Anda di halaman 1dari 3

POLITIK DAN PENTADBIRAN(GMGA1024) MOHD HAZIZEE (249833)

1. Isi Utama dan kajian

Malaysia seperti kebanyakan negara lain di dunia mempunyai kerencaman etnik dan budaya.
Namun begitu, kemajmukan ini turut digariskan sebagai salah satu cabaran utama dalam misi
menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju mengikut acuan
sendiri menjelang tahun 2020. Situasi semasa hubungan antara agama khususnya antara Islam
dan bukan Islam dalam kalangan masyarakat Malaysia digambarkan agak membimbangkan.
Ia juga digambarkan sebagai hubungan yang naik dan turun (Ahmad 2003). Namun begitu
kajian mengenai toleransi agama di Malaysia antara tahun 2006 hingga tahun 2012
menunjukkan tahap toleransi yang amat baik antara penganut agama (Talib 2010; Talib,
Jawan et al. 2012). Pembentukan identiti politik rentetan daripada hubungan antara penganut
agama yang tidak menentu menarik perhatian pengkaji.

Menerusi pelbagai kajian dan penulisan yang telah dilakukan kepada politik Malaysia,
agama dikenal pasti antara elemen primordialisme terpenting yang membentuk identiti
sesebuah kelompok yang selalu diistilahkan sebagai kaum. Namun, menyorot sejarah,
peranan agama lebih jelas dalam pembentukan identiti bagi kaum Melayu dan India
berbanding Cina dan “ lain-lain”. Sebagai contoh, definisi Melayu yang ketat dalam
Perlembagaan Malaysia di mana menjadi Muslim adalah pra-syarat kepada identiti
kemelayuan. Hal ini menjelaskan bagaimana seseorang yang berketurunan Melayu atau dari
ras Melayu adalah bukan Melayu sekiranya tidak beragama Islam.

Dalam melindungi amalan beragama, Perlembagaan Persekutuan (Artikel 3),


memperuntukkan agama Islam sebagai agama persekutuan, manakala agama-agama lain
bebas diamalkan oleh para penganutnya. Justeru itu, agama-agama lain selain agama Islam
boleh diamalkan tanpa sebarang sekatan. Manifestasinya, ia dapat dilihat dengan jelas
terutamanya di kawasan bandar kerana masyarakat selain Islam majoritinya berada di sana
berbanding di kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar majoritinya didiami oleh
masyarakat Melayu Islam. Namun sejauh mana agama memainkan peranan dan
mempengaruhi keharmonian di Malaysia masih menjadi persoalan.

1
POLITIK DAN PENTADBIRAN(GMGA1024) MOHD HAZIZEE (249833)

2. Kajian Peranan Agama Dalam Politik

Kajian pengaruh agama terhadap kecenderungan politik ini menggunakan pendekatan


kuantitatif dengan memilih kaedah soal selidik untuk pengumpulan data. Skala Likert
digunakan untuk mengukur elemen pengetahuan agama dan juga elemen kecenderungan
politik. Instrumen yang digunakan dalam kaji ini dibangunkan sendiri oleh pengkaji.
Instrumen tersebut dapat dilihat dalam pembentangan hasil dapatan kajian tersebut.
Pemilihan responden adalah menggunakan kaedah stratified random sampling. Fokus kajian
ini adalah belia, jadi responden dalam kajian ini dipilih daripada mereka yang berumur antara
21 hingga 40 seperti yang didefinisikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Islam memainkan peranan terpenting dalam pembentukan identiti Melayu, begitu juga
dengan peranan agama Hindu bagi etnik India. Oleh yang demikian, sebagai elemen
primodial yang sangat penting bagi pembentukan identiti etnik, agama dilihat bukan hanya
menjadi pra-syarat identiti atau elemen teras bagi pembentukan ideologi nasionalisme bagi
sesebuah etnik malah ia menjadi unsur penting bagi sosiologi, komunikasi dan strategi
politik. Pemilihan parti politik berdasarkan kriteria agama dikaji agar dapat memberi
gambaran yang jelas sama ada perubahan landskap politik Malaysia ini turut dipengaruhi oleh
kriteria agama sebagai salah satu unsur yang perlu ada dalam dasar sesebuah parti politik.
Kajian mengenai pengaruh politik Islam di negeri Kelantan terhadap gaya hidup masyarakat
di Malaysia melihat sebaliknya. Beliau menegaskan bahawa pengaruh agama yang diterap
dalam kepimpinan politik, dapat mempengaruhi gaya hidup masyarakat. Namun, perubahan
tersebut menjelaskan pengaruh satu agama iaitu Islam sahaja dalam politik yang turut
mempengaruhi gaya hidup masyarakat di Kelantan. Dalam kajian, perubahan gaya hidup
penganut bukan Islam tidak diperincikan.

Oleh yang demikian, agama yang di antaranya menyeru kepada perdamaian, berbaik
sangka, toleransi, dan perpaduan seolah kini merangsang kepada perpecahan hanya kerana
berbeza agama. Apa yang menarik di Malaysia adalah kedudukan agama dalam politik.

2
POLITIK DAN PENTADBIRAN(GMGA1024) MOHD HAZIZEE (249833)

3. Kesimpulan Dan Penilaian

Hasil kajian yang dibentangkan di atas menunjukkan bahawa faktor keagamaan adalah
merupakan antara faktor kukuh dalam pemilihan pemimpin dan parti politik oleh golongan
belia. Ini berarti golongan ini lebih suka memilih pemimpin dan parti politik yang
memperlihatkan identiti keagamaan atau memperjuangkan agenda agama. Ia seolah-olah
mengukuhkan dakwaan bahawa identiti keagamaan berupaya mempengaruhi identiti politik
kalangan belia di Semenanjung Malaysia. Perbincangan lanjut mengenai belia dari kumpulan
etnik manakah yang mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi terhadap pemimpin dan
parti politik yang beridentitikan keagamaan akan dibincangkan dalam kertas yang akan
datang. Juga mengenai latar belakang pendidikan mereka serta hubungan antara kefahaman
mereka tentang agama dengan pemilihan pemimpin dan parti. Oleh kerana kajian ini adalah
merupakan kajian peringkat pertama bagi penelitian seperti ini, ia harus diperkukuh dan
diperdalamkan bagi memperolehi bacaan yang lebih terperinci dan tepat.

Anda mungkin juga menyukai