Anda di halaman 1dari 17

Syukur Alhamdulillah di atas kurniaanNYA untuk saya menyiapkan tugasan ini melalui

segala usaha dan kudrat yang DIA berikan untuk saya. Dalam tugasan ini saya akan
menghuraikan secara terperinci tentang tujuan tugasan ini dibuat, bagaimana ianya dapat
dilaksanakan dan mudah-mudahan tugasan ini dapat membantu saya untuk menjadi
seorang pendidik yang cemerlang khusus dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Umum tahu bahawa semua kanak-kanak gemar bercerita dan mendengar cerita. Kanak-
kanak akan mula bercerita dengan ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan mahupun orang
dewasa apabila mereka sudah boleh menyebut perkataan dengan jelas dan keinginan
ingin tahu menguasai minda mereka. Pelbagai persoalan mereka cuba lontarkan dengan
harapan mereka akan mendapat jawapan sehingga mereka berpuas hati terhadap jawapan
yang diberikan. Bercerita juga boleh terus diterapkan di rumah oleh ibu bapa melalui sesi
bercerita sebelum kanak-kanak itu masuk tidur ataupun jika ada masa terluang. Buku
cerita yang dipilih perlulah mempunyai tema yang menarik agar kanak-kanak tidak
merasa bosan semasa mendengar cerita tersebut. Menurut Kak Bimo Master (2011)
dalam jurnalnya yang bertajuk Teknik Bercerita Untuk Anak Usia Dini, Charles Buhler
berpendapat bahawa anak hidup di dalam alam khayalan. Sehubungan itu, cerita
dongeng ataupun cerita fanatasi merupakan cerita yang sangat digemari oleh kanak-kanak
dalam usia empat tahun dan kebawah. Pelbagai reaksi dapat dilihat semasa aktiviti ini
berlangsung. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke perpustaan bagi memupuk
minat cintakan buku dikalangan anak-anak mereka.

Apabila umur kanak-kanak itu meningkat ke usia empat hingga enam tahun, iaitu apabila
mereka sudah mula melangkah ke alam prasekolah, kanak-kanak akan lebih teruja untuk
mendengar cerita terutama daripada guru, duduk bersama rakan-rakan di dalam bilik
darjah. Perasaan ini menjadi semakin terangsang apabila guru bercerita menggunakan
kaedah yang betul dalam usaha menarik minat kanak-kanak tersebut. Sebelum
memulakan cerita, guru perlu bijak untuk merancang pengajaran yang ingin disampaikan
pada hari tersebut. Guru perlu memilih dan memahami terlebih dahulu tentang cerita
yang akan disampaikan. Guru juga perlu bijak memilih tema yang bersesuaian dengan
tema pembelajaran pada hari tersebut. Contohnya semasa tema Haiwan, guru bolehlah
memilih cerita yang sesuai dengan tema tersebut untuk kesinambungan pengajaran dan
pembelajaran pada hari tersebut seperti Sang Kerengga ataupun Semut dan
Merpati. Sesi bercerita ini boleh dilaksanakan semasa Tunjang Bahasa dan Komunikasi
dalam subjek Bahasa Malaysia. Objektifnya adalah untuk meningkatkan kemahiran
kanak-kanak dalam berbahasa dan memupuk minat kanak-kanak terhadap buku ataupun
memupuk minat suka membaca. Disamping itu juga, sikap baik dapat diterapkan diakhir
sesi cerita itu melalui pengajaran yang diperolehi daripada cerita yang disampaikan.

Aktiviti membacakan buku cerita kepada kanak-kanak adalah sesuatu perkara yang boleh
menimbulkan minat kanak-kanak untuk membaca dan cintakan buku. Terdapat beberapa
langkah yang perlu dititik beratkan oleh guru sebelum, semasa dan selepas membacakan
buku cerita tersebut. Antaranya adalah seperti:-

i) Membuat persediaan awal sebelum membaca buku cerita


Membaca buku tersebut secara bersendirian secara berulangkali untuk
memahami cerita yang tekandung dalam buku tersebut.
ii) Kedudukan guru dan kanak-kanak
Guru perlu duduk di hadapan semua kanak-kanak dan menghalakan buku
di aras mata kanak-kanak bagi memudahkan mereka melihat dengan lebih
jelas buku cerita yang dipegang oleh guru.
iii) Bina kenyataan yang memberangsangkan
Guru perlu menyatakan sesuatu yang dapat memberangkan keinginan
kanak-kanak untuk terus duduk bersama guru dan rakan-rakan. Contoh
kenyataan yang baik adalah memperkenalkan tentang watak yang
terkandung dalam buku tersebut.
iv) Cara memegang buku
Semasa membacakan buku cerita kepada kanak-kanak, buku tersebut
perlulah sentiasa berada di paras mata kanak-kanak bagi memudahkan
mereka melihat setiap gambar yang terdapat dalam buku tersebut. Buku
juga perlu diletakkan samada disebelah kiri mahupun kanan guru,
menggunakan wajah untuk menampilkan mimik muka serta menggunakan
tangan yang sebelah lagi utnuk menunjukkan sesuatu objek gambar yang
menarik bagi membantu kanak-kanak untuk sentiasa memberi tumpuan.
v) Mula membaca
Apabila mula membaca, gunakan suara yang mudah untuk didengari oleh
kanak-kanak sekalipun ketika guru berbisik. Membaca hanya
menggunakan teknik sepintas lalu sahaja kerana guru perlu kerap
memandang kea rah kanak-kanak. Kelajuan membaca dan percakapan
perlu sederhana sahaja bagi memudahkan kanak-kanak melihat ilustrasi
yang terdapat pada buku tersebut. Gunakan suara yang berbeza bagi
mengikut kesesuaian watak dan cerita.
vi) Melayani pertanyaan semasa bercerita
Guru seharusnya sentiasa peka terhapap reaksi kanak-kanak semas
membacakan buku cerita. Jika terdapat kanak-kanak yang bertanya, guru
perlu menjawab dan berbincang bersama kanak-kanak lain tentang
persoalan yang diajukan bagi mewujudkan suasana dua hala. Sentiasa
perhatikan kanak-kanak agr tiada seorang pun daripada mereka yang tidak
memberi tumpuan terhadap cerita yang disampaikan.
vii) Berbincang dengan soalan yang terbuka
Guru boleh mengadakan perbincangan terhadap soalan terbuka yang
diajukan. Selalunya, aktiviti ini dilakukan diakhir sesi bercerita bertujuan
untuk menjelaskan tentang cerita, idea dan mengglakan kanak-kanak
untuk berbual dengan perkataan yang betul. Pengakhiran cerita perlulah
mengandungi unsur yang menyeronokkan agar dapat menimbulkan minat
kanak-kanak untuk sentiasa berkeinginan mendengar cerita daripada guru.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, bercerita boleh memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk menyuarakan pendapat mereka, menyampaikan keinginan untuk
berbual dengan bebas tapi terkawal dan melampiaskan emosi yang dialami oleh kanak-
kanak itu. Sebelum memulakan sesi bercerita, guru boleh menarik minat kanak-kanak
agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru dan cerita yang
disampaikan. Dalam hal ini, guru boleh meminta kanak-kanak untuk berkumpul dalam
bulatan ataupun duduk di atas tikar yang telah disediakan dalam sudut cerita. Teknik
menyanyikan lagu seperti Duduk Diam-Diam adalah sangat sesuai sebelum sesi
pembelajaran bermula. Antara lirik lagunya adalah seperti angkat tangan kanan, goyang
goyang goyang, turun tangan kanak duduk diam-diam. Tujuan utama teknik ini
dilakukan adalah untuk memastikan kanak-kanak sentiasa duduk tertib diposisi masing-
masing semasa sesi bercerita berlangsung.

Semasa melaksanakan sesi bercerita, guru perlu bijak melakonkan watak-watak yang
terdapat dalam cerita yang disampaikan, bijak menggunakan intonasi suara seperti suara
rendah semasa berada dalam suasana biasa dan suara tinggi apabila berada dalam suasana
cemas mahupun marah. Mimik muka juga turut memainkan peranan semasa
menyampaikan cerita yang diceritakan. Ini adalah bertujuan untuk menyakinkan kanak-
kanak terhadap setiap watak dan suasana yang diceritakan.
Pelbagai kaedah boleh digunakan semasa sesi bercerita dilaksanakan, antaranya seperti
bercerita dengan boneka, bercerita dengan buku cerita, bercerita dengan kad gambar,
bercerita dengan bahan maujud, bercerita dengan alat visual mahupun bercerita dengan
teknik teater. Melalui tugasan ini saya telah memilih kaedah bercerita dengan buku
cerita. Menurut Brown dan Tomlinson (1999), buku bergambar tetap menjadi pilihan
kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun. Oleh itu, saya telah memilih dua buah
buku cerita yang sesuai dengan umur kanak-kanak yang boleh dijadikan sebagai bahan
rujukan guru. Buku yang saya pilih adalah bersesuaian dengan tema Haiwan dan tema
Keluarga Saya.

2. LATAR BELAKANG BUKU CERITA YANG DIPILIH

Melalui tugasan ini, saya telah memilih dua buah buku cerita yang sangat sesuai untuk
kanak berumur enam tahun. Tajuk buku cerita itu adalah Sang Gagak Dengan Takar dan
Bawang Merah Bawang Putih.

2.1 HURAIAN TERHADAP BUKU CERITA YANG DIPILIH


Buku cerita pertama yang saya pilih adalah buku cerita Sang Gagak Dengan
Takar. Buku cerita ini merupakan sebuah buku yang sesuai digunakan
berpadanan dengan tema Haiwan. Buku cerita ini merupakan sebuah buku
teladan. Buku cerita ini bersaiz sederhana sahaja sesuai digunakan oleh guru
dalam menyampaikan cerita terhadap sekumpulan kanak-kanak yang terdiri
daripada lima orang kanak-kanak dalam lingkungan umur enam tahun. Buku
cerita ini adalah terbitan QAFF Publication Sdn. Bhd yang beralamat di Negeri
Selangor. Buku ini ditulis oleh Nanthini dengan menggunakan bahasa Tamil lalu
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Zanariah Abdul Wahab. Tulisan
tajuk buku cerita ini bersaiz besar sesuai dengan ukur pandangan kanak-kanak,
berwarna kuning dan berlatarkan warna merah hati disamping terdapat gambar
Burung Gagak sesuai dengan tajuk buku cerita ini. Ilustrasi buku ini disediakan
oleh Svetlana.

Muka dalam buku ini juga lebih kepada gambar watak dan hanya mempunyai
sebaris atau dua baris ayat serta beberapa kerat perkataan berwarna hitam dan
merah jambu bagi membezakan penggunakan suku kata K+V dan K+VK. Saya
berpendapat bahawa, kaedah ini digunakan bagi memudahkan guru untuk
memperkenalkan suku kata mudah kepada kanak-kanak dan memudahkan mereka
untuk menyebut suku kata tersebut mngikut huruf yang tertera pada muka surat
tersebut. Buku cerita ini mempunyai 16 muka surat sahaja. Ini bermaksud,
ceritanya adalah cerita pendek sesuai dengan keadaan kanak-kanak yang hanya
boleh bertahan beberapa minit sahaja untuk menumpukan perhatian terhadap
pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Plot cerita buku ini sangat mudah, ringkas dan padat. Awal ceritanya adalah
memperkenalkan watak Sang Gagak, rupa parasnya, warna bulunya dan tempat
tinggalnya.

Pertengahan ceritanya mengisahkan Sang Gagak yang kehausan lalu terjumpa


sebuah takar yang berisi air. Namun Sang Gagak berusaha untuk minum tetapi
tidak dapat melakukannya kerana air dalam takar itu hanya sedikit sahaja. Sang
Gagak mendapat idea dengan memasukkan batu-batu kecil ke dalam takar
tersebut agar air yang terdapat dalam takar itu naik sedikit demi sedikit sehingga
ke mulut takar.
Diakhir ceritanya pula, Sang Gagak dapat minum dengan menggunakan paruhnya
ke dalam takar tersebut dengan sepuas-puasnya sehinggalah air dalam takar
tersebut habis

Pada muka surat terakhir buku ini, tertera pengajaran yang terkandung dalam
cerita yang boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak untuk diamalkan sepanjang
hidup mereka iaitu kita perlu menggunakan akal fikiran untuk mendapatkan
sesuatu. Tertera juga beberapa perkataan sebagai pengukuhan perbendaharan kata
yang boleh diajarkan kepada kanak-kanak. Guru boleh meminta kanak-kanak
berlatih menyebut perkataan-perkataan itu secara perlahan-lahan serta
menerangkan maksud perkataan itu dengan menggunakan bahasa yang mudah
untuk difahami oleh kanak-kanak.

Buku kedua yang saya pilih untuk tugasan ini adalah buku yang bertajuk Bawang
Merah Bawang Putih. Buku cerita ini adalah sebuah buku cerita rakyat ataupun
cerita melayu klasik yang sering kita dengar sejak kita kanak-kanak lagi. Ini
bermaksud bahawa, cerita ini akan terus diperdengarkan sepanjang zaman. Buku
ini sesuai diperdengarkan kepada kanak-kanak dalam tema Keluarga Saya. Buku
cerita ini bersaiz besar, dipenuhi dengan gambar watak Bawang Merah dan
Bawah Putih yang berwarna-warni bagi menarik minat kanak-kanak untuk
mengetahui cerita disebalik gambar-gambar tersebut. Buku cerita ini
mengandungi 15 muka surat yang padat dengan tulisan bersaiz besar sesuai juga
dengan kanak-kanak yang berusia enam tahun. Tulisan pada buku ini berwarna
merah dan hitam bagi membezakan sebutan sukukata. Buku ini diterbitkan oleh
Kualiti Books Sdn. Bhd tahun 2009 dan diolah oleh Rabiah Jusoh.

Sebelum memulakan sesi bercerita, guru perlu menerangkan terlebih dahulu tajuk
buku tersebut dan menerangkan siapakah watak Bawang Merah dan Bawang
Putih. Ini bertujuan untuk mengelakkan kanak-kanak daripada membayangkan
bahawa watak tersebut hanyalah sebiji bawang. Semasa sesi bercerita, guru boleh
mengajak kanak-kanak untuk mengenali watak utama dalam buku ini dan
menerangkan tentang perbezaan sikap terhadap kedua-dua watak ini. Jalan cerita
dalm buku ini adalah sangat menarik dan menggunakan bahasa yang mudah dan
sesuai untuk kanak-kanak. Semasa sesi bercerita, penggunaan intonasi suara dan
mimik muka yang ditampilkan oleh guru membantu kanak-kanak untuk
mengenali dengan lebih jelas lagi tentang watak-watak yang terdapat dalam buku
cerita ini.

Alur cerita buku ini adalah sangat mudah. Dimulakan dengan awal cerita yang
mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Bawang Merah yang telah
kehilangan ibu iaitu ibunya meninggal duania dan tinggal bersama ibu tiri yang
baru dikahwini oleh ayahnya bersama dengan adik tirinya bernama Bawang Putih.

Pertengahan ceritanya adalah Bawang Merah telah dewasa, mempunyai rupa


paras yang cantik, digilai oleh jejaka di kampung mereka. Adik tirinya, Bawang
Putih iri hati terhadap kelebihan Bawang Merah dan menghasut ibunya untuk
memaksa Bawang Merah melakukan tugas-tugas rumah seorang diri yang
akhirnya akan dihukum jika tidak melakukannya. Bawang Merah akan mengadu
kepada Ikan Kaloi yang merupakan kawan baik kepada ibunya semasa ibunya
masih hidup dahulu. Ikan kaloi hendak membalas budi baik ibu Bawang Merah
dengan menolong si Bawang Merah. Namun, bila ibu tirinya mengetahui bahawa
Ikan Kaloi adalah tempat Bawang Merah mengadu nasib, dia pun menangkap
ikan tersebut lalu memberi makan kepada Bawang Merah. Bawang Merah telah
menanam Tulang Ikan Kaloi lalu tumbuh menjadi sepohon pokok besar bersama
sebuah buaian yang telah tergantung pada dahan pokok itu. Di situlah Bawang
Merah duduk berbuai sambil bernyanyi dan didengari oleh Putera Raja.

Pada akhir ceritanya pula, Putera Raja terpesona dengan kelunakan suara Bawang
Merah dan akhirnya berkahwin bersamanya. Tinggalah Bawang Merah dalam
istana dengan keadaan aman dan bahagia.

Dalam muka surat terakhir buku cerita ini, terdapat pengajaran yang ingin
disampaikan oleh penulis iaitu jangan kita mempunyai sikap iri hati pada
kelebihan yang dimilki oleh orang lain. Guru boleh menghuraikan kepada kanak-
kanak secara terperinci tentang pengajaran yang terkandung dalam buku cerita ini,
mengajak kanak-kanak untuk mengamalkan sikap merendah diri, tidak sombong
kepada sesama manusia.

2.2 REAKSI DAN MAKLUM BALAS KANAK-KANAK TERHADAP BUKU


CERITA YANG DIPILIH

Semasa membacakan buku cerita kepada kanak-kanak, pelbagai reaksi yang dapat
dilihat pada perlakuan dan riak wajah mereka. Ini adalah kerana, mereka telah
memberi tindak balas terhadap cerita yang telah mereka dengari. Antaranya
adalah seperti, menunjukkan wajah yang sangat teruja dengan gaya penceritaan
guru. Kanak-kanak yang menunjukan reaksi ini sentiasa menyimpan keinginan
ingin tahu terhadap sesuatu dan ada kalanya tidak sabar untuk mengetahui apakah
pengakhiran kisah yang didengarinya.

Ada juga kanak-kanak yang gemar bertanya soalan kepada guru demi memahami
lagi maksud disebalik cerita yang disampaikan. Ini mungkin disebabkan kanak-
kanak tersebut ingin mengetahui dengan lebih jelas lagi situasi sebenar watak
mahupun suasana ketika berlakunya aksi yang ditonjolkan oleh watak-watak
dalam buku tersebut.
Ada juga kanak-kanak yang hanya mendiamkan diri, cukup sekadar mengangguk
apabila guru bertanyakan soalan, tersenyum mahupun tertawa apabila mendengar
ayat-ayat lucu yang guru lontarkan kepada mereka. Kanak-kanak ini adalah jenis
yang kurang berbual, suka mendiamkan diri, namun masih boleh faham dengan
arahan mahupun maksud ayat yang guru sampaikan kepadanya. Situasi ini timbul
apabila kanak-kanak ini mempunyai perasaan malu ataupun takut menyuarakan
pendapat.

Oleh kerana tumpuan kanak-kanak terhadap pembelajaran adalah sangat singkat,


guru telah berusaha untuk menarik minat kanak-kanak untuk terus mendengar
cerita yang disampaikan dan berusaha menghabiskan bacaan buku cerita sehingga
ke penghujungnya agar pengajaran baik dapat diperolehi oleh kanak-kanak.
Setiap buku cerita mempunyai pengajaran yang tersirat. Guru boleh menerangkan
secara terperinci tentang pengajaran yang terkandung dalam buku tersebut dan
meminta agar kanak-kanak sentiasa mengamalkan tabiat baik yang ditampilkan
oleh watak-watak yang terdapat dalam buku cerita yang dibacakan oleh guru.

3. REFLEKSI
Refleksi dalam pendidikan membawa maksud suatu imbasan, mengingat atau renungan
semula pengalaman dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilksanakan di
dalam bilik darjah. Membuat refleksi sudah pasti akan mendatangkan kebaikan kepada
guru ataupun pendidik. Ini adalah kerana, dengan membuat refleksi, guru dapat
mengesan kekuatan dan kelemahan yang telah berlaku sepanjang sesi pembelajaran.
Kekuatan yang diperolehi akan disusuli dengan pengukuhan. Contohnya seperti kanak-
kanak yang telah memberikan reaksi baik, guru boleh memberikan ganjaran terhadap
kanak-kanak tersebut seperti memberikan tepukan kepadany diatas usahanya untuk
mencuba menceritakan semula cerita yang telah didengari sebentar tadi.

Manakala kelemahannya yang diperolehi pula akan disusuli dengan usaha untuk
mengatasi kelemahan tersebut. Contohnya seperti dalam sesi bercerita, terdapat kanak-
kanak yang tidak dapat menerima cerita yang disampaikan, guru boleh mengubah teknik
atau kaedah pembelajaran yang bersesuaian khas untuk kanak-kanak tersebut agar tiada
seorang pun kanak-kanak yang tertinggal dalam sesi pengajaran tersebut. Pengalaman
seperti ini akan diterapkan sepanjang masa dan menjadi panduan pada masa akan datang.

4. KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, memupuk minat membaca dikalangan kanak-kanak di awal usia


adalah sangat baik untuk perkembangan bahasa mereka bila berada di alam persekolahan.
Ini adalah kerana membaca dapat meluaskan pengetahuan mereka terhadap sesuatu.
Melalui membaca juga, kanak-kanak dapat memperolehi pengalaman baharu disamping
mengaitkan pengalaman sedia ada demi meningkatkan kreativiti dan imaginasi mereka
selain daripada dapat mengenali perkara-perkara baharu seperti manusia, tempat-tempat
menariki, idea baharu dan sebagainya.

Selain daripada itu, dengan mendengar cerita daripada buku, kanak-kanak juga dapat
membuka minda mereka terhadap dunia luar selain daripada rumah dan persekitaran di
sekeliling mereka. Melalui buku juga mereka dapat membentuk usaha untuk memahami
perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Apa juga jenis buku yang dibacakan
kepada mereka, ianya haruslah bersesuaian dengan usia kanak-kanak. Ianya juga perlu
seiring dengan perkembangan mereka dan seiring dengan keperluan pengajaran yang
dirancang bagi memastikan kanak-kanak itu dapat menguasai 4M, Membaca, Menulis,
Mengira dan Menaakul dengan baik sebelum melangkah ke alam persekolahan formal.

Teknik meminta kanak-kanak menceritakan semula apa yang mereka dengari amatlah
berkesan dalam membantu mereka menyuarakan perasaan mereka. Guru boleh
bertanyakan soalan apakah yang bakal terjadi selepas sesuatu kejadian yang berlaku
dalam cerita itu. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat dilatih untuk memberikan pendapat
dan pandangan. Bercerita juga dapat dijadikan alat untuk melatih kanak-kanak
mengembara ke dunia imaginasi melalui mendengar dan berkongsi cerita dengan guru
dan rakan-rakan sekelas.

Selain daripada itu, melalui bercerita, kanak-kanak dapat dilatih kemahiran mendengar
dan bertutur dengan cara yang menyeronokkan. Kanak-kanak juga dapat diperkenalkan
dengan kosa kata baharu yang bersesuian. Guru juga perlu memperkenalkan makna
disetiap kata-kata yang diajarkan kerana kanak-kanak akan lebih mudah untuk belajar
makna kata apabila digunakan dengan konteks yang sesuai.

Orang dewasa seperti ibu bapa mahupun guru perlu membantu kanak-kanak memilih
bahan bacaan yang sesuai dengan usia dan minat mereka. Kanak-kanak pasti akan
menjadi individu yang gemar membaca dan meneroka ilmu pengetahuan apabila sentiasa
didedahkan dengan bahan bacaan.

2719 patah perkataan

5. BIBLIOGRAFI

BUKU
Abdul Halim Masnan. Loy Chee Luen. Zaharah Osman (2007). HDPS3203 Bahasa,
Literasi dan Komunikasi. Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd

Noriati A. Rashid. Boon Pong Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015). Murid Dan
Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan. Percetakan Printpack Sdn. Bhd

Norlyn Binti Jamil (2011). Mari Bercerita Bersama Kanak-Kanak. Selangor Darul
Ehsan. UG Press Sdn. Bhd

Rohizani Yaakub. Hazri Jamil (2008). Panduan Bercerita Untuk Prasekolah. Kuala
Lumpur. BS Print (M) Sdn. Bhd

Rubiah Jusoh (2000). Bawang Merah Bawang Putih. Selangor Darul Ehsan. Kualiti Book
Sdn. Bhd

Shamsudin Jamil (2013). HDPS3403 Seni Dan Kreativiti Kanak-Kanak. Selangor Darul
Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd

Zainariah (2013). Sang Gagak Dengan Takar. Selangor Darul Ehsan. QAFF Publication
Sdn. Bhd

LAMAN SESAWANG

Bustam Kamri (31 Disember 2011). Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Diakses pada
4 Mac 2016 daripada http://www.bustamkamri.blogspot.my

Kak Bimo Master (20 Mac 2010). Teknik Bercerita Untuk Anak Usia Dini. Diakses pada
1 Mac 2016 daripada http://www.badkomergangsan.wordpress.com

Mohalita Mansor (8 September 2013). Kaedah Dan Teori Bahan Awal Kanak-Kanak.
Diakses pada 4 Mac 2016 daripada
http://www.monalitamansor.blogsop.my/kaedah_dan_teori_bahan_awal_kanak

6. BAHAN BUKTI

Anda mungkin juga menyukai