Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN

Terima kasih, tuan / puan pengacara majlis.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Yang berusaha,
GB

Yang berusaha,
GPK Pentadbiran

Yang berusaha,
GPK Kokurikulum

Yang berusaha
GPK PPKI

Guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran, kerana kita dapat


sama-sama berkumpul untuk Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin
Kecil bagi tahun 2023 ini.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pengawas sekolah,


pembimbing rakan sebaya, pengawas Pusat Sumber Sekolah, ketua kelas, dan
penolong ketua kelas yang bakal menerima watikah pelantikan sebentar sahaja lagi.
Saya yakin, setiap antara mereka yang terpilih ini sudah melalui satu proses
pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan
dan komitmen yang tinggi bagi membimbing rakan-rakanyang lain.

Semoga, pemimpin-peminpin kecil ini sentiasa bertanggungjawab, amanah, jujur dan


ikhlas dalam menggalas tugas yang diberi. Disiplin teras kejayaan sahsiah. Itulah
resepi pemimpin yang cemerlang.

Izinkan saya mengambil kesempatan ini menasihati semua murid agar


mengutamakan pelajaran kerana dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan sahsiah
yang terpuji sahajalah kehidupan kamu akan lebih terjamin.

Saya juga berharap, guru-guru tidak jemu meneropong potensi dalam diri murid
serta melipat gandakan usaha membentuk nilai-nilai insan dalam diri setiap murid.

Kepada murid-murid, saya doakan semoga kamu semua berjaya dalam setiap
perkara baik yang kamu lakukan.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai