LMCP 1602
Mengajar Kanak-kanak
Membaca:
Panduan Ibu Bapa
Kandungan
“Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui kalam
dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”, (Surah Al-Alaq: 3-5)
Bukan solat, bukan mengucap, bukan berdoa yang menjadi perintah pertama dari Allah
kepada Nabi Muhammad, tetapi membaca yang menjadi arahan pertama, walaupun
beliau tidak pandai membaca. Bukankah ini isyarat yang amat penting bahawa
kemahiran membaca adalah amat penting?
Selepas perang Badar, Tentera Islam dapat menawan 70 orang musuh. Berbagai-bagai
cadangan telah dikemukakan kepada Rasulullah saw berkenaan tawanan ini,
termasuklah hukuman bunuh. Akhirnya Rasulullah saw membuat keputusan supaya
tawanan yang mampu membayar tebusan, dibenarkan berbuat demikian. Tawanan
yang pandai membaca, setiap orang dari mereka mesti mengajar 10 kanak-kanak Islam
membaca sehingga pandai. Mereka tidak akan dibebaskan selagi 10 kanak-kanak ini
tidak pandai membaca. Ini adalah satu keputusan yang berani kerana para tawanan itu
boleh meracuni pemikiran kanak-kanak itu tanpa disedari sambil mereka mengajar
membaca.
Pada masa ini semua anak yang sehat diajar membaca kerana ibu bapa diwajibkan
menghantar anak ke sekolah. Akan tetapi mereka mula belajar membaca ketika berusia
5 tahun jika mereka masuk tadika dan 6 atau 7 tahun jika mereka terus masuk ke
sekolah rendah tanpa memasuki tadika. Akibatnya kita dapat lihat pada usia 9 tahun
ramai lagi anak-anak yang masih belum lancar membaca.
Selama ini ramai ibu bapa tidak tahu yang kanak-kanak boleh diajar membaca. Tiba-
anaknya yang masih kecil boleh membaca tulisan-tulisan besar yang terpampang ketika
iklan dalam siaran televisyen. Dan kita biasa melihat kanak-kanak gemar melihat iklan
1
televisyen. Muzik latar yang menarik serta gambar-gambar video yang indah dan
menakjubkan menyebabkan kanak-kanak suka melihatnya dan membaca tulisan-tulisan
besar dalam ilkan itu. Tiba-tiba kanak-kanak yang masih kecil itu boleh membaca
tulusan “Malaysia”, “Petronas”, “Merdeka” dan perkataan-perkataan lain. Ini
menunjukkan jika tulisan dicetak bersaiz besar dan ditunjukkan dalam suasana gembira
dan mengasyikkan, kanak-akan akan belajar membaca.
Seperti mengajar bercakap di mana kita perlu bercakap perlahan dengan ayat-ayat
yang pendek dan perkataan-perkataan yang jelas dan mudah, demikian juga dengan
membaca. Tidak mungkin kanak-kanak akan belajar membaca jika ditunjukkan dengan
tulisan dengan font bersaiz 11 dan ayat-ayat yang panjang. Mata kanak-kanak belum
boleh melihat tulisan-tulisan yang kecil dan otaknya belum mampu menafsirkan ayat-
ayat yang panjang. Tetapi jika perkataan-perkataan dituliskan dengan saiz besar dan
satu demi satu, mata si anak boleh melihatnya dengan jelas dan otaknya boleh
menyimpan dan memprosesnya.
Jika si anak mendengar perkataan “ibu” dalam konteks berkali-kali dalam sehari,
rangsangan dari telinga akan dibawa ke dalam otak dan disimpan dalam ingatan
dengan pemahaman yang betul menganal makna perkataan “ibu”. Demikian juga jika si
anak ditunjukkan dengan tulisan “ibu” yang bersaiz besar beberapa kali sehari, maka
tulisan itu diterima sebagai rangsangan melalui mata, di bawa ke otak dan akan
disimpan dalam ingatan sebagai tulisan “ibu” dengan makna yang betul.
Andaikan semua orang dewasa berbicara dengan berbisik sehingga kanak-kanak tidak
dapat mendegarnya, niscaya kanak-kanak tidak akan pandai bercakap. Inilah yang
terjadi kepada orang bisu. Telinganya tidak dapat mendengar atau saraf yang
menghubungkan telinga kepada otak telah rosak. Oleh itu otaknya tidak pernah
terangsang dengan perkataan-perkataan. Ini menyebabkan ia menjadi bisu, tidak
pandai bercakap dengan perkataan-perkataan yang betul. Sebenarnya inilah yang
terjadi dalam hal membaca. Semua tulusan ditulis dengan bersaiz kecil sehingga
2
kanak-kanak tidak dapat melihatnya. Kemudian apabila ia meningkat umur 5 tahun
barulah dia diajar membaca. Bayangkan jika kanak-kanak tidak mendengar perkataan-
perkataan manusia. Kemudian ketika ia berusia 5 tahun barulah dia diperkanalkan
dengan perkataan-perkataan. Keadaan yang sama seperti kanak-kanak bisu akan
terjadi. Akan tetapi kanak-kanak yang terdedah dengan tulisan-tulisan walaupun hanya
dalam iklan-iklan televisyen, boleh membaca tulisan-tulisan yang dilihatnya di kaca
televisyen itu.
3
Proses pembelajaran kanak-kanak boleh juga dipercepat. Caranya ialah membuang
semua sekatan. Bahkan prose pembelajaran ini boleh digandakan beberapa kali ganda
kerana otak kanak-kanak mempunyai kemampuan untuk belajar melebihi apa yang kita
sangkakan. Caranya ialah memberikannya kesempatan untuk belajar sebanyak
mungkin, malah mengambil peranan aktif untuk mengajar si anak. Si anak akan
gembira dan senang hati apabila ibu bapanya mengambil peranan aktif dalam proses
pembelajarannya.
Semua kanak-kanak akan gembira bila dapat belejar. Ia akan lebih gembira jika
mendapat lebih banyak kesempatan belajar. Sebabnya Allah telah menciptakannya
dengan fitrah yang demikian. Bagi kanak-kanak mempelajari, mengkaji dan menyelidiki
adalah survival untuk hari depannya. Anak kucing sentiasa berlatih berkelahi dan
menangkap apa juga yang boleh ditangkap, termasuk tangan tuannya yang bergerak-
gerak. Ibunya pun sentiasa melatihnya berlawan dan melatih untuk menangkap
mangsa, sebab itulah survival untuk hari depannya. Anak manusia juga demikian. Ia
tahu tanpa pengetahuan dan kemahiran, ia tidak boleh hidup di atas kaki sendiri apabila
dewasa kelak. Oleh itu ia perlu belajar sebanyak dan secepat yang mungkin sebelum
terlambat.
Di antara pelajaran yang sangat dikehendaki oleh kanak-kanak ialah membaca. Kaedah
apa pun yang digunakan, kanak-kanak akan belajar dan insya Allah akan pandai
membaca dengan syarat suasana pembelajaran adalah gembira, menyenangkan dan
tulisan ditulis dengan jelas dan besar. Kanak-kanak akan meminta ibu bapa
mengajarnya setiap hari sehingga kadang-kadang kita yang tidak sempat atau tidak
larat. Ini bukan andaian, tetapi pengalaman penulis sendiri dan beribu-ribu ibu bapa
yang lain menunjukkan kanak-kanak suka dan ingin belajar membaca.
Perkara yang sama ketika membaca. Bukan mata yang membaca. Mata hanya
menerima pancaran cahaya dari lembaran kertas yang bertulis dan kemudian
mengubahnya kepada siri denyutan-denyutan elektro-kimia. Saraf mengalirkan
4
denyutan-denyutan kepada otak. Seterusnya otak memproses denyutan-denyutan ini
sehingga ia boleh difahami. Jika seorang kanak-kanak ditunjukkan tulisan “ayam” dan
dalam masa disebutkan perkataan ayam, kedua-dua rangsangan ini, iaitu rangsangan
cahaya melalui mata dan rangsangan suara dari telinga, diubah menjadi denyutan
elektro-kimia oleh mata dan telinga. Kemudian saraf mengalirkan kedua-dua denyutan
dan seterusnya diterjemahkan oleh otak dengan proses yang sama.
Oleh itu boleh dikatakan, bagi otak, membaca dan mendengar perkataan adalah proses
yang serupa. Bezanya ialah jalan masuk rangsangan, satu masuk melalui mata dan
satu lagi melalui telinga.
Apa yang ingin saya tekankan ialah jika kanak-kanak diperlihatkan tulisan yang jelas
bersaiz besar, satu demi satu, seperti kita berbicara kepadanya semasa ia kecil, semua
tulisan-tulisan itu akan diingatnya. Otaknya akan menyimpan tulisan perkataan-
perkataan yang dilihatnya sama seperti ia menyimpan perkataan yang didengarnya.
Otaknya akan mengolah tulisan perkataan-perkataan yang telah disimpannya sama
seperti ia mengolah perkataan-perkataan yang didengarnya sehingga menjadi
perkataan-perkataan, ayat-ayat, perenggan-peranggan dan buku yang boleh difahami.
Syaratnya ia perlu menyimpan perbendaharaan kata yang banyak terlebih dahulu,
dalam bentuk sebutan dan juga dalam bentuk tulisan.
5
bersama abang dan kakaknya ketika membuat tugasan sekolah. Ini bukan perkara
yang unik, anak siapa sahaja boleh belajar membaca, anak kerani, anak pembantu am,
anak guru, anak pegawai, anak pensyarah, anak professor, semuanya boleh belajar
membaca jika diberikan kesempatan dan suasana yang menggembirakan.
Oleh itu persoalannya sekarang bukan samaada kanak-kanak boleh belajar membaca
atau tidak dan kanak-kanak sedang belajar membaca atau tidak. Persoalannya ialah
bagaimana kita memanfaatkan kebolehan dan hakikat ini. HAKIKATNYA ialah kanak-
kanak memang sedang belajar membaca, oleh itu hakikat ini mesti dimanfaatkan
dengan baik supaya kanak-kanak itu boleh membaca dengan cepat.
Dr Glenn Doman telah banyak merawat kanak-kanak terencat akal yang disebabkan
kecederaan otak. Di antara terapinya ialah mengajar membaca. Akhirnya kanak-kanak
ini menjadi pandai dan bahkan lebih pandai dari kanak-kanak yang normal. Banyak lagi
sebab-sebab kenapa kanak-kanak mesti diajar membaca. Di antaranya ialah:
6
5. Kanak-kanak yang belajar membaca semenjak kecil lebih cepat faham apa yang
dibacanya berbanding dengan kanak-kanak yang belajar membaca selepas
berusia 6 tahun. Sebabnya ialah mereka mengingat perkataan-perkataan bertulis
serentak dengan mereka mengingat perkataan-perkataan yang disebutkan
dalam pertuturan.
6. Kanak-kanak yang belajar membaca semenjak kecil lebih faham ketika
membaca berbanding dengan kanak-kanak yang belajar membaca di tadika atau
di sekolah. Sebabnya kanak-kanak kecil belajar membaca dalam suasana
gembira dengan hubungan yang rapat dengan ibu bapa atau adik beradiknya
dan ia memahami bacaannya seperti ia mendengar percakapan. Kanak-kanak di
sekolah atau di tadika pula belajar dalam suasana yang amat formal dan diajar
dalam satu kursus yang berasingan. Bahkan kadang-kadang kanak-kanak
belajar kerana takut dengan guru.
Kanak-kanak cepat jemu, oleh itu setiap sesi pembelajaran hendaklah habis dalam
tempoh beberapa minit sahaja. Lebih baik dilakukan 6 kali sehari dan hanya 3 minit
setiap sesi. Setiap sesi hendaklah diberhentikan sebelum si anak hendak berhenti. Ini
akan menambahan lagi dahaga si anak untuk belajar membaca.
7
tuluskan satu perkataan bersaiz besar pada setiap kertas. Pada peringkat awal
gunakan perkataan-perkataan yang biasa seperti ibu, ayah, makan, minum, baju dan
sebagainnya. Semua huruf hendaklah ditulis dalam huruf kecil.
ibu
ayah
Contoh untuk Bahasa Melayu
mother
Contoh untuk Bahasa Inggeris
8
هللا
محمد
Contoh dalam Bahasa Arab
9
Langkah pertama:
Cari tempat yang tidak banyak perkara yang boleh menarik perhatian si anak. Bunyi-
bunyi yang boleh menarik perhatian seperti radio, televisyen dan loceng perlu
dimatikan. Tunjukkan tulisan “ibu” sambil menyebutkannya dengan jelas dan nada yang
gembira. Kemudian bermain-main sebentar dan tunjukan semula tulisan itu. Ulang 5
kali, kemudian berhenti. Sesi pertama tamat.
Selepas 2 jam, lakukan semula seperti di atas. Ulang aktiviti ini 5 atau 6 kali sehari.
Pada hari kedua, ulang sekali lagi seperti hari pertama.
Pada hari ketiga, tujukkan tulisan “ibu” tadi dan tanyakan, “Apa ini?”. Jika menjawab
“ibu” katakan betul dan peluk si anak.
Jika ia gagal, kita sebutkan, ini “ibu” dengan nada yang gembira. Kemudian ulang lagi
aktiviti seperti hari pertama.
Pada hari kedua setengah kanak-kanak telah dapat mengenali perkataan “ibu”
setengahnya dua hari, ada juga sehingga seminggu. Jika seminggu belum boleh
mengenali perkataan itu, berhenti rehat selama seminggu, kemudian ulangi lagi.
Bagi kanak-kanak yang telah mengenali perkataan “umi” boleh diperkenalkan pula
perkataan “ayah” dengan cara yang sama.
Bila si anak mengenali perkataan “ayah”, tunjukkan kedia-dua tulisan dan tanyakan
yang mana perkataan “ibu” dan kemudian perkataan “ayah”. Jika si anak telah boleh
membezakan kedua-dua perkataan, bermakna otak si anak telah dapat mengenali dan
membezakan symbol yang agak rumit dan mengenali makna tulisan.
Pada peringkat awal kanak-kanak, makna perkataan amat penting. Oleh itu jangan
ajarkan abjad, a … b … c . Satu perkara lagi, otak kanak-kanak yang di peringkat awal
masih belum boleh membuat kombinasi-kombinasi hurup untuk menjadikannya
perkataan. Kaedah menggunakan huruf boleh diajarkan kepada kanak-kanak yang
agak besar seperti 3 tahun.
Langkah kedua:
Selepas mengenali perkataan ibu dan ayah, kita boleh memperkenalkan nama-nama
anggota badan. Gunakan kaedah yang sama seperti langkah pertama. Jika si anak
telah biasa dan boleh mengenali dengan cepat, kita boleh menggunakan 5 tulisan satu
persatu dalam satu sesi. Di antara perkataan-perkataan yang boleh digunakan ialah:
10
hidung tangan Lutut gigi perut
mulut bahu Betis lidah dada
telinga jari Paha bibir ketiak
rambut siku Kaki dagu pinggang
mata leher punggung dahi pusat
Tunjukkan 5 tulisan satu demi satu dalam masa tidak boleh melebihi 2 minit. Satu hari 4
atau 5 sesi. Lakukan selama 5 hari. Pada hari ketiga. Kanak-kanak boleh diuji dengan
menunjukkan satu tulisan dan minta si anak menunjukkan bendanya. Hanya sekali
sahaja dalam sehari ujian boleh dilakukan kerana tiada siapa yang suka diuji, termasuk
kanak-kanak.
Pada hari keenam, tukarkan satu perkataan dengan perkataan yang baru. Lalukan
setiap hari keenam.
Perkara yang mesti diingat ialah, suasana pembelajaran mesti riang, pujian setiap habis
satu sesi dan berhenti sebelum si anak jemu.
Langkah ketiga:
Selepas langkah kedua, perkenalkan pula tulisan benda-benda di sekeliling di dalam
rumah. Jika si anak telah mengenali perkataan-perkataan dengan cepat, kita boleh
menyediakan dua set perkataan-perkataan yang setiap satunya terdiri dari 5 perkataan.
Pada hari ketiga si anak boleh diuji. Pada hari keenam, satu perkataan boleh ditukar
dengan yang lain. Di antara perkataan-perkataan yang boleh diperkenalkan ialah:
11
Kemudian boleh diperkenalkan perkataan-perkataan makanan, minuman dan rasa. Di
antara perkataan-perkataan yang boleh kita tunjukkan ialah:
Langkah keempat:
Sehingga kini si anak hanya diajar mengenai satu-satu perkataan sahaja. Apa bila ia
telah mengenali tulisan perkataan-perkataan, tibalah masanya si anak diajar mengenali
ayat pula. Tulisan-tulisan di atas kertas boleh digunakan seperti kertas-kertas yang
mengandungi perkataan “ibu” , “dukung” , “Khadijah”. Susun di atas lantai supaya ia
menjadi “ibu dukung Khadijah” . Susunkan perkataan-perkataan lain supaya ia menjadi
ayat-ayat yang mudah dan boleh difahami seperti;
Khadijah mandi
12
Huruf-huruf yang diperbuat dari plastik yang dijual di kedai-kedai permainan juga boleh
digunakan.
Langkah kelima:
Apabila si anak telah mahir langkah keempat, maka boleh diteruskan kepada langkah
kelima. Dalam langkah kelima, kanak-kanak diperkenalkan dengan ayat-ayat ringkas
yang tersusu dalam sebuah buku. Ibu bapa perlu membuat buku sendiri dengan ayat-
ayat yang mudah dan tulisan yang besar.
Buat buku baru sebelum si anak jemu membaca buku lama. Buku-buku yang dibuat
kemudian hendaklah ditulis dengan warna hitam kerana buku-buku yang ada di
pasaran biasanya ditulis dengan warna hitam.
Biasanya kanak-kanak suka melihat buku bergambar. Sedikit gambar boleh diletakkan
di atas setiap muka surat, tetapi tidak boleh sampai menarik perhatian si anak dari
membaca.
Sumber: http://www.rahsiaummi.com/15-aktiviti-bijak-bersama-anak-anak/
13
Langkah keenam:
Sekarang si anak telah pandai membaca buku. Maknanya ia telah boleh membaca
buku yang dijual di kedai. Carilah buku yang bertulisan besar dan tidak terlalu banyak
gambar. Insya Allah si anak akan suka membaca buku tersebut.
Pada masa ini si anak akan berjumpa banyak perkataan baru. Ia akan bertanya makna
perkataan tersebut. Setiap soalan perlu dijawab dengan rasa gembira kerana si anak
telah boleh membaca dan ingin terus membaca.
Langkah ketujuh:
Sehingga ini si anak telah boleh membaca buku yang bertulisan besar, tetapi tidak tahu
mengeja. Selama ini ia hanya terdedah dengan perkataan demi perkataan dan ayat
demi ayat. Oleh itu ibu bapa boleh mengajar anak mereka mengeja. Boleh gunakan
kaedah apa sahaja dengan syarat pengajaran mesti dilakukan dengan gembira dan
penuh kasih sayang.
Rujukan
Beck J. 1975. How to raise a brigher Child. Pocket Books, New York.
Doman G., Doman D, Doman J. 2006. Tach your baby to read. Square One Publisher.
New York
14