Anda di halaman 1dari 15

FEM 4999A

PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR

PERKAITAN ANTARA MOTIVASI DAN KEPUASAN KERJA DENGAN


PRESTASI KERJA DALAM KALANGAN STAFF OPERASI DI WISMA
IBU PEJABAT BANK SIMPANAN NASIONAL , JALAN AMPANG,
KUALA LUMPUR

Nama : Mohamad Nur Rahman Bin


Mohamad Shukari
No. Matrik : 176761
Nama Penyelia : Dr. Saodah Binti Ahmad
Nama Penilai : Encik Bukryman Bin Sabri
Tarikh/Hari/Masa : 19 Mei 2017/ Jumaat / 10 pagi
BAB 1:PENDAHULUAN
Prestasi Kerja:
Prestasi pekerja (individual performance appraisal) adalah satu proses penilaian prestasi
secara individu yang dilakukan secara berkala terhadap pencapaian pekerja. Penilaian
prestasi adalah salah satu aktiviti pengurusan sumber manusia yang paling kritikal dan
yang paling banyak menimbulkan masalah dalam organisasi dan ianya adalah satu sistem
formal yang berstruktur bertujuan untuk mengukur dan menilai gelagat dan hasil yang
berkaitan dengan kerja bagi mengetahui sejauh mana pekerja mampu melaksanakan
kerja dengan lebih baik pada masa hadapan bagi kebaikan pekerja dan organisasi.
Kepuasan Kerja:
Konsep kepuasan bekerja berbeza antara seorang dengan yang lain. Pekerja mempunyai
persepsi dari kehendak yang tersendiri tentang kerja mereka kerana mereka mempunyai
emosi, citarasa dan kehendak yang tersendiri yang perlu dilayani. Pekerja yang
mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dikatakan dapat menghasilkan kerja yang
bermutu dan produktif (Smith,1980; Schultz, 1982; dan Mullins, 1989).
Motivasi Kerja:
Siagian (2004) menyatakan bahawa motivasi adalah daya pendorong yang
mengakibatkan seseorang ahli organisasi mahu dan rela untuk mengerahkan
kemampuan serta potensi diri dalam bentuk kepakaran atau kemahiran, tenaga dan
waktunya untuk menyelenggara tugasan yang menjadi tanggungjawab untuk
melaksanakan tugas yang di peruntukkan tanpa paksaan dalam mencapai tujuan dan
objektif sesebuah organisasi.
2
PERNYATAAN MASALAH
Menurut sumber Utusan Online yang mengeluarkan tajuk BSN Jawab
Aduan Pelanggan Kecewa yang telah berlaku di salah sebuah cawangan
BSN di Kajang, Selangor.
Aduan berkaitan ketidakpuasaan pelanggan terhadap perkhidmatan
yang ditawarkan oleh pekerja BSN telah menimbulkan isu yang berkait
rapat dengan prestasi kerja yang tidak memuaskan yang telah memberi
kesan terhadap layanan kepada pelanggan sehingga menimbulkan aduan
di media sosial.
Isu dan masalah berkaitan ketidakpuasan pelanggan seperti isu sambil
lewa dan perkhidmatan yang tertangguh lama dalam menguruskan aduan
pin untuk kad BSN Matrix, staff yang tidak komited dalam memberi
penerangan tentang sesuatu kefungsian perkhidmatan seperti cas Cirrus
dan isu kehilangan wang di mesin ATM disebabkan kecuaian staff
mengendalikan sistem dan alasan masalah teknikal yang berpanjangan.
*Aduan dan isu masalah yang berlaku dalam organisasi BSN mencerminkan
tahap prestasi pekerja BSN yang masih tidak memuaskan.
3
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap motivasi dan tahap
kepuasan kerja dalam kalangan
responden?

2. Adakah ciri personal, tahap


motivasi dan tahap kepuasan kerja
responden mempengaruhi prestasi
kerja terhadap organisasi
responden?

3. Adakah terdapat perbezaan


dalam motivasi, kepuasan dan
prestasi kerja antara responden
lelaki dan perempuan.

4. Adakah terdapat peramal unik


dalam prestasi kerja terhadap
organisasi responden? 4
OBJEKTIF
DESKRIPTIF:

1. Untuk memperihal ciri personal responden (umur, jantina dan tempoh perkhidmatan).

2. Untuk mengenalpasti tahap motivasi, kepuasan dan prestasi kerja responden terhadap
organisasi.

BIVARIATE:

3. Untuk menentukan perkaitan antara ciri personal responden (umur dan tempoh
perkhidmatan) dengan motivasi, kepuasan dan prestasi kerja responden.

4. Untuk menentukan perkaitan antara motivasi dan kepuasan kerja dengan prestasi kerja
responden terhadap organisasi.

5. Untuk menentukan perbezaan dalam prestasi kerja antara responden lelaki dan perempuan

MULTIVARIATE:

6. Untuk menentukan prediktor/ peramal unik bagi prestasi kerja responden terhadap
organisasi.

5
HIPOTESIS
perkaitan yang signifikan
antara umur dengan
prestasi kerja responden.

H04: Tidak terdapat


Objektif
3 perkaitan yang signifikan
antara tempoh
perkhidmatan dengan
motivasi kerja responden. 6
Objektif H07: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara motivasi
kerja dengan prestasi kerja terhadap organisasi.
4 H08: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara kepuasan
kerja dengan prestasi kerja terhadap organisasi.

Objektif H09: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam prestasi


kerja antara responden lelaki dan perempuan.
5

Objektif
6 H010: Tidak terdapat peramal unik yang signifikan bagi prestasi
kerja terhadap organisasi responden.

7
KERANGKA KONSEPTUAL

CIRI PERSONAL PEKERJA MOTIVASI KERJA

UMUR
PRESTASI KERJA
JANTINA
TERHADAP ORGANISASI
TEMPOH
PERKHIDMATAN
KEPUASAN
KERJA

8
BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR
Perkaitan Motivasi Kerja Dengan Prestasi Kerja

Kajian yang dilakukan oleh Elkin & Rosch (1990) menunjukkan motivasi turut
mempengaruhi prestasi kerja seseorang (Adey & Bahari, 2010).Kajian Daud (2010)
juga menunjukkan bahawa semakin berusia semakin meningkat prestasi kerja
individu berkenaan. Hal ini kerana, pengalaman yang lebih banyak diperoleh
sepanjang tempoh perkhidmatannya akan menjadikan diri mereka lebih
termotivasi untuk meningkatkan prestasi kerja yang lebih baik dan efisien
terhadap organisasi masing-masing.
Kajian selainnya dilakukan oleh Hasnizawati et al. (2008) yang mengatakan
bahawa pencapaian sesebuah organisasi banyak bergantung kepada pencapaian
seseorang pekerja dalam organisasi. Walaubagaimanapun, pencapaian pekerja itu
akan dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran seperti dorongan daripada rakan
sekerja dan majikan, kenaikan gaji, pertukaran polisi kerja dan yang berkaitan akan
menyumbang kepada prestasi kerja seseorang individu di dalam organisasinya.
Pekerja itu sendiri perlu didorong oleh elemen motivasi untuk meransang diri
mereka bagi memastikan sama ada mereka akan berjaya ataupun sebaliknya.

9
Perkaitan Antara Kepuasan Kerja Dengan Prestasi Kerja

Berdasarkan hasil kajian oleh Weiten Lloyd dan Lashley (1991) menyatakan
bahawa kesan kepuasan kerja bukan hanya ke atas pekerja sahaja, tetapi juga
terhadap majikan dan masyarakat seluruhnya. Mereka berpendapat bahawa
kepuasan perlu dititikberatkan kerana masalah berkaitan dengan pekerjaan
adalah sumber utama yang menyebabkan tekanan di tempat kerja yang boleh
mempengaruhi prestasi kerja seseorang individu di dalam sesebuah
organisasi.Tidak dinafikan wujud permasalahan dalam menilai tahap kepuasan
kerja dan hubungannya dengan prestasi kerja. Permasalahan kepuasan kerja
sering dikaitkan dengan elemen kepuasan kerja seperti keadaan kerja, gaji,
kenaikan pangkat, penyeliaan, rakan sekerja dan faedah sampingan yang
diterima daripada organisasi.
Hasil kajian oleh Dunn dan Stephens (1972) mendapati bahawa kenaikan pangkat
merupakan elemen kepuasan kerja yang boleh meningkatkan prestasi kerja.
Kenaikan pangkat memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
karektor peribadi individu yang mengharapkan kenaikan pangkat.Manakala bagi
mereka yang tidak mengharapkan kenaikan pangkat pula tidak mempengaruhi
prestasi kerja mereka.Pada umumnya kenaikan pangkat adalah menjadi
persoalan pokok dan penting di dalam kerjaya seseorang.Komitmen dalam kerja
mempunyai hubung kait dengan kriteria dalam pangkat kerana ianya
menggambarkan kemajuan prestasi dan penghargaan dari pihak pengurusan.

10
BAB 3 : METODOLOGI

1. Reka Bentuk Kajian

Kajian kuantitatif

Cross sectional

Rekabentuk korelasi

Borang soal selidik

11
LOKASI KAJIAN
Bangunan Wisma Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional, Jalan Ampang,
Kuala Lumpur.
Melibatkan 2 unit operasi utama iaitu Operasi Kredit dan Pemulihan
Hutang.

SAMPEL KAJIAN
Kaedah Known Population Formula (Probability sampling).
Populasi kajian : N = 1200 orang ; Saiz sampel : n = 300 orang.
Persampelan rawak mudah.
Kakitangan Operasi Kredit dan Pemulihan Hutang berjumlah 315 orang.
(Audit April 2017)

PENGUMPULAN DATA
Soal selidik dalam versi Bahasa Melayu.
Kaedah : Memberi dan memungut semula (collective questionnaire)

12
INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen Penulis & tahun Contoh soalan Reliability
()
Job Motivaton Scale Crank, Regoli, Hewitt dan Saya bertanggunjawab Kajian lepas :
Calberson (1995) yang penuh atas pekerjaan 0.811
(15 item / 4 skala telah diubahsuai oleh saya.
Likert) Lambert, Hogan, Grifth Dalam bekerja saya
(2007). selalu mencapai target

Job Satisfaction Scale Brayfield dan Rothe Saya berasa agak berpuas Kajian lepas :
(1951) hati dengan pekerjaan 0.92
(18 item / 7 skala saya sekarang .
Likert) Saya menganggap
pekerjaan saya tidak
menyenangkan.
Penilaian Prestasi Fatimah Wati Halim & Saya amat Kajian lepas :
Kerja Iran herman, (1997) bertanggungjawab 0.82
terhadap segala beban
(17 item / 5 skala kerja dan pekerjaan yang
Likert) saya lakukan .
13
ANALISIS & PROSES DATA

Menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS)

Analisis statistik Objektif Ujian statistik

Analisis Deskriptif Objektif 1 & 2 Frekuensi, peratus, purata, nilai


maksimum dan minimum

Analisis Inferensi Objektif 3, 4 & 5 Ujian Korelasi Pearson


Ujian T
Analisis Regresi Objektif 6 Ujian Regresi Berganda

14
Ulasan Pembentangan
3 prediktor yang dicadangkan antaranya:
1) Motivasi dan sub komponennya
2) Kepuasan dan sub komponennya
3) Motivasi dan kepuasan terhadap prestasi kerja

Bahagian Hipothesis yang dinyatakan tidak dijelaskan dengan baik/


bagi nampak ada link dengan objektif dengan lebih jelas.
Bahagian Kerangka Konseptual:
- Mencadangkan membuat perkaitan antara ciri personal(AC)
dengan motivasi dan kepuasan (IV).
- Menggambarkan proses input (AC), truput(IV) dan output (DV).

(AC) Ciri Personal (IV) Motivasi & Kepuasan (DV) Prestasi Kerja

15

Anda mungkin juga menyukai