Anda di halaman 1dari 26

1.

0 Pengenalan
Kesenian orang Cina yang terkenal termasuk bidang tembikar, bidang
sutera dan sulaman, bidang kaligrafi dan catan. Falsafah hidup orang Cina
dapat dikesan melalui kesemua bidang khususnya bidang catan Cina.

2.0 Sejarah seni catan


Sejak Zaman Klasik China sehingga sekarang perkembangan kerja-kerja
kesenian Cina sering mendapat perhatian oleh bangsa asing. Semasa Zaman
Neolitik China memperlihatkan bagaimana telah munculnya tembikartembikar yang diperbuat daripada tanah liat. Sejak daripada itu orang Cina
mula membuat beberapa tembikar yang bermutu tinggi dan cantik. Pada
zaman Dinasti Ming kemunculan tembikar berwarna biru putih merupakan
salah satu ciptaan yang dihasilkan oleh orang yang popular.

Zaman
Klasik
China

Kerja kesenian Cina


sering mendapat
perhatian oleh bangsa
asing.

Zaman
Neolitik
China

Munculnya tembikar
yang diperbuat
daripada tanah liat

Zaman
Dinasti
Ming

Kemunculan
tembikar
berwarna biru
putih

Dalam bidang kesenian, tamadun Cina bukan sahaja dikagumi dengan


keindahan tembikarnya, tetapi mutu ketinggian dan keagungan juga dikagumi
dalam bidang-bidang lain seperti catan Cina.
Catan Cina (Guo Hua) mengambil tempat yang agak istimewa dalam
tamadun Cina kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana.
Golongan pemerintah dan kelas elit semasa Dinasti Tang dan Sung
merupakan penyokong utama dalam bidang ini. Contohnya Maharaja Hui

Tsung dari Dinasti Sung merupakan seorang yang mencintai kesenian catan
Cina. Beliau menaungi bidang catan dan memberi jaminan latihan kepada
artis-artis catan. Oleh sebab itu, seni catan di China telah wujud sebagai
kegemaran waktu lapang golongan atasan yang berpendidikan. Lamakelamaan pelukis amator itu beralih menjadi pelukis profesional yang menjual
lukisan untuk keuntungan yang lumayan.
Catan Cina sebenarnya bermula awal Zaman Neolitik, tetapi seni lukis
berkembang dengan pesat sehingga mencapai tahap kecemerlangan dalam
Dinasti Tang dan Dinasti Sung.
1. Catan Dinasti Tang
Dinasti
Tempoh

Tang (618 907)


Sebelum
[golden age (Zaman Keemasan) dalam lukisan figura.]
Ciri:
Lukisan garis yang menunjukkan manusia terlibat dalam
berbagai aktiviti kehidupan.
Pertengahan
Jenis:
Lukisan lanskap, bunga dan burung (lebih menonjol), lukisan
gunung, hutan, pemandangan dan taman
Ciri:
Mempunyai keupayaan membawa seseorang dari alam
meterial ke dalam alam yang aman dan bebas. (lukisan
dianggap mengandungi ilmu pengetahuan yang tersurat dan

Motif

tersirat dalam kesusasteraan.)


Bunga, rumput, pokok, batu, burung dan binatang lain (strok

Pelukis
Kategori

nya ringkas tetapi dalam bentuk yang hidup dan bertenaga.)


Yen Li Pen, Wo Tao Tzu, Li Chen, dan Wang Wei.
Lukisan lanskap
Lukisan bunga dan burung

Lukisan figura
2. Dinasti Lima (907-960) dan Dinasti Sung (960-1279)
[Lukisan yang kreatif bermatlamat politik dan pendidikan.]
Dinasti
Tokoh 1

Lima dan Sung


Maharaja Hui Tsung

Alasan

Beliau adalah pencipta seni lukis halus dan juga seorang


pelukis. Beliau mengangkat martabat pelukis akademik ke
tahap yang paling tinggi pada zamannya. [dengan membentuk

Tokoh 2

akademik seni lukis yang agak sistematik]


Sun Shih (1056 1101 A.D) atau lebih dikenali sebagai Su

Tung Po [penyajak terkenal]


Hasil karya literati painting (lukisan yang ada sajak)
>> budaya kesusasteraan diterapkan ke dalam lukisan
Lanskap utara

Stail

Gunung-ganang bercerun tajam dan dataran yang luas


Lembah Sungai Yangtze
Bukit-bukau rendah berdedaunan rimbun yang diselubungi
Pelukis

awan, saling terpisah oleh tepian pantai yang memanca.


Chou Chee Chang, Lin Ting Tsung, Mei Fei

3.0 Stail / Gaya (dalam seni catan)


Pa i M ia o

G ong bi

X iey i

Lu kisa n
la ka ra n ta n p a
w a rn a
M em en tin g ka
n ke licin a n
dan
ke m a tan g a n
g a risa n se rta
to n g ela p
yang
m em b e ri
ke sa n fo rm '

Leb ih kep a d a
re alistik, te liti
dan
m e n ye ru p a i
b en d a ya n g
se b e n a r.
G ay a in i
se ru p a tekn ik
g ra fi k,
keke m a sa n
dan
keh a lu sa n
p erlu
d iteka n ka n .

S eca ra
sp on ta n ,
b era n i
m e n g g u n a ka
n w a rn a d a n
tid a k a d a
g arisa n
la ka ra n .
G a y a in i
d ap a t
m e n g e ksp re s
i m od
se se o ran g
p elu kis p a d a
m a sa itu .

3.1 Simbolik warna dalam penggunaan seni catan Cina

bahagia. Bunyi Hong juga membawa simbolik berjaya dengan cemerlang.


berwarna terang kerana warna merah melambangkan kegembiraan dan
pemuda pemudi digalakkan memakai pakaian yang berwarna merah atau
sekiranya melawat rumah saudara dengan pakaian demikian. Manakala
suae (malang). Ia dianggap kurang sopan dan tidak menghormati orang lain
pakaian yang berwarna hitam kerana ia dipercayai akan mendatangkan nasib
Raya atau Hari Kebesaran yang lain, pemuda pemudi dilarang memakai
boleh mempengaruhi emosi dan fikiran seseorang. Contohnya pada Hari
Dalam masyarakat Cina, warna memainkan peranan yang penting. Ia

Melambangkan sesuatu yang misteri.


Hitam ialah warna yang tidak aktif,
melambangkan ketakutan dan
perbuatan yang jahat.
Warna alam spiritual upacara kematian
dan pengkebumian masyarakat Cina.
Dalam agama Buddha warna putih
melambangkan kesucian dan berkait
rapat dengan bunga teratai.

Bai
(warna
putih)
Hei
(warna
hitam)
Hong
(warna
merah)

warna semasa tumbuhan sedang berbunga dan hidup subur.


Melambangkan kemeriahan dan kegembiraan, wanita atau
gadis yang cantik.
Merah terang (Cinnabar atau Dan) disamakan dengan
ketakjuban dan kehidupan yang abadi
Sebagai penanda unggul dan metafora yang membawa tuah.

Huang
(warna
kuning)

Warna dataran rata di utara China. (Berkait rapat dengan asal


usul kebudayaan Han.)
Melambangkan tanda terima kasih dan hormat kepada tanah.
Kuning juga dikaitkan dengan maharaja.
Dalam kepercayaan agama, warna kuning juga dijadikan warna
utama, oleh sebab itu, sami Buddha biasanya memakai jubah
kuning

Warna alam semula jadi.


Dikaitkan dengan tumbuhan yang sedang membesar
membawa simbolik kesegaran dan berharapan.

Qing
(warna
hijau)

3.2 Stail lukisan lanskap Dinasti Sung terbahagi kepada 5 stail atau 'mode'
berikut:
1) 'Courtly mode' - Mod ini adalah kesinambungan tradisi cerita dan seni
istana Dinasti Tang dan ia selalunya berwarna.
2) 'Monumental mode' - Pada zaman Dinasti Sung Utara dan meliputi
beberapa sekolah lukisan lanskap yang terawal.
3) 'Literal mode' (mod formal) - Mod ini adalah peralihan daripada zaman
Dinasti Sung Utara kepada Dinasti Sung Selatan.
4) 'Lyric mode' (mod berlirik) - Mod ini diadaptasikan daripada beberapa ciri
mod ke-2 dan ke -3 untuk menghasilkan lukisan yang lebih berkesan.
5) 'Spontaneous mode' (mod spontan) - Mod ini menghasilkan lakaran yang
lebih radikal dan spontan.

4.0Falsafah dan Stail


4.1Taoisme
Taoisme merupakan ajaran falsafah tentang moral dan hubungan
manusia dengan alam persekitarannya. Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao
Tze seorang ahli falsafah yang hidup pada abab ke-5 S.M.
Taoisme yang menegaskan bahawa setiap perkara yang wujud di dunia
ini dijadikan dalam keadaan yang bertentangan. Dalam seni catan lanskap
Cina, binaan struktur juga dalam bentuk bertentangan. Contohnya bila ada
langgit mesti adanya bumi (gunung ganang), pokok dilukis dalam keadaan
memberi dan menerima, begitu juga objek ada yang nyata dan ada yang
kabul.
Pertentangan

adalah

sesuatu

yang

positif

dan

ia

perlu

untuk

mengekalkan keseimbangan yang sedia wujud di alam ini. Pasangan yang


saling bertentangan dikenali sebagai Yin dan Yang. Yin-Yang diandaikan
mempunyai asal usul Austronesia China Selatan (Needham, 1956:275). Yang
mewakili unsur positif dan Yin pula adalah lambang yang negetif. Dalam
kehidupan menusia, lelaki mewakili Yang kerana memiliki ciri-ciri yang baik.
Perempuan mewakili Yin kerana memiliki ciri-ciri negetif dan pasif seperti
lemah, dingan dan mempunyai keinginan tidak terkawal. Jadi, dalam
masyarakat orang Cina lebih mementingkan dan memandang tinggi terhadap
kaum lelaki. Kaum lelaki diberi peluang belajar dan bergembara, oleh sebab

itu kebanyakan pelukis adalah terdiri daripada kaum lelaki.


[Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi (2953SM?) dan
diperkembangkan seterusnya oleh Shen Nong (?-2698SM?) dan Huang Di (?2598SM?).
Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni
kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan
manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang
seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang
boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan
Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai
sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung,
limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam
semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh
dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru
mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional
mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan
harmoni badan seseorang pesakit.]
Ajaran Taoisme juga menegaskan bahawa hidup manusia bersifat
sementara. Lantaran itu kekayaan tidak menjadi matlamat hidup penganut
Tao. Ajaran Tao mengajak penganutnya hidup secara sederhana dan tidak
mencuba menentang segala ketentuan alam.
Jadi, bila pelukis menghasilkan lukisan, mereka mencuba mencantumkan
keharmonian di antara apa yang dilihat oleh mata dengan apa yang dibuat
oleh tangan. Untuk mendapat kemahiran diwajibkan latihan yang bersungguhsungguh dan teratur serta mengembara dan meneroka keindahan alam ini. Di
dalam latihan ini mesti diuji satu paradoks. Paradoks tersebut ialah, Lebih
sedikit terlukis maka lebih banyak tersuara. Umpamanya: Akar pelukis
memikirkan sebuah idea, tangannya pula terus melukis ideanya seringkas
yang mungkin. Dengan adanya ringkasan maka imaginasi dan permerhatian
dapatlah mengagak. Agakan ini merupakan penerokaan di dalam dunia yang
putus-putus, yang tidak tersudah, yang berlalu sehingga terjumpa suatu sudut
suci zaman kebayian, ketika yang ajaib dimana masa telah dibekukan dan
dunia diaturkan dengan selamat, sama seperti imej yang terlukis itu sendiri.

