Anda di halaman 1dari 12

TOPIK 6

BERCERITA

PENGENALAN
Bacaan

dan komunikasi yang baik dapat


ditingkatkan dengan pelbagai kaedah
persembahan yang menarik misalnya aktiviti
bercerita.
Pelbagai kaedah bercerita boleh dilakukan
seperti menggunakan kaedah cerita dengan
suara yang kuat, bercerita menggunakan
flash card, persembahan cerita melalui teater,
drama dan sebagainya

PEMILIHAN KERJA
Pengalaman

yang menarik dan berguna


berfaedah kepada kanak-kanak untuk
menjadi seorang pengarang dan pencerita
Pendedahan kepada ilustrasi yang berkualiti
sama ada melalui buku (di perpustakaan atau
galeri buku) memberi idea-idea baru untuk
difikirkan dan diperluaskan.
Pemilihan cerita yang bersesuaian amat
penting bagi melahirkan kanak-kanak yang
berfikiran realistik dan matang.

UMUR

Walau apa jua peringkat umur perkembangan kanak-kanak,


buku adalah sinonim dan perlu dibiasakan untuk dibacakan
kepada mereka.
Apabila membaca buku kepada bayi, prop seperti anak
patung boleh digunakan manakala boneka, kereta mainan
dan objek lain menjadi watak dalam cerita.
Bayi mendapat manfaat daripada buku-buku dengan
ilustrasi jelas dan teks yang sedikit.
Kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun yang gemar
bertanya soalan menggemari aktiviti membaca yang
berulang-ulang dan dibacakan dengan berlagu contohnya,
Pak Mamat Ada Kebun.
Kanak-kanak prasekolah berminat dengan cerita tentang diri
dan keluarga mereka sendiri dan lebih bersedia menerima
plot cerita yang lebih rumit dan unsur kecindan (jenaka)
dalam pembacaan.

JENIS CERITA
Pelbagai

jenis bahan bacaan sesuai


dibacakan mengikut tahap perkembangan
kanak-kanak.
Pemilihan buku cerita amat penting untuk
menyampaikan sesuatu mesej tentang
pengajaran bertema dan spesifik.
Terdapat
lima jenis cerita, iaitu cerita
bergambar, cerita berkonsep, cerita fiksyen,
cerita bermaklumat dan cerita klasik (lihat
m.s.111-113).

BAHASA

Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak terus membina


kemahiran bahasa dan menambahkan kosa kata
mereka.
Mereka kini boleh menggunakan bahasa dengan
pelbagai struktur tatabahasa dan ayat dengan betul
sebagai alat untuk memahami diri sendiri dan alam
persekitaran.
Penulisan kanak-kanak prasekolah adalah lukisan untuk
melahirkan perasaan dan ia mempunyai makna tertentu
kepada mereka.
Kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun sudah
mulai memahami kepentingan bahasa dan cara ia
digunakan untuk melahirkan idea dan perasaan,
mencipta cerita dan makna dan untuk mengalami hidup.

..Sambungan
Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan
struktur ayat yang kompleks, membandingkan
perkataan dengan lebih mudah,bercerita dan
mengenali perkataan-perkataan yang tercetak.
Peranan guru dalam pembinaan bahasa pada
peringkat ini ialah mengambil kesempatan
daripada peluang yang ada melalui bercerita
untuk membantu perkembangan celik huruf
dalam kalangan kanak-kanak.

BERCERITA

Seorang pencerita atau penglipur lara pada zaman


dahulu melakukan persembahan dalam bentuk
bercerita dengan pelbagai kaedah penyampaian
sama ada dalam bentuk lisan mahupun bukan lisan.
Membaca cerita kepada kanak-kanak seharusnya
bermula ketika bayi disebabkan bunyi suara yang
penuh kasih sayang dan irama bahasa yang
berintonasi memberi ketenteraman kepada bayi.
Melalui pembacaan, imaginasi kanak-kanak dapat
dirangsang dan menjadi asas bagi pembinaan
pengetahuan baru.

TEKNIK PENYAMPAIAN

Kemahiran dan bakat bercerita perlu ada bagi setiap


individu dan ia sangat penting untuk memberi suatu
pengajaran yang berguna khususnya kepada kanakkanak.
Teknik penyampaian yang berkesan dan menghiburkan
adalah
sangat
penting
bagi
menggambarkan
keseluruhan cerita dengan lebih sempurna.
Sebelum merancang sesuatu cerita, guru perlulah tahu
membiasakan diri dengan sebutan perkataan-perkataan
pada buku terbabit dan keseluruhan ceritanya.
Teknik penyampaian yang boleh digunakan oleh guru
adalah (i) membaca dengan kuat, (ii) nyanyian dan
pergerakan, (iii) main peranan dan (iv) penyertaan tanpa
buku (lihat m.s. 115-119)

PERANCANGAN AKTIVITI
BERCERITA
Perancangan amat penting untuk menjayakan
sesuatu cerita yang ingin disampaikan kepada
kanak-kanak.
Semua bentuk cerita sama ada yang berunsur
nasihat,pendidikan,
keseronokan
dan
sebagainya perlu diselaraskan dengan baik
untuk memberi kesan yang positif terhadap
perkembangan kanak-kanak.
Pembelajaran melalui aktiviti bercerita perlu
dijalankan tanpa paksaan agar kanak-kanak
dapat mengikutinya secara sukarela.

..Sambungan

Antara perancangan sebelum bercerita adalah


memandang cermin untuk melihat ekspresi mata, muka
dan tubuh badan, meminati buku yang akan diceritakan,
mengetahui babak cerita yang menggembirakan atau
yang menyedihkan, mengetahui kawalan suara yang
sesuai dan sebagainya (Machado, 2002)
Antara perancangan aktiviti bercerita yang sesuai dalam
membina keyakinan kanak-kanak untuk mendengar
cerita ialah (i) membina buku cerita, (ii) pemilihan ruang
bacaan, (iii) mengadakan pertandingan bercerita, (iii)
mengadakan pertandingan bercerita dan (iv) kempen
mencintai buku (lihat m.s.120-122)

Anda mungkin juga menyukai