Anda di halaman 1dari 5

CABARAN-CABARAN

INDUSTRI INAP DESA


MASALAH MODAL

Antara cabaran yang di hadapi oleh industri inap desa


ialah masalah kekurangan modal.
 Pengusaha inap desa sering berhadapan dengan masalah
mendapatkan modal untuk kos pengurusan dan membayar
gaji pekerja serta membataskan pembinaan inap desa.
 Hal ini kerana pengusaha industri inap desa sukar
mendapatkan pinjaman daripada bank berikutan faktor
ekonomi mereka yang kurang kukuh.
 Akibatnya pengusaha terpaksa menolak tempahan pelancong
kerana keupayaan inap desa mereka terhad.
 Situasi ini akan menyebabkan perkembangan inap desa agak
perlahan dan terbatas.
MASALAH PERSAINGAN

Selain itu, industri inap desa juga menghadapi masalah


persaingan.
 Inap desa yang diusahakan tidak mampu bersaing dengan
rumah kediaman dan hotel bajet di pekan.
 Hal ini berikutan dengan kemudahan dan infrastruktur di inap
desa kurang memuaskan serta menyebabkan pelancong
mencari tempat penginapan yang lebih selesa.
 Pengusaha inap desa juga menghadapi masalah kekurangan
tanah di kawasan strategik terutamanya kawasan yang
berhampiran jalan utama kerana tanah digunakan untuk
program pembangunan yang lain yang lebih menguntungkan.
KURANG DAYA TARIKAN

Di samping itu, industri inap desa juga menghadapi cabaran


kekurang daya tarikan di inap desa.
 Hal ini kerana industri inap desa kurang menawarkan
aktiviti yang pelbagai dan menarik yang sepatutnya
menjadi tarikan pelancong.
 Pengisian program dan aktiviti-aktiviti yang memaparkan
kebudayaan dan tradisi orang tempatan tidak lagi digiatkan
dan menyebabkan industri inap desa tidak mempunyai
keunikannya.
 Pengusaha inap desa juga kurang menawarkan pakej inap
desa yang berkonsepkan ekopelancongan.
 Hal ini merugikan industri inap desa kerana mereka
sepatutnya memanfaatkan keunikan alam semulajadi yang
terdapat di negara kita untuk menarik pelancong.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dalam


memajukan industri inap desa agar ianya terus berkembang
dan menjadi salah satu sektor yang menyumbang kepada
pendapatan negara kita.

Anda mungkin juga menyukai