Anda di halaman 1dari 12

Teknik Bercerita Dalam Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Prasekolah

Oleh Dr.Rohizani Yaakub, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang Pengenalan Ibu bapa dan guru lazimnya akan berasa sangat gembira dan bangga apabila anakanak mula menunjukkan minat terhadap buku. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa minat terhadap buku pada peringkat awal perlulah sentiasa dipupuk supaya minat itu terus berpanjangan sehingga menjadi kebiasaan. Hal ini kerana sikap terhadap membaca dalam kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah adalah sangat penting dalam menentukan aktiviti pembacaan mereka seterusnya. Pada peringkat ini kanak -kanak sangat menyukai aktiviti membaca cerita secara kuat. Maksudnya, mereka suka kalau ibu bapa, guru-guru, atau sesiapa sahaja membacakan cerita dan mereka mendengar. Pada masa yang sama, kanak-kanak sebenarnya menyimpan hasrat untuk dapat membaca seperti yang dilakukan oleh pencerita tersebut. Perbuatan membaca iaitu pergerakan kepala (mata) dari kiri ke kanan, sangat menarik perhatian kanak -kanak. Mereka seolaholah tidak sabar untuk menguasai kemahiran ajaib tersebut. Umumnya semasa anak-anak masih kecil, ibu bapa akan duduk bersama anak -anak dan membacakan buku-buku cerita kepada mereka. Keriangan jelas terbayang di wajah anakanak yang mendengar cerita, tidak kira dari siapa. Namun, masa yang dihabiskan bersama anak-anak untuk bercerita akan semakin kurang setiap hari anak semakin membesar, sehinggalah anak-anak dibiarkan untuk membaca sendiri. Biasanya itulah hal yang terjadi dalam mana -mana keluarga pun. Namun, dengan perkembangan ilmu, sudah banyak ibu bapa yang terus -menerus memberikan masa dan perhatian terhadap pembacaan anak-anak kerana diyakini bahawa peranan merekalah sebenarnya yang akan mempengaruhi sikap anak-anak terhadap pembacaan apabila mereka besar. Menyedari pentingnya peranan mereka, banyak ibu bapa yang mula memberikan lebih perhatian dan belajar cara bercerita dengan lebih sistematik bagi membantu anak -anak memupuk sikap positif terhadap membaca. Hal ini kerana disedari bahawa sikap positif terhadap membaca dalam kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah adalah sangat penting

dalam menentukan aktiviti pembacaan mereka seterusnya. Perkembangan Emosi Kanak-kanak Jika diteliti model pendidikan prasekolah yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, komponen perkembangan sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Hal ini kerana diyakini bahawa perkembangan emosi yang matang dapat menjadi asas yang kukuh k e arah pembentukan sahsiah individu yang seimbang. Keseimbangan antara semua komponen pula penting sebagai persediaan awal kepada kanak-kanak memasuki alam persekolahan formal. Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003 : 5) Terdapat pelbagai cara untuk memupuk keseimbangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah. Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Bercerita juga merupakan salah satu aktiviti yang sangat sesuai dengan perkembangan emosi kanak-kanak. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli -ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, penyelidikan tentang emosi menjadi sukar kerana wujudnya nilai normatif yang tidak konsisten antara satu individu dengan individu yang lain. Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya takulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya. Bercerita Telah lama disedari bahawa cerita dapat memberi sumbangan ke arah kejayaan akademik dan kesejahteraan emosi kanak -kanak. Cerita-cerita rakyat misalnya, sesuai dijadikan bahan bercerita. Sebagai alat untuk pembela jaran, kaedah bercerita dapat dijadikan alat untuk menggalakkan pelajar meneroka keunikan diri mereka. Selain itu ia juga dapat meningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi melalui pemikiran dan perasaan

serta meluahkannya dalam bentuk oral yang terat ur. Dalam dunia sekarang yang serba maju dan canggih, aktiviti bercerita dapat dijadikan alat untuk memupuk dan menyuburkan sifat-sifat peka pelajar terhadap kelebihan menguasai bahasa dengan baik. Selain itu, ia juga menyedarkan mereka bahawa adalah penti ng kita mempunyai kemahiran mendengar yang baik bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan antara individu. Bercerita juga membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan. Perkara ini berlaku apabila kanak -kanak diberi peluang untuk b ercerita semula setelah guru berbuat demikian. Guru boleh bertanya kepada kanak -kanak apakah yang mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian dalam cerita. Dengan cara ini, kanakkanak dengan daya imaginasi mereka akan dilatih memberikan pendapat dan pandangan. Guru pula perlu menerima cadangan kanak -kanak tersebut tanpa prejudis. Dari situ guru boleh membantu kanak-kanak mengembara ke dalam dunia imaginasi dengan mendengar dan berkongsi cerita tersebut dengan rakan -rakan sekelas yang lain. Bercerita boleh dijadikan alat untuk melatih kemahiran mendengar dan bertutur secara yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana sewaktu bercerita, kanak -kanak atau guru juga tidak terikat dengan nada dan intonasi perbualan yang biasa. Setiap patah perkataan perlu diucapkan bersesuaian dengan cerita. Contohnya, sekiranya terdapat kisah harimau dalam cerita itu, guru boleh memberi perhatian yang lebih sewaktu menyebut harimau meNGAUM bagi memberi kesungguhan bahawa harimau mengaum itu suatu perbuatan yang dapat menunjukkan kegagahan. Guru tidak perlu untuk membunyikan ngauman itu, cukup kalau memberi penekanan dalam sebutannya. Hal ini dapat mengelakkan jika guru tidak dapat mengaum dengan suara yang kuat dan dalam. Suasana bercerita dan mendengar cerita ini dapa t mewujudkan keseronokan kepada kanak-kanak di samping mereka dapat melatih kemahiran mendengar yang baik. Guru mungkin boleh memberi arahan awal supaya kanak-kanak mendengar dengan baik, barulah guru akan mula bercerita. Jika pelajar pula diberi peluang b ercerita, sesi tersebut dapat menjadi sesi melatih mereka bertutur dan menyebut perkataan dengan betul. Contohnya: Ada seekor itik cantik ingin memetik buah betik. Itik yang cantik tidak dapat memetik buah betik. Pokok betik sangat tinggi. Itik cantik ti dak

putus asa. Buah betik itu mesti dipetik. Itik cantik bercadang meminta tolong. Bercerita juga dapat memperkenalkan kosa kata baru bersesuaian dengan isi. Sebolehbolehnya guru perlu berusaha untuk memperkenalkan beberapa perkataan baru setiap kali bercerita kepada kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak akan mudah belajar makna kata apabila digunakan dalam konteks yang sesuai. Banyak perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Dengan menggunakan dalam cerita, kanak -kanak dapat menyesuaikan kegunaan kata dengan konteks yang sesuai. Walau bagaimanapun, guru perlu elakkan memperkenalkan terlalu banyak perkataan dalam satu -satu masa kerana ianya mungkin akan mengelirukan kanak -kanak. Sekiranya ada perkataan baru yang telah diperkenalkan, guru bolehl ah membuat sedikit persediaan dengan menuliskannya pada kertas imbasan dan dilekatkan di papan flannel atau dinding kelas supaya mudah diingat oleh kanak-kanak. Daya imaginasi sewaktu bercerita dapat merangsang penggunaan bahasa yang baik. Kanak-kanak lebih cepat belajar perkara yang diminati dan bercerita sangat menarik perhatian mereka. Setiap kanak -kanak mempunyai minat yang berbeza terhadap cerita. Kanak-kanak lelaki misalnya lebih meminati cerita -cerita binatang. Kanak-kanak perempuan pula mungkin lebih sukakan cerita Cinderella atau Red Riding Hood kerana ceritanya mengisahkan perihal kecantikan puteri. Walau bagaimanapun, guru biasanya menghadapi sebuah kelas yang terdiri daripada kanak -kanak lelaki dan juga perempuan. Oleh itu adalah sukar bag i guru untuk mengadakan sesi bercerita yang berasingan kepada kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Apa yang boleh dilakukan oleh guru ialah mengimbangkan cerita seumpama itu supaya mengandungi aksi-aksi lasak. Oleh itu kedua-dua kanak-kanak dapat menikmatinya. Kanak-kanak perempuan menggemari kecantikan puteri, dan kanak -kanak lelaki menggemari aksi-aksi lasak tersebut. Tugas berat itu perlulah dibuat oleh guru sebelum mula bercerita supaya penceritaan akan menjadi licin dan lancar. Bercerita dapat menjadi cara yang sesuai untuk mengenali keunikan individu. Sewaktu aktiviti bercerita dijalankan, guru dapat mengenal pasti ciri -ciri tertentu dalam setiap pelajarnya. Ada kanak-kanak yang dapat duduk dan mendengar dengan baik, ada kanakkanak yang hanya boleh duduk diam selama beberapa minit sahaja, ada kanak -kanak yang suka mengganggu rakan sewaktu sesi berlangsung, ada kanak -kanak yang

suka mengambil bahagian dalam bercerita, dan sebagainya. Secara tidak langsung, guru dapat mengenal perangai setiap pe lajar di bawah penyeliaannya. Perkara ini penting bagi mereka untuk mengawal kelas sewaktu pengajaran berlangsung. Sewaktu sesi bercerita, guru dapat menunjukkan contoh kepada pelajar untuk dijadikan panduan dan pedoman hidup. Guru juga dapat menerapkan n ilai-nilai murni yang perlu diamalkan seperti taat kepada ibu bapa, mendengar nasihat adik -beradik, berkongsi kemudahan dalam kelas atau di rumah, dan pelbagai lagi bergantung kepada kreativiti guru. Namun perlu diingat iaitu elakkan memberi penekanan yang terlalu berat terhadap pemupukan nilai sehinggakan sesi bercerita bertukar menjadi sesi ceramah. Keadaan ini tidak dapat meninggalkan impak yang positif terhadap pelajar. Sekiranya keadaan ini berlaku, pelajar akan berasa bosan dan enggan memberi kerjasam a pada masamasa akan datang. Misalnya terdapat watak tertentu dalam cerita yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar, guru bolehlah mengaitkannya dengan mengambil pelajar -pelajarnya sebagai contoh. Misalnya, Tengok, apa yang jadi kalau tidak mendengar nasihat ibu atau Piko sakit gigi sebab tidak memberusnya sebelum tidur. Guru boleh menyambung Siapa nak jadi seperti Piko? atau Siapa tak suka dengar cakap ibu?. Seterusnya mungkin dia boleh berkata Cikgu tahu Amar suka dengar cakap ibu kan? atau Semua pelajar cikgu ni suka dengar cakap ibu, kan?. Secara tidak langsung kanak -kanak itu akan terasa dihargai kerana dilibatkan dalam penceritaan. Perkara ini dapat menaikkan imej kendiri mereka. Bercerita Dalam Bilik Darjah Bercerita merupakan aktiviti yang menarik dan boleh digunakan dalam mana -mana pelajaran bagi menghidupkan sesuatu pengajaran. Bercerita dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap pelajaran dan boleh merangsang kanak -kanak melahirkan idea atau pendapat serta menjadikan pembel ajaran sebagai suatu pengalaman yang menyeronokkan. Bercerita juga dapat dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan. Sebelum bercerita, guru perlu menyediakan diri selengkapnya. Misalnya memilih cerita yang sesuai, menentukan fokus cerita, memikirkan soalan -soalan yang boleh dikemukakan, perkataan atau frasa yang perlu difokuskan dan mencatat rangka cerita sebagai panduan. Selain itu, guru perlu berlatih bercerita sebelum bercerita kepada kanak-kanak untuk menambahkan keyakinan diri atau mencatat butir -butir penting

atas kad-kad kecil sebagai rujukan dan menentukan alat atau bahan yang akan digunakan semasa bercerita. Semasa bercerita pula, guru perlu memastikan keadaan kanak -kanak selesa, dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap cerita, tidak ada gangguan yang boleh mengalihkan perhatian mereka dan melibatkan kanak -kanak dengan memberi peluang menjawab soalan atau melakonkan semula. Suara guru perlu jelas, bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap kanak -kanak dan istilah yang diperkenalkan daripada yang konkrit kepada abstrak. Gerak badan dan mimik muka yang sesuai boleh digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Bahan-bahan yang sesuai perlu digunakan bagi membantu penyampaian guru dan membantu kefahaman kanak -kanak terhadap jalan cerita. Guru perlu peka te rhadap reaksi yang ditunjukkan oleh kanak -kanak. Sekiranya sesuai, guru bolehlah memakai pakaian yang khas untuk menambahkan keseronokan kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pakaian itu hanya sebagai tambahan kepada guru, sekiranya tiada pun tidak menga pa. Aksi guru sebenarnya yang lebih mustahak. Nada dan intonasi guru sangat penting. Sekiranya suara guru rata dan tidak bertukartukar mengikut ceritanya, sesi akan menjadi hambar. Selepas bercerita, guru perlu menyediakan aktiviti susulan sama ada me njawab soalansoalan, meminta kanak-kanak bercerita semula, atau simulasi/melakonkan bahagianbahagian tertentu cerita bagi memastikan kanak-kanak memahami cerita. Selain itu, nyanyian, melukis, dan kuiz boleh dijadikan sebagai pengukuhan. Banyak perkara yang perlu difikirkan sewaktu mengatur sesuatu sesi bercerita bersama pelajar. Antaranya ialah guru perlulah: 1. Permudahkan plot cerita yang ingin diperdengarkan Gunakan perkataan sendiri untuk bercerita dengan mengekalkan konsep -konsep kesesuaian pilihan perkataan. Seringkali guru tidak dapat membina cerita sendiri tetapi akan memetik dari buku-buku cerita yang ada di pasaran. Kita perlu ingat, kadangkadang buku cerita dihasilkan oleh penulis bukan yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan. Mereka adalah penulis yang menulis untuk memenuhi pasaran. Sukar

mendapatkan buku cerita yang benar -benar memenuhi kehendak pembelajaran kanakkanak iaitu yang menghiburkan, dan dalam masa yang sama memberi pengajaran. Oleh itu adalah penting kepada guru -guru untuk membaca cerita-cerita sebegini dan mempermudahkan plotnya bagi menyesuaikan dengan kanak -kanak. Benar atau salah cerita itu bukanlah perkara terpenting tetapi jika guru dapat bercerita dengan baik sehingga kanak-kanak dapat menerima cerita tersebut, itu di katakan sudah berjaya. 2. Bina peta atau carta alir cerita Manusia memang mempunyai sifat lupa. Tidak terkecuali bagi guru. Oleh itu, guru bolehlah membina peta cerita atau carta aliran untuk memudahkan cerita dan mengelakkan lupa. Semua ini perlu dilaku kan supaya guru tidak tersekat-sekat sewaktu bercerita. Tambahan pula jika ada pelajarnya yang suka mencelah atau menimbulkan masalah semasa sesi berlangsung. Selepas menangani masalah pelajar, guru terlupa di mana dia telah berhenti. Perkara ini akan memb uatkan pelajar berasa kecewa. Kalau guru menyediakan peta cerita, perkara ini dapat dielakkan. Walaupun terganggu, guru tetap dapat menyambung ceritanya dengan baik. Walau bagaimanapun, gangguan seumpama itu dapat mengurangkan keseronokan kanak -kanak mendengar cerita, dan seboleh-bolehnya dielakkan oleh guru. 3. Sediakan alat bantu yang sesuai Sekiranya perlu, guru perlu menyediakan alat bantu untuk digunakan sewaktu sesi bercerita. Tujuannya supaya kanak -kanak berasa seronok. Misalnya gambargambar binatang, pemandangan, atau apa saja yang berkaitan dengan cerita boleh menjadikan sesi bercerita lebih menarik minat. Warna -warni gambar menjadai pelengkap kepada penceritaan yang menarik. 5. Bercerita dengan suara, gaya, dan intonasi yang sesuai. Aspek ini adalah perkara paling penting dalam sesebuah sesi bercerita. Sekiranya suara yang monotonous dengan gaya yang hambar dan intonasi yang mendatar, pelajar akan jemu dan gagallah guru tersebut. Keadaan akan menjadi lebih serius jika guru berterusan tiada gaya bercerita, lama-kelamaan pelajar menjadi bosan dan tidak berminat mengikuti sesi bercerita yang dikendalikan oleh guru tersebut. Sesi bercerita juga boleh bertukar menjadi sesi yang bising dan tidak terkawal.

6. Sediakan pakaian khas jika perlu Sesuatu sesi bercerita akan menjadi lebih menarik sekiranya guru menyediakan pakaian khas sewaktu bercerita. Selain membangkitkan mood kanak -kanak, ia juga dapat menjadikan sesi lebih real. Tidak perlulah menyediakan pakaian yang mahal atau terlalu detail sehingga menenggelamkan cerita. Cukuplah sekadar penghias untuk membezakan antara waktu pengajaran biasa dengan sesi bercerita. Keadaan ini juga boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersemangat dan bersedia untuk mengambil bahagian yang aktif dalam sesi tersebut. Sekiranya guru bersedia sebelum mengadakan aktiviti bercerita, sesi tersebut akan menjadi sangat bermakna dan kanak-kanak dapat belajar sesuatu darinya. Banyak perkara yang boleh dilakukan bergantung kepada inisiatif dan kreativiti guru. Memilih Cerita Untuk Kanak-kanak Banyak perkara yang perlu diberi perhatian apabila memilih cerita untuk digunakan dengan kanak-kanak prasekolah. Antaranya ialah plot cerita, iaitu struktur penceritaan. Kita biasa mendengar kanak-kanak bertanya Seronok tak cerita tu?. Yang dimaksudkan oleh kanak-kanak itu ialah adakah cerita itu bagus kerana plot diumpamakan seperti benang yang menjahit dan mencantumkan peristiwa cerita serta menceritakan apakah yang berlaku kepada watak-watak dalam cerita itu. Baik plot cerita, ba iklah cerita itu. Plot yang baik berkembang secara semulajadi daripada tindakan watak -watak, dan bukannya terjadi secara disengajakan. Cerita yang mengandungi sub plot yang banyak juga boleh mengelirukan kanak -kanak. Bagi kanak-kanak peringkat prasekolah, memadai cerita yang mempunyai satu plot utama sahaja. Latar cerita juga penting kepada kanak -kanak. Latar masa boleh jadi pada masa sekarang, yang sudah lepas, atau masa akan datang. Begitu juga dengan latar tempat. Boleh jadi di tempat yang biasa dengan kanak-kanak atau fiksyen semata-mata. Walau bagaimanapun, latar yang dipilih perlu bersesuaian dengan watak yang digunakan. Guru boleh mempelbagaikan cerita yang digunakan, bukannya memilih jenis cerita yang sama sahaja, bagi mengelakkan kebosanan. Tema cerita yang dipilih untuk kanak -kanak juga penting. Ianya bergantung kepada tujuan guru menggunakan buku cerita tersebut, iaitu apakah mesej yang ingin disampaikan kepada kanak-kanak. Kadang kala terdapat buku -buku cerita yang mengandungi makna yang berlapi s, iaitu yang tersirat. Guru perlulah pandai

mencungkil segala tema ini supaya kanak-kanak akan mendapat impak yang optimum. Tema yang hendak dipilih perlulah yang sesuai untuk dipupuk kepada kanak -kanak, seperti adil, jujur, dan seumpamanya. Ini kerana ti dak semua nilai yang hendak didedahkan kepada kanak-kanak pada peringkat itu. Memadai kalau mereka dididik untuk bertolak ansur dengan rakan-rakan, boleh berkongsi permainan, boleh menghormati rakan ketika rakan bercakap, tidak merampas barangan rakan, dan seumpamanya. Melalui cerita, guru dapat menyampaikan segala mesej ini dengan bersahaja dan meneguhkannya selepas cerita selesai. Dengan cara ini, mesej akan lebih kekal dalam ingatan kanak -kanak. Bukubuku yang mengandungi pengenalan konsep -konsep mudah seperti saiz, bentuk, dan warna bolehlah diperkenalkan. Perasaan ingin tahu mereka terhadap sesuatu dapat membangkitkan minat kanak-kanak tersebut terhadap aktiviti membaca. Oleh itu bukubuku mengenai mengapa sesuatu itu begitu, dan mengapa perkara ini b egini sangat menarik perhatian mereka. Contohnya fenomena cuaca, binatang, alam sekitar, dan sebagainya. Selain itu kanak -kanak juga sangat sukakan cerita -cerita pengembaraan. Contohnya pengembaraan ke zoo atau sarkis. Watak -watak yang ada adalah pelbagai dan guru dapat mencipta bermacam -macam watak yang sesuai dengan minat kanakkanak di bawah seliaannya. Yang pentingnya tema cerita dapat membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak kerana dari situlah mereka belajar mengenai diri mereka, rakanrakan, dan dunia seluruhnya. Watak juga memainkan peranan yang penting apabila memilih buku untuk kanak kanak. Watak-watak yang hidup dan real seperti orang -orang yang dikenali sesuai dipilih. Kadang-kadang ada buku yang menggunakan watak -watak binatang tetapi jika dilukiskan dengan sesuai, juga berkesan. Maksudnya watak -watak itu perlulah mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Cara pengarang memperkenalkan watak juga pelbagai. Ada yang memperkenalkan secara terus, ada yang diperkenalkan oleh watak lain dalam cerita, ada yang diceritakan melalui dialog -dialog tertentu. Malah ada watak yang tidak diperkenalkan tetapi dapat dikesan melalui aksi -aksi tertentu. Namun perlu diingat bahawa, perwatakannya perlulah tekal, tetapi bukannya sentiasa baik atau jahat semata-mata. Segala perlakuan dan percakapan watak perlulah sesuai dengan umur,

budaya, dan taraf pendidikan. Watak -watak juga tidak boleh terlalu banyak sehingga boleh mengelirukan kanak-kanak. Biasanya buku yang baik hanya mengandungi empat watak sahaja. Ini membolehkan kanak-kanak mengikuti cerita watak-watak tersebut dengan mudah. Mungkin guru boleh membincangkan secara tidak formal tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita dan kaitkan dengan diri kanakkanak. Dengar jika kanak-kanak mengemukakan pendapat mereka tentang watak -watak yang telah dibaca. Stail dan gaya bahasa yang digunakan dalam cerita juga sangat penting diberi perhatian sewaktu memilih buku cerita kepada kanak-kanak. Cara pengarang memilih kata kata dan ayat untuk mengaitkan p lot dapat memberi keseronokan sewaktu membacanya. Gaya bahasa yang sesuai dengan latar dan watak yang dipilih membuatkan cerita menjadi logik dan diminati oleh kanak -kanak. Kanak-kanak tidak sukakan cerita yang terlalu deskriptif, tetapi cerita yang mengan dungi rima-rima tertentu dapat menarik perhatian mereka. Buku cerita yang mengandungi lagu -lagu tertentu juga memberikan keseronokan kepada kanak-kanak. Oleh itu pilihlah buku cerita yang mengandungi ayatayat mudah kerana ayat kompleks yang panjang membosa nkan pelajar kerana sukar difahami. Pengulangan yang sesuai juga boleh digunakan. Contohnya: Piko ingin bermain. Piko tiada kawan. Piko bertemu Cimi. Piko ajak Cimi bermain dengannya. Cimi setuju. Piko dan Cimi bermain bersama-sama. Piko dan Cimi bermain dengan gembira. Lulu nampak Piko dan Cimi sedang bermain. Lulu ingin bermain bersama -sama mereka. Piko dan Cimi mengajak Lulu bermain bersama mereka. Lulu sangat gembira. Lulu, Piko, dan Cimi bermain bersama -sama. Lulu, Piko, dan Cimi bermain dengan gembira .. Moti ternampak Lulu, Piko, dan Cimi bermain bersama -sama. Moti ingin bermain bersama-sama mereka. Lulu, Piko, dan Cimi mengajak Moti bermain bersama -sama. Moti sangat gembira. Moti, Piko, Cimi, dan Lulu bermain bersama -sama. Moti,Piko, Cimi, dan Lulu menjadi kawan baik. Format buku cerita juga memainkan peranan penting dalam menarik minat kanak kanak. Faktor-faktor saiz, bentuk, reka bentuk halaman, ilustrasi, pemilihan huruf, dan kualiti kertas boleh mempengaruhi minat mereka terhadap sesebuah buku. Bu ku yang mengandungi banyak gambar yang berwarna -warni tentunya menarik dan kanakkanak

suka. Selain membaca, mereka juga dapat menikmati gambar yang cantik. Tidak mustahil jika kanak-kanak dapat mencipta cerita mereka sendiri berdasarkan gambar dalam buku cerita tersebut. Tulisan yang menarik dan saiz yang sesuai boleh membuatkan mereka tertarik untuk membacanya. Kanak-kanak yang masih dalam peringkat belajar membaca akan lebih mudah membaca tulisan yang besar. Buku cerita yang menggunakan format tulisan mengikut suku kata juga dapat membantu kanak -kanak belajar membaca. Selain itu bentuk buku yang senang dipegang juga mempengaruhi minat kanak -kanak. Tidak hairanlah jika kebanyakan buku kanak -kanak yang menggunakan kertas tebal dan berkualiti lebih digemari berbanding buku biasa dengan kertas nipis. Namun, sebelum membaca sesebuah buku kepada kanak -kanak, guru-guru atau sesiapa sahaja perlu membacanya terlebih dahulu. Pastikan cerita/idea yang ingin disampaikan melalui buku tersebut dapat menyentuh hati kana k-kanak. Untuk membantu memilih buku yang sesuai dan menjadikan sesi membaca cerita atau bercerita itu efektif, guru perlulah mempunyai panduan -panduan tertentu seperti pilihlah buku -buku yang dapat menggambarkan permasalahan yang sedang dihadapi oleh kana k-kanak tersebut. Misalnya dalam usia enam tahun, biasanya apakah perkara yang sering bermain di fikiran kanak-kanak. Kemungkinan isi cerita yang berkaitan dengan permainan, binatang, dan seumpamanya adalah menarik minat mereka. Buku cerita yang dipilih ju ga sebaikbaiknya dapat menggalakkan penyertaan aktif kanak -kanak. Misalnya mengandungi lagu atau bait-bait puisi yang boleh dinyanyikan bersama -sama. Walaupun tujuan utama mendengar cerita adalah untuk berhibur, perlu diingat bahawa kanak -kanak juga perlu belajar sesuatu dari cerita tersebut. Oleh itu buku cerita yang menggabungkan unsurunsur kognitif dan afektif adalah perlu supaya mereka dapat menyerap nilai dan pengajaran yang ingin diketengahkan melalui sesebuah cerita. Kalau boleh, cerita yang dipilih perlu mengandungi unsur-unsur penyelesaian masalah. Tidak perlu menyelesaikan masalah yang besar dan berat, memadai jika mereka perlu mencantum dan menyusun gambar. Kerja itu sebenarnya memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah. Kesimpulan

Minat kanak-kanak terhadap pembacaan perlu disemai sejak kecil dan sentiasa dipupuk secara berterusan. Orang dewasa memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan tabiat yang baik ini menjadi sebati dengan kanak -kanak. Kesediaan orang dewasa menghabiskan masa yang berkualiti dengan kanak-kanak akan membantu mereka mengenal potensi diri sendiri. Selain itu orang dewasa juga perlu membantu kanakkanak memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai dengan usia dan minat mereka. Sekiranya perkara ini berjaya dilakukan, biasany a kanak-kanak akan membesar dan menjadi individu yang gemar membaca dan meneroka ilmu pengetahuan. Rujukan: Charlotte S.Huck & Doris Young Kuhn. 1968. Childrens Literature 2nd Ed. Holt, Rinehart and Winston, Inc. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Sohaimi Abdul Aziz. 1998. Membentuk Kecerdasan Emosi Kanak -kanak Melalui Kesusasteraan Kanak-kanak. Pulau Pinang: Penerbit USM.

Anda mungkin juga menyukai