Anda di halaman 1dari 4

KAEDAH UMIBaKaP dalam penulisan Karangan

Karangan Dimensi Negara/ Masyarakat

Tugas kita belum selesai rupanya,


Bagi memartabat serta memuliakan
bangsa
Kerana hanya bangsa yang berjaya
Akan sentiasa dihormati.

Bait-bait puisi ‘Perjuangan Yang Belum Selesai’ ilham Perdana Menteri Keempat dan
ketujuh negara kita yakni, Tun Dr Mahathir Mohammad telah menonjolkan bahawa
rakyat yang berketerampilan, berkaliber, berwawasan, progresif dan dinamik dapat
membawa negara ke arah merealisasikan aspirasi murni Kerajaan Malaysia(U). Hal ini
dikatakan demikian kerana, rakyat yang mempunyai keseimbangan antara tiga aspek
iaitu penghayatan nilai-nilai murni, penguasaan ilmu pengetahuan dan penguasaan
pelbagai kemahiran merupakan ramuan utama dalam resipi pembangunan negara (M).
Tatkala negara kita mengayun langkah sederap untuk menjana visi keramat tersebut,
isu ………… tajuk ……………………… tidak wajar dipandang ringan.Persoalannya
sekarang, apakah ………… ayat soalan….................................?

PERANAN INDIVIDU

1. Sehubungan dengan itu, setiap individu seharusnya dididik supaya mengenali


serta membantu masyarakat di sekelilingnya. Setiap individu dalam sesebuah
masyarakat tidak sepatutnya mengabaikan sifat kemasyarakatan dalam diri
mereka sehingga boleh menumbuhkan sifat individualistik yang subur. (M)
2. Dalam menghalusi isu yang diutarakan, setiap individu seyogia mencetuskan
kesedaran diri terutamanya yang berkaitan dengan isu/situasi/senario
………………………….. . (I)
3. Masyarakat harus dipandang sebagai satu individu di dalamnya akan sama-
sama dirasai oleh masyarakat tersebut bak pepatah cubit paha kanan, paha kiri
terasa juga. (P)

1
PERANAN IBU BAPA/KELUARGA

1. Dalam memperkatakan hal ini, ibu bapa harus berpegang pada peribahasa
melentur buluh biarlah dari rebungnya, yakni membentuk generasi biarlah
daripada anak bangsanya. (M)
2. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak
tentang …………(ayat soalan)……………… .
3. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Khalifah Abu Bakar bahawa, “seseorang
yang tidak dapat menyumbangkan idea atau ilmu tentang sesuatu dianggap tidak
berguna kepada masyarakat.
4. Pendek kata, pihak keluarga/ibu bapa menonjolkan peranannya sebagai cerucuk
utama pembangunan modal insan yang telus dan utuh dalam kalangan anak-
anak ibarat dibakar tak hangus, dijemur tak kering, direndam tak basah dan
dilentur tak patah. (P)

PERANAN MASYARAKAT

1. Sejajar dengan kata-kata itu, masyarakat sebenarnya berperanan penting dalam


mengubah individu menerusi amalan tegur-menegur. (M) Realitinya, amalan
seumpama ini sudah jauh terpinggir dalam menongkah badai globalisasi kini.
2. Segala program yang memberi penekanan terhadap
…………………(tema)…………………. oleh pihak kerajaan harus diberi
sokongan yang sepenuhnya oleh masyarakat. (Ba)
3. Ibu bapa dan guru harus mendedahkan tentang
kepentingan/keburukan……………………(tajuk)…………………………
kepada anak-anak sejak kecil lagi. (Ba)
4. Pendek kata, masyarakat harus menyokong dan memberikan komitmen seratus
peratus kepada pihak kerajaan dalam pelaksanaan program-program
……………(tajuk)…………… . (P)

2
PERANAN KERAJAAN

1. Dalam hal ini, pihak kerajaan sewajarnya bertindak sebagai agen perancang
dalam memastikan masyarakat dapat memanfaatkan setiap program yang
dianjurkan dari semasa ke semasa (M)
2. Oleh itu, pihak kerajaan turut menjadi tunjang utama dalam ………………..
tajuk..................(I)
3. Dalam menghalusi isu ini, kempen-kempen kesedaran tentang
……………tajuk………………….. seyogia diaktifkan memandangkan kempen-
kempen sebegini mampu menjadi suntikan dalam meningkatkan kesedaran
kepada masyarakat tentang ..............................(Ba)
4. Pendek kata, pihak kerajaan patut mencari jalan untuk menyemai sikap prihatin
dalam kalangan masyarakat di samping menitikberatkan sikap keprihatinan agar
dapat melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama. (P)

PERANAN MEDIA MASSA

1. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa media massa mempunyai


pengaruh yang besar dalam pemikiran rakyat. (M)
2. Dalam menyingkap isu ini, peranan media massa turut merupakan asas vital
bagi
……………………tajuk……………………… . (I)
3. Justeru, pihak Kementerian Penerangan Malaysia seyogia menayangkan iklan-
iklan tentang …………tajuk……………yang sememangnya dapat menarik minat
masyarakat untuk.....................................................(Ba)
4. Tegasnya pihak media massa tidak harus sentiasa dibuai mimpi kekayaan dan
keuntungan semata-mata tetapi harus berganding bahu dengan pihak kerajaan
bagai aur dengan tebing untuk................................................(Ka + P)

3
PIHAK SEKOLAH

1. Pihak sekolah turut bertanggungjawab dalam menyemai sikap prihatin dalam


kalangan remaja yang merupakan bakal pemimpin negara demi
memperjuangkan bangsa dan negara serta membawa kita ke ambang
kejayaan. (M)
2. Dalam pada itu, guru-guru sepatutnya menitikberatkan pendidikan
………(yg berkaitan dgn tajuk)…………… agar nilai-nilai murni dan pengajaran
dapat diterapkan dalam jiwa pelajar dan seterusnya tidak mudah terjerumus ke
dalam kancah maksiat. (I)
3. Di samping itu, pihak sekolah juga patut menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah
seperti…………contoh aktiviti……………agar dapat …………
tajuk………………………………………… .(Ba)
4. Para guru wajar memberi tunjuk ajar tentang........(tema)...........................dalam
Usaha....(tajuk)......................kerana yang bulat tidak akan datang bergolek, yang
pipih tidak akan datang melayang. (P)

KESIMPULAN

Dengan ini dapat dirumuskan bahawa,...................(tema).....................sememangnya


mengundang seribu satu kebaikan+/keburukan- kepada negara kita. Kerjasama yang
bersinergi daripada semua pihak pasti akan menjadi senjata yang paling
ampuh dalam...................................................................................................
(tajuk).................................................Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing seyogia dipinggirkan dalam usaha ……………(tajuk)……………… .

TAMAT!

Anda mungkin juga menyukai