Anda di halaman 1dari 13

PENGHARGAAN Kami, Lua Chee Wei, Chong Sin Yee dan Ngui Wan Zoo guru pelatih dari

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang, Unit PPISMP Semester 3 Pengajian Cina ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah Asas Matematik, Miss Yeo Lian Ming kerana tanpa tunjuk ajar beliau, kami tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus asas Matematik ini dengan lancar dan berjaya. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kita sepanjang tempoh dalam menyiapkan tugasan yang penting ini. Beliau ialah seorang pensyarah yang bersabar kerana beliau sabar mengajar kita pada masa ke semasa apabila kami menghadapi sebarang masalah. Setelah meminta tunjuk ajar daripada pensyarah, kami berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu, kami juga tidak melupakan kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbangan berbentuk idea kepada kami untuk menambah baik lagi terhadap tugasan ini. Segala pendapat kawan-kawan sememangnya amat membantu kami untuk menyiapkan tugasan Kemahiran Belajar ini dengan sempurna. Oleh itu, kami ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan mereka secara langsung dan tidak langsung. Tambahan pula, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua orang ibu bapa kami kerana mereka memberi semangat dan sokongan yang sepenuh kepada kami untuk menyiapkan tugasan yang penting ini. Mereka juga telah banyak membantu kami dari segi kewangan. Tanpa penglibatan ibu bapa, pastilah usaha kami tidak dapat restu dan sia-sia. Akhir kata, kami berasa amat berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan yang penting ini pada masa yang tepat dan tidak mengecewakan pensyarah yang mengajar kami subjek Kemahiran Belajar. Pada masa yang sama, kami juga ingin mengucapkan sekali ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu kami untuk menyiapkan tugasan penting ini. Sekian terima kasih.

PENGENALAN Penyelesaian masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif di mana maklumat digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu maklumat. Torrence ( 1973 ) mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai Proses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini melibatkan seseorang individu itu cuba mencari penyelesaian membuat andaian, mengubah hidup, dan akhirnya melaporkan silannya. Robert Gagne di dalam bukunya Educational Programs ( 1977 ) menjelaskan Adalah menjadi satu matlamat utama untuk seseorang guru mengajar pelajarnya bagaimana untuk menyelesaikan masalah, seperti masalah matematik dan masalah fizikal, masalah kesihatan, masalah sosial dan penyesuaian diri. Secara ringkasnya penyelesaian masalah adalah apa yang dilakukan bila kita tidak tahu apa yang hendak dibuat. Penyelesaian masalah timbul apabila kita berdepan dengan suatu masalah dan kita tidak pasti cara bagaimana menyelesaikannya. Masalah-masalah dalam kehidupan sebenar selalunya tidak bersifat tertutup dan tidak mempunyai hanya satu jawapan yang betul. Ada pelbagai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan sebenar. Pelajar perlu menguasai kemahiran untuk menentukan cara yang terbaik mengatasi sesuatu masalah. Masalah yang bersifat tertutup iaitu yang boleh diselesaikan dengan mengikut pola menjawab yang tertentu hanya akan memperkembangkan kemahiran terhad. Manakala masalah yang bersifat terbuka berupaya untuk mereka cipta dan bukan hanya mengikut dan menghasilkan semula apa yang sudah wujud. Ini akan membawa kepada

perkembangan daya kreatif dan ini akan memberi kesan secara langsung kepada penemuan saintifik, reka cipta dan inovasi. Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) Model Polya adalah model utama yang digunakan dalam kurikulum matematik di mana ianya mempunyai empat langkah yang mudah difahami dan sering digunakan dalam penyelidikan matematik di Malaysia. Menurut Model Polya ( 1973 ), terdapat empat fasa penyelesaian masalah

matematik yang merangkumi pemahaman tentang masalah, merancang strategi tentang masalah, implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali. Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik di mana ia mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakan. Dalam penyelesaian masalah dalam matematik, lebih daripada satu strategi digunakan untuk memperoleh penyelesaiannya. Strategi-strategi yang biasa digunakan di sekolah rendah adalah seperti: Teka dan semak Menetapkan maklumat dalam carta, jadual atau graf Melihat kepada susunan Mudahkan masalah Simulasi atau melakonkan Melukis rajah Menggunakan kaedah songsang

JENISje JENIS MASALAH

Masalah Rutin ( Routin Problem )

Masalah Bukan Rutin ( Non-routin Problem )

Masalah kompleks

Masalah kehidupan sebenar

Melibatkan satu operasi matematik

Memerlukan lebih daripada satu operasi matematik

Kemahiran asas dan langkah-langkah urutan

Menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Perlu memahami, mendapatkan maklumat, memilih operasi dan algoritma Menyelesaikan melalui bercerita dan kaitkan dengan strategi keadaan sebenar

Perlu kefahaman, mendapatkan maklumat, memilih operasi dan algoritma

Pelbagai dan kaedah untuk menyelesaikan

MASALAH RUTIN DAN MASALAH BUKAN RUTIN Terdapat dua jenis masalah dalam matematik iaitu masalah rutin dan masalah bukan rutin. Masalah rutin ialah masalah harian yang biasa ditemui. Masalah matematik jenis ini bertujuan melatih para pelajar menguasai kemahiran asas dalam matematik khususnya kemahiran mengira dalam keempat-empat operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Masalah bukan rutin pula merupakan masalah yang memerlukan konsep penyelesaian masalah matematik yang menggunakan kemahiran, konsep atau prinsip matematik yang telah dikuasai terlebih dahulu. Proses penyelesaian masalah ini melalui beberapa peringkat iaitu memahami masalah soalan, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula masalah tersebut..

MASALAH RUTIN Masalah-masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam penyelesaiannnya dikategorikan sebagai masalah rutin. Masalah-masalah rutin hanya memerlukan pelajar memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya diketahui oleh pelajar. Walaubagaimanapun, masalah-masalah matematik yang rutin ada fungsinya kerana memberi latihan dalam ingatan fakta-fakta asas dan langkahlangkah yang berturutan. Selain itu, mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam operasi-operasi asas. Malah memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tentang perkaitan di antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.

Masalah-masalah bukan rutin memerlukan prosesproses yang lebih tinggi daripada yang terlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin.

pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin.

MASALAH BUKAN RUTIN

Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza

Kejayaan dalam penyelesaian masalahmasalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan.

Membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedahkaedah penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik.

Mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah

Mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman

Mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam metematik

KEPENTINGAN MASALAH-MASALAH BUKAN RUTIN HARUS DIGUNAKAN TERHADAP PELAJARPELAJAR DALAM MATEMATIK

MASALAH BUKAN RUTIN Masalah bukan rutin ini memerlukan proses-proses yang lebih tinggi daripada yangterlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin. Kejayaan dalam penyelesaian masalah-masalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar. Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza. Pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin. Masalah-masalah bukan rutin harus digunakan dalam program matematik sekolah rendah kerana boleh membantu pelajar-pelajar sekolah rendah khususnya mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah. Di samping itu, dapat membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik. Seterusnya dapat mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik. Tambahan itu, mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman yang baik dalam kalangan pelajar.

Memahami dan mentafsir sesuatu masalah

Merancang strategi penyelesaian

MODEL POLYA

Melaksanakan strategi penyelesaian

Menyemak semula penyelesaian

MODEL POLYA Menurut Model Polya, penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu, memahami dan mentafsir masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian. Strategi pengajaran dihuraikan mengikut Model Polya adalah seperti berikut:: Memahami dan mentafsir sesuatu masalah Pada peringkat ini, pelajar akan dibimbing untuk mengenal pasti kata-kata kunci dan menerangkan masalah. Pelajar juga hendaklah mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis gamba rajah dan bertanyakan beberapa soalan. Merancang strategi penyelesaian Selepas pelajar memahami soalan tersebut, guru membimbing pelajar untuk merancang strategi yang sesuai dengan

permasalahan yang diberikan. Terdapat beberapa jenis strategi penyelesaian masalah mengikut Polya. Antaranya ialah membuat simulasi, melukis gambar rajah, membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya, menggunakan analogi dan sebagainya. Melaksanakan strategi penyelesaian Sebaik sahaja strategi penyelesaian masalah dikenal pasti, pelajar akan melaksanakan strategi tersebut dengan menggunakan kemahiran mengira, kemahiran geometri, kemahiran algebra ataupun kemahiran menaakul. Menyemak semula penyelesaian Akhirnya, pelajar boleh menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. Di samping itu, pelajar boleh mencari cara penyelesaian yang lain atau membuat andaian serta membuat jangkaan lanjut kepada masalah tersebut.

Strategi Penyelesaian Masalah

Memudahkan masalah

Melukis gambar rajah

Model / Menjalankan simulasi / Melakonkan

Mengenal pasti poa

Menyenaraikan / Menjadualkan secara sistematik

Cuba jaya

Kerja ke belakang

Menaakul secara mantik

Menggunakan kaedah algebra

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH Berikut adalah beberapa strategi-strategi penyelesaian masalah: Memudahkan masalah Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan kompleks. Memudahkan masalah tersebut bermakna mewujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya kita yang memperoleh jawapan. Melukis gambar rajah Dengan melukis gambar rajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara tersusun. Model / Menjalankan simulasi / Melakonkan Model atau menjalankan simulasi adalah strategi yang paling berkesan untuk melihat pola perubahan dan keseluruhan masalah dapat dihayati dengan jelas. Dengan menggunakan model konkrit, ianya memudahkan penyelesaian masalah tersebut. Mengenal pasti pola Dalam strategi ini pelajar perlu menganalisis pola dan membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian mereka dan mengujinya dengan menggunakan data yang baru. Pola boleh wujud dalam bentuk gambar atau nombor. Menyenaraikan / Menjadualkan secara sistematik Jadual yang dibina seharusnya teratur dan tersusun agar maklumat dapat dilihat dengan cepat dan mudah. Graf juga boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan di antara pemboleh ubah. Cuba jaya Strategi ini adalah cara mudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian.

Kerja ke belakang Bekerja ke belakang antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah sequence, pola, persamaan dan lain -lain. Menaakul secara mantik Pelajar menganalisis semua syarat-syarat dan memecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu. Sebahagian daripada masalah itu boleh diselesaikan dengan penyelesaian bahagian-bahagian kecil yang akan digabungkan semula untuk membentuk penyelesaian masalah tersebut. Menggunakan kaedah algebra Kaedah algebra akan membentuk beberapa persamaan dan ia dapat membantu menyelesaikan masalah matematik tersebut. Dalam kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada pelbagai masalah dan ianya memerlukan penyelesaian yang berkesan. Seharusnya dalam pendidikan matematik, penyelesaian masalah perlu diberikan penekanan yang lebih supaya pelajar akan lebih memahami kepentingan dan keindahan pendidikan matematik. The ability to solve problems is at the heart of mathematics. ( Cockcroft Report (England), Para 24: 1982 ) Selain daripada itu pelajar akan mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah matematik. Sekali gus menghasilkan masyarakat yang unggul yang dapat menangani sebarang masalah dengan menggunakan cara terbaik dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai