Anda di halaman 1dari 60

KANDUNGAN

1 - PENGENALAN

2- NASIHAT LUQMANUL HAKIM DALAM MENDIDIK ANAK

3- NAK RANGSANG ANAK JELAJAHI LAUTAN ILMU? INI


CARANYA!

4- MACAM MANA NAK BENTUK BUDAYA BELAJAR DALAM DIRI


ANAK-ANAK?

5- PENDEKATAN INDIVIDUAL DAN PERSONAL – APA BEZANYA?

6- BAGAIMANA BANGUNKAN VISI YANG CEMERLANG?

7- APA MISI & NILAI PENTING UNTUK CAPAI VISI?

8- NAK ANAK JADI PELAJAR CEMERLANG TAPI TAK TAHU


MACAM MANA? INI SOLUSINYA!

9- BONUS KHAS UNTUK PELAJAR & IBU BAPA:

TAK PERLU RISAU BELAJAR DI RUMAH DENGAN TEKNIK


EFEKTIF INI!
1- PENGENALAN

“Saya risau tak dapat bimbing anak saya! Saya nak anak saya jadi bijak
& berjaya… tapi tak pasti macam mana.”

Adakah anda mengalami perasaan serupa?

Anda sayang anak anda?

Nak yang terbaik untuk hidupnya?

Saya pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak…
sama ada dari segi pembelajaran atau kehidupan.

“Anak saya susah sangat nak kuasai pelajaran dia… saya tak tahu
nak buat macam mana.”

Anda pernah rasa agak sukar untuk didik anak?

Mesti seronok bila anak anda bijak & pintar kan?

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara
kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas
iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

- Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Pakar Motivasi


Apabila kita sebut soal pendidikan anak-anak, secara tidak langsung ia
lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk
mendidik anak-anak menjadi insan yang bijak, semuanya bergantung
atas usaha ibu bapa sendiri.

Sebelum kita bantu anak-anak, kita terlebih dulu kena tambah ilmu
mendidik anak & naikkan semangat diri, serta fokuskan fikiran ke arah
yang lebih positif. Aura kita akan pengaruhi anak-anak kita.

Mari kita buka fikiran untuk mendengar nasihat & buah fikiran dari tokoh
zaman lalu.
2- NASIHAT LUQMANUL HAKIM DALAM MENDIDIK ANAK

Siapa Luqman Al-Hakim ni?

Luqman al-Hakim (Luqman yang bijaksana) adalah seorang tokoh pada


zaman dahulu, yang mana nasihatnya ada disebut dalam al-Quran. Ada
satu surah dalam al-Quran bernama Surah Luqman.

Beliau adalah anak kepada Faqhur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), oleh itu
Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. atau dikatakan
juga beliau anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

Luqman dikatakan hidup selama seribu tahun sehingga dapat menemui


zaman kebangkitan Nabi Daud a.s. bahkan pernah menolong Nabi Daud
a.s. memberikan hikmah atau kebijaksanaan. Dia pernah menjadi kadi
yakni hakim untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

“Dan sesungguhnya kami (Allah) telah mengurniakan hikmah


(kebijaksanaan) kepada Luqman: Hendaklah engkau bersyukur
kepada Allah! Siapa yang bersyukur, sesungguhnya dia bersyukur
untuk dirinya sendiri, dan siapa kufur sesungguhnya Allah itu kaya
lagi terpuji.”

(Surah Luqman: Ayat 12)


Dalam sejarah hidupnya, Luqman berkahwin dan dikurniakan ramai anak.
Namun, Allah menduganya dengan ujian… semua anaknya meninggal
dunia ketika masih kecil, tak ada seorang pun yang hidup hingga dewasa.
Kerana keyakinan yang tinggi kepada takdir yang Allah telah tentukan,
Luqman tidak menangis.

Ujian yang kita terima hanya secebis dari cabaran yang dilalui oleh
Luqman Al-Hakim. Jadi, kita perlu terlebih dulu bersyukur atas nikmat
yang Allah telah kurniakan iaitu anak kita, agar kita lebih bersabar untuk
anak kita berjaya. Kan bagus kita positif begitu?

Nasihat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya

Allah SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan


oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Anda mesti nak tahu apa
antara nasihat Lukman kepada anaknya kan? Boleh nanti anda gunakan
dalam didikan buat anak anda.

Jom kita ikuti antara pesanan Lukman kepada anaknya :


“Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama’ dan dengarlah
kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah
menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan
bumi yang mati dengan hujan yang lebat.”

Di sini, Luqman berpesan supaya kita perlu ke majlis ilmu terutamanya


ilmu agama kerana dengan ilmu, kita dapat hidupkan jiwa yang mati, iaitu
mendapat hidayah & keberkatan.

“Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah
berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih
terbaring di atas katilmu.”

Maksud pesanan Luqman ini adalah, kita perlu menjadi lebih kuat &
bersemangat untuk mulakan hari pada waktu pagi, bukan terbungkam
tidur hingga tengahari.

Seseorang yang mulakan kerjanya pada waktu awal pagi, biasanya akan
dapat keberkatan masa. Cuba kita fikir atau cuba, kita bandingkan dengan
hari yang kita mula lambat… mana yang kita rasa dapat buat lebih banyak
kerja? Rasa lebih positif & seronok? Rasa badan tak lemau & semangat
lain macam tinggi?

“Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu


akan datang tiba-tiba.”

Kita tak tahu bila tarikh & masanya kita akan pergi tinggalkan dunia yang
sementara ni. Jadi perlu kita beringat dan sentiasa beristighfar &
bertaubat sama ada dengan kesilapan yang kita sedar atau tidak.
Kadang-kadang mulut mesti ada tak sengaja gosip jiran kan? Atau jari
dok taip di insta “membawang” bos atau guru? Sebagai manusia biasa
kita ada kalanya terlepas pandang, terlepas cakap atau terlepas fikir nak
buat sesuatu. Jadi, beringatlah!

“Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah


ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.”

Ramai yang kecundang dalam perjalanan di dunia yang sementara ni.


Kadang-kadang lalai pun boleh jadi sebab untuk kita terpesong. Jadi, jom
kita didik diri kita & anak-anak dengan ilmu agama & pasakkan iman
dalam hati!

“Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.”

Mesti ramai rasa “kalau macam ni saya boleh la pukul anak!”… “kalau
saya pukul lagi kuat, mesti lagi bagus.” Ini antara salah faham yang akan
berlaku jika kita salah tafsir sesuatu perkara.
Luqman berpesan dengan hikmah. Telah digariskan adab-adab jika perlu
memukul anak – sebab, umur & kaedah; yang penting tak boleh
datangkan sebarang kecederaan. Pukul dengan hikmah adalah salah
satu cara didikan.

“Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan.
Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani
melainkan ketika berperang dan saudara-maramu melainkan ketika
engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.”

Kita boleh tahu sikap sebenar seseorang bila tiba 3 keadaan tersebut…

“Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih


sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbaki lagi amat
sedikit daripada yang lebih sedikit.”

Kita tak tahu bila akan mati, & berapa lama lagi akan hidup. Guna masa
yang ada ni sebaiknya.

Jom sama-sama kita didik anak-anak yang Allah SWT anugerahkan


buat kita supaya jadi insan dan hamba-Nya yang taat dan patuh atas
segala suruhan dan tinggalkan segala larangan-Nya.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah


bertanggungjawab mencorakkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani
atau Majusi.” (Bukhari dan Muslim)

Jadi, tanggungjawab kita sebagai ibu bapa kena didik anak & dorong
mereka untuk belajar & jadi orang yang berilmu. Macam mana nak buat?
3- NAK RANGSANG ANAK JELAJAHI LAUTAN ILMU? INI CARANYA!

Apa ye perkara pertama yang perlu untuk pupuk rasa cinta pada ilmu?
Bagi kami, perkara paling penting adalah lahirkan budaya membaca. Bila
rajin membaca, ilmu dapat lebih banyak!

Tahukah anda?

Secara fizikal, otak manusia akan berkembang seawal usia 0-6 tahun,
kemudian kadar kecepatannya berkurangan hingga usia mencecah 8
tahun, dan berhenti pada usia 12 tahun. Sebaik sahaja usia menginjak ke
angka 12, apa yang perlu anda lakukan adalah optimumkan fungsi otak.
Bagaimana tu? Kena ikut program pelajaran yang tepat.

Secara intelektual, perkembangan otak akan berlaku dengan pantas pada


usia dua tahun sehingga lapan tahun. Pada fasa berikutnya, iaitu antara
8-12 tahun, perkembangan otak masih terus aktif dan terhenti pada usia
18 tahun.
Jadi, untuk lahirkan insan yang cemerlang dan miliki kemahiran dalam
pelbagai bidang, daya pemikiran dan fungsi otak haruslah dibentuk
seawal usia 8 tahun hingga mencecah ke 18 tahun. Masa inilah anak-
anak perlu didedahkan dengan budaya belajar, baik di rumah ataupun di
sekolah. Sekiranya dapat dimanfaatkan dengan betul, anak-anak mampu
berdikari dan mula terbit dan mekar rasa cinta pada ilmu.

Macam mana pula kaedahnya untuk kita bagi anak rasa suka nak
membaca, nak belajar, nak tambah ilmu?
4- MACAM MANA NAK BENTUK BUDAYA BELAJAR DALAM DIRI
ANAK-ANAK?

Jadikan belajar satu aktiviti yang seronok! Bila anak seronok belajar,
dengan sendirinya mereka akan suka dan nak belajar lagi, dan lagi.

Apa yang kita boleh buat sebenarnya untuk jadikan belajar tu seronok?
Haa… ibu bapa kena tunjukkan dulu teladan. Anak-anak ni, jika masih
kecil, mereka belajar dari melihat apa ibu bapa mereka buat. Sama
macam solat; jika anak selalu lihat ibu bapa solat, insyaAllah anak itu
dengan sendirinya akan rajin solat.

Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu dekatkan diri dengan anak-anak dan
dedahkan mereka dengan ilmu, terutamanya di rumah, kerana kita dapat
berinteraksi dan mendekati anak-anak secara individual.
Kita pun kena merancang aktiviti santai untuk anak-anak. Apa yang kita
perlu buat adalah wujudkan dan rancang sebarang kegiatan yang boleh
mendidik anak-anak untuk berfikir dan berdikari sendiri. Misalnya
melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti lasak bersama. Kaedah ini akan
membuatkan anak-anak berasa lebih dihargai oleh kedua ibu bapa.
5- PENDEKATAN INDIVIDUAL DAN PERSONAL – APA BEZANYA?

