Anda di halaman 1dari 11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4

Tarikh Masa Kelas Bilangan Murid Umur Mata pelajaran Tema Tajuk

: 10 Ogos 2011 : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi (60 minit) : 4 Cergas : 20 orang : 10 tahun : Bahasa Melayu : Sahabat : Sahabat sejati

Fokus utama:

2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Aras 2 (i) Bercerita berdasarkan bahan yang telah dibaca dan peristiwa yang dialami menggunakan pelbagai jenis ayat.

Fokus sampingan:

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkataan yang dibaca.

Aras 1(i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Objektif pelajaran :Pada akhir pelajaran ini, murid akan dapat : i) bercerita berdasarkan peritiwa yang dialami menggunakan pelbagai jenis ayat. ii) membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pengisian kurikulum: i) ii) Ilmu: Pendidikan Sivik Nilai: Kasih sayang dan jangan mementingkan diri.

Kemahiran bernilai tambah (KBT) : i) Belajar Cara Belajar (BCB) mengingat. ii) iii) Kemahiran Berfikir (KB) Kontekstual (KK) : Menilai dan meramal. : Kaitkan dengan pengalaman. : Membaca mentalis, mendengar dan

Bahan bantu mengajar : Boneka lidi dan jari , video lagu dan edaran kertas.

Pengalaman sedia ada murid : Persahabatan di sekolah.

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru menayangkan video nyanyian lagu Sahabat. Murid dan guru menyanyi bersama lagu yang telah ditayangkan. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video yang ditayangkan. Guru memanggil dua orang murid untuk membuat simulasi.

Catatan

Set induksi (10 minit)

Nyanyian lagu Sahabat

BBM: Video lagu

Langkah 1 (15 minit)

Simulasi situasi bersahabat.

BBM: Kad arahan.

Situasi : Seorang sahabat kesedihan kerana gagal dalam peperiksaan, apakah tindakan anda sebagai seorang sahabat yang baik?

Murid diminta membaca arahan pada kad yang diberi oleh guru. Murid diminta melakukan simulasi dengan gaya tersendiri mengikut arahan kad tersebut. Guru bersoal jawab dengan murid tentang simulasi yang telah dilakukan oleh murid. Guru mengedarkan edaran kertas tentang cerita dua orang sahabat dengan seekor beruang

KBT:

KB : Meramal

BCB: Mendengar

Langkah 2 ( 15 minit)

Persembahan cerita Dua orang sahabat dengan seekor beruang dengan menggunakan boneka.

BBM: Edaran kertas Boneka lidi dan boneka jari

KBT Guru memanggil tiga orang murid bagi membuat persembahan boneka berdasarkan cerita yang telah diedarkan. Murid diminta melakonkan watak dengan menggunakan boneka yang disediakan oleh guru. BCB : Membaca mentalis. Mendengar

KB : Menilai

Guru bersoal jawab dengan murid tentang cerita yang disampaikan.

Nilai : Jangan mementingkan diri.

Ilmu: Pendidikan Sivik. Guru mengedarkan edaran kertas yang mengandungi beberapa soalan tentang cerita yang dipersembahkan. BCB Murid diminta menjawab semua soalan yang disediakan di kertas yang telah diedarkan. Guru menyemak jawapan bersama murid. Nyanyian lagu Sahabat. Rumusan tajuk pembelajaran. Guru dan murid menyanyi bersama. Guru merumus tajuka pembelajaran. Mengingat KBT:

Langkah 3 (15 minit)

Jawab soalan berdasarkan cerita.

BBM: Edaran kertas.

Penutup (10 minit)

BBM : Video lagu

Nilai Jangan mementingkan diri. Kasih sayang.

Teknik penyampaian.

Teknik yang ingin ditonjolkan ialah teknik bercerita. Perkara yang difokuskan ialah penggunaan boneka dalam langkah dua iaitu membaca dialog berdasarkan cerita yang telah disediakan. Teknik penyampaian yang dipilih adalah menggunakan pentas meja iaitu menyusun meja yang ditutud dengan kain pada bahagian hadapannya. Murid yang bertindak sebagai pembaca dialog berdasarkan cerita dua orang sahabat dengan seekor beruang ini akan duduk pada bahagian belakang meja sambil menggerakkan boneka yang dipegangnya tadi. Meja akan dihias dengan pokok-pokok agar suasana dalam cerita tersebut dapat dihayati oleh murid-murid.

Stratergi berpusatkan bahan.

Stratergi yang ingin ditampilkan ialah strategi berpusatkan bahan. Bahan yang paling utama yang ingin diketengahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini ialah boneka lidi bagi watak beruang dan boneka jari bagi watak dua orang sahabat. Boneka-boneka tersebut memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian murid untuk fokus dalam pembelajaran yang akan disampaikan oleh guru. Guru perlu menyediakan bahan yang menarik agar murid dapat memberikan tumpuan dan seronok untuk meneruskan pembelajaran.

