Anda di halaman 1dari 30

FIQH WANITA: PERSOALAN TENTANG DARAH HAIDH ( 1 )

OLEH: MOHD NAZAR BIN IBRAHIM PEN.PEG.HAL EHWAL ISLAM HOSPITAL KUALA LUMPUR

HAKIKAT HAIDH
Para ulama Islam bersependapat bahawa darah yang keluar dari kemaluan wanita terbahagi kepada tiga:
Darah Haidh: darah yang keluar ketika seseorang berada dalam keadaan sihat. Darah Nifas: darah yang keluar selepas bersalin. Darah Istihadah: darah yang keluar bukan masa haidh dan nifas, ia dikira sebagai darah penyakit.

Pengertian
Sudut Bahasa - haidh bererti mengalir . Oleh itu orang Arab menyebut haadhal wadi yang bermaksud oasis yang mengalir airnya.Ia dinamakan haidh kerana ia mengalir pada waktu-waktu yang tertentu. Sudut Syara- bererti darah semulajadi yang keluar dari dalam rahim wanita setelah sampai peringkat baligh ketika dalam keadaan sihat tanpa apa-apa sebab pada waku-waktu tertentu.

Nama-Nama Haidh
Haidh paling masyhur. At-Thamthu- wanitanya dikenali sebagai Thomithu. irak-wanitanya dikenali sebagai Arik. Addhahku-wanitanya dikenali sebagai Dhahikun. Al-Ikbar-wanitanya dikenali sebagai Mukbir. Al-iksar-wanitanya dikenali sebagai Musir. At-Tamsu-wanitanya dikenali sebagai Thomisun. Ad-dirasu-wanitanya dikenali sebagai Daarisun. Al-Firaak-wanitanya dikenali sebagai Paarikun. An-nipaasun-wanitanya dikenali sebagai Nupsaa.

Makhluk yang ada haidh


Manusia,arnab,dhubu,kelawar,unta,anjing,cicak dan kuda. Adanya haidh pada empat yang pertama adalah sabit ulama sepakat tentangnya tetapi pada empat yang terakhir terdapat perselisihan pendapat. Terdapat juga ulama yang menambah jenis binatang yang lain seperti bintu wardan(sejenis serangga seperti lipas) bintu iris (sejenis binatang lebih besar dari tikus bertubuh panjang,memburu arnab).

Warna darah haidh


Ulama mazhab Syafie berpendapat ada 5 warna bagi darah haidh.
Hitam, Merah, Warna antara keemasan dan Merah,Kuning dan Keruh iaitu warna antara Kuning dan Putih.

Ulama mazhab Hanafi berpendapat ada 6 jenis warna.


Hitam, Merah, Kuning, Keruh,Hijau dan warna seperti Tanah. ** Kesemuanya tidak dikira darah haidh melainkan ianya datang semasa tempoh haidh biasa.

Ciri-ciri utamanya
Sebagai adza ( kotoran ) bermaksud segala benda yang tidak disenangi. RSAW menyifatkan ianya dengan beberapa sifat.
Pekat Ia seperti terbakar akibat kepanasan. Keluar dengan perlahan dan tidak mengalir sebagai cairan yang biasa mengalir. Ia mempunyai bau yang busuk ditambahkan lagi dengan warnanya yang hitam dan sangat merah.

Permulaan Haidh Wanita


Hadis RSAW

Maksudnya: Kami pernah keluar bersama Nabi s.a.w tanpa tujuan lain kecuali untuk menunaikan Haji.Apabila sampai di Sarif(nama tempat, 10 batu dari Mekah)saya(Aisyah) kedatangan haidh.Lalu Nabi menemui saya dalam keadaan saya sedang menangis.Baginda bersabda:Mengapa dengan kamu, adakah kamu kedatangan darah? Saya menjawab: Ya. Baginda bersabda sesungguhnya ini adalah suatu urusan yang telah ditentukan Allah kepada wanita-wanita keturunan Adam.Oleh itu kerjakanlah amalan yang dilakukan oleh orang yang menunaikan Haji kecuali jangan kamu tawaf di Baitullah melainkan setelah kamu mandi( Bukhari Muslim)

Umur berlaku Haidh


Kebanyakkan Ulama Imam Mazhab berpendapat umur berlakunya baligh kepada seorang wanita ialah 9 tahun kerana berdasarkan kepada kebiasaan terjadi. Dalam sejarah kewujudan Manusia belum ada rekod seorang perempuan datang haidh sebelum usia 9 tahun. Sabda RSAW Maksudnya:Apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maka ia dikenali sebagai wanita(Al Baihaqi) ** Maksudnya dari segi hukumnya kana-kanak tersebut sama sepertu hukum seorang wanita.

Melihat Darah sebelum 9 tahun


Jika seseoang perempuan belum usia 9 tahun pada tempoh yang tidak mencukupi tempoh suci haidh maka darah itu bukan darah haidh. Al Mawardi mengatakan: Jika darah itu telah berlalu selama sehari atau dua maka ia adalah darah haidh, dan tidak jika sebaliknya. Al Darimi pula berkata: Kekurangan usia selama sebulan atau dua bulan tidak memberi apa-apa kesan. As Syafie berkata: Jika ia melihat darah sebelum usia genap 9 tahun maka ia dikenali darah fasad dan tidak dikatakan darah Istihadah kerana darah Istihadah hanya berlaku menyusuli selepas haidh.

Usia putus Haidh


Para Fuqaha berselisih pendapat dalam menentukan usia berakhirnya haidh kerana ketiadaan nas, peganggannya bersandarkan kepada Istiqra( melihat kebiasaan yang berlaku ) dan tinjauan kepada hal ehwal para wanita. Ulama Mazhab Syafie berpendapat usia tamat haidh ialah 62 tahun. Ulama Mazhab Hanafi berpendapat 55 tahun. Fuqaha Maliki mengatakan 70 tahun. Mazhab Hanbali muktamad 50 tahun.Ada juga pendapat lain 50 tahun itu dikatakan sebagai permulaan tamat haidh dan 60 tahun adalah penamatnya. Tempoh antara 50 ke 60 tahun itu dikira tempoh dalam keraguan

Tempoh Haidh
( a )Sekurang-kurangnya sehari semalam berdasarkan Istiqra( kebiasaan ). ( b )Kebiasaan tempoh ialah 6 atau 7 hari. ( c )Tempoh paling lama 15 hari 15 malam walaupun kedatangannya tidak terus menerus . Jumhur Ulama berpegang kepada dalil sekurang-kurang sehari semalam dan paling lama 15 hari dengan alasan perkataan haidh disebut dalam syariat Islam secara mutlak tanpa ditentukan had masanya.Oleh itu wajib dirujuk persoalan ini kepada Uruf dan adat seperti halnya dalam kes menerima barang, meletakkan dalam kawalan dan seumpamanya.

Tempoh Haidh di luar Jarak masa yang menjadi kebiasaan seorang wanita.
Fuqaha Syafie berpendapat jika biasa hadih datang lebih 15 hari atau kurang dari sehari semalam maka tempoh lebih atau kurang itu tidak dikira sebagai tempoh haidhnya, kerana apa yang dialaminya tidak boleh membatalkan tempoh yang telah tetap pada dirinya atau orang lain. Malah darah yang lebih atau kurang itu dianggap Istihadah dan wajib melakukan ibadat kerana kemungkinan besar ia mengalami masalah kesihatan, melebihi daripada andaian yang ia perkara luar biasa yang berlaku padanya.

Sebahagian ulama lain berpendapat bahawa tidak boleh ditetapkan tempoh minimum atau maksimum haidh, malah sebarang tempoh yang sering dialami oleh seseorang wanita tersebut dikira tempoh haidhnya walaupun kurang dari sehari atau lebih dari 15 hari atau 17 hari.Ini kerana tiada tempoh tetap semasa suci antara dua period haidh. Dengan demikian kebiasaan seseorang wanita itu diamalkan, manakala orang yang tidak mengalaminya hendaklah melihat kepada tanda-tanda lain sama ada ia darah haidh atau Istihadah.

Tempoh Suci antara 2 Haidh


Sekurang-kurangnya 15 hari menurut jumhur (Maliki,Syafie dan Hanafi )kerana paling lama haidh 15 hari semestinyalah tempoh paling kurang 15 hari juga. Hanbali pula berpendapat sekurang-kurangnya 13 hari. Kebiasaan suci ialah baki dari sebulan yang kedatangan haidh wanita tersebut, jika datangnya 6 atau 7 hari maka sucinya 23 atau 24 hari.

Tiada had tempoh suci secara maksimum. Kebiasaan orang kedatangan haidh sekali dalam sebulan. Ada yang datang haidh sekali seumur hidup dan ada langsung tidak pernah datang haidh(Fatimah Az Zahra). Ada yang setiap tahun sehari semalam haidhnya dan nifas selama 40 hari. Ada yang datang haidh sekali dalam masa 2 tahun dan nifasnya selama 3 hari.

Darah yang dilihat oleh perempuan mengandung


Fuqaha dahulu dan sekarang berselisih pendapat tentang darah yang dialami perempuan semasa mengandung(haidh atau Istihadah). Imam Malik,al-Laithi dan Syafie dalam qaul jadidnya mengatakan mungkin haidh kerana ia salah satu darah tabie atau darah penyakit, sedangkan pada asalnya tidak ada apa-apa penyakit pada perempuan itu.Walaupun begitu darah haidh bagi perempuan mengandung tidak menyebabkan iddahnya berkurangan kerana tujuan iddah untuk membersihkan rahim.

Imam Abu Hanifah,Ahmad,al-Thauri,al-AuzaI dan alZuhri berpendapat orang yang mengandung tidak kedatangan haidh, maka darah yang hadir itu dikira Istihadah(darah fasad). Allah s.w.t telah mengatur kebiasaan seorang wanita yang mengandung maka tertutuplah permukaan rahimnya dimana tidak sesuatupun yang dapat masuk dan keluar darinya.Darah yang keluar itu bukan dari rahim. Darah haidh ketika mengandung akan bertukar menjadi makanan janin yang berada dalam perut ibunya. Dr Kamil Musa mengatakan ia bukan darah haidh, dan jumhur ulama dan syafie dalam qaul qadimnya juga mengatakan bukan haidh sejajar dengan penemuan perubatan moden ia bukan darah haidh dengan alasan rahim akan tertutup sewaktu mengandung, haidh itu sendiri merupakan nama darah yang keluar dari rahim.

Suci yang berselang seli semasa tempoh haidh


Fara Fuqaha sependapat bahawa tidak disyaratkan untuk dikira darah haidh itu keluar secara terus menerus. Apabila seseorang mendapati pada suatu hari ia bersih dan pada hari yang lain terdapat darah maka dalam hal ini golongan Fuqaha ada 2 pendapat. Pertama :Hanafi mengatakan ia bersih daripada darah semasa tempoh haidh dikira sebagai haidh. Kedua :Syafie dalam pendapat yang asah mengatakan ia dikira bersih sebagai hari haidhnya dengan tiga syarat :

1. Hendaklah hari bersih itu dilingkungi antara dua darah haidh. 2. Hendaklah tempoh bersih itu tidak melepasi lima belas hari. 3. Darah yang keluar tidak kurang dari tempoh sekurang-kurang haidh. Pendapat kedua berpegang dengan konsep talfiq iaitu menggabungkan hari-hari yang bersih di satu segi dan mencampurkan hari-hari yang kedapatan darah di segi yang lain.Ini kerana bila keluarnya darah sebagai bukti adanya haidh maka terputusnya darah merupakan bukti bersih.Pendapat ini dipegang oleh Ulama Maliki dan Hanbali serta Fuqaha syafie. Adapun hari bersih selepas darah haidh yang terakhir maka ia dikira sebagai bersih secara putus. Perselisihan fuqaha tentang masalah ini hanya berkisar tentang persoalan puasa, solat dan seumpamanya sahaja bukan bab iddah.

Melihat darah sebelum bersalin


Syafie berpendapat darah yang keluar sehari dua sebelum bersalin bukan nifas walaupun disertai sakit untuk bersalin. Hanbali pula beranggapan ia darah nifas dengan syarat berlaku dua atau tiga hari sebelum bersalin dan disertai dengan rasa sakit hendak bersalin. Darah yang keluar dalam waktu yang lama sebelum bersalin atau jarak yang dekat hendak bersalin tanpa ada rasa sakit hendak bersalin ia bukan darah nifas ( kesepakatan ulama ).

Darah yang keluar seiringan dengan bersalin


Hanafi dan Syafie berpendapat ia ia bukan darah haidh selagi bayi belum terpisah dengan ibu, darah ini dikira hukum orang yang hamil bukan nifas, kerana nifas dikira selepas selesai bersalin dan ianya keluar selepas bayi lahir. Al Syarqawi menyebut tidak termasuk darah haidh, ia dikira darah fasad. Maliki dan Hanbali berpendapat ia darah nifas.

Tanda berhenti Haidh


Imam Nawawi menyebut tanda putusnya haidh dan wujudnya suci ialah berhentinya darah yang keluar dan juga cairan kuning dan keruh. Apabila terputus darah yang keluar maka wanita itu menjadi suci sama ada selepasnya, keluar lembapan berwarna putih atau tidak. Pernah beberapa wanita menghantar kepada Aisyah perca kain yang didalamnya terdapat kapas yang mempunyai kesan warna kuning, lalu Aisyah berkata janganlah kamu gopoh melainkan setelah mendapati qissah putih Ertinya kebersihan haidh sehingga kapas yang digunakan menutup haidh seolah-olah seperti kapur tidak bercampur dengan warna kuning.

Asma binti Abu Bakar pernah ditanyakan tentang sedikit warna kuning, lalu beliau berkata: Tinggalkan Solat selagi mereka masih mendapati yang sedemikian sehinggalah ia tidak melihat melainkan seperti susu yag bersih. Tanda-tanda dan pemberitahuan ini merupakan pendapat yang dipegang dalam mazhab Hanafi, Syafie dan Maliki.

Penggunaan ubat untuk mengeluar dan menghalan haidh


Dibenarkan sekiranya tidak dibimbangi berlaku apa-apa kemudaratan. Syeikhul Islam Zakaria al Ansari ditanya tentang seorang wanita yang perjalanan haidhnya perlahan lalu memasukan alat penjolok kedalam rahimnya dan terhasil apa yang dikehendakkinya. Setelah itu haidhnya berterusan dan kadangkala terputus dan pada kali yang lain datang semula, jaraknya antara terputus dan kedatangan semula kurang dari sehari semalam berterusan hingga melepasi 15 hari, beliau menjawab wanita itu hendaklah melakukannya sekitar waktu haidh lebih dari itu dikira Istihadah. Perlu perhatian bagaimana ibadat dan layanan terhadap suaminya jika berterusan begitu?.

Menghalang haidh harus ada dua syarat


Pertama Ia tidak bimbang berlaku kemudaratan terhadap dirinya. Kedua Dengan keizinan suami kerana berkait dengan hak suami seperti perempuan yang sedang beriddah akibat diceraikan, suaminya wajib memberikan nafkah dalam tempoh iddah,dengan menghalang haidh ia akan memanjag tempoh nafkah iddah atau menghalang kedatangan haidh untuk elak mengandung maka ia perlu keizinan suami.

Menyebab kedatangan haidh harus dua syarat


Pertama jangan sampai menyebabkan gugur kewajipan, digunakan disaat hampir ramadhan untuk mengelak dari berpuasa atau dengan tujuan menggugurkan kewajipan berpuasa. Kedua Dilakukan dengan keizinan suami kerana kedatangan haidh menghalang hubungan kelamin( hak suami terhalang ) juga jika perempuan sedang diceraikan menggunakan bahan mendatangkan haidh akan mempercepatkan gugurnya hak suami untuk rujuk semula jika perceraian itu yang boleh dirujuk semula.

Mazhab Maliki membezakan penggunaan ubat untuk menyegerakan dan menghalang haidh. Darah yang keluar bukan waktunya, kerana ubat dianggap bukan haidh. Haidh ditakrifkan keluar dengan sendirinya dikemaluan wanita ketika usia yang ia boleh mengandung pada adatnya walaupun sekejap. Jika menggunakan ubat yang menyebabkan terputusnya haidh bukan pada waktunya ia dianggap suci dan iddahnya juga tamat disebabkan terputusnya haidh itu.

Warna kuning dan keruh


Kebanyakkan ulama tidak menganggapnya haidh jika datangnya bukan pada waktu haidh. Abu Yusuf mengatakan warna kuning adalah haidh sementara, warna keruh bukan haidh kecuali didahului oleh darah,jika datang sebelum haidh ia bukan haidh. Abu Thaur berpendapat warna kuning atau keruh didahulu oleh darah kedua-duanya dikira haidh dan tidak sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai