Anda di halaman 1dari 3

Ulasan Artikal

Artikal menguruskan tingkah laku kanak-kanak semasa sesi bercerita ini mengatakan
tentang bagaimana hendak mengawal dan menguruskan tingkah laku kanak-kanak semasa
sesi bercerita. Selain itu, artikal ini juga ada mengatakan bagaimana hendak menarik minat
kanak-kanak dan bagaimana hendak berhadapan dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Menurut para penulis artikal ini iaitu Carrie Rogers-Whitehead dan Jennifer Fay, ada banyak
cara, teknik dan tips-tips yang boleh dilakukan untuk mengawal dan menguruskan tingkah laku
kanak-kanak semasa sesi bercerita. Pertama sekali yang boleh dilakukan adalah dengan
membentuk ruang yang berbeza di antara pencerita dan kanak-kanak(pendengar). Ini boleh
dilakukan dengan meletakkan permaidani di tempat duduk kanak-kanak dan ibu bapa. Semasa
sesi ini berlangsung, ibu bapa hendaklah duduk di karpet bersama dengan anak-anak mereka.
Tambahan lagi, dengan adanya ibu bapa bersama anak-anak, kehadiran ibu bapa tersebut
dapat membantu dalam mengawal masalah tingkah laku. Untuk mewujudkan ruang bercerita
pula, boleh dilakukan dengan menghias dan mereka ruang mengikut situasi cerita.

Hal ini supaya, kanak-kanak tahu perbezaan diantara ruang pencerita dan pendengar
seperti mereka agar kanak-kanak tersebut tidak memasuki ruang cerita atau pencerita.
Pencerita juga boleh mengatakan kepada kanak-kanak seperti lekatkan punggung di
permaidani. Jika ada kanak-kanak yang lebih teruja, panggil nama kanak-kanak tersebut dan
tanya kepadanya soalan yang berkaitan dengan cerita. Di samping itu, amat penting bagi
pencerita untuk mengetahui nama setiap kanak-kanak tersebut berdasarkan kepada kad nama
yang dipakai agar kanak-kanak tahu bahawa pencerita sedar dan tahu nama dan tingkah laku
mereka. Untuk menarik minat kanak-kanak itu lebih-lebih lagi kanak-kanak lelaki, pencerita
boleh menyelitkan pergerakan yang menarik antara cerita. Selain itu, elakkan daripada
menggunakan perkataan jangan, malah gunalah perkataan yang positif. Jika ada kanak-kanak
yang bertingkah laku baik, jadikan dia sebagai contoh kepada kanak-kanak lain. Pencerita juga
boleh guna pujian positif kepada seluruh kumpulan agar dapat memupuk tingkah laku baik
dalam kalangan kanak-kanak. Pujian positif ini juga boleh disertakan dengan senyuman dan
isyarat ‘bagus’ kepada kanak-kanak.

Disamping itu, untuk menggalakkan mereka berkelakuan baik, pendidik atau pencerita
boleh juga berikan kepada mereka ganjaran pada akhir sesi. Namun begitu, jika kanak-kanak
tersebut terlebih teruja, pencerita boleh memberitahu kanak-kanak tersebut tentang ganjaran
yang mereka akan dapat sekiranya mereka berkelakuan baik dan tidak bising. Ganjaran boleh
diberikan sekali-sekala sahaja. Hal ini kerana, ganjaran digunakan hanya sebagai salah satu
bentuk peneguhan positif sahaja. Ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada beranggapan
mereka akan dapat ganjaran setiap kali habis sesi. Oleh itu, jika ada kanak-kanak yang sering
membuat gangguan, pencerita atau pendidik boleh memberitahu ibu bapa kanak-kanak
tersebut dan minta mereka bantu pencerita atau pendidik mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Beritahulah ibu bapa tentang peraturan sesi becerita dan terangkan kepada
mereka, bagaimana anak mereka menyebabkan gangguan semasa sesi bercerita kepada
kanak-kanak yang lain. Dengan cara ini, ibu bapa dan pendidik atau pencerita dapat
berbincang dengan lebih mendalam dan saling membantu dalam mengatasi masalah ini
dengan menggunakan kaedah atau cara yang lebih berkesan.

Selain itu, ketika menguruskan sesi bercerita yang lebih besar, pencerita mestilah
menerangkan peraturan sesi bercerita kepada kanak-kanak. Untuk menggalakkan interaksi,
pencerita bolehlah bertanya soalan yang mempunyai jawapan yang pendek kepada kanak-
kanak. Jika kanak-kanak terlalu banyak bercakap, keadaan akan menjadi kecoh. Pertama
sekali semasa menguruskan sesi bercerita yang besar, mestilah merancang sesi bercerita
dengan baik. Ini termasuklah memilih buku cerita yang menarik dan menyeronokkan dengan
adanya plot yang mudah, gambar yang jelas, ritma yang menarik dan sedikit unsur saspen dan
jenaka. Di dalam sesi bercerita yang besar, mestilah mempunyai kanak-kanak yang berbeza
tahap umur. Apabila ini terjadi, pilihlah buku cerita tahap umur 3 tahun. Pencerita boleh
mulakan dengan cerita yang terpanjang dan kemudian cerita yang termudah atau cerita yang
paling menyeronokkan. Untuk menarik perhatian kanak-kanak tersebut, pencerita boleh
menggunakan buku ‘pop-up’ atau ‘puppet’ pada akhir sesi. Pencerita juga mestilah bersedia
dengan idea-idea yang boleh diselitkan di dalam cerita, sekiranya cerita tersebut membosankan
walaupun idea tersebut mungkin “lari” dari tema yang telah ditetapkan.

Pencerita juga boleh menggunakan ‘big book’ atau ‘power point’ untuk kumpulan kanak-
kanak yang besar. Ini dilakukan agar semua kanak-kanak tersebut dapat melihat buku cerita
yang ingin disampaikan dengan lebih jelas. Pencerita juga boleh menggunakan mikrofon untuk
menyampaikan isi cerita tersebut agar semua kanak-kanak dapat mendengar suara pencerita.
Tambahan lagi, pencerita boleh menggunakan lagu yang sama berulang-ulang supaya kanak-
kanak dapat menghafal lagu tersebut. Apabila kanak-kanak sudah hafal lagu tersebut,
mudahlah untuk menarik perhatian mereka agar dapat menyanyi bersama-sama. Pencerita
juga mestilah memberi perhatian kepada ‘mood’ kanak-kanak semasa sesi bercerita. Jika
kanak-kanak tersebut tidak menyukai cerita atau bosan dengan cerita tersebut, pencerita
bolehlah menamatkan cerita tersebut dan menumpukan kepada perkara yang kanak-kanak
tersebut minat. Selain daripada cara-cara yang telah dinyatakan, pencerita juga boleh
menggunakan kod perkataan untuk menarik minat dan perhatian kanak-kanak agar kekal fokus.
Contohnya, pencerita menyebut ‘spongebob’, kanak-kanak akan menyambung ‘squarepants’.

Tambahan lagi, pencerita atau pendidik juga boleh mewujudkan aktiviti-aktiviti yang
menarik seperti mengatakan ‘sssh’ kepada kawan-kawan mereka yang membuat bising dan
bermain permainan yang senyap seperti permainan “patung”. Pencerita juga boleh mengajak
kanak-kanak untuk turut sama dalam cerita tersebut seperti, setiap kali pencerita menyebut
perkataan “anjing”, kanak-kanak akan meletakkan tangan di atas kepala. Kanak-kanak akan
menjadi lebih fokus kerana menunggu pencerita menyebut perkataan yang dispesifikkan.
Selain itu, untuk menarik perhatian pendengar, pencerita boleh menggunakan suara yang
rendah. Ini akan menyebabkan para pendengar menjadi lebih senyap untuk mendengar apa
yang diperkatakan. Pencerita juga mestilah bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Bersedia dengan cerita-cerita tambahan, mengingat kaedah-kaedah yang tersendiri untuk
mengurus tingkah laku kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pencerita perlulah bersedia dan
berada selangkah maju di hadapan. Tips terakhir dalam mengurus tingkah laku kanak-kanak
adalah, mengurus sesi bercerita sebagai seni bukan ujian. Jika pendengar boleh merasakan
minat pencerita terhadap buku cerita dan aktiviti bercerita, mereka akan menjadi lebih peka dan
fokus kepada cerita yang ingin disampaikan.

Oleh yang demikian, berlainan pula halnya, jika kanak-kanak itu sudah cukup matang,
besar dan boleh memahami. Pendidik atau pencerita boleh mengarahkan mereka secara terus
terang, mengarahkan mereka untuk duduk di tempat masing-masing. Perkara yang terakhir
dalam mengurus tingkah laku kanak-kanak adalah ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Lebih
baik, jika ibu bapa sendiri menguruskan tingkah laku anak-anak mereka atau kanak-kanak
tersebut. Hal ini kerana, ibu bapa adalah orang yang bertanggung jawab menguruskan tingkah
laku anak-anak mereka. Pencerita atau pendidik boleh memberitahu ibu bapa apa yang boleh
mereka lakukan jika anak-anak mereka mengganggu kelancaran sesi bercerita. Pendidik atau
pencerita juga, boleh memberitahu kepada ibu bapa agar mengambil anak-anak mereka dan
duduk di riba ibu bapa atau membawa terus anak mereka keluar daripada sesi bercerita
tersebut sehingga anak-anak mereka menjadi tenang. Ibu bapa akan rasa lebih dihargai jika,
pencerita atau pendidik memberitahu mereka apa yang mereka boleh bantu.

Anda mungkin juga menyukai