Anda di halaman 1dari 19

Surat Akuan

INSTITUT

PENDIDIKAN

GURU

KAMPUS ILMU KHAS Jalan Yaakob Latiff, 56000, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur 03-91318160(Pejabat), 03-91319393(Faks)

PERAKUAN TUGASAN KERJA KURSUS PROGRAM PERSEDIAAN SARJANA MUDA PERGURUAN PPISMP SEMESTER 2

Saya

Noor Afifah Binti Azizan

No.I/C

930823 06 - 5798. Mengaku

sejujurnya bahawa saya telah menjalankan kerja kursus Pendidikan Seni Visual 2 ini dengan dedikasi tanpa melakukan plagiat. Jika saya didapati melakukan manamana kesalahan yang berkaitan, pihak Jabatan Seni Visual boleh mengambil tindakan terhadap saya.

Pengakuan :

. ( NOOR AFIFAH BINTI AZIZAN)

Penghargaan

Salam sejahtera. Bersyukur saya ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus Pendidikan Seni Visual 2 bagi tahun 2012 dalam semester kedua saya. Saya menyiapkan hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat serta rajin ke perpustakaan untuk mencari maklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah yang juga banyak membantu dan sebagai pembimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu saya dan yang sanggup bersama saya dalam mencari bahan untuk melengkapkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Khususnya kepada ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan moral. Sepanjang melaksanakan projek ini saya berasa tenang. Ini kerana segala aktiviti yang dijalankan adalah mengikut buku programnya. Semoga puan dapat memaafkan saya jika terdapat cacat cela dalam proses menyiapkan tugasan saya. Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui tentang sejarah perkembangan seni visual di Malaysia dengan lebih mendalam dengan lebih mendalam. Segala tunjuk ajar puan tidak akan saya lupakan.

Sekian terima kasih.

Pengenalan Apresiasi Seni.

Apresiasi seni ditakrifkan sebagai kajian atau penyelidikan para pelukis atau pandai tukang mengenai hasil karya seni mereka, factor yang memperngaruhi, cara mereka bekerja, bagaimana mereka dapat memilih sebuah tema untuk sesuatu karya ataupun subject matter serta gaya dan stail mereka yang tersendiri. Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek kognitif. Aspresiasi juga adalah bertindak sebagai penghargaan terhadap perasaan dan penilain terhadap sesuatu karya seni. Ia juga boleh dikatan sebagai pembentukan sikap, minat serta keupayaan membuat pilihan dan ini saling berkait rapat dengan aspek aspek afektif. Seharusnya, pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih jauh. Kesimpulannya, para pendidik seni menyatakan bahawa Pendidikan Seni Visual dapat meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan sesebuah karya. Selain itu, melalui penhayatan dalam aspresiasi seni, kita dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Sesungguhnya, aspresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria penglihatan. Karya- karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dapat dilihat melalui penglihatan sahaja, manakala arca merupakan binaaan tiga dimensi yang boleh dipandang dan disentuh permukaannya. Justeru, Aspresiasi seni secara tindak langsung bertindak langsung melibatkan penggunaan laras bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain untuk mengkritik sesuatu karya melaui apa yang difikirkan dan rasa mengenai karya tersebut dan berkongsi dengan orang lain. Justeru, pengetahuan seni serta perbendaharaan kata yang cukup mampu megkritik sesebuah karya untuk dijadikan aspresiasi.

