Anda di halaman 1dari 12

UNIT 5

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI BAYI


(ORIENTASI / PEMAHAMAN SOSIAL,
ATTACHMENT, DAN KONTEKS SOSIAL)
NurulhudabintiMd Hassan
nurulhuda.mh@fpm.upsi.edu.my
012-3477066 / 015-48797271
Perkembangan Emosi dan

SOSIOEMOSI BAYI
PERKEMBANGAN
Personaliti

Orientasi Sosial

Attachment

Konteks Sosial
ORIENTASI/PEMAHAMAN SOSIAL
◦ Orientasi Sosial - pada usia 2 hingga 3 bulan bayi bertindak balas dengan
cara yang berbeza terhadap orang dan objek, menunjukkan emosi yang
lebih positif kepada orang lain (Legerstee, 1997).

◦ Interaksi Bermakna - satu aspek penting dalam perkembangan bayi adalah


melakukan interaksi yang bermakna dengan orang lain.

◦ Rujukan Sosial - "membaca" isyarat emosi orang lain untuk membantu


menentukan bagaimana bertindak dalam situasi tertentu.
ATTACHMENT
◦ Attachment - ikatan emosi yang erat antara dua orang.

◦ Rasa percaya yang terbentuk pada peringkat bayi adalah asas kepada attachment
dan menetapkan harapan sepanjang hayat bahawa dunia akan menjadi tempat
yang baik dan menyenangkan.

◦ Bowlby menyatakan bahawa kedua-dua bayi dan pengasuh utama mereka


cenderung secara biologi untuk membentuk attachment.
ATTACHMENT
◦ Attachment berkembang dalam beberapa fasa (Schaffer, 1996):
◦ Fasa 1: Lahir hingga 2 bulan. Bayi secara naluri mengarahkan attachment kepada manusia.
Orang asing, adik-beradik, dan ibu bapa cenderung menyebabkan bayi tersenyum atau
menangis.
◦ Fasa 2: 2 hingga 7 bulan. Attachment tertumpu pada seseorang, biasanya pengasuh
utama, kerana bayi secara beransur-ansur belajar membezakan orang yang dikenali
dengan orang yang tidak dikenali.
◦ Fasa 3: 7 hingga 24 bulan. Attachment khusus berkembang. Dengan peningkatan
kemahiran lokomotor, bayi secara aktif mencari hubungan dengan pengasuh biasa,
seperti ibu atau ayah.
◦ Fasa 4: 24 bulan ke atas. Anak-anak menyedari perasaan, tujuan, dan rancangan orang
lain dan mula mempertimbangkannya dalam membentuk tindakan mereka sendiri.
ATTACHMENT
◦ Perbezaan Individu Dalam Attachment
◦ Berdasarkan eksperimen Strange Situation, Ainsworth menyatakan bahawa
terdapat beberapa jenis attachment:

• Securely attached babies - menjadikan pengasuh sebagai tempat yang selamat


untuk meneroka persekitaran.
• Insecure avoidant babies - menunjukkan rasa tidak selamat dengan
mengelakkan pengasuh.
• Insecure resistant babies – sering attach dengan pengasuh.
• Disorganized babies – tidak teratur.
◦ Gaya Asuhan Dan Attachment
◦ Securely attached babies - mempunyai pengasuh yang peka dan
sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan bayi (Groh & Haydon,
2018; Hoffman & lain-lain, 2017).
◦ Insecure avoidant babies - tidak bersedia atau menolak (Posada &
Kaloustian, 2010). Mereka sering tidak bertindak balas terhadap bayi a
dan tidak mempunyai hubungan fizikal dengan mereka. Mudah marah
apabila berinteraksi dengan bayi.
◦ Insecure resistant babies - mempunyai pengasuh yang tidak konsisten
dalam memenuhi keperluan bayi. Secara amnya, mereka cenderung
tidak terlalu menyayangi bayi mereka.
◦ Disorganized babies - mempunyai pengasuh yang sering mengabaikan
atau mendera bayi secara fizikal (Almy & Cicchetti, 2018; Cicchetti, 2017).
KONTEKS SOSIAL
Keluarga

Penjagaan Kanak-kanak
KELUARGA
◦ Hubungan perkahwinan, keibubapaan, dan tingkah laku dan perkembangan bayi boleh
mempunyai kesan langsung dan tidak langsung antara satu sama lain.

◦ Kesan langsung - pengaruh tingkah laku ibu bapa terhadap anak.

◦ Kesan tidak langsung - bagaimana hubungan antara pasangan suami isteri mempengaruhi
cara ibu bapa bertindak terhadap anak (Dubow et al., 2017) Sebagai contoh, konflik
perkahwinan boleh mengurangkan kecekapan keibubapaan, di mana konflik perkahwinan
secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku anak.

◦ Peralihan ke alam keibubapaan – mewujudkan ketidakseimbangan dan memerlukan


penyesuaian (Carlson & VanOrman, 2017).
KELUARGA
◦ Sosialisasi timbal balik - sosialisasi yang bersifat dua arah; anak mensosialisasi ibu
bapa sama seperti ibu bapa mensosialisasikan anak.

◦ Pengurusan dan Bimbingan Tingkah Laku Bayi - mengurus dan membimbing


tingkah laku bayi dalam usaha untuk mengurangkan atau menghapuskan tingkah
laku yang tidak diingini (Holden, Vittrup, & Rosen, 2011).

◦ Pengasuhan Ibu dan Bapa - Interaksi ibu biasanya berpusat pada aktiviti penjagaan
anak seperti memberi makan, menukar lampin, atau mandi, sementara interaksi
bapa lebih cenderung ke arah permainan (Lamb & Lewis, 2015).
PENJAGAAN KANAK-
KANAK
Apa ciri-ciri program penjagaan kanak-kanak yang
berkualiti untuk bayi?
THANK YOU

◦ NurulhudabintiMd Hassan
◦ nurulhuda.mh@fpm.upsi.edu.my
◦ 012-3477066 / 015-48797271

Anda mungkin juga menyukai