Anda di halaman 1dari 6

pelukis malaysia: Abu Seman Awang Besar

Lukisan cat air oleh Pak Abu: Portrait of A Coconut


Tree
Watercolour on watercolour paper Semasa menjadi fasilitator Bina Insan Guru di Gua Gendang,
Pengkalan Hulu, Perak beberapa tahun lepas Pak Abu bawa kamera (Pak Abu bawa kamera ke mana
saja dan bila-bila masa saja). Dalam banyak-banyak tumbuhan yang Pak Abu ambil fotonya termasuklah
pokok kelapa ni. "Ada ke pulak engkau ambik gambar pokok kelapa. Nak buat apa?" tanya kawan Pak
Abu. Macam dikatakan sebelum ini lanskap Pak Abu sudah berubah. Secara biologi lukisan ini
memperincikan cerita sepohon pokok kelapa.

Untuk berinteraksi secara terus dan melihat lebih banyak karya karya Pak Abu sila
mendaftar di dalam http://myarthost.com/ dan Pak Abu Profile di
http://myarthost.com/pakabu
Artwork Medium?
Oil Painting , Watercolour , Pastel , Pen/Ink
Artwork Style?
Realism
Full Name?

Abu Seman Awang Besar


About Me?
Saya lahir pada tahun pada tahun 1952. Sudah melukis sebagai hobi semenjak kecil.
Tahun 50an orang kampung masih buang air besar dalam semak terutama kanakkanak. Sekali saya masuk semak saya pasti lambat keluar sebab saya suka melihat
binatang, pokok dan apa saja dalam semak. Balik ke rumah saya akan melukisnya
dengan pensel atas kertas yang saya curi dari buku abang saya. Saya tidak belajar
melukis secara formal.
Hanya pada awal 1980an saya mula belajar dari kawan-kawan saya yang terdiri dari
pelukis-pelukis cat air terkenal Kelantan seperti Cikgu Mokhtar Abdullah, Ismail Mat
Hussin dan Cikgu Zakaria Abdullah. Saya seorang guru matematik di sebuah sekolah
menengah kerajaan. Di samping itu saya juga mengajar mata pelajaran pendidikan seni.
Untuk menambah pengetahuan saya menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan
seni visual di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala lumpur selama satu tahun pada tahun
1990.
Namun ia tidaklah membantu dalam meningkatkkan kemahiran saya dalam teknikteknik melukis. Saya boleh dikatakan self-taught. Pada tahun 1980an saya mula
melanggan majalah seni lukis dari Amerika Syarikat iaitu The Artist dan American Artist.
Majalah-majalah ini banyak membantu saya dalam memperbaiki kemahiran saya.
Selain itu saya banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik
melukis. Dari situ saya memperbaiki kemahiran saya dalam penggunaan bahan dan
alat. Apa pun perjalan saya masih jauh dalam bidang ini. Oleh itu komen-komen dari
rakan artis sangat saya perlukan dan saya hormati. Kini saya bertugas sebagai
pensyarah (attach ke bahagian grafik) di sebuah institut perguruan di Semenanjung.
Sebagai pegawai kerajaan ruang masa untuk saya aktif sangat terhad. Saya pernah
menjawat sebagai Penolong Setiausaha Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) pada
penghujung tahun 1980an. Masa itu juga saya diberi peluang oleh Perbadanan Muzium
Negeri Kelantan untuk mengajar seni lukis untuk orang-orang dewasa pada setiap hari
Khamis.

NIK MOHD HAZRI NIK SHAIROZI

Sebahagian lukisan still life oleh Hazry, beliau merupakan seorang pelajar seni yang
amat berbakat besar, jika anda ingin berinteraksi secara terus dan mendapatkan tips
tips melukis dgn beliau, anda boleh mendaftar di dalam http://myarthost.com/ manakala
profile beliau di http://myarthost.com/HAZRY
I am?
I am , Part Time Artist , Art Student , Art Lover
Artwork Medium?
All Medium , Acrylic , Watercolour , Pastel , Pen/Ink , Pencil/Colour Pencil ,
Collage , Mix Media , Sculpture
Artwork Style?
All Style , Hyperrealism - Photorealism , Realism , Surrealism ,
Exspressionism , Abstract , Abstract Expressionism
Full Name?
Nik Mohd Hazri Nik Shairozi
Favourite Artists?
,Abdul Latif Maulan,Hoessien Enas,Jaafar Taib,Johan Marjonid,Amron Omar .
Favourite Colour?
biru

Collections?
*Encik Kamaluddin (Ayahanda Pengetua Smk Kuala Krai 2007)-Potrait. *En

Abdul Halim & sekeluarga.(potrait) *Saudara Nasharuddin (art student 2007)


*Nik Rosliza Yusoff 2005 (Fakulti Seni Bina Uitm Shah Alam 2006-sekarang)Catan Alam Rimba Fantasi. *Suhana (student 2007)-Frankfurt Villa Lanscape.
*Saudara Sirajuddin Zakaria (art student 2007)-Potrait Permaisuri Agong.
About Me?
Yups!!saya Hazri''''''' dilahirkan pada 30 november 1988(sagitarius) dan
sekarang saya Berumur 19 tahun.Berasal dari Negeri Kelantan. saya meminati
seni sejak kecil lagi..sering menyertai pertandingan mlukis dan mewarna sejak
umur 7 tahun lagi...

Exhibition?
Tak ada & tak pernah menyertainya. InsyaAllah..akan buat exhibition sedikit
masa lagi..
Why you want to be an artists ??
Ingin Menjadi Pelukis Yang Terkenal Setanding Dengan Pelukis Negara Barat.
Website URL?
http://myarthost.com/HAZRY
Awards?
ada la skit2 dari pertandingan melukis di peringkat daerah dan negeri.
Favourite Artist?
Abdul Latif Maulan,Hoessien Enas,Jaafar Taib,Johan Marjonid,Amron Omar

Greg Henderson

Drawing by Greg Handerson


Greg Handerson: A music producer in Malaysia who draws and paints a bit.
Untuk melihat karya krya beliau sila lawati laman http://myarthost.com/Vorrox
Posted by Latif at 7/26/2008 11:58:00 AM 0 comments

Friday, July 25, 2008

Hariri Yusuf

Untuk meliht karya hariri yusof sila lawati


laman: http://myarthost.com/arry
Posted by Latif at 7/25/2008 10:19:00 PM 1 comments
Labels: PELUKIS MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai