Ilmu linguistik merupakan ilmu yang mengkaji secara ilmiah atau secara saintifik.
Menurut Abdullah Hassan (2009), kajian bahasa merupakan satu kajian yang sama
dengan bidang- bidang kajian sains lainnya yang memerlukan pemerhatian yang teliti dan
mendalam. Kajian bahasa memerlukan undang- undang dan syarat- syarat tertentu
berdasarkan teori- teori yang tertentu juga. Dengan perkataan lain kajian bahasa mestilah
dilakukan berdasarkan data- data yang empirikal dan dapat dijadikan kenyataan. Hasil
analisis yang dijalankan mestilah konsisten iaitu tidak bercanggah satu sama lain. Hasil
analisis adalah rumus- rumus yang berupa peraturan- peraturan bahasa yang perlu
ringkas, tepat dan padat sifatnya.