Perbezaannya sangat mudah! Jika anda memberikan sebatang pen


kepada setiap anak anda, dengan cara memanggil nama mereka seorang
demi seorang, ini bermakna anda telah mendekati mereka secara
individual.

Namun jika mendekati seseorang itu kerana keistimewaannya, maka


anda baru sahaja melakukan pendekatan secara personal. Lemparkan
senyuman dan genggaman saat bersalaman, kaedah ini secara tidak
langsung akan memberikan satu semangat baru dalam diri mereka.
Aktiviti-aktiviti luar yang dilakukan bersama juga akan membuatkan anak-
anak menimba banyak pengalaman baru.

Sesungguhnya, pengalaman baru itu dapat memberikan perasaan positif


pada anak, sehingga mereka berasa lebih bersemangat untuk melakukan
aktiviti bersama. Dan ia lebih efektif berbanding hadiah yang bersifat
kebendaan.

Lantaran itu, adalah sewajarnya anak-anak diberikan pendidikan awal di


usia 0-8 tahun. Pembelajaran itu perlulah lebih banyak membangkitkan
motivasi diri, memelihara rasa ingin tahu dan merangsang rasa ingin tahu
secara ilmiah.
Selain itu, bangunkan visi anak sehingga mereka merasa lebih
bersemangat untuk belajar, mencari ilmu dan melakukan banyak perkara
baru yang boleh mendatangkan kebaikan. Anak-anak umpama kain putih
yang perlu dicorak.

Mereka perlu dibentuk agar menjadi orang yang berguna untuk Negara,
bukan rajin belajar kerana inginkan pekerjaan dan gaji yang besar.
Bahkan, bakar semangat mereka agar kelak tangannya mampu
menggenggam dunia, tetapi panggilan untuk menolong dan
membangunkan agama Allah.
6- BAGAIMANA BINA VISI YANG CEMERLANG DALAM ANAK-
ANAK?

Secara mudahnya, Philip Kotler merumuskan visi sebagai “an ideal


standard of excellence” iaitu standard ideal yang cemerlang; yang secara
integral merupakan bahagian dari gambaran mental kita tentang masa
akan datang. Kata mudahnya visi ni apa yang kita nak capai, kita gariskan
secara jelas.

Sekiranya cita-cita kita tanpa visi, ia bukanlah sebuah cita-cita tetapi


sebuah angan-angan. Manakala visi pula sekiranya tidak disertai dengan
misi yang jelas untuk mencapainya, ia bukanlah sebuah visi; tetapi fizikal,
iaitu sebuah kata-kata kosong.

Apa pengaruh visi ke atas anak-anak?

Mereka yang mempunyai visi yang besar akan memiliki kepekaan


terhadap arah dan tujuan.

Kita lebih mudah tahu sesuatu itu sesuai dengan visi yang ingin kita capai
atau tidak. Maka, kita tidak mudah terpedaya dengan dugaan dan
pelbagai pengaruh luar. Meskipun ia berada di hadapan mata.
Visi besar yang diserapkan dalam diri kanak-kanak haruslah disertai
dengan alasan yang kukuh, untuk anak-anak kita melakukannya. Reason
for being.

Ini merupakan sumber motivasi yang boleh menggerakkan anak-anak


untuk terus belajar dengan lebih gigih. Bukankah motivasi merupakan
sesuatu yang menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu?

Apa visi yang kita nak tanamkan dalam diri anak-anak?

Jika dalam pembelajaran, visi yang sesuai adalah keputusan yang kita
nak dapatkan 1 ke 3 tahun akan datang. Bukan hanya keputusan dari segi
akademik, tapi keseluruhan.
7- APA MISI & NILAI PENTING UNTUK CAPAI VISI?

Nilai kerohanian yang bersifat integral dapat membentuk integriti anak-


anak. Kerohanian dan integriti dapat memupuk rasa tanggungjawab
dalam diri anak-anak, melahirkan kesediaan untuk menanggung kesan
dari tindakan yang kita lakukan serta mendorong anak-anak memiliki daya
juang yang tinggi.

Kerohanian yang kuat menjadikan apa yang dilakukan oleh anak-anak


menjadi lebih bermakna. Kerohanian yang berlandaskan kepada
keyakinan kepada Allah SWT dan hari akhirat, akan melahirkan
kesedaran bahawa diri mereka sentiasa diawasi oleh Allah SWT dan para
malaikat. Kesedaran ini merupakan sebahagian daripada ihsan, sekaligus
melengkapi integral dan integriti.

Sebagai ibu bapa juga, kita harus memupuk budaya membaca dalam
kalangan anak-anak. Perkara pertama yang diperlukan untuk memupuk
rasa cinta pada ilmu adalah dengan melahirkan budaya membaca.

Ia bukan sahaja dapat membuka pintu-pintu ilmu malah menjadi perkara


paling serius di pelbagai negara maju. Misalnya di Singapura, seawal usia
1-5 tahun lagi anak-anak sudah didedahkan dengan media pembelajaran
dan menulis.
Semua ini sangat penting untuk proses pembelajaran yang berkesan.
Untuk jadikan mereka orang berjaya, pupuklah minat untuk belajar dari
sekarang!
8- NAK ANAK JADI PELAJAR CEMERLANG TAPI TAK TAHU MACAM
MANA? INI SOLUSINYA!

Untuk menjadi cemerlang para pelajar perlu mempunyai matlamat.


