Anda di halaman 1dari 6

Tips untuk Cara Memegang Pensil Dengan 

Benar
Posted by: fenshitoys on: November 16, 2007
 In: Dyslexia dan Cara belajar|Tips

Tips untuk Pencil Grip


Mengapa cara memegang pensil itu sangat penting?
Ada beberapa anak yang berkemampuan lebih baik setelah mengetahui alasan menggunakan pensil
bersegitiga. Cara memegang pensil dengan benar dapat membuat seseorang untuk menulis lebih
cepat dan lancar, sedangkan jika memegang terlalu kuat atau dalam posisi yang aneh dapat membuat
menulis lebih lambat. Cara memegang pensil yang benar juga menghalangi masalah fisik dengan
tangan untuk kedepannya.
Latihan teratur
Latihan setiap hari, kalau memungkinkan, dan jagalah dalam waktu yang singkat. 5 menit untuk
menulis adalah waktu yang cukup untuk anak berumur 5 tahun, dan 10-15 menit sudah cukup untuk
anak berumur 9 tahun.Tambahkan instruksi menggambar ketika latihan supaya menjadikannya lebih
menyenangkan dan menambah waktu untuk membenarkan cara memegang pensil.
Tips untuk Orang tua:
*Apa yang anda bisa bantu anak anda untuk dapat memegang pensil dengan benar secara alami?
Pada umur 2 tahun, buatlah anak anda untuk menggambar dan bermain menggunakan Crayon yang
besar pada permukaan yang datar, seperti pada kanvas, kertas gambar yang super besar atau papan
tulis. Crayon yang besar bekerja lebih bagus daripada pensil atau bolpen.
*Kapan anda harus mengecheck apakah anak anda dapat memegang pensil?
Ketika anda memperhatikan anak anda ingin untuk belajar menulis, sekitar umur 5 tahun. Beberapa
anak secara alamiah memegang pensil dengan benar, yang lain memerlukan panduan anda.
*Tekankan penggunaan memegang pensil dengan benar ketika anda mengajari menggambar dan
menulis bersama, tetapi juga bersabarlah.Ini adalah saat yang tepat untuk mengingatkan anak anda
untuk memegang pensil dengan benar.
Membutuhkan waktu untuk mengubah kebiasaan lama.
Tips untuk Guru:
*Perhatikan cara memegang dan postur badan selama pelajaran menggambar dan menulis. Anak-
anak seharusnya tahu bahwa pada waktu lain perhatian anda akan terfokus pada hal-hal lain, seperti
matematika atau kemampuan mengarang, jadi mungkin anda tidak memperhatikan cara memegang
pensil atau postur tubuh selama waktu sekolah.
Hal ini akan memberikan murid anda istirahat – pelajaran menggambar yang menyenangkan (dengan
sedikit menulis) adalah waktu yang tepat dalam jam sekolah dimana guru dapat membenahi dan
menantang mereka dalam memegang pensil.
*Merubah cara pegangan pensil dapat membuat anak merasa aneh, karena itu memerlukan
perubahan kebiasaan yang telah mereka gunakan sejak lama. Setelah latihan dalam beberapa
minggu, anda akan melihat bahwa ada beberapa anak yang telah memegang pensil dengan benar
ketika tidak dalam pelajaran anda. Tingkatkan kemampuan ini selama pelajaran, dan lihat
perkembangannya dalam beberapa bulan kemudian.
*Dudukkan anak-anak yang memerlukan cara memegang pensil dengan benar bersebelahan. Ketika
anda sedang mengajari satu anak, anak yang lain juga secara tidak langsung akan belajar juga.
Mendudukkan mereka bersebelahan juga meningkatkan efektifitas anda di dalam kelas, anda tidak
perlu keliling kelas hanya untuk mengecheck satu per satu.
*Buatlah lama pelajaran menulis singkat, 5 sampai 15 menit sudah cukup untuk berlatih. Sisanya
dapat digunakan untuk pelajaran menggambar.
*Berikan pelajaran itu setiap hari, atau paling tidak 3 kali dalam seminggu.
*Gunakan pensil special dalam pelajaran menulis/menggambar(gunakan dengan Pencil Grip),
sedangkan untuk sehari-hari dapat menggunakan Jumbo Pencil Grip. Kalau bisa, gunakan pencil yang
segitiga.

Belajar secara bermain


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
2010/07/04

Anggapan ini kurang tepat kerana ketika bermain, anak anda belajar banyak perkara yang tidak anda
sedari. Ini termasuk rangsangan dalam otaknya, menyelaras fizikal (mata-pergerakan tangan) dan
memori.

Malah, jika mereka bermain dengan adik-beradik lain, anak kecil ini secara tidak langsung akan belajar
hubungan sosial yang merangkumi aspek bertolak ansur, berkongsi, bersabar dan mematuhi giliran —
semuanya akan menggalakkan dia untuk berkomunikasi.

Pakar kanak-kanak berpendapat bermain adalah cara belajar paling digemari kanak-kanak. Mereka lebih
serius ‘belajar’ ketika bermain dan lebih mudah menerima ilmu jika ia disampaikan dengan cara atau
melalui aktiviti menyeronokkan, kata Pensyarah Psikologi Kolej Universiti Sunway, Elaine Yong.

Pembelajaran tidak harus diukur daripada sudut akademik saja kerana perkembangan sosial kanak-
kanak juga sangat penting. Bermain (termasuk aktiviti melukis dan mewarna) adalah cara terbaik dan
menyeronokkan untuk menyampaikan pendidikan tidak formal kepada kanak-kanak.

“Memang semua ibu bapa menyimpan harapan tinggi pada anak mereka sehingga kadangkala boleh
membuatkan anak tertekan. Harapan ini perlu realistik, selaras dengan umur anak atau pencapaian
normal bagi kanak- kanak sebaya dengan dia. Jangan beri terlalu banyak tekanan kerana ia boleh
menyebabkan anak anda hilang minat untuk belajar.

“Tahap perkembangan mental kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Justeru, sebagai ibu bapa,
anda perlu tahu kemampuan anak dan pada masa yang sama beri rangsangan sesuai bagi menggalakkan
minat anak untuk belajar.

“Tidak kira sibuk mana pun anda, luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk bermain bersama
anak. Ketika ini beri tumpuan kepada aktiviti anak; dan sebaik-baiknya seorang ibu kepada seorang anak.

“Bermain bersama anak boleh membina hubungan erat antara anak dan ibu (bapa), kepercayaan dan
keyakinan,” katanya pada majlis pelancaran program EyeQ- Lympix anjuran Abbott Laboratories (M).

Pengurus Pemasaran Bahagian Pemakanan Pediatrik Abbott Nutrition, Goh Kay Yin, berkata lapan tahun
pertama adalah tempoh penting dalam perkembangan mental kanak-kanak dan rangsangan untuk
mereka bukan saja dalam bentuk fizikal, malah nutrien (pemakanan).

Kajian menunjukkan peningkatan pengambilan asid dokosaheksenoik (DHA) dan asid linolenik (AA) saja
tidak mencukupi untuk membantu perkembangan mata dan otak.

Perkembangan otak kanak-kanak yang lengkap memerlukan gabungan lemak (omega 3 dan 6,
fosfolipid); vitamin dan moneral seperti kolina, zat besi dan zink.

Katanya, ramai ibu bapa menggandakan pemberian DHA dan AA kepada anak mereka tanpa menyedari
anak memerlukan semua zat untuk perkembangan menyeluruh.

Justeru, ibu bapa mesti menanam tabiat pemakanan baik sejak anak kecil supaya mereka mendapat
semua zat diperlukan. Kekurangan mana-mana zat boleh ditampung melalui pemberian susu formula
yang diperkaya dengan khasiat seperti DHA, AA, asid alfa linolenik (ALA), fosfolipid, kolina, taurina, zat
besi dan zink.

