Anda di halaman 1dari 18

Zulhazlia bt Zulkifli

SMK Seri Berang


21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu
PENGENALAN
- Malaysia adalah salah sebuah negara yang pesat
membangun di rantau Asia.

- Kepesatan pembangunan ini disokong oleh


pelbagai kegiatan ekonomi yang berkembang
maju di negara ini.

- Malaysia bertuah dianugerah dengan sumber


yang pelbagai dan iklim khatulistiwa yang
membolehkan kegiatan ekonomi dijalankan
hampir sepanjang tahun.
Kegiatan ekonomi yang
berasaskan kepada sumber
Primer semula jadi seperti tanih,
hutan dan laut

Kegiatan ekonomi yang


Sekunder menghasilkan produk atau
barangan

Kegiatan ekonomi yang


Tertier melibatkan perkhidmatan,
kewangan, insuran
CONTOH KEGIATAN EKONOMI
MENGIKUT JENISNYA

Primer Sekunder Tertier

• Pertanian • Pembuatan • Pengangkutan

• Perikanan • Perindustrian • Perniagaan

• Pembalakan • Perkhidmatan

• Perlombongan hospital/ kerajaan


• Kewangan
• Insurans
• Pendidikan
KEGIATAN EKONOMI PRIMER
KEGIATAN EKONOMI TERTIER
Kuala
Kulim Krai
Papar
Lahad
Kuala Berang Tenom Datu

Jengka
Kuala
Selangor

Segamat
Sibu
Kluang
Alor Setar
Gurun
Bayan
Kulim
lepas Inanam
Sandakan
Tasek
Limbang
Kamunting
Tawau
Tg Malim
Miri
Shah Alam

Nilai
Bangi Bintulu
Senawang

Alor Gajah Pasir


Larkin Gudang Pending
Pantai
Irama
Pulau Pulau
Langkawi Perhentian

Batu
Ferringhi Gunung Kinabalu
Rantau Abang
Taman
Pulau Cameron Negara
Pangkor Highlands Cherating
Gunung Pulau
Genting
Mulu Sipadan
Highlands Pulau Gunung
Tioman Niah

Port Dickson
Pantai
Damai
Pantai Klebang
Desaru
Faktor Fizikal Faktor Manusia
Bentuk muka Dasar kerajaan
bumi
Infrastruktur
Tanih
Teknologi
Iklim
Modal
Saliran
Pasaran
Bahan mentah
Buruh
FAKTOR FIZIKAL YANG
MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI
• Bentuk muka bumi
- Tanah pamah : pertanian, perindustrian, pengangkutan
- Tanah tinggi : pertanian, pelancongan
- Pinggir laut : perikanan, pelabuhan, pelancongan

• Tanih
- Aluvium : Padi
- Laterit : Getah dan kelapa sawit
- Gambut : Nanas
- Pasir : Kelapa
- Beris : Kenaf, tembakau
• Iklim
- Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan
pelbagai aktiviti ekonomi
- Suhu sejuk di tanah tinggi sesuai untuk pertanian hawa
sederhana
FAKTOR FIZIKAL YANG
MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI
• Saliran
- Saliran yang baik menggalakkan aktiviti pertanian kerana tanaman
yang ditanam memerlukan sumber air yang banyak
- Saliran juga menggalakkan aktiviti akuakultur dan perikanan
- Aktiviti pelancongan seperti merentas sungai dan jeram

• Bahan mentah
- Pelbagai bahan mentah hasil daripada pertanian, perlombongan,
pembalakan dan perikanan menggalakkan industri hiliran
• Dasar kerajaan
- Kerajaan Malaysia telah mewujudkan pelbagai dasar untuk memajukan
ekonomi Malaysia
- Antara dasar yang diperkenalkan ialah Dasar Pertanian Negara, Dasar
Perindustrian Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
- Kesemua dasar yang diwujudkan adalah untuk membangunkan kegiatan
ekonomi negara ini

• Infrastruktur
- Kemudahan jalan raya, lebuh raya dan pelabuhan serta kemudahan asas yang
lain telah menarik minat para pelabur untuk datang melabur di Malaysia
- Kemudahan seperti ini akan memudahkan proses pembinaan dan penghantaran
barangan untuk urusan pemasaran dan aktiviti perdagangan

• Teknologi
- Pencapaian dalam bidang sains dan teknologi juga turut membantu
perkembangan kegiatan ekonomi
- Pelbagai kemajuan dalam bidang jentera, ICT, robotik dan nanoteknologi
membantu menjimatkan kos dan meningkatkan kualiti serta kuantiti produk
• Modal
- Kegiatan ekonomi juga berkembang pesat dengan adanya suntikan modal dari
dalam dan luar negara
- Antara agensi yang membantu merancakkan ekonomi Malaysia seperti MARA,
KWSP, Agro Bank dan lain-lain lagi
- Terdapat juga pelabur daripada luar negara yang melaburkan modal di Malaysia
seperti daripada China dan Jepun

• Pasaran
- terdapat permintaan dan pasaran yang luas bagi produk keluaran Malaysia dalam
pelbagai bidang
- produk-produk ini juga mendapat permintaan daripada luar negara

• Buruh
- Tahap pendidikan yang baik membolehkan tenaga kerja separuh mahir dan mahir
boleh didapati di negara ini
- Tenaga buruh yang berkemahiran penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan
atau barangan yang dihasilkan
- Malaysia juga dibantu dengan tenaga kerja buruh asing daripada pelbagai negara
• Peningkatan taraf hidup

• Kepelbagiaan kegiatan ekonomi memberi


peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan
• Ini akan meningkatkan taraf hidup rakyat
sekaligus meningkatkan tahap pendidikan
dan kesihatan serta pendapatan mereka

• Kemajuan Ekonomi Negara

• Kemajuan ekonomi membolehkan


pendapatan negara meningkat.
• Pendapatan ini penting untuk mengurus
dan mentadbir negara serta menyediakan
pelbagai kemudahan asas kepada rakyat
• Pemindahan teknologi
• Pemindahan teknologi berlaku diantara
Malaysia dengan negara luar yang maju
seperti Jepun dan Perancis
• Melalui pemindahan teknologi, negara ini
akan memiliki tenaga kerja mahir dan
peningkatan kepakaran dari segi sains dan
teknologi.
• Ini akan meningkatkan kualiti produk dan
pengeluarannya.

• Mewujudkan peluang pekerjaan


• Kegiatan ekonomi seperti pertanian,
penternakan, perikanan dan pembalakan
banyak mewujudkan peluang pekerjaan di
kawasan luar bandar
• Peluang pekerjaan juga wujud dalam
bidang industri, pembinaan, pelancongan
dan perdagangan.
• Kemajuan infrastruktur
• Kemajuan pelbagai kegiatan ekonomi
membolehkan kerajaan menyediakan
pelbagai kemudahan awam dan
pembinaan pelbagai infrastruktur kepada
rakyat
• Ini akan meningkatkan taraf hidup,
pendidikan dan kesihatan penduduk

• Memajukan kawasan bandar dan luar bandar


• Perkembangan kegiatan ekonomi juga
telah menyebabkan pembangunan
kawasan setempat.
• Contohnya, Langkawi berkembang kerana
aktiviti pelancongan yang menggalakkan
pelbagai perkembangan ekonomi yang
lain

Anda mungkin juga menyukai