Anda di halaman 1dari 6

SCCA1023: Teori Komunikasi

Pensyarah:
Tuan Shiek Mohamad Alwee bin Shiek A. Kadir AlFirdaous

Takrifan Teori

Pengenalan
Saintis berpendapat bahawa teori yang baik sebagai mencerminkan alam semula jadi dan
sebagai model realiti yang tidak akan berubah sehingga keadaan berubah.
Teori memberi penerangan dan hubungan berkenaan konsep yang berbeza.
.
Namun, tidak semua teori mampu memberi penjelasan, penerangan, penilaian dan ramalan
yang sama.

Takrifan Teori
Teori didefinisikan sebagai suatu konstruksi manusia bagi menerangkan fenomena mengikut
sudut pandangan tertentu.

Menurut Cragan dan Shields (1998) teori merupakan kenyataan yang mengandungi konsep-
konsep dan perkaitan di antaranya untuk memahami, menjelaskan, menerang, menilai,
meramal dan membuat kawalan terhadap sesuatu fenomena. Para sarjana membentuk
teori untuk memberi penjelasan terhadap fenomena yang menjadi ‘tekaan’ kepada manusia.

Percubaan untuk menerang / menjelaskan pengalaman atau idea tentang bagaimana


sesuatu kejadian berlaku (Littlejohn, 1996). Littlejohn juga melihat komunikasi sebagai
tekaan yang bijak yang kita gunakan dalam kehidupan seharian dan juga sebagai cubaan
untuk menerang-kan sesuatu keadaan berdasarkan pemerhatian / kajian yang sistematik.

Griffin (1997) pula menyatakan teori merupakan peta kebenaran bagi jawapan sementara yg
dibentuk berdasarkan persoalan mengenai sesuatu fenomena.

Kerlinger (1973) berpendapat bahawa teori ialah himpunan konsep, takrifan dan definisi
yang berkait dan memberi gambaran secara sistematik mengenai fenomena dgn
menjelaskan hubungan antara pembolehubah. Tujuannya utk menerangkan dan
meramalkan fenomena tersebut.

Tucker, Weaver dan Berryman-Fink (1981) pula menyatakan teori adalah satu set konsep-
konsep yang berhubungan untuk memperlihatkan satu pandangan yang sistematik tentang
sesuatu fenomena dengan tujuan menerangkan dan meramalkan sesuatu fenomena itu.

Umumnya, teori adalah kenyataan / penerangan yang dibentuk untuk cuba menerangkan
tentang sesuatu fenomena. Ia bersifat sementara. Boleh membuat ujian / kajian secara
sistematik untuk menentukan sama ada penerangan ataupun kenyataan itu boleh
dibuktikan kebenaran ataupun sebaliknya.

Oleh itu, teori boleh diterima, ditolak atau diubahsuaikan berdasarkan kajian yang
dijalankan. Kefahaman tentang teori dapat membantu manusia dalam kehidupan seharian
manusia itu.

1
Kepentingan Teori
Menurut Littlejohn (1996) terdapat 9 kepentingan teori :
1) Mengorganisasikan dan menyimpulkan pengetahuan tentang sesuatu hal
- perlu mengorganisasikan dan sistematikkan hal-hal yang terjadi dalam
kehidupan dunia
2) Memfokuskan
- Hal-hal atau aspek-aspek dari suatu subjek yang diamati perlu selaku jelas
fokusnya di mana teori pada dasarnya hanya menjelaskan tentang suatu hal atau
bukan keseluruhan hal atau aspek
3) Menjelaskan
- Teori perlu mampu membuat suatu penjelasan tentang hal yang diamati di mana
penjelasan tidak hanya berguna untuk memahami pola-pola dan hubungan-
hubungan tetapi juga menginterpretasikan peristiwa-peristiwa tertentu
4) Pengamatan
- Teori tidak sahaja menjelaskan tentang apa yang sebaiknya diamati tetapi juga
memberikan petunjuk bagaimana cara untuk mengamati di mana teori yang baik
mengandungi konsep-konsep operasional
5) Membuat Ramalan
- Walaupun kejadian yang diamati berlaku pada masa lalu, namun berdasarkan
data dan hasil pengamatan perlu dibuat suatu perkiraan tentang keadaan yang
bakal terjadi apabila hal-hal yang digambarkan oleh teori mencerminkan
kehidupan masa kini
6) Heuristik
- Teori yang baik adalah teori yang diciptakan itu dapat merangsang timbulnya
usaha-usaha penelitian yang selanjutnya di mana konsep-konsep dan penjelasan
teori yang dihuraikan itu dapat dijadikan pegangan bagi penelitian selanjutnya
7) Komunikasi
- Teori sepatutnya tidak menjadi hak monopoli penciptanya di mana teori perlu
diterbitkan, dibincangkan dan terbuka kepada kritikan-kritikan yang mana
modifikasi dan usaha penambahbaikan teori dapat dilakukan
8) Kawalan
- Teori bersifat normatif di mana teori dapat diperkembangkan menjadi norma-norma
dan nilai-nilai yang dipegang dalam kehidupan seharian
9) Generatif
- Teori berfungsi sebagai pencetus perubahan sosial dan budaya serta pencetus
untuk menciptakan pola dan cara kehidupan yang baru

Kepentingan teori mengikut Syed Arabi:


 Penerangan
~ menerangkan sebab berlakunya sesuatu fenomena
 Penjelasan
~ menjelaskan kewujudan sesuatu fenomena berdasarkan konsep yang terdapat
Dalam sesuatu teori
 Ramalan
~ berdasarkan perincian konsep-konsep yang terdapat dalam sesuatu teori, maka
ramalan masa depan dapat dilakukan terhadap sesuatu fenomena
 Pengawalan Penyelidikan
~ teori terbuka untuk diuji di mana sesuatu teori itu boleh diperincikan lagi dengan
konsep yang baru atau teori itu diketepikan sahaja

Definisi Teori Komunikasi


1. Menurut Cragan dan Shields (1998), hubungan di antara konsep teoretikal yang
membantu memberi secara keseluruhan ataupun sebahagiannya akan keterangan,
penjelasan, penerangan, penilaian ataupun ramalan tindakan manusia berdasarkan
bgmana komunikator berkomunikasi untuk jangkamasa tertentu melalui media

2
2. Menurut Littlejohn (1996), satu teori atau sekumpulan’pemikiran kolektif’ yang
didapati dalam keseluruhan teori terutamanya yang berkaitan proses komunikasi
3. Menurut Borman (1989), satu perkataan / istilah yang merupakan payung untuk
semua perbincangan dan analisis yang dibuat secara berhati-hati, sistematik dan
sedar tentang komunikasi

Setiap teori komunikasi memberi penerangan berkenaan konsep yang berbeza. Tidak
semua teori komunikasi mampu memberi penjelasan, penerangan, penilaian dan
ramalan yang sama. Oleh itu, terdapat berbagai teori-teori komunikasi untuk menerang
aspek /fenomena komunikasi yang berbeza.
Ringkasnya, teori komunikasi ialah teori yang digunakan untuk menerangkan,
menjelaskan, menilai, membuat ramalan demi untuk memahami fenomena komunikasi.

Fungsi Teori Komunikasi


1. Teori menyusun dan membuat rumusan tentang sesuatu pengalaman
Teori membantu para sarjana mengumpul segala pengalaman yang banyak tentang
sesuatu perlakuan komunikasi dalam beberapa proposisi atau pernyataan
2. Teori memanjangkan ilmu
Teori memanjangkan pengetahuan kita melebihi perkara yang kita lihat.
Pernyataan dalam teori membantu kita melihat perkara yang kita tidak pernah lihat
sebelum ini secara jelas mahupun secara konseptual
3. Teori merangsang dan menjadi panduan untuk kajian pada masa hadapan (heuristik)
Teori dapat membantu para pengkaji komunikasi melakukan penyelidikan dalam
bidang masing-masing
4. Teori membantu membuat ramalan
Teori yang mengandungi variabel / angkubah dan hubungan di antaranya
membolehkan kita membuat jangkaan tentang perkara / kejadian yang kita tidak
pernah alami sebelum ini

Berdasarkan 4 fungsi tersebut, nyata sekali teori komunikasi dapat membantu kita
melihat ‘dunia sebenar’ dari kacamata yang lebih khusus tentang proses komunikasi

Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif dalam Pembentukan Teori

Pendekatan Induktif
Satu proses logik yang memberi penjelasan umum berdasarkan pemerhatian spesifik.
Dalam pendekatan induktif, penyelidik bermula dengan satu set dapatan kajian atau hasil
kajian dari sesebuah penyelidikan dan berusaha utk membangunkan satu penjelasan
teoritikal daripada hasil tersebut (Baxter dan Babbie, 2004).
Pendekatan induktif ialah berdasarkan kepada pemerhatian terhadap sesuatu kes utk
menggambarkan sesuatu teori atau set prinsip.
Penyelidik mencari satu kes dan memerhatikan perkaitannya.
Seterusnya penyelidik akan memerhatikan perkaitan yang serupa itu dlm bbrp kes yang lain.
Akhirnya, penyelidik membentuk satu teori yg umum utk menjelaskan perkaitan dlm semua
kes yg telah diperhatikan.

Pendekatan Deduktif
Menggunakan satu proses logik yg bermula dengan kesimpulan yg umum dan membuat
ramalan berdasarkan pengujian terhadap pemerhatian yg spesifik. Ia bermula daripada
persoalan umum kpd pernyataan yg khusus.

3
Penyelidik akan memulakan kajiannya dengan menguji sesuatu teori utk menjelaskan
sesuatu pemerhatian.
Penyelidik akan mengumpul data mengenai sesuatu kes dan menggunakan teori utk
menjelaskan data yg diperolehi.
Oleh itu, dalam pendekatan deduktif, penyelidik akan memulakan proses penyelidikan dgn
sesebuah teori mengenai sesuatu tingkahlaku yang kemudiannya akan membentuk strategi
penyelidikan dan mengumpul data utk menguji teori tersebut. (Rujuk Rajah 2.1)

Proses Penyelidikan dan Pembentukan Teori


Terdapat 3 peringkat dalam proses penyelidikan.
Peringkat pertama ialah proses penyelidikan dimulakan dgn pertanyaan soalan-soalan
(Miller dan Nicholson, 1976). Littlejohn (1996) menyatakan seseorang yg ingin menjalankan
penyelidikan perlu bertanya soalan.

Peringkat kedua ialah pemerhatian di mana melihat secara objektif perkara yang dikaji.
Kaedah pemerhatian (penyelidikan) yang digunakan berbeza-beza mengikut kesesuaian
kajian yg dijalankan oleh penyelidik.

Peringkat ketiga ialah membentuk jawapan.


Penyelidik cuba memberi definisi, menerang dan menjelaskan bagi membuat pertimbangan.
(Rujuk rajah 2.2 utk memahami ketiga-tiga peringkat)

Oleh itu, ketiga-tiga peringkat dalam proses penyelidikan dibincangkan tadi iaitu
mengemukakan soalan, membuat pemerhatian atau mengumpul data, dan akhirnya
membuat penjelasan, pertimbangan, untuk menghasilkan teori.

Selepas sesuatu teori dibentuk, teori masih lagi diuji sehingga kepastian dapat dibuat.
Ini memandangkan suatu teori itu ialah persoalan atau kenyataan sementara berkenaan
sesuatu fenomena komunikasi yang perlu diuji sebelum mendapat jawapan.

Proses menguji teori ialah proses penyelidikan.


Tanpa penyelidikan kita tidak dapat membentuk teori yang mantap dan umum bagi
menerangkan pelbagai aspek komunikasi.
Tanpa penyelidikan yang sistematik, persoalan-persoalan fenomena komunikasi sukar
dijawab secara objektif.
Dalam proses pembentukan dan perkembangan teori, kita tidak dapat lari dari menjalankan
penyelidikan.

Oleh itu, hasil daripada penyelidikan ialah ilmu.


Hasil penyelidikan komunikasi adalah ilmu komunikasi.
Ilmu komunikasi adalah ilmu sains sosial.

Terma Penting dalam Pembentukan Teori


Menurut Bill dan Hardgrave (1973):
Hipotesis
- satu generalisasi yang dinyatakan dalam bentuk tentatif
Generalisasi
- satu pernyataan yang standard berkaitan dua atau lebih angkubah

4
Model
- satu pernyataan teoretikal yang mudah tentang sesuatu yang benar di mana ianya
membantu ke arah pembentukan teori
Teori
- satu set generalisasi yang sistematik di mana ianya terbuka untuk pemerhatian baru dan
kajian empirikal
Hukum (Law)
- satu bentuk ketetapan yang universal setelah melalui kajian intensif

Tambahan
Ruben (1984) menyatakan teori terdiri daripada hipotesis, cadangan dan asas yang saling
bergantung antara satu sama lain yang terbit dari suatu kajian yang diterima di mana
menunjukkan generalisasi di dalam sesuatu bidang yang dipilih.
Menurut Bacharach (1989), teori adalah pada dasarnya merupakan suatu konsep (konsep-
konsep) dengan penjelasan yang memfokuskan kepada empirikal atau logik sesuatu
fenomena.

Penjelasan teori ini tidak hanya mengenai pembolehubah dan maksud sesuatu teori itu
tetapi juga ianya mengenalpasti hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang
terdapat dalam sesuatu teori.

Penjelasan teori adalah berdasarkan prinsip keperluan untuk menjelas dan menerangkan
tentang pembolehubah yang terdapat dalam sesuatu teori itu untuk menghuraikan atau
mengemukakan sesuatu fenomena.

Berlo (1960) pula menyatakan sifat dan tujuan teori bukan semata-mata mencari fakta-fakta
yang tersembunyi tetapi satu cara juga untuk melihat apa yang perlu dilakukan bagi
menjustifikasikan sesuatu fakta.

Manakala Boxenbaum dan Rouleau (2011) pula menyatakan teori yang baik adalah satu
teori di mana konsep dan penjelasan disokong oleh fakta yang boleh digunakan dalam
kehidupan sebenar.

Selain itu, Whetten (1989) pula menyatakan teori tidak terhad kepada memberi penjelasan
tetapi juga memberi panduan mengenai cara untuk melihat sesuatu dalam bentuk konsep
operasi yang mana teori digunakan sebagai rujukan apabila memerhatikan isu-isu tertentu
dengan terperinci.

Ini bermakna teori yang baik dapat merangsang penyelidikan lanjut seandainya konsep dan
penjelasan sesuatu teori itu masih tidak mencukupi dan layak untuk kajian lanjut.
Oleh itu, tiada teori yang boleh monopoli kerana sesuatu teori itu perlu dibentangkan,
dibincangkan dan terbuka kepada kritikan serta membenarkan usaha untuk memperbaiki
teori itu.

Jelasnya, kepentingan teori telah terbukti sejak bertahun lamanya kerana teori telah
membantu manusia dalam menjadikan kehidupan manusia lebih tersusun, maju, kreatif dan
mampu bertahan untuk sekian lamanya.

Teori amat penting bukan sahaja digunakan untuk masa yang singkat tetapi teori tetap
diaplikasikan di dalam kehidupan manusia dan pengurusan organisasi.

Teori bukanlah hanya satu terma kosong tetapi ianya merupakan terma yang membantu di
dalam meningkatkan tahap ilmu yang sedia ada dengan memperbaiki setiap lompang-
lompang ilmu yang perlu dipenuhi.

5
6

Anda mungkin juga menyukai