“Ada ibu bapa takut hendak memberi anak makanan mengandungi lemak. Tidak perlu bimbang, asalkan
semua makanan diambil secara seimbang. Tahukah anda, 60 peratus otak kita adalah lemak? Lemak
sebenarnya penting, terutama untuk kanak-kanak. Namun pengambilan makanan perlu seimbang —
mengandungi karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan garam galian supaya tidak timbul masalah
obesiti,” katanya.

Pada majlis berkenaan juga, buku Panduan Memupuk Perkembangan Mental Kanak-kanak dilancarkan.
Buku ini boleh diperoleh secara percuma dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6233. Untuk
keterangan lanjut, layari laman web www.abbottnutrition. com.my

Umur 18 hingga 24 bulan

Anak sudah boleh menyebut 50 patah perkataan, duduk dan memberi perhatian pada permainan
(walaupun hanya lima minit), mencari mainan tersembunyi, menjawab soalan mudah, memberitahu apa
yang dimahukan serta mengira (susunan tidak teratur). Ibu bapa boleh membantu dengan:

 Bacakan buku untuk anak setiap hari atau sebelum tidur malam; sebut perkataan satu persatu dengan
jelas. Lebih menarik jika disertakan intonasi yang sesuai

 Beri penerangan gambar yang ada dalam buku berkenaan kepada anak
 Galakkan anak sebut semula perkataan yang anda sudah bacakan
 Beri peluang anak pilih bukunya

 Pastikan anda juga banyak membaca untuk memberi teladan kepada anak. Anak anda akan belajar
untuk meniru tabiat berkenaan

 Belikan dia pensil dan pensil warna atau krayon yang boleh dicuci dengan air. Biar anak belajar
memegang pensil dan menconteng. Apabila mahir, ajar bentuk yang mudah dilukis seperti garis lurus,
bulatan, lonjong, segi tiga dan segi empat

 Permainan seperti tanah liat, penyepit baju, mainan blok boleh membantu merangsang sendi jari anak
yang akan menguatkan tangan si kecil untuk menulis. Bagi yang mempunyai anak kurang upaya, anda
boleh masakkan kanji (campur tepung ubi dengan air dan masak hingga pekat). 

Anda boleh bahagikan kepada beberapa bekas dan letakkan pewarna. Bermain dengan kanji juga boleh
menguatkan sendi jari anak anda

 Sebut nombor pada si kecil, contohnya bilangan butang di bajunya

 Untuk galakkan anak bercakap, apabila berada di persekitaran baru (di luar rumah) tanya soalan
mudah seperti ‘ini apa?’

 Apabila ibu atau ayah telefon, beri peluang anak untuk berbual dengannya

 Bercakap dengan anak, bukan memberi arahan kepadanya

Umur dua hingga tiga tahun

Anak anda boleh memberitahu namanya sendiri apabila ditanya; mematuhi arahan mudah; menamakan
tiga hingga enam anggota badan; menyebut kira-kira 100 patah perkataan; bercakap dalam ayat
mengandungi tiga atau empat perkataan dan mula bertanya soalan mudah. Apa yang anda boleh
lakukan ialah:
 Belikan bahan bacaan yang sesuai untuknya

 Dengar anak anda membaca buku ceritanya

 Tunjukkan contoh baik dengan kerap membaca di depan anak

 Galakkan anak membaca dengan kuat (untuk memperbaiki sebutan dan menambah kemahiran
menguasai perkataan)

 Minta anak terangkan makna gambar yang ada dalam buku cerita

 Minta anak sebut objek atau benda di rumah (satu atau dua setiap hari)
 Soal anak selepas dia membaca buku cerita untuk menguji kefahamannya

 Jika dia boleh menulis, ajar anak menulis namanya. Anda boleh menulis bersama-sama anak untuk
merangsang minatnya

 Jika dia pandai melukis, lekatkan lukisan terpilih di pintu peti sejuk untuk menggembirakannya

 Ajar anak melukis bentuk lebih sukar seperti bintang, tangga dan segi lima

 Belikan buku conteng untuk anak (bagi mengelak dia menconteng di dinding)

 Masa ini anak anda juga boleh diajar untuk mengenali huruf. Boleh belikan dia buku huruf dan temani
anak untuk meniru huruf di dalamnya

 Apabila anda membaca akhbar atau majalah, tunjukkan huruf yang ada pada ejaan namanya. Anda
juga boleh menjadikan akhbar dan majalah untuk menguji anak anda dengan memintanya menyebut
huruf pada tajuk berita atau rencana

 Untuk menggalakkan koordinasi tangan dan mata, galakkan anak meniru bentuk, sama ada secara
melukis atau menggunakan tanah liat

 Buat aktiviti membabitkan kiraan (sebut nombor pendaftaran kenderaan di depan contohnya) atau
mula ajar anak mengenal waktu (jam)

Umur tiga hingga empat tahun

Pada umur ini anak anda mempunyai tumpuan lebih panjang ketika melakukan satu-satu kerja (15
hingga 30 minit); mengenal warna; bercakap dengan jelas; masih boleh mematuhi arahan yang diberi
lima minit lalu; mula bertanya ‘siapa itu?’, ‘kenapa kena buat begini’, ‘kenapa tidak boleh’, ‘mengapa
begitu atau begini’ dan pelbagai soalan yang mungkin anda tidak tahu jawapannya; mengenal bentuk;
bercakap sendirian bila bermain dan pandai mengira.

Apa yang anda boleh lakukan untuk merangsang perkembangan mental anak? Banyak. Antaranya:

 Beli majalah untuk kanak-kanak. Anak anda boleh membaca tetapi secara perlahan-lahan. Jangan
marah anak kerana ia perkara normal

 Beri peluang anak menggunakan komputer (pastikan anda sentiasa ada bersama mereka)

 Cabar minda anak dengan perkataan baru setiap minggu

 Ajak anak untuk sama-sama menyelesaikan teka silang kata

 Apabila anak anda membaca buku cerita, minta dia berhenti seketika untuk bertanya soalan
mengenai apa yang dibaca. Tanya soalan lain selepas dia habis membaca untuk menguji kefahamannya.
Jika anak anda membaca terlalu cepat, minta dia ulang kerana dia mungkin tidak faham apa yang
dibacanya

 Jika anak anda menulis terlalu perlahan, bersabarlah. Tunjukkan cara betul memegang pensil. Jika
anak anda kidal, bantunya dengan membelikan pemegang pensil khas bagi memudahkannya menulis.
Anda boleh mendapatkan bantuan atau panduan daripada individu kidal dewasa

 Minta anak tulis senarai barang yang hendak dibeli

 Lekat hasil tulisan anak di pintu peti sejuk, walaupun tulisannya sangat comot!

 Ajar anak mengira duit; melalui aktiviti jual beli olok-olok di rumah (tetapi menggunakan duit betul)

 Minta anak tunjuk angka melalui tulisan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan jam mainan

 Pada umur ini, anak anda sudah boleh menghafal. Anda boleh minta dia mengulang semula perkataan
yang anda sebut. Jika dia lupa, berikan petunjuk

 Ketika ini minat terhadap rancangan televisyen bertambah tetapi anda perlu bertegas untuk
mengehadkan waktu menonton. Beri kelonggaran untuk rancangan tertentu saja

 Selitkan unsur pendidikan dalam semua aktiviti keluarga, termasuk ketika membeli-belah, memasak,
berjalan-jalan di taman atau ketika waktu makan.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara The New Straits Times Press (M) Berhad

Anda mungkin juga menyukai