Anda di halaman 1dari 3

Anak anda adalah salah seorang daripada berjuta kanak-kanak di dunia yang memiliki sifat unik yang

membezakannya dengan kanak-kanak yang lain. Cara terbaik pembelajaran seseorang kanak-kanak itu
bergantung kepada banyak faktor: umur, gaya pembelajaran, dan personalitinya. Artikel ini akan
menerangkan tentang beberapa gaya pembelajaran kanak-kanak untuk anda baca dan kemudian
membuat penilaian terhadap anak anda. Ia diharap dapat membantu anda memilih aktiviti dan kaedah
yang paling sesuai untuk pembelajaran anak-anak anda.
Kanak-kanak Melalui Peringkat Pembelajaran yang Berbeza
Seorang bayi belajar mengenal dunia dengan memberikan reaksi terhadap input yang dirasai melalui
derianya.
Daripada umur 2 sehingga 7 tahun kanak-kanak akan mula membina kebolehan untuk mencari sebab
dan berfikir, namun ia masih bepusat kepada dirinya sendiri (self-centred).

Selepas berumur 7 tahun, kanak-kanak biasanya akan menjadi kurang self-centred dan boleh melihat di
luar daripada dirinya. Sehingga mencapai umur 12 tahun, kebanyakan kanak-kanak boleh mula
menaakul dan menguji idea-ideanya mengenai dunia.
Ini bermakna, bagi kanak-kanak kecil kita perlu untuk 'personalise' dan memberikan contoh-contoh yang
mempunyai kaitan dengan diri mereka sementara kanak-kanak yang lebih berumur memerlukan
bantuan dalam membangunkan kepekaan diri terhadap dunia di sekeliling mereka. Ini juga bermakna
bahawa kanak-kanak mesti berada pada tahap yang betul sebelum mereka bersedia mempelajari
sesuatu. Misalnya, kanak-kanak yang lebih kecil bersedia untuk belajar konsep nombor, warna dan
bentuk tetapi tidak bersedia untuk belajar perkara-perkara abstrak seperti tatabahasa dan sebagainya.
Pelajar jenis apakah anak-anak anda?
Adalah penting untuk anda mengambil tahu dan memahami bagaimana anak-anak anda dapat belajar
dengan cara yang lebih baik atau dengan cara yang ia paling suka. Apakah kepekaan mereka yang paling
utama? Adakah mereka sukakan gambar-gambar atau membaca? Jika demikian, anda bolehlah
menggalakkan anak-anak anda menggunakan lukisan, gambar, peta dan gambarajah sebagai sebahagian
daripada bahan pembelajaran mereka.
*Sebahagian kanak-kanak suka mendengar kepada penerangan dan membaca dengan kuat. Anda boleh
menggunakan pembacaan cerita untuk menggalakkan pembelajaran bagi kanak-kanak jenis ini.
Kebanyakan kanak-kanak memang seronok belajar melalui nyanyian dan lagu.
*Adakah anak-anak anda suka untuk menyentuh benda dan bergerak bebas? Ada sebahagian kanakkanak yang kelihatan sangat bertenaga dan lincah. Anda boleh menggunakan permainan (game) untuk
menggalakkan mereka bergerak, pembacaan cerita atau mungkin dengan kaedah menari bersama
mereka!

*Jika anak anda seorang yang pendiam, mempunyai kosakata yang baik dan boleh membaca dengan
baik, permainan seperti 'word games', 'crosswords' dan carian perkataan sesuai digunakan untuk
menggalakkan mereka belajar.
*Terdapat kanak-kanak yang memerlukan penerangan yang terang dan jelas mengenai peraturan (rules)
dan corak (patterns) dan dalam masa yang sama mereka ini baik dalam menguasai matematik. Untuk
kanak-kanak seperti ini, aktiviti seperti permainan teka-teki 'word puzzles', 'reading and writing puzzles',
penyelesaian masalah (problem-solving), meletakkan benda-benda mengikut sususan atau kategori dan
juga permainan komputer (computer games) menyediakan peluang pembelajaran yang ideal.
Apakah jenis interaksi yang disukai oleh anak anda?
Terdapat sebahagian kanak-kanak mudah mesra, mampu bersosial dengan baik dan boleh belajar
sesuatu bahasa dengan cepat kerana mereka hendak berkomunikasi. Kanak-kanak jenis ini tidak takut
untuk membuat kesilapan.
*
Terdapat sebahagian kanak-kanak lebih pendiam dan lebih reflektif. Mereka belajar dengan cara
mendengar dan memerhati apa yang berlaku. Kanak-kanak jenis ini tidak suka melakukan kesilapan dan
tidak akan memulakan sesuatu perkara atau tindakan sehinggalah mereka mendapat kepastian.
*Jika anak anda jenis yang mudah mesra, belajar secara berkumpulan dengan kanak-kanak lain mungkin
lebih baik baginya. Sementara bagi anak yang jenis pendiam, ia lebih perlukan privasi, keadaan yang
lebih senyap dan tenang untuknya mempelajari sesuatu bahasa. Salah satu cara yang anda boleh
lakukan ialah dengan membacakan cerita dalam bahasa Inggeris ketika ia hendak tidur.
Memotivasikan Anak Anda
Untuk mewujudkan motivasi dalam diri seseorang kanak-kanak, pembelajaran perlulah dalam keadaan
yang seronok dan tidak memberikan tekanan (stress-free). Galakkan anak anda untuk menuruti
kehendak dan minatnya sendiri. Sebagai contoh, jika anak anda meminati bolasepak, dia biasanya akan
gemar untuk membaca cerita mengenai bolasepak walaupun tahap bahan cerita itu sukar sedikit. Jadi,
dapatkanlah buku tentang bolasepak dalam bahasa Inggeris. Dalam banyak keadaan, minat dan motivasi
akan membolehkan kanak-kanak mengatasi masalah kesukaran untuk belajar membaca bahan bahasa
Inggeris itu.
*Cubalah anda sediakan pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak anda belajar bahasa Inggeris. Lagu
dan muzik bahasa Inggeris, video dan DVD, rancangan TV dalam bahasa Inggeris untuk kanak-kanak,
sebarang jenis permainan (game) terutamanya permainan komputer dapat memotivasikan seseorang
kanak-kanak.
Berapa lama anak anda boleh memberikan tumpuan?

*Kanak-kanak biasanya hanya mampu memberikan tumpuan untuk jangkamasa yang pendek. Oleh yang
demikian, sewaktu anda membuat aktiviti dengan anak anda, misalnya menggunakan flash card,
ataupun membuat gerakerja tertentu menggunakan buku atau kertas, pastikan anda berhenti sebentar
untuk rehat ataupun tukar kepada aktiviti yang lain apabila anak anda dilihat mula bosan atau
menunjukkan kenakalannya.
Membetulkan Kesilapan Anak Anda
Kanak-kanak akan memberikan maklumbalas yang baik jika diberikan galakan dan pujian. Dengan
memberikan pujian dan galakan, anak anda akan tahu bahawa apa yang ia lakukan itu betul dan baik
dan biarkan mereka tahu perkara tersebut. Jangan banyak sangat mengkritik anak anda apabila mereka
membuat silap. Membuat silap adalah suatu perkara yang lumrah apabila belajar bahasa Inggeris.
Jangan menyentuh setiap satu kesilapan tatabahasa. Sebaliknya, galakkan anak anda menggunakan
bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.
Rutin dan Pengulangan
Kanak-kanak perlu mengulangi sesuatu bahasa sebanyak yang mungkin agar bahasa tersebut dapat
'melekat' padanya. Jadi, jangan gusar untuk mengulang bahan yang anak anda gunakan untuk belajar
bahasa Inggeris berkali-kali. Biarkan mereka mengulang sesuatu aktiviti, tajuk atau set perkataan. Kanakkanak biasanya suka untuk mengulang lagu atau cerita yang sama kerana pengulangan mampu
memberikan mereka rasa keyakinan.
Read more at http://maskuleen.blogspot.com/2009/09/bagaimana-membantu-anak-belajarbahasa.html#Lopi4i7EipdBUJJK.99

Anda mungkin juga menyukai