Anda di halaman 1dari 2

Kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa supaya menjadi pelapis

generasi negara. Pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak amat penting dalam
menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang.  Menurut firman Allah
S.W.T yang telah dikongsikan oleh prof, iaitu dalam surah (Al-Baqarah: 30) yang bermaksud
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Ayat ini
menjelaskan bahawa khalifah di dalam ayat ini adalah wakil Allah di muka bumi ini adalah
seorang yang hebat iaitu seorang yang boleh memimpin, memerintah, memakmurkan alam
dan sebagainya. Ini merupakan tanggungjawab kepada kedua ibu bapa dalam mendidik anak-
anak kea rah menjadi khalifah tersebut.

Sebagaimana yang diketahui, tanggungjawab mendidik anak-anak bermula daripada ketika


mereka masih kecil lagi. Ketika mereka berumur 0 hingga 3 tahun, perkembangan
pembangunan otak mereka berjalan dengan lebih cepat dan pesat. Hal ini dibuktikan lagi
dengan fakta di mana IQ yakni kecerdasan kanak-kanak boleh berubah dan meningkat
sehingga 79 mata bergantung kepada keadaan sekeliling dan pembelajaran mereka. Selain itu,
keturunan juga tidak sama sekali menentukan kecerdikan seseorang anak itu.

Selain itu, Pada umur 3-5 tahun, kanak-kanak suka membaca,menulis dan mengira di mana
ianya merupakan waktu perkembangan yang baik untuk mereka. Anak-anak yang tidak
dididik dan dirangsang dengan baik dari peringkat awal akan menjadi lemah dalam menerima
sesuatu perkara. Ketika mereka kecil juga berlakunya pembangunan intelek bagi mereka.
Malah ketika kanak-kanak berumur 2 ½ tahun hingga 3 ½ tahun mereka mudah untuk
memahami dan mengikut peraturan di mana ianya mampu menjadikan mereka lebih
berdisiplin dalam kehidupan. Pada tahap umur 5 tahun, berkemungkinan kanak-kanak
mempunyai sehingga 1000 perbendaharaan kata dan mereka mampu memahami bahasa
dengan mudah. Kanak-kanak sangat aktif dan nakal kerana ketika itu mereka suka mencuba
perkara baru, mengkaji dan mempelajari sesuatu. Ibu-bapa tidak boleh menyekat kemahuan
mereka untuk belajar mengenai perkara baru sebaliknya sentiasa sentiasa membantu dan
menolong mereka untuk mengenali hakikat setiap benda baharu.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak dari awal bagi melahirkan insan yang
berkualiti, berdaya saing dan berkepimpinan untuk masa hadapan.  Sekiranya ibu bapa
mendidik anak-anak dengan cara yang dianjurkan Islam yang sebenar, maka anak tersebut
akan menjadi seorang yang hidup dengan cara Islam itu dan sebaliknya jika mereka dididik
dengan cara yang salah maka mereka akan hidup dengan cara yang salah sehingga ke
akhirnya. Ibu bapa merupakan guru utama dan terpenting untuk perkembangan seorang
kanak-kanak.  Jelaslah bahawa, ibu bapa merupakan tunjang utama dalam melahirkan
individu dan insan yang berguna dan baik pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai