Anda di halaman 1dari 10

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

KELANCARAN MEMBACA KANAK-KANAK PRASEKOLAH.


Pn. Zainiah Mohamed Isa.

Pendahuluan
Kelancaran merupakan satu matlamat akhir kemahiran membaca. Pembaca yang lancar
mampu membaca secara spontan serta memahami pembacaannya. Sepatutnya kelancaran
membaca ini diberikan penekanan sebagai matlamat akhir dalam bilik darjah prasekolah.
Tidak ramai guru menetapkan matlamat kelancaran bacaan sebagai matlamat akhir tahun
bagi setiap kanak-kanak. Setakat ini tumpuan lebih diberikan kepada samada kanakkanak prasekolah telah boleh membaca atau tidak dan bukannya samada kanak-kanak
telah lancar atau tidak. Ini mungkin kerana istilah kelancaran ini tidak berapa jelas kerana
ramai guru menganggap jika kanak-kanak telah boleh membaca dengan laju mereka telah
lancar membaca. Walaupun kanak-kanak membaca dengan laju dengan penyebutan yang
betul,tidak semestinya mereka dapat memahai pembacaan secara spontan (Topping,;
dalam Rasinski, T., Blachowicz, C., Lems, K., 2006)). Kelajuan membaca ini perlu
dikaitkan dengan kefahaman kerana kefahaman merupakan tujuan utama kita membaca.
Oleh itu artikel ini akan menjelaskan dengan terperinci tentang kelancaran, kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan, serta kaedah penilaian yang sesuai
dijalankan.

Apa itu kelancaran?


Apabila disebut membaca secara lancar, dapat kita bayangkan kanak-kanak akan
membaca sesuatu teks dengan betul dan cepat. Ukuran biasa bagi kanak-kanak yang telah
lancar membaca ialah mereka membaca dengan senyap, dan secara spontan (dengan
mudah) mengenali perkataan.
Ahli teori spontan (automaticity theory)menyatakan bahawa jika kanak-kanak
masih diperingkat menyah kod perkataan demi perkataan, mereka akan menggunakan
banyak kapasiti kognitif semasa melakukan proses ini. Oleh itu agak sukar bagi mereka
untuk menggunakan kapasiti kognitif untuk proses pemahaman. Apabila kebolehan
mereka untuk menyah kod telah berkembang, kurang kapasiti kognitif digunakan bagi
memproses perkataan-perkataan, jadi kapasiti kognitif untuk pemahaman mulai
berkembang (Allington, 2009).
Oleh itu menurut Samuels (2006), pembaca lancar adalah pembaca yang boleh
menyah kod dan memahami pada masa yang sama. Oleh itu maksud bagi pembaca lancar
adalah pembaca yang membaca secara spontan, berintonasi dan ekspresi serta memahami
apa yang dibacanya.

Bagaimana kelancaran berkembang

Hakcipta zainiah 2010

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI


Jean Chall, (1983; dalam Allington, 2009) menyatakan peringkat pertama membaca
adalah tumpuan kepada perkataan. Kanak-kanak menunding semasa mereka membaca.
Apabila mereka telah dapat memadankan sebutan dan tulisan, menunjukkan mereka telah
faham konsep perkataan dan mula memberikan perhatian kepada teks yang dibacanya.
Apabila kanak-kanak telah memahami yang membaca sebenarnya adalah tulisan
teks, dan mereka telah melepasi peringkat membaca perkataan demi perkataan, mereka
telah boleh membaca frasa demi frasa. Kanak-kanak mula memberikan perhatian kepada
kelompok-kelompok frasa berpandukan frasa-frasa perbualan.
Mereka tahu
pengelompokan frasa dan tahu penekanan intonasi yang sesuai seperti contoh di bawah:
Pada suatu hari Ali pergi bermain bola sepak.
Pada suatu/ hari Ali/ pergi bermain/ bola sepak./ (Kelompok frasa yang salah oleh
pembaca yang tidak lancar.)
Pada suatu hari/ Ali pergi/ bermain bola sepak./ (Kelompok frasa yang betul oleh
pembaca lancer dan ini membantu pemahaman)

Faktor-faktor kanak-kanak tidak lancar membaca


Terdapat beberapa punca menagapa kanak-kanak tidak lancar pembacaannya. Antara
sebab paling utama ialah kebolehan mereka untuk menyah kod masih belum mantap lagi.
Bagi tujuan memantapkan proses menyah kod ini kaedah membaca secara berulang kali
teks yang sama boleh dilakukan. Kajian-kajian (Begeny, Daly dan Valleley, 2006;
Therrien dan Kubina, 2009; dalam Azizah Zain, 2010) semuanya menunjukkan kesan
yang positif terhadap kelancaran membaca kanak-kanak setelah pembacan secara
berulang dijalankan.
Sealain daripada menyah kod, teks yang terlalu sukar juga boleh menyebabkan
kanak-kanak tidak lancar membaca. Teks yang sukar biasanya banyak mengandungi
perkataan-perkataan yang panjang ataupun rumit cara penyebutannya, dan juga perkataan
yang jarang-jarang digunakan oleh kanak-kanak. Jika guru kerapkali memberikan kanakkanak teks yang sukar, tipislah peluang kanak-kanak untuk memperbaiki pembacaan
seterusnya melancarkan bacaannya (Allington, 2009). Disamping itu juga guru harus
mengambil kira minat dan kecenderungan kanak-kanak dalam memilih buku untuk
dibaca oleh kanak-kanak kerana jika buku tersebut disukai oleh kanak-kanak, mereka
akan secara sukarelanya akan cuba membaca buku tersebut berulang-ulang kali yang
akan menghasilkan kelancaran pembacaan.
Oleh itu untuk menjadi pembaca yang lancar kanak-kanak perlu memperkembangkan
kemahiran-kemahiran berikut:
Strategi menyah kod yang efisien.
Perbendaharaan kata yang mereka tahu maknanya.
Simpanan perkataan-perkataan yang boleh dikenali sekali imbas.
Motivasi untuk membaca dengan bertujuan dan sukarela.

Hakcipta zainiah 2010

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI


Kaedah-kaedah pengajaran bagi melancarkan bacaan murid.
Walaupun kebanyakan pembaca awal akan menjadi pembaca yang lancar (yang boleh
membaca secara spontan, frasa demi frasa, dengan menggunakan ekspresi dan
pemahaman), guru masih boleh mempromosikan perkembangan yang kelancaran yang
pesat dengan melakukan pelbagai aktiviti yang dapat mempertingkatkan kelancaran.
Diantara aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ialah:
a) Membaca secara kuat.
Bagi pelajar-pelajar yang masih lemah dalam pembacaan, membaca secara kuat adalah
cara yang paling baik bagi mempertingkatkan kelancaran pembacaan mereka. Menurut
Smith, 1979, dalam Allington, 2009) membaca secara kuat adalah aktiviti yang
berfaeadah bagi mempertingkatkan ketepatan pembacaan dan juga kelancaran membaca
kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan oleh beliau, beliau telah membacakan buku
kapada kanak-kanak setiap hari.
Berikut adalah langkah-langkah bagi teknik membaca secara kuat:
Sebelum bercerita;
Pastikan kanak-kanak telah bersedia sebelum memulakan sessi bercerita.
Perkenalkan secara ringkas tentang buku yang hendak dibaca, seperti, Ini kucing
kesayangan cikgu, namanya hitam, cikgu bawa Hitam hari ini sebab kita akan
membaca buku mengenai kucing.
Tunjukkan kepada kanak-kanak kulit buku, nyatakan juga tajuk buku tersebut
sambil menunding kepada tajuk buku tersebut.
Nyatakan juga penulis dan pelukis ilustrasinya.
Kaitkan cerita tersebut dengan cerita yang pernah dibaca sebelum ini.
Pastikan kanak-kanak telah menumpukan perhatian sebelum memulakan cerita.
Semasa bercerita;
Tundingkan jari anda kepada perkataan yang dibaca.
Perhatikan kanak-kanak (eye contact) untuk mengetahui reaksi mereka terhadap
cerita.
Baca perlahan-lahan dan pastikan kanak-kanak dapat mengikuti bacaan anda.
Kanak-kanak memerlukan masa untuk melihat gambar dan memikirkan apa yang
didengari.
Galakkan kanak-kanak memerhatikan illustrasi untuk membantu pemahaman
mereka terhadap cerita.
Tundingkan kepada watak watak apabila anda menceritakan tentang sesuatu
watak.
Jangan tergesa-gesa untuk meyudahkan cerita. Pelakuan senyap sebentar boleh
menimbulkan kesan suspen dan drama kepada audien.
Galakkan kanak-kanak turut serta dengan pembacaan dengan mengulangkan
sesuatu ungkapan yang istimewa, melakukan sesuatu perlakuan.
Jika anda menyambung cerita yang berepisod, pastikan anda meringkaskan
episode sebelumnya sebelum memulakan episode baru.
Hakcipta zainiah 2010

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI


Selesai bercerita;
Tutup buku dan menyebut tamat atau begitulah kisahnya
Tunggu beberapa ketika untuk kanak-kanak bertanya atau mengemukakan
pendapat atau komen.
Tunjukkan kanak-kanak illustrasi sekali lagi jika mereka masih berminat.
Jangan tanya soalan tertutup seperti suka tak cerita tadi, sebaliknya tanyakan
soalan terbuka agar kanak-kanak bebas memberikan pendapat seperti, apa
pendapat kamu tentang kucing yang hilang tadi?
Letakkan buku tadi di sudut bacaan untuk dinikmati oleh kanak-kanak di masa
lapang.
Melalui bacaan secara kuat, guru dapat menunjuk cara kepada kanak-kanak cara
pembacaan yang betul. Semasa membaca guru akan membaca dengan lancar dan penuh
ekspresi. Setelah selesai guru membaca murid pula akan membaca teks yang sama secara
kuat. Selain daripada ini, guru boleh meminta kanak-kanak yang telah pandai membaca,
orang dewasa yang lain atau ibu bapa untuk membaca secara kuat kepada kanak-kanak.
b) Membaca secara bergilir-gilir (Reading Robin)
Bagi kaedah membaca secara bergilir-gilir ini pula guru pada mulanya akan membacakan
teks kepada kanak-kanak. Setiap kanak-kanak akan memiliki teks yang sama dan guru
harus memastikan teks tersebut adalah sesuai dengan tahap bacaan kanak-kanak. Ini
kerana jika bahan bacaan terlalu sukar proses membaca secara bergilir-gilir ini akan
menjadi tersekat-sekat. Seterusnya guru akan menetapkan samada kanak-kanak bergilirgilir membaca mengikut ayat, perenggan, ataupun mukasurat. Setiap kanak-kanak akan
mengambil giliran dalam membaca sehingga teks tersebut selesai dibaca.
Menurut Azizah (2010) teknik ini juga boleh dilakukan secara beberapa kumpulan
kecil. Setiap kumpulan akan diberi ayat-ayat yang terdapat dalam cerita. Mereka akan
membaca ayat-ayat tersebut mengikut urutan cerita sehingga cerita tersebut tamat.
Aktiviti ini boleh juga dijalankan dengan guru menulis teks tersebut mengikut warna
tertentu dan kanak-kanak akan membaca teks tersebut mengikut warna masing-masing
apabila guru menunjukkan kad warna.
Meyer dan Elton (1999, dalam Azizah 2010) menyatakan bacaan berulang
menggunakan teks merupakan kaedah yang dapat meningkatkan kelancaran.
c) Membaca secara berirama (Choral reading)
Bacaan berirama adalah teknik membaca bersama-sama secara berumpulan membaca.
Untuk membaca secara berirama, murid-murid menggunakan buku yang sama ataupun
dapat melihat bahan bacaan dengan jelas semasa membaca. Pemilihan buku perlu sesuai
iaitu teksnya tidak terlalu panjang dan sepadan dengan tahap pembacaan murid. Buku
yang berunsur penekaan dan pengulangan seperti bahan berbentuk puisi amat sesuai
digunakan kerana mudah untuk dibaca oleh murid. Guru perlu menunjuk cara bacaan
yang lancar terlebih dahulu. Kemudian baca dan diikuti oleh murid secara beramai-ramai.
Menurut Carbo, dalam Azizah (2010) aktiviti membaca secara berirama boleh
dipelbagaikan seperti membahagikan kanak-kanak kepada kumpulan kecil dan mereka
Hakcipta zainiah 2010

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI


akan membaca petikan ayat dalam cerita mengikut giliran setiap kumpulan. Aktiviti
membaca ini hendaklah dilakukan secara berulang dengan bacaan berirama. Suara
pembaca boleh menjadi kuat dan perlahan semasa membaca. Bacaan sepatutnya menjadi
kuat apabila kanak-kanak teragak-agak menyebut perkataan ketika membaca dan menjadi
perlahan apabila sebutannya adalah betul. Apabila kanak-kanak mempunyai kebolehan
membaca, mereka boleh membaca secara berirama bersama-sama.
Kajian yang dijalankan oleh Stoltz, (2006; dalam Azizah Zain) menunjukkan
kanak-kanak yang menggunakan bacaan secara berirama selama enam minggu dapat
meningkatkan kadar bacaan dari segi ketepatan dan kelancaran berbanding dengan
kanak-kanak dari kumpulan kawalan.
d) Membaca secara berpasangan
Bagi membaca secara berpasangan, murid yang lancar boleh dipasangkan dengan murid
yang kurang lancar. Ibu bapa atau tutor juga boleh menjadi pasangan murid berkenaan.
Dalam aktiviti ini pasangan-pasangan ini akan membaca secara kuat secara
bergilir-gilir. Murid yang lebih lancar membaca satu perenggan atau satu muka surat.
Pasangannya akan mengikuti bacaan tersebut.
Kebaikan aktiviti ini ialah kanak-kanak yang lebih lancar akan membantu dalam
mengecam perkataan, memberi respon dan galakan terhadap bacaan pasangannya.
Pembaca yang lemah pula akan berlatih membaca sehingga memperolehi kelancaran.
Selain daripada pasangan lancar dan tidak lancar, cara ini juga boleh dilakukan
menggunakan pasangan yang tahap bacaannya hampir sama. Untuk pasangan ini guru
akan membacakan dahulu teks tersebut sebelum murid-murid ini berlatih
membaca.Gunakan teks yang mudah.
Dalam kajian kajian yang dijalankan berkenaan dengan kaedah membaca secara
berpasangan ini menunjukkan kanak-kanak yang lemah membaca akan mendapat
manaafaat yang banyak daripada kaedah ini.Kaedah ini juga telah dapat menggalakkan
kanak-kank yang enggan membaca kepada mahu membaca, menambahkan kelancaran,
membetulkan kesilapan membaca, dan juga meningkatkan kemahiran menyah kod
(Topping, 2001; dalam Rasinski, Blachowicz dan Lems, 2006)
e) Membaca dengan bantuan alat perakam suara
Bagi menggunakan bantuan alat perakam suara, guru boleh melakukan sendiri proses
rakaman tersebut. Caranya ialah guru memerlukan buku yang boleh dibaca oleh kanakkanak secara berdikari. Pilih buku yang mudah dibaca oleh kanak-kanak dan tidak terlalu
panjamg. Buku sebegini biasanya boleh dibaca dengan lancar dengan kadar 80 ke 100
perkataan seminit. Pastikan juga isi kandungan buku tersebut dapat menarik minat kanakkanak. Guru boleh merakamkan pembacaannya menggunakan cara bacaan yang betul dan
lancar. Rakaman tersebut tidak memerlukan sound effect ataupun muzik. Letakkan bahan
rakaman tersebut bersama-sama dengan buku tersebut.
Cara pembacaan ialah semasa mula membaca murid mengikuti pembacaan
dengan cara menunding lepada perkataan yang dibacakan di dalam buku masing-masing.
Kemudian murid akan cuba membaca bersama-sama dengan rakaman bacaan tersebut.

Hakcipta zainiah 2010

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI


Membaca bersama rakaman ini diteruskan sehingga murid boleh membaca secara
berdikari tanpa mendengar rakaman lagi.
Kajian Lanford (2001) menunjukkan kanak-kanak yang menggunakan bantuan
alat perakam sebagai vahan bacaan mendapat 1.2 tahun peningkatan dalam tahap bacaan
dan kefahaman, serta 9.7 bulan peningkatan dalam pengecaman perkataan. Kesemua
kanak-kanak yang terlibat menyatan mereka merasakan peningkatan pembacaan mereka
dan berasa seronok menjalani sesi pembacaan menggunakan alat rakaman ini.
f) Teater Pembaca
Teater pembaca adalah satu kaedah yang memberikan peluang kepada kanak-kanak
berlatih membaca dalam konteks yang bermakna. Ia adalah suatu proses yang interaktif
iaitu kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dalam memberi tindakbalas dan
menafsirkan sesuatu karya (Carrick, 2006; dalam Allington et al, 2006)).
Bagi prosedur teater pembaca, guru perlu menyediakan set skrip lakonan. Bagi
memilih skrip, pilihlah teks yang kaya dengan dialog. Sediakan beberapa salinan skrip
mengikut bilangan watak atau pembacanya. Tandakan dengan warna yang berlainan bagi
watak yang berlainan untuk memudahkan pembaca mencari lokasi pembacaannya. Suara
latar boleh digunakan di samping pelakon-pelakon bagi menceritakan kisah tersebut.
Semasa persembahan teater,setiap watak akan membacakan skrip mereka secara bergiligilir mengikut urutan cerita. Teater pembaca akan menggalakkan murid untuk membaca
secara berulang-ulang bagi menghafal skrip dan ini akan mempertingkatkan kelancaran
bacaan.
Menurut Carrick (2001), Teater pembaca juga akan menggalakkan kerjasama di
kalangan murid dan membuatkan aktiviti membaca sebagai sesuatu yang menarik. Teater
pembaca membawa keseronokan ke dalam bilik darjah dan mendedahkan kanak-kanak
kepada elemen drama, mengabungkan literasi dalam pembelajaran. Kanak-kanak
daripada pelbagai tahap pembacaan akan teruja untuk melibatkan diri dalam teater
pembaca.
g) Membaca dengan bimbingan
Bagi kanak-kanak yang lemah dalam pembacaannya, guru harus menjalankan kaedah
membaca dengan bimbingan. Adalah dicadangkan bimbingan bacaan ini terhad kepada
seorang kanak-kanak sahaja bagi memudahkan guru membimbing serta mengenalpasti
kelemahan kanak-kanak tersebut.
Sebagai langkah permulaan, guru harus memastikan bahan bacaan yang sesuai
dengan tahap bacaan serta menggunakan pelbagai bahan bacaan. Pilihlah sebuah buku
yang sesuai dengan tahap bacaan dan juga minat kanak-kanak yang hendak dibimbing.
Seterusnya bacakan buku kepada kanak-kanak tersebut. Selepas itu minta kanak-kanak
membacakan semula buku itu. Semasa kanak-kanak membaca guru perlu mendengar dan
memberi panduan kepada kanak-kanak mengenai strategi-strategi membaca. Gunakan
strategi tunggu sebentar, beri panduan dan berikan pujian. Melalui kaedah ini semasa
kanak-kanak melakukan kesilapan dalam bacaan, guru harus menunggu sebentar bagi
memastikan kanak-kanak menyedari kesilapan tersebut dan membetulkannya sendiri.
Jika kanak-kanak tidak berbuat demikian, guru harus memberikan panduan dalam bentuk
Hakcipta zainiah 2010

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI


klu agar kanak-kanak terfikir sendiri akan kesilapan tersebut. Setelah kanak-kanak
berjaya membetulkan kesilapannya guru harus memuji kejayaan kanak-kanak tersebut
bagi menyakinkan kanak-kanak tentang kebolehannya sendiri.
Kaedah membaca dengan bimbingan ini perlu dilakukan dengan kerap bagi
membantu kanak-kanak mempertingkatkan pembacaannya.

Bagaimana mengenal pasti murid yang tidak lancar bacaannya.


Untuk mengenalpasti samada kanak-kanak telah lancar ataupun belum guru boleh
menjalankan penilaian secara mendengar bacaan kanak-kanak.
Melalui proses
pembacaan mereka, guru boleh membuat penilaian samada kanak-knak ini mempunyai
kelemahan dalam kelancaran membaca. Berikut adalah ciri-ciri kanak-kanak yang belum
lancar bacaannya dan perlu diberikan perhatian:
a) Jika guru memberikan murid membaca secara lisan, teks yang belum pernah
dibacanya, murid melakukan lebih daripada 10 peratus kesalahan.
b) Jika murid tidak dapat membaca dengan spontan, berintonasi dan mengunakan
ekspresi.
c) Jika selepas membaca secara lisan, murid masih tidak dapat menjawab latihanlatihan kefahaman dengan baik.

Kaedah Penilaian Kelancaran Pembacaan


Sebagai langkah permulaan, guru perlu memilih bahan bacaan yang sesuai dengan tahap
bacaan kanak-kanak. Guru memilih satu perenggan teks daripada buku untuk dibaca oleh
murid yang hendak dinilai. Setelah mendengar bacaan murid, berikan penilaian mengikut
tahap-tahap berikut:
Tahap-tahap kelancaran bacaan;
Tahap 1
Membaca perkataan demi perkataan, dan pembacaan tidak dapat menunjukkan kanakkanak faham apa yang dibacanya. Terlalu banyak fokus kepada pengejaan sesuatu
perkataa.
Tahap 2
Pembacaan kanak-kanak tersangkut-sangkut, membaca dua atau tiga kumpulan
perkataan. Banyak kali berhenti di tempat yang tidak sepatutnya berhenti, membunyikan
huruf semasa mengeja, menyebut abjad atau perkataan berulang-ulang, dan kurang
intonasi dan ekspresi semasa membaca.
Tahap 3
Membaca dengan perlahan dalam dua atau tiga perkataan dalam satu frasa, intonasinya
tersekat-sekat kerana berhenti untuk mengeja dan mengulang perkataan. Kelajuan yang

Hakcipta zainiah 2010

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI


sederhana tetapi penyebutan yang tidak tepat dan juga intonasi yang tidak sesuai. Tiada
ekspresi yang ditunjuukan semasa membaca.
Tahap 4
Membaca frasa yang panjang dengan lancar dan bermakna. Mengunakan jeda yang betul
serta membaca dengan ekspresi dan mempunyai intonasi yang baik.
Skor Kelancaran;
Skor bagi pembaca cemerlang adalah 4.
Skor bagi pembaca maju adalah 3.
Skor bagi pembaca yang sederhana 2.
Skor bagi pembaca yang lemah adalah 1.
Pembaca yang mendapat skor 2 dan 1 adalah lemah dan memerlukan banyak latihan
untuk membaca. Bagi pembaca ditahap ini buku-buku yang patut dipilih adalah daripada
buku bacaan mudah. Mereka juga perlu banyak mendengat pembacaan secara kuat oleh
guru ataupun rakan mereka.
Penilaian empat skala kelancara di atas adalah berasaskan National Assessment of
Educational Progress yang diterjemahkan daripada Pinnell et all, 1995.

Kesimpulan
Ole kerana kelancaran adalah penting bagi menentukan samada kanak-kanak boleh
membaca atau tidak, guru-guru, guru perlu mendalami kepentingan kelancaran, teknik
bagi mempertingkatkan kelancaran serta mampu menjalankan penilaian bagi memastikan
kanak-kanak yang memerlukan bimbingan. Penilaian kelancaran harus dilaksanakan
dalam bilik darjah prasekolah terutamanya dibulan-bulan akhir persekolahan. Melalui
penilaian yang dijalankan guru-guru akan dapat mengenal pasti kanak-kanak yang
memerlukan bimbingan tambahan. Jika langkah-langkah ini dijalankan, sudah tentu
kanak-kanak yang menduduki darjag satu telah bersedia sebagai sorang pembaca yang
lancar.
Diharapkan dengan panduan yang diberikan di atas akan memberikan pandangan
sepintas lalu kepada guru-guru mengenai kelancaran. Diharapkan juga lebih banyak
kajian akan dijalankan bagi mendapatkan teknik-teknik baru bagi membantu kelancaran
kanak-kanak. Dengan usaha guru dan juga penyelidik-penyelidik, kemahiran kelancaran
sertalain-lain kemahiran dalam bidang bacaan awal ini akan dapat dimajukan lagi di
masa-masa akan datang.
Rujukan
Allington, R.L. (2009). What really matters in fluency: Research based practices across
the curriculum. USA: Pearson Press.

Hakcipta zainiah 2010

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI


Azizah Zain (2010) Penggunaan Bacaan Berulang dapat mempertingkatkan kelancaran
dan kefahaman kanak-kanak prasekolah. Projek sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Begeny, C.J., Daly, J.E. & Valleley, J.R. (2006). Improving oral Reading fluency through
response opportunities: A comparison of phrase drill error correction with repeated
readings. Journal of Behavioral, 15: 229-235.
Carbo, M. (2007). Becoming a great teacher of Reading. USA:Corwin Press.
Carrick, L.U. (2001). Internet resources for conducting readers theater. Reading Online,
5(1). Diperolehi March 2010, daripada www.reading-online.org/
Carrick, L.U. (2006) Readers theater across the curriculum. Dalam Rasinski, T.,
Blachowicz, C., Lems, K. (Eds) Fluency instruction: Research based practices. London:
Guilford Press.
Lanford, J. (2001). Tape assisted reading for a group of lowprogress readers in a
secondary school. Reading Today for Tomorrow, Auckland Reading Association,
Newsletter, 14-21.

Meyer, M.S., & Felton, R.H. (1999) Repeat reading to enhance fluency: Old approaches
and new directions, Annals of Dyslesia, 49, 283-306.
Pinnel, G.S., Pikulski, J.J., Wixson, K., Cambell, J.R., Gough, P.B., & Beatty, A.S.,
(1995). Listening to children read aloud. (research report No. 378550) Washinton D.C:
National Center for Educational Statistics.

Rasinski, T., Blachowicz, C., Lems, K. (2006) Fluency instruction: Research based
practices. London: Guilford Press.
Samuels, S. J. (2006). Toward a model of Reading fluency. Dalam Samuels, S. J.&
Farstrup (Eds.) What research say about fluency instruction (hal 24-460. Newark, D.E :
International Reading Association.
Smith, D.D. (1979). The improvement of childrens oral Reading through the use of
teacher modelling. Journal of Learning Disabilities, 12 (1), 39-42.
Stolzt, B.M. (2006). A perfect guide early Reading intervention. Dissertation Abstracts
International, 68(04). UMI No. 3258894)
Therrien, W.J. & Kubina, R.M. (2009). The importance of context in repeat Reading.
Reading Improvement. Project Innovation, 178-188.
Hakcipta zainiah 2010

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

Topping, K.J. (2006) Impact of a tutoring method on reading accuracy, comprehension,


and fluency. Dalam Rasinski, T., Blachowicz, C., Lems, K. (Eds) Fluency instruction:
Research based practices. London: Guilford Press.

Hakcipta zainiah 2010

Anda mungkin juga menyukai