Anda di halaman 1dari 3

Pemandangan II ( Abdul Latiff Mohidin )

Perkaitan hasil karya Dengan Latar belakang Latiff Mohidin


Karya Latiff Mohiddin yang berjudul Pemandangan II ini dihasilkan berkait
rapat dengan gaya catannya yang lebih mengarah kepada aliran ekspresionisme
Jerman. Hasil karya beliau terpengaruh oleh tokoh-tokoh seperti Ernst Ludwig
Kricher dan Max Beckman.
Karya lukisan Latiff Mohidin yang beraliran ekspresionisme Jerman ini
menolak ciri-ciri tradisi klasik, di mana beliau menganggap bahawa seni adalah
manifestasi perasaan dan keresahan emosi diri. Manifestasi diri secara langsung
berkait rapat antara situasi dan emosi. Beliau juga menyingkir subjek dan objek
serta menolak peniruan alam. Lukisan yang dihasilkan lebih banyak menumpukan
kepada percubaan dan penerokaannya terhadap media serta kanvas.

Beliau mempunyai banyak pengalaman merantau. Justeru itu, catan yang


bertema dan berkisar tentang alam kehidupan di rantau Melayu-Asia banyak
dirakamkan oleh pelukis. Lukisan-lukisannya mencerminkan pengembaraannya
yang luas di indonesia, Thailand dan Indo-China.
Latiff Mohidin merupakan seorang penyair dan pelukis, oleh itu beliau
mempunyai tahap penelitian, sensitiviti dan imaginasi yang tinggi. Beliau
mengatakan bahawa lukisannya hanya menggambarkan apa yang tersimpan dalam
diri untuk dikongsi dengan khayalak. Oleh itu, isme dan pengkhususan subjek tidak
ditekankan. Beliau juga pernah mengatakan dia sebenarnya mengembara dalam
warna, mencari dan melontar rasa yang lahir dalam diri tentang keindahan,
kenangan lalu dan apa sahaja yang mempunyai makna seni yang tersendiri.
Kreativiti Pelukis
Kebolehan seni lukisnya lahir daripada bakat semulajadi. Pengalaman
merantau di pelbagai penjuru dunia telah membantu mematangkan proses kreativiti
Latiff Mohidin. Kenyataan beliau bahawa lukisannya menggambarkan sebuah
pengembaraan mencari makna yang cukup menarik untuk diperkatakan oleh
khayak.
Latiff Mohidin begitu kreatif kerana beliau mengenepikan realiti-realiti.
Lukisan yang dihasilkan membentuk sesuatu yang berterusan serta menukar
kesedaran manusia dengan berbagai-bagai cara baru merasai alam semesta.
Beliau lebih agresif dan mahukan satu bentuk dan gaya baru dalam bidang
berkarya. Beliau berani membuat eksperimen tanpa menghiraukan kritikan yang
diterima.
Lukisan beliau boleh dikatakan sebagai lukisan jiwa dan mata kerana dia
dapat memikirkan cara serta terminologi seni yang tepat untuk memilih sebjuk yang
mudah dalam melahirkan karyanya, beliau mengumpulkan emosi dalam dan di luar
dirinya untuk menghasilkan karya ekspresionisme yang peruh dengan keharmonian.

Nilai / nilai murni / moral yang diterap


Nilai-nilai yang ditunjukkan dalam karya Latiff Mohidin mengandungi bentuk-
bentuk biomofik yang bertenaga. Ia juga mempunyai nilai-nilai individu berasaskan
interaksi dan persepsi dengan persekitarannya. Dalam hasil karya pemandangan II
yang dihasilkan oleh penukis dapat dilihat penekanan semangat kebebasan
romantik, menitikberatkan peranan individu tetapi terus awas dengan ragam dan
tempo estetika sezaman.
Meskipun karya-karya visual beliau sarat dengan simbolistik dan abstrak,
Abdul Latiff berjaya menempatkan dalam konteks nilai universal atau kesejagatan.
Nilai-nilai tersebut bukan hanya sarat dengan ideologi tertentu, tapi juga landasan
pengkaryaannya yang berbeza dengan karya-karya kebanyakan pelukis tanah air.

Latar belakang budaya yang dipersembahkan


Karya yang dilukis oleh pelukis mempersempahakan budaya serantau yang
unik. Dari Lukisan tersebut, seakan-akan ada sebatang jalan tanah yang
menghubungi sebuah pondok yang usang. Jalan itu bermula dari jauh hingga ke
bahagian depan. Di tepi pondok itu terdapat kayu-kayu yang berselerak dan
condong dengan ada rumput-rumpai tergantung di atasnya. Tebing tanah yang
besar mendominan ruang lukisan tersebut. Suasana sebegini biasa dijumpa di
kawasan-kawasan luar bandar di ranyau Asia.
Lukisan ini juga menunjukkan budaya dan keadaan sebenar masyarakat
rantau Asia pada masa itu, di mana kebanyakan kawasan di kawasan ini belum
dibangunkan. Pemandangan yang penuh dengan nilai-nilai semulajdi masih senang
dicari di merata-rata tempat. Keadaan sekitar adalah begitu sunyi tetapi penuh
dengan kedamaian.

Unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan


Warna catan yang berjudul Pemandangan II ini pekat, dalam dan mistik.
Warna biru dan warna kuning lebih banyak digunakan oleh pelukis. Pelukis lebih
menggunakan warna biru dan warna kuning kerana lukisan beliau lebih mengarah
kepada aliran ekspressionism. Penggunaan warna terang untuk menerangkan
makna dalam karya yang dihasilkan, umpamanya warna biru yang digunakan itu
mungkin mewakili suasana aman-damai pada pemandangan dan warna kuning pula
menandakan keresahan dan sebagainya. Lukisan pelukis tidak menampakkan
sebarang perincian terhadap figura dan latar belakang tetapi palitan warna yang
kasar dan dramatik menyatakan kenyataan perasaan pelukis yang penuh dengan
kesepian dan keresahan ketika itu.
Warna-warna yang digunakan oleh pelukis mampu memainkan emosi kepada
khalayak untuk melihat catatan kasar dan kombinasi yang tebal sebagai konsep
penyampaian mesej visual kepada khayalak.
Keharmonian boleh dilihat pada penggunaan warna yang terang dan gelap
pada karya ini. Gaya sapuan berus pada permukaan kanvas juga beragam dan
mewujudkan jalinan yang serasi dengan tema lukisan ini.

Anda mungkin juga menyukai