Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK UFD 623

KURSUS ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK – UFD1001

TUGASAN 1 LAPORAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

NAMA PENSYARAH DR SURAYAH ZAIDON

NAMA PELAJAR MASYITA BINTI ABDUL SAMAT

NO KAD METRIK UFD230033


PENDAHULUAN

Latar Belakang

Kanak-kanak yang mmbesar dengan sihat dan baik adalah impian semua ibu-bapa. Siring dengan
kesihatan, tahap perkembangan kanak-kanak merupakan topik yang selalu menjadi kerisauan di minda
ibu-bapa. Perkembangan kanak-kanak menerangkan bagaimana kanak-kanak membesar dan berubah.
Perkembangan kanak-kanak dapat dilihat dan diukur dalam empat aspek utama iaitu fizikal,kognitif,emosi
dan sosial. Pertumbuhan kanak-kanak di awal-awal tahun mereka adalah sangat penting ini kerana kanak-
kanak berkembang secara pesat. Keupayaan pembelajaran dan pertumbuhan kanak-kanak bergantung
kepada persekitaran dan juga faktor genetik. Maka tidak hairanlah perkembangan kanak-kanak itu
berbeza antara satu dengan yang lain. Pembelajaran membentuk masa depan kanak-kanak oleh itu,
kanak-kanak perlu mendapat penjagaan, pemakanan, dan persekitaran pembelajaran yang betul agar
mereka dapat membesar dengan baik dan sempurna.

“Kanak-kanak ibarat simen basah. Apa sahaja yang menimpa mereka memberi kesan.” ini
merupakan petikan dari Haim Ginot yang merupakan ahli psikologi yang terkenal.Haim Ginott
menggunakan analogi yang jelas untuk menekankan bahawa pentingnya persekitaran terhadap
perkembangan kanak-kanak. Petikan ini menekankan sensitiviti kanak-kanak terhadap persekitaran dan
interaksi mereka. Ia memberi peringatan kepada orang dewasa tentang tanggungjawab mereka untuk
memberikan pengalaman positif, persekitaran yang sesuai untuk memupuk dan hubungan baik yang
kemudiannya akan membentuk kepercayaan, tingkah laku dan kesejahteraan keseluruhan dalam hidup
kanak-kanak.

Tiga tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah yang paling penting, dan juga yang paling
terdedah untuk perkembangan otak. Mereka membina asas untuk kebolehan pendidikan, emosi dan
sosial sepanjang hayat. Otak bayi pula, adalah satu perempat daripada saiz otak orang dewasa, tetapi
saiznya dua kali ganda pada tahun pertama kehidupan. Ini menunjukkan kepentingan perkembangan dab
pertumbuhan kanak-kanak pada tahun pertama.
KAJIAN

Didalam pertumbuhan kanak-kanak, terdapatnya kemahiran seperti mengambil langkah


pertama, tersenyum untuk kali pertama, dan melambai "bye bye" dipanggil tonggak perkembangan.
Kanak-kanak mencapai kejayaan dalam cara mereka bermain, belajar, bercakap, bertindak dan bergerak.
Di dalam membuat kajian mengenai hubungan Milestone dan domain pertumbuhan ini, penelitian
terhadap Dhia Zara (bayi A) merupakan bayi 11 bulan yang aktif dan sihat. Bayi perempuan ini, lahir di
dalam keluarga yang terdiri dari bapa, ibu yang merupakan suri rumah, dan merupakan anak yang
terakhir dari lima orang adik beradik. Bayi A lahir secara normal di Hospital Canselor Tuanku Muhriz
UKM pada pagi 24 Mac 2023. Secara dasarnya, perkembangan milestone di awal usia bayi A secara
keseluruhannya terlihat normal. Ada beberapa milestone yang bayi A dapat mencapai awal dari
sesetengah bayi dan ada yang lambat beberapa bulan. Namun ia masih lagi didalam lingkungan yang
dapat dikawal dan normal.
PENCAPAIAN FIZIKAL

