Anda di halaman 1dari 2

Perkembangan seni cetak di malaysia

Pada awalnya, karya-karya seni cetak di Malaysia banyak menggunakan teknik potongan kayu.
Misalnya, karya yang bertemakan “ Awaiting” iaitu hasil karya Tan Tee Chie dan “Pertunjukkan
Boneka “ oleh Lim Mu Hue. Kebiasan hasil karya mereka adalah mengambil idea iaitu subjek-subjek
genre dan kemasyarakatan seperti alam pekerjaan serta lanskap sebagai sumber idea.

Selepas itu, wujud pula seniman seperti Abdul Latif Mohidin dan Lee Joo For dengan karya cetakan
yang menggunakan teknik gurisan asid mujarad pada pertengahan 1960-an. Kemudiaannya diikuti
oleh pelukis-pelukis lain seperti Seah Kim Joo dan T.K.Sabapathy menerusi karya yang menggunakan
teknik cetakan monotaip. Pada masa itu juga terdapat beberapa seniman yang terkenal seperti Long
Thien Shieh, Ibrahim Ismail, dan Lee Kian Seng.

Pada masa itu, seni cetak hanyak berperanan sebagai aktiviti sampingan dan karya yang dihasilkan
biasanya menggunakan tema yang sama dengan catan pelukisnya. Tetapi keadaan tidak wujud lama
dengan kehadiran pelukis yang semakin ramai dalam membuat karya cetakan dan seni cetak
semakin popular selepas itu.

Pada akhir dekad 1960-an dan awal 1970-an, seni cetak telah diambil berat dengan kewujudan
bidang pengajian khusus di Kajian Seni Lukis dan Seni reka, ITM serta di Jabatan Ilmu Kemanusiaan,
USM. Kenudiannya diikuti oleh penubuhan Institusi lain seperti Institut Seni Lukis Malaysia. Menerusi
Institut-institut seni ini, maka lahirlah ramai seniman cetak Negara seperti Ponirin Amin, Ismail Latiff,
Mansor Ibrahim, Juhari Muhammad Said, Bahaman Hashim, Awang Damit Ahmad dan Jamil Mat Isa.

Pada tahun 1970-an, seni cetak semakin mendapat sambutan dan perhatian. Dengan ini, seni cetak
ini telah dijadikan pertandingan seperti pertandingan yang telah dianjurkan oleh Balai Seni Lukis
Negara dan ESSO pada tahun 1974. Pada masa itu, pemenang dalam pertandingan ini ialah Raja
Zahabuddin Raja Yaacob dengan karya cetakan serigraf yang berjudul “Luar Dari yang Diketahui”.
Selain aktiviti ini, pemeran-pameran seni cetak yang melibatkan seni cetak dari luar Negara seperti
Jepun, United Kingdom, Perancis, dan Jerman turut diadakan di Negara ini, manakala penglibatan
pelukis tempatan dalam pameran-pameran di luar Negara juga diadakan pada tahun 1991, Sejumlah
karya seni cetak Negara yang impresif diperagakan di Biannale Seni Asia Kelima di Bangladesh.

Walaupun seni cetak potongan kayu secara konvensional bergitu popular pada awal perkembangan,
tetapi seni cetak yang menggunakan cetakan ini semakin kurang popular apabila teknik baru
ditampilkan oleh pelukis tanah air seperti cetakan Komputer oleh Ismail Zain “Kagemusha and The
Wax-Resist Cape” pada tahun 1989.
Kesimpulannya, kegitan seni cetak tidak pernah terpisah dengan kronologi sejarah dan
perkembangan budaya dalam konteks Malaysia. Daripada era perintis hingga ke era pluralis, para
seniman seni cetak sentiasa membuat interaksi dan membuat reaksi terhadap persekitaran mereka
termasuklah pengolahan stail universal estetika Islam serta pembentukan dasar-dasar Kebudayaan
Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai