Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tong Swee Foong, Lau Too Kya & Soon Chin Loong (1998). Matematik Statistik
STPM –
Sukatan Pelajaran S. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Lampiran I

Contoh Borang Soal Selidik

Lampiran II

Analisis Ujian Kebolehpercayaan

Instrumen
Lampiran III
Analisis Profil Responden
Lampiran IV

Analisis Item-Respon
Lampiran V

Analisis Korelasi 1 : Umur Vs. Beban

Tugas
Lampiran VI

Analisis Korelasi 2 : Pengalaman Vs. Beban

Tugas
SMK Kota Marudu
Peti Surat 11, 89107 Kota Marudu, Sabah
Tel: 088-661346, Fax : 088-663907
_________________________________

Laporan Kajian Tinjauan

Isu-isu Guru Tidak Menjalankan
Tugas dan Guru Terbeban Tugas

Disediakan untuk:
Bahagian Pentadbiran SMK Kota Marudu

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Guru Cemerlang SMK Kota
Marudu

2009
JADUAL KANDUNGAN
PERKARA
HALAMAN

1. Latar Belakang Masalah Dan Tujuan Kajian

3

2. Kaedah, Instrumen Dan Prosedur Kajian

3

3. Lokasi Kajian Dan Sumber Responden

4

4. Analisis Data 4

5. Analisis Data, Dapatan Kajian Serta Rumusan Dan Cadangan

5

5.1 Analisis Ujian Kebolehpercayaan Respon

5

5.2 Analisis Profil Responden

5

5.3 Analisis Item-Respon

7

5.4 Analisis Korelasi Umur-Beban Tugas

17

5.5 Analisis Korelasi Pengalaman-Beban Tugas

18

6. Komen-Komen Lain Yang Ditulis Oleh Para Responden

19

7. Cadangan Penambahbaikan Kaedah Agihan Dan Penggiliran Tugas Guru

25

Sumber Rujukan
26
Lampiran I
27

Lampiran II
34

Lampiran III
39

Lampiran IV
42

Lampiran V
55

Lampiran VI
56

1. Latar Belakang Masalah Dan Tujuan Kajian

Sejak sekian lama pihak pentadbiran sentiasa menerima

aduan/dakwaan/rungutan dari pihak-pihak tertentu tentang segelintir guru SMK
Kota Marudu tidak menjalankan tugas (tugas bukan p & p) atau menolak tugas
yang hendak diberikan. Dakwaan ini juga ada asasnya berdasarkan pemerhatian
secara terus oleh pihak pentadbiran. Tafsiran tentang ‘tidak menjalankan tugas’
ini meliputi situasi-situasi berikut:

(a) tidak menjalankan semua atau sebahagian tugas yang diamanahkan; dan
(b) menjalankan tugas tetapi tidak mempunyai kesungguhan dan boleh
dibuktikan menerusi hasilan kerja yang tidak mencapai tahap yang
diharapkan oleh pihak pentadbiran.

Apa pun situasinya, isu utama yang diutarakan dalam kajian tinjauan ini ialah
‘tidak menjalankan tugas’ dan ‘menolak tugas’. Omardin (2001) menegaskan
bahawa peranan, tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan setakat
masuk kelas dan mengajar subjek opsyen mereka tetapi lebih dari itu guru perlu
memegang pelbagai tugas dalam bidang kokurikulum, hal-ehwal murid malahan
tugas-tugas pentadbiran. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui punca
sebenar mengapa seseorang guru di SMK Kota Marudu tidak menjalankan tugas
atau menolak tugas yang hendak diberikan. Di samping itu kajian tinjauan ini
juga bertujuan untuk mengetahui punca sebenar mengapa segelintir guru
dibebani tugas. Dapatan daripada kajian ini diharap dapat membantu pihak
pentadbiran untuk menambahbaik kaedah agihan tugas guru. Kajian ini adalah
untuk mengkaji keseluruhan responden yang terlibat dan bukannya mengkaji
individu. Identiti para responden telah dirahsiakan.

2. Kaedah, Instrumen Dan Prosedur Kajian

Kaedah kajian yang telah digunakan ialah kajian tinjauan sementara instrumen
kajian yang telah digunakan ialah borang soal selidik. Borang soal selidik
mengandungi tiga (3) bahagian, iaitu Bahagian A mengenai profil responden,
Bahagian B berkaitan punca-punca/sebab-sebab guru tidak menjalankan tugas
dan Bahagian C berkaitan punca-punca/sebab-sebab guru dibebani tugas.
Bahagian A mengandungi tujuh (7) item, Bahagian B terdiri daripada tiga puluh
lima (35) item dan Bahagian C terdiri daripada sembilan (9) item. Pilihan respon
kepada setiap item dibina berdasarkan Skala Likert 5 pemeringkatan bagi
memudahkan analisis dapatan kajian. Contoh borang soal selidik terdapat pada
Lampiran I.

Borang soal selidik telah diedar kepada guru-guru pada 3 November 2009
semasa mesyuarat guru kali kedua tahun 2009. Taklimat mengisi borang soal
selidik telah disampaikan oleh Tuan Pengetua. Guru-guru diberi tempoh dua (2)
hari untuk melengkapkan dan mengembalikan borang soal selidik.

3. Lokasi Kajian Dan Sumber Responden

Lokasi kajian ialah SMK Kota Marudu manakala responden kajian adalah terdiri
daripada guru-guru SMK Kota Marudu kecuali pengetua, penolong kanan, guru
sandaran tidak terlatih dan guru ganti.

4. Analisis Data

Data dan maklumat dalam borang soal selidik telah dianalisis menggunakan
statistik parametrik dan program perisian komputer Statistical Package for Social
Science (SPSS version 17.0 for Windows) serta dilaporkan secara deskriptif
inferens iaitu menggunakan taburan kekerapan, peratusan, min, varians, sisihan
piawai dan korelasi. Menurut Mohd Salleh Abu (2001), pengukuran-pengukuran
statistik yang disebutkan tadi sudah cukup memadai bagi suatu penyelidikan
yang hanya menggunakan kaedah tinjauan.

Bagi memudahkan analisis data, pilihan-pilihan respon kepada setiap item

diungkapkan dalam bentuk Skala Likert 5 Pemeringkatan STS (Sangat Tidak
Setuju), TS (Tidak Setuju), TP (Tidak Pasti), S (Setuju) dan SS (Sangat Setuju).
Menurut Mohamad Najib (1997), Skala Likert sesuai digunakan kerana ia
merupakan satu skala yang mudah dalam pemprosesan data, meningkatkan
ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang
diberi. Di samping itu responden akan memilih hanya satu jawapan daripada
satu kontinum yang telah disediakan.

Bagi menguji kebolehpercayaan respon yang telah diberikan oleh para

responden, ujian Cronbach Alpha pada aras .80 (atau 80%) telah dijalankan.
Menurut Mohamad Najib (1999), nilai tersebut adalah berada pada tahap
kebolehpercayaan yang tinggi.

5. Analisis Data, Dapatan Kajian, Rumusan Dan Cadangan

5.1 Analisis Ujian Kebolehpercayaan Respon

Terdapat 102 set borang soal selidik telah diterima, walau bagaimanapun 8
daripadanya terpaksa disingkirkan dan tidak dianalisis kerana borang-borang
tersebut dianggap ‘rosak’ dan dijangka akan memberikan nilai kebolehpercayaan
instrumen yang amat rendah. Sesuatu borang soal selidik dianggap ‘rosak’
apabila responden :
(a) mengembalikan borang yang tidak lengkap;
(b) memberikan dua atau lebih respon untuk satu item;
(c) memberi respon yang bersifat kontra; atau
(d) mengubahsuai maksud item yang sedia ada;

Ini bermakna bilangan responden sebenar ialah 94. Setelah dijalankan ujian
kebolehpercayaan respon, nilai Alpha Cronbach yang diberolehi ialah .9153, ini
bermakna kerja-kerja menganalisis data boleh diteruskan kerana kekuatan dan
kebolehpercayaan respon berada pada aras yang tinggi (91.53%). Analisis
terperinci bagi ujian kebolehpercayaan instrumen terdapat pada Lampiran II.

5.2 Analisis Profil Responden

Analisis profil responden yang diperolehi menerusi SPSS adalah seperti berikut:

(a) Bertugas pada sesi.

Pagi 65.69%
Petang 34.31%

Bilangan guru yang mengajar di sebelah pagi lebih ramai berbanding guru yang
mengajar di sesi petang.

(b) Jantina.
Lelaki 44.7%
Perempuan 55.3%

Bilangan guru perempuan di SMK Kota Marudu lebih ramai berbanding guru
lelaki.

(c) Status perkahwinan.

Bujang 23.4%
Berkahwin 74.5%
Lain-lain 2.1%

Bilangan guru yang sudah berkahwin lebih ramai berbanding guru yang masih
bujang.

(d) Jawatan di sekolah.

Penolong Kanan 0%
Guru Cemerlang 6.4%
Guru Akademik Tingkatan 6 8.5%
Ketua Bidang 3.2%
Ketua Panitia 25.5%
Guru Tingkatan 24.5%
Guru Akademik Biasa 30.9%
Ketua Guru Disiplin 0%
Ketua Warden 1.0%
Kaunselor Penuh Masa 0%

Berdasarkan data di atas, guru akademik biasa (30.9%), guru kelas/tingkatan

(24.5%) dan ketua panitia (25.5%) mendominasi perjawatan di SMK Kota
Marudu. Data di atas juga menunjukkan bahawa penolong-penolong kanan,
ketua guru disiplin dan kaunselor penuh masa tidak turut serta dalam mengisi
borang soal selidik.
(e) Pengalaman mengajar.
1 – 5 tahun 29.8%
6 – 10 tahun 28.7%
11 – 15 tahun 29.8%
16 – 20 tahun 6.4%
Melebihi 20 tahun 5.3%

Berdasarkan data di atas, membuktikan bahawa majoriti guru di SMK Kota

Marudu (70.2%) adalah guru yang berpengalaman dengan pengalaman
mengajar melebihi 5 tahun.

(f) Umur.
Bawah 29 tahun 22.3%
30 – 39 tahun 58.5%
40 – 49 tahun 17.0%
50 tahun ke atas 2.2%

Jelas bahawa sebahagian besar guru di SMK Kota Marudu (80.8%) berumur
antara 25 tahun hingga 39 tahun. Julat umur seperti ini dianggap sudah cukup
matang dan berpengalaman tetapi belum ‘tua’ dalam perkhidmatan awam
(Omardin, 2001).

(g) Bilangan tugas bukan p & p di sekolah yang dipegang sepanjang tahun.
1–5 38.3%
6 – 10 41.5%
11 – 15 12.8%
16 – 20 7.4%
Berdasarkan data di atas, membuktikan bahawa majoriti guru di SMK Kota
Marudu (61.7%) dianggap terbeban tugas-tugas bukan p & p kerana
menjalankan lebih dari 5 bilangan tugas. Dakwaan bahawa “guru tidak
menjalankan tugas” atau “guru tiada tugas” atau “guru menolak tugas” boleh
dianggap sebagai kes terpencil. Analisis terperinci bagi profil responden terdapat
pada Lampiran III.

5.3 Analisis Item-Respon

Analisis respon bagi isu “sebab-sebab guru tidak menjalankan tugas atau guru
menolak tugas” yang diperoleh menerusi SPSS adalah seperti yang terdapat di
muka surat sebelah.

NO. PERNYATAAN SKALA RESPON

ITEM (%)
1 2 3 4 5
1 Tiada minat terhadap tugas yang 16.0 39.4 17.0 23.4 4.3
diberikan.
2 Masalah sikap seperti malas, tiada 30.9 33.0 13.8 18.1 4.3
komitmen dan tidak bertanggungjawab.
3 Lebih gemar melakukan aktiviti di luar 21.3 37.2 13.8 21.3 6.4
sesi persekolahan yang mendatangkan
manfaat peribadi.
4 Tidak diberikan surat lantikan. 11.7 22.3 16.0 34.0 16.0
5 Tidak tahu melakukan kerja. 25.5 33.0 22.3 16.0 3.2
6 Salah satu teknik mengelak daripada 14.9 33.0 17.0 28.7 6.4
diberikan tugas yang lebih
banyak/diberkan tugas secara berulang
setiap tahun.
7 Sudah jemu/bosan melakukan tugas 9.6 37.2 17.0 24.5 11.7
yang sama setiap tahun.
8 Taklimat tugas tidak diberikan oleh pihak 4.3 22.3 13.8 41.5 18.1
sekolah.
9 Skop tugas yang tidak jelas. 5.3 22.3 11.7 42.6 17.0
10 Tidak suka jadi ketua. 6.4 30.9 33.0 18.1 10.6
11 Lebih suka menjadi ketua tetapi tidak 16.0 29.8 29.8 14.9 9.6
berpeluang.
12 Usaha dan sumbangan selama ini tidak 7.4 16.0 27.7 27.7 20.2
pernah dihargai oleh pihak pentadbiran.
13 Tugas yang diberikan terlalu mudah dan 30.9 41.5 16.0 8.5 3.2
remeh.
14 Kekurangan/tiada motivasi melakukan 8.5 22.3 14.9 42.6 11.7
kerja.
15 Gangguan masalah peribadi dan 19.1 20.2 22.3 30.9 7.4
masalah keluarga.
16 Kekurangan/tiada bakat/kemampuan 11.7 43.6 12.8 26.6 5.3
melakukan tugas.
17 Sukar mengagihkan masa/tiada 12.8 37.2 18.1 23.4 8.5
kemahiran mengurus masa bagi
pelaksanaan tugas.
18 Tugas yang diberikan dirasakan tidak 18.1 39.4 16.0 21.3 5.3
penting/tidak memberi manfaat.
19 Tugas yang diberikan terlalu sukar. 12.8 43.6 22.3 17.0 4.3
20 Kekurangan/tiada keyakinan melakukan 9.6 44.7 19.1 25.5 1.1
sesuatu kerja.
21 Kekurangan/tiada daya kepimpinan 9.6 40.4 19.1 23.4 7.4
dalam pelaksanaan tugas.
22 Tidak mendapat kerjasama dan 5.3 21.3 20.2 40.4 12.8
sokongan dari pihak pentadbiran.
23 Tidak mendapat kerjasama dari rakan- 7.4 37.2 18.1 31.9 5.3
rakan sekerja.
24 Tidak mendapat kerjasama dari pelajar- 12.8 42.6 12.8 26.6 5.3
pelajar.
25 Pihak pentadbiran tidak menyalurkan 5.3 13.8 17.0 42.6 21.3
belanja kos pelaksanaan,
kekurangan/tiada sumber (bahan atau
alatan) yang membantu pelaksanaan
tugas.
26 Persekitaran sekolah yang tidak kondusif 1.1 19.1 7.4 41.5 30.9
(kesesakan pelajar, sentiasa berebut
penggunaan ruang dan masa seperti
penggunaan bilik makmal, kelas,
bangunan, peralatan, dll.).
27 Setiap cadangan tidak mendapat 3.2 28.7 25.5 27.7 14.9
pertimbangan dari pihak pentadbiran.
Idea yang dikemukakan dipandang
rendah dan remeh oleh pihak
pentadbiran.
28 Tidak suka/tidak senang dengan 13.8 37.2 29.8 13.8 5.3
seseorang yang berada dalam
kumpulannya; sukar buat kerja kerana
kehadiran seseorang yang tidak
disenangi.
29 Tahap profesionalisme yang amat 14.9 36.2 22.3 14.9 11.7
rendah.
30 Hanya melakukan tugas-tugas 11.7 25.5 18.1 27.7 17.0
tertentu/terpilih yang dirasakan
mendatangkan manfaat peribadi secara
terus kepadanya umpamanya
menyumbang markah yang tinggi
kepada nilaian prestasinya.
31 Pihak pentadbiran tidak mempunyai 2.1 12.8 25.5 31.9 27.7
kaedah untuk memantau dan menilai
kerja-kerjanya, hanya bergantung
kepada laporan/dokumen Sasaran Kerja
Tahunan (SKT) semata-mata.
32 Kerana cemburu; pihak pentadbiran 0 21.3 29.8 31.9 17.0
dilihat lebih gemar ‘memerhatikan’ dan
‘sayang’ kepada orang-orang tertentu
sahaja dalam organisasi sekolah.
33 Terpaksa dan dipaksa memegang tugas. 9.6 39.4 14.9 24.5 11.7
34 Memang tidak suka dengan aktiviti 20.2 37.2 19.1 12.8 10.6
kokurikulum.
35 Tidak suka dengan beberapa amalan 3.2 18.1 25.5 36.2 17.0
dan polisi yang dilaksanakan oleh pihak
pentadbiran.

Terdapat beberapa dapatan kajian yang menarik untuk dibahas oleh

Jawatankuasa Guru Cemerlang (GC) dan seterusnya diberi respon balas oleh
Tuan Pengetua, antaranya:

(a) Ulasan GC: 50% (50% = Setuju 34% + Sangat Setuju 16%) daripada
responden memberi sebab “tidak diberi surat lantikan”. Berdasarkan
alasan ini, SMK Kota Marudu perlu menggiatkan amalan mengeluarkan
surat lantikan kepada setiap guru untuk setiap tugas (lantikan sekolah)
yang dipegangnya walau apa sekalipun terma dan syarat tugas (berkala,
ad hoc dan sebagainya). Semua surat lantikan mesti ditandatangani oleh
Tuan Pengetua. Tugas mengeluarkan surat lantikan boleh diagihkan-
agihkan; misalnya setiap tugas yang berkaitan akademik, pentadbiran dan
jawatankuasa-jawatankuasa khas perlu diurus oleh Penolong Kanan
Pentadbiran & Kurikulum, setiap tugas yang berkaitan hal-ehwal murid
diurus oleh Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, setiap tugas yang berkaitan
aktiviti sekolah di sesi petang diurus oleh Penolong Kanan Petang, setiap
tugas yang berkaitan sukan & permainan diurus oleh Penyelaras Sukan &
Permainan, setiap tugas yang berkaitan unit beruniform diurus oleh
Penyelaras Unit Beruniform, setiap tugas yang berkaitan kelab &
persatuan diurus oleh Penyelaras Kelab & Persatuan. Format surat
lantikan juga perlu diselaraskan. Surat lantikan hanya akan diserahkan
(dalam tempoh 2 minggu) kepada guru berkenaan selepas beliau sah
memegang tugas tersebut. Fungsi surat lantikan adalah banyak,
antaranya ialah sebagai sekuriti kepada guru untuk menjalankan tugas,
sebagai penegasan daripada pihak pentadbiran bahawa guru berkenaan
perlu sungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan dan
sebagai evidens dalam urusan kenaikan pangkat dan penilaian prestasi
tahunan.
Respon Pengetua: Pemberian surat lantikan adalah menjadi kebiasaan
pengurusan sejak pengetua bertugas di sekolah ini pada 2008. Kuasa
mengurus surat lantikan juga diturunkan kepada penolong kanan dan
guru-guru yang telah dikhaskan tugas tertentu. Pemberian memo
dalaman mengikut warna turut diamalkan.

(b) Ulasan GC: 59.6% daripada responden memberi sebab “tiada taklimat
tugas”. Taklimat tugas perlu diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh
2 minggu selepas seseorang guru menerima surat lantikan. Tugas
memberi taklimat perlulah dilakukan oleh pihak yang mengurus
pengeluaran surat lantikan tersebut.

(c) Ulasan GC: 59.6% daripada responden memberi sebab “skop tugas yang
tidak jelas”. Sebaiknya setiap tugas yang terdapat di SMK Kota Marudu
perlu diwujudkan Panduan Tugas (secara bertulis) yang menggariskan
skop tugas utama sahaja. Panduan Tugas boleh dimuatkan dalam Fail
Meja guru yang berkenaan. Apabila Panduan Tugas telah diwujudkan,
taklimat tugas boleh diabaikan atau diminimumkan kerana guru-guru
boleh merujuk terus kepada Fail Meja masing-masing.
Respon Pengetua: Satu cadangan yang baik. Skop tugas yang tidak
jelas biasanya terdiri daripada pembentukan jawatankuasa yang baru
menurut KPM, JPN atau PPD misalnya Jawatankuasa NKRA
(d) Ulasan GC: 47.9% daripada responden memberi sebab “usaha dan
sumbangan tidak pernah dihargai oleh pihak pentadbiran”. Jika dakwaan
ini benar, pihak pentadbiran perlu meningkatkan amalan menghargai
usaha dan sumbangan guru. Penghargaan tidak semestinya dalam
bentuk ganjaran ekstrinsik seperti pemberian hadiah, anugerah dan sijil
tetapi juga dalam bentuk instrinsik seperti kata-kata penghargaan dan
perangsang “terima kasih”, “tahniah kerana kamu telah berusaha ”,
“bagus, teruskan usaha”, “tidak apa, boleh diperbaiki”, “buat saja, saya
yakin kamu mampu”, “bagus idea kamu, saya akan pertimbangkan”.
Respon Pengetua: Anggapan ini tidak benar kerana Pengetua sentiasa
mengambil inisiatif untuk memberi pelbagai penghargaan dalam bentuk
pemberian sijil dan hadiah semasa Majlis Hari Guru atau semasa Jamuan
KGKS kepada guru-guru dan KTBM yang layak dan berhak menerima
penghargaan. Terima kasih kerana 52.1% daripada responden tidak
mempunyai persepsi ’usaha dan sumbangan tidak pernah dihargai oleh
pihak pentadbiran’.

(e) Ulasan GC: 54.3% daripada responden memberi sebab “kurang

motivasi”. Masalah kurang bermotivasi adalah tanggungjawab individu
guru. Pihak pentadbiran dan Unit Bimbingan & Kaunseling JPN boleh
mengambil peranan menaikkan motivasi guru. Kursus dalam
perkhidmatan boleh berbentuk pengurusan masa dan pengurusan stres.
Respon Pengetua: Guru-guru sepatutnya berusaha untuk memotivasi
diri sendiri kerana telah memilih profesion yang mulia ini.
(f) Ulasan GC : 53.2% daripada responden memberi sebab “tidak mendapat
kerjasama dan sokongan dari pihak pentadbiran”. Jika dakwaan ini benar,
pihak pentadbiran perlu meningkatkan usaha bekerjasama dengan guru
dan sokongan kepada guru. “Tidak mendapat bekerjasama dan sokongan
dari pihak pentadbiran” boleh merujuk kepada tindakan pihak pentadbiran
yang menghalang aktiviti yang hendak dijalankan oleh guru tanpa
memberi sebab yang mermuaskan hati guru atau tindakan pihak
pentadbiran mengubah keputusan dan ketetapan mesyuarat atau
mengubah persetujuan perbincangan sebelumnya.
Respon Pengetua: Jika anggapan ini ditujukan kepada Pengetua secara
individu maka anggapan ini tidak benar kerana pihak Pengetua sentiasa
memberi kerjasama dalam apa juga aktiviti kurikulum atau kokurikulum
yang dicadangkan oleh pihak guru. Contohnya perkemahan kokurikulum,
pemakaian pakaian unit beruniform dan perjumpaan kokurikulum setiap
hari Rabu dan sebagainya. Pihak Pengetua sentiasa menyokong dan
memberi kerjasama. Aktiviti yang sukar diberi pertimbangan ialah aktiviti
yang melibatkan sebilangan kecil pelajar sahaja serta pihak guru gagal
mengemukakan kertas kerja yang meyakinkan. Kertas kerja atau
cadangan yang dianggap oleh pihak Pengetua sebagai tidak meyakinkan
ialah seperti halatuju aktiviti yang tidak jelas, manfaat kepada pelajar
terlalu sedikit dan tidak disokong oleh dokumentasi yang lengkap. Setakat
ini pengetua tidak pernah menolak apa-apa kertas kerja tetapi mungkin
diubahsuai objektif atau isi kandungan.
(g) Ulasan GC : 63.9% daripada responden memberi sebab “ketiadaan
peruntukan bagi menampung kos pelaksanaan tugas atau kekurangan
sumber yang membantu pelaksanaan tugas”. Masalah ini sukar diatasi
kerana di luar kawalan sekolah. Peruntukan kewangan datangnya dari
pihak Kementeriaan. Demikian juga sumber yang terhad seperti
kemudahan asas, bahan, peralatan dan perkakasan. Walau bagaimana
pihak sekolah disarankan agar terus berusaha mendapatkan bekalan
sumber yang dimaksudkan. Guru-guru pula disarankan agar lebih kreatif
memikirkan aktiviti yang kurang menggunakan wang tunai dan sumber
bantuan.
Respon Pengetua: Ketiadaan atau kekurangan peruntukan kewangan
merupakan kekangan kepada pelaksanaan aktiviti, walau bagaimanapun
pihak guru perlu menerima ini sebagai satu cabaran dan haruslah lebih
kreatif melaksanakan aktiviti yang memerlukan sedikit peruntukan
kewangan. Perbelanjaan yang berbentuk segera dapat diuruskan
mengikut prioriti pelajar. Taklimat kewangan yang melibatkan pengagihan
peruntukan diadakan supaya cara perbelanjaan dijelaskan kepada semua
ketua bidang, ketua panitia dan ketua unit supaya semua panitia dapat
bermesyuarat dan merancang penggunaan peruntukan dengan bijak.
Taklimat ini telah diamalkan sejak pengetua bertugas di sekolah ini.

(h) Ulasan GC: 72.4% daripada responden memberi sebab “persekitaran

sekolah yang tidak kondusif”. Masalah ini juga sukar diatasi kerana lokasi
sekolah yang terletak di atas tapak tanah yang terhad, mudah dinaiki air,
bangunan-bangunan yang uzur, kemudahan-kemudahan asas yang
kurang (seperti dewan serbaguna, padang, bilik makmal), pelajar yang
terlalu ramai, aktiviti yang padat dan sebagainya. Walau bagaimanapun
guru perlu bijak mencari ruang dan kesempatan untuk melaksanakan
tugasnya.
Respon Pengetua: Pihak guru haruslah menerima ini sebagai satu
cabaran. Guru yang sanggup berhadapan dengan situasi yang sukar
biasanya guru yang sentiasa berjaya dan berhak mendapat markah
penilaian prestasi yang sewajarnya.

(i) Ulasan GC: 42.6% daripada responden memberi sebab “idea dan
cadangan dipandang remeh oleh pihak pentadbiran”. Jika dakwaan ini
benar, pihak pentadbiran perlu lebih peka terhadap setiap idea dan
cadangan yang dikemukan oleh guru. Pihak pentadbiran perlu lebih
bersedia mendengar tanpa mengambil kira idea dan cadangan tersebut
benar atau salah, logik atau tidak praktikal, serius atau remeh. Setiap
penolakan terhadap idea dan cadangan guru perlu lebih lembut menerusi
pendekatan psikologi. Contoh ungkapan kata-kata yang ‘menolak’ idea
dan cadangan tetapi dianggap ‘lembut’ ialah “Saya menghargai idea dan
cadangan kamu tetapi buat masa ini ia tidak dapat diaplikasi dalam
konteks ini, kita akan pertimbangkan pada tahun hadapan, terima kasih ya
cikgu…”.
Respon Pengetua : Jika ini ditujukan kepada Pengetua maka anggapan
ini tidak benar kerana Pengetua sentiasa mempertimbangkan apa juga
cadangan dan idea yang dikemukakan oleh pihak guru atau KTBM
khususnya cadangan-cadangan dan idea yang bernas serta disokong
oleh bukti-bukti dan dokumentasi yang meyakinkan.

(j) Ulasan GC: 44.7% daripada responden memberi sebab “hanya

melaksanakan tugas terpilih yang menyumbang kepada markah penilaian
prestasi sahaja”. Memang wujud segelintir guru menjalankan tugas-tugas
tertentu sahaja yang difikirkannya menyumbang secara langsung kepada
markah penilaian prestasi tahunannya. Ini merupakan tanggungjawab
kepada setiap guru agar mengubah sikap dan mentaliti. Insan guru tidak
sepatutnya sentiasa memikirkan ganjaran walaupun ganjaran amat
penting dalam perkhidmatan, harus memikirkan masa depan murid dan
organisasi sekolah. Dengan tidak menjalankan tugas yang diamanahkan
atau dengan menolak tugas yang hendak diberikan bermakna guru telah
menutup peluang dan ruang kepada pelajar-pelajar bagi pengembangan
potensi dirinya (JERIS).
Respon Pengetua: Guru perlu membuat refleksi dan nilai kendiri sebagai
seorang guru.
(k) Ulasan GC: 59.6% daripada responden memberi sebab “pihak
pentadbiran tidak mempunyai kaedah untuk memantau dan menilai kerja-
kerja guru, hanya bersumberkan kepada laporan SKT semata-mata”. Jika
anggapan ini benar, pihak pentadbiran perlu mengamalkan satu kaedah
memantau dan menilai kerja-kerja guru yang lebih sistematik, menyeluruh,
spesifik dan adil untuk semua. Penilaian dan pemantauan perlu
berterusan sepanjang tahun dan direkod secara bertulis. Borang-borang
pemerhatian boleh diwujudkan. Menilai guru hanya bersumberkan SKT
tidak memadai kerana ia boleh terdedah kepada ketidak jujuran, misalnya
seseorang guru menghurai dengan sempurna bidang-bidang tugas di
sekolah dalam SKTnya tetapi realitinya beliau tidak pernah
melaksanakannya. Guru juga perlu mencatat setiap aktiviti yang
dilakukannya setiap hari di sekolah sebagai bukti apabila diminta oleh
pihak pentadbiran.
Respon Pengetua : Anggapan ini ada sedikit kebenarannya. Walau
bagaimanapun, menilai seseorang sepanjang masa menerusi
pemerhatian secara langsung bukannya mudah kerana tugas Pengetua
adalah meluas dan ada kalanya terpaksa meninggalkan kawasan sekolah
apabila mempunyai urusan rasmi di luar kawasan sekolah. Pengetua
sentiasa berusaha menilai guru dan KTBM menerusi pelbagai kaedah dan
tidak 100 peratus berdasarkan SKT.

(l) Ulasan GC : 48.9% daripada responden memberi sebab “cemburu, pihak

pentadbiran dilihat lebih gemar memerhati dan sayang kepada orang-
orang tertentu sahaja”. Jika dakwaan ini benar, ini merupakan tindakan
protes dari pihak guru, tidak menjalankan tugas atau menolak tugas
kerana tidak puashati kurang mendapat perhatian di mata pihak
pentadbiran. Pihak pentadbiran boleh belajar untuk ‘sayang’ dan
‘mengambil berat’ terhadap setiap individu guru di SMK Kota Marudu.
Walau bagaimanapun guru juga perlu meningkatkan tahap
profesionalisma dengan tidak menjadikan alasan seperti ini untuk tidak
menjalankan tugas atau menolak tugas, kerana akhirnya anak didik yang
akan menjadi mangsa.
Respon Pengetua : Anggapan ini bersifat subjektif, sukar dipastikan
samada benar atau tidak. Tetapi pihak Pengetua tidak pilih kasih. Pihak
Pengetua sentiasa berusaha menjaga kebajikan semua guru dan KTBM.

