Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN

PEMBELAJARAN 3E
MENGIKUT TAHAP UMUR
DISEDIAKAN OLEH: IYLIA WAHEEDA BINTI KHAIRUL HIZAM
PERINGKAT
UMUR 0-6 BULAN
◦ CONTOH AKTIVIT: BUIH OH BUIH
◦ Aktiviti ini sangat bagus bagi merangsang bayi.
Bayi akan aktif berinteraksi dengan keadaan dan
orang sekelilingnya. Manfaatkan waktu ini untuk
bercakap-cakap dengan bayi dan galakkan bayi
untuk bergerak-gerak.
◦ Ketika ada buih berterbangan, katakan kepada
bayi, ” Wah besarnya buih itu! “ atau ” Jom,
tangkap buih! “
PERINGKAT UMUR
6-12 BULAN
◦ CONTOH AKTIVITI: AKTIVTI
PUSING-PUISING DI DALAM
RUMAH
◦ Pada peringkat umur ini- kanak-kanka
suka meneroka barang-barang yang
ada di persekitaran mereka. Mereka
juga suka menggunakan pancaindera
seperti mata untuk melihat sekeliling
dan kaki yang sentiasa mahu bergerak.
Oleh itu, kanak-kanak digalakakkan
untuk meneroka apa yang ada
dipersekitarannya dengan bimbingan
penjaga.
PERINGKAT UMUR 2-3 TAHUN
◦ CONTOH AKTIVITI: AKTIIVITI MENGISI &
MENGOSONGKAN
◦ Para pendidik boleh memilih mainan yang bewarna warni dan
mempunyai pelbagai bentuk untuk menarik minat kanak-kanak.
Seterusnya, boleh mengajar kanak-kanak untuk memasukkan dan
kemudiannya mengeluarkan mainan tersebut. Aktiviti ini dapat
merangsang pancaindera bayi, menstimulasikan keteremapilan
motor halus dan kooordinasi mata-tangan serta mengasah
pemahaman mengenai sesuatu objek.
PERINGKAT
UMUR 3-4 TAHUN
◦ CONTOH AKTIVITI: BERMAIN OLOK-OLOK
◦ Permainan ini sangat digemari oleh kanak-kanak di seluruh
dunia. Hal ini kerana, mereka mmpunyai daya imaginasi yang
tinggi. Ketika inilah mereka mula bermain dan berpura-pura
menjadi guru, ibu, doktor, puteri, watak adi wira atau
seumpamanya. Selain menyeronokkan, permainan imaginasi
atau olok-olok ini memberi peluang kepada si kecil mengenali
peranan satu-satu watak yang dipilihnya. Aktiviti ini juga boleh
merangsang perkembangan minda anak dengan memasukkan
satu masalah atau insiden supaya dia berfikir cara untuk
menangani perkara berkenaan. Idea yang dilahirkan mungkin
boleh membuatkan anda ketawa tetapi ia sebenarnya bersesuaian
dengan pengetahuannya. Selain itu, aktiviti ini juga membantu
memperbaiki kemahiran bahasa kerana ia membabitkan
pemikiran untuk melahirkan satu-satu perlakuan dengan kata-
kata dan mengulang semula apa yang mereka dengar. Kemahiran
bersosial juga dapat dipupuk Ketika bermain permainan ini.

Anda mungkin juga menyukai