Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN MENULIS PERENGGAN PENUTUP

Terdapat 3 jenis ayat penting:

(a) Ayat KESIMPULAN ISI-ISI (penanda wacana penutup + kata kunci (punca / kesan / langkah) +
tema)

Contoh: Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa beberapa langkah yang dapat
diimpelmentasikan oleh (sasaran) ibu bapa untuk (tema) mewujudkan keluarga yang bahagia

(b) Ayat cadangan (…perlulah / hendaklah / haruslah / seyogianya- seharusnya)

Contoh: Namun begitu, obligasi untuk menangani masalah jenayah di negara kita tidak
seyogianya diletakkan atas pundak kerajaan sahaja. Oleh itu, semua pihak tanpa mengenal batasan
usia dan warna kulit perlulah bersinergi ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk
menangani masalah ini hingga akar umbi. / Kita haruslah berganding bahu dan menggembleng
tenaga serta mempunyai semangat tinggi setinggi Gunung Everest, seluas Banjaran Himalaya,
sedalam Jurang Mariana dalam membendung isu ini daripada membarah sebelum terlewat
kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

(c) Ayat harapan. Contoh:

- Komitmen padu daripada semua pihak diharapkan impian untuk mencapai visi kudsi negara
iaitu Kerangka Madani tidak akan menjadi omongan kosong dan angan-angan Mat Jenin.

- Diharapkan impian negara untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang akan menjadi realiti dan nama negara akan sentiasa gah di pentas dunia.

- Jika perpaduan dapat dipupuk maka impian negara untuk mencapai kejayaan sebagai negara
yang gah pada peringkat global akan menjadi kenyataan dan sekali gus visi negara dapat dicapai
dengan mudah untuk memastikan Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara-negara gergasi di persada antarabangsa.

- Hubungan ukhuwah antara semua pihak dapat merealisasikan impian untuk mencapai tahap
negara kelas pertama seperti kata falsafah Confusius, apakah gunanya sekiranya kita tidur sebantal
tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama.

- Wahai anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan hadapilah dengan semangat habis kapak
berganti beliung (semangat rajin bekerja) / biar putih tulang, jangan putih mata (semangat berjuang
bersungguh-sungguh) untuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah cemerlang, gemilang dan
terbilang! Malaysia Boleh!

Penanda wacana ayat penutup karangan

(a) Sebagai intiha, (d) Bulan semakin terang, dapat dibuat ialah sukar
bayang kian jelas bahawa… untuk menafikan bahawa
(b) Akhir kalam /
Akhirulkalam, (e) Secara tuntasnya, f) Sebagai penghias
bicara akhir,
(c) Sudah terang lagi (f) Sebagai konklusinya g) Secara keseluruhan,
bersuluh bahawa… i) Secara total,
(g) Berdasarkan cambahan
minda di atas, konklusi yang
CONTOH 1 - Pengaruh luar yang dihadapi oleh remaja

Secara analoginya, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak pengaruh luar yang dihadapi
oleh para remaja di negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan
tebing untuk mengatasi masalah ini. Tindakan mengharapkan pihak kerajaan untuk menyelesaikan
masalah ini semata-mata tidak berkesan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jika
masalah pengaruh luar dalam kalangan remaja dapat dihapuskan, remaja yang merupakan pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara dapat melaksanakan tanggungjawab dan obligasi masing-
masing untuk memacu pembangunan negara. Oleh sebab itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena
dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri
sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Secara implisitnya ( tidak langsung), negara
kita dapat berdiri gah di pentas antarabangsa serta imej negara juga akan harum di persada dunia
dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian
akhlaknya bak kata pujangga, “Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh jika akhlaknya masih utuh.
Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.”

CONTOH 2 - Peranan ibu bapa untuk mendidik anak menjaga kebersihan

Sebagai penutup kata pemanis bicara, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa
ibu bapa memainkan peranan yang singnifikan untuk mendidik anak-anak supaya menjaga
kebersihan. Anak-anak apabila diajar erti kasih sayang, mereka akan mengasihi. Apabila diajar erti
kebaikan mereka akan belajar bertanggungjawab dan apabila diajar erti kebersihan mereka akan
belajar menjadi harmoni. Oleh itu, ibu bapa sentiasa menjadi rujukan dan suri teladan untuk
menentukan jati diri anak-anak. Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya menunding jari kepada
ibu bapa sahaja untuk memikul tanggungjawab ini. Semua pihak seyogianya bekerjasama ibarat ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni supaya remaja di negara kita dapat mementingkan
kebersihan pada masa hadapan. Amalan kebersihan ini amatlah penting bagi seseorang individu,
sekumpulan masyarakat dan sesebuah negara. Oleh itu, remaja yang merupakan aset negara dan
bakal menerajui pemerintahan negara haruslah mementingkan kebersihan di negara kita. Nelson
Mandela pernah berkata, “Jika hendak melihat sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya.”

Tugasan

Bina 3 perenggan penutup berdasarkan 3 tajuk di bawah:

1. Usaha-usaha memupuk semangat kejiranan


2. Kesan ketagihan gajet
3. Cara mengatasi masalah ponteng sekolah
4. Kepentingan amalan berjimat cermat

Anda mungkin juga menyukai