(m) Ulasan GC : 53.2% daripada responden memberi sebab “tanda protes,

tidak suka dengan beberapa amalan dan polisi yang dilaksanakan oleh
pihak pentadbiran”. Sekali lagi guru disaran untuk meningkatkan tahap
profesionalisma dengan tidak menjadikan alasan seperti ini untuk tidak
menjalankan tugas atau menolak tugas, kerana akhirnya anak didik yang
akan menjadi mangsa. Guru perlu menerima hakikat bahawa setiap
dasar, polisi dan amalan tidak mungkin dapat menyenangkan hati semua
orang.

Respon Pengetua : Pernyataan ini kurang tepat kerana beberapa amalan

(yang berkaitan dengan agihan tugas) dan budaya di SMK Kota Marudu
telah lama wujud sebelum kedatangan pengetua ke sekolah ini. Walau
bagaimanapun, ini boleh diperbaiki dan pihak guru perlu meningkatkan
sikap profesionalisme dengan tidak menjadikan alasan seperti ini untuk
tidak menjalankan tugas atau menolak tugas.

Analisis respon bagi isu “sebab-sebab guru dibebani tugas” yang

diperolehi menerusi SPSS adalah seperti berikut :

NO. PERNYATAAN SKALA RESPON

ITEM (%)
1 2 3 4 5
36 Wujud kebiasaan ‘membuli dalam tugas’ 8.5 19.1 10.6 35.1 26.6
di sekolah sehingga orang yang sama
sentiasa menjadi pilihan pihak
pentadbiran dan rakan sekerja untuk
memegang sesuatu tugas.
37 Kaedah agihan tugas oleh pihak 1.1 9.6 20.2 42.6 26.6
pentadbiran yang tidak praktikal.
38 Agihan tugas oleh pihak pentadbiran 1.1 11.7 20.2 36.2 30.9
yang tidak adil dan tidak seimbang.
39 Pihak pentadbiran lebih gemar memilih 4.3 6.4 16.0 45.7 27.7
guru yang rajin sahaja atau guru yang
mudah diarah sahaja.
40 Pihak pentadbiran malas mendidik guru 4.3 11.7 30.9 27.7 25.5
baru/orang baru bagi mengambilalih
tugasnya.
41 Sentiasa menjadi ‘mangsa’ diberi tugas 7.4 14.9 18.1 29.8 29.8
kerana alasan masih bujang, masih
muda atau belum ada anak.
42 Amalan pusing-ganti pekerja dalam 2.1 7.4 19.1 42.6 28.7
organisasi sekolah tidak diamalkan.
43 Sentiasa dipilih/diundi menjadi ketua 1.1 23.4 23.4 33.0 19.1
dalam sesuatu
jawatankuasa/kelab/persatuan.
44 Hanya ketua yang biasanya ‘bergerak’ 16.0 19.1 31.9 25.5
dan AJKnya hanyalah ‘menumpang’.
7.4

Antara dapatan kajian yang menarik untuk dibincangkan berkaitan isu guru
dibebani tugas ialah:

(a) Ulasan GC: 61.7% daripada responden memberi sebab “wujud kebiasaan
membuli dalam tugas” di sekolah, orang yang sama sentiasa menjadi
pilihan oleh pihak pentadbiran dan rakan sekerja untuk memegang
sesuatu tugas”. Kebiasaan ini perlu dihentikan kerana ia tidak baik untuk
individu guru dan untuk organisasi sekolah. Atas dasar timbang rasa,
sesuatu tugas perlulah digilirkan atau diagihkan.
Respon Pengetua: Sikap guru sangat penting untuk mencapai kejayaan
sebagai seorang guru yang mempunyai tahap profesionalisme tinggi.
Sekiranya guru-guru ini
mempunyai sikap positif dan self esteem yang tinggi, dia patut bangga
kerana pihak pentadbiran memberi penuh kepercayaan dan melantiknya
ke tugas tersebut.
(b) Ulasan GC: 69.2% daripada responden memberi sebab “kaedah agihan
tugas yang tidak praktikal”. Pihak sekolah boleh memperbaiki kaedah
agihan tugas guru. Salah satu cara ialah memberi peluang kepada setiap
guru untuk turut terlibat dalam kerja-kerja mengagih tugas kerana mereka
lebih arif tentang tugas-tugas spesifik mereka.
Respon Pengetua: Pengagihan tugas dengan melibatkan setiap guru
akan menghasilkan situasi ’birds of a feather flock together’.
(c) Ulasan GC: 73.4% daripada responden memberi sebab “pihak
pentadbiran lebih gemar memilih guru yang rajin sahaja atau guru yang
mudah diarah sahaja”. Kebiasaan ini perlu dihentikan kerana ia tidak baik
untuk individu guru dan untuk organisasi sekolah. Atas dasar timbang
rasa, sesuatu tugas perlulah digilirkan atau diagihkan. Pihak pentadbiran
perlu berusaha mengagih tugas dan memberi tugas kepada mereka yang
‘liat’ untuk diarah (jika benar wujud).

(d) Ulasan GC: 59.6% daripada responden memberi sebab “menjadi mangsa
kepada andaian yang salah iaitu diberi tugas kerana masih bujang, masih
muda atau belum ada anak atau kerana tinggal dalam kawasan sekolah”.
Kebiasaan ini juga perlu dihentikan kerana ia tidak baik untuk individu
guru dan untuk organisasi sekolah. Atas dasar timbang rasa, sesuatu
tugas perlulah digilirkan atau diagihkan. Guru perlu profesional untuk tidak
menjadikan alasan sudah berkeluarga sebagai halangan untuk
menjalankan tugas. Guru bujang atau mereka yang sudah berkeluarga
tetapi belum ada anak juga mempunyai kesukaran tersendiri.

(e) Ulasan GC: 53.2% daripada responden memberi sebab “pihak

pentadbiran tidak berusaha mendidik dan melatih guru baru bagi
mengambilalih tugasnya”. Jika ini benar, ia perlu dihentikan. Salah satu
peranan dan tanggungjawab pihak pentadbiran ialah memotivasi dan
melatih seseorang guru untuk memegang sesuatu tugas baru. Tidak baik
untuk terus menerus bergantung kepada kebolehan dan keupayaan guru
yang sama.
Respon Pengetua: Mendidik dan melatih guru baru untuk mengambil alih
tugas untuk jawatan penting seperti setiausaha peperiksaan awam, guru
disiplin dan lain-lain telah diamalkan. Ada tugas yang biasanya lebih
berkesan sekiranya dilakukan oleh kaum wanita (hiasan meja, memesan
makanan minuman untuk majlis) atau kaum lelaki (pengawal trafik
semasa majlis, p.a. sistem) tetap dikekalkan demi kejayaan
majlis/program.
(f) Ulasan GC : 71.3% daripada responden memberi sebab “tiada amalan
pusing-ganti pekerja di sekolah”. Bagi memantapkan sumber manusia
dalam organisasi, amalan pusing-ganti pekerja perlu dilaksanakan. Ianya
bermanfaat kepada individu guru dan organisasi sekolah. Menerusi
amalan ini setiap guru akan berpeluang menerima latihan kepakaran dan
menimba pengalaman untuk setiap tugas (lantikan sekolah) yang ada
dalam organisasi sekolah. Ia juga mengurangkan kebosanan dan
keletihan kepada guru kerana melakukan tugas yang sama setiap tahun.
Terdapat banyak tugas di sekolah yang boleh digilirkan. Misalnya tugas
setiausaha peperiksaan boleh digilirkan setiap 3 tiga atau 5 tahun, tugas
setiausaha sukan boleh digilirkan setiap 3 atau 5 tahun, guru-guru
penasihat kelab, persatuan dan unit beruniform boleh digilirkan setiap 2
tahun, tugas-tugas penyelaras boleh digilirkan setiap 3 atau 5 tahun,
jawatan-jawatan dalam jawatankuasa-jawatankuasa tertentu boleh
digilirkan setiap tahun. Tugas-tugas yang mesti ditentukan menerusi
mesyuarat perlulah mengambilkira kebaikan amalan pusing-ganti pekerja
sebelum pemilihan dijalankan.
Respon Pengetua: Setuju dan telah diamalkan. Guru penasihat unit
beruniform sukar sedikit ditukar kerana latihan dan uniform baru perlu jika
diubah.
(g) Ulasan GC: 57.4% daripada responden memberi sebab “wujud kebiasaan
hanya ketua yang buat kerja dan orang bawahan hanyalah menumpang”.
Masalah ini boleh dikurangkan sekiranya ketua bijak mengagih tugas di
kalangan orang bawahannya. Orang bawahan juga perlu mengubah sikap
dengan mengambil inisiatif tanpa diarah. Kebiasaan “umpama tukul
dengan pahat” perlu dihentikan.

Respon Pengetua : Jika rungutan-rungutan di atas ditujukan kepada

Pengetua maka ia tidak adil kerana hampir 100 peratus tugas-tugas
bukan p & p di SMK Kota Marudu telah diwujudkan oleh Penolong Kanan
Kokurikulum, oleh para penyelaras unit uniform, kelab dan persatuan dan
bukan datang dari pihak Pengetua. Cadangan melantik seseorang untuk
memegang sesuatu tugas biasanya dikemukakan oleh Penolong Kanan
Kokurikulum atau oleh Penyelaras Unit Beruniform, Penyelaras Kelab
Akademik, Penyelaras Kelab dan Persatuan, Penyelaras Kelab Sukan
dan Permainan atau oleh Setiausaha Sukan bagi tugas-tugas berkaitan
olahraga. Pihak Pengetua hanya memperakukan dengan andaian bahawa
agihan tugas tersebut telah dipersetujui oleh semua guru. Malah, pihak
Pengetua lebih suka sekiranya kelab dan persatuan yang diwujudkan di
sekolah ini mengikut kadar minimum yang diwajibkan oleh KPM supaya
kualiti penumpuan guru terhadap tugas-tugas bukan p & p dapat
dipertingkatkan dan menyokong kepada pembelajaran akademik. Sikap
ketua sahaja yang menjalankan tugas berpunca dari sikap guru yang
negatif dan tahap profesionalisme yang rendah.

Analisis terperinci bagi setiap item-respon terdapat pada Lampiran IV.

5.4 Analisis Korelasi Umur-Beban Tugas

Analisis korelasi antara pembolehubah “umur” dengan pembolehubah “bilangan

tugas” juga telah dilakukan. Dalam konteks ini, “umur” dijadikan sebagai
pembolehubah bebas (tidak bersandar) manakala “bilangan tugas” dijadikan
sebagai pembolehubah bersandar. Secara teori, semakin banyak tugas yang
dipegang oleh seseorang guru maka semakin beratlah beban tugas yang
terpaksa dipikulnya. Pernyataan masalah dalam kes ini ialah “Benarkah apabila
umur seseorang guru semakin meningkat, beban tugas juga semakin
bertambah?”. Dengan ini, hipotesis yang hendak diuji ialah “Jika umur meningkat
maka bilangan tugas bertambah”. Kerana kedua-dua pembolehubah yang
hendak dibandingkan telah menggunakan skala pengukuran sela (interval) maka
model korelasi Pearson sesuai digunakan (Mohd Salleh, 2001). Setelah ujian
korelasi Pearson untuk 2-hujung dilakukan pada aras keertian 0.01 mendapati
bahawa nilai korelasi hanyalah 0.274. Darjah kekuatan hubungan antara dua
pemboleh tersebut agak lemah (walaupun hubungan positif) iaitu 27.4% atau
kekuatan hubungan hanya boleh dijelaskan sekitar 27.4% daripada keseluruhan
sumber data. Menurut Y.P. Chuay (2005), sesuatu hubungan (antara dua
pembolehubah skala interval) dianggap kuat dan boleh diterima sekiranya nilai
korelasi ialah .75 atau lebih. Dengan ini, hipotesis terpaksa ditolak. Ini bermakna,
di SMK Kota Marudu, tidak semestinya mereka yang lebih tua akan lebih
banyak tugasnya. Terdapat juga guru yang masih muda tetapi mempunyai
beban tugas yang berat. Ouput SPSS bagi korelasi umur-beban tugas terdapat
pada Lampiran V.

5.5. Analisis Korelasi Pengalaman-Beban Tugas

Analisis korelasi antara pembolehubah “pengalaman” dengan pembolehubah

“bilangan tugas” juga telah dilakukan. Dalam konteks ini, “pengalaman” dijadikan
sebagai pembolehubah bebas (tidak bersandar) manakala “bilangan tugas”
dijadikan sebagai pembolehubah bersandar. Secara teori, semakin banyak tugas
yang dipegang oleh seseorang guru maka semakin beratlah beban tugas yang
terpaksa dipikulnya. Pernyataan masalah dalam kes ini ialah “Benarkah
seseorang guru yang sudah lama dalam perkhidmatan atau pengalaman
bertugas lebih lama, beban tugas juga turut bertambah?”. Dengan ini, hipotesis
yang hendak diuji ialah “Apabila jangka masa perkhidmatan seseorang guru
meningkat, maka bilangan tugasnya turut bertambah”. Kerana kedua-dua
pembolehubah yang hendak dibandingkan telah menggunakan skala
pengukuran sela (interval) maka model korelasi Pearson sesuai digunakan
(Mohd Salleh, 2001). Setelah ujian korelasi Pearson untuk 2-hujung dilakukan
pada aras keertian 0.01 didapati bahawa nilai korelasi hanyalah 0.255. Darjah
kekuatan hubungan antara dua pemboleh tersebut agak lemah (walaupun
hubungan positif) iaitu 25.5% atau kekuatan hubungan hanya boleh dijelaskan
sekitar 25.5% daripada keseluruhan sumber data. Menurut Y.P. Chuay (2005),
sesuatu hubungan (antara dua pembolehubah skala interval) dianggap kuat dan
boleh diterima sekiranya nilai korelasi ialah .75 atau lebih. Dengan ini, hipotesis
terpaksa ditolak. Ini bermakna, di SMK Kota Marudu, tidak semestinya
mereka yang sudah lama berkhidmat dan berpengalaman mengajar akan
lebih banyak tugasnya. Terdapat juga guru yang baru berkhidmat (1 hingga 2
tahun) tetapi mempunyai beban tugas yang berat. Ouput SPSS bagi korelasi
pengalaman-beban tugas terdapat pada Lampiran VI.

6. Komen-Komen Lain Yang Ditulis Oleh Para Responden

Berdasarkan kepada borang soal selidik yang telah dihantar oleh para
responden, terdapat juga komen-komen yang ditulis sendiri oleh para responden
tetapi tidak dapat diproses kerana komen-komen tersebut tidak selaras dengan
tujuan kajian tinjauan ini dijalankan. Selain itu, komen-komen yang ditulis oleh
beberapa orang responden ini sudah terangkum maksudnya dalam Item 12,
Item 25, Item 27, Item 31, Item 35, Item 37, Item 38, Item 39 dan Item 42.

Antara komen yang ditulis sendiri oleh beberapa orang responden ialah :
(a) Pengetua/pihak pentadbiran menganggap guru sekadar pekerja dan
bukan rakan sekerja (3 responden).
Respon Pengetua : Jika anggapan ini ditujukan kepada Pengetua secara
individu maka anggapan ini tidak benar kerana Pengetua sentiasa
mengambil inisiatif untuk lebih akrab dengan guru-guru dan KTBM, malah
Pengetua pernah melawat keluarga guru di rumah bagi memberi
sokongan moral kepada keluarga guru yang menghadapi kesukaran
seperti ahli keluarga yang sakit.
(b) Pengetua/pihak pentadbiran kurang yakin terhadap kewibawaan gurunya
sendiri, meyakini dan percaya terhadap orang-orang tertentu sahaja,
termasuk pihak luar (2 responden).
Respon Pengetua: Jika anggapan ini ditujukan kepada Pengetua secara
individu maka ianya tidak benar kerana Pengetua sentiasa yakin terhadap
kebolehan dan keupayaan guru-guru di sekolah ini. Malah, semasa saya
masih pengetua SMK Langkon, ada kalanya saya mendorong guru-guru
SMK Langkon supaya mencontohi guru-guru SMK Kota Marudu dalam
beberapa aspek seperti pengurusan kokurikulum.

(c) Pengetua/pihak pentadbiran sering bertindak mengikut emosi (3

responden).
Respon Pengetua : Jika ini ditujukan kepada Pengetua secara individu
maka anggpan ini kurang tepat. Walau bagaimanapun, sebagai manusia
biasa ada kalanya pihak Pengetua mempamerkan emosi yang tidak
sepatutnya.
(d) Pengetua/pihak pentadbiran sering mempersalahkan guru tanpa usul
periksa (2 responden).
Respon Pengetua : Jika anggapan ini ditujukan kepada Pengetua secara
individu maka ianya tidak benar. Pengetua biasanya memarahi mereka
yang memang layak menerima kemarahan kerana perbuatan dan
tindakan mereka yang tidak wajar.
(e) Pengetua/pihak pentadbiran sering ‘melepaskan’ guru yang tidak
menjalankan tugas dengan tidak mengambil sebarang tindakan atau
teguran (2 responden).
Respon Pengetua : Ini tidak benar. Pengetua sebenarnya telah
mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kes terpencil seperti ini
cuma tidak dihebohkan menerusi mesyuarat demi menjaga maruah pihak
yang terbabit.
(f) Pengetua/pihak pentadbiran kurang mengendahkan kebajikan guru (5
responden).
Respon Pengetua: Ini tidak benar kerana Pengetua sentiasa menjaga
kebajikan guru yang memang layak menerima pembelaan (guru sakit, ahli
keluarga sakit, menghadiri pengkebumian walaupun bau bacang, dll)
(g) Pengetua/pihak pentadbiran bertindak berat sebelah dan pilih kasih
khususnya dalam soal mengambil cuti rehat (3 responden).
Respon Pengetua : Komen ini hanyalah suatu salah faham di pihak guru.
Pengetua hanya meluluskan cuti rehat kepada mereka yang layak
menerima. Komen ini timbul kerana pihak guru tidak memahami konteks
dan situasi kelulusan permohonan cuti rehat. Cuti konvokesyen: 3 hari,
Cuti tambahan Hari Raya Puasa amat sukar diberi kerana guru Muslim
sebanyak %. Cuti rehat diberi dengan kebijaksanaan pengetua dengan
keutamaan proses p & p tidak diganggu.
(h) Pengetua/pihak pentadbiran mudah dipengaruhi oleh orang-orang tertentu
untuk membuat keputusan (4 responden).
Respon Pengetua : Komen ini terlalu subjektif dan sukar diberi respon
balas. Jika Pengetua kerap berbincang dengan orang-orang tertentu
seperti Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Warden, Ketua Guru
Disiplin atau mereka yang lebih berpengalaman dan berketrampilan di
sekolah ini maka ia tidak boleh dianggap sebagai ‘dipengaruhi oleh orang-
orang tertentu untuk membuat keputusan’ kerana pihak-pihak yang
disebutkan tadi terbukti mempunyai idea-idea yang bersifat praktikal dan
mereka telah lama bertugas di sekolah ini dan lebih arif tentang budaya
sekolah. Semua guru berpeluang menyuarakan pandangan menerusi
mesyuarat guru dan banyak keputusan telah diambil berdasarkan
keputusan bersama dalam mesyuarat.

(i) Pengetua/pihak pentadbiran kerap kali mengubah keputusan walaupun

keputusan tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat umum (3
responden).
Respon Pengetua : Ini hanya satu salah faham. Pengetua tidak pernah
berniat mengubah keputusan mesyuarat, cuma mempermudah
pelaksanaan dan penguatkuasaan sesuatu keputusan yang telah
dipersetujui dalam mesyuarat.

(j) Pengetua/pihak pentadbiran mempunyai tahap kepimpinan yang rendah,

kurang pengetahuan, lebih banyak bercakap daripada bertindak dan tiada
contoh teladan yang sesuai (1 responden).
Respon Pengetua : Sekiranya pernyataan ‘kurang pengetahuan’
ditujukan kepada Pengetua secara individu maka mungkin ini ada sedikit
kebenarannya. Saya mengakui bahawa pengetahun saya berkaitan
kokurikulum tidaklah terlalu meluas dan mendalam. Lain-lain anggapan
seperti ‘tahap kepimpinan yang rendah’, ‘lebih banyak bercakap daripada
bertindak’, ‘tiada contoh teladan’ adalah tidak benar. Kepimpinan saya
telah diiktiraf oleh Jabatan dan Kementerian. Saya juga banyak
melakukan tindakan-tindakan yang perlu di sekolah ini. Saya juga
sentiasa mempamerkan contoh teladan yang sesuai kepada guru-guru
sepanjang masa khususnya dalam aspek melaksanakan tugas. Sekiranya
komen-komen ini ditujukan kepada mana-mana Penolong Kanan saya
maka saya telah menasihati mereka supaya mempamerkan teladan yang
sepatutnya.
(k) Pengetua/pihak pentadbiran kedekut tidak bertempat (3 responden).
Respon Pengetua : Ini tidak benar sama sekali. Adalah menjadi
tanggungjawab Pengetua untuk mengawal penggunaan sumber-sumber
di sekolah ini seperti peruntukan kewangan dan kemudahan-kemudahan
asas yang lain. Perbelanjaan berhemah yang diamalkan oleh saya
tidaklah wajar dilihat sebagai ‘kedekut’ tetapi mengikut dasar KPM.
(l) Pengetua/pihak pentadbiran tidak melaksanakan penggiliran APC (1
responden).
Respon Pengetua: Kelemahan penggiliran APC di sekolah ini berlaku
sebelum kedatangan saya ke sekolah ini. Mereka yang terpinggir selama
ini telah diberikan APC apabila saya di sekolah ini. Lagipun, APC
bukanlah berdasarkan penggiliran tetapi berdasarkan merit.
(m) Pengetua/pihak pentadbiran lebih gemar mencari kelemahan guru
berbanding mencari kelebihan guru (2 responden).
Respon Pengetua: Ini hanyalah satu salah faham. Sifat sebenar
Pengetua bukanlah seperti yang digambarkan. Guru-guru yang layak
diberi pengiktirafan telah diberikan pengiktirafan manakala guru yang
layak untuk ditegur telah menerima teguran.

(n) Pengetua/pihak pentadbiran hanya menitikberatkan keputusan

peperiksaan, aktiviti lain khususnya kokurikulum dianggap tidak penting (1
responden).
Respon Pengetua: Anggapan ini tidak benar. Pengetua juga
mementingkan bidang kokurikulum tetapi lebih mengutamakan akademik.
Ini kerana bilangan pelajar yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum (di
luar bilik darjah) lebih sedikit (contoh MSSD 2010 – 5% daripada jumlah
pelajar) berbanding mereka yang kekal dalam bilik darjah, dengan itu
pengetua mengutamakan akademik. Tanggungjawab utama guru ialah
akademik tetapi pada masa yang sama tidak boleh mengabaikan
kokurikulum. Core business guru ialah p & p. Lagipun, sumbangan
kokurikulum sebagai merit bagi kemasukan ke IPTA hanyalah 10%.

(o) Pengetua/pihak pentadbiran kurang mahir mengendali mesyuarat, terlalu

banyak agenda, terlalu lama bermesyuarat, sukar mencapai kata putus,
masa mesyuarat juga tidak adil untuk guru pagi dan guru petang, masa
yang adil ialah antara jam 11 pagi hingga jam 3 petang (1 responden).
Respon Pengetua: Komen ini ada kebenarannya. Terima kasih atas
komen ini. Pihak pentadibran berjanji akan memperbaiki aspek ini.
(p) Pengetua/pihak pentadbiran kurang mahir menggunakan peruntukan
kewangan kerajaan, awal tahun dan pertengahan tahun banyak aktiviti
disekat dengan alasan tiada peruntukan tetapi apabila hujung tahun agak
sibuk merancang pelbagai aktiviti bagi menghabiskan peruntukan
kewangan yang sedia ada (1 responden).

Respon Pengetua : Aspek ini agak sukar diberi penjelasan. Peruntukan

dari kerajaan biasanya lewat diterima oleh pihak sekolah, sebab itu aktiviti
yang memerlukan peruntukan kewangan yang banyak yang hendak
dilaksanakan di awal tahun agak sukar untuk dilaksanakan. Sekiranya
Pengetua dikatakan kurang mahir menggunakan peruntukan kewangan,
anggapan ini kurang tepat kerana Pengetua pernah menerima
pengiktirafan dari juruaudit berkaitan pengurusan kewangan sekolah.(4
sijil audit tanpa teguran di SMK Langkon, 1 sijil audit tanpa teguran 2008
di SMK Kota Marudu.

(q) Pengetua/pihak pentadbiran kurang menguasai dan memahami tugas-

tugas spesifik guru (1 responden).

Respon Pengetua: Komen ini benar. Sudah pasti seorang pengetua tidak
dapat menyelidik setiap tugas spesifik guru. Pengetua hanya memastikan
setiap dasar dan polisi pendidikan dapat dilaksanakan di sekolah. Yang
penting adalah core business p & p.

(r) Pengetua/pihak pentadbiran kerap memberi tugas pengkeranian kepada

guru dan bukan tugas sebenar guru (1 responden).
Respon Pengetua: Pihak pentadbiran ada kalanya meminta khidmat guru
dalam kerja-kerja pengkeranian seperti mengutip yuran dari pelajar-
pelajar tetapi bagi membolehkan mereka mengutip yuran, surat kuasa
diberikan. Tugas pengkeranian tersebut merupakan tugas penting guru
tingkatan.
(s) Pengetua/pihak pentadbiran terlalu mengawal dan ‘berkira’ tentang
penggunaan mesin penyalin sekolah (3 responden).
Respon Pengetua: Anggapan ini tidak tepat. Ini hanyalah satu salah
faham. Adalah menjadi tanggungjawab Pengetua untuk mengawal
penggunaan sumber-sumber di sekolah ini seperti peruntukan kewangan
dan kemudahan-kemudahan yang lain.

(t) Pengetua/pihak pentadbiran kurang menjaga maruah dan ‘air muka’ guru
di khalayak umum (1 responden).

Respon Pengetua : Sekiranya komen ini ditujukan kepada Pengetua

maka ini tidak benar. Pengetua tidak pernah menjatuhkan ‘air muka’
seseorang guru di khalayak ramai. Jika ini ditujukan kepada mana-mana
Penolong Kanan maka nasihat Pengetua telahpun diberikan kepada
pihak-pihak yang terbabit.

(u) Pengetua/pihak pentadbiran kerap memberikan ‘tugas rojak’ kepada guru

(1 responden).
Respon Pengetua : Mungkin ini benar untuk segelintir guru. Terdapat
beberapa orang guru di sekolah ini yang mempunyai kemahiran dan bakat
yang pelbagai seperti mahir melukis pelan, mahir mengurus dan
memimpin, mahir dalam multimedia, mahir berbahasa dan banyak lagi.
Pihak pentadbiran sering menggunakan khidmat mereka untuk membantu
pihak sekolah. Pihak pentadbiran berjanji akan mengurangkan
kebergantungan terhadap mereka supaya guru-guru yang berkenaan
lebih tertumpu kepada tugas-tugas mengajar.

7. Cadangan Penambahbaikan Kaedah Agihan Dan Penggiliran Tugas

Guru
Cadangan penambahbaikan kaedah agihan & penggiliran tugas guru yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa GC dalam laporan ini tidak memadai. Bagi
mendapatkan cadangan yang komprehensif, konstruktif dan praktikal, semua
guru SMK Kota Marudu diberi peluang untuk mengemukakan cadangan. Borang
Cadangan akan diedar kepada guru-guru semasa mesyuarat guru kali kedua
pada 30 Mac 2010. Guru-guru hendaklah mengemukakan cadangan-candangan
yang konstruktif, spesifik dan applicable. Guru-guru perlu mengembalikan borang
cadangan masing-masing kepada Jawatankuasa GC sebelum atau pada 7 April
2010. Semua cadangan akan dinilai oleh Jawatankuasa GC bagi menghasilkan
satu koleksi cadangan yang diharapkan akan bersifat komprehensif, konstruktif
dan praktikal. Semua cadangan akan dibawa dalam mesyuarat khas,
Jawatankuasa Tertinggi Sekolah bersama dengan Jawatankuasa GC. Pihak
pentadbiran juga boleh menjemput sesiapa sahaja individu guru di SMK Kota
Marudu ke mesyuarat khas tersebut dengan syarat mereka ini diyakini sebagai
pakar dalam bidang pengurusan sumber manusia, bidang tadbir urus-baik,
bidang kepimpinan atau berpengalaman menjalankan pelbagai tugas di sekolah.
Kaedah agihan & penggiliran tugas guru yang lebih baik ini diharap dapat
dilaksanakan pada tahun 2011.

SUMBER RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim (1995). Pengurusan Kokurikulum. Shah Alam : Penerbit
Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Borg. W. R. & Gall, M. D. (1989). Educational research : An introduction (5 th ed).

New York :
Longman Inc.
Chuay Yan Piaw (2005). Kaedah Penyelidikan (Buku 1). Kuala Lumpur : McGraw
Hill.

Ee Ah Meng (1996). Pendidikan Di Malaysia I. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Elifson. W. R., Runyon. R. & Haber. A. (1985). Fundamental of social Statistics

(2nd ed).
New York : Addison-Wesley Publishing, Inc.

Kamus Dewan (2002). ”Kegiatan kokurikulum”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan
Pustaka. Hlm. : 692.

Liebert, R. M., & Spiegler, M. D. (1994). Personality: Strategies and issues (7th
Ed.). Pacific
Grove : Brooks/Cole Publishing Company.

Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Ketiga.

Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1997). Asas Penyelidikan Sains Sosial. Johor :
Universiti
Teknologi Malaysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Kedua.

Johor :
Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Salleh Abu & Zaitudatun Tasir (2001). Pengenalan Kepada Analisis Data
Berkomputer SPSS 10.0 for Windows. Kuala Lumpur : Vbenton
Publishing.

Mok Soon Sang (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Semester 1. Siri Pendidikan
Perguruan Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (1995). Pendidikan Di Malaysia (Edisi ke 7). Kuala Lumpur :
Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Ramlan Abd. Rahman (2004). Panduan Pengurusan Kokurikulum D Sekolah.

Kuala
Lumpur : Banter Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari (2001). Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah.
Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tong Swee Foong, Lau Too Kya & Soon Chin Loong (1998). Matematik Statistik
STPM –
Sukatan Pelajaran S. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Lampiran I

Contoh Borang Soal Selidik

Lampiran II

Analisis Ujian Kebolehpercayaan

Instrumen
Lampiran III

Analisis Profil Responden

Lampiran IV

Analisis Item-Respon
Lampiran V

Analisis Korelasi 1 : Umur Vs. Beban

Tugas
Lampiran VI

Analisis Korelasi 2 : Pengalaman Vs. Beban

Tugas

Anda mungkin juga menyukai