Anda di halaman 1dari 77

babypandaibaca.

com@copyright

Disclaimer
Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis
sendiri yang pernah mempraktikkan kaedah pengajaran membaca ini kepada
anak sendiri. Anda dilarang sama sekali mengeluar ulang mana-mana bahagian
ebook ini dengan apa cara sekali pun.
Ebook ini sesuai untuk pasangan muda yang baru saja mendirikan
rumahtangga, juga kepada pasangan yang baru dikurnia cahaya mata serta
kepada para ibu bapa yang mahu dan ingin melihat anak mereka pandai
membaca pada awal usia.
Bukan sahaja ebook ini ditujukan kepada ibu-ibu muda,malah kepada
sesiapa sahaja yang menjadi ibu bapa tetapi tidak tahu cara mengajar anak
membaca dengan kaedah yang betul, juga kepada golongan yang berminat
dengan pengajaran awal kanak-kanak khususnya pengajaran membaca. Guruguru yang menjaga bayi di nurseri juga boleh memanfaatkan kaedah ini. Ebook
ini memberi tumpuan kepada cara-cara mengajar bayi membaca sejak dari
awal usia . Apa sahaja saranan dalam ebook ini adalah berdasarkan pendapat
penulis sewaktu melakukan pengajaran kepada anak sendiri dan pengetahuan
hasil dari pembacaan penulis sendiri.
Amaran
Ebook Ini Adalah Hak Cipta Terpelihara www.babypandaibaca.com
Anda Dilarang Sama Sekali Sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual
ebook ini Kepada Pihak Lain.
Sebarang Kegiatan Yang Menyalahi Etika Penerbitan Boleh Dikenakan
Tindakan Undang-Undang.
Oleh itu, Anda Hendaklah Melaporkan Kepada Pihak Admin
www.babypandaibaca.com Jika Menerima ebook Ini tanpa melalui
www.babypandaibaca.com
Tindakan Anda Amatlah Dihargai Bagi Membanteras Kegiatan-Kegiatan
Sebegini. Ebook Ini Hanya Untuk Mereka Yang Membelinya Secara Sah Dari
Sahaja. www.babypandaibaca.com
Ditulis Oleh,
Mamahana

babypandaibaca.com@copyright

Mengenai Penulis

Wan Sazimah Wan Yaacob atau dikenali dengan Mamahana ialah seorang
ibu yang pernah mempraktikkan kaedah membaca secara menyeluruh ini
kepada anaknya sendiri kira-kira 19 tahun yang lalu. Beliau sangat tertarik
dengan pendidikan awal kanak-kanak sejak mula mendirikan rumah tangga.
Beliau sangat berminat terhadap pendidikan awal kanak-kanak khususnya
yang berkaitan dengan kanak-kanak pintar cerdas .
Selain pembacaan
daripada buku-buku berkaitan, beliau juga pernah mengikuti kursus pendidikan
awal kanak-kanak anjuran Istitut NURY .
Beliau mula mengajar anaknya membaca seawal usia 8 bulan. Mulai
saat itu dari hari ke hari anaknya telah membaca perkataan demi perkataan,
ayat demi ayat dan dalam usia 1 setengah tahun anaknya telah pandai
membaca beratus-ratus perkataan serta boleh membaca buku-buku cerita
sama ada yang ditulis sendiri ataupun buku-buku cerita yang dijual di pasaran
seperti Puteri Salji,Cinderella, dan banyak lagi.
Memikirkan betapa efektifnya kaedah yang digunakan itu dan
ternyata berkesan kepada anaknya sendiri, maka beliau tergerak untuk
berkongsi ilmu yang dipraktikkannya itu dengan semua ibu bapa yang ingin
melihat kejayaan anak mereka membaca sejak kecil dan seterusnya cemerlang
dalam pelajaran.
Beliau telah mengambil inisiatif menulis kembali pengalamannya
mengajar bayi kecilnya membaca kerana saat manis itu sangat bermakna
buatnya dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Harapannya ialah agar para
ibu bapa lainnya mendapat manfaat daripada panduan yang diberikan.

babypandaibaca.com@copyright

Pertama kali beliau menulis ebook di bawah bimbingan saudara


Jamaluddin Bahari seorang penulis ebook dan IM yang sangat terkenal.
Penulis ebook Rahsia Baby Pandai Baca ini merupakan seorang pendidik di
sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar, Perak. Beliau berkelulusan ijazah
pendidikan dari UPM dengan major dalam bidang Pendidikan Jasmani.
Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan dan sangat berminat
dalam penulisan ebook serta menjadikan penulisan sebagai hobi pada masa
terluang.
Hasrat beliau ialah ingin melihat lebih ramai lagi anak-anak kecil diberi
peluang untuk belajar semasa bayi lagi supaya mereka berpeluang
mengoptimumkan kecerdasan mereka serta dapat meneroka alam yang luas
ini. Adalah menjadi tanggungjawab semua ibu bapa menyediakan ruang dan
peluang tersebut supaya semua anak-anak diberi hak untuk menikmatinya dan
mendapat manfaat daripadanya.

babypandaibaca.com@copyright

Kandungan
Pengenalan............................................................................................ 6
Mengapa Membaca Awal Penting........................................................... 9
Kesan Kanak-kanak Tidak Tahu Membaca ........................................... 15
Pengalaman Mengajar Anak Sendiri .................................................... 19
Langkah Awal Merangsang Bayi .......................................................... 31
Berkomunikasi32
Bermain dan Bersenam

36

Urutan

41

Langkah-Langkah Pengajaran Membaca.............................................. 43


Bahan Pengajaran 47
Teknik Mengajar .....50
Menguji ..58
Prinsip Pengajaran Membaca..64
Menyimpan dan Merekod Bahan Pengajaran ....68
Pengajaran dan Masalah...................................................................... 69
Penutup ............................................................................................... 75

babypandaibaca.com@copyright

PENGENALAN

babypandaibaca.com@copyright

Pengenalan
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan satu proses yang berlaku
serentak dengan perkembangan diri kanak-kanak. Setiap masa kanak-kanak
mempelajari apa sahaja yang terdapat di persekitaran sama ada yang dilihat,
didengar, disentuh atau dirasa. Semuanya merupakan satu pembelajaran
kepada kanak-kanak.

Pembinaan sesuatu bangsa bermula dengan pendidikan awal kanakkanak. Kerajaan Amerika Syarikat misalnya menghabiskan perbelanjaan yang
besar untuk pembangunan pendidikan serta memberi fokus yang utama kepada
pendidikan awal yang berkualiti kepada kanak-kanak agar produk yang
dihasilkan dapat memberi impak yang menguntungkan masa depan negara
mereka.
Begitu juga dengan negara Jepun yang telah menjadi sebuah negara
yang sangat maju dan terkemuka di dunia juga telah bertungkus lumus
menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap
potensi semula jadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat
awal perkembangan lagi.
Di Malaysia, program pendidikan awal kanak-kanak diberi perhatian
serius oleh isteri Perdana Menteri sendiri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor .
Beliau menekankan bahawa Anak adalah Permata Negara dan pendidikan
khususnya pada usia muda merupakan alat paling penting untuk membentuk
kanak-kanak menjadi pemimpin dan warga bertanggungjawab ke arah
menjadikan dunia ini lebih baik.
Justeru pendidikan awal kanak-kanak sangat dititikberatkan oleh semua
bangsa kerana pendidikan ini amat berkaitan dengan masa depan agenda
negara. Maka sudah tentu kita perlu mencari satu kaedah yang sesuai untuk
mencapai matlamat yang dicita-citakan. Satu cara untuk melahirkan generasi
yang cerdik dan matang ialah melalui pendidikan awal kanak-kanak khususnya
dalam aspek kemahiran membaca. Proses membaca pada usia seawal 1 tahun
memberi kesan yang besar kepada keseluruhan pembangunan intelek, sosial
dan spiritual kanak-kanak.

babypandaibaca.com@copyright

Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting yang perlu ada pada
semua orang. Ini dapat dilihat dengan wahyu pertama yang diturunkan Allah
kepada Rasulullah ialah suruhan membaca. Perintah Allah ini bukan setakat
membaca semata-mata malah menuntut umat manusia supaya mencari ilmu.
Melalui pembacaan, manusia dapat meneroka alam ini tanpa hadnya untuk
mengenali kekayaan Allah Taala.
Kanak-kanak yang menguasai kemahiran membaca awal, akan dapat
menimba dan menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman baru setiap hari.
Membaca awal menjadikan kanak-kanak itu lebih matang dan lebih cerdik.
Membaca pada awal usia merupakan satu kelebihan kepada kanak-kanak
dan menjadi kebanggaan kepada ibu bapa.
Kajian yang pernah dibuat oleh LPPKN kepada sekumpulan kanak-kanak
di kelas pemulihan mengaitkan salah satu punca masalah pembelajaran
kanak-kanak ialah disebabkan lambat menguasai kemahiran membaca.
Jadi kenapa ibu bapa sanggup menunggu sehingga usia anak mereka 6 hingga
7 tahun baru hendak menitikberatkan proses pengajaran membaca?.
Sebenarnya, lebih awal anak-anak boleh membaca, maka lebih mudah kita
mendidik mereka.

babypandaibaca.com@copyright

MENGAPA MEMBACA
AWAL ITU PENTING

babypandaibaca.com@copyright

Mengapa Membaca Awal Itu Penting


Menguasai kemahiran membaca khususnya pada awal usia sangat
penting kepada kanak-kanak. Apa kepentingannya? Tentulah ada sebab dan
alasannya. Mari kita lihat pelbagai kelebihan yang diperoleh kanak-kanak yang
dapat membaca pada awal usia semuda 1 hingga 2 tahun.

MENGAPA MEMBACA AWAL ITU


PENTING
MASA PALING SESUAI
MUDAH MENGAJAR
TAMBAH KEFAHAMAN
CEPAT FAHAMI KONSEP
TAMBAH PENGETAHUAN
ATASI MASALAH PEMBELAJARAN
MEMBANTU MEMAHAMI PELAJARAN
KOMUNIKASI BAIK
KEYAKINAN DIRI TINGGI
PROSES PENDIDIKAN BERKUALITI
MENJANA KEPINTARAN & KEMATANGAN

babypandaibaca.com@copyright

10

Masa Mengajar Paling Sesuai


Kajian menunjukkan bahawa masa yang paling sesuai untuk mengajar
apa sahaja kepada kanak-kanak ialah semasa kanak-kanak berusia bawah 3
tahun. Ini selari dengan perkembangan kematangan otak kanak-kanak yang
dikaitkan dengan perkembangan pembelajaran mereka.
Tahap Perkembangan kematangan otak kanak-kanak adalah seperti
berikut :

PERKEMBANGAN KEMATANGAN
OTAK KANAK-KANAK
25% perkembangan kematangan
berlaku sewaktu lahir
50% perkembangan kematangan
berlaku sewaktu usia 6 bulan
85% perkembangan kematangan
berlaku sewaktu usia 3 tahun

Semasa dilahirkan, bayi biasanya mempunyai 1,000,000,000,000


( 1 trilion ) hingga 1,200,000,000,000 (1.2 trilion) sel otak. Dalam tempoh
setahun, saiz otak menjadi tiga kali ganda.
Oleh sebab otak kanak-kanak berkembang pesat sewaktu usia 3
tahun ke bawah, sewajarnyalah kanak-kanak ini diberi pendedahan seawal
mungkin kerana kemampuan otak menerima banyak input pada waktu itu.

babypandaibaca.com@copyright

11

Sepanjang proses pembelajaran ini,apa sahaja yang diterima akan


menjadi pembelajaran dan pengalaman yang kekal kepada kanak-kanak.
Sebab itulah mereka mampu menguasai kemahiran membaca ini sekiranya
diajar dalam tempoh itu dengan kaedah-kaedah yang sesuai dan efektif.
Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa itu, ini
akan memberi kesan terbaik untuk menjana kepintaran mereka. Ibu bapa
perlulah mengambil peluang keemasan ini untuk melihat hasil yang optimum
bagi anak masing-masing.

Mengajar Pada Awal Usia Lebih Mudah


Pada peringkat awal usia merupakan masa yang paling mudah untuk
mereka memahami sesuatu khususnya pelajaran. Kanak-kanak kuat dan
cepat mengingati dan memahami sesuatu yang dipelajarinya. Sangat
mudah mengajar membaca pada usia ini berbanding ketika mereka berusia 6
atau 7 tahun kerana kelebihan yang ada pada mereka. Jadi, ibu bapa perlu
memberi sebanyak mungkin input untuk membantu mereka mengingati sesuatu
yang mereka pelajari. Sudah tentu input yang diberikan akan membantu
mereka memahami sesuatu.

Menambah Kefahaman Bayi Terhadap Sesuatu Benda/ Konsep


Apabila anak-anak diajar membaca awal mereka akan dapat menambah
kefahaman terhadap sesuatu.
Misalnya , mengajar tentang mata,
mulut,hidung,kaki dan tangan akan memberi kefahaman tentang perkara
perkara yang dipelajarinya dengan lebih jelas dan kukuh.
Apatah lagi
pengajaran yang berterusan akan menambahkan dan meluaskan
lagi
kefahaman mereka terhadap sesuatu.

Memahami Sesuatu Konsep Dengan Lebih Jelas


Selain daripada memahami sesuatu, kanak-kanak juga akan terdedah
kepada pelbagai konsep sesuatu benda atau perkara. Contohnya apabila kita
mengajar tentang perkataan gelas, kita boleh tunjukkan pelbagai jenis gelas
misalnya bentuk gelas, saiz gelas, warna gelas dan pelbagai sifat gelas yang
lain. Kanak-kanak akan memahami konsep gelas tadi dengan tepat. Lebih cepat
kita ajar kanak-kanak membaca, lebih banyak mereka memahami konsep
sesuatu benda atau perkara. Pengajaran berterusan akan membantu kanakkanak memperluas kefahaman mereka tentang sesuatu konsep.

babypandaibaca.com@copyright

12

Bertambah Pengetahuan dan Pengalaman


Sebenarnya kanak-kanak yang belajar membaca awal akan bertambah
pengetahuan dan pengalaman mereka. Misalnya sebelum kita mengajar bayi
membaca, kita harus memperkenalkan dulu perkataan yang akan diajar itu
kepada bayi seperti perkataan emak,susu,kipas, bola, ayam dan banyak lagi.
Selepas memperkenalkan makna serta konsep yang betul, barulah pengajaran
membaca boleh dilakukan. Oleh sebab itulah pengalaman mereka akan
bertambah dari semasa ke semasa. Pengetahuan dan pengalaman yang
bertambah setiap hari akan menjadikan mereka lebih pintar dan cerdik
daripada kanak-kanak lain yang terbiar dan tidak diberi rangsangan.

Membantu Mengatasi Masalah Pembelajaran


Sebenarnya mengajar kanak-kanak pada awal usia jauh lebih mudah
dibandingkan dengan mengajar kanak-kanak ketika prasekolah atau pun masuk
tahun satu ketika berusia 7 tahun. Ada juga para pelajar yang masih tidak
boleh membaca ketika mereka berada di tahun 1, tahun 2 atau tahun 3 .
Keadaan menjadi lebih teruk apabila mereka mengalami masalah pembelajaran
kerana gagal menguasai kemahiran membaca ini. Oleh itu mengajar membaca
pada awal usia dapat mengatasi pelbagai masalah pembelajaran di
sekolah.

Membantu Memahami Pelajaran di Sekolah


Kanak-kanak yang menguasai kemahiran membaca akan dapat belajar
dengan baik kerana membaca merupakan perkara asas yang dapat
membantu pelajar memahami mata pelajaran yang diajar.Tanpa
kemahiran membaca adalah sukar bagi pelajar menguasai semua ilmu yang
diajar guru. Pelajar khususnya kanak-kanak akan lebih berminat untuk belajar
kerana mereka berupaya menguasai ilmu yang diajar dan ini akan menjadikan
pelajar seronok belajar dan seronok ke sekolah. Masalah ponteng sekolah tidak
akan berlaku dalam keadaan ini.

Menguasai Kemahiran Berbahasa dan Berkomunikasi


Pembelajaran membaca awal akan mendedahkan mereka kepada
banyak perbendaharaan kata setiap hari .Ini akan membantu kanak-kanak
menguasai kemahiran berbahasa mereka. Kebiasaannya kanak-kanak yang

babypandaibaca.com@copyright

13

mengetahui banyak perbendaharaan kata akan menjadi kanak-kanak bijak


penguasaan bahasanya dan baik komunikasinya.

Tahap Keyakinan Diri Tinggi


Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik akan
menunjukkan tahap keyakinan diri yang tinggi . Penampilan diri mereka
lebih menarik kerana tahap keyakinan mereka itu yang akan memperlihatkan
mereka seorang yang matang dan bijak. Kanak-kanak yang pandai membaca
awal biasanya akan lebih baik prestasi pelajarannya di sekolah dan mampu
bersaing dengan kanak-kanak lain.

Proses Pendidikan Berkualiti


Kanak-kanak yang dapat membaca pada
awal usia juga dapat
membantu proses pendidikan di sekolah menjadi lebih mudah. Guru-guru
mudah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pengajaran akan menjadi lebih seronok dan mencabar kerana keupayaan
pelajar tinggi. Justeru kualiti pendidikan akan menjadi lebih baik dengan
adanya pelajar-pelajar yang sentiasa bersedia menerima ilmu dan pengetahuan
baru dari semasa ke semasa.

Menjana Kepintaran dan Kematangan


Terlalu banyak faedahnya mengajar anak membaca pada usia bayi
mereka seawal satu tahun. Selain menguasai ilmu,petah bercakap dan baik
komunikasinya serta menunjukkan keyakinan diri yang tinggi, mereka juga
menjadi kanak-kanak yang sangat pintar yang cemerlang dalam pelajaran.
Kemahiran dan keupayaan membaca juga dapat mempercepatkan proses
perkembangan mental, psikologikal dan sosial yang lebih baik. Kanak-kanak
yang cepat membaca akan lebih cepat matang berbanding kanak-kanak lain
yang tidak tahu membaca. Oleh itu kita dapat melihat kanak-kanak yang bijak,
keupayaan sosialnya lebih baik kerana proses membaca dapat membentuk
pemikiran mereka.

babypandaibaca.com@copyright

14

Kesan Kanak-Kanak Tidak Tahu Membaca


Mungkin kita tidak menyedari bahawa jumlah murid sekolah yang
tidak tahu membaca sangatlah besar seperti yang terdapat dalam
petikan akhbar di bawah ini .
Petikan Berita Akhbar

Kerajaan sasar 85 peratus ikuti prasekolah pada 2012


PARIT RAJA : Kementerian Pelajaran mengenal pasti kira-kira 85,000 murid tahun satu
masih belum mampu membaca dan menulis, kata Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad
Zarkashi.

Petikan Berita Utusan Malaysia 12 Oktober 2005

100,000 murid tahun 2 hingga 6 tidak tahu membaca


KUALA LUMPUR 11 Okt. Ketika negara memasuki fasa kedua menuju Wawasan 2020,
terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara
didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira.
Datuk Mohd. Sarit Yusoh (BN-Temerloh) semasa mendedahkan angka itu berkata:
Tidak guna kita laungkan ingin menjadi negara maju ke hulu ke hilir, untuk melaungkan
Wawasan 2020 tetapi terdapat tiga peratus murid sekolah rendah tidak tahu membaca,
menulis dan mengira.
Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku. Kementerian Pelajaran perlu mempunyai
program jangka panjang bagi memastikan tidak ada lagi murid-murid sekolah rendah tidak
tahu membaca, menulis dan mengira.
Daripada apa yang dipaparkan di atas, tidak tahu membaca tentunya
akan memberi kesan yang negatif kepada anak-anak. Antara kesan yang
dikenalpasti adalah seperti berikut:

babypandaibaca.com@copyright

15

Kesan Kanak-Kanak Tidak Tahu Membaca

Tidak Faham
Apa yang
diajar

Tidak Minat
dengan Apa
Yang Diajar

Malas

Prestasi
Pelajaran
Rendah

Masalah
Pembelajaran

Ponteng

Kurang
Rendah Diri

Keyakinan
Diri

Sukar Bergaul
Dengan Rakan
Sebaya

Tidak Faham apa Yang Diajar


Oleh sebab tidak tahu membaca, kanak-kanak lambat memahami
sesuatu yang diajar oleh guru. Apabila mereka tidak memahami apa yang guru
ajar ,mereka tidak akan berminat dengan apa yang diajar. Seterusnya mereka
akan menjadi golongan pelajar yang tercicir dalam pelajaran.Sebaliknya pelajar
yang pandai membaca mudah memahami perkara yang diajar dan ini membaca
juga mampu menyuntik minat pelajar untuk terus belajar.

babypandaibaca.com@copyright

16

Malas
Kelemahan menguasai pelajaran akibat tidak tahu membaca akan
menyebabkan pelajar semakin bosan atau jemu dengan apa yang diYajar di
sekolah. Apa yang dipelajari menjadi tidak menarik malah pelajar menjadi
semakin lemah dan malas. Kemalasan ini sebenarnya berpunca daripada
lemahnya menguasai kemahiran membaca.

Ponteng
Pelajar yang lemah akan mencari jalan untuk mengisi masa mereka
dengan perkara-perkara yang menyeronokkan mereka. Apabila pelajaran di
sekolah sudah tidak menarik lagi, mereka lebih suka ponteng sekolah kerana
apa yang terdapat di luar sekolah lebih menarik perhatian mereka.Justeru
terdapat pelajar-pelajar yang ponteng sekolah ini ke pusat-pusat siber caf
atau melepak di pusat-pusat membeli belah.

Masalah Pembelajaran
Pelajar yang tidak tahu membaca akan sukar memahami apa yang guru ajar.
Mereka tidak dapat menambah ilmu melalui pembacaan seperti dalam mata
pelajaran bahasa dan mata pelajaran akademikyang lain nya. Kanak-kanak akan
menghadapi masalah dalam setiap mata pelajaran yang diajar kerana keupayaan
membaca mereka terhad.
Prestasi Pelajaran Rendah
Gagal menguasai kemahiran membaca boleh memberi kesan kepada
prestasi pelajaran di sekolah. Sekiranya kanak-kanak tidak faham apa yang dibaca
kecenderungan untuk gagal dalam peperiksaan adalah amat besar. Prestasi
pelajaran akan merosot apatah lagi jika kanak-kanak sudah tidak berminat dengan
apa yang dipelajari .
Kurang Keyakinan Diri
Satu lagi masalah pelajar yang tidak menguasai kemahiran membaca ialah mereka
berasa rendah diri dan kurang mempunyai keyakinan diri kerana kelemahan yang ada
pada diri mereka. Ini akan mempengaruhi tingkah laku sosial kanak-kanak itu juga.

babypandaibaca.com@copyright

17

Sukar Bergaul Dengan Rakan Sebaya


Kanak-kanak akan mempunyai motivasi diri yang rendah kerana tidak
tahu membaca. Mereka akan berasa rendah diri kerana kelemahan yang ada
pada mereka. Akibatnya mereka sukar bergaul dengan orang lain dan ada
juga yang suka mengasingkan diri.

Sukar Menambah Ilmu


Pelajar yang tidak tahu membaca akan sukar menambah ilmu
pengetahuan sedangkan umum mengetahui bahawa pengetahuan adalah aset
yang sangat penting bagi pelajar. Mereka akan sukar menyesuaikan diri
dengan perkembangan teknologi terkini yang sangat memerlukan keupayaan
pelajar menguasai ilmu pengetahuan.

babypandaibaca.com@copyright

18

PENGALAMAN
MENGAJAR MEMBACA
KEPADA ANAK
SENDIRI

babypandaibaca.com@copyright

19

Pengalaman Mengajar Membaca Kepada Anak Sendiri

Ibu Bapa Adalah Guru Terbaik Bagi Anak-Anak


Saya rasakan amat penting kita sebagai ibu bapa mempunyai
pengetahuan dan juga kemahiran mengajar anak-anak kita sendiri. Bagi saya
ibu bapa adalah guru terbaik buat anak-anak sebelum mereka menjejakkan
kaki ke alam persekolahan. Semua tingkah laku, tutur kata, tabiat, dan semua
sifat yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi ikutan kepada anak-anak. Oleh itu
ibu bapa harus memainkan
peranan mereka dalam memberi input
semaksimum mungkin kepada anak-anak khususnya dalam aspek kemahiran
membaca ini

Mengajar Membaca Adalah Perkara Asas Yang Perlu Ada Pada


IbuBapa
Pengetahuan mengajar anak-anak membaca ini adalah perkara asas
yang perlu ada pada setiap pasangan ibu bapa. Ini kerana anak-anak masa kini
akan berhadapan dengan masyarakat global yang semakin moden dengan
teknologi yang sentiasa berubah dan maju dari semasa ke semasa.Justeru
menyediakan anak dengan kemahiran asas membaca merupakan langkah
permulaan yang bijak dalam mempersiapkan diri anak-anak menghadapi arus
pendidikan yang serba mencabar dan progresif.

babypandaibaca.com@copyright

20

Naluri Bayi Inginkan Ilmu Pengetahuan


Dengan adanya pengisian pengajaran membaca ini, anak-anak sejak dari
seawal usia 1 tahun sudah mempunyai naluri inginkan ilmu pengetahuan tanpa
mereka sedari. Mereka akan membina dan terus membina sifat ingin tahu hasil
dari pembacaan tersebut. Bayi yang dapat membaca awal akan memperoleh
dan menguasai banyak pengetahuan dan pengalaman pada usia yang masih
muda.Naluri inginkan ilmu pengetahuan ini dapat dilihat dalam diri anak-anak
apabila mereka sering kali bertanya itu dan ini. Kadang kala soalan yang sama
ditanya berkali-kali walau pun kita sudah memberikan jawapannya.

Kaedah Berkesan
Atas kesedaran inilah saya mengambil inisiatif untuk mencuba kaedah
membaca secara menyeluruh ini iaitu satu kaedah yang dipelopori Glenn
Doman yang menggunakan kad imbasan atau flash card . Kaedah ini pada
asalnya digunakan oleh beliau suatu ketika dahulu kepada kanak-kanak yang
mengalami kecederaan otak dan kesannya sangatlah menakjubkan di mana
kanak-kanak tersebut membuktikan mereka boleh membaca. Kemudian Glenn
Doman mendapat idea untuk menggunakan kaedah yang sama kepada kanakkanak normal khususnya bayi. Kaedah membaca ini didapati berjaya dan
sangat berkesan. Kemudian kaedah ini telah tersebar luas dan dipraktikkan
oleh ibu bapa di seluruh dunia khususnya di negara barat.

Tidak Berjaya Bukan Bermakna Kaedah Tidak Baik


Mungkin ramai orang telah mencuba kaedah membaca ini dan mungkin
juga ada yang gagal mengajar anaknya membaca dengan kaedah ini. Gagal
bukan bermakna kaedah itu tidak baik tetapi mungkin apa yang dilakukan
tidak betul. Kadang-kala ibu bapa sangat teruja untuk melihat bayinya
membaca sedangkan kaedah yang dibuat tidak betul. Misalnya mengajar bayi
ketika mereka tidak bersedia,tidak selesa,lapar,sakit dan sebagainya. Ada juga
yang baru mengajar satu sesi kemudian terus mengujinya. Apabila bayi gagal
membaca , mereka sudah kecewa.Mereka terus tutup buku dan membuat
rumusan kaedah itu tidak bagus.

Pelbagai Masalah Ibu bapa Mengajar


Kadangkala ibu bapa juga kurang bersabar apabila menghadapi kerenah
anak semasa mengajar dan mungkin juga terlalu cepat untuk melihat hasilnya.

babypandaibaca.com@copyright

21

Ada juga yang memberi alasan bahawa mereka tidak mempunyai cukup masa
untuk mengajar anak-anak mereka walaupun sebenarnya masa yandiperlukan
untuk mengajar anak-anak dalam sehari hanyalah 5 ke 10 minit sahaja.

Kaedah Yang Terbaik Pernah Ditemui


Di sinilah saya ingin berkongsi tip yang mudah dengan para ibu bapa
yang membaca ebook ini tentang cara mengajar bayi membaca sejak bayi
berusia seawal 6 bulan. Tujuan saya menulis semula kaedah membaca ini
adalah kerana saya rasa kaedah ini adalah kaedah yang terbaik yang
pernah ditemui dan mesti diketahui oleh semua ibu bapa. Semua anak
mempunyai potensi untuk cemerlang dan menjadi tugas ibu bapalah untuk
mencemerlangkannya.

Hasilnya Sangat Menakjubkan


Saya melakukan kaedah membaca ini kepada anak saya 19 tahun yang
lalu. Pada mulanya saya lakukan kepada anak saya secara mencuba-cuba
dahulu tetapi berkat istiqamah mengajarnya dan dengan izin Allah Taala
hasilnya sangat menakjubkan. Semasa berusia 14 bulan anak saya telah
berjaya membaca lebih daripada 120 perkataan. Apa yang menggembirakan
saya sebagai ibu ialah bayi saya amat suka akan sesi pelajaran membaca ini
setiap hari. Setiap hari anak saya akan menunggu-nunggu sesi membaca
tersebut.

babypandaibaca.com@copyright

22

Rangsangan Menjana Kepintaran Bayi


Saya memulakan pengajaran kaedah ini semasa bayi saya berusia 8
bulan. Sebelum pengajaran membaca dimulakan, semenjak usia sebulan lagi
saya telah menggunakan pelbagai cara atau kaedah untuk merangsang bayi
sama ada dari segi fizikal, emosi, dan mental bayi agar bersedia menerima
perubahan dari semasa ke semasa. Memberi banyak rangsangan sangat
penting untuk menjana kepintaran bayi dari awal usia lagi.

Rangsangan Objek Di Dalam Rumah


Daripada persekitaran di dalam rumah sehinggalah ke luar rumah semua
objek dan perkara yang berlaku menjadi bahan rangsangan kepada bayi saya.
Misalnya saya memperkenalkan semua objek di dalam rumah seperti gelas,
cawan, pinggan,nasi, ikan, buku,baju dan lain-lain lagi. Saya juga
memperkenalkan kepada semua ahli keluarga di dalam rumah seperti emak,
ayah, atuk, nenek, kakak, abang, maksu,moyang dan lain-lain ahli keluarga
yang berkaitan. Setiap hari kami selalu bercakap-cakap dengan bayi
memberitahu apa sahaja nama objek yang ada dalam rumah.

Rangsangan Objek Di Luar Rumah


Begitu juga objek-objek lain di luar rumah saya perkenalkan kepada bayi
saya dari semasa ke semasa seperti bunga, daun, pokok, pasir, kereta, bas,
ayam, kambing,itik dan lain-lain lagi. Kadang-kadang kami sengaja pergi ke
taman permainan atau taman rekreasi untuk memperkenalkan bayi kepada
objek-objek seperti bunga , daun dan seumpamanya. Ada juga kami ke pasar
dan objek-objek seperti ikan, ayam, sayur dan seumpamanya diperkenalkan
kepada bayi.

Memperkenal Konsep yang Betul Kepada Bayi


Selain daripada memperkenal pelbagai objek kepada bayi seperti benda
dan manusia, bayi juga mesti diperkenalkan dengan konsep yang betul yang
dapat membina kefahaman bayi terhadap sesuatu. Misalnya apabila kita
mengajar tentang sebiji gelas, kita harus memperkenalkan pelbagai
bentuk,rupa,warna dan saiz gelas kepada bayi. Ini dapat membantu membina
kefahaman bayi tersebut terhadap konsep gelas. Begitu juga dengan objek atau
perkara lain yang dipelajari bayi dari semasa ke semasa.

babypandaibaca.com@copyright

23

Adalah penting kita mengajar bayi dengan konsep yang betul. Berikut
adalah contoh objek yang boleh kita perkenalkan kepada bayi.

Gelas : Pelbagai jenis bentuk , corak dan warna gelas

Bunga : Pelbagai jenis rupa, warna dan bau bunga

Ikan : Pelbagai jenis bentuk, saiz dan warna ikan

babypandaibaca.com@copyright

24

Bayi Memperoleh Banyak Maklumat


Walaupun bayi nampak masih kecil dan nampak seolah-olah bayi tidak
tahu apa-apa tetapi semua perkara yang diajar serta kadang kala kita tidak
melihat respon bayi pada ketika itu, namun sebenarnya proses pembelajaran
berlaku.Bayi menerima dan menyimpan maklumat yang diajar dan suatu masa
nanti dengan mudahnya maklumat itu akan digunakan atau dikaitkan dengan
aktiviti kehidupan mereka.

Rangsangan Berulang Menambah Pengukuhan


Rangsangan ini hendaklah dilakukan berulangkali supaya bayi mendapat
pengukuhan daripada apa yang diajar. Lebih banyak pengukuhan dilakukan
lebih baik penerimaan dan pengekalan maklumat yang diterima bayi.

Rangsangan Berterusan Pada Semua Situasi


Lebih banyak rangsangan diberikan, lebih banyak input atau maklumat
yang akan disimpan dalam otak bayi. Lebih banyak maklumat yang diperoleh
akan menjadikan bayi lebih pintar. Benda-benda di sekeliling kita sama ada di
dalam rumah atau di luar rumah saya jadikan sebagai bahan atau alat untuk
merangsang anak saya. Rangsangan sentiasa dibuat samada semasa bayi
bermain, makan, mandi, menyusu, memakai lampin atau baju,menonton
televisyen, membuat senaman, bersiar-siar dan pelbagai situasi lain lagi.

Persekitaran Menjadi Latar Proses Pengajaran


Setiap hari pembelajaran secara tidak langsung akan berlaku di mana
persekitaran menjadi latar kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Saya
dan suami saya bersama-sama mengajar anak saya membaca setiap hari. Kami
juga bekerjasama menyedia bahan mengajar seperti membuat kad imbasan
dan menyedia bahan-bahan pengajaran lain.

Istiqamah dan Berusaha Bersungguh-sungguh


Sebenarnya kaedah ini saya lakukan untuk anak saya dengan try and
error sahaja. Pada pendapat saya tidak salah kita mencuba kerana kita tidak
akan rugi apa-apa sama ada apa yang kita lakukan itu berhasil atau tidak.
Saya lakukan pengajaran tersebut kepada anak saya sedikit demi sedikit.

babypandaibaca.com@copyright

25

Walaupun begitu, semua perkara yang dilakukan mestilah kita istiqamah dan
berusaha bersungguh-sungguh, insyaAllah berjaya.

Luangkan Masa Mengajar Anak Membaca


Hampir setiap hari saya akan luangkan masa 10 hingga 15 minit
mengajar anak saya membaca.Oleh sebab kami adalah pasangan ibu bapa
yang bekerja,jadi saya gunakan masa pada sebelah petang dan malam untuk
mengajar anak membaca. Kebiasaannya pada hari bekerja, saya hanya sempat
mengajar 2 sesi sahaja setiap hari. Pada hari minggu barulah kami dapat
menjalankan 3 atau 4 sesi pengajaran, kebiasaannya 3 sesi sahaja.

Bayi Sangat Suka Belajar


Saya amat terkejut melihat hasilnya kerana bayi saya dapat menerima
pengajaran dan sangat sukakannya. Perkataan-perkataan yang diajar pada
sesi pertama selalunya dapat dibaca pada sesi kedua atau ketiga.

Tidak Percaya
Peringkat awal saya sendiri tidak percaya melihat hasil daripada
pengajaran tersebut. Hari demi hari pembelajaran berjalan lancar dan saya
begitu teruja melihat hasil yang sangat memberangsangkan. Macam-macam
yang timbul dalam fikiran saya melihat pencapaian anak saya dari sehari ke
sehari sama ada hasil ini betul atau tidak atau hanya sementara sahaja.

Pelbagai Cara Menguji


Pelbagai cara saya lakukan untuk menguji kebolehan dan keupayaan
anak saya dan ternyata semua ujian yang dilakukan menunjukkan anak saya
sudah pandai membaca . Kadang kala saya menulis semula perkataan yang
sudah dipelajari bayi saya pada kertas lain seperti kertas kosong, buku tulis
dan seumpamanya,namun hasilnya tetap sama iaitu bayi saya tetap Berjaya
membacanya.
Tanpa mengetahui apa itu A, B, C dan semua huruf alphabet,bayi saya
dengan senangnya membaca perkataan yang ditunjukkan kepadanya seperti
emak, abah, susu, tumit,kaki, hidung, baju, moyang, abah, atuk, opah, siku,
kereta, bas, sekolah, masjid, dan banyak lagi. Apa lagi yang menakjubkan
ialah semua ini berlaku ketika usia anak saya belum pun setahun.

babypandaibaca.com@copyright

26

Bayi Mula Membaca 1 ke 2 Minggu Setelah Diajar


Tempoh masa yang diambil oleh anak saya untuk mula membaca ialah
hanya 1 ke 2 minggu pertama setelah pengajaran bermula. Semua kad- kad
yang diimbas dengan mudah sahaja dibaca setiap hari.

Bahan Tidak Mencukupi


Oleh sebab pada waktu itu saya kurang bersedia dengan bahan
pengajaran kerana pada awalnya saya sendiri kurang yakin dengan
keberkesanan kaedah yang saya gunakan, jadi saya menghadapi masalah
menyediakan kad-kad imbasan tersebut.

Proses Membaca Berjalan Lancar


Kad-kad yang dibuat terpaksa ditambah saban hari kerana proses
membaca berjalan lancar dan kad-kad seharusnya disediakan lebih awal.
Justeru,adalah sangat penting para ibu bapa menyediakan kad-kad tersebut
lebih awal agar proses pengajaran dapat dimulakan tanpa tergendala atau
menghadapi sebarang halangan.

Bayi Memahami Konsep Membaca


Pengajaran membaca menjadi semakin seronok kerana semakin lama
semakin mudah mengajar anak saya membaca. Ini disebabkan telah
terbentuknya konsep pembacaan yang sangat unik yang berlaku dalam otak
bayi yang menjadikan bayi mudah memahami konsep itu dan dengan senang
menggunakannya apabila bertemu semula ejaan yang sama pada perkataanperkataan lain.
Misalnya untuk perkataan kaki , boleh memudahkan bayi membaca
perkataan lain yang mempunyai konsep ejaan ( boleh juga dikenali dengan
nama sukukata) yang sama seperti kami, kasut, kakak, kamu, muka, suka,
buka. Lihat contoh di bawah.

babypandaibaca.com@copyright

27

kaki

Kami
Kasut
Kakak
Kamu
Muka
Suka
buka

Begitu juga dengan contoh ini :


baju, batu, bapa, baru basikal dan lain-lain yang sepertinya.

baju

batu,
bapa,
baru
basikal
balik
barang
baling

Perkataan yang diajar misalnya


baju, bayi akan mudah membaca
perkataan lain yang sukukatanya ba seperti tadi tanpa perlu mengejanya atau
perlu tahu hurufnya. Jadi, bayi dengan mudah dapat membaca apabila
berjumpa dengan sukukata yang sama pada perkataan-perkataan lain.
Begitulah yang terjadi dalam proses pembelajaran apabila proses ini
berterusan.

Mengajar Membaca Menjadi Semakin Mudah


Syukur Alhamdulillah terhadap anugerah yang diberi Allah yang tak
ternilai itu. Mengajar membaca menjadi semakin mudah setiap hari kerana
kami bukan sekadar mengimbas 5 kad sehari malah kadang kala lebih daripada
9 10 kad sehari. Apa yang lebih menyeronokkan apabila kad-kad yang
diimbas pada sebelah pagi dapat dibaca pada sebelah petang atau malamnya.

babypandaibaca.com@copyright

28

Di mana-mana sahaja bayi belajar membaca

Usia 1 tahun setengah bayi telah belajar beratus-ratus perkataan

babypandaibaca.com@copyright

29

Kad disusun pada papan untuk memudahkan bayi belajar


(Gambar menunjukkan bayi belum pun tumbuh gigi sepenuhnya
tetapi mampu membaca pelbagai perkataan yang diajar)

Pengalaman Benar
Apa yang saya tulis itu adalah pengalaman sebenar saya mengajar anak
saya membaca. Mengajar bayi membaca bunyinya sangat pelik tetapi bagi
saya itu adalah perkara biasa. Ibu bapa mestilah memberi komitmen
sepenuhnya dalam hal ini dan hendaklah yakin melakukan kepada anak mereka
sendiri. Sekiranya kita bersungguh-sungguh,insyaAllah kita akan dapat melihat
hasilnya.

babypandaibaca.com@copyright

30

LANGKAH AWAL
MERANGSANG BAYI

babypandaibaca.com@copyright

31

Langkah Awal Merangsang Bayi


Berkomunikasi
Langkah awal untuk merangsang bayi ialah dengan cara berkomunikasi
dengan bayi. Ibu bapa , adik beradik, nenek, datuk dan ahli keluarga lain
merupakan orang yang paling dekat untuk selalu berkomunikasi dengan bayi.
Komunikasi dengan bayi boleh dilakukan dengan lisan (perkataan), sentuhan,
pandangan mata,dan isyarat atau gerak badan.

Rangsangan dilakukan sepanjang masa

Komunikasi dengan bayi juga salah satu bentuk rangsangan

babypandaibaca.com@copyright

32

Pelbagai Cara Merangsang Bayi


Semasa ibu menyusukan bayi ibu bolehlah menyebut :

Ini susu untuk Ana


Ini susu
Mari minum susu
Sayang nak susu
Sedapnya susu
Minum susu sayang

Semasa Memandikan Bayi


Semasa memandikan bayi, ibu atau bapa selalulah
berkomunikasi dengan menyebut seperti ini :

mari kita mandi


seronoknya mandi
ana nak mandi
ini air
ini tuala
ini baldi
ini sabun
ini cebuk
ceduk air
curah air
tepuk-tepuk air

babypandaibaca.com@copyright

33

Lebih banyak lagi rangsangan pada situasi berlainan

sayang anak mak,


anak mak comel
anak mak baik
mari sini anak mak
ini abah
ini baju abah
ini misai abah
ini nenek
nenek buat apa
nenek masak
nenek masak nasi
kakak makan
kakak makan nasi
sedapnya nasi
ini
ini
ini
ini

ikan
udang
sotong
daging

mari sini
mari duduk sini
mak suap
minum susu ni
Ana tidur ye
cium mak
cium abah

babypandaibaca.com@copyright

34

Rangsangan menggunakan anggota bayi

ini
ini
ini
ini
ini

tangan
kaki
pipi
mata
hidung

mana
mana
mana
mana

kaki
hidung
pipi
mata

pejam mata
angkat tangan
angkat kaki

Bila ke dapur bolehlah memperkenalkan dengan,

ini
ini
ini
ini
ini
ini
ini

cawan
pinggan
mangkok
sudu
gelas
periok
kuali

babypandaibaca.com@copyright

35

Bermain dan Bersenam


Salah satu cara merangsang bayi untuk mendapatkan perkembangan
optimum bayi ialah dengan cara melakukan senaman dan
bermain-main
dengan bayi. Pelbagai cara senaman boleh dilakukan. Ibu atau bapa haruslah
meluangkan masa untuk bermain-main dengan bayi mereka. Kita juga boleh
menggunakan alat-alat permainan semasa bermain dengan bayi .

Bermain dapat Merangsang Perkembangan Fizikal & Mental Bayi

babypandaibaca.com@copyright

36

Bayi memang sukakan senaman

Antara senaman yang boleh dilakukan ialah dengan menimang bayi


tinggi-tinggi. Tetapi awas , kadangkala ada bayi yang takut bila ditimang
apatah lagi belum pernah ibu atau bapa melakukannya. Oleh itu buatlah cara
mudah dahulu atau rendah parasnya sementara bayi dapat menyesuaikannya.
Mula-mula bayi mungkin kurang selesa tetapi sekiranya ibu sering
melakukannya lama-lama bayi akan suka dan seronok melakukannya.

babypandaibaca.com@copyright

37

Sebenarnya urutan dan senaman kepada bayi berkaitan dengan


perkembangan fizikal dan inteleknya. Bayi yang aktif akan lebih ceria, cerdik,
kurang meragam dan terkawal emosinya.

Antara senaman yang boleh dilakukan

Kelas senaman formal untuk bayi

Rangsangan kepada bayi melalui senaman

babypandaibaca.com@copyright

38

Melakukan senaman bayi secara berpasangan

Aksi Menimang Bayi- memerlukan keberanian bapa

babypandaibaca.com@copyright

39

Bayi juga boleh bersenam dengan cara begini :


KAEDAH A : Ibu memegang kedua-dua belah tangan kiri dan tangan kanan
manakala bapa memegang kedua-dua belah kaki kiri dan kaki kanan. Dalam
keadaan bayi terlentang, sambil ibu bapa berdiri berhadapan antara satu sama
lain, hayunkan bayi dengan cara perlahan ke kanan dan ke kiri.

Menghayun bayi dengan memegang tangan dan kaki


Bayi - Hayun ke sisi bayi kanan dan kiri

KAEDAH B :
Ibu boleh juga memegang sebelah kaki kanan dan tangan
kanan manakala bapa memegang tangan dan kaki kiri. Dalam keadaan bayi
terlentang juga hayunkan bayi perlahan-lahan ke depan dan ke belakang atau
ke kanan dan kekiri.

Bayi dipegang tangan dan kakinya dan


dihayun ke depan dan ke belakang

babypandaibaca.com@copyright

40

Ibu Menghayun dan Memusing Bayi

Urutan
Selain senaman, ibu bapa juga boleh melakukan urutan kepada bayi.
Bayi memang sukakan urutan dan menjadikan mereka ceria dan cergas.

babypandaibaca.com@copyright

41

Semua rangsangan yang dilakukan kepada bayi sama ada dengan cara
berkomunikasi, bermain-main, senaman dan urutan kepada bayi boleh
meningkatkan
perkembangan kognitif, fizikal dan emosi bayi ke tahap
optimum.
Pembelajaran mudah dilaksanakan dan bayi akan memberi respon atau
tindakbalas yang baik kepada proses pembelajaran yang dilakukan. Masalah
pembelajaran kanak-kanak di sekolah dapat diatasi dengan adanya persediaan
awal ibu bapa masing-masing khususnya dalam penguasaan kemahiran
membaca ini. Kanak-kanak yang telah kuasai kemahiran membaca ini dapat
membuat aktiviti mereka sendiri tanpa merengek tak tentu pasal kerana tiada
aktiviti yang dapat dilakukan. Malah kita sebagai ibu bapa akan berjaya
menjadikan anak-anak kita mempunyai tabiat suka membaca dan seterusnya
dapat membentuk masyarakat yang suka membaca setanding dengan
masyarakat lain di negara maju.

Minat membaca seharusnya dipupuk sejak kecil lagi

babypandaibaca.com@copyright

42

LANGKAH-LANGKAH
PENGAJARAN
MEMBACA

babypandaibaca.com@copyright

43

Langkah Langkah Pengajaran Membaca

PEMILIHAN PERKATAAN
mudah

diguna
selalu

difahami
maksud

Pilih Perkataan Yang Mudah


Sebagai langkah permulaan bolehlah kita memperkenalkan bayi dengan
perkataan yang mudah- mudah.
Langkah ini penting untuk memberi
pendedahan kepada bayi kepada perkataan-perkataan mudah dan supaya bayi
dapat menyimpan sebanyak mungkin maklumat di dalam otak mereka.
Langkah ini boleh dilakukan lebih awal iaitu semasa bayi berusia 1 hingga 6
bulan pertama.
Perkataan-perkataan yang dipilih adalah perkataan yang
mudah mudah yang selalu digunakan orang-orang di sekeliling bayi.

Pilih Perkataan Yang Diguna Selalu


Perkataan yang diperkenalkan mestilah berkaitan dengan perkataan yang
digunakan setiap hari oleh ahli keluarga.
Adalah amat penting
memperkenalkan perkataan-perkataan itu terlebih dahulu sebelum kemahiran
membaca dilakukan. Antara perkataan yang mudah dan selalu digunakan yang
boleh diajar kepada bayi adalah seperti perkataan emak, ayah, nenek, kakak,
abang,susu, gelas, makan, minum, air, mata, pipi,hidung dan lain-lain lagi.

Pilih Perkataan Yang Difahami Maksud


Perkataan yang dipilih untuk diajar membaca hendaklah difahami
maksudnya oleh bayi terlebih dahulu. Ini memudahkan bayi belajar membaca
kerana bayi akan memberi respon yang baik kepada perkataan yang
difahami maksudnya. Sebaliknya sekiranya perkataan tersebut tidak difahami,
bayi tidak akan memberi respon yang baik dan kemungkinan mengambil masa
yang agak lama untuk bayi menguasainya.

babypandaibaca.com@copyright

44

Antara contoh perkataan yang sesuai diajar :

emak
ayah
nenek
kakak
minum
makan
main
lampin
mata
kaki
kipas
pipi
ikan
jari

ibu
umi
atuk
susu
mandi
buku
kain
bantal
mulut
hidung
kerusi
kucing
buaian
tumit

mama
mak
abang
air
tidur
bola
baju
tilam
tangan
telinga
gelas
duduk
pinggan
botol
babypandaibaca.com@copyright

45

Di atas diberikan contoh-contoh perkataan yang boleh diperkenalkan dan


diajar kepada bayi . Mulakan dengan perkataan mudah-mudah dahulu .
Misalnya kita tunjukkan diri kita sebagai emak atau ibu dan menyebutnya
sentiasa agar bayi faham maksud perkataan emak atau ibu itu. Begitu juga
perkataan lain seperti mata, pipi, ayah, susu, mandi dan lain-lain lagi.
Contoh perkataan yang tidak sesuai diajar pada peringkat awal ialah
awan, panas, matahari, ketiak, lengan, langit, kulit, jeling, masam dan
perkataan lain lagi yang agak asing untuk bayi.

Bagaimana Mengetahui Bayi Faham Maksud Perkataan


Perkataan yang diperkenalkan kepada bayi akan difahami bayi sedikit
demi sedikit. Misalnya bayi akan faham makna emak apabila setiap hari
komunikasinya sering dikaitkan dengan emaknya.
Contohnya seorang emak menyebut dirinya sebagai emak berulang-kali
di hadapan bayinya.Lambat laun bayi itu akan faham bahawa orang yang selalu
berada di sampingnya, menyusunya dan paling dekat dengannya adalah emak.
Untuk menguji kefahaman bayi tentang maksud atau makna emak ini
senang sahaja, cuba minta bayi tunjukkan siapa emaknya. Walaupun bayi
masih kecil dan belum boleh berkata-kata tetapi dia mampu menunjukkan
yang mana emaknya atau siapa emaknya dengan menuding jari ke arahnya.
Satu lagi contoh yang dapat diberikan ialah perkataan susu. Setiap kali
bayi menyusu, ibu sebutlah perkataan susu banyak kali.Lama kelamaan bayi
akan faham maksud susu. Begitu juga apabila kita mengajar perkataan pipi,
tunjukkan pipi kita atau pipi bayi . Ibu boleh juga meminta bayi menunjukkan
pipinya sendiri atau pipi ibunya. Jika bayi dapat menunjukkan di mana pipi
bermakna bayi telah tahu maksud pipi.
Begitulah cara kita mengajar perkataan demi perkataan kepada bayi.
Selepas memperkenalkan dan mengajar perkataan kepada bayi, kita hendaklah
mengaitkan perkataan itu dengan maksudnya. Oleh itu ibu bapa dinasihatkan
agar selalu berkomunikasi dengan bayi dengan bercakap-cakap supaya bayi
sentiasa mendapat input yang banyak. Ini memudahkan bayi belajar berkenaan
dengan banyak perkara dari masa ke semasa.

babypandaibaca.com@copyright

46

Beberapa Panduan Mengajar Maksud Perkataan


Perkataan
yang diajar

Cara Mengajar
Maksud Perkataan

Bagaimana Menguji
Maksud Perkataan

mata

Tunjukkan objek mata


Pejam celikkan mata

Minta bayi tunjukkan mata

kaki

Tunjukkan kaki
Tendang kaki

Minta bayi tunjukkan kaki


Minta bayi tendangkan kaki

lompat

Angkat bayi ke atas


Minta bayi melompat
(ke atas & ke bawah spt
keadaan melompat)

kakak

Panggil kakak
Tunjukkan kakak

baju

Minta bayi tunjukkan siapa


atau yang mana kakak

Tunjukkan baju
Minta bayi ambilkan baju
Sebut perkataan semasa Minta bayi pilih baju (dgn
memakaikan baju
meletakkan objek lain spt
botol, bola & kasut )

Bahan Pengajaran
Menyedia Kad Imbasan
Sebelum pengajaran dijalankan, ibu bapa perlu menyediakan Kad
Imbasan ( Flash Card ). Kad imbasan ini boleh dibuat sendiri atau boleh dibeli
di kedai-kedai yang menjual bahan tersebut. Untuk membuat kad imbasan
sendiri, anda memerlukan beberapa keping elephant card yang boleh dibeli di
kedai-kedai buku atau kedai percetakan. Kad ini dipotong dengan ukuran 32cm
X 10cm. Potonglah lebih kurang 50 kad terlebih dahulu untuk permulaan .Anda
boleh tambah kemudian kad-kad tersebut setelah melihat perkembangan
pembelajaran bayi anda nanti.

babypandaibaca.com@copyright

47

Untuk menulis perkataan pada kad-kad imbasan ini, anda memerlukan


pen marker bermata besar berwarna merah dan hitam. Anda boleh juga cetak
perkataan tersebut pada kertas dan tampal pada elephant card tadi tetapi agak
berisiko kerana bayi selalunya akan mengoyakkan kertas tersebut. Lebih baik
tulis saja perkataan dengan menggunakan pen marker di atas kad tesebut.
Saiz perkataan yang ditulis mestilah besar dan memenuhi ruang pada
kad. Perkataan juga hendaklah ditulis dengan huruf kecil ( a b c d e f g h i j k l
m n o p q r s t u v w x y z ) . Mulakan dengan pen marker berwarna merah
dahulu. Apabila bayi telah biasa membaca dengan kad tulisan merah, iaitu
setelah beberapa minggu,kemudian boleh ditulis dengan pen berwarna hitam
pula.

Keperluan Membuat Kad Imbasan

ELEPHANT CARD
PEN MARKER MERAH & HITAM
GUNTING
PEMBARIS ( UNTUK MENYUKAT)

Contoh Menulis Kad Imbasan

Panjang Kad Imbasan

lebih kurang 32cm 36cm

Lebar Kad Imbasan

lebih kurang 10cm - 11cm

babypandaibaca.com@copyright

48

Contoh Kad Imbasan Yang Sudah Siap


( buat sendiri dengan tulisan tangan )

babypandaibaca.com@copyright

49

Teknik Mengajar
Semasa mengajar menggunakan kad imbasan , ibu atau bapa hendaklah
melakukan langkah-langkah berikut :

Imbas 5 Kad
Ambil 5 kad imbasan dan pegang kad mengikut susunan. Tunjukkan
kepada bayi satu persatu mengikut susunan tadi . Setiap 1 kad diimbas
dalam tempoh kurang daripada 1 saat. (jika melebihi masa 1 saat pun tidak
mengapa,pastikan tidak terlalu lama untuk satu-satu kad kerana bayi tertarik
kepada kad yang cepat bertukar )
Pastikan jarak ibu atau bapa yang membuat imbasan tidak terlalu dekat
dan tidak terlalu jauh dengan muka bayi . Jarak yang sesuai antara kad
imbasan dengan bayi ialah antara 40sm 50sm. ( bayi tidak dapat baca jika
jarak tidak sesuai )

Contoh :

5 Keping Kad Imbasan - 5 Perkataan

emak, abah, susu, pipi, kaki

babypandaibaca.com@copyright

50

Imbas Kad Pertama


Imbas kad pertama
(di depan sekali ) dengan menyebut perkataan itu
berulang-ulang, sekurang-kurangnya 3 kali.
Sebut 3 kali : ( sebut dengan sebutan jelas dan suara kuat )

Ibu menunjukkan Kad Imbasan di hadapan Bayi

babypandaibaca.com@copyright

51

Imbas Kad Kedua


Kemudian letak kad pertama tadi di belakang sekali,
Imbas pula kad ke -2
Sebut 3 kali :

Ibu menunjukkan perkataan abah

babypandaibaca.com@copyright

52

Imbas Kad Ketiga


Kemudian letak kad ke-2 tadi di belakang , imbas pula kad ke -3
Sebut 3 kali :

Bayi belajar perkataan susu

babypandaibaca.com@copyright

53

Imbas Kad Keempat


Kemudian letak kad ke-3 tadi di belakang sekali,imbas pula kad ke -4
Sebut 3 kali :

Bayi fokus belajar

babypandaibaca.com@copyright

54

Imbas Kad Kelima


Kemudian letak kad ke-4 tadi di belakang sekali, imbas pula kad ke - 5

Sebut 3 kali

Bayi Membaca Sambil Menunjukkan kakinya

babypandaibaca.com@copyright

55

Pusingan Pertama, Kedua dan Seterusnya


Setelah tamat pusingan 1, ( iaitu set pertama terdiri daripada 5 kad
permulaan tadi yang diberi contoh iaitu emak, abah, susu, pipi & kaki )
anda boleh teruskankan dengan mengajar bayi anda ke pusingan ke-2, ke-3,
ke-4 dan ke- 5 ( masih guna kad yang sama di atas ) Cara mengajarnya sama
seperti pusingan 1 tadi. Pastikan susunan kad dalam aturan yang sama untuk
mengelakkan kekeliruan bayi.

Langkah Mudah Mengajar Bayi Membaca


Menggunakan Kad Imbasan

Ambil
5 Kad
Imbas
Kad 5

Imbas
Kad 4

Imbas
Kad 1

LangkahLangkah
Pengajaran
Membaca

Imbas
Kad 2

Imbas
Kad 3
Masa Pengajaran Setiap Set : Lebih kurang 3 4 minit sahaja
Gantikan Kad Imbasan Baru
Sekiranya anda dapati bayi anda sudah dapat membaca 1 kad, kad itu
perlulah dikeluarkan dari set tersebut dan gantikannya dengan 1 kad baru iaitu
satu perkataan baru. Sekiranya kelima-lima kad sudah dapat dibaca bayi,
semua kad perlu dikeluarkan dan disimpan dan digantikan dengan lima
kad baru yang tertulis perkataan baru di atasnya.

babypandaibaca.com@copyright

56

Sesi Pengajaran 2 atau 3 Kali Sehari


Setiap set kad ( yang terdiri daripada 5 kad ) seboleh-bolehnya diimbas
2 kali atau 3 kali sehari. Ibu atau bapa serta ahli keluarga yang lain seperti
abang, kakak dan datuk boleh membantu dalam proses pengajaran ini. Walau
bagaimanapun, mereka hendaklah diberitahu terlebih dahulu tentang teknik
mengajar kad imbasan ini.

Sesi Pengajaran Pendek


Setiap sesi pengajaran hanya mengambil masa 3 ke 4 minit sahaja.
Elakkandaripada mengajar terlalu lama kerana bayi tidak akan dapat memberi
tumpuan sekiranya pengajaran mengambil masa yang lama.

Hentikan pengajaran sekiranya anak tidak memberi tumpuan

babypandaibaca.com@copyright

57

MENGUJI

babypandaibaca.com@copyright

58

Menguji
Pengajaran tidak akan ada maknanya tanpa hasil pembelajaran. Begitu
juga dengan pengajaran membaca ini. Perkara penting yang menjadi minat
dan keseronokan ibu bapa ialah apabila mereka melihat sendiri di depan mata
mereka yang bayi kecil mereka sudah boleh membaca. Justeru, untuk menguji
hasil pengajaran yang telah dilakukan, anda sebagai ibu bapa
boleh
melakukan perkara- perkara berikut :

Menguji bayi yang belum menguasai kemahiran bertutur


Jangan hairan sekiranya bayi yang belum pandai bercakap sudah
pandai membaca ! Pelikkan ! Begitulah yang berlaku kepada bayi yang belajar
membaca dengan menggunakan kaedah ini. Memang menakjubkan bayi dapat
membaca sedangkan mereka belum pun boleh bercakap. Bagaimana perkara ini
berlaku dan macam mana menguji bayi yang belum pandai bercakap?
Ujian boleh dijalankan setelah proses pengajaran dilakukan lebih kurang
satu atau dua minggu ( disarankan ujian dijalankan pada sesi akhir pengajaran
harian).

Cara Menguji
Anda letakkan 5 kad yang telah diimbas di atas lantai atau di atas meja.
Contohnya set kad pertama tadi iaitu :

emak,
abah,
susu,
pipi,
kaki
Pastikan bayi dalam keadaan selesa dan ceria sebelum membuat sesi ujian ini.
Anda boleh bertanya soalan seperti ini:

babypandaibaca.com@copyright

59

Contoh : Soalan-soalan Menguji Bayi Yang Belum Pandai Bertutur

Ana, ini kad ana belajar .


Mana satu

Tengok ni,

yang mak tulis susu (atau)

Bagi kad mak tulis susu

(atau)

Mana kad mak tulis susu

(atau)

Minta kad mak tulis susu

Minta Bayi Pilih Kad


Sambil tunjukkan 5 kad tadi dan tanya beberapa kali minta bayi
ambilkan kad dan berikan kepada anda kad yang tertulis perkataan susu.
Sekiranya pembelajaran berlaku dan bayi memahaminya, bayi anda akan
perhatikan kad-kad itu dan akan memilih 1 kad yang telah tertulis perkataan
susu.

Beri Penghargaan
Sekiranya betul jawapan bayi, teruslah anda berkata Pandai anak
mak dan terus peluk serta menciumnya.
Ini penting sebagai tanda
penghargaan kepada bayi anda yang telah berjaya dalam pembelajarannya.
Mungkin anda dan pasangan anda boleh bertepuk tangan atau ucap
Alhamdulillah atas keberhasilan itu.

Teruskan Pengajaran
Sekiranya bayi anda tidak dapat memilih mana-mana kad yang diuji,
berhentikan sesi menguji dan teruskan pengajaran pada sesi
seterusnya seperti biasa. Bayi atau kanak-kanak tidak suka diuji berulang
kali.Adalah menjadi perkara biasa sekiranya bayi tak dapat menjawab soalansoalan yang ditanya. Ibu bapa jangan pula merasa kecewa.

babypandaibaca.com@copyright

60

Menguji : Bayi boleh perkataan

Bayi boleh memilih dengan menunjukkan perkataan yang difahami

babypandaibaca.com@copyright

61

Menguji bayi yang telah menguasai kemahiran bertutur


Bayi mulai bertutur semasa berusia setahun dan ada juga yang lambat
sedikit. Menguji bayi yang sudah pandai bertutur adalah lebih mudah dilakukan
berbanding menguji bayi yang belum menguasai kemahiran bertutur. Untuk
menguji , anda boleh lakukan seperti berikut :
Ambil 5 kad yang telah dipelajari
setelah beberapa sesi. Duduk
berhadapan dengan bayi
seperti kedudukan anda mengajar bayi anda
membaca kad imbasan. Tarik perhatian bayi kepada kad-kad berkenaan.
Susun kad seperti cara anda susun sewaktu mengajar, kemudian mulalah
bertanya / menguji.
Contoh : Soalan-soalan yang boleh digunakan untuk menguji:

Ana, ini mak tulis apa ?

( atau )

Sebut ni.ini apa ?

Tanya soalan beberapa kali ,mungkin lebih daripada 3 kali.


Sekiranya bayi anda memberi jawapan yang betul, terus memujinya dengan
mengatakan Pandai anak mak . Peluk dan cium bayi anda.
Kemudian diikuti kad ke-2 . Jika betul juga ulangi respon yang sama
iaitu memujinya, memeluknya dan menciumnya. Hadiah seperti ini sangat
penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di
mana bayi merasa dia dihargai dan disayangi.
Ulangi soalan yang sama
kepada kad-kad yang lain sehingga habis kelima-lima kad.
Ganti Kad
Sekiranya bayi dapat menjawab betul hanya 2 kad, dan 3 kad lagi gagal
dijawab, tukar 2 kad yang dapat dijawab bayi itu dengan 2 kad baru
(perkataan baru) untuk melengkapkan 5 kad yang diajar pada setiap sesi .
3 kad lama yang gagal dijawab bayi perlu dikekalkan untuk diajar pada sesi
seterusnya. Sekiranya selepas itu bayi dapat menjawab kesemua kad dengan
betul, tukar kesemua kad itu dengan kad baru yang tertulis perkataan lain.

babypandaibaca.com@copyright

62

Peka Kepada Masalah Pembelajaran


Sekiranya bayi anda tidak dapat menjawab mana-mana kad yang diuji
berhentikan sesi menguji dan teruskan pengajaran pada sesi seterusnya
seperti biasa. Kemungkinan ibu bapa cuba melihat di manakah kelemahan
pembelajaran tersebut sama ada dari pihak ibu bapa atau bayi itu sendiri.
Mungkin juga teknik yang digunakan tidak sesuai dan mesti diperbaiki. Ibu
bapa perlu peka terhadap kehendak dan keperluan bayi dari semasa ke semasa
seperti lapar, lampin basah dan lain-lain situasi yang mempengaruhi sesi
pembelajaran.

babypandaibaca.com@copyright

63

PRINSIP-PRINSIP
PENGAJARAN
MEMBACA

babypandaibaca.com@copyright

64

Prinsip-Prinsip Pengajaran Membaca


Kenapa ramai ibu bapa gagal melakukan kaedah membaca cara
menyeluruh ini ?
Mereka gagal kerana tidak mematuhi prinsip-prinsip
pengajaran yang perlu diikuti. Antara prinsip-prinsip pengajaran membaca
kepada bayi adalah seperti berikut :

Memulakan Pengajaran Seawal Mungkin


Ibu bapa mesti memulakan kaedah mengajar ini seawal mungkin.
Sebaiknya dimulakan semasa bayi berusia 6, 7, dan 8 bulan. Lebih awal bayi
diajar adalah lebih baik dan kesannya dapat dilihat cepat.

Pengajaran dalam Situasi Riang dan Gembira


Bayi mestilah sentiasa riang dan gembira semasa pengajaran dilakukan.
Jika betul teknik yang dilakukan, ibu bapa akan mendapati bayi belajar dengan
seronok dan tertunggu-tunggu setiap kali sesi pengajaran dijalankan.

Pengajaran Tanpa Paksaan


Pengajaran hendaklah dibuat tanpa paksaan. Kita akan melihat samada
bayi suka atau tidak dengan apa yang dilakukan

Fokus
Semasa mengajar, perhatikan ke manakah fokus bayi. Lihat mata bayi
samada dia melihat tulisan itu atau pun ke arah lain. Jika bayi fokus dengan
melihat kepada tulisan yang diajar,teruskan pengajaran tetapi jika bayi sudah
tidak menumpukan perhatian, berhentikan dahulu proses pengajaran itu.

Berhentikan Pengajaran Jika Bayi Bosan


Ibu bapa hendaklah memberhentikan pengajaran sebelum bayi berasa
bosan.

babypandaibaca.com@copyright

65

Bayi Tidak Stres atau Tertekan


Pastikan bayi tidak berada dalam keadaan stress atau tertekan semasa
pengajaran dilakukan. Bayi kemungkinan stress disebabkan oleh terlalu lama
belajar atau tidak sihat atau cuaca yang kurang sesuai dan banyak faktor lain
lagi.

Imbasan Pantas
Tunjukkan kad imbasan dengan pantas. Bayi memang memerlukan
rangsangan pantas untuk mendapat kesan yang lebih baik.

Kad Berganti
Kad hendaklah diganti dari kad lama (yang sudah dipelajari) dengan kad
baru.(yang belum dipelajari)

Rajin dan Tekal


Ibu bapa mestilah mempunyai keazaman yang tinggi untuk melihat anak
berjaya. Justeru mereka mestilah rajin dan tekal dalam menjalankan sesi
pengajaran kepada anak-anak setiap hari. Ramai yang gagal kerana mereka
tidak konsisten dan cepat berputus asa.

Sedia Bahan Mengajar Lebih Awal


Ibu bapa hendaklah menyediakan bahan mengajar lebih awal untuk
memastikan proses pengajaran berjalan lancar. Tanpa bahan pengajaran ini
akan membantutkan proses tersebut dan kesannya sudah tentulah bayi yang
akan menerimanya.
Ibu atau bapa perlulah menyebut perkataan dengan suara kuat dan jelas
sebutannya agar bayi dapat belajar dengan berkesan.

babypandaibaca.com@copyright

66

Mula Ajar
Awal

Bahan

Gembira dan

Seronok

Sedia Awal

Keazaman

Tiada

Paksaan

Tinggi

PRINSIP-PRINSIP
PENGAJARAN
MEMBACA
Kad ganti

Bayi Fokus

Baru

Imbas Kad

Berhenti Bila
Bosan

Cepat
Elakkan
Stress

babypandaibaca.com@copyright

67

Menyimpan & Merekod Bahan Mengajar


Kotak Simpanan
Bahan mengajar seperti kad imbasan yang dibuat sendiri hendaklah
disimpan elok-elok kerana kad-kad imbasan ini akan digunakan semula samada
oleh bayi yang sedang belajar atau adik-adiknya nanti. Ibu bapa bolehlah
menyediakan 2 kotak kad imbasan iaitu satu kotak kad imbasan yang baru atau
yang belum dipelajari dan satu kotak lagi kad imbasan yang sudah dipelajari
( bayi telah tahu membacanya)
Merekod Perkembangan Bayi
Selain kad imbasan kita juga boleh menggunakan pelbagai alat bantuan
mengajar seperti buku yang dibuat sendiri, kad bacaan,keratan akhbar,gambargambar dan pelbagai lagi. Ibu bapa juga boleh merekodkan pencapaian bayi
dalam sebuah buku catatan khas untuk melihat perkembangan bayi dari
semasa ke semasa
Pelbagai cara merekod boleh kita buat sendiri .
Contoh-contoh Merekod :
.
Tarikh Mengajar

Perkataan yang diajar

01.05.2011

emak, abah, susu, pipi,kaki

02.05.2011

emak,abah,susu,pipi.kaki

Tarikh
01.07.2011

Tarikh Dapat/
Boleh Baca

emak,abah,susu

03.05.2011

pipi, kaki

04.05.2011

Perkataan yang telah dipelajari /Pandai Baca


Bola, mata, tangan, seluar, stoking, rambut, gigi,
lutut, selimut, nenek, kakak, minum, air, hidung,

babypandaibaca.com@copyright

68

PENGAJARAN
DAN MASALAH

babypandaibaca.com@copyright

69

PENGAJARAN DAN MASALAH


Persediaan Bayi

Tidak Faham Maksud Perkataan

Terlalu Kerap Menguji

Tiada Penghargaan

Tiada Komunikasi

Kad Tidak sesuai

Ibu Bapa Tidak Ada Masa / Sibuk

Anak Ramai

Bayi Terlalu Kecil dan dianggap Bodoh

babypandaibaca.com@copyright

70

Pengajaran & Masalah


Persediaan Bayi
Sebelum melakukan pengajaran kepada bayi beberapa perkara
penting perlu difikirkan sebagai persediaan bayi menerima maklumat dan
menyimpan maklumat. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah:
a. Pastikan bayi dalam keadaan sihat.
b. Pastikan bayi gembira dan ceria. Elakkan pengajaran semasa
bayi menangis dan meragam.
c. Waktu yang paling sesuai untuk mengajar ialah ketika bayi
cergas, sudah makan atau minum( selesai menyusu), selesa
badan (tidak ada air kencing / najis pada lampin) dan kelihatan
ceria dan gembira.
d. Cuaca yang selesa dan nyaman. Elakkan daripada cuaca yang
terlampau panas atau terlalu sejuk.
e. Bayi belajar dalam keadaan seronok. Sekiranya bayi tidak
menunjukkan minat berhentikan sesi pengajaran, cari punca
masalah tersebut. Memaksa bayi belajar, adalah sia-sia. Apa
yang penting adalah bayi perlu seronok belajar dan ibu bapa
seronok mengajar.

Tidak Faham Maksud Perkataan


Satu perkara penting dalam ujian ialah memastikan bayi faham
akan maksud perkataan yang diajar. Salah satu kesilapan yang berlaku
ialah ibu bapa mengajar bayi dengan perkataan yang tidak difahami
mereka. Justeru, bayi sukar menerima proses pembelajaran kerana
perkataan yang dipilih atau diajar tidak ada kaitan dengan kehidupan
mereka. Kadang kala ibu bapa tidak mengambil berat tentang masalah
ini dan menyebabkan pengajaran kepada bayi gagal.

Terlalu Kerap Menguji


Ujian penting dalam proses pengajaran. Bayi diuji setelah
pengajaran dibuat setiap hari selepas 3 sesi. Sesi ke-4 ialah ujian. Ujian
hendaklah dibuat kepada bayi tetapi ibu bapa tidak digalakkan menguji
terlalu kerap kerana bayi mudah bosan dengan ujian dan mereka tidak

babypandaibaca.com@copyright

71

suka diuji berkali-kali. Ada juga ibu bapa yang menguji kerana ingin
menunjuk-nunjuk pencapaian anak mereka kepada saudara-mara, jiran
dan rakan-rakan.
Kadang-kala untuk menunjukkan protes kepada sesi ujian itu, bayi
dengan sengaja menjawab soalan-soalan yang ditanya dengan jawapan
yang bukan-bukan atau salah. Ada juga bayi yang tidak menunjukkan
apa-apa respon terhadap soalan. Ini menyebabkan ada ibu bapa yang
membuat kesimpulan bahawa pengajaran hari itu gagal. Justeru,ibu bapa
dinasihatkan agar tidak menguji bayi terlalu kerap kerana menyebabkan
bayi menunjukkan respon yang megecewakan.

Tiada Penghargaan
Apabila bayi anda berjaya membaca satu kad yangdiimbas,
hadiah yang paling berharga dan bermakna bagi bayi ialah pelukan dan
kata-kata pujian. Kata-kata seperti Alhamdulillah, pandai anak mak,
bijak anak abah, bagus-bagus anak mak,
betul ! , dan
seumpamanya hendaklah selalu diucap. Ibu bapa boleh juga meminta
bayi tepuk tangan sebagai tanda penghargaan. Penghargaan ini memberi
rangsangan dan pengukuhan positif kepada perkara yang diajar.
Sebaliknya bayi yang tidak diberi penghargaan seperti pujian
mudah bosan dengan apa yang dipelajari dan menjadikan tujuan utama
pembelajaran membaca tidak dapat dilaksanakan. Kegagalan ini bukan
disebabkan oleh orang lain malah diri ibu bapa sendiri.

Tiada Komunikasi
Kejayaan apa jua pengajaran kepada anak-anak adalah
disebabkan oleh komitmen yang tinggi ibu bapa terhadap anak-anak.
Keberkesanan pengajaran ini sebenarnya memerlukan hubungan yang
erat antara anak dan kedua ibu dan bapa. Ibu bapa digalakkan supaya
sentiasa dan rajin berkomunikasi dengan anak-anak setiap masa. Anakanak suka disentuh, dibelai manja, diajak berbicara malah bermain
bersama. Apabila komunikasi sentiasa berlaku , amat mudah untuk
mengajak anak-anak belajar apa sahaja.Apa yang penting ialah
pengajaran dijalankan secara tidak formal. Anak-anak tidak berasa
pembelajaran itu suatu yang menyeksa dan membebankan mereka.

babypandaibaca.com@copyright

72

Kad Tidak Sesuai


Beberapa perkara perlu diambilberat oleh ibu bapa apabila
membuat kad imbasan. Kertas kad mestilah keras agar tahan lama dan
tidak mudah koyak. Saiz kad pula janganlah terlalu kecil sehingga tulisan
terpaksa ditulis kecil juga. Selain itu tulisan pada kad hendaklah besar
supaya bayi mudah membacanya dengan jarak yang sesuai. Tulisan
kecil dan jarak yang terlalu jauh atau terlalu dekat boleh mengakibatkan
bayi sukar membacanya. ( rujuk panduan buat kad imbasan ) .Warna
tulisan hendaklah hitam dan merah. Warna-warna lain seperti kuning,
biru dan lain-lain kurang sesuai kerana bayi lebih tertarik kepada hitam
dan merah.

Ibu Bapa Tidak Ada Masa


Seringkali kita mendengar alasan ibu bapa bahawa mereka
tidak ada masa untuk mengajar bayi . Saya juga seorang ibu yang
bekerja. Saya cuma ada masa sebelah petang dan malam, itu pun
kadang kala balik lambat kerana mesyuarat dan sebagainya. Jangan
jadikan masa sebagai alasan. Sebenarnya kita tak perlu ambil masa
yang lama untuk mengajar bayi. Memadai 1 sesi kita gunakan 3 minit ke
4 minit sahaja. 1 kali atau 2 kali pada waktu petang ( berasinganlah )
dan 1 sesi pada waktu malam. Ujian hanya dijalankan jika perlu tidak
semestinya setiap hari.

Anak Ramai
Satu lagi alasan ibu bapa kenapa mereka tidak berjaya mengajar
anak membaca adalah disebabkan oleh mereka mempunyai anak yang
ramai. Sebenarnya itu adalah alasan tidak berasas kerana masa yang
diperuntukkan untuk mengajar tidak lama dan sesiapa sahaja ahli
keluarga boleh melakukannya.
Apa yang penting ialah masa berkualiti bersama anak-anak. Ada
ibu bapa yang membiarkan anak mereka menonton televisyen
berpanjangan dan tidak memberi panduan apa yang sepatutnya
dilakukan. Sepatutnya tidak kira berapa ramai anak kita, kita haruslah
merancang untuk mengisinya dengan perkara-perkara yang memberi
manfaat kepada mereka.

babypandaibaca.com@copyright

73

Bayi Terlalu Kecil dan Dianggap Bodoh


Apabila saya memberitahu kepada kawan-kawan saya tentang
mengajar anak membaca semenjak bayi lagi, mereka seolah-olah tidak
percaya kerana mungkin mereka beranggapan bayi masih kecil dan
belum bersedia untuk belajar. Sebenarnya ketika bayi berusia bawah 3
tahun sewaktu itulah bayi mempunyai perkembangan otak yang paling
pesat iaitu 85%. Apa sahaja yang dipelajari pada tempoh usia itu
dengan mudah sahaja dikuasai bayi. Pada saat inilah ibu bapa perlu
mengambil peluang yang optimum untuk mengajar anak-anak mereka
sebaik mungkin.

Rumusan
Panduan Pengajaran Membaca Kepada Bayi

Semasa Bayi Dalam Kandungan


Berikan rangsangan dari luar seperti membaca
Quran,berzikir,bercakap,menyanyi

Usia bawah 5 bulan


Tambahkan lagi Rangsangan
Bercakap
Perkenalkan pelbagai jenis objek dan ahli keluarga
Perkenalkan kepada objek & persekitaran di luar
rumah

Usia 6 bulan ke atas


Teruskan Member Pelbagai Rangsangan
Mula Mengajar Menggunakan Kad Imbasan
Menguji
Mengajar Membaca

babypandaibaca.com@copyright

74

PENUTUP

babypandaibaca.com@copyright

75

Penutup
Walau bagaimana hebat kaedah yang dipelajari dan juga telah terbukti
keberkesanannya,namun sekiranya kaedah pengajaran ini tidak diamalkan dan
ibu bapa bersikap hangat-hangat tahi ayam sahaja, nescaya kaedah ini tidak
akan memberi kesan kepada anak-anak dan merekalah yang akan menjadi
mangsanya.
Oleh itu ibu bapa perlu bersungguh-sungguh dalam
melaksanakannya
serta istiqamah dalam pengajaran kaedah ini supaya
hasilnya dapat dilihat.
Pendidikan pada awal usia memang mempunyai banyak kebaikannya.
Selain daripada memperoleh kemahiran membaca pada usia semuda 1 tahun,
anak-anak sebenarnya didedahkan dengan pelbagai kelebihan lain seperti
menjadi anak yang bijak, mempunyai emosi yang terkawal, bersikap lebih
matang dan sangat yakin dengan apa sahaja yang ingin dilakukan. Anak-anak
ini mampu meletakkan diri mereka dalam masyarakat walau di mana sahaja
mereka berada. Mereka sebenarnya akan bersedia menjadi warganegara yang
mampu memikul tanggungjawab memacu kecemerlangan bangsa dan negara.

babypandaibaca.com@copyright

76

PENGHARGAAN

Saya ingin menyampaikan penghargaan dan


setinggi-tinggi terima kasih kepada sahabat saya
dan ahli keluarga saya yang telah membantu
menyempurnakan ebook sulung saya ini.
Kerjasama kalian semua sangat saya
hargaidan sanjung tinggi.

babypandaibaca.com@copyright

77

Anda mungkin juga menyukai