Anda di halaman 1dari 26

AGAMA ISLAM adalah agama yang

mengimani satu Tuhan , iaitu Allah . Dengan


lebih dari satu seperempat bilionorang
pengikut di seluruh dunia, menjadikan Islam
sebagai agama terbesar kedua di dunia
setelah agama Kristian. Islam mempunyai arti
"penyerahan", atau penyerahan diri
sepenuhnya kepada Tuhan.Pengikut ajaran
Islam dikenal dengan sebutan Muslim yang
berarti "seorang yang tunduk kepada Tuhan
atau lebih lengkapnya adalah Muslimin bagi
laki-laki dan Muslimat bagi perempuan
Agama Islam mempercayai bahawa al-
Qur'an dan Sunnah (setiap perkataan dan
perbuatan Muhammad) sebagai sumber hukum dan
peraturan hidup yang fundamental.Mereka tidak
menganggap Muhammad sebagai pengasas agama
baru, melainkan sebagai penerus dan pembaharu
kepercayaan monoteistik yang diturunkan
kepada Ibrahim , Musa , Isa , dan nabi oleh Tuhan
yang sama.Islam menegaskan bahawa
agama Yahudi dan Kristian belakangan setelah
kepergian para nabinya telah membelokkan wahyu
yang Tuhan berikan kepada nabi-nabi ini dengan
mengubah teks dalam kitab suci, memperkenalkan
intepretasi palsu, ataupun kedua-duanya.
Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.
Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya
Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya
Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh
umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama
ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim
dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama
Islam bagi menandakan berakhirnya
bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani
ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua
perayaan terbesar bagi umat Islam, selainHari Raya
Korban.
Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang
berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha
Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum
masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam
5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam dua
ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah
menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Agama
Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di
seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta
penganut. Agama Budddha dikenali sebagai salah satu
agama yang paling besar di dunia.
Mereka mempercayai mereka akan lahir semula di Sorga
Barat untuk menunggu saat Buddha Amitabha
memberikan khotbah Dhamma dan Buddha Amitabha
akan memimpin mereka ke tahap mencapai 'Buddhi'
(tahap kesempurnaan dimana kejahilan, kebencian dan
ketamakan tidak ada lagi). Ia merupakan pemahaman
Buddha yang paling disukai oleh orang Tionghoa.
Seorang Buddha bukannya dewa atau makhluk suci yang
memberikan kesejahteraan. Semua Buddha adalah
pemimpin segala kehidupan ke arah mencapai
kebebasan daripada kesengsaraan. Hasil amalan ajaran
Buddha inilah yang akan membawa kesejahteraan
kepada pengamalnya.
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina
bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun
dan dinamakan sempena nama haiwan.Tahun Baru Cina
melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak
saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan
dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar
mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun
yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi
menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau
puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah
limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari
Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan
berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei
disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara
besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga
diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar
dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.Chap
Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di
mana para gadis akan berpakaian serba indah dan
mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan
yang secucuk.
Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai tiga fungsi
utama, iaitu mencipta (Brahman), memelihara (Vishnu) dan
membinasa (Siva).Agama ini telah menjadi agama yang
penting serta memaparkan dominasi golongan
Brahmin.Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum
Karma yang tersabit dengan kelakuan manusia semasa
hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula
adalah bergantung pada karma dan tujuan hidup pula
adalah untuk mencapai Moksya, iaitu kebebasan mutlak.
Sesiapa yang mencapai tahap itu akan bersatu dengan
Tuhan dan tidak akan dilahirkan lagi ke dalam dunia ini.
Oleh yang demikian, seseorang itu perlu berbuat baik
semasa hidupnya agar seseorang itu dapat mencapai
Moksya.
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang
disambut oleh mereka yang beragama Hindu
di seluruh dunia bagi menghormati dewa
Hindu, iaitu Dewa Murugan.Thaipusam
dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh
dalam kalendar Tamil Hari Thaipusam
merupakan hari menunaikan nazar dan
menebus dosa atau memohon ampun di atas
dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh
semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan
"Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang
beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada
antara bulan Oktober dan November. Menurut lagenda,
Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras
rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh olehDewa
Krishna.
Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua
manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu
sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik
tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan
kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan
menjauhi daripada membuat kejahatan sesama
manusia.Pelita yang dipasang dalam barisan dapat
dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi
kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan
Deepavali.
Kristian adalah sebuah agama
monotheis yang berdasarkan
kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus
dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan
dalam karya-karya para pengikutnya
dalam Perjanjian Baru. enganut
Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran
Jesus Christ Jesus dikenali juga
dengan panggilan ‘Al-Masih’.
Agama Kristian adalah unik di antara semua
kepercayaan, kerana agama Kristian adalah
lebih kepada hubung dengan Tuhan daripada
upacara keagamaan. Kristian percaya bahawa
hanya terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga
orang, iaitu Bapa, Anak (Yesus Kristus) dan
Roh Kudus. Kristian percaya bahawa manusia
dicipta untuk menjalin hubungan dengan
Tuhan, tetapi dosa telah memisahkan
manusia daripada Tuhan (Roma 5:12, 3:23).
Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah
perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian,
disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi
memperingati kelahiran (dimana faktanya, tarikh tersebut
bukanlah tarikh kelahiranNya))Jesus dari Nazareth,
pengasas ajaran Kristian. Adat resam moden perayaan ini
termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di
gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok
Krismas, lampu hiasan, daunmistletoe, holi atau lakonan
semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah
merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan
dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas.
Kadazan ialah kelompak etnik bumiputera bagi
negeri Sabah di Malaysia. Kebanyakan mereka
tinggal di sebelah pantai barat Sabah, namun
terdapat juga di kawasan pedalaman.
Disebabkan kesamaan dalam budaya dan
bahasa dengan orang Dusun, dan juga atas
sebab inisiatif politik, istilah baharu “Kadazan-
Dusun" diwujudkan bagi menggabungkan
mereka. Bersama, mereka merupakan kelompok
etnik terbesar di Sabah
Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun,
Kinorohingan merupakan tuhan di mana
mereka meminta sesuatu seperti
keselamatan dan perlindungan dari sebarang
penyakit. Kinorohingan juga dapat
menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti
"Roogon" atau syaitan. Masyarakat
kadazandusun mempercayai bahawa roh
orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu
dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi
ke syurga atau neraka.
Setiap tahun selepas menuai padi,
masyarakat kadazandusun
mengadakan upacara "Magavau" iaitu
upacara kesyukuran bagi menghormati
semangat padi. Upacara ini dijalankan
oleh "Bobohizan" atau ketua bomoh
dengan membaca mentera.Namun
demikian,pada hari ini semakin ramai
masyarakat kadazandusun yang telah
memeluk agama Kristian dan agama
Islam.
KaumIban atau KaumDayakIban bermaksud Orang /Man
usia), adalah salah satu rumpun Dayak yang terdapat
di Sarawak.Kaum Iban dengan jumlah sekarang
sebanyak 1,000,000 iaitu 40% daripada jumlah
penduduk Sarawak. kaum Iban merupakan kumpulan
etnik yang terbesar di Sarawak dan kaum keempat
terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina dan
India. Mereka mendiami daerah dan bahagian negeri
Sarawak.Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung
di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di
tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi
mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan
berkomunikasi antara satu sama lain.
Tradisi orang Iban adalah adat, budaya dan kepercayaan
asal mereka, tanah pusaka dan kehidupan di rumah
panjang. Banyak adat-adat asal yang masih diamalkan
dan digunapakai dalam komuniti di rumah-rumah
panjang untuk menjaga ketenteraman dan keamanan
masyarakat. Budaya menyimpan pasu, gong, dan
tempayan yang dipanggil tajau masih diamalkan hingga
sekarang walaupun berkurangan. Ia diwarisi secara turun-
temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau
berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara
tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera
Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.
Perayaan Gawai merupakan pesta utama
bagi suku kaum Iban sebagai upacara
keagamaan dan kepercayaan asal untuk
menyembah para dewa. Sambutan Hari
Gawai Dayak yang dijalankan antara hari
pertama mulanya pada 1 May dan hari
kedua pada bulan 1 Jun adalah terpenting.
Biasanya, [Tarian Ngajat]] ditarikan dalam
sambutan Hari Gawai sebagai tanda
kesyukuran dalam kehasilan menuai padi
sepanjang tahun ini

Anda mungkin juga menyukai