Anda di halaman 1dari 9

KHUTBAH EIDIL ADHA 1440H

َ َُْ
‫ِهلل ك ِث ْي ًرا‬ ‫د‬ ‫م‬ ‫الح‬ ‫و‬ ‫ا‬
‫ر‬ ً ْ ‫هللا َأ ْك َب ُر َكب‬
‫ي‬ ُ ) ‫ كالي‬3 ( ‫هللا َأ ْك َب ُر‬ ُ ) ‫ كالي‬3 ( ‫هللا َأ ْك َب ُر‬ ُ ) ‫ كالي‬3 ( ‫هللا َأ ْك َب ُر‬ ُ
ِ ِ
َ َ َ َّ َ ْ َّ ْ َ َ ً ْ ُ ‫ان‬
‫ َون ْح َم ُد ُُ َعَى‬. ‫األض َحى أ ْس َع َد األيا ِم َلنا‬ ‫هلل ال ِذي َج َع َل َي ْو َم ِع ْي ِد‬ ُ َ
ِ ‫ الح ْمد‬. ‫هللا بك َرة وأ ِصيال‬ ِ
َ ‫َو ُس ْب َح‬
َ َ ْ َ ُ ْ ‫ َو َأ ْش َه ُد َأ‬.‫االنا‬
َ َ َ َّ َ َ َ ُ ُ ُ ْ َ َ َ ْ َ َ
ُُ ‫هللا َوأش َه ُد أ َّن َس ِي َدنا ُم َح َّم ًدا َع ْب ُد‬ ‫الإ َله ِإال‬ِ ‫ن‬ ‫ما أوالنا ونشكرُ عَى ِنع ِم ِه ال ِتى ِبها و‬
َ َ َ
ْ ‫صل َو َسل ْم َو َبار ْك َع ََى َسي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع ََى آله َوأ‬ َ ‫َو َر ُس ْو ُل ُه الل ُه َّم‬
‫ص َح ِاب ِه َو َم ْن ت ِب َع ُه ْم ِب ِِإ ْْ ََ ٍان ِإلى‬ ِِ ِ ِ ِ ِ
َ‫َ َ ْ َ ْ َّ ُ ْ َ َ ُ ْ ْ ُ ْ َ َّ َ َ ْ َ ى َ َ ْ َ َ ُ َّ ُ ْ ن‬ ُ ْ َ َ ْ َ
‫هللا فقد فاز املتقو‬ ِ ‫ فيا ِإخوا ِني ! اتقوا هللا وأو ِصيكم و ِإياي ِبتقو‬......‫ أما بعد‬. ‫الدي ِن‬ َّ ِ ‫ي ْو ِم‬
Firman Allah dalam ayat 111 surah Yusuf :
َّ َ ْ َ ٰ َ َ ٰ َ َ ْ ُ ً َ َ َ َ َْ
َ ‫األ ْل‬ ُ ٌَْ ْ َ َ َ ‫َل َق ْد َك‬
‫يق ال ِذي َب ْي َن َي َد ْي ِه‬ ‫اب ۗ ما كان ْ ِديثا يفترى ولـ ِكن تص ِد‬
ِ ‫ب‬ ‫ي‬‫ول‬ ‫أل‬ ‫ة‬‫ر‬
ِ ِ ِ ِ ِ‫ب‬ ‫ع‬ ‫م‬‫ه‬ ‫ص‬ ‫ص‬ ‫ق‬ ‫ي‬‫ف‬ِ ‫ان‬
َ‫َ َ ْ َ ُ َ ْ َ ُ ً َ َ ْ َ ً َ ْ ُ ْ ُ ن‬
﴾١١١﴿ ‫وتف ِصيل ك ِل ش ي ٍء وهدى ورْمة ِلقو ٍم يؤ ِمنو‬
Maksudnya : Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang
mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-
nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan,
tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu
daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta
menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman
Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan
muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat
hari raya haji atau korban ini. Setiap kali tibanya hari raya korban kita bukan sahaja
dibentangkan dengan kisah pengorbanan 2 orang anak nabi Adam a.s dan
pengorbanan nabi Ibrahim a.s sekeluarga malah ibadat korban telah menjadi suatu
syariat untuk sama-sama dihayati dalam kehidupan. Ketika menyusuri kisah-kisah
dalam al-Quran maka di sana ada tujuan dan hikmat antaranya:
[1] Membuktikan kerasulan Muhammad saw di mana baginda meskipun tidak pernah
belajar tentang sejarah umat-umat terdahulu namun dapat tahu tentang kisah
tersebut. Semua itu tidak lain kerana ia adalah wahyu dari Allah.
[2] Menjadikan uswatun hasanah suri tauladan bagi kita semua, iaitu dengan
mencontohi akhlak terpuji dari para Nabi dan orang-orang soleh

1
[3] Mengukuhkan hati Nabi Muhammad saw dan umatnya dengan cara hidup Islam
dan menguatkan kepercayaan orang-orang mukmin tentang datangnya pertolongan
Allah dan hancurnya kebatilan.
[4] Mengungkap pembohongan ahli kitab Yahudi dan Kristian yang telah
menyembunyikan isi kitab mereka yang masih murni.
[5] Menarik perhatian kita seterusnya membangkit kesedaran diri mereka melalui
penuturan kisah yang telah, sedang dan bakal berlaku
[6] Menjelaskan prinsip-prinsip dakwah Islam iaitu bahawa semua ajaran para Rasul
intinya adalah sama iaitu mengEsakan Allah
Betapa pentingnya kisah al-Quran untuk diterapkan dalam masyarakat
terutama pada zaman ledakan teknologi yang banyak mempengaruhi cara berfikir,
bertindak. 4 aspek utama cara musuh Islam cuba mempengaruhi kita iaitu melalui 4F
iaitu FOOD(makanan) , FUN (hiburan), FILM (filem), dan FASHION (cara pemakaian).
Melalui 4 perkara ini mudah sahaja kita di pengaruhi kerana ianya terselit sebagai
suatu hiburan dan juga sebagai cara hidup terkini. Lihat sahaja perubahan remaja
sekarang yang jauh berbeza sebagai anak timur dari segi pemakaian, pertuturan,
gaya hidup dan keperibadian. Sekiranya tidak dicegah lebih awal lagi, tidak mustahil
hilanglah warisan adat ketimuran yang berteraskan Islam yang kita pelihara selama ini
Apa yang lebih membimbangkan apabaila penularan fahaman ateis menolak
agama semakin membimbangkan apabila media massa digunakan sebagai medium
mengagungkan gaya hidup dan membudayakan perkara tidak berfaedah yang
bertentangan dengan Islam untuk memuaskan diri sendiri. Imej Islam dimomok dengan
keganasan dan penyekat kebebasan. Menurut suatu kajian oleh BBC Arabic dan Arab
Barometer tahun 2018 ke atas 25,000 responden daripada 11 buah negara Arab
menunjukkan bahawa 18 peratus daripada golongan ateis tiada agama ini terdiri dari
anak muda yang berusia bawah 30 tahun. Biarpun dapatan kajian ini mungkin boleh
dipersoalkan namun persembahan data ini boleh menjadi aras petunjuk bahawa
usaha untuk menjauhkan umat Islam dari agama dilakukan secara terancang.

َ ‫هللا َأ ْك َب ُر َولِل‬
‫الح ْم ُد‬ ُ !‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ !‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ
ِ ِ
Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat 6 :

2
َّ ٌ َ ٌ َ َ َ ُ ْ ُ َّ َ ُ ُ َ ً َ ْ ُ ْ َ َ ْ ُ َ ُ َ ُ ُ َ َ َّ َ ُ َ َ
‫اس َوال ِح َجا َرة َعل ْي َها َمال ِئكة ِغالظ ِش َد ٌاد ال‬‫يا أيها ال ِذين آمنوا قوا أنفَكم وأه ِليكم نارا وقودها الن‬
﴾٦﴿ ‫ون‬ َ ‫الل َـه َما َأ َم َر ُه ْم َو َي ْف َع ُلو َن َما ُي ْؤ َم ُر‬
َّ َ ُ ْ َ
‫يعصون‬
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala);
neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya);
mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya
kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan
Kisah nabi Ibrahim a.s mengajar kita bagaimana kewajipan membina
rumahtangga yang tunduk kepada perintah Allah. Bila suami, isteri dan anak takut
kepada Allah maka akan datangnya ketenangan dalam rumahtangga. Jadikanlah
rumah sebagai kilang utama dalam melahirkan anak soleh antaranya : [1] Didiklah
anak-anak kita mengenali Allah [2] Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat
dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain [3] Bekalkan ilmu agama yang
secukupnya kepada anak-anak kita meliputi aqidah, ibadat, akhlak [4] Hidupkan
dalam rumah kita suasana keislaman di mana anak-anak memerlukan qudwah iaitu
tauladan. Qudwah ini seharusnya bermula dari ibu-bapa dan juga suasana di rumah.
Oleh demikian, suasana keislaman di dalam rumah hendaklah dihidupkan. Pada masa
yang sama, elakkanlah sebarang bentuk maksiat dan munkar dari rumah kita.
Hidupkan amalan membaca al-Quran, solat sunat, budayakan beri salam, adab ketika
makan, masuk dan keluar tandas, berpakaian, ketika hendak masuk ke bilik ibu-bapa,
keluar dan masuk rumah, adab tidur dan bangun dari tidur dan sebagainya. [5]
Dekatkan anak-anak kita dengan masjid atau surau [6] Tanamkan semangat jihad dan
perjuangan Islam iaitu semangat cintakan agama dan kesedaran untuk berkorban
demi agama ke dalam jiwa anak-anak kita [7] Tanamkan kepada anak-anak kita sikap
cintakan ilmu dan majlis ilmu [8] Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan. [9]
Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh [10] Sentiasalah
memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita agar menjalani hidup
bersendikan syariat
Kita begitu bimbang bila melihat statistik pihak polis pada 2015 sahaja
menunjukkan sebanyak 2,540 remaja lari dari rumah bersama teman lelaki, 1,857
terpengaruh dengan rakan sebaya, 1,592 pula lari dari rumah kerana ada masalah

3
keluarga manakala 1,371 pula lari kerana mahukan kebebasan. Cegah sebelum
parah, sekat sebelum merebak kerana kesannya begitu besar termasuk terlibat
dengan jenayah, zina, dadah dan perkara buruk yang lain

َ ‫هللا َأ ْك َب ُر َولِل‬
‫الح ْم ُد‬ ُ !‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ !‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ
ِ ِ
Firman Allah dalam surah an-Nahlu ayat 63 :
ٌ ‫ان َأ ْع َم َال ُه ْم َف ُه َو َوِل ُي ُه ُم ْال َي ْو َم َو َل ُه ْم َع َذ‬
‫اب‬ َّ ‫اللـه َل َق ْد َأ ْ َس ْل َنا إ َل ٰى ُأ َمم من َق ْبل َك َف َزَّي َن َل ُه ُم‬
ُ ‫الش ْي َط‬
ِ ِ ٍ ‫ر‬ ِ ‫ت‬
َّ َ
ِ َ
﴾٦٣﴿ ‫أ ِليم‬ ٌ
Maksudnya : Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada
umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan
memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang
jahat itu; maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan
beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya
Ketika menyoroti kisah nabi Ibrahim a.s ketika menjalankan amanah dakwah
maka berdepan pelbagai halangan dan cabaran termasuk keluarga terdekat,
masyarakat setempat, pemimpin negara dan syaitan itu sendiri. Begitulah kita pada
hari ini maka antara cabaran untuk merosakkan agama kita ialah melalui Normalisasi
iaitu proses menjadikan sesuatu yang agak asing dan luar biasa kepada tidak asing
lagi hingga diterima umum yang barangkali diungkap dalam pepatah Melayu, alah
bisa tegal biasa. Proses Normalisasi ini sangat baik dalam keadaan tertentu tetapi
bahaya dalam situasi lain. Normalisasi tidak baik dalam masyarakat apabila suatu
ketika dahulu, tidak normal melihat anak gadis atau suami dan isteri orang bergaul
bebas tetapi kini dianggap biasa. Normalisasi menjurus kepada mencairkan
pegangan, penghayatan dan pengamalan agama di mana umat Islam wajar
diingatkan selalu kerana Syaitan tak pernah rehat sebagaimana ungkapan imam
Hasan Basri : “Jika syaitan berehat maka kita pun boleh berehat daripada kerosakan
yang dirancangnya”. Umat Islam wajib sedar agar tidak terjerat dalam perangkap
normalisasi ini yang ada kalanya melalui penggunaan nama dan bahasa. Contohnya
isu Arak yang sudah jelas haram dan hukuman kepada peminum, tidak terlepas
daripada proses normalisasi melalui penggunaan istilah untuk dimesrakan penggunaan
dalam kalangan umat Islam seperti ditukar nama atau atas alasan sifar alkohol
sedangkan cara prosesnya sama dengan proses arak yang jelas tetap haram

4
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah melaporkan puluhan syarikat
bukan Islam dipercayai mengeksploitasi nama dan istilah agama Islam untuk tujuan
pemasaran, sekali gus menjadi jalan pintas dalam melariskan produk jualan di negara
ini. Begitu Istilah hak asasi digunakan secukupnya untuk mencairkan kefahaman Islam
sebenar, bahkan berjaya melonggarkan pegangan kepada Islam sebenar. Hak dalam
Islam mempunyai dua implikasi, iaitu apa yang kita dapat dan apa yang kita beri. Hak
asasi manusia diperjuangkan selama ini lebih menjurus kepada apa yang kita dapat
sahaja, sekali gus menunjukkan perbezaan pandangan Barat dengan Islam. Jika umat
Islam tidak berhati-hati maka dibimbangi isu penghinaan terhadap Islam dan nabi
Muhammad s.a.w dianggap biasa, isu LGBT bukan sahaja dipandang kecil yang tidak
perlu dirawat sebaliknya diberi kebebasan, pejuang yang mempertahankan Islam
digelar rasis dan pelampau, larangan solat Jumaat dan menyusahkan pekerja untuk
solat fardhu terus berlaku, larangan menutup aurat terutama pekerja hotel dan
penerbangan terus berlarutan. Menyedari perkara ini maka tugas dalam menegakkan
negara yang bersyariat wajib diperjuangkan. Adalah suatu tidak adil terhadap Islam di
mana pada saat diterapkan sistem hidup yang tidak Islamik tetapi bila ditimpa
masalah maka Islam pula dipersalahkan.

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,


Firman Allah dalam Surah al-Hajj ayat 37 :
َ َّ َ َُ َٰ َ ُ َّ ‫وم َها َ َوال د َم ُاؤ َها َو َلٰـكن َي َن ُال ُه‬ َّ َ َ َ َ
ُ ‫الل َـه ُل ُح‬
‫الت ْق َو ٰى ِمنك ْم ۗكذ ِل َك َس َّخ َر َها لك ْم ِل ُتك ِب ُروا الل َـه َعَ ٰى‬ ِ ِ ‫لن ينال‬
ُ ْ ُ
﴾٣٧﴿ ‫َما َه َداك ْم ۗ َو َب ِش ِر اْل ْح َِ ِن َين‬
Maksudnya : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan
sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang
berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu
bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya.
Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada
orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
Bermula hari ini hingga berakhir hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ini maka bagi kita
yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban. Kita diperingatkan
bagaimana dalam mendapat dan membelanja harta di kalangan umat Islam sendiri
terbahagi kepada 3 golongan iaitu : [1] Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri walau

5
pun mengaku beriman dengan Allah namun begitu cenderong dengan hiasan dunia
atau bunga-bungaan hidup. Mereka ambil dan mereka gunakan pula dengan cara
yang tidak betul. Dunia menjadi sebesar-besarnya untuk matlamat yang dikejar. [2]
Golongan yang mengambil dunia dengan cara yang betul, dengan cara yang
dibenarkan oleh Allah. Apa yang halal mereka ambil dan yang haram mereka
tinggalkan. Mereka mengambil dan menunaikan kewajipan, tetapi nikmat yang lebih,
misalannya ada harta lebihan, mereka kumpulkan untuk diri sendiri. Jarang dikongsi
dengan orang lain. Mereka ini tidaklah dikenakan azab tetapi kemungkinan darjat
mereka kurang di sisi Allah. [3] Golongan yang berlumba-lumba untuk membuat
kebajikan di mana golongan ini yang teratas sekali di kalangan orang yang beriman.
Mereka ini faham akan matlamat hidup mereka di dunia dan mereka beramal
mengikut matlamat tersebut. Selain daripada melaksanakan apa yang diwajibkan
oleh Allah serta meninggalkan yang haram, mereka juga melaksanakan perkara yang
sunat serta meninggalkan yang makruh.
Berusahalah kita untuk mencapai darjat golongan yang sentiasa berlumba
dalam mengerjakan kebajikan termasuk ibadat korban. Jangan sia-siakan peluang
yang ada dalam menambah bekalan akhirat. Buangkan sikap terlalu cinta kepada
dunia yang menyebabkan kesedihan dan kegelisahan yang berterusan, keletihan
yang berlanjutan dan penyesalan yang tidak pernah berhenti. Jadilah orang kaya jiwa
walau pun miskin harta sehingga suka bersedekah. Jangan hanya kaya harta tetapi
miskin jiwa sehingga menjadi orang kedekut bakhil dalam menyumbang.
َ َّ َ ُ َّ َ َ ْ َ َ َ َ ُ ْ َ َ ٌ َ َ ُ َ َ َ ْ َ ُ ْ ُ َّ َ َ
‫صالنا – رواُ ابن ماجه‬ ‫ من كان له سعة ولم يض ِح فال يقربن م‬: ‫قال الرسول‬
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan
ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami
َ َ ‫اآليات َوالذ ْكر‬
‫الح ِك ْي ِم َوت َق َّب َل ِم ِني‬ َ ‫العظ ْيم َو َن َف َعني َوإ َّي ُاك ْم ب َما ف ْيه م َن‬ َ ‫الق ْرآن‬ ُ ‫هللا ل ْي َو َل ُك ْم في‬
ُ ‫َبا َر َك‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ْ ُ َ َ ْ ُْ َ َ ْ ُ َ َ ْ َ ْ َ َ ُ ِ ْ َ ْ َ ُ ْ َ ُ ْ َّ َ ُ ُ َّ ُ َ َ ْ ُ ْ َ
‫ات‬
ِ ‫و ِمنكم ِتالوته ِإنه هو الَ ِميع الع ِليم واستغ ِفر هللا الع ِظيم ِلي ولكم وِلَا ِئ ِر امل َِ ِلمين واملَ ِلم‬
َّ ‫اس َت ْغف ُر ْو ُُ َف َيا َف ْو َز املُ َْ َت ْغفرْي َن َو َيا َن َج َاة‬
‫التا ِئ ِب ْي َن‬ ْ ‫ات َف‬ َ ‫َواملُ ْؤمن ْي َن َواملُ ْؤم‬
‫ن‬
ِِ ِ ِ ِ ِِ

6
‫خطبة كدوا‬
َ ً ْ َ ‫هللا َأ ْك َب ُر َكب ْي ًرا و‬
َ ‫الح ْم ُد ِهلل َكث ْي ًرا َو ُس ْب َح‬ ُ ) ‫ كالي‬3 ( ‫هللا َأ ْك َب ُر‬ ُ ) ‫ كالي‬3 ( ‫هللا َأ ْك َب ُر‬ ُ
.‫هللا ُبك َرة َوأ ِص ْيال‬ِ ‫ان‬ ِ ِ ِ
ُ ‫ َأ ْش َه ُد َأ ْن الإ َله إال‬. ُُ ‫اب َو ْْ َد‬
‫هللا‬ ْ ‫ص َر َع ْب َد ُُ َو َأ َع َّز ُج ْن َد ُُ َو َه َز َم‬
َ ‫األْ َز‬ َ ‫ص َد َق َو ْع َد ُُ َو َن‬
َ ُُ ‫الح ْم ُد ِهلل َو ْْ َد‬ َ
ِ ِ ِ
َ َ
‫ص ِل َع ََى َس ِي ِدنا ُم َح َّم ٍد َو َعَى‬ َ ‫ الل ُه َّم‬, ‫ َو َأ ْش َه ُد َأ َّن َسي َد َنا ُم َح َّم ًدا َع ْب ُد ُُ َو َر ُس ْو ُل ُه‬, ‫َو ْْ َد ُُ ال َشرْي َك َل ُه‬
َ َ ِ ِ
َ ‫اعل ُم ْوا أ َّن‬
ُ‫هللا ُي ِحب‬ َ ْ ‫هللا َوأط ْي ُع ْو ُُ َو‬ َ ‫ف َيا أ ُي َها امل َْل ُم ْون َّات ُق ْوا‬.......‫ َأ َّما َب ْع ُد‬. ‫ص ْحبه َأ ْج َمع ْي َن‬
َ ُ َ َ َ َ
ِ ِ ِ ِ ِ ‫ِآل ِه و‬
ُ
: ‫ سورة البقرة‬197 ‫ فرمان هللا تعالى دالم أية‬.… ‫امل َّت ِق ْي َن‬
ْ
‫ال ِفي ال َح ِج ۗ َو َما‬ َ ‫ض ِفيه َّن ْال َح َّج َف َال َر َف َث َ َوال ُف َُو َق َ َوال ج َد‬ َ ‫ات ۗ َف َمن َف َر‬ ٌ ‫وم‬َ ‫ْال َح ُج َأ ْش ُه ٌر َّم ْع ُل‬
ِ ِ
َْ َ ْ ُ َ ُ َّ َ ٰ َ ْ َّ َّ َ ْ َ َّ َ ُ َّ َ َ َ ُ َّ ُ ْ َ ْ َ ْ َ ْ ُ َ ْ َ
﴾١٩٧﴿ ‫اب‬ ِ ‫تفعلوا ِمن خي ٍر يعلمه اللـه ۗوتزودوا ف ِِإن خير الز ِاد التقوى ۗ واتقو ِن يا أ ِولي األلب‬
Maksudnya : (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang
termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat
mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh
membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.
Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan
hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-
baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah
kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,


Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan
semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di
Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar
dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Ibadat haji
banyak mengajar erti kesatuan ummah di dalam mengembalikan kehebatan dan
kegemilangan Islam. Antara usaha mengembalikan semula kehebatan ummah ialah
kita laksanakan apa yang pernah diucap oleh nabi Muhammad s.a.w dalam Khutbah
haji Wada’ antaranya : [1] pengharaman riba yang menindas manusia di mana Islam
sentiasa menanamkan kasih sayang dalam setiap aspek kehidupan agar tidak
wujudnya sikap suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Riba telah
menghancurkan ekonomi dunia dan membawa kepada penderitaan seperti
keganasan terhadap peminjam sehingga ada yang dibunuh dan membunuh diri

7
[2] Islam sentiasa menjamin perlindungan jiwa manusia daripada diceroboh samada
dengan pembunuhan langsung atau tidak langsung. Kes bunuh yang terus meningkat
tanpa mengira usia dan pangkat bagaikan tiada penyudahan. Begitu juga masalah
kemalangan maut yang berlaku silih berganti di mana disarankan agar Kerajaan
melaksanakan hukum Islam dalam menanganinya sebagai contoh kes jika seseorang
melanggar orang hingga mati maka dia kena bayar diyat kepada keluarga si mati
berbanding undang-undang hari ini di mana pesalah hanya dikenakan bayaran
kompaun kepada kerajaan sedangkan keluarga mangsa hanya menerima kematian
dan kesedihan tanpa pembelaan atau pun pampasan sewajarnya
[3] Hindari peperangan kerana Islam adalah agama yang sejahtera yang membenci
perang kecuali setelah terpaksa bagi mempertahankan agama, negara dan diri. [4]
Kewajipan menjaga hak wanita tetapi malangnya semakin ramai yang menzalimi
wanita dan ramai pula wanita sendiri yang rela maruah mereka dilacurkan dengan
mendedah aurat dan bergaul bebas sehingga keadaan akhlak semakin parah. [5]
Islam menghalang penindasan melalui penyalah gunaan kuasa oleh pemimpin ke atas
rakyat jelata

َ ‫هللا َأ ْك َب ُر َولِل‬
‫الح ْم ُد‬ ُ !‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ !‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ
ِ ِ
Firman Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 13 :
َّ َ ْ ُ َ َ ْ َ َّ ُ َ ُ ُ ْ َ ُ ََ ُ ََ َّ ‫َيا َأ ُي َها‬
‫ند الل ِـه‬ ‫اس ِإ َّنا خل ْق َناكم ِمن ذك ٍر َوأنث ٰى َو َج َعل َناك ْم ش ُع ًوبا َوق َبا ِئ َل ِل َت َعا َرفوا ۗ ِإن أكرمكم ِع‬
ُ ‫الن‬
َ ٌ َ َ َّ َّ ْ ُ َ ْ َ
﴾١٣﴿ ‫يم خ ِب ٌير‬ ‫أتقاكم ۗ ِإن اللـه ع ِل‬
Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan
keadaan dan amalan kamu).
Mesej ke- [6] Khutbah wada’ turut menekankan persamaan nilai kemanusiaan
tanpa mengira bangsa dengan membuang semangat perkauman sempit yang boleh

8
‫‪menghancurkan perpaduan rakyat.‬‬ ‫‪[7] Islam membanteras sistem monopoli yang‬‬
‫‪menghakis rasa kasih sayang dengan menggalakkan penindasan terutama menerusi‬‬
‫‪sistem kapitalis yang digunapakai. Akhirnya syarikat tertentu menguasai harga‬‬
‫‪barangan di pasaran yang membolehkan mereka sesuka hati menaikkan harga yang‬‬
‫‪sepastinya menindas rakyat jelata [8] yang paling penting sekali iaitu wajib menjadikan‬‬
‫‪al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam kehidupan.‬‬
‫‪Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :‬‬
‫َّللا َشد ُيد ْالع َ‬ ‫َ َ َ ُ ُ َّ ُ ُ َ ُ ُ ُ َ َ َ َ ُ ْ َ ْ ُ َ ْ َ ُ َ َّ ُ َّ َ‬
‫َّللا ۖ إ َّن َّ َ‬
‫اب‬‫ق‬
‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ۗ وما آتاكم الرسول فخذوُ وما نهاكم عنه فانتهوا واتقوا ِ‬
‫‪Maksudnya : ……Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada‬‬
‫‪kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu‬‬
‫;‪melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah‬‬
‫‪sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar‬‬
‫‪perintahNya).‬‬
‫َْ َ ُ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫صل َع ََى َسيد َنا ُم َح َّمد َو َع ََى آله َو َ ْ َ ْ ْ َ‬ ‫ُ َّ َ‬
‫ات‬‫صح ِب ِه أج َم ِعين الل ُه َّم اغ ِف ْر ِلل ُم َْ ِل ِمين وامل َْ ِل َم ِ‬ ‫ِِ‬ ‫ٍ‬ ‫ِِ‬ ‫اللهم ِ‬
‫ات‬ ‫لح َ‬
‫اج‬ ‫الد َع َوات َو َقاض ْي ا َ‬ ‫األم َوات إ َّن َك َسم ْي ٌع َقرْي ٌب ُمج ْي ُب َّ‬ ‫األْ َي ِاء م ْن ُه ْم َو ْ‬ ‫َواملُ ْؤمن ْي َن َواملُ ْؤم َنات ْ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِِ‬
‫ط َع َل ْي َنا َمنْ‬ ‫ُ َّ ُ َ ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫ص ِل ْح ذات َب ْينه ْم وان ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫ف َبين قل ْوبه ْم وأ ْ‬ ‫ُ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ََ ْ‬
‫ص ْره ْم عَى عد ِوك وعد ِو ِه ْم ‪ ,‬اللهم ال تَ ِل‬ ‫ِِ‬ ‫ِِ‬ ‫وأ ِل‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬ ‫ُ َّ ْ ُ ُ‬ ‫َ َ ُ‬
‫ص ِر اْل َج ِاه ِد ْي َن ال ِذ ْي َن ُي َج ِاه ُد ْون ِف ْي َس ِب ْي ِل َك ِف ْي ك ِل َز َم ٍان َو َمك ٍان ‪,‬‬ ‫اليخاف َك َوال َي ْر َْ ُم َنا‪ ,‬اللهم ان‬
‫ْ‬ ‫ََ‬ ‫ُ‬ ‫ُ َّ ْ ُ ْ‬
‫ص ْر ِإخ َوا ِن َنا امل َْ ِل ِم ْي َن ِفى فل َْ ِطين َو ِفى الشام وفي مصر وفي أف ِرْي ِقيا َو ِفى ‪َ Myanmar‬و ِفى‬ ‫اللهم ان‬
‫َج ُن ْوب بليبين َوفى إيندونيَيا وفى تايلند َوفى َبلد َنا ماليزيا الل ُه َّم َيا ُم ْنز َل الك َت َ َ ُ ْ َ َّ َ‬ ‫َ‬
‫اب‬ ‫اب و يا مج ِري السح ِ‬ ‫ِ ِ ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِِ ِ‬
‫َّ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫الي ُه ْود َو َمن َوااله ْم‪ ,‬الل ُه َّم َعل ْيك بالن َ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫ص ْرنا َعل ْيه ْم‪ ,‬الل ُه َّم َعل ْيك ب َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬
‫األْزاب ِاهز ْم ُه ْم َوان ُ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َو َي َاهاز َم ْ‬
‫ص َارى‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫االه ْم‪ ,‬الل ُه َّم َع َل ْيكَ‬ ‫االه ْم‪ ,‬الل ُه َّم َع َل ْي َك باألمير َكان َو َم ْن َو ُ‬ ‫اله َن ْود َو َم ْن َو ُ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ َ ْ َ ُ ْ ُ َّ َ َ‬
‫ومن واالهم‪ ,‬اللهم عليك ِب‬
‫ِ ِ ِ‬ ‫ِ‬
‫َّ‬ ‫َّ‬
‫االه ْم‪ ,‬الل ُه َّم َعل ْي َك بأ ْْ َزاب املُ ْشرك ْي َن الطاغ ْي َن الظامل ْي َن َو َم ْن َو ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫االه ْم‪ ,‬الل ُه َّم َد ِم ْر ُه ْم‬ ‫ِِ‬ ‫ِ‬ ‫ِِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫يطان َو َم ْن َو ُ‬ ‫ِب ِال ِبر‬
‫َ َ‬
‫ص َر ِد ْي َن َك َواخذ ْل َم ْن خذ َل ِد ْي َن َك ‪,‬‬
‫ْ ُ‬ ‫ص ْر َم ْن َن َ‬ ‫اج َع ْل ُه ْم َه َب ًاء َم ْن ُث ْو ًرا الل ُه َّم ْان ُ‬ ‫َت ْدم ْي ًرا َو َتب ْر ُه ْم َت ْتب ْي ًرا َو ْ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ِ‬ ‫ِ َ ِ‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬
‫ص ْر ِع َب َادك املؤ ِم ِن ْين ‪.‬‬ ‫الد ْين َوان ُ‬ ‫ْ ََ ْ ْ َ‬
‫الشرك واملش ِر ِكين ود ِمر أعداء ِ ِ‬
‫الم َوامل َْلم ْين َوأذ َّل ْ َ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِِ‬
‫اإلس َ‬ ‫الل ُه َّم أع َّز ْ‬
‫ِ‬
‫َ‬ ‫ً‬ ‫اج َعل َها َخال َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫َّ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ‬ ‫ََ‬
‫صة ِل َو ْج ِه َك الك ِرْيم‪َ .‬رَّب َنا‬ ‫ِ‬
‫ضح َيت َنا َو َجم ْي َع َْ ََ َنات َنا َو ْ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫الل ُه َّم تق َّب ْل ِمنا صالتنا و ِقيامنا وأ ِ‬
‫الم َو ِآخ ُر‬ ‫سب ْح َا َن َك الل ُه َّم َو َت ِح َّي ُت ُه ْم ِف ْي َها َس ٌ‬ ‫النار‪ُ .‬‬ ‫الد ْن َيا َْ ََ َن ًة َوفي َ َ َ َ ً َ َ َ َ َ َّ‬ ‫آت َنا في ُ‬
‫اآلخر ِة َْنة و ِقنا عذاب ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫َ‬ ‫ِ ِ‬
‫الع َامل ْينَ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ َْ‬
‫ِهلل َر ِب َ ِ‬ ‫دعواه ْم أ ِن الح ْمد ِ‬

‫‪9‬‬

Anda mungkin juga menyukai