Anda di halaman 1dari 10

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

Perkembangan

Bahasa Peringkat A wal Kanak-kanak

Fadzilah Amzah
Nor Hashimah Hashim
Pendahuluan
Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2003) diwujudkan dengan tujuan menyuburkan potensi
murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap
positif sebagai persediaan kanak-kanak
peringkat prasekolah
untuk memasuki alam
persekolahan. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum prasekolah ini dibentuk dengan memberi
penekanan seimbang terhadap enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara
bersepadu, iaitu bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian dan moral,
perkembangan sosio emosi, perkembangan fizikal, serta kreativiti dan estetika
Kurikulum prasekolah ini memberikan keutamaan kepada komponen bahasa dan komunikasi.
Hal yang demikian kerana aspek penguasaan bahasa amat penting dalam proses pembelajaran.
Babasa merupakan medium perantara dalam menyampaikan
ilmu pengetahuan. Justeru,
perkembangan dan penguasaan bahasa yang baik akan membantu seseorang kanak-kanak itu
untuk menguasai mata pelajaran yang lain dengan berkesan.

Perkembangan

Bahasa Peringkat Awal Kanak-kanak.

Menurut Mahzan (2003), pendidikan prasekolah pada suatu masa dahulu lebih banyak
memfokuskan pengajaran men genal huruf atau dikenali sebagai 'celik buruf. Kemahiran ini
bermaksud,
kanak-kanak
terse but mempunyai
kemampuan
yang minimum
dalam
perkembangan tahap literasi mereka. Umurnnya, pada masa seperti itu dapat diandaikan
bahawa seseorang kanak-kanak yang dapat mengenal pasti huruf atau abjad dalam sesuatu
sistem bahasa dianggap sudah mencapai tahap celik huruf yang memadai untuk pendidikan
peringkat awal mereka.
Namun, anggapan itu sudah tidak relevan dalam perkembangan pesat dunia pendidikan era
globalisasi kini. Kemajuan dalam sistempendidikan
kini menuntut seseorang kanak-kanak itu
mempunyai keupayaan melewati kemahiran celik huruf. Hal ini bermaksud, seseorang kanakkanak itu bukan setakat menguasai kemahiran as as literasi, tetapi berkeupayaan mencapai
tahap literasi berkesan dengan menggunakan daya pemikiran dalam pembacaan. Keupayaan
membaca dan memahami sesuatu bahan bacaan sering kali dijadikan kayu ukur sarna ada
kanak-kanak tersebut berupaya menguasai bidang atau pengetahuan yang lain. Justeru,
kemampuan literasi yang terbad hanya akan mengebadkan peluang dan proses perkembangan
pendidikan kanak-kanak tersebut.
Peringkat prasekolah merupakan satu platform untuk melonjakkan tabap penguasaan dan
kemahiran literasi seseorang kanak-kanak. Penguasaan kemahiran berbahasa kanak-kanak

17

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

diperoleh melalui empat kemahiran literasi asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Keupayaan seseorang kanak-kanak
menguasai keempat-empat
kemahiran tersebut daripada perspektif pakar bahasa merujuk empat aspek dalam penguasaan
bahasa kanak-kanak, iaitu aspek fonologi, aspek semantik, aspek tatabahasa dan aspek
pragmatik.
Aspek fonologi merujuk kepada kebolehan seseorang kanak-kanak melahirkan bunyi. Hal ini
termasuklah mendiskriminasikan
bunyi, meniru atau meneka pelbagai bunyi seperti bunyi
binatang atau alat mainan, kebolehan menyebut bunyi huruf, perkataan
atau sebaris ayat
mudah. Aspek semantik pula dikaitkan dengan kebolehan seseorang kanak-kanak memahami
percakapan yang didengar atau memahami maksud perkara yang dituturkan atau bahan bacaan
yang dibaca. Pada peringkat awal kanak-kanak, keupayaan ini dapat diperhatikan melalui
kemampuan kanak-kanak terse but mendengar serta bertindak balas dengan arahan guru,
menjawab soalan yang diberikan secara Iisan oleh guru, memahami kandungan bahan bacaan
serta berupaya untuk berkomunikasi dua hala bersama-sama rakan atau guru dengan baik.
Aspek perkembangan tatabahasa pula merujuk kemampuan seseorang kanak-kanak dalam
membina ungkapan, frasa ayat atau ayat mudah dengan menggabungkan beberapa patah
perkataan. Gabungan perkataan ini akhimya dapat membentuk ungkapan, frasa atau ayat yang
bermakna. Perkembangan
tatabahasa kanak-kanak dikatakan meningkat apabila mereka
berupaya untuk menghasilkan ayat mudah kepada perbualan yang lebih kompleks. Hal ini
dapat dilihat melalui kemampuan mereka menggunakan kata hubung, penanda wacana, kata
sendi dan sebagainya. Aspek perkembangan pragmatik pula melihat kepada keupayaan kanakkanak bertutur berdasarkan fungsi bahasa, bertutur berdasarkan peraturan budaya dan
memasukkan elemen komunikasi bahasa badan (non-verbal) dalam pertuturan mereka.

Tahap perkembangan dan penguasaan


dalam Jaduall berikut:
Jaduall

1.

bahasa seseorang

: Tahap Perkembangan

Aspek
Penguasaan
Bahasa

Umur

Aspek Fonologi

2 - 4 tahun

kanak-kanak

dapat diringkaskan

dan Penguasaan Bahasa Kanak-kanak

Kebolehanl Perkembangan

Berupaya meniru bunyi, huruf, perkataan


bunyi binatang, alat mainan, dan sebagainya.

Menyebut huruf atau perkataan dengan baik

Sesetengah perkataan
dengan tepat.

dan

masih sukar dibunyikan

Contoh : komputer, ais krim

Boleh menyanyikan
seni kata
gabungan 3 - 5 patah perkataan
'Saya suka
Saya suka
gembira ... gembira
18

lagu

dalam

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

4-6
tahun

.2.

Aspek Semantik

2-4

Sebutan huruf, perkataan menjadi jelas dan tepat

Boleh menyanyikan
dan terang

Berupaya mengulang semula lagu, nyanyian yang


diajarkan kepada mereka dengan baik.

seni kata lagu dengan jelas

Perbendaharaan
berkembang.

Dapat membezakan perkataan


perkataan berlawan).

tahun

kata

kanak-kanak

sedang

(perkataan

seerti /

Contoh:
wangi - busuk
nakal - jahat

Memahami perkataan
dengan mereka.

(konsep) abstrak yang dekat

Contoh: Jannah cornel, kakak nakal

Dapat menamakanl melabelkan objek atau benda


Contoh:

baju papa, susu Jannah, buku kakak

Berupaya
menyatakan
secara ringkas.

pendapat

dan

perasaan

Contoh:
"Baby sakit perut"
"Baju Jannah dah basah"

4-6

Cetusan perbendaharaan

tahun

10,000 perkataan

Boleh memahami
abstrak
Contoh:

kata yang pesat

perkataan,

frasa

ayat

yang

"Kalau nakal nanti Allah tak sayang"

Berupaya memahami
cerita
secara lisan atau pembacaan

Memahami jalan cerita yang ditonton

Berupaya
menceritakan
didengar dan diceritakan.

semula

Menyanyi
baik

seni kata lagu dengan

19

dan menghafal

yang

disampaikan

perkara

yang

Pendidikan Prasekolah

3.

Aspek Tatabahasa

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

2-4

tahun

Berupaya
menggabungkan
membentuk ayat mudah.
Contoh:

2-3

perkataan

"Janah nakjalan-jalan"

Berupaya
menggunakan
kata bilangan,
tempat dan kata adjektif dalam ayat.

kata

Contoh ayat:
"Nak makan kat KFC'
"Mata mama ada dua"
"Patung Barbie kakak atin cantik"
4-6

Cetus an dalam perbendaharaan

tahun

Aspek tatabahasa berkembang.

kata kanak-kanak.

Boleh bercerita - sarna ada daripada pengalaman


atau buku

Apabila bercakap sudah berupaya menggunakan


unsur tatabahasa dalam pertuturan - kata sendi,
penjodoh bilangan, kata imbuhan dan sebagainya.
Contoh ayat:
"Kakak Atin adajam, tapi Jannah tak adajam".

4.

Aspek
Pragmatik

2-4
tahun

Menghasilkan ayat yang lebih kompleks - ayat dua


lapis, ayat tanya dan sebagainya.

Contoh:
"Kalan tak makan ubat nanti demam".

Fungsi bahasa lebih merujuk fungsi peribadi

Konsep egosentrik

Berupaya
mudah

Bertutur lebih banyak berkisar dalam konteks diri


sendiri dan keluarga.

bertutur dalam konteks yang sederhana

Contoh ayat:
"Ini baju adik, kakak tak boleh pakai"
4-6
tahun

Berupaya untuk bertutur berdasarkan fungsi bahasa,


iaitu:
i.

Fungsi peribadi

ii.

Fungsi perhubungan

iii. Fungsi menyampaikan


iv. Fungsi menyoal

Berkomunikasilberbual
dengan Iancar dan berkesan
bersama rakan atau guru.

Boleh memberikan
berbuat demikian.

20

tindak

balas

apabila

diminta

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

Kemahiran Literasi Asas Peringkat A wal Kanak-kanak


Berdasarkan KBSM (1992), kemah iran literasi merujuk kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dalam sesuatu sistem bahasa. Kesemua kemah iran literasi ini
merupakan kemahiran yang penting bagi seseorang kanak-kanak agar bersedia dan dapat
menjalani alam persekolahan formal dengan lebih berkesan. Justeru kemah iran asas ini perlu
diterapkan dan dibentuk secara terancang dan bersepadu pada peringkat awal pendidikan
mereka. Kanak-kanak yang mendapat pendedahan kepada pendidikan literasi yang terancang
akan dapat mengembangkan serta menggunakan potensi literasi mereka sepenuhnya . Sebagai
contoh, kanak-kanak yang terdedah pada aktiviti literasi lebih awal akan lebih kaya
pengalaman literasinya berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat pendedahan yang luas
dalam kegiatan literasi.
Menurut Syed Abu Bakar Syed Akil (1994), kesediaan membaca bergantung kepada peluangpeluang yang terbuka kepada kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 3 tahun. Pendedahan
literasi peringkat awal antaranya membacakan buku kepada kanak-kanak, menunjukkan bahan
bantu pengajaran literasi seperti kad huruf, kad perkataan, carta bergambar dan seumpamanya,
menggunakan pensel untuk membuat lakaran dan aktiviti lain yang bersesuaian. Justeru,
adalah penting untuk mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti prabacaan ini agar mereka
bersedia untuk membaca kelak.
Keempat-empat kemah iran literasi ini penting dalam proses perkembangan kognitif seorang
kanak-kanak. Justeru, kanak-kanak perlu diajarkan dengan keempat-empat kemah iran iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis secara terancang, sistematik dan bersepadu agar
penguasaan kemah iran literasi mereka tidak secara berlaku secara terpisah.

Kemahiran mendengar
Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling asas sebelum menguasai kemah iran
berbahasa yang lain seperti membaca dan menulis. Melalui kemahiran mendengar, seseorang
kanak-kanak akan didedahkan dengan kebolehan memperoleh maklumat serta bertindak balas
terhadap maklumat yang diberikan. Peringkat mendengar ini terbahagi kepada dua peringkat
iaitu menerima dan membezakan bunyi, dan menerima dan memahami bunyi bahasa yang
bermakna. Kemahiran seseorang kanak-kanak itu untuk menerima dan membezakan bunyi
diukur daripada kebolehan mereka untuk:
a)

membezakan persamaan dan perbezaan bunyi, bunyi huruf, bunyi perkataan

b)

membezakan bunyi fonem dalam perkataan

c)

kebolehan menyatakan sarna ada dua perkataan yang disebut sarna atau berbeza.

Manakala kemahiran menerirna dan memahami bunyi bahasa bermaksud keupayaan kanakkanak untuk memahami perkataan, frasa ayat, klausa ayat dan ayat serta berupaya untuk
memberikan tindak balas mereka. Kanak-kanak
perlu didedahkan dengan kemah iran

21

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

Pendidikan Prasekolah

mendengar arahan serta bertindak balas terhadap arahan yang diberikan oleh guru kepada
mereka. Antara arahan dan tindak balas ringkas yang boleh dijalankan oleh guru untuk
menerapkan kemah iran mendengar, termasuklah:
a)

melakukan pergerakan mengikut arahan

b)

memadankan perkataan dengan gambar

c)

menyusun atau memilih gambar

d)

menulis atau melukis huruf atau grafik tertentu

e)

menandakan lokasi atau arah

f)

menandakan atau menyatakan butiran.

Guru perlu mengesan sebarang masalah pelajar dalam menguasai kemahiran ini. Kanak-kanak
yang mempunyai masalah dalam menguasai kemah iran mendengar akan menunjukkan
ketidakupayaan mereka melalui beberapa simptom. Antaranya menurut Bond (1994) adalah
keliru dalam membezakan bunyi, lemah dalam memahami arahan ringkas, kurang cekap dalam
memproses maklumat serta gaya pertuturan yang kurang berkesan.

Kemahiran bertutur
Kemahiran bertutur kanak-kanak dapat diukur melalui keupayaan kanak-kanak bertutur,
bercakap atau berbicara. Kanak-kanak yang dapat bertutur dengan baik akan menggunakan
unsur-unsur prosodi dan unsur para Iinguistik ketika bertutur. Un sur prosodi merujuk
penggunaan intonasi, nada, tekanan, sebutan serta jeda yang bersesuaian dengan tujuan dan
fungsi pertuturan. Kanak-kanak yang mengaplikasikan unsur prosodi dalam pertuturan mereka
dapat menunjukkan perbezaan dalam nada dan intonasi suara ketika sedang rnarah atau sedang
merajuk. Manakala unsur para linguistik merujuk penggunaan isyarat atau pergerakan badan.
Kemahiran menggunakan unsur para linguistik ini ditunjukkan oleh kanak-kanak melalui
mimik muka, pergerakan tangan, mengangguk atau menggelengkan kepala, membeliakkan
mata dan sebagainya. Penggunaan unsur prosodi atau para linguistik dalam pertuturan, dapat
membantu kanak-kanak tersebut untuk menguatkan maksud dan tujuan pertuturan mereka.
Kanak-kanak juga perlu didedahkan untuk bertutur berdasarkan fungsi bahasa. Kemahiran
bertutur berdasarkan fungsi bahasa akan memberikan pendedahan kepada kanak-kanak untuk
membuat ujaran yang berbeza berdasarkan konteks situasi, tujuan, sasaran pendengar dan
tempat. Terdapat beberapa fungsi bahasa yang perlu diajarkan kepada kanak-kanak pada
peringkat awal pemerolehan dan perkembangan bahasa mereka. Antara fungsi bahasa yang
sesuai dengan tahap kematangan mereka ialah:
a)

fungsi peribadi

b)

fungsiperhubungan

c)

fungsi memberi arahan

d)

fungsi irnaginasi

22

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

e)

fungsi menyoal.

Sokongan daripada guru, ibu bapa dan rakan-rakan amat diperlukan untuk memastikan kanakkanak dapat bertutur dengan lancar. Kumpulan sokongan ini perlu bertindak sebagai pendengar
yang responsif kepada kanak-kanak. Setiap kanak-kanak seharusnya perlu diberi ruang dan
peluang untuk bercakap, terutamanya dari aspek fungsi peribadi. Hal ini bermaksud, setiap
kanak-kanak prasekolah perlu dilatih untuk menyatakan pendapat, perasaan serta pandangan
mereka terhadap sesuatu perkara atau isu yang relevan dengan tahap kematangan mereka.

Kemahiran membaca
Kamus Dewan (2005)
mendefinisikan membaca sebagai memerhatikan isi sesuatu yang
tertulis atau tercetak dengan teliti dan memaharnkan kandungannya. Dalam kata lain, membaca
merupakan satu perlakuan untuk mendapatkan makna daripada lambang-lambang bertulis.
Justeru, aktiviti membaca melibatkan dua proses utama iaitu menterjemahkan lambang bertulis
kepada bunyi bahasa dan proses kedua ialah mendapatkan makna daripada bunyi bahasa
tersebut.
Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti prabacaan terlebih
dahulu sebelum mengajar mereka membaca. Pada tahap awal ini, kanak-kanak
akan
didedahkan dengan aktiviti untuk meningkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran
mereka. Aktiviti seperti ini bertujuan menyediakan kanak-kanak tersebut proses membaca yang
sebenar. Tahap kedua ialah tahap bacaan mekanis, iaitu mengajar kanak-kanak untuk
membunyikan huruf, suku kata dan perkataan. Terdapat pelbagai kaedah, pendekatan
serta
bahan bantu mengajar yang boleh digunakan guru untuk mengajarkan kemah iran membaca
tahap awal ini. Tahap berikutnya melibatkan proses membaca dan kefahaman. Pada peringkat
ini, kanak-kanak sudah boleh membaca dan memahami kandungan bahan bacaan tersebut.
Aspek kefahaman merupakan pelengkap kepada proses bacaan. Pada tahap bacaan dan
kefahaman ini, guru prasekolah berperanan menambahkan aspek perbendaharaan kata pelajar.
Perbendaharaan kata yang luas kelak dapat membantu pelajar mengaitkan bacaannya dengan
pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka.
Bagi memastikan kemahiran membaca ini dapat dikuasai dengan baik sebelum kanak-kanak itu
memasuki alam persekolahan yang lebih formal, guru perlu dapat mengenal pasti masalah
membaca yang timbul dalam kalangan pelajamya agar tindakan susulan dapat dirancang.
Terdapat beberapa kriteria awal untuk mengenal pasti kesukaran membaca dalam kalangan
kanak-kanak, iaitu:
a)

kesukaran mengenal bentuk huruf

b)

kesukaran menyebut bunyi huruf dengan tepat

c)

keliru dengan huruf besar dan huruf kecil

d)

tidak dapat membatang suku kata

23

Pendidikan Prasekolah

e)

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

tidak dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar.

Kemahiran menulis
Kemahiran menulis juga dikenali sebagai bahasa penulisan. Kemahiran ini merupakan
kemahiran yang paling tinggi dalam empat komponen kemahiran literasi as as yang perlu
dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Hal yang demikian ini kerana sebelum dapat menguasai
kemahiran menulis, seseorang kanak-kanak itu perlu menguasai bahasa lisan (fasih) dan bacaan
(cekap membaca). Tambahan pula kemahiran menulis melibatkan keupayaan kanak-kanak
untuk 'melukis' huruf, mengeja dan membaca. Bahasa penulisan ini juga memerlukan daya
ingatan atribut bentuk huruf, simbol bunyi huruf dan sebutan huruf untuk membentuk satu
perkataan yang bermakna.
Sebelum mahir menguasai kemahiran menulis, terdapat beberapa kemahiran awal (asas) lain
yang perlu dikuasai oleh seseorang kanak-kanak. Antara kemahiran awal tersebut, termasuklah:
a)

mendiskriminasikan

bentuk abjad yang didengar.

Contoh - huruf b dan p, huruf s dan h


b)

mempunyai
yang betul

kekuatan daya ingatan bunyi mengikut urutan atau susunan huruf /ayat

Contoh -

buku (perkataan - susunan huruf)


buku biru ibu ( ayat - susunan perkataan)

c)

dapat membuat keseimbangan

dalam koordinasi otot, mata dan jari

d)

fasih dan Iancar dalam sebutan

e)

menguasai kemahiran mengeja dan membaca (kenai hurut).

Sekiranya pelajar masih gagal menguasai salah satu prakemahiran di atas, kanak-kanak
terse but dianggap masih belum bersedia untuk menerima kemahiran menulis. Seterusnya hal
ini akan menyebabkan
kanak-kanak
tersebut mengalami kesukaran untuk menguasai
kemahiran ini.

Sebelum mahir menulis, menurut Syed Abu Bakar Syed Akil (1994), kanak-kanak akan
melalui peringkat-peringkat
tertentu dalam perkembangan
kemah iran menu lis mereka.
Peringkat-peringkat tersebut ialah:
a)

peringkat primitif

b)

peringkat pratulisan

c)

peringkat tulisan awal

d)

peringkat karangan awal.

Sebagai seorang guru prasekolah,

kesungguhan

24

dan komitmen untuk menerapkan kemahiran

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

literasi as as serta kemah iran literasi berfungsi amat dituntut. Seorang guru pada peringkat awal
perlu mengesan dan men genal pasti masalah kanak-kanak dalam menguasai kemah iran as as
ini. Pengesanan awal dapat membantu guru untuk merangka strategi serta aktiviti pemulihan
atau pengayaan yang bersesuaian dengan tahap kematangan mereka.

Penguasaan Bahasa Kanak-kanak

dari Perspektif Teori Pembelajaran

Merujuk peringkat perkembangan kognitif yang dipelopori oleh Piaget (1963), anak-kanak
prasekolah berada dalam peringkat yang dinamakan sebagai peringkat praoperasi. Kanakkanak yang berada dalam peringkat ini memerlukan peneguhan dalam membentuk idea dan
memahami konsep-konsep as as melalui aktiviti praktikal, permainan, berinteraksi dengan
rakan dan persekitaran serta dirangsang dengan penggunaan bahan-bahan konkrit bagi
membekalkan mereka dengan pengalaman yang berguna. Menurut Eliason dan Jenkins (2002),
proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat awal kanak-kanak perlu dirancang dengan
teliti agar menghasilkan suasana belajar yang menyeronokkan, merangsang daya pemikiran
kreatif, dapat menarik penglibatan pelajar serta menyuburkan sikap positif terhadap pelajaran
yang dipelajari.
Dalam keadaan demikian, terdapat beberapa pendekatan yang boleh dipraktikkan oleh guru
prasekolah dan ibu bapa untuk merangsang proses perkembangan bahasa kanak-kanak.
Antaranya
kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melahirkan pendapat, membaca buku,
bercerita dan sebagainya. Kanak-kanak yang menunjukkan minat perlu disediakan dengan
bahan bacaan yang menarik serta aktiviti permainan yang melibatkan bahasa.
Penguasaan bahasa kanak-kanak juga dipengaruhi oleh proses sosialisasi mereka dengan
persekitaran. Interaksi sosial bersama guru, ibu bapa dan rakan bukan sahaja dapat mengasah
kemahiran mendengar dan bertutur, tetapi ia juga membantu perkembangan perbendaharaan
kata pelajar. Perspektif teori pembelajaran konstruktivis menekankan kepentingan ZPD - zone
of proximal development dalam proses perkembangan bahasa kanak-kanak. Konsep yang
diperkenalkan oleh Vygotsky melihat proses pembelajaran amat dipengaruhi oleh interaksi
persekitaran. Vygotsky (1978) mendefinisikan ZPD sebagai the distance between the actual
development level as determined by independent problem solving and the level of potential
development as determined through problem solving under adult guidance or in collaboration
with more capable peers. Perkara yang cuba diutarakan oleh Vygotsky ialah peranan guru, ibu
bapa atau rakan-rakan yang lebih berpengetahuan
dan berpengalaman
dalam proses
pembelajaran dapat membantu kanak-kanak untuk mencapai prestasi yang
lebih tinggi
berbanding apabila kanak-kanak tersebut belajar secara bersendirian. Kemahiran berbahasa
kanak-kanak dengan itu amat bergantung pada sistem sokongan sosial yang diwujudkan oleh
rangkaian ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Apabila kanak-kanak berinteraksi bersama sistem
sokongan sosial ini sarna ada di rumah atau di sekolah, mereka akan membina model
komunikasi mereka sendiri.

25

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

Kesimpulan
Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa yang bersesuaian dengan pengalaman, kesediaan
serta tahap kematangan kanak-kanak adalah penting. Ibu bapa atau guru perlu kreatif dalam
merancang suasana pembelajaran bahasa yang berkesan dan menarik serta sesuai dengan tahap
kematangan kanak-kanak tersebut. Pelopor pendidikan awal kanak-kanak seperti Friedrich
Froebel, Johann Pestalozzi, Maria Montessori (dalam Eliason & Jenkins, 2003) sering
menyarankan agar pendidikan peringkat awal ini berasaskan persekitaran semula jadi dengan
menggalakkan penglibatan aktif kanak-kanak.

Rujukan

Bond, G.L., Thinker, M.A., & Wasson, B.B. (1994). Reading difficulties:

their diagnosis and

correction. Boston: Allyn & Bacon

Eliason, C. & Jenkins, L. (2003). A practical guide to early childhood curriculum. New Jersey:
Meril Prentice Hall.

Mahzan

Arshad (2003). Pendidikan literasi bahasa:


Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

satu pendekatan

bersepadu.

Kuala

Piaget, J. (1963).The origin of intelligence in children. New York: Norton.

Pusat

Perkembangan
Dawama

Kurikulum

(2006).

Kurikulum

prasekolah

kebangsaan.

Selangor:

Siri Panduan Guru (1992) Kurikulum baru sekolah rendah: asas kemah iran berbahasa KBSR.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Abu Bakar Syed Akil (1994). Panduan mengajar kemah iran membaca. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Vygotsky, L (1978). Mind in society. Cambridge MA : Havard University Press.

26

Anda mungkin juga menyukai