Anda di halaman 1dari 6

‫جابنت حال إحوال اضام إسالم نضر ي سابه‬

KHUTBAH JUMAAT 17 JAMADILAKHIR 1440H BERSAMAAN 22 FEBRUARI 2019M

“ KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA “


(SEMPENA BULAN ANTIDADAH KEBANGSAAN TAHUN 2019)
OLEH:
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
Dengan kolaborasi
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH

______________________________________________________________________

1
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan
kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian,
marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan
bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan
memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat.

Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,


Bersempena dengan sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan pada 19
Februari setiap tahun, mimbar ingin mengingatkan kepada para jemaah sekalian,
bahawa dadah merupakan punca utama berlakunya jenayah dan maksiat serta menjadi
ancaman kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Percayalah, gejala penagihan
dadah ini samalah bahayanya dengan penagihan arak atau khamar, ibu segala
kejahatan. Lihat apa yang berlaku hari ini, seperti jenayah mencuri, merompak, rogol,
bunuh, merempit dan lain-lain lagi adalah kebanyakan berpunca daripada pengambilan
dadah. Yakin dan ketahuilah bahawa setiap perkara yang boleh memabukkan,
melemahkan anggota badan, merosakkan akal fikiran merupakan punca kepada
berlakunya kemungkaran dan jenayah.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah Ayat 90:

ُٓ‫عََوِ اىشَّيْطَاُِ فَاجْتَِْبُى‬


َ ٍِِّْ ‫س‬
ٌ ْ‫خَْشُ وَا ْىََيْسِشُ وَاىْؤَّصَابُ وَا ْىؤَ ْصىَاًُ سِج‬
َ ْ‫يَا أَيُّهَا اىَّزِيَِ آٍَُْىا إ َََِّّا اى‬
.َُ‫ىَعَيَّنٌُْ ُت ْفيِحُى‬
Maksud: “Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan
judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang
anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu
hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Pengertian Dadah dalam bahasa Arab disebut sebagai al-mukhaddarat berasal
daripada perkataan mukhaddarat iaitu benda-benda yang boleh menyebabkan
hilangnya pertimbangan dan kewarasan seperti ganja dan morfin (Al-Marbawi, 1998).
Berdasarkan kajian para ulama dan ahli perubatan Islam, kesan daripada penggunaan
dadah adalah sama dengan kesan meminum arak kerana boleh memabukkan dan
menghilangkan kewarasan akal. Pengertian al-mukhaddarat ini sebagai benda-benda
yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal dilihat bertepatan dengan
sabda Rasulullah SAW :
2
ٍ‫خًْرٌ وَكُمُّ ُيسْكِر‬
َ ٍ‫عهَ ْيهِ َوسَهَّىَ كُمُّ ُيسْكِر‬
َ ُ‫انهه‬
َّ ًَّ‫انههِ صَه‬
َّ ُ‫ قَالَ َرسُىل‬:‫عًَرَ قَال‬
ُ ٍِ‫عٍْ ا ْت‬
َ
ِ‫خًْرَ فِي اندَُّْيَا َفًَاتَ وَهُىَ ُي ْديِ ُهَا نَىْ يَ ُتةْ نَىْ َيشْرَتْهَا فِي انْآخِ َرج‬
َ ْ‫حَرَا ٌو َو َيٍْ شَ ِربَ ان‬
Maksudnya:
Dari Ibnu Amru sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap perkara yang
memabukkan itu arak, dan setiap arak itu haram. Sesiapa yang telah minum arak di
dunia dan mati tanpa sempat bertaubat, dia tidak akan dapat minum arak di Syurga.
(Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah Sekalian,


Bersesuaian dengan Tema Hari Antidadah Kebangsaan pada tahun ini, “Komuniti Kita
Tanggungjawab Kita” hal ini perlu menjadi tanggungjawab bersama semua pihak
dalam merealisasikan masyarakat Malaysia yang bebas dadah, Ingin mimbar
memaklumkan, bahawa menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) Kementerian Dalam Negeri, dari Januari sehingga Disember 2018
menunjukkan, masyarakat melayu atau umat Islam yang terjebak dengan gejala
penagihan dadah adalah berjumlah 20,956 orang atau 80.1 peratus daripada jumlah
keseluruhannya berjumlah 25,922 orang. Jumlah ini adalah yang teramai berbanding
kaum lain yang terlibat dengan gejala dadah.

Sidang Jumaat Yang dimuliakan Allah Sekalian,


Sebagaimana yang kita semua sedia maklum di negara kita ini , Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan menangani
permasalahan berkaitan dengan dadah. Peranan utama AADK ialah untuk menangani
sebarang ancaman dadah dengan secara terancang, terarah dan selaras dengan
matlamat akhirnya untuk mewujudkan satu masyarakat dan negara yang bebas
daripada belenggu permasalahan najis dadah.

Dalam usaha untuk membanteras permasalahan dadah, maka AADK telah


melaksanakan Program Perangi Dadah Habis-habisan (PDH). Objektif utama PDH ini
adalah bermatlamat mengurangkan penagih baru, mengurangkan penagih berulang,
mengurangkan jenayah jalanan dan komuniti bangkit memerangi dadah. Pihak AADK
juga telah mengenalpasti sebanyak 178 kawasan berisiko dalam permasalahan
penagihan najis dadah di Malaysia. Oleh itu, pihak AADK telah mengaktifkan program
pengupayaan komuniti atau Community Empowerment (CE) bagi meningkatkan
kesedaran semua peringkat komuniti mengenai masalah dadah dan pelan tindakan.
Disamping itu juga, CE turut memberi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam
merancang, melaksana dan memantau program. Ia juga turut melibatkan ahli komuniti
dalam pengurusan program. Seterusnya, CE ini akan dapat mewujudkan persekitaran
yang suportif dalam menangani masalah dadah dan juga turut membantu dan
menyokong pihak kerajaan dalam usaha membasmi penyalahgunaan dadah dan
seterusnya menyokong kepulihan bekas-bekas pengguna dadah.
3
Maka, dalam hal ini mimbar menyeru semua pihak agar sama-sama berganding bahu
dan mengembeling tenaga dalam aktiviti bagi memerangi penyalahgunaan dadah yang
ada dalam komuniti masing-masing. Tidak kiralah sama ada masyarakat yang tinggal di
bandar, luar bandar, di perkampungan nelayan, di penempatan-penempatan felda atau
di kawasan perumahan, kita hendaklah membantu dan bekerjasama dengan AADK
dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pencegahan berkaitan dadah. Sekurang-kurangnya
kita sebagai umat yang prihatin dapat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa
mengenai apa-apa kegiatan penyalahgunaan najis dadah yang berlaku di tempat
masing-masing.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka


hendaklah ia mengubahnya (mencegahnya) dengan tangannya, dan jika ia tidak
berkuasa maka dengan lidahnya, dan jika ia tidak berkuasa, maka dengan
hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
(Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Mimbar juga ingin mengingatkan bahawa kerosakan yang dibawa oleh gejala dadah
sangatlah besar. Ancamannya bukan hanya kepada diri si penagih, bahkan kepada
seluruh ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat kerana gejala ini akan
menghilangkan kewarasan, keseronokan dan kegembiraan serta akan diwarnai dengan
tangisan yang berpanjangan. Bayangkanlah, pasti ranap harapan ibu bapa, pasti
musnah impian saudara-mara dan pasti hancur masa depan anak-anak dan isteri di
bawah tanggungannya malahan kesan yang lebih dahsyat lagi ialah musnahnya
sesebuah bangsa dan negara. Inilah masanya semua umat Islam mesti bersatu hati
untuk memerangi jenayah dadah dan mendokong segala usaha dan komitmen kerajaan
demi memastikan jenayah dadah ini dapat dibasmikan sehingga ke akar umbi.

Muslimin Yang Dikasihi Allah,


Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 7:

ٌُْ‫سؤْتٌُْ َفيَهَا ۚ فَإِرَا جَاءَ وَعْذُ اىْآخِشَ ِة ىِيَسُىءُوا وُجُىهَن‬


َ َ‫إُِْ أَحْسَْتٌُْ أَحْسَْتُ ٌْ ِىؤَّفُسِنٌُْ ۖ وَإُِْ أ‬
‫عيَىْا تَتْبِيشًا‬
َ ‫خيُىُٓ أَوَّ َه ٍَشَّةٍ َوىِيُتَبِّ ُشوا ٍَا‬
َ َ‫خيُىا ا ْىََسْجِذَ َمََا د‬
ُ ْ‫َوىِيَذ‬
Maksud: “Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu; dan jika
kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila
4
sampai masa janji kali kedua, Kami datangkan musuh-musuh kamu untuk
memuramkan muka kamu; dan untuk memasuki masjid sebagaimana mereka
telah memasukinya pada kali pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja
yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. ”

Pada prinsipnya mereka yang terlibat dengan dadah merupakan satu jenayah dan
perbuatan berdosa besar kerana telah mencampakan dirinya ke lembah kehinaan di
samping merosakkan nama baik individu dan keluarga. Ia juga akan menimbulkan
kegelisahaan dalam masyarakat. Ingatlah, perbuatan-perbuatan ini sebenarnya
semakin menjauhkan diri seseorang daripada Allah SWT. Kadangkala dengan hanya
satu perbuatan jenayah sahaja boleh menghancurkan nilai kehidupan kita dan keluarga
tersayang serta menyebabkan kerugian sepanjang hayat di dunia dan akhirat.

Oleh itu, usaha membanteras dan memerangi dadah serta jenayah yang
seumpamanya, ianya adalah perbuatan mulia yang di tuntut ajaran Islam.
Tanggungjawab ini bukan hanya terletak kepada Agensi Antidadah Kebangsaan
sahaja, bahkan hendaklah dibuat secara menyeluruh melibatkan semua lapisan
masyarakat sebagai satu tanggungjawab bersama umpama pepatah melayu yang buta
meniup tepung, yang pekak membakar meriam, yang cepek menghalau ayam, yang
kurap menyiang buluh. Ianya menggambarkan kerelaan dan kesediaan setiap
masyarakat untuk memainkan tanggungjawab dan peranan masing-masing ke arah
memerangi dadah secara habis habisan sehingga tercapai masyarakat bebas dari
ancaman dadah. Pupuklah semangat kesukarelawan dan semangat kepunyaan serta
tanggungjawab kita dalam menangani gejala dadah sebagai satu amal jariah/ibadah
demi agama dan umat Islam.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah ayat 2:

ِ‫ٌِ انهَّ َه شَدِي ُد انْ ََِِاب‬


َّ ‫انه َه إ‬
َّ ‫َاتَُىا‬
َّ ‫ٌ و‬
ِ ‫عهًَ ا ْنإِثْ ِى وَانُِْدْوَا‬
َ ‫عهًَ انْثِرِّ وَانتََّْىَي َونَا تََِاوََُىا‬
َ ‫وَتََِا َوَُىا‬
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan
dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahNya.”.

Muslimin Sidang Jumaat Yang Di Muliakan Allah


Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru jemaah sekalian, ingatlah dan insaflah semasa
masih sihat, masih berkuasa dan bertenaga, marilah kita bekerjasama memerangi
jenayah dadah dan menutup segala ruang gejalanya. Sebagai ibubapa pula, mimbar
menyeru luangkanlah masa dengan memberi perhatian kepada anak-anak agar hidup
mereka tidak terjebak dengan perkara yang tidak sihat yang pastinya sangat
merugikan. Disiplinkan hidup mereka, bentuklah anak-anak supaya mempunyai lebih
5
rasa bertangungjawab dan sentiasa berkongsi pandangan dan masalah bersama
mereka

Marilah sama-sama kita sedar dan memperkukuhkan keimanan kepada Allah SWT,
memperbanyakkan amal kebajikan, menjalankan tugas dengan jujur, menjauhi segala
perbuatan dosa dan mungkar. Perbanyakkan beristiqfar semoga segala kesalahan
yang dilakukan selama ini akan diampunkan oleh Allah SWT.
Sabda Baginda Rasulullah SAW dari Ibnu Abbas :

َ‫ شَبَا َبلَ قَبْوَ هَشَ ٍِلَ وَ صِحَّ َتلَ قَبْوَ سَقَ َِلَ َوغَِْاكَ قَبْوَ فَقْ ِشك‬: ٍ‫خ َْسًا قَبْوَ خََْس‬
َ ٌَِْْ‫ِاغْت‬
َ‫غلَ قَبْوَ شَ ْغ ِيلَ وَحَيَاتَلَ قَبْوَ ٍَىْ ِتل‬
َ ‫وَ فَشَا‬
Yang bermaksud : ” Rebutlatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Masa sihat sebelum sakit. Masa Kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
Masa Lapang sebelum tiba masa masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang
masa tua dan Masa hidup sebelum masa mati.”
( Riwayat al-Baihaqi)

Disediakan oleh:
Bahagian Penyelidikan dan Informasi
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

NOTA: Teks khutbah ini mengandungi potongan ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith Rasulullah SAW. Mohon jaga dengan
cermat dan tidak disepahkan.

Anda mungkin juga menyukai