9.0 Pembinaan boneka.

9.1 Sebelum Pembinaan Boneka.

Konsep dalam langkah pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan boneka sebagai bahan bantu mengajar adalah berbentuk tiga dimensi. Boneka tersebut ialah idea daripada sebuah cerita kanak-kanak iaitu kisah dua orang sahabat dengan seekor beruang. Maka boneka yang perlu dihasilkan berdasarkan kisah ini adalah boneka beruang dan boneka orang iaitu dua orang sahabat. Idea bagi boneka beruang ialah boneka jenis lidi dan bagi boneka orang ialah boneka jari. Kedua-dua jenis boneka ini digabungkan agar pengajaran nampak lebih menarik dan menyeronokkan.

Rajah ___: Bahan-bahan Pembinaan Boneka

Rajah

di

atas

menunjukkan

bahan-bahan

yang

diperlukan

dalam

menghasilkan kedua-dua boneka iaitu boneka lidi dan boneka jari. Boneka lidi bagi watak beruang memerlukan bahan seperti kapas, span, kain boneka berwarna merah jambu dan kuning, benang, jarum, labuci, gam, gunting, butang dan lidi. Manakala, bagi boneka jari pula, bahan yang yang diperlukan ialah span berwarna kuning, kertas warna berwarna hijau dan biru, butang, mata boneka, benang kait, gam, gunting, benang, jarum, dan selotape.

9.2 Semasa Pembinaan Boneka.

Rajah 1.0 : Proses Pembinaan Boneka Lidi Rajah di atas menunjukkan langkah-langkah bagi menghasilkan boneka lidi bagi watak beruang. Langkah pertama ialah meotong kain boneka berwarna merah jambu mengikut lakaran yang telah dilakar di atas kain tersebut. Langkah kedua pula. Jahitkan dua potongan bentuk kepala dan sumbatkan kapas kedalamnya bagi menonjolkan kesan tiga dimensi. Kemudian diikuti dengan menjahit badan beruang dan sumbatkan span dan kapas kedalamnya. Seterusnya, jahitkan kedua-dua bahagian iaitu kepala dan badan beruang agar bercantum menjadi sebuah boneka yang lengkap. Selepas itu, gamkan sedikit kain bonek berwarna kuning berbentuk bulat bagi menghasilkan bahagian mulutnya. Kemudian, gamkan butang bagi menghasilkan matanya dan labuci bagi menghasilkan hidungnya. Kemudian jahitkan sedikit dengan

menggunakan benang berwarna merah bagi menonjolkan bahagian mulutnya. Akhir sekali tampalkan lidi ada bahagian belakang beruang supaya boleh dipegang ketika membuat persembahan boneka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 1.1 : Prose Pembinaan Boneka Jari Rajah di atas menunjukkan proses pembinaan boneka bagi boneka jari yang telah dipilih bagi watak dua orang sahabat. Pertama sekali gunting span berwarna kuning dengan ukuran segi empat tepat. Kemudian gulung span yang telah digunting tadi menjadi bulat membentuk kepala boneka. Biarkan lebihan span di bawah bagi membentuk bahagian badan boneka. Jahitkan bahagian bawah kepala boneka dan badan boneka menjadi bentuk yang telah ditetapkan. Selepas itu, gunting kertas berwarna hijau dan biru membentuk baju dan topi. Kemudian, tampalkan bahagian tepi baju dengan menggunakan selotape. Seterusnya tampalkan butang pada baju, mata boneka pada

bahagian kepala, dan benang kait pada bahagian mulut boneka. boneka jari bagi watak dua orang sahabat sudah boleh dipakaikan di jari.

9.3 Selepas pembinaan boneka.

Rajah 1.3 : Boneka Lidi dan Boneka Jari

Rajah di atas menunjukkan kedua-dua boneka yang telah siap dihasilkan. Antara kelebihan yang boleh dilihat menerusi persembahan boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah dapat menarik perhatian muridmurid dalam kelas untuk terus memberikan perhatian dalam pengajaran guru di dalam kelas. Selain itu, murid akan lebih seronok kerana guru menggunakan bahan bantu mengajar yang unik. Murid bukan sahaja dapat menguasai

pembelajaran, malah juga dapat berhibur semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan boneka ini juga merangsang deria-deria murid seperti deria penglihatan pendengaran dan sentuhan secara serentak. Bukan itu sahaja, kemahiran bahasa juga dapat digunakan secara serentak. Contohnya kemahiran membaca ketika membaca dialog dan kemahiran menulis ketika menjawab soalan berkaitan dengan cerita yang telah disampaikan tadi.

Selain

itu

juga,

pengajaran

yang

menggunakan

boneka

turut

meningkatkan daya kefahaman seseorang murid. Hal ini kerana, murid lebih seronok dan tidak terbeban dengan topik yang sedang dipelajari di dalam kelas. Murid berupaya meluahkan bakat dan perasaan yang terpendam semasa proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan boneka ini.

Daya kreativiti murid juga akan terbentuk selaras dengan penguasaan kemahiran yang lain. Contohnya aktiviti mereka cipta boneka dan mengubah dialog dan sebagainya akan merangsang minda murid untuk menghasilkan karya kreatif.

Anda mungkin juga menyukai