Anda di halaman 1dari 13

IBRAH 4

HEMAH TINGGI

Hemah tinggi ialah nilai yang terpuji.Hemah tinggi bermaksud bersemangat tinggi,
berbudi pekerti mulia, bertingkah laku mulia, berlemah lembut dan berbudi bahasa yang
mesti diamalkan oleh setiap orang dalam masyarakat.
Anak-anak yang dikasihi.

Semangat yang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu sebaik mungkin amat perlu
dalam kehidupan anak-anak sebagai seorang pelajar untuk mengharungi alam
persekolahan

anak-anak

sebagai

seorang

pelajar

untuk

mengharnugi

alam

persekolahan harian dan untuk mencapai kecemerlangan pada hari muka.


Anak-anak harus mempunyai cita-cita untuk mencapai satu matlamat.Contoh terdekat
yang dapat kita lihat ialah pelajar sekolah kita yang berjaya. Kita lihat bagaimana cara
dia belajar. Dia mempunyai azam yamg kuat, rajin, mentelaah pelajaran, berdisiplin,
mematuhi arahan guru, berpakaian kemas, mengikut peraturan sekolah dan tidak
mudah berputus asa.Apabila berhadapan dengan masalah rumit dia berusaha
mengatasinya tanpa jemu.Akhirnya kejayaan beliau menjadi kebanggaan kita semua.

Hemah tinggi yang anak-anak miliki akan mewujudkan semangat kerja bersungguhsungguh, kerja sebaik mungkin, membuat kerja tanpa jemu, tepat, sempat, dapat, tidak
membuang masa dan berusaha mengurangkan kesilapan. Firman Allah
Ertinya:
Sebenarnya orang yang beriman dan beramal soleh sesungguhnya kami tidak akan
menghilangkan pahala orang-orang yang beramal baik. (surah al-khafi :30)

Anak-anak yang dikasihi.


Sebenar-benar mukmin sejati sentiasa merubah cara hidup mereka ke arah yang lebih
sempurna dan baik. Perubahan yang dilakukan dengan penuh semangat dan
menyedari matlamat yang dihajati dan diperlukan. Dia akan mengubah budi pekerti dari
semasa ke semasa ke arah lebih sopan, dari agresif ke sikap lemah lembut.
Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian, anak-anak perlu membetulkan niat dan
ikhlas belajar, gerak kerja yang dilaksanakan mesti ada perancangan dan kerangka
kerja yang kemas.
Anak-anak yang dikasihi.
Apa-apa yang berlaku di sekeliling kita, sebahagian besar pelajar kurang berhemah.
Tidak bercita-cita, tidak berperancangan dan tidak melihat kemajuan masa depan.
Antara gejala peluntur hemah tinggi ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Mengharapkan ganjaran segera apabila melaksanakan kerja


Melaksanakan kerja apabila diarah
Cuai dan bertangguh
Mengharapkan pembantu dalam sesuatu hal
Rasa rendah diri
Selekeh dalam berpakaian
Kurang berminat dalam sesuatu kerja.

Gejala tersebut merupakan unsur penting melemahkan hemah tinggi daripada bertapak
dalam diri anak-anak.Gejala-gejala inilah merupakan faktor perosak pembelajaran
anak-anak. Akibatnya akan wujud situasi:
1. Tidak buat kerja walau disuruh beberapa kali
2. Tidak ambil peduli suasana di sekolah
3. Buat kerja sambil lewa, buat hanya untuk mengelak diri daripada dimarahi guru,
bukan bermatlamat mencapai kemuliaan dan terhindar daripada kejahilan.
4. Cuai dan bersikap tidak mengapa kalau tidak dibuat.
Apa-apa yang dapat anak lihat sekarang, cara berpakaian, cara bergaul, cara bercakap,
dan cara belajar tidak melambangkan sifat hemah tinggi. Seharusnya pelajar-pelajar

sentiasa berpakaian kemas, bersopan santun, berlapang dada, mesra dan berbudi
pekerti mulia sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasullah s.a.w.
Firman Allah:Ertinya:
Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia(surah al-Qalam :
4)
Anak-anak yang dikasihi.
Kita diajar dan dituntut bersedia mengakui kesilapan dan kelemahan diri sendiri secara
ikhlas dan jujur. Kita dilarang keras daripada bersikap keras kepala kerana orang yang
bersifat demikian hidup dihina, hidup terbiar, hidup tersisih, hidup tertekan dan hidup
terhimpit dan akan merana serta menderita sepanjang hayat,
Anak-anak yang dikasihi.
Teladanilah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w antaranya:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Ramah mesra
Tidak mengasingkan diri
Memenuhi masa denga kerja yang berfaedah
Tekun beramal dan belajar
Mempunyai perancangan dalam kerja buat
Buat kerja tanpa paksaan dan tidak mengharap balasan

Marilah kita tilik diri, siapa kita? Apakah untungnya kitab bersikap angkuh? Apakah
ruginya kita berhemah tinggi?

Anak-anak yang dikasihi.

Hormat menghormati bermaksud menghargai dan memuliakan orang lain dengan


memberi layanan yang penuh kesopanan.
Anak-anak yang dikasihi.
Hormat menghormati yang dituntut mencakupi sikap hormat dan taat kepada ibu bapa,
orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga pemimpin, raja dan negara.

Penghormatan yang paling utama yang wajib dilakukan oleh setiap manusia ialah
penghormatan terhadap Allah dengan dengan mengerjakan perkara-perkara yang
disuruh dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang. Contohnya mendirikan solat
kerana solat itu dapat membentuk keperibadian mulia dan dapat mencegah daripada
perbuatan mungkar, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ankabut (Ayat 45)
Dan dirikanlah solat (dengan tekun) sesungguhnya solat itu mencegah daripada
perbuatan yang keji dan mungkar

Anak-anak yang dikasihi.


Menghormati guru menjadi kemestian kepada setiap pelajar kerana guru ialah sumber
ilmu, sebagaimana yang diceritakan oleh Imam Shafie

. aku mengadu kepada

guruku yang bernama Waqi tentang sukarnya mengingati pelajaran. Guruku menasihati
ku supaya meninggalkan perkara-perkara maksiat, kerana ilmu merupakan Nur
(cahaya) daripada Allah, sedangkan Nur Allah itu tidak diberi kepada pelaku maksiat.
Ekoran daripada itu Imam Shafie bertanya ibunya, apakah maksiat yang pernah
dilakukannya? Ibunya menjelaskan bahawa, engkau tidak pernah melakukan maksiat
kecuali semasa kecil, engkau pernah diberi minum susu kambing yang makan rumput
di tanah orang lain.

Anak-anak yang dikasihi.

Pengajaran daripada peristiwa ini bahawa sekecil-kecil maksiat yang kita lakukan
membawa kesan kepada daya ingatan kita. Kita menjadi seorang pelupa, kita akan
menjadi susah untuk mengingat dan menghafal sesuatu. Oleh itu, kita harus saling
mengingatkan sesamakita, supaya kita tidak melakukan maksiat jika mahu menjadi
pelajar yang dapat mengingati segala ilmu yang dipelajari.

Anak-anak yang dikasihi.


Menghormati dan mentaati ibu bapa merupakan kewajipan yang paling utama selepas
mentaati Allah dan Rasul, kerana kedua-dua ibu bapa merupakan orang yang paling
hampir dengan diri kita.Apakah kita lupa bahawa ibu kita telah menanggung
penderitaan dan kesusahan semasa mengandung, melahir, menyusu, mendidik dan
pengasuh sehingga kita dewasa dengan penuh kasih sayang.Tetapi malangnya ada
antara

kita

sanggup

meletakkan

ibu

bapa

di

rumah-rumah

kebajikan.Lebih

menyedihkan, ada yang sanggup memukul dan menghalau ibu bapanya sendiri kerana
tidak sanggup melayani karenah orang tua.Waktu itu kita melihat air mata mereka
mengalir membasahi pipi kerana kepedihan menanggung kesedihan tanpa balasan
budi anak yang dipeliharanya dari kecil.Apakah kita sanggup melihat perkara ini
berlaku? Apakah kita akan menjadi penyambung kepada peristiwa-peristiwa seumpama
ini? Oleh itu marilah kita mengambil iktibar sebuah kisah daripada sebuah hadis, iaitu
seorang anak yang sangat menghormati orang tuanya hingga berjaya dalam hidupnya,
dia dan keluarganya tidak akan makan sehingga ibu bapanya makan terlebih dahulu,
walaupun anak-anaknya menangis kelaparan. Satu ketika apabila dia terperangkap di
dalam sebua gua, Allah mengurniakan kemuliaan kepadanya dengan melepaskannya
daripada terperangkap, apabila dia berdoa, Ya Allah!Jika sayang dan taatku kepada
ibu bapaku selama ini benar-benar keranaMu, Selamatkanlah aku Ya Allah daripada
bencana ini. Akhirnya doa itu diperkenankan.

Anak-anak yang dikasihi.

Marilah kita sama-sama mengangkat tangan berdoa untuk kebaikan kepada ibu bapa
kita.
Terjemahan ayat 15:surah al-Ahqaf
Ertinya:
Ya Allah ilhamkanlah daku suoaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau
kurniakan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan supaya aku tetap
mengerjakan amal soleh yang engkau redai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap
masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan
sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).

IBRAH 5
HORMAT MENGHORMATI

Anak-anak yang dikasihi.

Hormat menghormati bermaksud menghargai dan memuliakan orang lain dengan


memberi layanan yang penuh kesopanan.

Anak-anak yang dikasihi.

Hormat menghormati yang dituntut mencakupi hormat dan taat kepada ibu bapa, orang
yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga pemimpin, raja dan negara.
Penghormatan yang paling utama yang wajib dilakukan oleh setiap manusia ialah
penghormatan terhadap Allah dengan dengan mengerjakan perkara-perkara yang
disuruh dan menninggalkan perkara-perkara yang dilarang. Contohnya mendirikan solat
kerana solat itu dapat membentuk keperibadian mulia dan dapat mencegah daripada
perbuatan mungkar, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ankabut (Ayat 45)
Dan dirikanlah solat (dengan tekun) sesungguhnya solat itu mencegah daripada
perbuatan yang keji dan mungkar

Anak-anak yang dikasihi.


Menghormati guru menjadi kemestian kepada setiap pelajar kerana guru ialah sumber
ilmu, sebagaimana yang diceritakan oleh Imam Shafie

. aku mengadu kepada

guruku yang bernama Waqi tentang sukarnya mengingati pelajaran. Guruku menasihati
ku supaya meninggalkan perkara-perkara maksiat, kerana ilmu merupakan Nur
(cahaya) daripada Allah, sedangkan Nur Allah itu tidak diberi kepada pelaku maksiat.
Ekoran daripada itu Imam Shafie bertanya ibunya, apakah maksiat yang pernah
dilakukannya? Ibunya menjelaskan bahawa, engkau tidak pernah melakukan maksiat
kecuali semasa kecil, engkau pernah diberi minum susu kambing yang makan rumput
di tanah orang lain.

Anak-anak yang dikasihi.

Pengajaran daripada peristiwa ini bahawa sekecil-kecil maksiat yang kita lakukan
membawa kesan kepada daya ingatan kita. Kita menjadi seorang pelupa, kita akan
menjadi susah untuk mengingat dan menghafal sesuatu. Oleh, kita harus beringat-ingat
supaya kita tidak melakukan maksiat jika mahu menjadi pelajar yang dapat mengingat
segala ilmu yang dipelajari.
Anak-anak yang dikasihi.
Menghormati dan mentaati ibu bapa merupakan kewajipan yang paling utama selepas
mentaati Allah dan Rasul, kerana kedua-dua ibu bapa merupakan orang yang paling
hampir dengan diri kita.Apakah kita lupa bahawa ibu kita telah menanggung
penderitaan dan kesusahan semasa mengandung, melahir, menyusu, mendidik dan
pengasuh sehingga kita dewasa dengan penuh kasih sayang.Tetapi malangnya ada
antara

kita

sanggup

meletakkan

ibu

bapa

di

rumah-rumah

kebajikan.Lebih

menyedihkan, ada yang sanggup memukul dan menghalau ibu bapanya sendiri kerana

tidak sanggup melayani karenah orang tua.Waktu itu kita melihat air mata mereka
mengalir membasahi pipi kerana kepedihan menanggung kesedihan tanpa balasan
budi anak yang dipeliharanya dari kecil.Apakah kita sanggup melihat perkara ini
berlaku? Apakah kita akan menjadi penyambung kepada peristiwa-peristiwa seumpama
ini? Oleh itu marilah kita mengambil iktibar sebuah kisah daripada sebuah hadis, iaitu
seorang anak yang sangat menghormati orang tuanya hingga berjaya dalam hidupnya,
dia dan keluarganya tidak akan makan sehingga ibu bapanya makan terlebih dahulu,
walaupun anak-anaknya menangis kelaparan. Satu ketika apabila dia terperangkap di
dalam sebua gua, Allah mengurniakan kemuliaan kepadanya dengan melepaskannya
daripada terperangkap, apabila dia berdoa, Ya Allah!Jika sayang dan taatku kepada
ibu bapaku selama ini benar-benar keranaMu, Selamatkanlah aku Ya Allah daripada
bencana ini. Akhirnya doa itu diperkenankan

Anak-anak yang dikasihi.


Marilah kita sama-sama mengangkat tangan berdoa untuk kebaikan kepada ibu bapa
kita;
Terjemahan ayat 15:surah al-Ahqaf
Ertinya:
Ya Allah ilhamkanlah daku suoaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau
kurniakan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan supaya aku tetap
mengerjakan amal soleh yang engkau redai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap
masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan
sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).

IBRAH 6
KASIH SAYANG

Anak-anak yang dirahmati Allah.

Dunia dalam abad ini dalam keadaan kekecohan, peperangan, penderitaan,


kemusnahan, kehilangan sanak-saudara dan keluarga.Apakah kita reda atau rela
dengan keadaan yang sedang berlaku itu?Atau kita tidak reda?Kalau kita tidak reda,
marilah kita sama-sama menghayati sifat Allah iaitu sifat Maha Pengasih dan Maha
Penyayang.

Apakah yang dimaksudkan dengan kasih sayang?Kasih sayang itu ialah menyayangi,
rasa sayang, belas kasihan, mengambil cakna atau mengambil berat, prihatin dan peka,
rela berkorban, rasa sekeupayaan, rasa mesra, menghargai nilai keinsanan.

Dengan ini dapatlah difahamkan bahawa kasih sayang itu bukanlah sifat benci
membenci, dengki mendengki, khianat mengkhianati, belakang membelakangi,
sombong menyombongi, bohong membohongi, tipu menipu dan tidak bertimbang rasa.
Sabda Rasullah s.a.w:
Umpama orang-orang mukmin

dalam berkasih-sayang, cinta mencintai, berlemah-

lembut antara satu dengan yang lain, seperti satu badan,apabila mengadu kesakitan
satu anggota badan, ia mengajak semua yang lain, sama merasa derita atau sakit.
Di manakah kita boleh mewujudkan sifat kasih sayang?Bagaimanakah kita laksanakan
sifat kasih sayang?Apakah kita tidak mahu bersama-sama menghayati sifat Allah yang
suci ini sedangkan kita dijadikan oleh Allah?

Kita boleh mewujudkan sifat kasih sayang ini di sekolah, di dalam keluarga, dalam
kalangan rakan sebaya, dalam kalangan guru, masyarakat dan semua makhluk ciptaan
Allah.
Bagaimana kita boleh laksnakan di sekolah? Kita boleh menegur kesilapan yang
dilakukan oleh rakan-rakan.Tetapi rakan-rakan

jangan menganggap teguran itu

sebagai satu kebencian. Malah merupakan kasih sayang yang abadi antara seorang
sahabat dangan sahabatnya. Kita bersedia memberikan sumbangan kewangan kepada
kawan-kawan kita yang kematian ibu bapa, rumahnya terbakar, sakit teruk yang
memerlukan kewangan yang banyak.Apakah kita jadi miskin dan papa dengan sebab
sumbangan yang sedikit itu?Atau kita sanggup melihat rakan kita menderita sepanjang
hayat. Bayangkan kalau hal ini berlaku atas diri kita atau keluarga kita, adik, abang,
ayah, ibu kita sendiri.
Sabda Rasullah s.a.w:
Hendaklah kamu mengasihi mereka yang berada di muka bumi supaya kamu dikasihi
mereka yang berada di langit (malaikat).
Cuba kita renungkan kembali satu cerita pada zaman Rasulullah s.a.w

Kasih sayang Abu Bakar terhadap Nabi Muhammad s.a.w.


Saidina Abu Bakar r.a. bersama dengan Rasullullah telah berhijrah dari Mekah ke
Madinah. Di pertengahan jalan, mereka menyembunyikan diri di dalam Gua Thur
kerana dikejar oleh orang Quraisy.Ketika berada dalam gua, Saidina Abu Bakar melihat
seekor ular keluar dari sebuah lubang.Lalu Abu Bakar menutup lubang itu dengan
kakinya, sehingga ular itu mematuk kakinya.Nabi Muhammad melihat wajah Abu Bakar
yang pucat, berpeluh dan menggigil. Rasulullah pun bertanya Apakah yang sedang
berlaku wahai Abu Bakar? Beliau pun menceritakan perkara yang sebenar.Rasulullah
pun mengubati kaki Saidina Abu Bakar.Begitulah besarnya pengorbanan dan kasih
sayang seorang sahabat sehingga sanggup mengorbankan nyawanya sendiri.

Anak-anak yang dikasihi.


Sifat kasih sayang ini dpandang mulia oleh Islam. Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya:
Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi
dirinya sendiri.

Bagaimana pula kita laksanakan kasih sayang kepada guru? Apabila berjumpa guru,
maniskan muka, redakan hati dengan melafazkan salam, bertanya khabar dan
menziarahinya pada masa yang sesuai.

Bagaimanakah pula kita melaksanakan kasih sayang keluarga? Kita boleh menolong
dengan membasuh pinggan, membakar sampah, mengemas tempat tidur, menyiram
pokok bunga dan sebagainya.Apakah dengan perbuatan itu tangan kita patah? Apakah
kita sanggup menyiksa dan menjadikan ibu bapa kita hamba abdi kita sepanjang hayat
mereka? Firman Allah:
Maksudnya:
Hendaklah berlaku baik (ihsan) terhadap kedua-dua ibu bapa
Anak-anak yang dirahmati Allah.

Apakah faedah sifat kasih sayang? Dengan adanya kasih sayang di sekolah dapat
mewujudkan keharmonian.Kita dapat belajar dengan baik dan selesa.Masa dapat
dijimatkan dan ilmu diperoleh dengan senang.Adakah perkara-perkara ini tidak
berfaedah?

Apakah keburukan apabila kita tidak sayang kepada sekolah? Tentulah sekolah akan
kucar-kucir, tidak ada keharmonian, pembelajaran terganggu dan membazirkan masa.
Apakah faedah kasih sayang kepada diri sendiri?
1. Bersungguh-sungguh mencari ilmu supaya kita menjadi orang yang pandai.
2. Menjaga kesihantan supaya menjadi sihat dan siap siaga.
3. Memelihara maruah diri supaya menjadi orang mulia dan disanjung tinggi.
Firman Allah s.w.t

Ertinya:
Orang mukmin yang berjaya ialah mereka yang menjaga kehormatan diri.
Apakah keburukan jika tidak ada kasih sayang terhadap diri sendiri?
1.
2.
3.
4.

Kita akan dihina oleh bangsa lain


Kita akan ketinggalan dalam semua lapangan
Kita akan mudah dikuasai bangsa lain
Kita akan menjadi papa di dalam negara sendiri.

Anak-anak yang dirahmati Allah.

Marilah kita menghayati dan mengamalkan sifat kasih sayang supaya menjadi tabiat
dalam kehidupan sebagaimana kita perlukan makan dan minum setiap hari.Oleh itu,
kita tidak rela sifat kasih sayang terhakis dalam diri kita.

Anda mungkin juga menyukai