Objektif Apresiasi

Barat Claude Monet

Biodata

Claude Monet dilahirkan pada 14 November 1840 di Paris, Perancis. Beliau merupakan anak kedua daripada pasangan Claude Adolphe Monet dan Louise Justine Aubre Monet. Bapanya, Adolphe Monet, adalah pekedai runcit. Pada tahun 1845 keluarga berpindah ke Le Havre, Perancis, di mana bapa dan bapa saudara Monet menjalankan perniagaan yang menjual bekalan bagi kapal-kapal. Pada masa dia 15 Monet telah menjadi popular sebagai karikatur (orang yang membuat potret). Melalui pameran lukisan di kedai kerangka tempatan pada tahun 1858, Monet bertemu Eugne Boudin, pelukis landskap yang menjadi pengaruh besar ke atas artis muda. Boudin memperkenalkan Monet lukisan luar, aktiviti yang akan menjadi kerja hidupnya. Oleh 1859 Monet telah ditentukan untuk mengejar kerjaya seni. Beliau bekerja di Suisse Acadmie percuma di Paris, dan dia sering Martyrs Brasserie des, tempat berkumpul untuk Gustave Courbet (1819-1877) dan lain-lain pelukis Perancis 1850an. Seperti William Seitz menulis, "Monet landskap dicat pada Argenteuil antara 1872 dan 1877 adalah kerja-kerja beliau yang paling terkenal, yang paling popular, dan ia adalah semasa tahun-tahun yang impresionisme paling rapat mendekati gaya kumpulan." Monet dipamerkan secara tetap di persembahan kumpulan impresionis, yang pertama yang berlaku pada 1874. Pada masa itu, Jejak lukisan: Sunrise (1872) diilhamkan pengkritik akhbar untuk memanggil semua artis "Impressionis," dan nama yang terperangkap. Monet dan yang Impressionis mendapati bahawa walau bayang-bayang gelap dan hari gloomiest mengandungi pelbagai warna. Walau bagaimanapun, Monet dapat tahu dia terpaksa mengecat dengan cepat dan menggunakan brushstrokes pendek yang dimuatkan dengan warna individu. Semasa 1880-an Impressionis mula hanyut selain, walaupun ahli-ahli individu terus untuk melihat satu sama lain dan kadang-kadang bekerjasama. Monet secara beransur-ansur mendapat kritikal dan kewangan (yang berkaitan dengan wang) kejayaan pada lewat 1880-an dan 1890-an. Ini adalah disebabkan terutamanya oleh usaha Durand-Ruel, yang menaja pameran satu orang kerja Monet seawal tahun

1883 dan yang, pada tahun 1886, juga menganjurkan yang besar-besaran kumpulan menunjukkan impresionis 1 untuk mengambil tempat di Amerika Syarikat.

Karya

Karya: Claude Monet Tajuk : Bangau Oh Bangau Tahun : 1872 Alat/media : Cat Minyak Saiz: 18-7/8x 24-3/4 inci Lokasi: Musee Marmottan di Paris Aliran: Impressionism

Aspresiasi

Karya ini dilukis oleh Claude Monet yang bertajuk Sunrise yang dihasilkan pada tahun 1872. Pengkarya menggunakan media cat minyak di atas kanvas dalam penghasilan karya ini. Unsur karya dalam penghasilan karya ini dapat dilihat apabila beliau mengaplikasi warna yang harmoni untuk menimbulkan suasana pada waktu matahari terbit dengan banyak menggunakan warna asas seperti merah dan kuning pada cahaya matahari, manakala biru dan putih terdapat pada langit dan permukaan air. Pengkarya menjadikan matahari sebagai fokus utama dalam karya ini. Karya ini dilakukan secara spontan kerana pengkarya merupakan aliran impressionis. Pencahayaan merupakan aset yang terpenting dalam karya ini. Pengkarya berjaya meletakkan kesan cahaya dan bayang dengan tepat. Cahaya datang dari atas aitu matahari yang memeberi kesan bayang yang jatuh pada permukaan air. Manakala dari segi komposisi ialah dari segi ruang hadapan, ruang depan dan ruang belakang. Secara keseluruhan komposisi karya ini adalah seimbangdi mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya lebih kelihatan seimbang. Susunan dan reka letak objek objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Manakala daripada segi perincian, pengkarya berjaya menonjolkan sifat jalinan pada permukaan air. Susunan dan reka letak objek objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Hal benda yang terdapat dalam karya ini ialah objek buatan manusia seperti sampan, manakala objek alam ialah matahari yang terbit. Karya ini kelihatan lebih abstrak dalam karya ini. Seterusnya, unsur kontra juga diketengahkan dalam karya ini melalui matahari yang dijadikan lebih menonjol dengan pemilihan warna yang lebih kontra berbanding dengan latar belakang yang menggunakan warna yang lebih lembut dan tenang. Teknik garisan yang digunakan oleh pengkarya ini terdapat dalam pelbagai cara. Antaranyam garisan lurusm garisan putus-putus dan garisan melengkung.

Oleh yang demikian, pengkarya juga menggunakan prinsip rekaan iaitu unsur kepelbagaian dari segi garisan pada permukaan air serta langit untuk menunjukan berlakunya pergerakan. Di samping itu, kepelbagaian dari segi warna mewujudkan gabungan pelbagai warna seperti kesan bayang- bayang pada permukaan air. Dari segi gaya atau teknik catan ini banyak menggunakan sapuan berus yang agresif dan spontan sebagai tanda luahan perasaan yang dialami sewaktu itu. Aspek nilai yang ingin disampaikan dalam karya ini ialah kegigihan masyarakat yang berkerja sebagai nelayan untuk mencari rezeki walaupun pada awal pagi. Kesimpulannya, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah dia berasa teruja dengan pekerjaan dan suasana pada masa itu memberikanya perasaan ketenangan dan secara sepontan menghasilkan karya ini.

Tempatan Md Sani Md Dom

Biodata

Md Sani Md. Dom dilahirkan pada tahun 1944. Pak Sani merupakan seorang pelukis 'realist', jadi lukisannya memang memaparkan apa-apa yang ditangkap pandangan mata. Tiada unsur abstrak. Beliau juga seorang pelukis 'self-tought'. Kebanyakan lukisannya menggambarkan latar belakang kampung, rumah, air - sungai serta kehidupan laut. Pak Sani berlangsung kerana saya tahu pengiktirafan dan sanjungan yang masyarakat kita berikan untuk insan-insan seni seperti ini tidak sama seperti apa yang mereka boleh perolehi seperti di negara-negara barat misalnya. Beliau seorang yang gigih berusaha dantidak pernah patah hati untuk berkarya tanpa mengirakan ganjaran kemahsyuran. Ketahanan dan jati diri Pak Sani jelas terserlah melalui penghasilan karyanya sehingga sekarang. Merupakan ahli Pertubuhan Warna Air Malaysia. Beliau juga telah menyertai pameran berkumpulan sejak 1963, beliau telah menyertai pelbagai pameran di Balai Seni Lukis Negara, Persatuan artis dan Pertubuhan Watercolour Malaysia, kesemuanya di dalam dan luar negara.

Pameran solo 1997 : Malaysia 2002 : Malaysia Anugerah 1982: Dunlop Industries, Kuala Lumpur 1994: HSBC Bank, Kuala Lumpur 1995: Public Bank , Kuala Lumpur

Karya

Karya: Md Sani Md Dom Tajuk : Bangau Oh Bangau Tahun : 2007 Alat/media : watercolour Saiz: 38 cm x 57cm

Aspresiasi

Karya ini dilukis oleh Md sani Md Dom yang bertajuk Bangau Oh Bangau yang dihasilkan pada tahun 2007. Lukisan ini menggunakan media cat air dalam penghasilannya. Gaya lukisan yang digunakan oleh beliau dalam catan ini ialah kesan warna lut sinar dan harmoni, serta kaya dengan pelbagai jalinan. Lukisan ini banyak menggunakan teknik sapuan berus yang lembut untuk menimbulkan elemen- elemen pencahayaan. Unsur karya dalam penghasilan karya ini. Ini dapat dilihat apabila dia mengaplikasikan warna harmoni yang menimbulkan suasana yang menarik serta gambaran tersebut dalam jarak jauh dengan warna harmoni yang diliputi dengan suasana siang hari seperti warna putih dan biru pada langit dalam karya tersebut. Melihat dari segi benda, karya ini menampilkan gubahan objek butan manusia seperti rumah. Manakala objek bukan buatan manusia seperti pokok, kelapa, bangau, kerbau dan langit. Setiap objek ditampilkan secara realistik. Susunan dan reka letak objek-objek seperti kedudukan kerbau, bangau dan rumah berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik dengan memberikan gambaran suasana kampung. Ini dapat dilihat apabila dapat menimbulkan kesan ruang iaitu ruang hadapan dan belakang. Dalam karya ini ruang belakang dapat dibuktikan dengan saiz dan warna rumah yang lebih kelihatan lebih gelap berbanding objek di hadapannya. Manakala warna cerah menunjukkan ruang hadapan dan menonjolkan sinaran cahaya matahari. Dengan penggunaan warna sejuk dapat menghasilkan suasana yang aman dan nyaman. Seterusnya jalinan tampak dapat dilihat dalam bentuk dua dimensi dalam karya Md. Sani Md. Dom. Sebagai contoh, jalinan pada pokok-pokok kelapa menghasilkan karya lebih menarik, menonjol serta secara tidak langsung dapat menimbuklan kesan pergerakan pada awan-awan di langit dalam unsur seni. Imbangan tidak simetri seperti pokok yang terdapat dalam karya ini dapat dilihat apabila kedudukan batang pokok kelihatan condong di sebelah sisi. Bahkan karya ini juga berjaya menimbulkan unsur irama dan pergerakan. Ini dapat dilihat apabila daun-daun pokok kelihatan bergerak ditiup angin. Oleh yang demikian, pengkarya berjaya menunjukkan karya ini dalam seni tampak dua dimensi.

Manakala, unsur kontra dikentengahkan dalam karya ini dalam perbezaan warna putih uintuk menaikkan objek. Ini dapat dilihat apabila pengkarya mewujudkan sekumpulan burung bangau yang berwarna putih dengan sekumpulan kerbau yang berwarna lebih gelap. Pengkarya juga menggunakan salah satu prinsip rekaan dalam karya ini iaitu unsur kepelbagaian dari segi warna yang dapat mewujudkan gabungan pelbagai warna seperti di kawasan sawah padil selain daripada kepelbagaian warna, dalam karya ini juga mempunyai kepelbagaian dari bentuk, garisan dan ruang. Aspek nilai yang terdapat dalam karya ini reka bentuk rumah tradisional yang memaparkan ciri masyarakat setempat justeru ia mencerminkan budaya temapatan. Secara keseluruhan, mesej yang ingin disampaikan oleh Md. Sani Md. Dom kepada kita ialah tentang keindahan alam yang telah beliau terokai. Beliau merasakan amat selesa dan tenang dengan suasana kampung pada masa itu memberikannya perasaan ketenangan dalam kecantikan suasana tersebut.

Refleksi

Berdasarkan tugasan yang diberi pada, saya dapat mendalami dan memahami sesebuah karya mempunyai nilai yang tersendiri. Justeru ini mengajar saya agar menghargai sesebuah karya dengan memahami apa yang cuba pengkarya ingin sampaikan melalui karyanya. Sesebuah karya sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam yang ingin disampaikan kepada kita walaupun pada pandangan kita karya itu kurang menarik. Apa yang saya dapat daripada penilaian sesebuah karya ialah dengan memahami nilai ataupun tema sesebuah catan itu yang mengandungi nilai- nilai murni di dalamnya. Justeru, kita hendaklah mendalami karya- karya ini dengan lebih mendalam agar dapat mendekati dan menghayati sesebuah karya dengan lebih mendalam. Setiap objek yang cuba dikentengahkan oleh pengkarya mempuyai maksud yang tertu yang ingin disampaikan kepada kita. Oleh yang demikian, setiap karya mempunyai nilai- nilai yang tertentu untuk kita jadikan panduan. Akhir, sesungguhnya sejarah catan banyak konsep baru yang dibawa oleh mereka ke dalam perkembangan catan di Malaysia. Justeru, marilah kita bersama sama mendalami dan memahami perkembangan seni dengan menghargai usaha yang telah dibawa oleh tokoh tokoh seni.

Rujukan

Auricchio, L. (2004, October). The Metropolitan Museum Of Art. Didapatkan Mac 15, 2012, daripada Claude Monet (18401926): http://www.metmuseum.org/toah/hd/cmon/hd_cmon.htm Claude Monet Biography. (t.t). Didapatkan Mac 5, 2012, daripada Encylopedia of World Biography: http://www.notablebiographies.com/Ma-Mo/MonetClaude.html#b Claude Monets's Impressionism Sunrise. (t.t). Didapatkan Mac 5, 2012, daripada Colour Vision & Art: http://www.webexhibits.org/colorart/monet.html Hamid, M. j. (2008). Apresiasi & Kritikan Seni Visual. Selangor: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mahamood, M. (2007). Modern Malaysian Art. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mamat, M. M. (2009). Masteri Memori Melalui Peta Minda, Pendidikan Seni Visual Kertas 1, SPM. Selangor: PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. Negara, B. S. (2011, Disember 2011). Pameran Md Sani Md Dom. Didapatkan Mac 6, 2012, daripada Balai Seni Lukis Negara: http://www.artgallery.gov.my/web/guest/msmd NN Gallery. (t.t). Didapatkan Mac 5, 2012, daripada http://www.nngallery.com.my/cof/87/ Wikipedia. (t.t). Didapatkan Mac 5, 2012, daripada Claude Monet: http://en.wikipedia.org/wiki/Claude_Monet

Isi Kandungan

Surat Akuan

Penghargaan 2 2.1 2.2 3 3.1 Pengenalan Apresiasi Seni. Objektif Apresiasi Barat Claude Monet Biodata Karya Aspresiasi

3.1.1 3.1.2 3.1.3 4 4.1

Tempatan Md Sani Md Dom Biodata Karya Aspresiasi

4.1.1 4.1.2 4.1.3 5 6 7

Refleksi Rujukan Lampiran

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai