Anda di halaman 1dari 7

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HAID?

Darah haid adalah darah yang keluar daripada rahim perempuan yang sihat,
yang tidak ada sesuatu sebab.

Menurut kebiasaan, perempuan akan didatangi haidh apabila dia meningkat umur 9 tahun,
biasanya waktu berumur 12 tahun.

Tempoh keluar darah haid berlaku minimum sehari semalam dan maksimum 15 hari 15 malam.

Pada kebiasaannya (tempoh normal) ialah tujuh hari tujuh malam.

Apabila sudah lebih daripada 15 hari 15 malam, maka itu bukanlah darah haid lagi, tetapi
dikenali sebagai darah istihadah (darah penyakit).

Sekurang-kurangnya tempoh suci antara dua haid adalah 15 hari dan tiada tempoh berapa lama
waktu suci.

Jika seorang perempuan berhenti haidnya, maka wajiblah dia mandi wajib.

Daripada Aisyah dia berkata:

Fatimah binti Abi Hubaisy mendatangi Nabi SAW seraya berkata; “Wahai Rasulullah, aku
adalah seorang perempuan berdarah istihadah, maka aku tidak suci, apakah aku harus
meninggalkan solat?

Maka baginda bersabda; “Darah tersebut adalah darah penyakit bukan haidh, apabila kamu
didatangi haid hendaklah kamu meninggalkan solat. Apabila darah haid berhenti dari keluar,
hendaklah kamu mandi dan mendirikan solat” (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, kalau darah itu darah istihadah, maka solat tetap wajib dikerjakan.

Caranya dibersihkan darah (mandi) itu terlebih dahulu kemudian berwuduk, dipakai tuala
wanita dan kemudian solat.

USIA BERMULA HAID

Umur wanita didatangi haid sekurang-kurangnya sembilan tahun. Ertinya tidak ada wanita yang
berumur dibawah sembilan tahun yang datang haid.

Ini berdasarkan dalil berikut: Hadis Mauquf dari Aisyah r.a. yang mengatakan:


1
Apabila kanak-kanak perempuan sudah berumur sembilan tahun bererti dia sudah termasuk
imraah (wanita baligh)
Dan berdasarkan kajian ini juga wanita yang melihat darah keluar dari kemaluannya sedangkan
umurnya belum mencapai sembilan tahun, maka darah itu tidak dikira sebagai darah haidh.

WARNA DARAH HAID

Menurut ulamak; warna-warna darah haidh ada lima, iaitu;

1-Hitam 2- Merah. 3- Asyqar (warna antara merah dan kuning) / Perang


4- Kuning. 5- Keruh.

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah,
kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih
dan hitam).

Warna Kuning Atau Keruh, Adakah Dikira Sebagai Haid?

Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna (jernih).

Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih
yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu
tandanya darah haidh telah habis.

Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Kebanyakan ulama berpendapat dengan pendapat yang sohih di kalangan fuqaha’


Syafi’e, warna kuning dan keruh tidak dianggap sebagai haid JIKA kedatangannya BUKAN
pada waktu haid.

 JIKA kedatangannya PADA waktu haid, maka ia (warna kuning atau keruh) dikira sebagai
darah haid.

Hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; para wanita sahabat menghantar
kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari
haid*

(Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau
belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh)

2
Lalu ‘Aisyah menjawab; Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu
melihat seperti kapur putih”. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak
dianggap darah haid.

Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menyebutkan;

Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haidh)
sebagai sesuatu (dari darah haidh)”.(Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud)

Kaedah Kiraan Tempoh Haid

Seperti yang dijelaskan, tempoh maksimum haid adalah 15 hari 15 malam.


Dan tempoh minimum haid ialah sehari semalam.

Bagaimana yang dikatakan darah keluar sehari semalam itu?


Adakah darah perlu keluar secara berterusan dalam tempoh tersebut sehingga mencukupi
syarat untuk dikatakan sebagai darah haid? Atau kiraannya adalah lain?

Pandangan muktamad dalam Mazhab Syafi’e berkenaan tempoh minimum haid ialah keluar
darah yang kadarnya sebanyak sehari semalam (24 jam).

Contoh kiraan haidh;

MASALAH PERTAMA: JIKA DARAH KELUAR SECARA BERTERUSAN

3
Jika darah tersebut keluar secara berterusan tanpa henti, maka kaedah pengiraan sehari
semalamnya bermula sejak darah keluar sehingga cukup 24 jam.

Contoh:

Aina mendapati darah haidnya mula keluar pada hari Ahad jam 8.00 pagi. Maka pada jam 8.00
pagi hari Isnin, cukuplah tempoh sehari semalam darahnya keluar.

Sekiranya dalam tempoh tersebut darahnya keluar berterusan tanpa henti, maka darah
tersebut dihukumkan sebagai darah haid kerana ia telah mencapai tempoh minimum haid iaitu
24 jam.

Namun jika darah Aina berhenti pada jam 7.00 pagi pada hari Isnin, maka darah tersebut
bukanlah darah haid kerana belum mencapai tempoh minimum iaitu 24 jam.

Dari sudut hukum, darah yang keluar selama 23 jam itu dikira darah fasad atau dipanggil juga
darah istihadah.

Maka Aina wajib mengerjakan solat ketika itu tanpa perlu mandi hadas disamping wajib qada
semula solat yang ditinggalkan dalam tempoh 23 jam itu.

MASALAH KEDUA: JIKA DARAH KELUAR SECARA PUTUS-PUTUS

Jika darah tersebut keluar secara putus-putus dan tidak berterusan, maka kaedah pengiraannya
ialah dengan mengumpulkan keseluruhan tempoh darah keluar sepanjang 15 hari.

Seandainya tempoh keseluruhannya cukup sehari semalam, maka darah tersebut dihukumkan
sebagai darah haid.

Akan tetapi, jika tidak mencapai tempoh minimum tersebut, maka darah tersebut tidak dikira
darah haid, tetapi darah fasad ataupun istihadah.

Contoh: Farah mendapati ada darah keluar pada hari Ahad bermula jam 8.00 pagi sehingga
2.00 petang (6 jam).

Kemudian darah tersebut berhenti sementara dan keluar semula pada bermula jam 8.00 pagi
Isnin sehingga pukul 5.00 petang (9 jam).

Sejurus selepas itu, darah tersebut berhenti dan keluar semula pada hari Selasa bermula jam
9.00 pagi hingga pukul 6.00 petang (9 jam).

4
Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, tindakan yang perlu dilakukan untuk mengenalpasti
sama ada darah tersebut haid atau sebaliknya ialah dengan mengumpulkan keseluruhan
tempoh masa darah keluar.

Ini bermakna, 6 jam pada hari Ahad + 9 jam pada hari Isnin + 9 Jam pada hari Selasa dan
mencapai cukup 24 jam. Justeru, darah tersebut dikira sebagai darah haid.

TANDA HAID TELAH BERHENTI (WAKTU SUCI)


Antara tanda atau alamat seseorang wanita itu suci daripada haid atau nifas ada dua:

1. Kering daripada darah 2-Keluar cecair putih

Kering daripada darah itu bukanlah ditentukan dengan sekadar melihat tiada darah di
permukaan faraj, tetapi dengan memasukkan kapas ke dalamnya.

Jika warnanya putih bersih setelah dikeluarkan, maka ia tanda bersih daripada darah.

Namun jika warnanya berubah dengan warna lain seperti kekuningan atau kemerahan, maka
ia dikira masih haid atau nifas.

Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah juz 18


halaman 310:

Suci daripada haid itu tercapai dengan salah satu daripada dua perkara; iaitu berhenti darah
dan kedua melihat ada cecair putih. Dimaksudkan dengan berhenti darah ialah kering daripada
darah, iaitu kapas yang dikeluarkan (dari faraj) tidak tercemar dengan darah, warna keruh atau
kuning.
Menurut Aisyah isteri Rasulullah saw (kisah): Pernah beberapa orang wanita menghantar
kepada Aisyah perca kain yang didalamnya terdapat kapas yang mempunyai kesan warna
kuning, lalu Aisyah berkata: “Janganlah kamu gopoh melainkan setelah mendapati qissah
(kapas) putih”.

Asma’ binti Abu Bakar r.a, beliau pernah ditanyakan tentang sedikit warna kuning, lalu beliau
berkata: “Tinggalkan sembahyang selagi mereka (kaum wanita) masih mendapati yang
demikian sehinggalah ia tidak melihat melainkan seperti susu yang bersih”.

CARA MEMASTIKAN DARAH HAID TELAH BENAR-BENAR BERHENTI

Cara untuk memastikan darah haid telah berhenti adalah:

5
Hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain,
kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid
atau tidak.

Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas
tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi.

Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi
lagi kerana darah haidh belum habis.

Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang
diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.;

Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat
padanya kesan kuning dan keruh dari haid.

Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah


kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

ADAKAH PERLU TUNGGU KERING DARAH SEHARI SEMALAM SEBELUM MANDI WAJIB?
Secara umumnya, wanita yang keluar darah haid atau nifas dapat mengetahui darah tersebut
telah berhenti apabila kapas yang dimasukkan ke dalam farajnya tidak ada apa-apa kesan darah
termasuklah warna keruh.

Menurut istilah fiqh, keadaan sebegini dinamakan sebagai naqa’

Imam Nawawi menjelaskan dalam kitab Raudah al-Talibin juz 1 halaman 163:Naqa’: Sekiranya


wanita itu memasukkan kapas ke dalam farajnya dan warnanya masih putih setelah
dikeluarkan. Penetapan makna naqa’ ini adalah penetapan yang telah dibuat oleh Imam al-
Syafi’e dalam kitab al-Umm, dan juga penetapan oleh syeikh-syeikh yang tiga.

Apabila terjadi naqa’ yakni bersih daripada haid dan nifas, maka wajib ke atas wanita tersebut
mengerjakan solat fardu.

Adalah suatu kesalahan jika seseorang wanita itu menunggu sehingga tempoh yang tertentu
untuk mandi wajib, solat, puasa dan tawaf sedangkan ketika itu darahnya sudah pun berhenti
(naqa’), lebih-lebih lagi sehingga menyebabkan dia meninggalkan perkara yang fardu atas
dirinya.

Ini kerana perkara yang mengharamkan mereka daripada mengerjakan solat, puasa dan tawaf
hanyalah haid dan nifas.

6
Tambahan pula, alasan takut-takut darah keluar semula bukanlah suatu alasan yang boleh
diterima. Ini kerana ia adalah suatu andaian dan khayalan yang menyalahi perkara yang zahir.

Dalam kaedah fiqh ada menyebut: ‫ال عبرة بالتوهم‬

Maksudnya: “Tidak diambil kira suatu andaian atau suatu khayalan”

Dari suatu sudut, benar dan tidak dinafikan berkemungkinan darah akan keluar semula setelah
berhenti, tetapi dalam masa yang sama juga, ada kemungkinan darah akan berhenti terus.

Antara dua kemungkinan ini, kemungkinan darah berhenti terus adalah lebih kuat berbanding
kemungkinan darah akan keluar semula adalah zahirnya jika darah telah berhenti, ia tidak akan
kembali semula.

Imam al-Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzah juz 2 halaman 502-


503:

Apabila seorang wanita melihat naqa’ (tiada darah) pada hari yang kedua, maka dia perlu
mengerjakan pekerjaan (kewajipan) wanita-wanita yang suci tanpa ada khilaf. Hal ini kerana
kita tidak mengetahui bahawasanya dia adalah wanita talfiq kerana berkemungkinan
berterusan berhenti darah tersebut. Kata ulama mazhab Syafi’e, ‘maka wajib ke atasnya mandi,
puasa dan solat. Dan dia juga boleh membaca al-Quran, menyentuh mashaf, bertawaf,
beriktikaf dan bersama dengan suaminya. Tiada sedikit pun khilaf dalam hal ini.

KESIMPULAN

Para ulama empat mazhab bersepakat mengatakan wanita yang telah pun suci daripada haid
atau nifas tidak perlu tunggu sehari semalam untuk mandi wajib. Masa suci yang dimaksudkan
disini ialah masa antara dua haid.

Anda mungkin juga menyukai