Pencapaian ini melibatkan kedua-dua kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kemahiran
motor yang kaar biasanya yang pertama berkembang iaitu termasuk duduk, berdiri, merangkak, dan
berjalan. Kemahiran motor halus melibatkan pergerakan yang tepat seperti menggenggam sudu,
memegang krayon, melukis bentuk, dan mengambil objek kecil. Ini merupakan contoh-contoh bagi
memahami apa itu perkembangan fizikal. Jadual dibawah adalah pencapaian yang dapat dilihat pada bayi
yang berumur 11 bulan.

Milestone Fizikal Pencapaian


Merangkak
Meniti ✓
Menarik untuk berdiri ✓
Mencangkung untuk duduk ✓
Menggunakan ibu jari dan jari telunjuk mengambil barang ✓
Minum dari cawan yang dipegang ✓
Berdiri tanpa bantuan 
Berjalan dua - tiga langkah 
Membuka mukasurat pada buku ✓
Mempunyai 1-8 gigi ✓

Melihat jadual pencapain fizikal bagi bayi A, rumusan yang dapat dilihat dari data yang dikumpul adalah,
hampir dari kesemua milestones fizikal telahpun dapat dicapai kecuali berdiri tanpa bantuan dan berjalan
dua ke tiga langkah. Kedua milestone ini melibatkan pergerakan motor kasar.
PENCAPAIAN KOGNITIF

Pencapaian kognitif ialah langkah penting ke hadapan dalam perkembangan kanak-kanak yang melibatkan
pemikiran, pembelajaran, penerokaan dan penyelesaian masalah. Mereka menerangkan bagaimana otak
kanak-kanak berkembang dan mempengaruhi bidang perkembangan lain, seperti bahasa dan kemahiran
sosial. Pencapaian kognitif ialah tingkah laku yang muncul dari semasa ke semasa dan berbeza mengikut
umur dan peringkat. Beberapa contoh pencapaian kognitif ialah menggunakan perkara untuk berpura-
pura, menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah yang mudah, mengikut arahan dua langkah, dan
mengetahui sekurang-kurangnya satu warna

Milestone Kognitif Pencapaian


Bertepuk tangan
Melambai ✓
Makan tanpa bantuan ✓
Mencangkung untuk duduk ✓
Mulai memilih rasa dan tekstur makanan yang tertentu ✓
Memperlihatkan perasaan ingin tahu ✓
Melagakan dua barang ✓
Meletakkan barang ke dalam dan luar bekas ✓
Mengenali barang atau karakter ✓
Bertindak balas terhadap jenaka dengan ketawa dan senyuman ✓
Menyebut “mama” atau “papa” 
Meniru bunyi 

Melihat jadual pencapain kognitif bagi bayi A, rumusan yang dapat dilihat dari data yang dikumpul adalah,
hampir dari kesemua milestones fizikal telahpun dapat dicapai kecuali menyebut mama papa dan meniru
bunyi. Kedua-dua milestone ini lebih kepada percakapan.
PENCAPAIAN EMOSI DAN SOSIAL

Pencapaian sosial ialah tingkah laku yang muncul dari semasa ke semasa, membentuk blok pembinaan
untuk pertumbuhan dan pembelajaran berterusan. Pencapaian sosial-emosi menumpukan pada
perkembangan kebolehan kanak-kanak untuk mengawal perhatian, emosi dan tingkah laku mereka, dan
untuk membentuk hubungan positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya. Pencapaian sosial dan emosi
tertumpu kepada kanak-kanak yang mendapat pemahaman yang lebih baik tentang emosi mereka sendiri
dan emosi orang lain. Kemahiran ini juga melibatkan pembelajaran bagaimana untuk berinteraksi dan
bermain dengan orang lain dan pembangunan empati

Pencapaian emosi pula, merujuk kepada pengalaman kanak-kanak, ekspresi dan pengurusan emosi
mereka, dan keupayaan untuk mewujudkan hubungan yang positif dan bermanfaat dengan orang lain.
Perkembangan emosi yang kuat membawa kepada lima kemahiran utama: kesedaran diri, kesedaran
sosial, peraturan emosi, membuat keputusan yang bertanggungjawab dan membina hubungan.
Kemahiran ini seterusnya mempengaruhi kejayaan di sekolah, di rumah, dalam komuniti dan dalam
masyarakat.

Milestone emosi dan sosial Pencapaian


Membuat hubungan mata serta bertindak balas dan melibatkan ✓
diri dengan orang ramai
Memahami perkataan dan permintaan ringkas ✓
Melekat dan mencari ibu untuk dipujuk ✓
Memperlihatkan rasa tertarik dengan budak lain ✓
Suka melihat buku ✓
Mahu melakukan sesuatu secara berdikari ✓
Menunjukkan kasih sayang dengan orang yang dikenali ✓
Menunjukkan rasa memiliki mainan dan orang ✓

Menerusi jadual pencapaian milestone emosi dan sosial bayi A. Didapati dari data kajian, Bayi A telah
mencapai semua milestones emosi dan sosial untuk bayi 11 bulan.
AKTIVITI 1 – MEMEGANG BARANG SECARA TANDEM

Berpegang kepada prinsip Perkembangan Kanak-kanak yang dinyatakan oleh Persatuan


Kebangsaan untuk Pendidikan Kanak-Kanak Muda (NAEYC) menegaskan bahawa : Kesalinghubungan
Domain Pembangunan adalah satu cara untuk anak-anak dapat berkembang. Bayi A yang masih lagi belum
mencapai milestone fizikal iaitu mengambil beberapa langkah dapat dibantu dengan menjalankan aktiviti
yang seiring dengan prinsip ini. Aktiviti ini adalah dengan membantu bayi berjalan dengan memegegang
beberapa alat yang mampu menarik minat bayi untuk berjalan. Aktiviti ini dimulakan dengan ibu atau
penjaga memegang item yang dapat menarik minat bayi seperti belon, penyapu, botol ataupun barang-
barang dirumah yang dapat menarik minat bayi tersebut. Kemudian, perlahan-lahan suakan mainan itu
ditangan bayi yang telah berdiri. Selepas sahaja bayi tertarik dan telah menggengam barang yang telah
disuakan, gerakkan perlahan-lahan barang tersebut ke arah yang bertentangan dengan bayi untuk
menggalakkan bayi mengambil beberapa langkah kedepan. Perasaan ingan tahu dan ingin bermain pada
bayi akan menambah kehendaknya untuk terus mengikuti gerak barang tersebut. Bayi akan mengambil
langkah dengan gembira. Aktiviti ini akan terus menggalakkan lagi bayi untuk cuba berjalan dan akhirnya
bayi akan dapat rentak dan dapat mula berjalan dengan tanpa sokongan dari barang tersebut. Aktiviti ini
bukan sahaja melatih motor kasar, bayi juga dapat didedahkan kepada rangsangan baru dan boleh
membantu mereka belajar dan menjadi lebih kognitif. Dalam Kesalinghubungan domain emosi iaitu
perasaan ingin tahu dan bermain dapat membantu domain fizikal juga untuk berkembang.
AKTIVITI 2: MENYANYI BERSAMA-SAMA

Melalu prinsip bahawa kanak-kanak adalah Pelajar Aktif seperti yang diwar-warkan Persatuan
Kebangsaan untuk Pendidikan Kanak-Kanak Muda (NAEYC), pembelajaran aktif ialah apabila pelajar tidak
hanya mengambil maklumat tetapi mengambil bahagian atau berinteraksi dengan proses pembelajaran.
Penyelidikan menunjukkan bahawa penyertaan aktif dalam pendidikan membantu pelajar mempelajari
lebih lanjut, kerana ia menggalakkan otak untuk memanfaatkan rangkaian kognitif dan deria yang
membantu memproses dan menyimpan maklumat baharu. Dengan menjalankan aktiviti menyanyi
bersama, bayi dapat meniru bunyi dan menambah lagi pengetahuan bahasa pada bayi. Aktiviti ini dapat
dimulakan dengan ibu memasang lagu kanak-kanak yang berirama atau “nursery rhyme”. Ibu-bapa boleh
menyanyi dengan eksperesi muka yang gembira bagi menggalakkan bayi untuk turut serta. Menyanyi juga
dapat disertakan dengan pergerakan mudah agar dapat menarik lagi minat bayi. Dengan melakukan
pergerakan, bayi juga akan meniru pergerakan ibu-bapa dan kemudian akan meniru dan mencuba untuk
menyebut perkataan pada lirik lagu. Antara lagu yang boleh dimainkan ialah BINGO, Pak Atan, Semut
Berkawad dan banyak lagi. Dengan melakukan aktiviti menyanyi bersama ibu-bapa dapat meluangkan
masa melatih bayi dan mendorong mereka bagi menyebut perkataan mudah yang terdapat pada lirik lagu.
Ini tidak sahaja melatih mereka mencapai domain kognitif namun juga melatih motor kasar dan halus
dengan menari. Dengan melakukan aktiviti menyanyi dengan kawan-kawan dan adik beradik, ini juga
dapat mengembangkan domain sosial pada bayi.
AKTIVITI 3 – BERMAIN PEEK- A-BOO

Mengikut prinsip perkembangan bayi, yang menekankan bahawa bayi membesar melalui bermain.
Bermain adalah keperluan penting untuk perkembangan kanak-kanak, serta cerminan perkembangan
mereka ini kerana bayi secara sifat naturalnya memang kerap bermain. Oleh kerana itu ibu bapa dan
penjaga haruslah menerapkan pelbagai nilai ketika bermain. Aktiviti bermain peek-a boo boleh dimain
bersama anak sejak umur 3 bulan lagi. Menjelang 3-4 bulan bayi anda akan mula ketawa dan menyukai
anda bermain peek a boo dengan mereka. Menjelang usia 8 hingga 9 bulan, mereka akan mulai
memahami ketelapan objek dan dalam lingkungan 9 hingga 12 bulan akan dapat bermain mengintip boo
sepenuhnya sendiri. Selain membantu mengajar bayi tentang ketelapan objek, dengan bermain peek
aboo juga ibu bapa boleh menggalakkn bayi dengan berhenti selepas berkata peekk aaa, untuk
memulakan bayi berkata boo dan menyambung ayat tersebut. Secara tidak langsung ini akan
memperbaiki perkembangan domain kognitif mereka.
PENUTUP

Perkembangan fizikal, kognitif,sosial dan emosi setiap bayi berkembang secara pesat namun
dalam kelajuan yang berbeza-beza mengikut faktor gen dan persekitaran bayi itu sendiri. Setiap bayi
mampu diberi pertolongan bagi mempercepatkan dan mengukuhkan setiap perkembangan dari domain-
domain yang berbeza. Setiap aktiviti yang dilalukan bayi dapat mengembangkan tidak hanya satu,
namun beberapa domain perkembangan pada satu masa. Oleh itu, sebagai ibu-bapa dan penjaga kita
hendaklah sentiasa waspada terhadap tahap perkembangan anak-anak inikan pula ditahap tahun-tahun
pertama bayi.

RUJUKAN

Important Milestones: Your Baby By One Year | CDC

11-Month-Old Baby: Milestones and More (thebump.com)

Toddlers' Social and Emotional Development From 12-18 Months | HealthLink BC

22 Statistics You Need to Know About Childhood Brain Development | ZERO TO THREE

15 Inspiring Child Development Quotes From Famous Theorists - Number Dyslexia

Anda mungkin juga menyukai