Anda di halaman 1dari 34

KESAN PENGGUNAAN KARTUN

DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN KE ATAS PRESTASI
MATA PELAJARAN SEJARAH
TINGKATAN 2

NAMA PELAJAR : NATRAH BESRI


MATRIK : M20121000569
KURSUS: PENDIDIKAN KURIKULUM
NAMA PENYELIA : DR NORILA MD
SALLEH

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Kepentingan mata pelajaran sejarah dalam pembentukn insan menyebabkan pihak kerjaan
memandang serius akan mata pelajaran tersebut. Lantaran itu, mata pelajaran ini telah
dijadikan sebagai mata pelajaran teras yang sememangnya wajib diambil oleh para pelajar
dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini,
kemerosotan pencapaiaan pencapaiaan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah semakin
meruncing. Kemerosotan ini amat jelas khususnya dalam kalangan pelajar-pelajar bukan
melayu. Keadaan ini telah mendorong pengkaji untuk menjalankan penyelidikan ini bagi
merungkai permasalahan ini dengan lebih mendalam.
Sebelum merdeka lagi pendidikan telah diberikan keutamaan penting dalam perjuangan
untuk melahirkan generasi yang boleh membangunkan sebuah negara bangsa. Tuntasnya,
pendidikan merupakan salah satu bidang penting yang menyumbang kepada pembangunan
negara. Pelajar di semua institusi pengajian sama ada di peringkat sekolah rendah,
menengah dan peringkat tinggi adalah merupakan golongan sasaran yang menjadi tunggak
kepada pembangunan negara. Scenario pendidikan abad ke 21 merupakan satu cabaran
yang tinggi bagi golongan pendidik masa kini di sebabkan oleh ledakan arus kemodenan.
Lantaran, sebagai pendidik perlu akur dengan pelbagai usaha yang telah di lakukan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu
sistem pendidikan di Malaysia.
Wawasan 2020 mengishtiharkan bahawa menjelang tahun 2020, Malaysia akan mencapai
negara membagun sepenuhnya. Sebuah negara yang membangun dengan sepenuhnya,
menurut Tun Dr Mahathir Mohammed, merupakan sebuah bangsa bersatu, dengan satu
masyarakat Malaysia yang berkeyakinan, diterap dengan nilai-nilai etika dan moral yang
kukuh, hidup dalam sebuah masyarakat yang demokratik, liberal dan betoleransi,

penyayang, adil secara ekonomi, progresif dan makmur, dan memiliki satu ekonomi yag
bersifat daya saing, dinamik, teguh dan kental (Mahathir Mohammed, 1991, p.2)
Sebagai pendidik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menghasilkan output
yang baik kepada para pelajar, maka golongan pendidik merupakan golongan yang sering
berhadapan dengan cabaran untuk melahirkan produk yang dapat mereliasasikan wawasan
negara demi menjana ekonomi negara. Atas kesedaran peri pentingnya pendidikan pelbagai
usaha yang dilakukan untuk mengubah sistem pendidikan kearah yang lebih baik setanding
dengan negara-negara maju, perubahan yang dituntut adalah terhadap strategi pengajaran
yang sedia ada kepada pengajaran yang lebih menjana pembangunan idea pelajar iaitu
dalam erti kata yang mudah difahami adalah pengajaran yang menuntut pelajar untuk
menjana idea berfikir secara kreatif dan kritis. Pendidikan abad ke-21 ini juga menuntut
pelajar melibatkan diri secara aktif didalam pengajaran dan pembelajaran. Natijahnya, demi
menyahut seruan ini, golongan pendidik perlu mencari idea, teknik atau kaedah pendekatan
yang terbaik untuk diaplikasikan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran mereka. Hasil
pengajaran yang berkesan akan menghasilkan pakar-pakar yang berkaliber dalam
memberikan sumbangan yang bermakna kepada negara.
Memetik madah agung, Y.A.B. Dato Seri Tun Dr.Mahathir Mohammad, Perdana Menteri
Malaysia 1992, sesuatu bangsa yang tidak mempelajari sejarah akan terus melakukan
kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu.(Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 2, 2003) Justeru, bertepatan dengan katakata tersebut, mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan dalam Kurikukum Bersepadu
Sekolah Menengah. Terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah.
Pelaksanaan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus sijil pelajaran
Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 (Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil 3/2011). Mata
pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dan merupakan salah satu mata pelajaran yang diwajibkan kepada
semua pelajar dan ianya perlu dipelajari secara berterusan selama lima tahun. Bagi
menyediakan warganegara Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 ini
penyemakan kurikulum Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (2000)
telah dilaksanakan bagi tujuan untuk memantapkan Akta Pendidikan 1996, serta memenuhi
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh yang demikian pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sejarah seharusnya menjadi sesuatu yang kreatif,
menarik dan boleh membantu pelajar memahaminya dengan lebih mendalam.
Menurut Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah (2009), Sebagai
pendidik guru seharusnya memperkenalkan kaedah yang telah lama diguna pakai oleh
3

negara-negara barat yang jauh lebih baik sistem pendidikan mereka. Matlamat
pembangunan pendidikan menengah 2001-2010 memberi penekanan kepada kemahiran
berfikir yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip operasi minda dan psikologi kognitif tahap
tinggi, ianya haruslah menjadi amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
agar dapat melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi lagi.
Sekolah merupakan agen penting untuk melahirkan manusia yang cemerlang kearah
membentuk negara yang gemilang. Ramai ahli psikologi berpandangan bahawa pelajar
yang cemerlang ialah pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar dan boleh mengarah
kearah pembelajaran kendiri. Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran yang
penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat kelak. Ini bermakna hasil jangka
panjang yang boleh diperolehi daripada proses pengajaran ialah peningkatan kemahiran
belajar pelajar yang membolehkan pelajar belajar dengan lebih efektif di masa hadapan.
Oleh yang demikian matlamat ini dapat dicapai jika mereka telah menguasai proses
pembelajaran atau dengan lain perkataan, mereka telah belajar cara belajar.
Lantaran kajian ini dilakukan bagi tujuan untuk mengenalpasti apakah cara atau teknik
yang sesuai atau yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar untuk menguasai proses
pembelajaran dalam kelas iaitu cara penggunaan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan konsep kartun. Konsep kartun ini akan menyediakan pelajar untuk
menggunakan kemahiran menukarkan maklumat kedalam bentuk kartun menggunakan
imaginasi mengikut kronologi bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
sejarah.
1.2 Latar Belakang Kajian
Kementerian pelajaran Malaysia telah menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata
pelajaran teras di sekolah . Langkah ini merupakan langkah yang bijak dan tepat pada
masanya. Mata pelajaran ini menjadi semakin penting dalam usaha membina insan yang
cintakan

semangat

patriotik

serta

mempunyai

sifat

toleransi

yang

tinggi

dalam

perkembangan dunia yang penuh cabaran akibat proses arus globalisasi.


Tidak dinafikan sistem pendidikan di negara Malaysia mendukung semangat patriotisme.
Buktinya Buku Panduan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah (Kementerian
Pelajaran Malaysia1994) telah menetapkan garis panduan agar nilai-nilai patriotime perlu
diterapkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum. Oleh itu, mata pelajaran seperti Bahasa
Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Moral, Kajian Tempatan dan lain-lain mata
pelajaran sekolah rendah perlu menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam proses pengajaran
dan pembelajaran melalui kaedah penggabung jalinan. Begitu juga semasa aktiviti ko4

kurikulum. Di peringkat sekolah menengah pula, penerapan nilai-nilai patriotisme dibuat


melalui mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Moral, Geografi ,Pendidikan Islam dan mata
pelajaran yang lain tidak terkecuali.
Oleh yang demikian, kerajaan telah memutuskan untuk menekankan peri pentingnya
metodologi subjek sejarah melalui satu transformasi besar supaya pengajaran dan
pembelajarannya menjadi lebih relevan dan sekali gus berjaya mendorong pelajar
menghayati ilmu yang begitu penting dalam kehidupan manusia. Generasi kini juga lupa
tentang kesengsaraan dan perjuangan perit generasi terdahulu kerana tidak pernah
mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara anak-anak generasi kini yang tidak
mengetahui nama-nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato' Bahaman, Abdul
Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai lagi kerana saban hari mereka disogokkan
dengan

cerita-cerita

hero

khayalan

seperti

Spiderman atau

Superman yang

lebih

menyeronokkan dan mengkhayalkan.


Ilmu dan mata pelajaran sejarah adalah bidang penting dalam membentuk negara bangsa
dalam kalangan pelajar. Mata pelajaran ini telah dijadikan alat propaganda oleh British
dalam menanamkan taat setia dan bangga terhadap Ratu dan empayar British. Sejarah
telah pun dipelajari sebagai subjek di sekolah rendah pada tahun 1960-1970-an sebelum
KBSR diperkenalkan di peringkat sekolah menengah. Khusus memahami ilmu sejarah tidak
diminati dan dihayati oleh pelajar. Hal ini telah dihuraikan oleh Ibnu Khaldun ahli sejarah dan
sosiologi Islam bahawa ilmu sejarah mempunyai bahagian batin yang menghuraikan
kepentingan peristiwa sejarah dan bukan sekadar fakta yang beku dan lapuk.
Sebelum mata pelajaran Sejarah diperkenalkan sebagai mata pelajaran teras di peringkat
sekolah rendah di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi murid tahun 4
mulai tahun 2014, elemen sejarah telah diajar dalam mata pelajaran kajian tempatan
sebagai salah satu mata pelajaran di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Manakala, selepas tahun 1984 mata pelajaran sejarah terus diajar di sekolah menengah
sebagai salah satu mata pelajaran aliran kemanusiaan. Mulai tahun 1992 mata pelajaran
sejarah menjadi subjek teras di peringkat tingkatan satu hingga tingkatan lima. Mata
pelajaran sejarah terus diperbaiki dengan memasukkan unsur Peradaban Dunia mulai tahun
1992 dan melihat sejarah daripada kaca mata budaya kita sendiri dan kaca mata barat. Ini
untuk mengelak pelajar kita menjadi seperti Katak di bawah tempurung (Huraian Sukatan
Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan Empat 1992).

Mata pelajaran sejarah merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari secara
berterusan selama lima tahun dalam Kurikulum Bersepadu sekolah menengah
(KBSM). Oleh yang demikian kurikulum pendidikan sejarah pada peringkat
sekolah menengah rendah (SMR) mempunyai kesinambungan pada peringkat
Sekolah

Menengah

Atas

(SMA)

ianya

adalah

bertujuan

agar

asas-asas

pengetahuan, nilai-nilai murni, kemahiran belajar serta pengalaman yang


diperoleh dapat diperkukuhkan dan diperkembangkan lagi. Di peringkat (SMR),
kandungan kurikulumnya memberikan gambaran yang jelas tentang sejarah negara dengan
menumpukan kepada pemahaman yang menyeluruh. Oleh yang demikian kandungannya
lebih berbentuk rentetan peristiwa yang membincangkan aspek kehidupan masyarakat dan
negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Peristiwa-peristiwa yang berlaku telah disusun
mengikut kronologi agar pelajar dapat memahami setiap proses perkembangan masyarakat
dan negara. Ianya juga dimasukkan dengan sejarah negara luar yang ada kaitannya dengan
Negara Malaysia. Ini bertujuan agar pelajar mengetahui dan memahami hubungan dan
kaitannya dengan sejarah Malaysia.Susunan dan perancangan bagi
sejarah

peringkat

(SMA)

dirancang

dengan

lebih

luas

kurikulum

tentang

proses

perkembangan masyarakat dan negara. Sejarah proses evolusi peradaban dunia


dan perkembangannya akan dikaji bagi melengkapkan perspektif pendidikan
sejarah. Melalui pengetahuan tersebut akan membolehkan pelajar melihat
perbandingan

peradaban

yang

telah

dicapai

oleh

Negara

luar

dan

mengaitkannya dengan masyarakat negara kita. Oleh yang demikian, pelajar


dapat memahami kedudukan Negara sebagai sebahagian daripada peradaban
dunia. (Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan Dua 2002 ).
Pada tahun 2002, Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat disemak bagi
mempastikan aspek yang relevan dan terkini dimasukkan. Salah satu aspek yang diberikan
tumpuan melalui rombakan tahun 2002 ialah menyediakan pelajar untuk menghadapi
cabaran masa depan, perubahan dunia teknologi maklumat (TMK) serta ekonomi
berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM
Sejarah Tingkatan Empat (2002) telah mencadangkan beberapa kaedah dan teknik dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah. Antara teknik yang dicadangkan ialah
syarahan atau khutbah, kaedah bercercerita ,simulasi, kajian Kes, eksperimen, sumbang
saran, perbincangan,tunjuk cara, penggunaan sumber, kerja luar, latih tubi

Kaedah yang paling popular digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kaedah
khutbah atau syarahan, manakala bentuk P&P masih berpusatkan guru (Subadrah Nair
2005). Laporan prestasi mata pelajaran Sejarah Lembaga Peperiksaan Malaysia turut
menyatakan pelajar masih menghafal dan membuat ramalan topik-topik tertentu tanpa
menganalisis

kehendak

soalan

(Lembaga Peperiksaan

2003).Berdasarkan laporan

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), masih terdapat ruang untuk mata pelajaran sejarah
diajar menggunakan pendekatan lain yang turut melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P
bagi menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang berkesan dalam
pembinaan negara dan menangani perubahan persekitaran yang begitu pantas.
Matlamat pendidikan sejarah adalah untuk melahirkan dan mewujudkan semangat cinta
akan Negara dan memupuk semangat setia Negara serta jati diri sebagai warganegara
Malaysia dan warga dunia. Sekiranya pelajar mengetahui dan menghayati sejarah tanah air
dan sejarah Negara luar pasti pelajar akan memahami keadaan masyarakat dan Negara
serta hubungannya dengan sejarah dunia. Langkah serta usaha yang berterusan ini adalah
bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan Negara
Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran sejarah penting untuk mewujudkan ingatan
bersama terhadap sejarah dan ianya juga sebagai satu rangka rujukan kesedaran
Kebangsaan dan persefahaman Antarabangsa
1.3 Penyataan Masalah
Mata pelajaran Sejarah antara salah satu mata pelajaran wajib lulus mulai tahun 2013.
Dalam kenyataan lisan YAB Timbalan perdana menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin di
Dewan Negara beliau telah menyatakan bahawa bermula tahun 2013, mata pelajaran
sejarah akan dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus sebagai syarat layak
mendapatkan sijil SPM selain mata pelajaran Bahasa Melayu. (Surat Pekeliling Lembaga
Peperiksaan Malaysia Bil 3. Tahun 2011). Sukar mengingat fakta dalam jangka masa yang
panjang antara punca utama mengapa pelajar kurang minat dalam mata pelajaran sejarah
hal ini telah disokong oleh Tang Geok Ling (Prosiding Seminar Pelan Tindakan 2005).
Menurut kajian yang dilakukan oleh beliau analisis catatan pelajar mendapati faktor utama
yang menyebabkan pelajar gagal dalam peperiksaan ialah faktor sukar mengingatkan faktafakta Sejarah.
Telah banyak kajian berkaitan faktor-faktor mempengaruhi pencapaian pelajar. Berikut
merupakan perbandingan peratus lulus bagi mata pelajaran Sejarah , Sains dan Matematik
bagi dua buah sekolah yang berbeza iaitu SMK Convent Ipoh dan SMK King Edward VII
Taiping bagi tahun 2011 SMK King Edward VII Taiping -Matematik 99.2 %, Sains 99.6 %,
7

Sejarah 95.8% (Sumber Analisis Peperiksaan PMR 2011 SMK King Edward VII Taiping)
SMK Convent Ipoh Matematik 100%,Sains 100% Sejarah 97.81% (Sumber Analisis
Peperiksaan PMR 2011 SMK Convent Ipoh). Ini menunjukkan bahawa hanya mata pelajaran
sejarah yang sukar untuk mendapatkan keputusan 100%.

Dalam kajian yang telah dilakukan oleh Hadiah Senin (1997), beliau telah menjalankan satu
kajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Sejarah. Dalam kajian beliau terhadap 250 orang pelajar yang terdiri daripada
tiga kaum utama iaitu iaitu pelajar Melayu, Cina dan India dari lima buah sekolah di Batu
Pahat Johor. Hasil kajian yang dibuat mendapati bahawa pelajar-pelajar yang mendapat
pencapaiaan dan keputusan yang baik dalam mata pelajaran Sejarah adalah pelajar yang
mempunyai minat terhadap mata pelajaran tersebut. Guru yang mempunyai daya kreativiti
yang tinggi dapat memupuk serta meningkatkan daya pemikiran para pelajarnya. Oleh yang
demikian, jika seseorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pakar motivasi dalam
pembelajaran bagi para pelajar. Abdul Razaq dan Isjoni (2009)
Kaedah

pengajaran sejarah yang dikatakan masih lemah dari segi penyampaiaannya

kepada pelajar masih menjadi isu utama yang berkait rapat dengan pencapaiaan pelajar
dalam peperiksaan awam. Cara pengajaran yang masih berbentuk lama dan bersifat
tradisional mengakibatkan kebosanan kepada pelajar. Hal ini berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh Mohamad Sultan (2000) dalam Anuar Ahmad (2009). Hasil kajian yang
dilakukan oleh beliau di salah sebuah sekolah di satu daerah di Sabak Bernam
menunjukkan pengajaran yang dilakukan di sekolah tersebut berada pada tahap yang
kurang berkualiti.
Malah mengikut Hariyono (1995) guru Sejarah jarang memerhatikan sama ada maklumat
tersebut dapat membangkitkan minat atau semangat yang boleh membentuk pelajar yang
faham sejarah. Kenyataan ini telah disokong oleh Khoo Kay Kim (2008) yang menyatakan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah lazimnya dijalankan dalam bentuk hafalan. Pelajar
difokuskan dengan menitikberatkan dari aspek mengingati tarikh, fakta-fakta serta
pergolakan dunia yang telah terjadi beribu-ribu tahun yang lampau. Ini akan menyebabkan
pelajar mempunyai perspektif yang sempit tentang proses perkembangan masyarakat dan
negara, malah tidak memberi pelajar peluang untuk berkomunikasi secara berkesan.
Pendekatan yang digunakan oleh kebanyakkan guru dalam mengajar mata pelajaran
sejarah masih tertumpu kepada kaedah dan cara lama iaitu menggunakan kapur dan papan
hitam (chalk and talk) dan ini merupakan alat bantu mengajar yand dianggap sudah
ketinggalan zaman berbanding dengan kehendak kerajaan pendidikan haruslah seiring
8

dengan arus globalisasi. Abd Malek Samsuri (2008). Menurut Abd Malek Samsuri (2008),
lagi pengajaran masih lagi berpusatkan guru dan para pelajar tidak memainkan peranan
yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Para pelajar hanya dikehendaki
menyalin nota yang dicatatkan oleh guru dan hanya mendengar apa yang diajar oleh guru.
Guru sejarah akan bercerita dan meyampaikan maklumat dan pelajar akan menerima
maklumat Abd Rahim Rashid (1989) dalam Abd Malek Samsuri (2008).
Menurut Khoo Kay Kim (2008) lagi didapati ramai pelajar beranggapan pelajaran sejarah
menjemukan dan tidak merangsang pelajar untuk berfikir. Manakala menurut Zahara
Aziz(2000) guru yang mementingkan pengajaran dengan memberikan latihan kepada
pelajar agar berfikir golongan ini akan marasakan keyakinan yang tinggi dan berkebolehan
juga berinisiatif dalam menyelesaikan permasalahan serta berfikiran kreatif dan kritis. Maka
tanggapan negatif pelajar boleh dilenyapkan sekiranya seorang guru itu memiliki daya
pemikiran yang kreatif dan inovatif serta dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
denga berkesan dan dapat memberikan peluang kepada sesama pelajar untuk lebih bersifat
dua hala dan akan menimbulkan keseronokan dalam kelas.
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah yang menarik dan kreatif di
sekolah penting untuk melahirkan generasi muda yang tidak buta sejarah, yang tidak
mempersoalkan fakta sejarah negara atau generasi yang menghafal fakta sejarah semata
mata untuk lulus peperiksaan peringkat sekolah tetapi gagal menghayati, mengambil
pengajaran dan teladan apa yang tersirat daripada peristiwa yang berlaku. Kita perlu
melahirkan generasi yang memahami sejarah tempatan berpaksikan inisiatif untuk
meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa, seterusnya dapat
memupuk perpaduan dan sinergi kesinambungan semangat patriotisme generasi muda
akan datang. Kita bimbang tanpa pengetahuan sejarah, generasi muda tidak dapat
menghayati apatah lagi mendukung semangat gagasan 1Malaysia dan pentingnya
perpaduan antara kaum yang hanya dapat dibina berlandaskan keunggulan jati diri yang
dipelajari melalui ilmu sejarah.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN


1.4.1 Objektif Am
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kartun dapat meningkatkan prestasi murid terhadap mata pelajaran Sejarah
tingkatan 2.

1.4.2 Objektif khusus

Untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan skor pelajar
dalam pencapaiaan sejarah antara kumpulan yang mengikuti pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kartun dengan kumpulan yang mengikuti pengajaran
dan pembelajaran sedia ada.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

a) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terdapat perbezaan yang signifikan skor
pelajar dalam pencapaiaan sejarah antara kumpulan yang mengikuti pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kartun dengan kumpulan yang mengikuti pengajaran
dan pembelajaran sedia ada.
1.6 HIPOTESIS
b) Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor pelajar dalam pencapaiaan
sejarah

antara

menggunakan

kumpulan
kartun

yang

dengan

mengikuti

kumpulan

pengajaran

yang

mengikuti

dan

pembelajaran

pengajaran

dan

pembelajaran sedia ada.

1.7 RASIONAL KAJIAN


Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan kartun dalam pengajaran dan
pembelajaran ke atas prestasi mata pelajaran Sejarah tingkatan 2. Oleh yang demikian
diharapkan melalui kajian ini dapat memberi idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan dan
memberi kepentingan kepada beberapa golongan tertentu termasuk pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), pihak sekolah dan guru dan
pelajar sekolah .
1.7.1 Kementerian dan PPD
Melalui kajian ini nanti diharapkan dapat memberikan satu idea baru dan sebagai satu
rujukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan pejabat pelajaran Daerah
(PPD). Pihak KPM dan PPD dapat menyediakan ruang dan peluang kepada guru-guru serta
merancang latihan dan kursus yang bersesuaian untuk menggunakan kartun dalam
10

pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, pihak PPD dapat menjalankan programprogram dalaman yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih
berkesan dan efektif.

1.7.2

Pihak Sekolah dan Guru

Jika hasil kajian menggunakan pengajaran dan pembelajaran kartun ini berkesan dan
meningkatkan prestasi yang diharapkan, maka pihak sekolah boleh merancang dan
memanfaatkannya dengan meluaskan penggunaannya kepada mata pelajaran yang lain.
Hasil dapatan kajian ini dijangka dapat meningkatkan prestasi pelajar. Oleh yang demikian
secara tidak langsung prestasi keputusan sekolah akan meningkat dan ini akan menaikkan
imej sekolah. Kajian ini juga dijangkakan dapat memeberi pendedahan kepada guru. Ianya
juga diharapkan dapat membantu guru dalam mempelbagaikan cara pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas serta dapat mengurangkan beban guru. Dengan menggunakan
kartun sebagai bahan bantu mengajar guru dapat mempelbagaikan teknik, pendekatan
pengajaran, bahan dan aktiviti pengajaran mengikut aras aspirasi murid serta memantapkan
lagi kaedah pengajaran mereka agar sesuai dengan strategi belajar para pelajar.
1.7.3

Pelajar

Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kartun ini memberi peluang kepada
pelajar untuk meneroka idea sendiri dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata
pelajaran sejarah tingkatan 2. Melalui p&p kartun ini pelajar tidak lagi terikat dengan cara
pembelajaran yang sama. Ianya juga akan memberi peluang kepada pelajar untuk
meningkatkan lagi kreativiti pelajar.

1.8 Definisi Operasional


Kajian ini menumpukan beberapa definisi istilah bagi membolehkan kajian dijalankan
dengan lebih tepat dan jelas.
1.8.0 Kesan
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-Empat (2010) halaman 771, kesan membawa
maksud tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu. Dalam kajian ini, kesan digunakan untuk
melihat pencapaiaan mata pelajaran sejarah pelajar tingkatan 2

dalam pengajaran dan

pembelajaran kartun berbanding pengajaran dan pembelajaran sedia ada. Dalam kajian ini,
11

kesan merujuk kepada hasil yang diperoleh daripada pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan di bilik darjah. Hasil diperoleh dengan melihat kepada pencapaian pelajar
dalam bab 4 kekayaan ekonomi Sarawak mendorong penjajahan keluarga Brooke

1.8.1

Kartun

Menurut kamus dewan bahasa edisi ke-empat (2010) halaman 680 kartun membawa
maksud lukisan yang mengisahkan sesuatu (seperti hak sehari-hari ) dengan cara
berjenaka. Dalam kajian ini kartun digunakan sebagai bahan untuk menukarkan maklumat
dalam bentuk teks kedalam bentuk gambaran agar ianya dapat memudahkan pemahaman
pelajar terhadap topik yang dipelajari.

1.8.2

Pencapaian

Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-Empat (2010) halaman 247 pencapaiaan
membawa maksud apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh) Dalam konteks kajian
ini, pencapaian pelajar diukur melalui ujian pra dan pasca yang dijalankan sebelum dan
selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan kartun. Pencapaiaan diukur untuk
melihat kesan penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding p&p
sedia ada.

1.9 Batasan kajian


Kajian ini hanya melibatkan 2 buah sekolah di daerah Ipoh sahaja. Sekolah yang terlibat
adalah

Sekolah

Menengah

Kebangsaan

Convent

Ipoh,

dan

Sekolah

Menengah

Kebangsaaan Seri Intan. Sampel bagi kajian ini adalah terdiri dari hanya pelajar tingkatan 2
sahaja dan melibatkan 4 buah kelas sahaja. Bilangan sampel ialah seramai 57 orang pelajar
dari kumpulan rawatan dan 52 orang pelajar dari kumpulan kawalan. Kajian yang dijalankan
ini juga terbatas kepada satu jantina sahaja iaitu melibatkan kumpulan pelajar perempuan
sahaja.
Tempoh rawatan bagi kajian ini adalah dalam tempoh 4 minggu. Semasa kajian dijalankan
pengkaji hanya sebagai pengumpul data dan maklumat. Pengkaji tidak terlibat semasa
12

proses pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh rawatan kajian dijalankan. Guru mata
pelajaran Sejarah tingkatan 2 terlibat sepanjang proses rawatan diberikan.Guru yang
mengajar subjek sejarah diberikan tunjuk ajar pengajaran dan pembelajaran kartun yang
digunakan oleh pengkaji untuk digunakan dalam kumpulan rawatan, manakala bagi
kumpulan kawalan menggunakan p&p sedia ada.
Selain itu, batasan kajian ini ialah dari segi pengajaran dan pembelajaran hanya melibatkan
satu bab tingkatan 2 sahaja tidak kepada keseluruhan bab. Pengkajai juga memilih bab 4
dalam topik Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke.
1.0 Rumusan
Dalam bab ini membincangkan apakah latar belakang kajian dan masalah kajian yang
timbul sehingga menyebabkan pengkaji ingin membuat kajian ke atas mata pelajaran
Sejarah tingkatan 2. Objektif kajian serta kepentingan kajian digunakan bagi mencapai
matlamat kajian yang akan dijalankan nanti. Pengkaji akan cuba mengetegahkan
pengajaran dan pembelajaran kartun dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan 2 untuk
meningkatkan prestasi mata pelajaran sejarah demi menjawab persoalan kajian ini.

13

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan
Dalam bab ini akan membincangkan mengenai kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan
oleh beberapa pengkaji. Tujuan mengkaji kajian yang lepas adalah kerana beberapa kajian
yang berkaitan dengan kajian ini diadaptasikan sebagai rujukan dan inspirasi dan digunakan
bagi tujuan untuk membandingkan hasil kajian yang diperolehi dengan kajian yang telah
dilaksanakan oleh pengkaji lain. Soroton kajian juga turut membincangkan tentang model
pembelajaran yang berkaitan dan yang bersesuaiaan dengan tajuk kajian.
Dalam pembentukan kurikulum penilaian adalah penting dalam membantu pembentuk
kurikulum dalam penyediaan bahan mengajar dan kaedah pembelajaran. Penilaian
kurikulum penting untuk menentukan pencapaian objektif pembelajaran dalam kalangan
pelajar dan mengenal pasti kesesuaian objektif dalam kurikulum. Penilaian dilakukan adalah
untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu mencapai matlamat atau tidak.
Dalam pengajaran dan pembelajaran pula, penilaian dilakukan untuk mengetahui sama ada
proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku iaitu guru mengajar dan pelajar belajar.
Penilaian kurikulum juga melibatkan sama ada kandungan pelajaran dalam kurikulum
memenuhi kehendak pelajar dan memenuhi kehendak masyarakat. Melalui penilaian
kurikulum, penilai kurikulum dapat melihat kesan pendekatan yang digunakan oleh guru.
Manakala, guru pula dapat menegnalpasti kelemahan dalam sesuatu rancangan
pengajaran. Oleh yang demikian, guru dapat merancang beberapa strategi dan aktiviti
pengayaan dan pemulihan yang lebih sesuai dengan tahap pencapaian pelajar.

2.2 Model Tyler


14

Model penilaian kurikulum adalah merupakan model yang digunapakaai oleh penilai
kurikulum dalam menilai sesuatu kurikulum. Ianya adalah untuk menilai kurikulum dan
membolehkan aktiviti penilaian dijalankan dengan lebih lengkap dan bermakna. Model
penilaian yang akan dibincangkan adalah Model Tyler. Model Tyler adalah model yang
dugunakan bagi tujuan untuk menilai sama ada objektif yang telah ditentukan tercapai atau
tidak. Model ini menjelaskan bahawa kurikulum adalah suatu pembelajaran yang terpandu
atau terarah, dirancang dan dikelola oleh pihak sekolah. Tyler turut menegaskan bahawa
penggunaan objektif yang sesuai adalah sangat penting dalam perkembangan kurikulum.
Menurut Tyler, walaupun objektif dan matlamat yang jelas sepatutnya akan membawa
kepada kaedah penilaian yang sepatutnya.Pada masa yang sama, Tyler turut menegaskan
bahawa pendidik seharusnya sentiasa memastikan dan menyemak kepentingan dan makna
objektif yang telah ditetapkan secara berterusan. Apabila pendidik merasakan bahaw
terdapat kekurangan bagi sesuatu objektif, maka perubahan akan dilakukan terhadap
objektif tersebut, oleh yang demikian penilaian yang dibuat adalah berdasarkan objektif
adalah lebih sah dan signifikan. 4 persoalan utama yang telah dikemukakan oleh Tyler iaitu:
1. Apakah tujuan utama yang hendak dicapai oleh sekolah?
2. Apakah pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dapat disediakan di sekolah
bagi mencapai tujuan pendidikan yang telah ditetapkan ?
3. Bagaimanakah pengalaman-pengalaman pembelajaran dapat dikendalikan dengan
berkesan ?
4. Bagaimanakah kita dapat menentukan matlamat-matlamat pendidikan telah dapat
dicapai ?
Bagi menjawab persoalan-persoalan di atas terdapat 4 komponen utama yang dianggap
penting iaitu komponen pertama Komponen pertama ialah menentukan objektif, komponen
kedua ialah menentukan pengalaman belajar, komponen seterusnya ialah mengorganisasi
pengalaman belajar dan komponen yang terakhir ialah membuat penilaian.

2.2.1 Penentuan objektif


Dalam menentukan objektif, Tyler telah mengemukan tiga persoalan. Persoalan-persoalan
tersebut ialah
1. Apakah yang perlu diketahui oleh pelajar ?
2. Apakah kehendak masyarakat ?
3. Apakah sifat dan struktur ilmu yang sesuai ?

15

Tyler telah menggariskan bahawa guru perlu membentuk objektif yang memenuhi keperluan
pelajar,

masyarakat dan mengikut matlamat Falsafah Pendidikan. Objektif adalah satu

matlamat yang perlu ditentukan oleh seseorang guru terhadap pelajarnya dan ianya perlu
dicapai oleh pelajarnya. Menentukan apakah objektif adalah penting kerana objektif yang
telah ditetapkan menjadikan bahan pengajaran, isi kandungan dan rancangan pengajaran
dapat dikembangkan dan seterusnya ujian juga dapat disediakan.Guru perlu pakar
menentukan objektif dalam bidang yang diceburi. Ini kerana hanya guru yang mengetahui
apa yang seharusnya diketahui oleh pelajar dan menentukan sama ada objektif tersebut
sesuai atau tidak.
Dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan ilustrasi kartun ini objektif utama ialah
untuk melihat adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kartun ini dapat
meningkatkan prestasi murid. Melalui objektif ini maka guru dapat merancang isi kandungan,
susunan isi kandungan dan disesuaikan dengan pemilihan kaedah dan pendekatan yang
akan digunakan iaitu pengajaran dan pembelajaran menggunakan kartun dalam mata
pelajaran Sejarah tingkatan 2.
2.2.2 Menentukan Isi Kandungan Dan Pengalaman Belajar
Semasa proses perancangan isi kandungan dan menentukan pengalaman belajar bagi
sesuatu kurikulum, Tyler juga telah mengemukakan persoalan bagaimanakah pengalaman
pembelajaran membantu dalam mencapai objektif ?. persolan yang dikemukakan oleh Tyler
ini memfokuskan kepada pembentukan tingkah laku seseorang pelajar. Model Tyler ini juga
merupkan satu model yang bersift behaaviorisme yang mana ianya juga turut melihat
perubhan tingkah laku yang mana melalui perubahan tingkah laku ini akan membawa
kepada pencapaiaan objektif. Maka, pelajar akan merasakan kepuasan kerana berupaya
mendapatkan ilmu pengetahuan melalui pengalaman sendiri.
3 aspek yang penting yang dikemukakan oleh Tyler semasa menentukan isi kandungan dan
pengalaman belajar yang sesuai untuk pelajar. Dalam penyediaan isi kandungan dan
pengalaman belajar, aspek-aspek berikut perlulah diambil kira iaitu yang pertama pemilihan
kriteria, yang kedua pemilihan skop dan yang terakhir iaitu urutan. Aspek kriteria, isi
kandungan yang telah ditentukan haruslah relevan, penting dan berkeutamaan. Manakala
aspek skop pula, isi kandungan yang ditentukan haruslah mempunyai kuantiti, liputan dan
kepadatan yang sesuai dengan tahap pelajar dan akhir sekali dalam aspek urutan isi
kandungan haruslah mempunyai hierarki dan tahap kesukaran.

16

Bagi membolehkan objektif tercapai dan supaya setiap pelajar mempunyai peluang untuk
menghayati proses pengajaran dan pembelajaran dan menyelesaikan semua tugasan yang
diberikan berdasarkan kemampuan masing-masing, Isi kandungan dan pengalaman belajar
perlu ditetapkan mengikut keperluan dan tahap pencapaian seseorang pelajar. Oleh itu
semasa menentukan isi kandungan guru haruslah memilih isi kandungan yang sesuai
berdasarkan tahap pencapaian pelajar. Ianya haruslah mengikut aras keupayaan yang
mana aras tinggi disesuaikan dengan tahap pelajar yang mahir manakala aras rendah boleh
disediakan bagi golongan pelajar yang lemah. Oleh yang demikian, pengalaman belajar dan
isi kandungan yang dirancang berdasarkan objektif membantu pelajar mencapai objektif
yang sepatutnya.
Dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kartun, isi kandungan mata pelajaran
telah disusun mengikut keperluan dan tahap pencapaiaan pelajar. Topik yang dipilih
mengikut huraiaan sukatan pelajaran dan mengikut kronologi. Pengajaran dan pembelajaran
menggunakan ilustrasi kartun ini mengikut sub topik yang telah ditentukan dan pelajar
menukarkan maklumat berbentuk teks kedalam bentuk lukisan kartun mengikut kesesuaiaan
maklumat. Dalam kajian ini kelas yang dipilih sebagai kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan adalah terdiri dari pelajar yang sederhana tahap pencapaiaannya. Oleh yang
demikian, pemilihan isi kandungan pelajaran bersesuaiaan dengan tahap pencapaiaan
pelajar. Cara penyampaiaan juga di serahkan kepada pelajar samaada dalam bentuk dialog
ataupun dalam bentuk grafik sahaja.
Menurut Tyler, pengalaman belajar merupakan interaksi antara pelajar dengan faktor luaran
dalam persekitaran semasa pelajar bertindak balas dengannya. Semasa menentukan
pengalaman belajar, minat pelajar, latar belakang pelajar dan pengetahuan asas pelajar
perlu diambil kira dan guru haruslah mengetahuinya agar mudah untuk mencapai objektif
yang telah ditetapkan. Sekiranya

guru mengetahui tahap minat pelajar, ianya akan

memudahkan guru dalam menyediakan pengalaman belajar yang sesuai kepada pelajar
dalam menentukan pengalaman belajar yang dapat membantu dalam pencapaian objektif.
Dalam tempoh kajian ini dijalankan pelajar dari kumpulan rawatan merupakan pelajar yang
mengikuti aliran seni visual ini memudahkan pengkaji dalam mengenalpasti minat dan
kecenderungan pelajar.
17

2.3 Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan


Proses pengajaran memberi maksud sebagai satu sistem aktiviti yang diarahkan kepada
murid-murid yang pada kebiasaannya secara bersemuka dengan guru.(Rahil Mahyuddin
2009) Ini bermaksud semasa proses pengajaran dilaksanakan pelbagai aktiviti diadakan
dengan tujuan menghasilkan pembelajaran atau perubahan dalam tingkah laku murid.
Aktiviti yang diaksudkan termasuklah merancang, mendiagnosis, membentuk objektif,
memilih kaedah pengajaran dan menilai. Aktiviti tersebut akan memberikan pengalaman
kepada murid dan ini akan menentukan kualiti dan kuantiti pembelajaran yang mereka
terima.
Proses pengajaran perlulah dirancang dengan teliti supaya hasil pembelajaran yang
diinginkan dapat dicapai. Proses ini melibatkan tiga fungsi utama iaitu perancangan,
palaksanaan dan penilaiaan. Pada peringkat perancangan guru perlu menentukan objektif
pengajarannya, menyediakan bahan pengajaran, memilih mkaedah pengajaran yang
sesuai, menyediakan bahan bantu mengajar serta menentukan bentuk penilaiaan yang
hendak dilaksanakan. Objektif pengajaran ialah perubahan yang hendak dicapai oleh pelajar
setelah proses pengajaran dijalankan. Dengan pemilihan objektif guru boleh memilih kaedah
pengajaran yang sesuai untuk pelajarnya supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang
dirancang. Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, guru juga perlu membentuk jenis
penilaiaan yang sesuai untuk mengenalpasti sama ada pengajarannya berkesan ataupun
sebaliknya.
Di peringkat pelaksanaan pula, guru perlu mempelbagaikan aktivit pengajaran dan
pembelajaran untuk memberikan pengalaman yang berguna kepada pelajar dan untuk
mengekalkan perhatian dan minat murid guru perlu memberikan galakan dan menjadikan
aktiviti pembelajaran yang menarik. Guru juga digalakkan untuk mengubahsuai kaedah atau
bahan pengajaran untuk memudahka pelajar untuk menerima sesuatu yang baharu.
Antaranya kaedah pengajaran yang berorentasikan pelajar yang mana kaedah ini
memberikan peluang epada pelajar untuk berinteraksi dengan guru dan juga dengan pelajar
lain untuk berbincang dan bertukar pendapat. Interaksi seperti ini patut digalakkan kerana
pelajar lebih kerap berfikir, berbincang, merancang, membuat keputusan, menilai, dan
menyelesaikan masalah.
Untuk mendapatkan maklumbalas tentang pengajaran dan pembelajaran, guru perlu untuk
membuat penilaiaan. Sesuatu proses pengajaran tidak lengkap tanpa dijalankan penilaian.
18

Penilaiaan boleh dilakukan sama ada sebelum (untuk menguji pengalaman atau pelajaran
lepas pelajar), atau selepas pengajaran yang bertujuan untuk mengesan dan menyemak
sama ada pengajaran yang dijalankan itu berkesan atau tidak. Dengan penilaiaan yang
sesuai guru boleh menentukan sejauh mana objektif

pengajarannya telah tercapai.

Sekiranya pengajaran yang ditentukan telah dicapai dengan baik, maka guru boleh
meneruskan pengajarannya. Seandainya objektif pengajaran tidak tercapai, gur perlu
meninjau semula keseluruhan proses pengajarannya termasuk kesesuaiaan objektif
pengajarannya, kaedah pengajaran, alat bantu mengajar dan isi pelajaran yang telah
disampaikan.
2.4 Penggunaan Kartun Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan kartun merupakan pendekatan alternatif yang boleh digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kartun sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran akan mewujudkan suasana yang menarik, seronok dan boleh mempengaruhi
emosi murid untuk belajar dengan tekun Abdul Rashid Jamian (2012). Di negara Malaysia,
penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran masih baru dan sedang giat
dikembangkan. Antara usaha yang dilakukan bagi memperkenalkan konsep kartun ini
beberapa buah komik mata pelajaran sejarah bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5
telah diterbitkan bermula pada tahun 2009.
Terdapat beberapa cara menggunakan kartun dalam p&p sejarah. Kabapinar (2005) dalam
Rosmawati Kamaruddin (2013) menyatakan bahawa konsep kartun boleh digunakan untuk
dijadikan bahan set induksi dalam bentuk poster, lembaran kerja dan amat sesuai serta
berkesan digunakan sebagai bahan perbincangan.Penggunaan kartun dalam pengajaran
dan pembelajaran yang cuba di ketengahkan oleh pengkaji merupakan satu pendekatan
baru kepada pelajar dalam menguasai topik mata pelajaran sejarah tingkatan 2. Kaedah
yang cuba di perkenalkan ini melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran dua hala.
Pelajar akan di dedahkan dengan teknik penggunaan kartun dalam menukarkan maklumat
berbentuk teks kepada ilustrasi kartun. Cara penyampaiaan bergantung kepada kebolehan
dan keupayaan pelajar bagaimana untuk menukarkan maklumat berbentuk teks kedalam
bentuk kartun. Pelajar bebas utuk menggambarkan apa yang mereka fikirkan untuk
disesuaikan dengan tajuk pembelajaran.
Menurut Keogh dan Nylor (1999) dalam Rosmawati Kamaruddin (2013) konsep kartun
memuatkan unsur-unsur humor yang menggabungkan seni visual dengan teks yang
berbentuk

dialog.Pelajar

boleh

melukis

kartun

berdialog

ataupun

mereka

boleh

mempersembahkan dalam bentuk ilustrasi grafik sahaja. Hasil lukisan kartun pelajar akan
digunakan sebagai alat bahan bantu mengajar yang mana pelajar akan mempamirkan dan
19

membuat pembentangan serta menerangkan dan mengaitkan setiap ilustrasi yang dilukis
dengan topik yang dipelajari.Guru harus mempunyai ilmu tentang pedagogi yang mencukupi
untuk menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Guru yang menggunakan bahan bantu
mengajar yang sesuai akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan serta dapat menarik
minat pelajar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk
belajar.Abdul Rashid (2005) dalam Abdul Rashid Jamian (2012)
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan kartun merupakan satu cara menzahirkan
proses pembelajaran. Pendekatan ini telah dicetuskan oleh Brenda Keogh dan Stuart Naylor
pada tahun 1991 dalam Rosmawati Kamaruddin (2013). Menurut Keogh manusia belajar
secara konstruktif iaitu pengetahuan dibina secara aktif oleh pelajar yang berfikir. Pelajar
tidak akan menyerap secara pasif sebarang maklumat yang disampaikan oleh gurunya,
sebaliknya pelajar akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia
ada untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial
bersama rakan dan gurunya.
Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya guru berupaya mengaitkan
pengetahuan sedia ada pelajar dengan fakta sejarah yang hendak mereka pelajari.
Kenyataan ini turut disokong oleh Keogh dan Nylor (1996) yang berpendapat bahawa
pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya situasi yang dipelajari mempunyai kaitan
dengan pengalaman sedia ada. Manakala menurut Burhan Ramli (2010) dalam Ong Eng
Teck (2013) kesan pencetusan idea adalah pelajar akan lebih berfikiran terbuka, seronok
dan berkemahiran social. Ini adalah kerana pelajar lebih berfikir bagi menyelesaikan
masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam pelbagai kemungkinan.
Jesteru itu, konsep kartun dihasilkan dengan mewujudkan situasi yang boleh merangsang
pelajar untuk meluahkan idea sedia ada mereka terhadap sesuatu isu atau topik yang
dipelajari. Oleh yang demikian pelajar ingin mencabar idea mereka sendiri maka luahan idea
ini akan dikeluarkan secara spontan oleh pelajar. Pengetahuan yang sedia ada digunakan
oleh pelajar, membawa makna pelajar bersedia untuk menambah atau mengubah idea-idea
mereka dalam proses pembelajaran. Driver (1983) dalam Rosmawati Kamaruddin (2013)

2.5 Kandungan Sejarah Tingkatan 2


Kandungan mata pelajaran sejarah merangkumi 8 bab dan 50 sub topik. Dalam kajian ini
hanay melibatkan satu bab sahaja iaitu bab 4 Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong
Penjajahan Keluarga Brooke dan mengandungi 5 sub topik penting. Rajah di bawah
menunjukkan isi kandungan yang terkandung dalam bab 4.
20

Tajuk
4.1 Perpecahan

Hasil Pembelajaran
Menyatakan perpecahan di kalangan

Unsur Patriotisme
Berwaspada

Membuka Ruang

pembesar membuka ruang kepada

terhadap anasir

Penjajahan

penjajahan keluarga Brooke.

luar.

Memerihalkan peristiwa yang membawa


kepada pengambilan Sarawak oleh James

4.2 Keluarga

Brooke.
Menyatakan peringkat perluasan kuasa di

Sanggup

Brooke Meluaskan

bawah pemerintahan keluarga Brooke.

berjuang

kuasa

Memerihalkan kerakusan keluarga brooke

mempertahankan

4.3 Keluarga

meluaskan kuasa.
Menceritakan tindakan keluarga Brooke

negara.
Karisma.

memantapkan pentadbiran Sarawak.

kepimpinan.

Memanfaatkan

Brooke
Memantapkan

Pentadbira

Menghuraikan peranan pemimpin


pemimpin tempatan dalam pentadbiran
Sarawak.

Mencerakinkan peranan Majlis Tertinggi


dan Majlis Negeri.

4.4 Perubahan

Memerihalkan Perlembagaan Sarawak

1941.
Membincangkan perubahan ekonomi

Ekonomi di Bawah

semasa pemerintahan keluarga Brooke.

Pentadbiran

Menyatakan kesan perubahan ekonomi

Keluarga Brooke.

kepada penduduk tempatan.


Menilai perubahan sosial yang

Karisma.

Sosial di Bawah

dilaksanakan oleh keluarga Brooke di

kepimpinan

Pentadbiran

Sarawak. Menyatakan kesan perubahan

Brooke

sosial kepada penduduk tempatan.

4.5 Perubahan

21

aset negara.

2.6 Kajian-kajian Terdahulu


Terdapat beberapa kajian yang dilakukan menggunakan kartun sebagai bahan bantu
mengajar sama ada dalam dan luar negara. Walaupun tidak terdapat banyak kajian yang
dijalankan terhadap mata pelajaran Sejarah namun terdapat beberapa kajian dalam mata
pelajaran lain yang

menggunakan kartun. Antara kajian

Ahmad Nizam (2008), dalam

kajiannya untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan modul kartun dalam
pengajaran dan pembelajaran Biologi tingkatan 4 topik types of nutrition dan balanced
diet di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai, Kemaman Terengganu. Kajian yang
dijalankan melibatkan seramai 58 orang pelajar (29 orang pelajar dari kumpulan rawatan
dan 29 orang pelajar dari kumpulan kawalan). Menggunakan metadologi campuran (mixed
methodology) rekabentuk kuasi eksperimental. Dapatan kajian menunjukkan tiada
perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Biologi diantara pelajar yang diajar
menggunakan modul kartun dengan pelajar yang diajar menggunakan kaedah sedia ada.
Namun begitu, analisis data temubual dari sudut pandangan pelajar-pelajar terhadap
penggunaan modul kartun menunjukkan peningkatan sikap yang positif yang mana tahap
minat, keupayaan mengingat meningkat .
Menurut dapatan kajian ini lagi, peningkatan tahap minat murid terhadap Biologi disebabkan
oleh faktor kartun, iaitu unsur jenaka dapat memberikan keseronokkan untuk belajar.Hal ini
turut disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Rosmawati Kamaruddin (2012). Pengkaji
menjalankan satu kajian untuk mengkaji keberkesanan kaedah modul kartun dalam
pengajaran dan pembelajaran topic Ekosistem Terancam (Endangered Ecocystem) dengan
menggunakan buku teks. Kajian dijalankan di salah sebuah sekolah menengah perempuan
di Ipoh Perak. Melibatkan seramai 72 orang pelajar (39 orang pelajar dari kumpulan rawatan
dan 33 orang pelajar dari kumpulan kawalan) dengan menggunakan reka bentuk pretestposttest control group desingn. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa min kumpulan
yang menggunakan modul kartun adalah lebih tinggi dan signifikan berbanding kumpulan
yang menggunakkan buku teks. Maka disimpulkan kajian yang dijalankan oleh beliau iaitu
Keberkesanan penggunaan modul kartun dalam meningkatkan pencapaian Biologi pelajar
hipotesis kajian beliau diterima.
Selain itu Long Fern Nee & Amir Hamzah Sharaai (2012), dalam kajian penggunaan strip
komik bagi meningkatkan pencapaian murid dalam topik Kitaran Air tahun 5 di salah sebuah
22

sekolah rendah di daerah Pulau Pinang. Menggunakan rekabentuk ujian pra dan pasca
untuk mengumpul data. Seramai 10 orang murid tahun 5 dipilih (6 orang murid lelaki dan 4
orang murid perempuan). Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap penggunaan strip komik. Perbezaan ini menunjukkan bahawa selepas
intervensi dijalankan iaitu penggunaan kaedah strip komik telah menunjukkan peningkatan
pencapaiaan murid.
Antara kajian Azlina Abdul Wahab(2013) antara pengkaji yang cuba menggunakan
pendekatan komik terhadap mata pelajaran Sejarah. Menggunakan pendekatan kaedah
kualitatif dalam kajian untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan Ilustrasi Komik
Terhadap pelajar tingkatan 4 dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di salah sebuah
sekolah di daerah Papar Sabah. Menggunakan kaedah temubual berstuktur, separa
berstuktur, pemerhatian melalui rakaman video dan kajian dokumen sebagai instrument
kajian. Seramai 6 orang pelajar dari tingkatan 4 dipilih dari 3 buah kelas yang berbeza.
Dapatan kajian penyelidik dapat merumuskan bahawa ilustrasi yang dijhasilkan oleh pelajar
memberikan manfaat kepada pelajar tersebut. Pelajar yang memberikan respon bahawa
pelajar boleh mengingat semula apa yang telah dilakar dan dilukis bersama dengan rakan
pelajar tanpa melihat dan membaca kepada teks fakta tersebut. Dapatan kajian mendapati
bahawa guru kurang menggunakan dan mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam
kelas.Semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan ilustrasi komik,
penyelidik melakukan rakaman video dan hasil dapatan pemerhatian tersebut menunjukkan
pelajar lebih gemar melakukan pembelajaran secara berkumpulan dan seronok untuk
menghasilkan idea ilustrasi komik. Majoriti pelajar berpendapat bahawa kaedah ini
memudahkan pelajar untuk memahami subjek Sejarah dengan lebih baik.Dalam kata lain,
pelajar mudah untuk mengingati fakta berbentuk teks yang telah diillustrasikan oleh pelajar
itu sendiri.

Dalam satu kajian lain yang dijalankan oleh Micheal M.Van Wyk(2011) menggunakan kartun
sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kefahaman pelajar
Ekonomi Institute Pengajian Di Afrika Selatan. Menggunakan kualitatif dan kuantitatif
metodologi dan kaedah temubual serta tinjauan untuk mengkaji kesan penggunaan kartun
sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran Ekonomi. Kajian dilakukan terhadap 68
pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan di salah sebuah university di Afrika Selatan. Bilangan
responden 68 orang iaitu 48 orang perempuan dan 20 orang lelaki.Keputusan data (RMR)
Chi-Square 0.015, (GFI)0.78 dan hasil temubual 87.5% daripada pelajar menyatakan
23

kepuasan dan kefahaman yang tinggi terhadap penggunaan kartun dalam pembelajaran
Ekonomi dan data menunjukkan penggunaan kartun memberikan impak yang positive.
Wawancara mendedahkan bahawa kartun member impak positif pembelajaran yang
membina, pembelajaran koperatif dan kolaboratif pembelajaran di kalangan rakan-rakan.
Cadangan telah dibuat cara untuk menggunakan kartun sebagai teknik untuk mewujudkan
kepentingan dan membangunkan pemikiran kritis dan kemahiran pengajaran reflektif dalam
pendidikan Ekonomi.

2.7 KERANGKA KONSEP KAJIAN

PEMBOLEH UBAH
TIDAK BERSANDAR

PEMBOLEH
UBAH
BERSANDAR

PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
SEDIA ADA

PENCAPAIAN
MATA
PELAJARAN
SEJARAH
SEJARAH

PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
MENGGUNAKAN
KARTUN

2.5 KESIMPULAN
Secara amnya, dapatan-dapatan kajian lalu menunjukkan bahawa penggunaan kartun
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah adalah program yang berguna
dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat. Ini adalah disebabkan pelajar
mudah memahami konsep kartun yang ringkas dan mengadungi unsur-unsur jenaka, yang
membolehkan mereka membayangkan perkara sebenar.
Walaupun kebaikan penggunaan kartun telah dibuktikan melalui beberapa kajian lalu,
keberkesanannya belum lagi dibuktikan secara menyeluruh bagi kurikulum Sejarah di
Malaysia. Kepentingan mengkaji kaedah

ini menjadi lebih penting lagi memandangkan

24

kaedah ini ini telah mula diguna pakai di beberapa sekolah di Malaysia bagi mengajar tajuktajuk tertentu dalam mata pelajaran yang lain sebagai contoh sains dan matematik. Jesteru
Kajian ini akan dilakukan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan teknik kartun dalam
meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam matapelajaran sejarah, secara khususnya.
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan tentang apakah reka bentuk yang akan digunakan dalam kajian
ini. Ini bertujuan kerana reka bentuk kajian adalah perkara yang penting, hal ini demikian
Menurut Kerlinger (1973), reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari maklumat dan
mengawal varians yang tidak berkaitan dengan penyelidikan. Oleh itu satu reka bentuk
kajian yang kemas diperlukan untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab persoalan
kajian. Selain itu instrumen kajian atau alat ukur juga akan diterangkan dalam bab ini. Di
samping itu untuk mendapatkan kesahan data dan kebolehpercayaan sesuatu instrumen
kajian rintis dijalankan untuk menguji alat ukur yang digunapakai.

3.2 Reka Bentuk Kajian


Berdasarkan persoalan kajian, reka bentuk kuasi eksperimental (quasi experimental design)
merupakan reka bentuk yang paling sesuai untuk digunakan. Ini adalah kerana, kedua-dua
kumpulan yang digunakan dalam kajian ini telah tersedia wujud dan pengkaji hanya memilih
kumpulan mana yang dijadikan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Secara lebih
spesifik, kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk kumpulan kawalan praujian
pascaujian tak rawak (non-randomised pretest-posttest control group design) (Borg & Gall,
1983).
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan kelas
tingkatan 2, iaitu kumpulan pertama yang disebut sebagai kumpulan rawatan, dan kumpulan
kedua disebut sebagai kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan akan diberi ujian pra sebelum rawatan , manakala ujian pasca pula diberikan di

25

akhir rawatan. Jangka masa kajian ialah selama empat minggu. Dua orang guru terlibat
dalam menjalankan pengajaran bagi kedua-dua kumpulan. Reka bentuk kajain diringkaskan
seperti berikut:
Jadual 3.2
Reka bentuk kajian
Kumpulan
Rawatan
Kawalan

Ujian pra

Rawatan
U1
U1

X1
X2

Ujian pasca
U2
U2

Kekunci :
X1:

Kumpulan rawatan menggunakan ilustrasi kartun

X2:

Kumpulan kawalan, menggunakan buku teks sekolah (p&p sedia ada)

U1:

Ujian pra

U2:

Ujian Pasca

Untuk menjalankan kajian kuasi eksperimen ini, pengkaji memilih dua buah kelas dari
sekolah yang berlainan, di mana kumpulan rawatan adalah dari sekolah A dan kumpulan
kawalan dari sekolah B. Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dipadankan dari segi
pencapaian akademik. Ini bertujuan untuk mengimbangi tahap pencapaian setiap kumpulan
Pemilihan sekolah adalah mengikut jantina yang sama ini adalah untuk mengurangkan ralat
kerana mungkin terdapat perbezaan dari segi jantina. Kumpulan

rawatan menerima

pengajaran dan pembelajaran kartun. Sementara kumpulan kawalan akan menerima


pengajaran dan pembelajaran sedia ada. Menurut Azizi Yahaya et.al (2007), kumpulan
rawatan biasanya menerima atau mengalami satu layanan baru yang sedang dalam kajian,
sementara kumpulan kawalan menerima layanan yang berbeza ataupun dikekalkan dalam
bentuk biasa. Kedua-dua kumpulan tersebut akan diberi ujian pra dan ujian pasca sebelum
dan selepas kajian dijalankan. Walaupun pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak,
pengkaji akan mengenalpasti bahawa sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut
mempunyai kebolehan pencapaian yang hampir sama berdasarkan peperiksaan ujian Mac
2014 yang telah dijalankan.Tujuan reka bentuk kuasi eksperimen ini dipilih ialah untuk
mengenal pasti perbezaan pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi kedua-dua kumpulan,
iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

26

3.3 Pemboleh Ubah Kajian


Dalam reka bentuk kuasi eksperimen ini terdapat dua pemboleh ubah yang dikaji, iaitu
pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tak bersandar (bebas). Di dalam kajian ini
pemboleh ubah bersandar ialah pencapaian mata pelajaran sejarah yang diperolehi melalui
ujian pra dan ujian pasca, manakala pemboleh ubah tak bersandar ialah pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kartun dan p&p sedia ada. Menurut Azizi Yahaya et. al (2007),
satu bahagian daripada persekitaran yang dimanipulasikan adalah pemboleh ubah tak
bersandar, manakala kesan tingkah laku manipulasi adalah pemboleh ubah bersandar, iaitu
apa yang diukur.

Selain pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar, terdapat pemboleh
ubah-pemboleh ubah luaran atau pemboleh ubah ekstranus yang mungkin mengganggu
keputusan kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara kumpulan, jangka masa
kajian dan penyediaan soalan. Bagi mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah ekstranus
tersebut, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya, pemilihan sampel yang terdiri
daripada dua kumpulan pelajar mestilah berada pada tahap pencapaian mata pelajaran
Sejarah yang hampir sama.

3.3 KERANGKA PERSAMPELAN


Bilangan sampel dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 2 S.M.K Convent,
Ipoh dan pelajar tingkatan 2 S.M.K Seri Intan. Jumlah bilangan sampel terdiri daripada 54
orang pelajar perempuan. Pemilihan sampel adalah secara pemlihan sistematik sampling
27

iaitu pemilihan dilakukan secara sistematik dan bukan secara rawak yang mana prestasi
kumpulan sampel adalah terdiri daripada pelajar yang sederhana pencapaiaan mereka.
Sampel kajian akan dikelompokkan kepada dua kumpulan, iaitu 25 orang pelajar
dikelompokkan dalam kumpulan rawatan dan 27 orang dalam kumpulan kawalan.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set ujian pencapaian ( ujian pra dan
ujian pasca). Ujian pencapaian ini terdiri daripada 30 soalan objektif aneka pilihan dengan
tiga pilihan jawapan (A, B,C dan D), yang berkaitan dengan tajuk Kekayaan Ekonomi
Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke. Semua item ujian pencapaian ini telah
dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Sejarah(2014), Huraian Sukatan
Pelajaran Sejarah Tingkatan 2, (2014) dan Buku Teks Pendidikan Sejarah, KBSM Tingkatan
2.
3.5 KESAHAN
Kesahan ujian pra dengan ujian pasca
Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi
mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi
nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang
akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti.
Bagi menentukan kesahan kandungan, kedua-dua ujian pra dan ujian pasca bersama
skema pemarkahan masing-masing yang disediakan ini telah disemak oleh beberapa orang
guru Sejarah yang berpengalaman lebih daripada sepuluh tahun untuk memastikan
persoalan yang diuji mengandungi isi kandungan yang memenuhi hasil pembelajaran
seperti yang digariskan oleh PPK. Oleh sebab item ujian pasca adalah soalan yang berbeza,
pengkaji memaklumi guru yang terlibat untuk membandingkan keperluan bahawa kedua-dua
ujian itu perlu seimbang dan setara untuk memastikan tahap isi kandungannya memuaskan
antara satu sama lain. Berdasarkan cadangan yang mungkin diberikan oleh guru sejarah ini,
pemurnian dilakukan selepas penyemakan terhadap cadangan jika ada.
Seterusnya, kebolehpercayaan terhadap ujian pra dan ujian pasca ini diuji dalam kajian
rintis. Hal ini bertujuan untuk memastikan tahap soalan yang disediakan adalah bersesuaian
dan soalan yang diajukan dapat difahami. Sekiranya terdapat soalan yang dikenal pasti
kabur atau menimbulkan masalah atau persoalan kepada sampel kajian rintis ketika
menyelesaikannya, sekali lagi pemurnian dilakukan.

28

3.5.1

KAJIAN RINTIS DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Kajian rintis ini amat penting untuk membuat sebarang perubahan sekiranya data tidak
memuaskan. Setelah membuat ujian rintis prosedur mentadbir ujian atau instrument
dilakukan dan kemudian mengutip dan mengumpul data yang telah dijalankan bagi
menganalisis data tersebut untuk melihat hasil kajian yang telah dijalankan.
Kajian rintis adalah bertujuan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan
instrument yang kita gunakan. saya telah menjalankan kajian rintis ke atas ujian pencapaian
menggunakan

kaedah

uji-uji

semula

(test-retest)

untuk

mendapatkan

pekali

kebolehpercayaan alat kajian. Ujian Pra yang sama telah ditadbirkan ke atas tiga puluh satu
orang pelajar Tingkatan 3 S.M.K Convent Ipoh yang tidak terlibat dalam kajian ini dalam
jarak masa dua minggu bagi melihat ketekalan alat kajian. Menurut Mohd Majid Konting
(2004), markah-markah yang didapati daripada pengukuran pertama dan pengukuran kedua
dikorelasikan dan pekali korelasi yang terhasil merupakan indeks kebolehpercayaan.
Sekiranya pekali korelasi positif dan teguh maka indeks kebolehpercayaan bagi alat ukur
tersebut adalah tinggi. Nilai pekali korelasi dibandingkan dengan jadual pekali korelasi yang
diinterpretasikan oleh Guilford (seperti dipetik dari Su Lih Teng, 2007) seperti berikut:

Jadual 1: Jadual perbandingan nilai pekali korelasi


Nilai Pekali Korelasi
Kurang daripada 0.20
0.20 0.40
0.40 0.70
0.70 0.90
0.90 1.00

Interpretasi
Hubungan yang sangat lemah
Korelasi rendah
Korelasi sederhana
Korelasi tinggi
Korelasi yang sangat tinggi

29

kebolehpercayaan atau reliability ialah satu konsep yang merujuk kepada ketekalan
(consistency) dan kestabilan (stability) sesuatu ukuran, alat ukur kajian atau soal
selidik. Ia bertujuan untuk mengukur konsep yang sama kepada populasi atau
kebolehpercayaan merujuk kepada tahap ketekalan alat ukur yang mengukur
sesuatu gagasan atau pembolehubah yang sama dikatakan tidak tekal seterusnya
mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.terdapat tiga jenis kebolehpercayaan
iaitu konsisten dalaman (internal consistency) iaitu satu ujian diambil hanya sekali
mengukur sejauh mana item dalam satu kajian adalah konsisten antara satu sama
laindengan keseluruhannya. manakala yang kedua ialah kesetaraan dan kestabilan
(equivalent and stability) iaitu dua ujian berbeza tetapi setara dari isi kandungan,
JSU, format dan arahan menjawab diberi kepada peserta pada masa yang sama
atau berlainan. Dan yang ketiga kaedah kebolehpercayaan yang digunakan oleh
pengkaji iaitu kaedah uji dan uji sekali lagi (test, retest), darjah dimana skor ke atas
ujian yang sama adalah konsisten pada selang masa tertentu didapati skor yang
diperoleh pada ujian yang pertama menghampiri skor untuk ujian yang diuji sekali
lagi. Semakin sama skor pada ujian yang dijalankan pada selang masa tertentu
samakin stabil skor ujian tersebut. ujian dijalankan keatas kumpulan tertentu selepas
dua minggu ujian yang sama dijalankan keatas kumpulan yang sama. Nilai pekali
kolerasi dihitung antara skor ujian yang pertama dengan ujian skor yang kedua.

**. Correlation
the 0.01 level

Jadual 1.1: Korelasi antara ujian (test re test)

Test1
Berdasarkan

Pearson
Correlation

(test1)

Sig. (2-tailed)

dan

Ujian
(test1)

Ujian
(retest)

.953

is significant at
(2-tailed).

data skor ujian


.000

ujian

20

20

analisis

Pearson
Correlation

.953

Pearson telah

tersebut.

Sig. (2-tailed)

.000

Jadual 1.1 ,

(retest)

korelasi
dijalankan

skor

Retest
ke

atas skor-skor

20

Daripada
20

keputusan

analisis korelasi Pearson menunjukkan nilai pekali korelasi, r = 0.953 (p < 0.05). Hal ini
menunjukkan bahawa skor ujian (test1) dan skor ujian (retest) mempunyai korelasi yang
tinggi dan signifikan. Oleh itu, alat kajian yang dibina untuk mengukur pencapaian pelajar
30

dalam ujian pra dan ujian pasca mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai
digunakan.

3.6 PROSEDUR MENTADBIR UJIAN

Selepas kajian rintis dijalankan, kajian sebenar akan dijalankan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Convent, Ipoh melibatkan 62 sampel yang dibahagikan kepada pelajar.
Sebelum sesi P&P bermula, pelajar dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji akan
menguruskan sendiri ujian pra tersebut dan menyemak skor yang diperolehi oleh sampel.
Pengkaji akan tidak melibatkan diri secara langsung dengan mengajar

agar dapat

mengurangkan ralat dalam kajian ini. Minggu pertama pengkaji akan menunjuk ajar guru
yang terbabit dalam membantu menggunakan teknik yang digunakan oleh pengkaji dengan
cara dimana pengkaji

sendiri akan mengajar teknik kartun kepada kumpulan rawatan

selama 45 minit sahaja agar guru yang terlibat dalam proses rawatan ini mendapat
pendedahan awal bagaimana teknik yang akan digunakan untuk penyampaian kepada
pelajar dan hari berikutnya guru terbabit akan menggunakan teknik yang digunakan oleh
pengkaji keatas kumpulan rawatan. pengkaji telah menyediakan sebanyak 12 Lesson Plan
untuk digunakan oleh guru terbabit. Bagi kumpulan kawalan pula pengkaji telah meminta
bantuan guru dari sekolah lain iaitu guru dari S.M.K Seri Intan bagi membantu untuk
menjalankan ujian ke atas kumpulan kawalan ini akan memudahkan pengkaji kerana
kumpulan kawalan akan menggunakan kaedah konvensional iaitu chalk and talk, kemudian
pengkaji mengagihkan Ujian Pra kepada kumpulan kawalan

dankemudian kumpulan

kawalan menjawab soalan dalam masa 40 minit dan selesai menjawab data dikumpulkan
sebagai rujukan kajian.
Selepas empat minggu pengkaji mengajar dengan menggunakan strip komik dan memberi
nota kepada pelajar dalam bentuk komik. Kemudian selesai mengajar pengkaji
mengedarkan Ujian pasca kepada kumpulan sasaran. Sama seperti ujian pra, pengkaji akan
menguruskan sendiri ujian pasca tersebut dan menyemak skor yang diperolehi oleh sampel
bagi kumpulan sasaran. Seterusnya, skor ujian pra dan ujian pasca akan dikumpulkan untuk
dianalisis oleh pengkaji.
3.7 PROSEDUR MENGUTIP DATA
Data ujian pra dan pasca dikumpulkan dan data diintepretasikan dapatan data untuk
mendapatkan min dan sisihan piawai. Dapatan data dipersembahkan dengan menggunakan
grafik graf carta palang supaya jelas kelihatan perbandingan yang dilakukan. Selain itu
31

dapatan data seperti ujian pra dan pasca diintepretasikan dengan menggunakan perisian
SPSS version 21. Data diuji dengan menggunakan kaedah statistic discriptive.Jadual 2
menunjukkan prosedur kajian tindakan ini.

Jadual 2: Prosedur mengutip data


Langkah

Cara pelaksanaan

Jenis instrument yang di

Pemilihan kumpulan sasaran

gunakan
Soalan ujian bulanan

Mengajar bab 4 sejarah tingkatan 2

Tindakan konvensional

Secara konvensional chalk and talk


3

Mengagihkan ujian pra

Ujian pra (rujuk lampiran)

Mengajar dengan menggunakan kartun

Tindakan intervensi

5
6

Mengagihkan ujian pasca


Mengumpul data dan membuat analisis

Ujian pasca (rujuk lampiran)


Perisian SPSS ver21

perbandingan tindakan konvensional dan


intervensi

Objektif kajian adalah untuk meningkatkan tahap pencapaiaan murid terhadap subjek
sejarah tingkatan 2 dengan penggunaan kartun dalam sesi p&p. Dalam kajian ini instrument
pengumpulan data yang terlibat adalah berunsurkan data kuantitatif . Proses pengumpulan
data kuantitatif melibatkan pelaksanaan instrument ujian pra dan pasca demi mendapatkan
pembolehubah pencapaian murid yang boleh diukur . kedua-dua ujian pra dan pasca adalah
bertujuan untuk mengkaji pencapaian murid dalam matapelajaran sejarah tingkatan 2.

3.7.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca


Instrument ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk mengkaji perbezaan pencapaian
pelajar selepas menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sejarah tingkatan 3. Keduadua ujian pra dan pasca mengandungi sebanyak 30 soalan objektif aneka pilihan (rujuk
jadual 2). Item soalan kajian bagi kedua-dua ujian pra dan pasca 1 adalah sama tetapi ujia
32

pasca hanya diubahsuaikan dari segi susun atur soalan item. Tempoh menjawab soalan
adalah 40 minit sahaja.

Jadual 2.1: Instrument pengumpulan data kajian tindakan


No

Instrument

Indeks Soalan

Bilangan Item

Pengumpulan
1
2

Data
Ujian pra
Ujian pasca

Pemberatan
(%)

Soalan objektif
Soalan objektif

30
30

100
100

Kesimpulan
Metodologi kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah sebagai panduan dan gambaran
yang dapat memberi hala tuju proses kajian dengan lebih teratur dan sistematik. Oleh itu
pengkaji telah memperlihatkan langkah-langkah yang dilakukan dalam proses
melaksanakan kajian. Setiap prosedur yang dinyatakan dalam bab ini bertujuan
memudahkan proses penyelidikan dijalankan.
.

33

34

Anda mungkin juga menyukai