Matlamat ini perlulah jelas. Kalau kita imbas kembali ketika kita mula-mula
memasuki persekolahan dahulu kita sering ditanya oleh guru apakah cita-
cita kita bila besar nanti. Sedarkah kita sebenarnya kita telah diajar secara
tidak langsung untuk menanamkan matlamat dalam diri kita?

Sama juga macam anak kita… mereka perlu dipupuk untuk meletakkan
matlamat apabila nak mula belajar.

Kenapa pelajar perlu tetapkan matlamat?

Sebagai hala tuju yang akan digunakan bagi mencapai matlamat tersebut.
Matlamat akan membolehkan kita menggunakan masa, tenaga dan idea
pada jalan yang betul. Bila kita ada hala tuju, boleh kurangkan terpesong
dengan benda lain!

i. Jadi panduan bagi buat pelbagai perancangan. Apabila


matlamat yang ditetapkan tercapai, ianya akan mewujudkan
perasaan yakin dan percaya kepada diri sendiri dan ini akan
merangsang kita kepada penetapan matlamat yang lebih
tinggi.
ii. Sebagai pendorong bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Pembentukan matlamat ini juga akan menjadikan kehidupan
kita lebih seronok dan akan lahirkan sikap positif serta
berwawasan.

Orang yang mendapat kejayaan dalam hidup selalu membuat


perancangan. Biasa yang kita lihat dan dengar, pelajar yang selalu
cemerlang dalam peperiksaan lazimnya mempunyai perancangan masa
depan.

Kita mungkin ada terbaca falsafah Inggeris yang berbunyi :

“ Nobody plans to fail. But many fail to plan.


So let’s plan our work and work our plan”
Maknanya tiada seorang pun yang merancang untuk gagal. Cuma ramai
yang gagal untuk merancang. Jadi, JOM rancang apa yang kita nak buat
dan laksanakan rancangan tersebut!

Tahukah anda?

Dalam diri setiap anak tersimpan satu tenaga yang sangat besar. Apabila
pelajar pandai mempergunakan dan mengarahkan tenaga ini, maka dia
akan berjaya mencipta kejayaan-kejayaan yang cemerlang dan
melaksanakan cita-cita besar yang tidak terduga olehnya.

Tenaga yang perkasa ini akan bergerak dengan gagahnya bila sahaja
ditekan suisnya… Apa pula suisnya tu?

Azam yang kukuh dan kemahuan yang teguh. Tenaga ini akan
menggerakkan pelajar belajar bersungguh-sungguh ibarat seorang askar
yang berada di medan pertempuran yang berjuang bermati-matian untuk
mencapai kemenangan.

Jadi pelajar cemerlang perlu mempunyai matlamat dan membuat


perancangan bagi mencapai matlamat tersebut.

Pelajar yang cemerlang akan belajar secara sistematik bukannya :

i. Belajar bila ada ‘mood’.


ii. Belajar ikut kawan.
iii. Tidak berusaha bersungguh-sungguh.
iv. Cepat putus asa.

Secara umumnya, terdapat dua jenis matlamat iaitu :

a) Matlamat Jangka Pendek

Ini merupakan matlamat yang mesti dicapai dalam masa yang singkat.
Contohnya menetapkan matlamat untuk mencapai markah tertinggi
dalam ujian bulanan yang akan datang. Matlamat jangka pendek ini
adalah perlu ditetapkan dan dicapai sebelum ditetapkan matlamat jangka
panjang.

b) Matlamat Jangka Panjang

Matlamat yang akan dicapai dalam tempoh yang lama. Contohnya


mendapatkan pangkat satu dalam peperiksaan SPM tahun hadapan dan
seterusnya memasuki universiti. Penetapan matlamat ini hendaklah
berterusan.

Sekiranya matlamat tersebut telah dicapai maka pelajar mestilah


menetapkan matlamat lain pula. Dengan kata lain untuk menjadi orang
yang berjaya dalam hidup, kita mesti ada matlamat yang jelas dan
berterusan.

Contoh penetapan matlamat yang bersifat berterusan ialah :

 Mendapat markah tinggi dalam ujian bulanan


 Mendapat pangkat satu dalam SPM
 Masuk universiti
 Mendapat ijazah dengan kelas pertama
 Menjawat jawatan dengan gaji yang lumayan
 Memberi manfaat kepada ummah, masyarakat dan negara
melalui ilmu serta bidang yang dipelajari

Sesungguhnya penetapan matlamat ini tidak akan terhenti bagi orang


yang ingin berjaya dalam hidup. Penetapan matlamat ini adalah
bergantung kepada individu dan mestilah disesuaikan dengan keadaan
semasa.

Dalam menetapkan matlamat ini pelajar perlulah sedar bahawa matlamat


itu mestilah tinggi dan jelas. Tidak ada gunanya menetapkan matlamat
yang rendah kerana matlamat itu pasti mudah dicapai dan pelajar akan
terus berpuas hati dengannya. Berasa diri berada di zon selesa itu
berbahaya!

Jika pelajar selalu mendapat purata D di dalam semua mata pelajaran


yang diambilnya dalam tingkatan 4, maka pelajar tersebut perlulah
menetapkan matlamat untuk mendapat A atau B semasa dalam tingkatan
5 nanti.

