Anda di halaman 1dari 2

i

ABSTRAK

Wanita sering terikat dengan adat dan budaya yang tidak membenarkan wanita
terlibat jauh dalam politik. Namun dalam tidak sedar sebenarnya wanita telah terlibat
dalam menetukan tampuk pemerintahan di samping peranan-peranan yang lain.
Wanita dari golongan atasan telah memainkan peranan yang penting dalam
menentukan pemerintahan dan corak politik masyarakat tradisional. Melalui kajian
ini, peranan wanita atasan akan diketengahkan melalui teks Sejarah Melayu. Pengkaji
juga akan membuktikan bahawa wanita golongan atasan juga mempunyai peranan dan
pengaruh yang kuat sehingga memberikan implikasi di dalam sesebuah institusi
kerajaan. Pengkaji juga memfokuskan kepada beberapa watak wanita atasan yang
dianggap mampu menggoncangkan dunia seterusnya memberi impak yang sangat
besar kepada pemerintahan negara. Sejarah Melayu menjadi satu sumber yang boleh
menceritakan peranan kaum wanita dan secara tidak langsung kajian ini akan
membuktikan bahawa wanita mempunyai peranan yang besar yang membawa
perubahan dalam sesebuah kerajaan melalui kajian teks Sejarah Melayu. Di akhir
kajian ini, dapat dibuktikan kedudukan dan pengaruh wanita semakin lama semakin
besar dan sememangnya akan berubah mengikut tuntutan semasa dan aliran peredaran
zaman.

ii

RINGKASAN PERKATAAN

Bil.

Bilangan

dlm

Dalam

edt

Editor

hal.

Halaman

Jil.

Jilid

JJBRAS

Journal of Straits Branch Royal Asiatic Society

JMBRASS

Journal of the Malayan Branch of Royal Asiatic Society

No.

Nombor

Peny.

Penyunting

Anda mungkin juga menyukai