4.2 Confucius
Confucius merupakan ajaran tentang moral. Ia bukan satu agama tetapi
merupakan tertib mengajar manusia bagaimana bertingkah laku, berhubung
dengan orang, hidup sebagai anggota masyarakat di sebuah negara. Agama
Confucius telah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain sehingga
ia menjadi sebahagian daripada kepercayaan norma dan peraturan yang
perlu diikuti oleh orang Cina.
Ajaran Confucius diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir pada 551
sebelum masihi. Bapanya bernama Shuh Liang Heih, ibunya bernama Chiang
Tsai. Mereka mempunyai sembilan anak perempuan dan menginginkan
seorang anak lelaki. Masyarakat Cina adalah masyarakat Patrilinear, iaitu
meletakkan kaum lelaki pada kedudukan yang lebih utama dan dominan.
Seperti mana yang telah dibincangkan di atas kaum lelaki berpeluang belajar
dan berilmu pengetahuan yang tinggi. Kebanyakan pelukis pada zaman
dahulu pernah mengalami kehidupan yang berliku-liku, kecewa dan mereka
membawa diri merantau untuk mencari ketenangan. Melukis merupakan satu
cara untuk mereka meluahkan perasaan dan menyampaikan falsafah diri
melalui hasil karya lukisan.
Prinsip asas ajaran Confucius adalah tentang adat baik dan budi pekerti
yang tinggi, tatasusila, kesopanan dan adab sebagai seorang manusia.
Terdapat beberapa konsep dalam ajaran Confucius antaranya ialah Konsep
Langit-bumi, Jen, Chun Tze, Li, dan Konsep Kesederhanaan.
.42.1Konsep Langit-bumi
Langit dan bumi mempunyai hubungan yang rapat. Kedua-duanya saling
bergantung untuk terus wujud. Kehidupan bumi dipengaruhi oleh kekuatan di
langit, jadi pelukis cuba menunjukkan kebaktian mereka kepada langit, iaitu
dengan melukis keindahan langit dan keagungan gunung ganang. Dengan
ajaran sebegini masyarakat Cina dipimpin oleh Kung Fu Tze supaya tidak

berbalah, berkrisis dan tidak berebut kepentingan di duniawi. Kekuatan itu


bukan datangnya daripada susuatu kuasa ghaib atau pun alam mistik, tetapi
wujud di dalam diri sesorang. Melalui hasil karya lukisan, kita dapat membaca
sanubari seseorang pelukis.
4.2.2 Konsep Jen atau perikemanusian
Seseorang itu dianggap mempunyai keperimanusiaan yang tinggi apabila
melakukan kebajikan terhadap sesama manusia. Mereka yang memiliki Jen
tidak mempunyai kepentingan diri dan mereka sanggup melakukan
pengorbanan untuk memenuhi tuntunan Jen. Jen mewakili sifat-sifat yang
baik dan positif di dalam kendiri seseorang. Jen dapat membangkitkan
semangat rajin bekerja, giat berusaha, dan melakukan kerja untuk kebaikan
masyarakat keseluruhan. Dengan adanya sifat Jen, pelukis melukis alam
semula jadi yang dipaparkan di kaca mata pelukis dengan seberapa benar
atau seberapa asli yang mungkin. Mereka tidak mudah putus asa dan
sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Jen adalah bersifat sejagat dan
berupaya menyatupadukan manusia dalam satu lingkungan kehidupan yang
serupa.
4.2.3 Konsep Chun Tze atau keperibadian yang agung
Manusia agung harus mempunyai sifat Chun Tze pada dirinya. Manusia
dapat hidup berkasih sayang, saling faham memahami, pragmatik, bersikap
sederhana dan segala tindak tanduknya tidak keterlaluan. Chun tze
merangkumi sifat-sifat baik seperti merendah diri, jadi dalam lukisan seni
lanskap Cina didapati manusia atau objek ciptaan manusia biasanya bersaiz
kecil jika dibandingkan dengan keagungan alam. Mereka yang memiliki
peribadi Chun Tze tidak mudah putus asa atau kecewa serta bersedia
berdepan dengan segala cabaran yang mendatang. Kejayaan tidak
mendatangkan

rasa

bongkak kepada

dirinya. Kegagalan tidak pula

mengundang kemarahan atau kejengkilan. Chun Tze akan melahirkan


manusia yang berakhlak, dan dengan akhlak yang dimiliki manusia dapat
hidup tenang dan sentosa. Justeru itu jiwa yang tenang dapat menghasilkan
lukisan yang mempunyai kuasa ketenangan dan seterusnya melahirkan satu
perasaan ketinggian dan isipadu (volume) yang besar.

4.2.4 Li atau Keserasian


Manusia pada asasnya lemah dan memerlukan bimbingan para pendeta
serta sarjana untuk mencapai hidup yang sejahtera.seperti kata pepatah,
yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan, jadi pelukis
biasanya berilmu dan berpengetahuan luas. Dalam lukisan mereka biasanya
sajak yang ditulis menggunakan ayat dan makna yang baik. Sajak itu
biasanya memberi ajaran atau memberi didikan moral kepada si pemerhati.
Contohnya dalam Orchids on rocks boleh diterjemahkan seperti berikut:
Orkid asalnya adalah tumbuhan gunung;
Marilah kita tanamkannya semula di gunung-gunung:
Dimana-mana mereka diletakkan di dalam bekas atau pasu bunga;
Mengapa tidak biarkan mereka diselubungi kabus dan awan.
4.2.5 Kesederhanaan
Salah satu aspek ajaran Confucius ialah jalan tengah yang dirujukkannya
sebagai kesederhanaan. Sebaik-baik jalan yang ditempuhi oleh manusia ialah
jalan pertengahan. Ini bermakna seseorang itu jangan keterlaluan dalam
melakukan sesuatu. Kesederhanaan membolehkan seseorang berada dalam
ketenangan dan dapat membuat pertimbangan yang rasional serta tidak
mudah didorong oleh emosinya. Sifat ini amat penting untuk seseorang
pelukis semasa menjalankan aktiviti melukis.
4.3 Agama Buddha
Agama Buddha diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (563 SM483 SM) di India pada kurun ke-6 SM dan kemudiannya disebar ke negara
China pada kurun Masihi yang pertama. Bagaimanapun, agama ini telah
mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga menjadi suatu sistem
keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai
Buddhisme Cina.
Namun begitu, asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan
adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai
masalah manusia. Hawa nafsu bagaimanapun, dapat dihindarkan dengan
mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way)

yang mengelakkan din daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu


mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha.
Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang
meliputi pemahaman yang betul (Right Understanding) dan pemikiran yang
betul

(Right

Thought);

kedua,

samadhi

(penumpuan)

yang

meliputi

pengucapan yang betul (Right Speech), tindakan yang betul (RightAction) dan
cara hidup yang betul (Right Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang meliputi
usaha yang betul (Right Efford), pertimbangan yang betul (Right Mindfulness),
dan tumpuan yang betul (Right Concentration).
4.4 Moisme
Moisme diasaskan oleh Mo Zi (479 SM-381 SM). Antara konsep penting
dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai ),
mengecam sikap suka berperang (fei gong ) dan menyerah kepada nasib
(fei ming ) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian ).
Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gong li
), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh
aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama dan
penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah mempelopori
analisis logik di negara China.

5.0 Kepentingan
Penggunaan bahan dan alat
5.1 Dakwat
Dakwat telah wujud sejak zaman Neolitik lagi iaitu 3500 tahun dahulu.
Tembikar bercat bertarikh tersebut dijumpai sebagai bukti. Ink Cake yang
diperbuat daripada arang pokok pine diketahui mula wujud pada abad ke 4
T.M.
Semasa abad 10, seni pembuatan dakwat telah maju tidak menggunakan

bahan mentah seperti mutiara, serbuk jed yang dicampur bersama. Dakwat
terdiri daripada dakwat Cina, ink stone dan atick stone.
Apabila ink cake digiling dengan air, dakwat segar yang terhasil boleh
menghasilkan perbagai darjah kecerahan warna kelabu yang bergantung
kepada kuantiti air yang digunakan.
Dakwat tersebut adalah begitu halus seolah-olah gambar foto, mutu
dakwat boleh ditentukan dengan melihat samaada ia merebak di atas kertas
atau sutera apabila direndam berulang kali.
Bagi orang Cina dahulu menilai dakwat adalah seperti emas. Contohnya
ink cake yang bertarikh 1368 1644 (Dinasti Ming). Sejenis dakwat lagi yang
diperbuat daripada minyak biji pokok Tung dan Laker. Dakwat ini lebih hitam
daripada dakwat lain dan ia lebih digemari oleh pelukis moden.
5.2 Sutera dan kertas
Material yang digunakan dalam seni catan Cina ialah sutera dan kertas
sebagai penyokong. Kebolehan ulat sutera menghasilkan sutera telah
diketahui pada zaman Neolitik. Tekstil sutera mula ditenun 35000 tahun
dahulu. Penggunaan sutera oleh pelukis mencapai kemuncaknya ketika
Dinasti Sung (960 1279). Tetapi, pada masa itu, kertas berkualiti tinggi juga
telah digunakan secara meluas.
Kertas terdiri daripada dua jenis iaitu Yu Ban Zhi dan Shu Xuan Zhi (rice
paper). Hasil seni atas kertas adalah lebih mudah disimpan lama berbanding
dengan sutera.
5.3 Berus
Jingti, Hanbi dan Xiao Miao Bi. Berus mempunyai sejarah yang lebih lama
berbanding sutera. Hiasan atas tembikar Neolitik menunjukkan penggunaan
alat yang lembut dan flaksibel dan berkemungkinan besar adalah jenis proto
brush. Tulisan menggunakan pigmen merah atas tulang oracle 3000 tahun
dahulu telah menggunakan alat tersebut dalam versi yang lebih halus.
Kekuatan dan kelembutan seikat bulu haiwan yang dijadikan tajam pada
hujungnya dapat dilihat melalui catan atas sutera daripada abad 4 B.C dan
atas batu nisan dan dinding daripada abab 12 A.D. Jika digunakan oleh
pelukis yang berkemahiran tinggi, berus dapat menghasilkan garisan sekasar

dawai ataupun sehalus benang.


Antara bahan mentah yang paling popular digunakan sebagai berus ialah
bulu kambing dan arnab. Bulu kambing adalah lebih fleksibel tetapi kurang
kuat dan agak keras. Berus diperbuat daripada kombinasi yang berbeza-beza
memberi pelbagai darjah keseimbangan untuk menepati citarasa pelukis.
Daripada hasil karya pelukis terkenal didapati berus adalah seperti
sambungan kepada tangan pelukis-pelukis dan amat responsif terhadap jari,
pengelangan tangan serta lengan.

6.0 Perlambangan
6.1 Pokok buluh
Pokok buluh pula adalah simbol kepada kekuatan, kesabaran menanggung
penderitaan kepada kepantasan pembangunan dan perluasan kebudayaan di
China. Sebagai rumpun yang sentiasa menghijau, buluh yang lentuk dan
angun mewakili kualiti ketahanan, kesesuaian dan kegigihan untuk terus
hidup dalam sebarang cuaca. Buluh dikaitkan dengan nasib yang baik kerana
namanya sama dengan perkataan permintaan
6.2 Shi liu (Delima)
Buah delima yang mempunyai banyak biji melambangkan kesuburan dan
kemewahan. Dalam perkataan Cina seed (biji) juga bermaksud anak lelaki,
oleh itu buah delima melambangkan harapan untuk mendapat banyak anak
lelaki. Biasanya sarung bantal yang disulam dengan motif buah delima yang
disulam dengan motif delima dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru.
6.3 Mei Hua (Plum Blossom)

Pokok plum berbunga dari dahan yang kelihatan seolah-olah mati, lima
kelopak bunga mewakili kehidupan baru di hujung musim sejuk. Plum
blossom merupakan

keindahan

dalam musim sejuk. Ia seolah-olah

mempunyai kuasa yang menakjubkan kerana berbunga di atas dahan yang


kelihatan seolah-olah mati. Mesej yang hendak disampaikan ialah manusia
seharusnya tabah dan cekal dalam mengharungi segala lumrah kehidupan.
Kehidupan baru dan kegembiraan akan tercapai sekiranya manusia
mempunyai sifat seperti bunga plum.
6.4 Song (Pokok Pine)
Melambangkan ketabahan, kesabaran dan umur yang berpanjangan. Pokok
pine yang tua dan berbonggol tumbuh subur di tepi tebing gunung yang tinggi
melambangkan seseorang yang mempunyai cita-cita yang mulia dan
istimewa. Walaupun ianya ditiup angin dan ribut (politik, rasuah). Pokok pine
tetap kekal di situ bertahun-tahun. Oleh itu ia melambangkan kehidupan yang
sejati walaupun masalah menghadapi disebabkan bencana alam atau buatan
manusia sendiri.
6.5 Mou Tan (Bunga peony)
Digelar sebagai Permaisuri Bunga kerana kemewahan warnanya dan bauan
yang wangi, bunga peony adalah simbolik kepada musim bunga, juga cinta
dan keindahan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan maruah dan
kegembiraan.
6.6 Liu (Pokok Willow)
Pokok ini dikaitkan dengan kecantikan wanita kerana daunnya yang panjang
dan tirus. Kadang-kadang dikhususkan kepada singsong (penyanyi wanita)
atau pelacur. Pokok ini juga melambangkan persahabatan dan batang willow
dihadiahkan kepada pengambara semasa hendak bertolak ke destinasi baru.
Daunnya dipercayai mempunyai kuasa menyucikan (dewi Kuan Yin
menggunakan setangkai dahan willow untuk menyelamatkan manusia yang
hidup dalam kesusahan) digunakan untuk upacara membersihkan kubur
semasa perayaan Ching Ming. Kayu pokok willow dipercayai digunakan untuk
berinteraksi dengan alam roh. Motif willow ini terdapat di tembikar biru putih

pada abad ke 18. Reka bentuk motif ini berdasarkan kepada cerita pasangan
kekasih yang menghadapi banyak rintangan untuk berkahwin.
6.7 Lian Hua (Bunga teratai)
Bunga teratai menandakan kesucian. Ia mengandungi semangat yang tidak
dapat dicemari, membesar dengan akar yang panjang dan dalam, serta
kuntuman yang indah di kawasan paya yang suram. Bunga teratai
mempunyai dua makna dalam bahasa Cina; satu ialah kedamaian dan
keharmonian dan nasib baik yang berulang.
6.8 Long (Naga)
Tidak dapat dinafikan naga adalah lambang yang selalu digunakan dan amat
mustahak dalam perlambangan kebudayaan Cina. Orang Cina percaya naga
adalah binatang yang mempunyai kuasa transformasi dan boleh menurunkan
hujan. Naga muncul secara berpasangan berlingkar di dalam awan atau
berenang di dalam ombak. Naga bertanding untuk mendapatkan disc (simbol
matahari) Naga adalah simbol kekuatan maharaja. Ada sembilan jenis naga
yang dikenali. Simbol sembilan jenis naga diukir di Beijing Forbidden City.
Menurut mitos lama, Yu, nenek moyang asal masyarakat Cina, wujud dalam
bentuk seekor naga kuning yang melonjak keluar daripada tubuh ayahnya
yang telah meninggal dunia. Ia membawa lambing keberanian, kekuatan dan
perlindungan.
6.9 Ma (Kuda)
Kuda dikait rapat dengan ketenteraan dan kebangsawanan, mewakili semua
sifat-sifat yang mewakili kekayaan, prestij dan mobiliti. Kuda putih secara
legenda dikait dengan pengangkutan agama Buddha ke India dan
melambangkan penyebaran

ilmu pengetahuan. Kuda-kuda

ini sering

digambarkan dalam keadaan berlari pantas dengan kaki tidak mencecah


tanah.
6.10 Feng Huang (Phoenix)
Burung phoenix ialah satu komposisi spiritual dan fizikal, ia sebagai simbol
Maharani. Menurut cerita mitos Feng Huang adalah burung yang boleh terang
terus ke syurga. Ia juga melambangkan pencapaian yang tinggi. Biasanya ia

dilukis bersama dengan Naga untuk melambangkan perkahwinan yang


bahagia (keseimbangan yin dan yang). Bulu Feng Huang yang berwarnawarni melambangkan kecantikan, kemewahan dan baik hati.
6.11 Tie (Rama-rama)
Selalunya dikaitkan dengan roh nenek mayang dan peringatan. Oleh kerana
bunyi rama-rama ini serupa dengan perkataan seseorang yang telah
berumur, ia juga dianggap sebagai simbol panjang umur.
6.12 He (Burung Bangau)
Burung Bangau melambangkan kehidupan yang kekal abadi, kecantikan dan
keanggunan. Dalam cerita dongeng masyarakat Cina, burung bangau ini
dikatakan boleh membawa tuah dari nan hai sian tau iaitu pulau selatan
dalam syurga. Biasanya burung bangau dikategori bersama dengan rusa,
kura-kura dan ling-zhi (sejenis cendawan) yang melambangkan panjang
umur. Simbol membawa dewa ke syurga melambangan pegawai tinggi di
dalam istana China (politik).
6.13 Li Yu (Ikan Kap)
Melambangkan kekayaan. Li Yu sama bunyi dengan liyu (keuntungan,
berlebihan). Masyarakat Cina biasanya mendoakan rezeki yang berlebihan
semasa menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan ia juga dihadiah dalam
bentuk lukisan kepada sahabat yang berjaya dalam perniagaan agar mereka
murah rezeki. Ikan kap juga adalah simbol usia yang panjang kerana
dipercayai kebal daripada kematian secara semulajadi.
6.14 Batu dan gunung
Batu-batu dan gunung-ganang yang biasa dilukis dalam sanshui (lukisan
pemandangan) dikaitkan dengan keabadian, kestabilan, kesetiaan dan
ketahanan. Gunung dan lautan sering digambar bersama-sama dan apabila
disatukan masing-masing melambangkan hidup yang panjang dan nasib yang
baik.

7.0 Seni Tembikar


Kebanyakan tembikar neolitik yang terbaik di dunia datangnya dari negeri
Cina. Tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan
dengan perhiasan hitam, bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu
bermulut tebal berbadan kecil. Tembikar Cina zaman akhir Neolitik pula
berwarna hitam dan berkilat. Tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze
yang terang pada permukaan tembikarnya. Tembikar zaman Dinasti Han,
menggunakan glaze kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah hitam.
Pada zaman purba, tembikar China berkembang dari tembikar biru,
tembikar

putih

dan

tembikar

bewarna.

Membuat

tembikar

mestilah

menggunakan bahan tanah kaolin, batu orthoclase dan kuarza, di


permukaannya disepuh glis, membakar tembikar mestilah pada suhu 1200
darjah centigrade. Hanya dengan berbuat demikian, barulah tembikar lebih
kukuh, menarik dan berkilat. Jika adunan dan peraturan membuat tembikar
kurang sesuai misalnya unsur besi terlalu banyak, tembikar akan menjadi
kecoklatan atau hitam dan tidak berguna lagi. Pada hujung Dinasti Tang,
Wudai dan awal Dinasti Song, Tanur Yue di kawasan Shaoxing dan Yuyao di
Provinsi Zhejiang China telah menghasilkan tembikar biru yang licin, warna
glis yang halus dan rata. Tembikar putih yang dikeluarkan di Tanur Xing
pada zaman Dinasti Tang warnanya seperti salji.
Seni reka pada tembikar bukan hiasan semata-mata sebaliknya
mempunyai makna dan falsafah tertentu dalam pandangan semesta
(worldview) masyarakat berkenaan. Contohnya:
a) Feng Huang iaitu burung khayalan atau merak lambang kepada ratu
yang menjadi petanda baik, membolehkan mereka lebih yakin dalam
menjalankan tugasan atau kerja harian mereka.
b) Long atau naga yang hidup di udara, laut atau daratan adalah simbol
hujan. Simbol naga juga menunjukkan jiwa yang baik dan lemah
lembut seperti air. Kuku naga bercabang tiga adalah lambang bagi
kegunaan rakyat biasa, manakala kuku yang bercabang lima dikatakan
untuk keluarga diraja. Ia juga dikaitkan dengan kepercayaan kepada

tian-zi.
Tembikar China mempunyai motif yang tersusun dalam bentuk pelbagai
corak. Corak digubah secara bergambar (pictorial) atau yang lebih popular
ialah corak dalam gambar. Penggunaan warna biru kobalt parsi yang
berkualiti tinggi dikenali sebagai Biru Muhammad (hui hui qing) yang
digunakan bagi mewarnakan hiasan seramik mereka.
Tembikar yang digunakan sebagai periuk hanya diperbuat daripada tanah
liat. Kebanyakkan hasil tembikar disepuh kerana negara China, teknik sepuh
telah digunakan sejak zaman- berzaman. Hasil tembikar dibakar di dalam
relau yang menggunakan bahan api kayu.
Seni seramik banyak mempengaruhi bentuk dan gaya seni seramik di
tempat-tempat lain dan begitu juga sebaliknya. Permintaan yang meningkat
ke atas barangan seramik China mengakibatkan industri-industri seramik
dibangunkan di tempat-tempat lain termasuklah di TimurTengah dan Asia
Barat.
Kunci mengapa tembikar china boleh berkembang dengan sangat pesat
adalah

kerana

para

pembuat

tembikar

yang

sememangnya

amat

mementingkan kesempurnaan dalam setiap penghasilan.

8.0 Seni Tembaga


Kesenian tembaga bermula pada zaman Dinasti Shang. Kebanyakan
kesenian tembaga ketika itu adalah peralatan rumah dan sembahyang yang
ditiru dari bentuk-bentuk tembikar. Pada akhir Wangsa Chou, ada terdapat
bukti teknik tuangan bentuk huruf telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana

berasaskan bentuk binatang, bejana tersebut digunakan untuk 2 tujuan iaitu


kegunaan harian dan istiadat keagamaan.

9.0 Catan
Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang. Catan Cina
lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat. Perkembangan
seni catan terkenal di Zaman Dinasti Tang yang banyak berunsur agama
Buddha, Taoism dan Confucianism. Zaman Sung, pelukis Cina menggunakan
ciri-ciri pemandangan san kemanusiaan
a) Ciri-ciri catan
Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat.
Kebanyakan

catan

menggambarkan

semulajadi. Catan mempunyai falsafah.


9.1 Catan lanskap

keindahan

panorama

alam

dan

Catan lanskap mendapat tempat yang istimewa sekali dalam perkembangan


seni catan China. Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud
gunung dan air. Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam
zaman Dinasti Sung.
a) Ciri-ciri Catan lanskap
Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepada ekspresi yang
membawa pengertian terhadap keseluruhan catan. Seorang artis harus dapat
berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan
falsafahnya melalui catan. Konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan
lanskap China iaitu keseimbangan dengan yang melalui perlambangan
kabus, air, awan, burung dan lembah.
b) Hukum Catan China
(Berasaskan Prinsip Shi-Vitalize Spirit).
1. Monokrom: penggunaan cat air dengan ton warna yang terhad bagi
mendapatkan impak mendalam.
2. Komposisi: mementingkan rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan
mendatar.
3. Ton dan suasana: Chi Yun Sheng Tung ton yang memberi suasana yang
ghairah dan dinamik.
4. Struktur dan sapuan berus: Sapuan awal berus memberi pengertian dibuat secara spontan dan simbol kepada alam semula jadi.
5. Lakaran: penting sebagai pembentukan awal sesuatu gambaran.
6. Kesesuaian lukisan dengan objek: Walaupun lukisan tidak sama dengan
objek sebenar tetapi perlu ada persamaan dalaman.

10.0 Arca dan Ukiran


Karya pahatan China paling awal merupakan patung-patung pada nisan.
Seniman menghasilkan berbagai bentuk haiwan dengan ukiran yang rumit
untuk digunakan dalam upacara penyembahan nenek moyang. Dikesan sejak
zaman Dinasti Shang dengan terjumpanya dua arca berbentuk harimau dan
burung hantu, diperbuat daripada marmar. Terdapat banyak imej-imej Buddha
ditemui di candi-candi di Gua Yun Kang, Shensi. Di gua-gua Tung Huang,
Kansu terdapat imej-imej Buddha diukir pada dinding gua tersebut. Arca-arca
diperbuat daripada tanah liat yang diwarnakan, batu dan tembaga.

11.0 Seni kaligrafi


Seni tulis Cina yang terawal ditemui pada zaman Dinasti Shang (2000
S.M) yang ditulis di atas permukaan buluh, tulang dan kulit kura-kura.
Kehadiran Confucius dan Lao-Tzu pada zaman Dinasti Chao, membantu
menggalakkan

pertumbuhan falsafah, kesenian dan tulisan orang China.

Dalam tahun 1928-221 SM, terdapat banyak tulisan pada permukaan


tembaga dan batu. Tulisannya mempunyai ukuran yang sama. Terdapat 3
tulisan dicipta dalam zaman Dinasti Han, iaitu tulisan bentuk biasa (pattern
script), tulisan bentuk kasar (Rough Script) dan tulisan sambung (Curcive
Script)
Kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China.
Dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti
seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Menikmati seni ini
juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti
estetik yang luar biasa. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen
kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk
ditiru oleh para pelajar.
Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan
imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk bentuk garis
yang menarik lalu meggubah struktur yang cantik. Pakar kaligrafi juga perlu
menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik
yang hanya dapat dicapai selepas berlatih dalam tempoh masa yang panjang.
Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat, berus, kertas,
dan kadang-kadang sutera. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek
dan akan digosok pada batu dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat
kekonsistenan yang betui sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu
kambing, rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang diguna
ialah sejenis kertas xuan yang mudah menyerap dakwat.
Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang
walaupun ada di antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik.

Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa kini


a) Stail biasa atau kaishu >> Setiap pergerakan berus dan garis (stroke)
ditulis dengan jelas.
b) Lishu >> sejenis stail yang dikembangkan pada asalnya untuk
kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan
pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada
pergerakan berus dan garis tegak.
c) Xingshu atau stail berlari >> bentuknya seakan-akan kaishu tetapi
tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila
menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang
teratur;
d) Caoshu

atau

stail

rumput

yang

telah

mendapat

namanya

berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya


berselerak tetapi pada hal adalah teratur.
Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina sama dengan semua jenis seni Cina,
iaitu alam semula jadi. Sebagaimana ranting pokok yang hidup adalah
bernyawa, setiap garis dalam sebuah kaligrafi yang halus juga mempunyai
tenaga benda hidup. Ini adalah sangat berbeza daripada garis huruf yang
terdapat dalam bahan cetakan, dengan variasi bentuk dan struktur tidak
dibenarkan.
Pakar kaligrafi Cina terutama pakar caoshu, tidak mentoleransikan sifat
ketetapan. Sebuah kaligrafi yang baik bukanlah satu susunan bersimetri bagi
bentuk konvensional, bahkan ia boleh disamakan dengan gerak-geri dalam
sebuah tarian yang dikoordinasikan dengan penuh kemahiran, dengan
impuls, momentum, poise sejenak, dan interaksi yang penuh kekuatan
bergabung untuk menghasilkan satu kesempurnaan seimbang. Kecantikan
sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan demi perkataan tapi dibuat
terhadap keharmonian yang ditunjukkan oleh keseluruhan hasil.

12.0 Seni bina


Seni bina di China dikatakan dapat dilihat dengan pesat pada zaman Ming,

apabila Peking dijadikan Pusat Pentadbiran menggantikan Nanking


a) Ciri-ciri Senibina
Berdinding kayu beratap genting curam.
Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu
berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk "tiang dan
ambang" (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak
melintang di atas. Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong
bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang mengikut
keseluruhan binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan
corak berwarna.
Bangunan kuil dan pagoda mempunyai pintu gerbang, beratap genting
melengkung ke atas.
Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga miskin
menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya
mempunyai tembikar berwarna kilat misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil
Syurga) di Beijing yang berwarna kilat biru.
Keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta.
Sejak dari awal lagi, orang Cina mempercayai sekiranya manusia
ingin maju ia tidak harus menimbulkan kemarahan atau cuba
menguasai alam semesta tetapi sebaliknya, harus berusaha untuk
mencapai keharmonian dengannya. Lokasi dan susunan yang
mempunyai fengshui yang buruk, iaitu yang tidak berharmoni dengan
alam semesta akan menjejaskan masa depan sesebuah keluarga.
Kepercayaan fengshui, iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah
atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teori fengshui.
Tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua
kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan
keselamatan. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu
tertentu dan ditutup pada waktu malam.
Tembok kota

kebiasaannya

mengagumkan

dengan

ketinggian

kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya
dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam
batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar

misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih


luas.
Di atas pintu terdapat menara yang tingginya beberapa tingkat.
Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang
dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di
dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok
juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk
memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.
Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan.
Pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Pagoda hilang
hubungannya dengan agama Buddha kemudian, dan kebanyakan
pagoda yang dibina kemudian adalah untuk tujuan fengshui.
Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan ada yang mempunyai
lebih dari satu gerbang.
Seni taman berkait rapat dengan seni bina. Taman- taman Cina bahkan
taman-taman diraja atau persendirian, melanjutkan lagi pnnsip binaan
dengan reka bentuk telah diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan alam
sekitar dan bukan untuk berdominan.
Istana Musim Panas (The Summer Place) di kawasan desa Beijing
mempamerkan kejayaan cemerlang orang Cina dalam merancangkan
susunan binaan yang bersesuaian dengan landskap. Dilihat dari segi
pembinaan, Beijing yang dibina bertepatan dengan statusnya sebagai
ibu kota sebuah empayar boleh dikatakan bandar yang paling
mengagumkan.

13.0 Sumbangan tokoh


13.1 Gu Kaizhi, yang lahir di Wuxi telah mengeluarkan 3 buku tentang teori
melukis: On Painting, Introduction of Famous Paintings of Wei and Jin
Dynasties, dan Painting of Yuntai Mountain. Menurutnya, untuk melukis wajah
manusia, yang terpenting adalah matanya, kerana di situ terletak jiwanya.
Pakaian dan penampilan itu tidak penting.
13.2 'Scroll of the Emperors' yang dihasilkan oleh Yan Liben yang digelar

sebagai hero artis lukisan. Ia dihasilkan pada awal Dinasti Tang. Corak
lakaran dan komposisi lukisan yang dihasilkan memperlihatkan perubahan
kepada seni lukisan Cina. Aspek 3-dimensi yang diimplikasikan adalah
berbeza sama sekali dengan stail linear pada lukisan-lukisan era sebelumnya.
Teknik yang digunakan lebih sistematik dengan penggunaan bayangan yang
dipercayai dipengaruhi dari Asia Tengah dan lukisan India.
13.3 Wang Wei adalah merupakan salah seorang pelukis lanskap yang hebat
dan juga pengasas kepada lukisam lanskap monokrom. Lanskap Cina yang
pertama dihasilkan olehnya ialah lanskap kampung halamannya sendiri iaitu
'Wangchuan Villa'. Lukisan lanskap ini memberikan gambaran lanskap yang
sebenarnya dengan suasana perkampungan, beberapa buah bangunan, para
petani yang bekerja dan perahu memancing di sungai. Selain mempunyai
cerita yang tersirat, lukisan ini juga dihasilkan dengan topografi semulajadi.

14.0 Pandangan
Seni China dikatakan mempunyai kepelbagaian gaya. Pandangan ahliahli falsafah mengenai kesenian China telah bercanggah sejak zaman China
purba lagi.
14.1 Confucius
Confucius

telah

menyumbangkan

peranan

dalam

kesenian

dan

kemanusiaan (terutama dalam bidang muzik dan puisi). Namun pendapat


tersebut ditentang oleh Mozi yang menyatakan bahawa seni muzik dan seni
halus adalah satu pembaziran dan membuang masa kerana ianya dikatakan
untuk golongan berada dan bukan golongan miskin.
Beliau mempunyai pendapat bahawa manusia bukan hidup berseorangan
atau bersendirian serta terasing daripada masyarakat. Oleh itu, manusia perlu
dididik tentang cara bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat

mengikut suatu upacara adat istiadat. Jika wujud sifat hormat menghormati,
kesopanan, kesusilaan dan tanggungjawab dalam masyarakat maka akan
wujudnya keamanan dalam keluarga, masyarakat dan negara.
14.2

Gu Kaizh

Gu Kaizhi telah menjelaskan teori dalam seni lukis yang membantu


pengkarya seni dalam menghasilkan karya seni mereka. Keagamaan dan
falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni mereka.
Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni
yang banyak.
14.3

John Dewey

Seni itu sejenis pengalaman dan adalah komoditi. Seni dikatakan barangan
ekonomi kerana ia memerlukan masa dan wang bagi mengeluarkannya.
Ekonomi berkait rapat dengan kesenian kerana kedua-duanya merupakan
subsistem bagi kebudayaan.

15.0 Bibliografi
http://titasib2013.blogspot.com/2013/04/agama-dan-falsafah-dalam-tamadunchina.html
http://arti-definisi-pengertian.info/seni-budaya-cina/
http://kopikeliling.com/news/cina-seni-tertua-di-dunia.html
http://psv07kdri.blogspot.com/2009/11/kesenian-tamadun-cina.html
http://titasib2013.blogspot.com/2013/04/kesenian-cina.html
http://psv07kdri.blogspot.com/2009/11/tamadun-cina.html

Anda mungkin juga menyukai