Adalah merugikan jika pelajar tersebut terus menetapkan matlamat untuk


mengekalkan gred D atau cuma naik ke C kerana kemungkinan besar
pelajar tersebut akan gagal atau berada pada keadaan yang sama, tiada
improvement!
Di samping itu perlulah sesuai dengan kebolehan semasa. Katakan
pelajar telah mendapat purata D dalam semua mata pelajaran yang
diambilnya dalam tingkatan 4, jadi untuk 3 ujian bulanan pertama dalam
tingkatan 5 nanti pelajar perlulah menetapkan matlamat untuk mendapat
purata C dalam semua mata pelajaran.

Bila matlamat ini telah dicapai maka pelajar tersebut bolehlah


meningkatkan matlamatnya secara beransur-ansur. Contohnya mesti
mendapat purata B dalam peperiksaan pertengahan tahun dan
seterusnya mendapat purata A dalam peperiksaan akhir tahun.

Dalam menetapkan matlamat, pelajar harus sedar apakah tujuan kita


hidup. Apakah tujuan kita menuntut ilmu. Apakah tanggungjawab kita
sebagai seorang insan (hamba Allah), ahli masyarakat dan seterusnya
rakyat Malaysia.
Pelajar yang mempunyai matlamat akan mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Pelajar yang bermatlamat ingin berjaya dalam pelajaran sehingga


ke peringkat yang tertinggi.
b) Pelajar yang bermatlamat suka membaca terutamanya pada waktu
lapang.
c) Pelajar yang bermatlamat selalu menumpukan perhatian
sepenuhnya semasa guru/pensyarah mengajar.
d) Pelajar yang bermatlamat akan menyiapkan tugasan/kerja rumah
yang diberikan bersungguh-sungguh.
e) Pelajar yang bermatlamat suka berbincang dengan kawan-kawan
tentang hal pelajaran.
f) Pelajar yang bermatlamat mempunyai cita-cita untuk melanjutkan
pelajaran hingga ke peringkat universiti.
g) Pelajar yang bermatlamat suka bertanya kepada kawan-kawan,
tutor tuisyen atau guru apabila menghadapi masalah dalam
pelajarannya.
h) Pelajar yang bermatlamat akan menerima segala teguran yang
diberikan oleh para pendidiknya apabila menghadapi masalah
dalam pelajarannya.
i) Pelajar yang bermatlamat akan bercita-cita untuk membantu
keluarganya apabila berjaya.
j) Pelajar yang bermatlamat akan membantu anak bangsanya bila dia
telah berjaya.
9- BONUS KHAS UNTUK IBU BAPA & PELAJAR :

TAK PERLU RISAU BELAJAR DI RUMAH DENGAN TEKNIK EFEKTIF


INI!

Ada 5 teknik yang disediakan khas untuk anda dalam mengikuti teknik
sebenar dalam pembelajaran anda. Jom ikutinya!

TEKNIK 1 : PASTIKAN ANDA ADA JADUAL BELAJAR DI RUMAH

Cara terbaik merancang dan menguruskan masa di rumah bukan semata-


mata dengan membuat jadual waktu belajar. Ramai pelajar membuat
jadual waktu belajar setiap awal tahun tetapi yang benar-benar ikut jadual
berkenaan segelintir saja. Yang lain hanya tampal jadual tersebut untuk
menyedapkan hati.
KENAPA MASALAH NI TIMBUL?

Salah satu sebab adalah kerana jadual waktu berkenaan terlalu ketat.

Saya ingin cadangkan agar pelajar membuat satu jadual belajar yang
lebih fleksibel, jadi lebih mudah diikuti. Rutin belajar yang disarankan
guna format berikut :

Dalam rutin belajar, TIGA PERKARA yang perlu ditetapkan ialah:

1. Tentukan zon belajar setiap hari.


Ada 3 zon belajar, iaitu pagi petang dan malam. Sesetengah pelajar
(bersekolah pagi) memilih ketiga-tiga zon belajar berkenaan,
manakala sesetengah pula hanya memilih zon belajar petang dan
malam sahaja.

2. Letak tempoh minimum waktu belajar (berapa jam) bagi setiap zon
belajar yang dipilih.
Sebagai contoh, sekiranya mereka ingin belajar selama 2 jam pada
waktu petang dan 3 jam pada waktu malam, maka minta mereka
untuk menulis tempoh masa berkenaan di kotak yang disediakan.

3. Catat aktiviti belajar apa yang ingin dilakukan bagi setiap zon belajar
berkenaan.
Perlu diingatkan bahawa yang perlu dicatat bukan subjek apa yang
hendak dipelajari. Contoh aktiviti belajar seperti kerja rumah, latihan
soalan peperiksaan, ulang kaji, persediaan untuk kelas esok dan
hafalan.
RUTIN BELAJAR

ZON BELAJAR TEMPOH BELAJAR AKTIVITI UTAMA YG


(JAM) INGIN DILAKUKAN

PAGI

PETANG

MALAM

Rutin Belajar berkenaan perlu diubahsuai dari semasa ke semasa supaya


menjadi lebih berkesan. Selain daripada itu aktiviti sebenar yang
dijalankan turut dipengaruhi oleh musim belajar tertentu seperti awal
tahun, bulan peperiksaan, cuti sekolah dan tuisyen.

Pada awal tahun, serta cuti awal tahun dan pertengahan tahun lebih
banyak kerja rumah dan ulang kaji yang perlu dilakukan. Pada cuti hujung
tahun pula tidak ada kerja rumah tetapi pelajar perlu banyakan buat
latihan, ulang kaji sebagai contoh, program cuti sekolah, tuisyen atau
sebarang aktiviti yang disukai. Aktiviti serupa itulah yang perlu
dimasukkan ke dalam jadual di atas.

TEKNIK 2 : PASTIKAN ANDA SEMAK DI MANA MASA DIBAZIRKAN

Sama ada apa yang kita rancang dapat dijayakan atau tidak turut
dipengaruhi oleh tabiat dan amalan penggunaan masa harian. Betapa
hebat pun sesuatu jadual belajar, ia tidak dapat berfungsi dengan baik
sekiranya anak kita suka membazir masa.

Oleh itu, anda perlu mengenalpasti aktiviti-aktiviti pembaziran masa yang


biasa mereka lakukan serta perlu tahu aktiviti manakah yang banyak
‘mencuri’ masa belajar mereka. Jadi langkah-langkah konkrit perlu
diambil untuk menangani masalah berkenaan. Kalau tidak, baki masa
yang ada untuk aktiviti pembelajaran-kerja rumah, latihan, ulang kaji,
hafalan, bacaan dan sebagainya akan semakin sedikit.

Berikut contoh sepuluh aktiviti pembaziran masa. Sila tanda manakah


antara aktiviti berkaitan yang sering mencuri masa anak anda. Selepas
itu elok cari jalan untuk mengurangkan pembaziran masa tersebut:

Aktiviti Pembaziran Masa:

A Menonton TV, video dan mendengar radio/muzik.

B Mendengar radio/muzik.

C Handphone dan gadget

D Membaca buku cerita, komik dan majalah hiburan.

E Tidur yang berlebihan (siang/malam).

F Melepak di rumah kawan atau lain-lain tempat.

G Berbual kosong dan borak-borak.


H Terlalu banyak bermain atau merayau-rayau.

I Bermain games

J Habiskan banyak masa dengan hobi masing-masing.

H Lain-lain

TEKNIK 3 : TUISYEN… ADAKAH ANAK ANDA PERLU?

Pusat tuisyen dan Home Tuition tumbuh di merata-rata tempat di seluruh


negara. Permintaan ke atasnya semakin meningkat kerana kesedaran
umum di kalangan ibu bapa dan pelajar untuk memperbaiki akademik dan
memperoleh keputusan cemerlang semakin meningkat.
Persoalannya sekarang…

Adakah tuisyen dapat membantu anak anda ?

Sebenarnya sesetengah tuisyen sememangnya membantu, tetapi ia


bergantung kepada perkhidmatan yang diberikan.

Oleh itu anda hendaklah memastikan wang yang dibelanjakan, masa


yang digunakan dan tenaga yang dicurahkan untuk memberikan yang
terbaik kepada anak anda adalah berbaloi untuk masa depan mereka.
Tuisyen Membantu Jika....

a. Tutor berkelayakan dan pengajarannya berkesan.


b. Tidak semestinya semua subjek. Ikut keperluan pelajar
c. Di sekolah pun berusaha memberi tumpuan sepenuhnya.
d. Ikuti kelas tuisyen dengan bersungguh-sungguh.
e. Tidak meletihkan ibu bapa dan pelajar jika terpaksa pergi
tuisyen yang jauh dari rumah.

Oleh itu sebelum membuat keputusan sama ada pelajar sekalian


memerlukan tuisyen atau tidak, elok kaji keperluannya dengan
menggunakan faktor di atas.

Di CMN Academy, kami memastikan setiap tutor menjalani sesi temuduga


dan ‘micro-teaching’ bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk
mengajar tuisyen.

Selain itu, kami turut menekankan tentang laporan Pengajaran dan


Pembelajaran yang perlu diberikan kepada ibu bapa dan pihak pengurusan
untuk memastikan prestasi pembelajaran mereka sentiasa berada dalam
keadaan terbaik.
Tutor juga perlu mengikuti sesi Training of Tutor bagi memastikan mereka
dilengkapi dengan ilmu serta kemahiran mengajar dari segi ‘approach’ dan
‘subjek’.

TEKNIK 4 : BERI TUMPUAN SEPENUHNYA KETIKA BELAJAR DI


RUMAH

Untuk memastikan pelajar mendapat faedah sepenuhnya daripada masa


belajar yang telah dirancangkan, latihkan diri dengan memberi tumpuan
sepenuhnya semasa belajar.
Banyak gangguan belajar di rumah perlu ditangani. Ia termasuk keadaan
sekeliling (muzik, handphone, TV, tangisan adik, orang bersembang dan
sebagainya) yang boleh menjejaskan tumpuan.

Gangguan Handphone/Gadget

Bagi anda yang memberikan anak-anak menggunakan handphone, masa


penggunaan perlu dihadkan terutamanya ketika waktu belajar yang telah
ditetapkan. Ia boleh mengganggu waktu belajar anak anda.

Bising

Sekiranya keadaan di rumah sememangnya bising, cari tempat lain yang


lebih sesuai (di sekolah, rumah kawan atau perpustakaan awam sekiranya
berdekatan dengan rumah) untuk belajar. Jika tidak ada pilihan, latihlah diri
untuk belajar juga walaupun dalam keadaan kurang selesa.

Muzik

Seboleh-bolehnya jauhkan muzik semasa belajar. Sekiranya anak anda


belajar mendengar muzik semasa belajar, tabiat ini akan terbawa-bawa
hingga ke sekolah menengah. Mendengar muzik semasa belajar boleh
mengganggu tumpuan dan pemahaman pelajar.
Namun ada juga pelajar terbiasa dengan perkara ini terutamanya jenis
auditori. Bergantung kepada seseorang pelajar. Tidak semua muzik sesuai
untuk menerima pembelajaran

TEKNIK 5 : KALAU TIDAK ADA BILIK, CARI SUDUT BELAJAR YANG


SELESA

Sekiranya anda mampu, dapatkan bilik belajar sendiri untuk anak anda di
rumah. Jika tidak, sama ada keluarga berpendapatan rendah, terlalu ramai
adik-beradik dan tidak cukup bilik di rumah, boleh kongsi bilik belajar dengan
ahli keluarga yang lain.
Jika tidak dapat disediakan, cuba cari satu sudut ruang belajar di rumah.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mewujudkan


sudut atau bilik studi efektif :

 Sekiranya ada, elok ditanggalkan gambar-gambar artis dan gantikan


dengan gambar-gambar lain seperti gambar pemandangan yang
cantik dan menyejukkan mata memandang.

 Hiasi sudut atau bilik studi dengan poster motivasi yang boleh memberi
dorongan belajar serta kata-kata nasihat yang bersesuaian.

 Sekiranya ditampal nota belajar, pastikan ia ditulis dengan jelas. Guna


pen marker atau pen magik warna-warni.

 Elok ditampalkan matlamat belajar.

 Pastikan sudut atau bilik studi mendapat cahaya mencukupi.

 Elok kalau jauhi daripada gangguan TV


Pendek kata pastikan anda selesa belajar di sudut atau bilik berkenaan.
Sekiranya kemudahan belum mencukupi dan keluarga anda mampu
menambahkan lagi kemudahan tempat belajar yang lebih baik, elok
dilaburkan wang untuk tujuan tersebut.

TEKNIK 6 :TEKNIK MEMBACA EFEKTIF

Mengapa Perlu Membaca dengan Efektif (Berkesan)?

Selain daripada pengajaran guru, membaca buku teks atau ulang kaji
pelajaran sekolah adalah sumber kedua untuk pelajar mempelajari sesuatu
tajuk atau menguasai sesuatu kemahiran. Justeru itu penting sekiranya
pelajar memiliki kebolehan membaca dengan baik dan berkesan.

Namun demikian kadang-kadang membaca buku teks atau ulangkaji boleh


membazirkan masa.
Kenapa saya kata macam tu?

Kita ambil contoh pelajar yang membaca buku Sains dari pukul 3.00 hingga
3.30 petang. Setelah 30 minit membaca, apa pun tidak difahami, atau apa
yang difahami hanya sedikit sahaja dan tidak setimpal dengan masa yang
diluangkan untuk membaca. Pelajar berkenaan tidak diajar cara membaca
dengan baik, jadi impak pembacaannya kurang berkesan.
Apabila pelajar pandai membaca dengan cara yang betul, pembacaan
akan menjadi lebih menarik. lni akan menimbulkan minat mereka untuk
membaca dan terus membaca. Apabila tabiat membaca sudah sebati
dengan pelajar berkenaan, ia adalah satu perkara yang sungguh
menguntungkan.

Cabaran Hilang Tumpuan ketika Membaca!

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pelajar ialah hilang tumpuan
ketika membaca. Untuk mengatasi masalah tersebut, sila beri perhatian
kepada perkara-perkara berikut ketika membaca.

A. Hilang tumpuan mungkin disebabkan oleh keletihan. Oleh itu, jangan


membaca sesuatu tajuk terlalu lama. Pelajar perlu berehat sekejap, iaitu
kira-kira lima minit setelah membaca sesuatu tajuk kira-kira 30 minit.
Apabila pelajar menyambungkan bacaan setelah berehat selama kira-kira
lima minit, tumpuan pada bacaan tersebut dapat ditingkatkan semula.

B. Bagi mereka yang sentiasa mengantuk ketika membaca, semak


apakah ia disebabkan oleh kurang rehat atau kurang faham.
(i) Sekiranya mengantuk kerana kurangnya rehat, maka anak anda perlu
tidur atau rehat sekejap (sekiranya masa/tempat bersesuaian). Memaksa
diri belajar walhal dalam keletihan kurang berfaedah. Yang lebih penting
bukan lama mana seseorang itu belajar, tetapi banyak mana yang
dipelajari itu dapat diterima dan difahami. Kalau tidak boleh tidur sekejap,
maka pergi basuh muka atau minum minuman panas.

(ii) Jika mengantuk kerana kurang memahami apa yang dibaca, maka
pelajar hendaklah tanya ibu bapa atau abang/kakak (di rumah) atau guru di
sekolah atau tuisyen.

Membaca dengan Efektif!

Untuk membaca dengan efektif, boleh ikuti panduan berikut :


Sebelum membaca :

a. Mula-mula tetapkan tajuk apa yang hendak dibaca, berapa


muka surat dan berapa lama agaknya nak dibaca. Jangan
tetapkan masa yang panjang. Setengah jam sudah memadai.

b. Jika perlu letakkan kamus di sebelah supaya boleh dirujuk.


Sekiranya kebiasaannya minum air semasa membaca,
pastikan air disediakan juga di tempat studi berkenaan.

c. Apabila nak membaca, mula dengan berdoa, senyum dan ceria


dan tarik nafas dalam-dalam dua atau tiga kali (untuk
membekalkan oksigen kepada otak).

d. Setelah menetapkan apa yang hendak dibaca, jangan buat


kerja lain dalam tempoh masa itu. Latihkan diri untuk memberi
tumpuan kepada apa yang sedang dibaca.

Semasa Membaca
a. Baca sekali lalu tajuk kecil yang sedang dibaca untuk
mendapat gambaran kasar tentang tajuk itu.

b. Selepas itu baca sekali lagi. Apabila membaca, di mana boleh,


cuba gambarkan dalam otak apa yang sedang dibaca. Sebagai
contoh, kalau pelajar tengah membaca tajuk “Cara Haiwan
Memastikan Kemandirian Anak” dalam mata pelajaran Sains di
mana diterangkan tentang pembiakan ikan, penyu, katak,
burung dan lain-lain lagi, cuba bayangkan dalam kepala setiap
gambar haiwan sedang bertelur atau membiak seperti yang
diterangkan dalam buku. Cara begini bukan sahaja
membuatkan pembacaan lebih menarik, tetapi juga boleh
mengukuhkan daya ingatan sesuatu tajuk berkenaan.

c. Setelah habis baca semak soalan latihan. Cuba buat latihan. Ia


boleh menguji sama ada pelajar dapat memahami dan
mengingati apa yang dibaca.

d. Selepas itu jika ada peluang, ceritakan apa yang baru


dibacakan kepada ibu bapa atau lain-lain ahli keluarga atau
kawan-kawan. Jika anda boleh cerita dengan baik maka itu
satu lagi petanda pelajar bukan sahaja faham tetapi juga
mengingati apa yang dibaca.

Masa dan Tempat Sesuai untuk Membaca!

Dalam soal ini banyak salah faham yang timbul. Sesetengah orang
berpendapat bahawa masa yang sesuai untuk belajar dalam satu hari ialah
awal pagi (antara jam 4 atau 5 hingga 7 pagi) dan tempat yang paling
sesuai untuk studi ialah tempat dimana terdapatnya kerusi meja yang
selesa. Adakah pandangan ini betul?
Masa Studi!

Tidak ada satu masa yang sesuai bagi semua orang. Sesetengah pelajar
suka belajar hingga lewat malam (hingga jam 1 pagi bagi pelajar sekolah
menengah dan hingga 11 malam bagi pelajar sekolah rendah) dan
sesetengah pelajar pula lebih gemar bangun awal pagi (4 atau 5 pagi).

Ini bermakna pemilihan masa yang sesuai bagi seseorang terletak pada
individu itu sendiri. Jadi kita tidak boleh mengenakan satu pendapat yang
mengatakan masa terbaik belajar adalah pada awal pagi atau lewat
malam.
Rumusannya, studilah pada awal atau lewat malam asalkan pelajar
berkenaan rasa selesa dengan masa tersebut dan dapat memberi tumpuan
sepenuhnya di sekolah.

Tempat Studi!

Tempat studi yang terbaik perlu ada kemudahan asas seperti kerusi, meja,
kipas angin, jam dinding dan cahaya yang sesuai. Bagi keluarga yang
mampu, lebih baik lagi kalau tempat berkenaan dilengkapi dengan
kemudahan hawa dingin.

Cukup sesuai sekali sekiranya dinding tempat studi berkenaan dihiasi


dengan gambar pemandangan yang tenang berserta poster-poster
motivasi yang ditampal di sekelilingnya.
Namun demikian harus diingatkan bahawa setiap pelajar tidak seharusnya
mengehadkan studi di tempat berkenaan kerana ia boleh membataskan
peluang pelajar untuk membaca, membuat latihan dan ulangkaji ketika ada
kelapangan.

Jadi rumusannya ialah :

 Setiap pelajar perlu ada tempat belajar yang sesuai di rumah


masing-masing, dan
 Di luar bilik studi di rumah, di luar rumah, di sekolah, malah
di tempat-tempat lain juga boleh dimanfaatkan untuk
membaca.

Yang mustahaknya, jangan membataskan pembacaan hanya di bilik studi


kerana pelajar yang cemerlang lazimnya, “Studi di mana-mana sahaja
dan pada bila-bila masa pun selagi ada kesempatan.”

Kesimpulannya, ibu bapa berperanan untuk merangsang anak menjadi


bijak serta menjadi pelajar cemerlang yang berjaya dunia & akhirat.
Pelaburan, masa, tenaga yang kita keluarkan hari ini akan memberikan
kesannya pada masa akan datang. Jadi jangan rasa terbeban dengan
tanggungjawab pada masa sekarang untuk melihat kejayaan anak kita
pada masa akan datang.

Mereka perlukan bantuan serta sokongan dari ibu bapa, kawan yang baik
atau Tutor yang dapat memberikan inspirasi serta rangsangan dari semasa
ke semasa.

Jika anak anda perlukan bantuan dari tutor yang boleh menjadi ‘pengajar’,
‘peneman belajar’ atau ‘rakan’ anak anda dalam pembelajaran di rumah…
anda dialu-alukan untuk lihat apa kata ibu yang berpuas hati dengan servis
kami Di Sini.
Antara feedback dari ibu-ibu yang prihatin & gembira dengan perubahan
positif anak mereka.
Jom lihat apa kata ibu yang gembira Di Sini
Wajah ceria pelajar kami:
Latihan yang telah dijalani oleh tutor-tutor kami:
Anda dialu-alukan untuk lihat apa kata ibu yang berpuas hati dengan tutor
kami Di Sini.

-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai