Anda di halaman 1dari 2

IMPLIKASI PETA MINDA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN

Tony Buzan yang berasal dari Britain telah memperkenalkan peta minda pada tahun 1984. Peta
minda merupakan rajah yang mewakili perkataan atau idea yang dihubung dan disusun mengelilingi
idea utama. Alat berfikir ini juga membantu pelajar untuk mengklasifikasi, menjana, menggambar
dan menstruktur idea dalam penyelesaian masalah serta penulisan esei. Melalui alat berfikir peta
minda, pelajar hanya perlu mencatat nota dengan ringkas dan berkesan.

KELEBIHAN

Pembelajaran lebih terancang kerana nota telah tersusun mengikut topik. Hal ini memudahkan
pelajar untuk membuat ulang kaji dengan masa yang singkat. Pelajar juga akan lebih fokus untuk
memahami konsep yang telah dibuat rumusan dengan peta minda.

Pelajar akan lebih rajin untuk membuat nota kerana pada masa ini mereka dapat menonjolkan
kreativiti mereka dalam menghasilkan peta minda. Setiap pelajar mempunyai cara tersendiri untuk
menghasilkan peta minda dan hanya mereka yang memahami peta minda tersebut.

Mudah diingati kerana setelah pelajar memahami topik tersebut mereka akan membuat rumusan
berdasarkan topik itu dalam bentuk peta minda. Melalui cara tersebut daya ingatan pelajar dapat
ditingkatkan.

Merangsang fungsi otak kiri dan otak kanan.Otak kiri berfungsi untuk memproses info secara linear,
mengenal pasti idea yang penting dan menyelesaikan masalah secara berurutan. Otak kanan pula
berfungsi untuk memproses info secara holistik, menggunakan intuisi untuk menyelesaikan masalah
dan lebih kreatif.

KELEBIHAN PETA MINDA

#1. Mudah melihat perkaitan antara satu perkara dengan perkara yan lain

Apabila anda melakar peta minda, secara tidak langsung anda telah membuat banyak perkaitan
hanya dengan satu kata kunci. Semuanya berhububg kait sekaligus memudahkan anda untuk lebih
ingat dan menghafal.

#2. Mudahkan pemahaman

Berdasarkan ayat-ayat dari buku dan bahasa-bahasa yang digunakan telah membuatkan anda pening
untuk lebih memahami isi yang terkandung didalamnya. Namun, melalui peta minda ini ianya dapat
membantu anda untuk lebih memahami dengan mendalam. Ini kerana, peta minda hanya
menggunakan satu kata kunci dan memberikan cabang pemahaman yang lebih mudah maksudnya.

#3. Mudah dibawa dalam poket


Buku teks yang berat dan banyak mungkin menyukarkan anda untuk kehulu hikir membawanya
walaupun telah diletakkan secara baik dalam bag galas. Tanpa anda sedar, melalui peta minda yang
hanya dibuat disekeping kertas A4, telah memudahkan anda membawa nota yang anda perkukan ke
sana sini. Senang dibawa dalam poket dan ringan.

#4. Sangat baik untuk buat rumusan topik.

Agak sukar untuk anda membuat rumusan bagi 1 topik yang terkandung di dalam buku dan disimoan
dalam memori minda. Namun, peta minda dapat menjadikan rumusan topik menjadi lebih ringkas
dan padat. Ianya memberikan impak yang sangat baik kepada memori minda anda.

#5. Menjimatkan masa ulangkaji

Adanya peta minda yang lebih ringkas dan mudah, ianya membantu menjimatkan masa anda untuk
mengulangkaji pelajaran. Apabila adanya sesi ulangkaji, anda tidak perlu mengeluarkan nota yang
panjang lebar dengan isi kandungan yang belum pasti memberikan inout yang sangat berguna Oleh
yang demikian, melalui peta minda ia membantu dalam menjimatkan masa serta memudahkan anda
dalam mengulangkaji.

Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang
lebih berkesan terhadap para pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang
kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di
zaman yang serba maju ini.

Sebagai seorang insan, Tuhan telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai
pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang
berkaitan dengannya.

Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai
contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila
ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya. Seorang kanak-kanak
yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan
dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui
interpretasi yang dibuat di bahagian otak.

Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan
pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat.

Anda mungkin juga menyukai