Anda di halaman 1dari 2

Pada suatu petang, Ain bersama-sama rakannya Kasturry & Yanie sedang berehat di pangkin rumah Ain.

Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi, Ain terus berlari ke pintu pagar rumahnya. Terdapat beberapa surat yang baru dihantar oleh posmen. Ain mendapati ada sepucuk surat yang tertera namanya. AIN : Eh!! Ada surat untuk aku la.. (^_^) Ain terus sahaja buka dan baca surat tersebut. KASTURRY : Ain, surat ape tu?? YANI : Aah la surat ape tu, khusyuk je aku tengok kau baca. AIN : Aku dapat masuk USM!!! Biasiswa pun aku dapat!! KASTURRY : Wah!! Tahniah.. YANI : Wah!! dapat jugak kite masuk U yang sama.. x sia-sia kite belajar betul2.. Setelah beberapa bulan belajar di Universiti Sains Malaya, Ain telah berkenalan dengan seorang rakan baru yang bernama Shafika. Shafika merupakan anak orang kaya dan gemar bersosial. Pada suatu hari, Shafika telah pergi berjumpa Ain sebelum Ain masuk kuliah pagi. SHAFIKA : Hai Ain!! Jom pergi shopping.. Sekarang ni ada sale dekat Mid Valley. Jomlah!! Duit biasiswa awak pun baru keluar. Kan?? Jomlah.. AIN: Ala.. pagi ni saya ada kuliah la.. SHAFIKA : Ala!! Tak payah la masuk kuliah.. Bukan selalu ada sale kat Mid Valley tu.. Shafika terus-menerus memujuk Ain supaya menemaninya membeli-belah. Akhirnya, Ain termakan pujuk rayu Shafika. Dia pun menemani Shafika ke Mid Valley. Perkara ini berlarutan sepanjang beberapa minggu Ain berkenalan dengan Shafika. Selepas tamat kuliah, Kasturry menemui Yanie. KASTURRY : Eh!! Yanie, pagi ni Ain tak masuk kuliah lagi ke?? YANIE : Entah la Kasturry.. aku tak nampak pun dia. Tiba-tiba Jing Nee & Jia Yee datang menemui Kasturry & Yanie. JING NEE : Hai!! (^_^) KASTURRY & YANIE : Hai!! KASTURRY : Awak berdua dari mana??

JIA YEE : Kami baru habis kuliah tapikan.. kenapa saya dah lama tak nampak Ain masuk kuliah ye?? JING NEE : Betul tu!! Saya pon dah lama tak jumpa dia.. dia pergi mana?? YANIE : Entah la.. sejak Ain berkawan dengan Shafika , perangai dia da berubah. Dia dah jarang masuk kuliah, keluar malam balik pagi-pagi buta.. KASTURRY : Aa.. kami yang duduk serumah dengan dia pon dah jarang nampak dia. Bila kami bangun pagi nak pergi kuliah, dia masih tidur. Bila kami balik, dia hilang entah ke mana. Pada waktu malam di rumah sewa mereka, Ain pulang ke rumah dengan muka yang begitu muram dan sedih. KASTURRY : Ain, awak kenapa?? AIN : Duit saya,.. semuanya sudah habis!! Macam mana saya nak bayar yuran peperiksaan!! Lecturer nak duit tu esok.. habislah saya.. YANIE : Apa yang bising-bising ni?? Aku nak tengok tv pon tak boleh.. Kenapa ni Kasturry?? KASTURRY : Ain ni,.. dia dah takde duit nak bayar yuran peperiksaan. YANIE : Lahh.. macam mana boleh habis.. kan hari tu aku dah cakap jangan asyik nak bershopping je ni lah padah dia.. yang kau pergi ikut sangat Shafika tu kenapa.. (Yanie memarahi Ain) hurm.. nanti aku bayarkan dulu yuran kau.. Keesokan harinya, di dalam dewan kuliah, Jing Nee & Jia Yee menyapa Ain yang sedang termenung jauh. JING NEE : Hai Ain!! Dah lama tak nampak awak.. Tadi saya ada dengar berita mengenai awak daripada Kasturry & Yanie. Saya bersimpati dengan apa yang da terjadi.. JIA YEE : Haa!! Tu lah.. dulu saya bagi nasihat, awak tak nak dengar.. takpe lah.. saya harap awak tak akan mengulangi kesilapan yang telah awak lakukan lepas ni.. AIN: Terima kasih.. JIA YEE : Duit biasiswa tu sepatutnya digunakan untuk pelajaran, bukannya untuk pergi bersuka ria.. saya harap awak paham.. JING NEE : Btol kate Jia Yee tu.. Ain sekadar diam sahaja..

Anda mungkin juga menyukai