Anda di halaman 1dari 3

BAB 1

PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN

Pendidikan Sejarah bukanlah satu yang asing lagi dalam dunia pendidikan, telah berabad
pendidikan sejarah telah menjadi mata pelajaran dalam dunia pendidikan di Malaysia.
Menurut Haminah (2010), pendidikan sejarah penting disebabkan peranannya sebagai
wahana penting untuk melahirkan negara bangsa yang bersatu padu dan mengukuhkan
kesetiaan dan patriotisme dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah
rendah. Peranan mata pelajaran sejarah bukan hanya untuk lulus dalam peperiksaan tetapi
untuk menididik generasi muda tentang asal usul negara kita terutamanya (Abdul Rahim,
1999).

Kini mata pelajaran sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia SPM iaitu telah dikuatkuasakan pada tahun 2013. Buktinya, kepentingan
mempelajari mata pelajaran sejarah semakin menonjol apabila kabinet bersetuju
membentuk Panel Pembelajaran Sejarah yang akan memastikan mata pelajaran ini wajib
lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 (Zulkifli, 2010). Tidak
ketinggalan juga pendidikan sejarah telah diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun 2014
selaras dengan transformasi pendidikan negara (Amran, 2010).

Pembelajaran sejarah bukan juga hanya untuk mengingat fakta-fakta penting tentang
sesuatu peristiwa tetapi mampu untuk meransang satu pemikiran melalui proses
pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran sejarah bukan hanya tertumpu kepada kemahiran
mengingat dan menghafal tetapi haruslah lebih bercorak kepada pemikiran sejarah
(Lokman, 2013). Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan sejarah haruslah melahirkan
pelajar yang bukan sahaja mengetahui secara fakta perkembangan sejarah di Malaysia
tetapi mampu untuk merangsang pemikiran pelajar melalui proses pembelajaran yang dilalui
oleh mereka (Abdul Ghani, 2009).

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) adalah amat penting diterapkan iaitu perubahan
antara satu peristiwa lampau yang tersusun. Pernyataan ini jelas terbukti apabila kemahiran
ini telah disenaraikan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah (DSKP)
sekolah rendah sebagai salah satu elemen KPS yang wajib diterapkan. Buktinya,
keupayaan mengingat susunan masa awalan, perkembangan dan akhiran dalam urutan
masa telah dikategorikan sebagai salah satu kemahiran dalam Susunan Masa, iaitu salah
satu daripada sembilan elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam DSKP sejarah sekolah
rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Susunan Masa merupakan salah satu
konsep masa dalam sejarah. Penguasaan murid terhadap konsep masa mampu membantu
murid untuk mengingati satu kronologi peristiwa dengan lebih baik.

Selain itu, murid mampu menyusun sesuatu kronologi peristiwa dengan lebih tepat.
Justeru, kefahaman murid terhadap perubahan peristiwa sejarah masa lampau serta
berupaya menyusun perubahan dalam urutan masa penting diterapkan supaya murid dapat
menguasai konsep masa dalam pembelajaran sejarah (Masariah, 2007). Dengan ini, murid
dapat mengetahui pengetahuan sejarah bukan sahaja merupakan pengetahuan masa lalu,
tetapi perkembangan masa merupakan proses perubahan dalam sesuatu peristiwa sejarah
(Cooper, 2002). Dalam KPS juga menyatakan konsep Signifikan Bukti amat penting dalam
mengingat sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Signifikan Bukti ini mengandungi tarikh
berlaku, tokoh yang terlibat, peristiwa yang berlaku, lokasi atau tempat peristiwa berlaku dan
bagaimana berlaku (KPM, 2013).

Sehubungan itu, kajian ini telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah murid tidak
mengingat peristiwa pembukaan Melaka secara tersusun dengan melaksanakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran NAG (Nyanyi, Aksi, Gambar). Pelaksanaan kajian ini selaras
dengan pernyataan dalam DSKP Sejarah sekolah rendah yang menekankan kepentingan
pengaplikasian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai elemen didik
hibur untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap mata pelajaran sejarah (KPM, 2013).

Anda mungkin juga menyukai