Anda di halaman 1dari 19

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

JANUARY 2016

CHILDHOOD LITERATURE 2: MALAYSIAN FOLKTALES

HBEC3603

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

MATRICULATION NO : 910115015716001

IDENTITY CARD NO. : 910115015716

TELEPHONE NO. : 0177689305

E-MAIL : adellyamint@gmail.com

LEARNING CENTRE : JOHOR LEARNING CENTRE


Kandungan

Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pendahuluan 2

2.0 Kepentingan Bercerita 3

2.1 Menggalakkan Kemahiran Bertutur dan Mendengar

2.2 Mengembangkan Imaginasi

2.3 Nilai-Nilai Murni Dalam Cerita

2.5 Menambah Kefahaman

2.4 Menggalakkan Penglibatan Aktif

2.5 Menambah Kefahaman

3.0 Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran 5

3.1 Tabika KEMAS Wawasan

3.2 Rancangan Pengajaran

3.2.1 4 tahun dan 5 tahun

4.0 Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) 11

4.1 Kelebihan

4.2 Kelemahan

4.3 Penambahbaikan

5.0 Penutup 13

Lampiran 14

Bibliografi 18

1
1.0 Pendahuluan

Kanak-kanak sukakan aktiviti bercerita. Lebih-lebih lagi yang berkenaan dengan


minat mereka seperti yang bertemakan haiwan atau karaktor yang sepadan dengan sifat
mereka. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2009, bercerita membawa
maksud berbual, bercakap atau mengisahkan sebuah cerita. Manakala Kamarudin Husin pada
tahun 1999 pula bererti menggunakan kebolehan yang tertentu untuk menyampaikan lisan
yang penting. Aktiviti bercerita juga adalah tugas yang menggunakan kebolehan berbicara
untuk menyampaikan sesuatu berbentuk pragmatik (Burhan Nurgiyantoro, 2001: 289)
Tambah beliau lagi, didalam aktiviti bercerita tukang pencerita hendaklah mahir menguasai
bahasa dan unsur cerita yang ingin disampaikan. Melalui bercerita seorang individu dapat
menyampaikan maklumat kepada orang lain dan bagi seorang guru pula dapat menarik minat
kanak-kanak untuk memahami pelajaran. Selain itu, melalui bercerita juga pencerita dapat
menyatakan pendapat, kemahuan, pengalaman serta perasaan melalui aktiviti bercerita.
(Tarigan, 1981: 35)

Disamping itu juga, aktiviti bercerita boleh disampaikan menggunakan pelbagai bahan
dan alat untuk menambah efek dan memberi penjelasan yang lebih lagi kepada kanak-kanak
seperti penggunaan puppet akan membuatkan kanak-kanak lebih faham dan mampu
membantu mereka untuk lebih fokus dalam aktiviti mendengar. Aktiviti bercerita juga
mempunyai pelbagai karaktor seperti distrukturkan untuk kemudahan, distrukturkan untuk
menambah ingatan, mempunyai kebolehan untuk membantu pendengar dan pencerita
mengingati plot dan karaktor, berkaitan dengan pengalaman individu, seimbang, mempunyai
empati serta mengandungi situasi yang tertentu. (The Book Worm Library, Walter J. Ong,
1997) Seterusnya, menurut Jennifer Moon, 2010 di dalam bukunya Using Story in Higher
Education and Professional Development, Chapter 11, bercerita secara lisan mempunyai
beberapa karaktoristik iaitu cerita hendaklah diberitahu bukan dibaca. Ini bermaksud kanak-
kanak mendengar cerita yang diceritakan oleh seseorang kepada mereka. Kedua, mendengar
suara secara langsung (Rosen, 2009). Ketiga, dalam penceritaan memerlukan suara dan cerita
yang disampaikan adalah penceritaan semula daripada cerita yang telah ditulis. Ini
bermaksud, setiap cerita yang ditulis diceritakan semula dengan menggunakan bahasa lisan
oleh sang pencerita kepada pendengar.

2
2.0 Kepentingan Bercerita

Banyak kepentingan yang boleh didapati daripada aktiviti bercerita. Lebih-lebih lagi
kepada kanak-kanak. Antara kepentingan bercerita ialah :

2.1 Menggalakkan Kemahiran Bertutur dan Mendengar

Bercerita akan menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kemahiran bertutur


dan mendengar sekaligus meningkatkan kemahiran awal literasi dan membaca.(Haven &
Ducey, 2007) Hal ini kerana, apabila ada aktiviti bercerita, kanak-kanak perlu mendengar
dengan penuh perhatian terhadap cerita yang diceritakan. Kemudian, melalui kemahiran
mendengar kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran berbahasa. Selain itu, kanak-
kanak juga akan dapat menambah kosa kata dan perkataan yang baru melalui cerita-cerita.
Kanak-kanak akan mendengar intonasi dan nada suara yang disampaikan oleh guru serta
boleh cuba menceritakannya semula. Mereka akan dapat mengecam serta mengenal pasti
nada serta intonasi yang bersesuaian dengan karaktor dalam cerita.

2.2 Mengembangkan Imaginasi

Banyak genre dan tema cerita yang mampu meningkatkan dan mengembangkan
imaginasi kanak-kanak melalui cerita-cerita yang disampaikan oleh guru. Melalui cerita-
cerita tersebut juga kanak-kanak dapat mengenali dan mengetahui dunia luar yang berbeza
daripada persekitaran selesa mereka. Antara cerita-cerita yang boleh semarakkan imaginasi
kanak-kanak ialah melalui cerita bertemakan pengembaraan, detektif dan sains penciptaan,
kanak-kanak akan dapat berfikir di luar kotak serta mengembangkan imaginasi mereka.
Lebih-lebih lagi apabila mendengar guru bercerita ditambah dengan props serta peralatan
yang sesuai dengan cerita. Kanak-kanak juga boleh meniru watak-watak kegemaran mereka
seperti Hang Tuah, Sinbad dan sebagainya. Kanak-kanak akan menjadi lebih kreatif
berdasarkan kepada daya imaginasi mereka. Dengan aktiviti bercerita kanak-kanak boleh
melakonkan semula babak-babak yang sesuai menggunakan teknik dan imaginasi mereka
sendiri.

2.3 Nilai-Nilai Murni Dalam Cerita

Kebanyakkan cerita yang ada di pasaran adalah untuk mengajar nilai murni dan
pengajaran kepada kanak-kanak. Penyampaian pengajaran lebih mudah disampaikan dalam
bentu cerita. Kanak-kanak menjadi lebih faham dan boleh mengaitkannya dengan kehidupan

3
mereka sendiri. Pada dasarnya, kanak-kanak sukakan sesuatu yang menyeronokkan dan boleh
melihat apakah pengajaran yang didapati sekiranya melakukan sesuatu perbuatan yang tidak
baik. Contohnya kisah teladan seekor monyet yang tamak memakan cili Sang Kancil.
Akhirnya monyet tersebut masuk ke dalam sungai kerana tidak tahan berasa pedas yang
teramat akibat daripada tidak mahu mendengar nasihat Sang Kancil agar tidak memakan cili
tersebut. Bercerita adalah satu cara halus dalam memberi nasihat kepada kanak-kanak.

2.4 Menggalakkan Penglibatan Aktif

Apakah yang dimaksudkan dengan penglibatan aktif? Ianya membawa maksud


kanak-kanak bukan sahaja duduk mendengar apabila guru bercerita tetapi turut terlibat dalam
aktiviti penceritaan. Contohnya, kanak-kanak akan membuat aktiviti bersama melakonkan
watak-watak dalam cerita. Mengajuk bunyi yang berkaitan dan sebagainya. Apabila kanak-
kanak terlibat secara aktif, kanak-kanak akan lebih memahami cerita yang ingin disampaikan
dan dapat menumpukan konsentrasi mereka lebih lama. Hal ini kerana, kanak-kanak tidak
boleh duduk lama di sesuatu tempat tanpa melakukan sebarang aktiviti. Ianya merupakan
fitrah bagi kanak-kanak yang normal, sihat dan cerdas. Contohnya melakonkan semula
karaktor mengikut kreativiti sendiri dengan bimbingan guru. Sekaligus ianya dapat
membantu kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur serta awal
literasi.

2.5 Menambah Kefahaman

Melalui cerita-cerita yang disampaikan juga boleh menambah kefahaman kanak-kanak


dengan lebih baik. Ini banyak dilakukan dan dipraktikkan didalam bidang pendidikan di luar
dan dalam negara apabila salah satunya artikel yang bertajuk Penggunaan Teknik Bercerita
Bagi Menarik Minat Murid Mempelajari Penyelesaian Masalah Harian Dalam Matematik
oleh Zairin Binti Hussin. Kanak-kanak ternyata menjadi lebih faham cara untuk
menyelesaikan masalah matematik melalui teknik bercerita. Contohnya, guru menggunakan
teknik bercerita untuk mengajar subjek matematik-tambah kepada kanak-kanak. Guru
bercerita mengenai karaktor di dalam cerita tersebut, contohnya, Pak Ali mempunyai 1 ekor
lembu dan rakannya Pak Hamid memberikan seekor lagi lembu dan kini Pak Ali mempunyai
2 ekor lembu. Kanak-kanak boleh memahami konsep tambah dengan lebih baik melalui
teknik bercerita.

4
3.0 Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran

3.1 Tabika KEMAS Wawasan

Nama Tabika : Tabika Kemas Wawasan

Alamat Tabika : PTD 1654, Jalan Wawasan 4, Kg. Melayu Baru, Gelang Patah

Nama Guru Tabika Kelas 1 (6 Tahun) : Puan Zaiha Binti Esa

Kelas 2 (5 Tahun) : Puan Alyaa Masna Binti Mohd Nasir

Bilangan Kanak-Kanak : 66 Orang

: Kelas 1(33 Orang)

: Kelas 2 (33 Orang)

5
3.2 Rancangan Pengajaran

3.2.1 4 tahun dan 5 tahun

Rancangan Pengajaran Harian


Minggu :9

Tarikh : 10 Mac 2016

Hari : Khamis

Masa : 9.00 pagi hingga 9.50 pagi

Kelas : 4 Gemilang

Nama Guru : Alyaa Masna Binti Mohd Nasir

Lokasi : Bilik Darjah

Bidang Pembelajaran : Bahasa Melayu

Standard Kandungan :(BM 1.0) Kemahiran Mendengar : (BM 2.0) Kemahiran Bertutur

Standard Pembelajaran Utama :(BM 1.1.13) Mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan,cerita, lagu.

6
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan :

1) Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia

(BM 1.17) Mendengar arahan dan memberi respon

2) Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai Pendidikan Moral

(PM 9.1.1) Berani mencuba sesuatu tugasan baru

(PM 14.2.1) Saling berkongsi dalam menggunakan barang dan peralatan di dalam kelas

(PM 16.1.1) Mematuhi arahan guru

Objektif Pembelajaran : 1) Murid dapat mengelaskan haiwan jinak dan haiwan liar

Alatan Dan Bahan : 1) Buku cerita

2) Kad nama serangga

3) Komputer riba (video)

4) Papan buletin

5) Gambargambar serangga

6) Pelekat

7) Puppet serangga (Pepatung, lebah, rama-rama)

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah mendengar lagu Rama-Rama

7
Langkah Isi Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan/ABM
Pengajaran / Pengajaran
Masa
Set Induksi Soal jawab Guru menunjukkan kepada kanak- Kanak-kanak melihat dan memberitahu 1) Gambar
( 5 minit ) kanak gambar-gambar serangga dan guru nama-nama seranggan dan serangga
bersoal jawab mengenai pengalaman berkongsi mengenai pengalaman 2) Papan buletin
kanak-kanak bersama serangga. kanak-kanak bersama serangga. 3) Pelekat
Langkah 1 Aktiviti menyanyi Guru membuka video lagu rama- Kanak-kanak melihat video lagu rama- 1) Video
(6 minit) lagu Rama-Rama rama. rama. 2)Komputer riba
Guru meminta kanak-kanak Kanak-kanak mengikut menyanyi lagu
mengikut menyanyi lagu tersebut tersebut serangkap demi serangkap.
serangkap demi serangkap. Kanak-kanak menyanyi bersama guru.
Guru menyanyi bersama kanak-
kanak.
Langkah 2 Aktiviti bercerita Guru menceritakan kisah haiwan Kanak-kanak mendengar guru 1) Buku cerita
( 15 minit ) kisah Pepatung Yang kepada kanak-kanak. menceritakan kisah haiwan teladan 2) Papan putih
Sombong Guru meminta kanak-kanak Kanak-kanak melakonkan semula 3) Pelekat
melakonkan semula berdasarkan watak-watak berdasarkan penceritaan 4)Manila kad
penceritaan kisah tersebut dengan kisah tersebut dengan bimbingan. 5)Puppet -
bimbingan. Pepatung, lebah,
Guru memberikan penghargaan Kanak-kanak terima penghargaan rama-rama
kepada kanak-kanak.

8
Langkah 3 Aktiviti seni pendua Guru memberikan penerangan Kanak-kanak mendengar penerangan 1) Warna air
(16 minit) berdasarkan kepada mengenai aktiviti yang akan guru mengenai aktiviti yang akan 2) Kertas lukisan
karaktor serangga
dilakukan kepada kanak-kanak. dilakukan. 3) Berus lukisan
pilihan kanak-kanak
di dalam buku cerita Guru meminta kanak-kanak Kanak-kanak melihat bahan-bahan 4) Buku cerita
yang diceritakan. melihat bahan-bahan yang yang diperlukan untuk membuat seni
Bahan-bahan : diperlukan untuk membuat seni pendua dan sebutkan bahan-

1.Warna air pendua. Bahan-bahannya ialah : bahannya iaitu:


1.Warna air 1.Warna air
2. Kertas Lukisan
yang telah dilipat 2 2. Kertas Lukisan yang telah 2. Kertas Lukisan yang telah dilipat 2
bahagian
dilipat 2 bahagian bahagian
3. Berus lukisan
3. Berus lukisan 3. Berus lukisan
Guru menunjukkan cara membuat Kanak-kanak melihat cara membuat
seni pendua dengan menggunakan seni pendua dengan menggunakan
berus dan warna air.(lipat kertas berus dan warna air
lukisan kepada 2 bahagian dan
ambil berus lukisan yang sudah
dicelup dengan warna air.
Lukiskan bentuk rama-rama di
sebelah bahagian kertas lukisan
sahaja. Kemudian, lipat dua kertas

9
lukisan tersebut.)
Guru meminta kanak-kanak Kanak-kanak membuat aktiviti seni
membuat aktiviti seni pendua pendua karaktor di dalam buku cerita
karaktor di dalam buku cerita yang yang telah disampaikan tadi dengan
telah disampaikan tadi dengan menggunakan bahan-bahan yang
menggunakan bahan-bahan yang telah diberikan dengan bimbingan.
telah diberikan.
Penutup Menyanyi dengan Guru meminta kanak-kanak Kanak-kanak mendengar dan 1) Gambar
( 5minit ) buat pergerakan mendengar dan menyanyi lagu menyanyi lagu Rama-Rama sambil serangga
Bersoal jawab Rama-Rama sambil membuat membuat pergerakan dengan iringan 2) Papan buletin
pergerakan dengan iringan muzik.. muzik.. 3) Pelekat
Guru meminta kanak-kanak Kanak-kanak mengira dan 4)Manila kad
mengira dan memberitahu nama- memberitahu nama-nama serangga di 5)Papan putih
nama serangga di dalam cerita dalam cerita yang telah didengari tadi 6) Komputer
yang telah didengari tadi. riba
Penilaian : 1) Murid dapat menyatakan nama serangga (karaktor didalam cerita)

2) Murid dapat menggunakan perkataan sendiri untuk melakonkan watak

10
4.0 Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran hendaklah dinilai semula setelah dijalankan. Proses
ini dipanggil refleksi. Oleh itu, dengan melihat kepada refleksi sesi pengajaran dan
pembelajaran barulah kita dapat melihat dan menilai kekuatan serta kelemahan yang patut
diatasi semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Selain itu, dengan
adanya refleksi, guru-guru akan dapat dapat menambah baik kekurangan dan kelemahan sedia
ada dengan lebih berkesan agar ianya membawa manfaat yang terbaik untuk kanak-kanak.

4.1 Kelebihan

Kelebihan mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan


aktiviti bercerita dan seni dalam memperkenalkan jenis-jenis serangga amat mudah dilihat
apabila kanak-kanak dengan mudahnya dapat mengecam nama-nama serangga setelah selesai
sesi bercerita. Kanak-kanak juga dapat menyatakan karaktor kesukaan mereka dan cuba
untuk menghasilkan karya seni pendua dengan menggunakan warna air berdasarkan kepada
karaktor pilihan kanak-kanak itu sendiri sama ada hendak memilih serangga pepatung, lebah,
rama,rama, semuat dan sebagainya. Mereka juga dapat mengenal pasti ciri-ciri pada serangga
tersebut seperti pepatung mempunyai 2 sesungut begitu juga dengan lebah dan rama-rama.

Seterusnya kelebihan atau kekuatan pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada kali
ini adalah kanak-kanak dapat menonjolkan bakat mereka walaupun kelihatannya malu-malu,
namun dengan bimbingan guru mereka mampu melakonkan adegan-adegan bersama watak
pilihan mereka dengan baik. Ianya juga membantu kanak-kanak untuk menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur mereka. Ini kerana, mereka hendaklah menumpukan sepenuh
perhatian terhadap nada, intonasi dan percakapan guru apabila guru menceritakan cerita
tersebut. Dengan itu, barulah kanak-kanak dapat melakonkan watak-watak tersebut kerana
mereka tahu apa yang terjadi. Walaupun ianya ada sedikit perubahan apabila kanak-kanak
melakonkannya semula namun, ianya tidak lari daripada idea asal cerita tersebut.

4.2 Kelemahan

Disetiap kekuatan dan kelebihan bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu,
pasti ada kelemahan disebaliknya. Hal ini kerana guru juga adalah seorang manusia biasa.
Terdapat beberapa kelemahan di dalam sesi bercerita dan aktiviti sesi yang lainnya yang telah
dikenal pasti. Antaranya ialah, tidak semua kanak-kanak boleh melibatkan diri di dalam
aktiviti melakonkan semula serta mengecam nama-nama serangga di hadapan. Hal ini kerana

11
bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai serta masa yang tidak mengizinkan. Oleh sebab itu,
mungkin ada kanak-kanak yang ketinggalan dalam mencuba serta menunjukkan bakat
mereka.

Seterusnya kelemahan yang dapat dikenal pasti adalah puppet yang disediakan tidak
mencukupi menurut karaktor di dalam buku cerita yang dipilih. Antara karaktor-karaktor
yang terdapat di dalam buku cerita tersebut ialah pepatung, semut, labah-labah, belalang,
kumbang, rama-rama dan burung. Namun, hanya 3 sahaja watak puppet yang disediakan
daripada tujuh iaitu puppet pepatung, rama-rama dan lebah. Ini menjadikan hanya
sebahagian sahaja watak yang dapat dilakonkan oleh kanak-kanak berbanding tujuh watak
yang sepatutnya ada. Selain itu, masa aktiviti seni pendua juga didapati tidak mencukupi
kerana rata-rata kanak-kanak melakukan aktiviti seni ini setakat 30 minit sahaja. Oleh sebab
itu, ada kalangan kanak-kanak tidak dapat menyiapkan hasil seni mereka.

4.3 Penambahbaikan

Setelah mengenalpasti beberapa kelemahan hasil daripada refleksi yang telah


dilakukan antara penambahbaikan yang dicadangkan ialah:

1.Menyediakan Puppet Yang Mencukupi

Oleh itu, untuk mengatasi masalah atau kelemahan kekurang bahan atau puppet guru
hendaklah menyediakan puppet tersebut cukup mengikut karaktor-karaktor dan watak yang
terdapat di dalam buku cerita tersebut,

2.Menyediakan Waktu Yang Mencukupi

Apabila menggunakan seni sebagai salah satu aktiviti didalam pengajaran dan
pembelajaran, guru hendaklah memberikan kanak-kanak masa yang lebih. Disini, guru boleh
menganjakkan sedikit waktu seperti memberitahu kanak-kanak berapa masa yang tinggal
dalam membuat aktiviti ini. Ianya supaya kanak-kanak sedar berapa masa yang tinggal dan
boleh menghabiskan aktiviti seni yang mereka lakukan. Selain itu aktiviti berlakon juga
boleh dipanjangkan masanya agar lebih ramai kanak-kanak boleh mencuba untuk melakonkan
semula watak-watak yang mereka sukai.

12
5.0 Penutup

Secara keseluruhannya, teknik bercerita adalah salah satu teknik yang selalu
digunakan di dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). selain itu,
bercerita juga mempunyai beberapa jenis seperti bercerita secara oral atau secara digital. Ini
kerana ekoran perkembangan dunia yang semakin maju dalam aspek pendidikan, banyak
buku digital yang disertakan dengan suara sebagai tukang pencerita turut mewarnai dan
memvariasikan lagi teknik bercerita. Namun begitu, teknik bercerita oral adalah salah satu
teknik konservatif yang telah dilakukan sejak dahulu lagi. Teknik bercerita secara oral juga
lebih menyeronokkan kerana melalui teknik ini, tukang pencerita dapat melihat penerimaan
kanak-kanak, seterusnya dapat melibatkan kanak-kanak di dalam aktiviti bercerita. Oleh itu,
kanak-kanak akan dapat lebih fokus dan memberi perhatian kepada cerita yang disampaikan.

13
Lampiran

Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam aktiviti bersama kanak-kanak

Kad Bergambar Dan Kad Nama Serangga

14
Puppet Yang Digunakan Dalam Sesi Bercerita

15
16
Buku Cerita Yang Digunakan

17
Bibliografi
Gregori-Signes, C. (2013). Digital Storytelling and Multimodal Literacy in Education. Porta Linguarum
22, 237-250.

Jackie Baldwin and Kate Dudding. (2007). Storytelling in Schools. National Storytelling Network.

Jasmi, K. A. (2006). PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN WUDUK RASULULLAH S.A.W.


DAN PARA SAHABAT: SATU PEMERHATIAN KEPADA GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM .
Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, 1-11.

Johnsson, E. (2006). A guide to developing effective storytelling programmes for museum. LONDON:
London Museums Hub.

Karlsson, P. A. (2012). Storytelling as a Teaching Strategy in the English Language Classroom in


Iceland. teaching and learning of foreign languages, 4-76.

Moon, J. (2010). Oral Storytelling A Resource Pack for Use in Media Programmes in Secondary Schools
and Higher Education. LONDON: London Routledge.

Sara Miller and Lisa Pennycuff. (May 2008). The Power of Story: Using Storytelling to Improve
Literacy Learning. Journal of Cross-Disciplinary Perspectives in Education, Vol. 1, No. 1 ) 36 -
43.

Signes, C. G. (2008). PRACTICAL USES OF DIGITAL STORYTELLING. DIGITAL STORYTELLING, 1-10.

The Enchanted Imagination: Storytellings Power to Entrance Listeners. (1999). RESEARCH JOURNAL
OF THE AMERICAN ASSOCIATION OF SCHOOL LIBRARIANS, 1-21.

18

Anda mungkin juga menyukai