Anda di halaman 1dari 14

SOALAN 7

Nyatakan sumbangan tokoh tersebut kepada Tamadun Islam.

Tamadun Islam

1.Ibn Khaldun

Penglibatan dalam aktiviti Sosial dan Politik

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan dan pernah berkhidmat


dengan beberapa orang pemerintah di Utara Afrika dan di Andalus. Banyak
menyandang jawatan penting seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu
Ishaq bin Abi Yahya Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi; Duta Granada;
Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah).
Jawatan tersebut memberi peluang untuk berkhidmat kepada Negara
dengan lebih berkesan.

Bidang ilmu dan pemikiran Islam


Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik,
dan pendidikan. Memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang
asas pembinaan sesebuah tamadun. Berpendapat bahawa sesebuah
tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani dengan jasmani. Merupakan
pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang
sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan. Para sarjana mengiktiraf
karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan. Pemikiran beliau sering
dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-
judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi. Sebuah anugerah ilmiah
yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of
Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya diabdikan di dalam sebuah
universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.

Karya Agung Ibnu Khaldun


Al-Muqaddimah merupakan karya agung Ibnu Khaldun dalam bidang
pensejarahan. Mengikut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopedia sintesis
mengenai metadologi sains kebudayaan yang penting dan buku ini dapat
membantu ahli sejarah dalam penghasilan kajian yang benar dan ilmiah.
Buku ini membahaskan secara terperinci tentang sejarah dan persejarahan.
Buku ini setebal lebih kurang 700 helai muka surat. Buku Muqaddimah ini
dibahagikan kepada enam bab. Kandungannya ialah: Bab satu - risalah
umum tentang masyarakat dan pertumbuhan umat manusia Bab dua -
kehidupan desa masyarakat badwi atau primitif Bab tiga - mengenai negara,
pemerintahan raja dan institusi khalifah Bab empat - tentang perkembangan
kota-kota dan negeri-negeri serta cara membezakan antara satu kota dgn
kota Bab lima - ekonomi penduduk sesuatu tempat Bab enam - cara
mempelajari ilmu pengetahuan dan pendidikan Isi kandungan buku ini juga
terbahagi kepada bahagian asasi dan tidak asasi: Bahagian asasi - disiplin
falsafah, falsafah sejarah dan falsafah sains sosial Bahagian tidak asasi -
geografi, kebudayaan, politik, agama, peradaban dan ilmu pengetahuan
Muqaddimah ialah sumbangan yang agung dalam bidang pensejarahan yang
merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami perubahan yang
berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia. Buku ini merupakan
percubaan awal ahli sejarah untuk memahami pola perubahan yang berlaku
kepada organisasi politik dan sosial manusia. Buku ini juga menjadi suatu
bahan kajian yang menarik kerana pendekatan yang rasional, kaedah serta
perbahasan yang analitikal dan terperinci.

Pengasas falsafah sejarah


Ibnu Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai catatan atau maklumat tentang
masyarakat manusia, iaitu perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-
sifat manusia seperti kemarahan, kebiadaban, revolusi, perasaan setia kawan
dan pemberontakan sehingga mengakibatkan terbentuknya kerajaan, negara
dan rakyat, wujudnya pelbagai kegiatan dan pekerjaan mansuia, pelbagai
aspek ilmu pengetahaun dan pertukangan, dan secara umumnya berkenaan
semua perubahan yang dialami oleh manusia. Secara ringkas daripada
definisi di atas, sejarah dan masyarakat adalah satu kesatuan yang
mempunyai kesamaan realiti yang berhubung kait antara satu sama lain.
Konsep ini berbeza dengan pendapat Herodotus, seorang ahli sejarah Yunani
yang mengatakan bahawa Tuhan telah campur tangan secara langsung
dalam menentukan sejarah manusia dan bukan manusia itu sendiri yang
menentukan sejarahnya. Ibnu Khaldun telah menetapkan beberapa prinsip
untuk sejarah. Contohnya, apabila mengkaji sesuatu peristiwa kebangkitan
dan kejatuhan sesebuah kerajaan, seseorang individu perlu memastikan
penglibatan sebab dan akibat kejadian itu berlaku.Keadaan ini menunjukkan
hubungan secara langsung antara sebab dan akibat. Menurut beliau, manusia
sendiri yang menentukan sejarahnya kecuali mereka yang melanggar hukum
Allah sama ada hukum tersurat dalam wahyu atau tersirat dalam hukum alam
akan ditentukan Allah. Berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan
rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu
laporan yang tidak terbukti kebenarannya. Menggariskan empat perkara yang
perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah:
Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah
sebab dan musabab. Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar
kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku. Mengambil kira pengaruh
iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. Mengambil kira kedudukan
ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

Sebagai Budayawan
Merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian
kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan
untuk menajamkan kemahirannya dalam bersyair. Banyak menghasilkan syair
semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran Ibnu Khaldun dalam bidang syair
jelas kelihatan dalam karyanya al-Muqaddimah apabila beliau membahaskan
tentang syair Arab.

Bapa Ekonomi Islam


Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai “Bapa Ekonomi Islam” kerana
pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. Teori yang
dikemukakannya jauh lebih terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang
dikemukakan oleh pakar ekonomi Barat spt Adam Smith (1723-1790) dan
David Ricardo (1772-1823). Ibnu Khaldun telah mengutarakan beberapa
prinsip dan falsafah ekonomi spt keadilan, hardworking, kerjasama,
kesederhanan dan fairness. Beliau menegaskan bahawa keadilan merupakan
tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Ibnu Khaldun melihat
manusia sebagai memerlukan pengetahuan ekonomi utk memenuhi misinya
di ats muka bumi. Manusia perlu menjauhi perbuatan jahat sebaliknya perlu
mengikut ajaran Islam dan mesti memberikan keutamaan kpd kehidupan
akhirat. Beliau juga mengemukakan teori bahawa perekonomian sentiasa
berada dlm keseimbangan antara penawaran dan permintaan. Menurut beliau
faktor pengeluaran spt tanah telah tersedia, faktor buruh masih dianggap
faktor terpenting dlm proses pengeluaran. Ibnu Khaldun juga berpendapat
bahawa kenaikan paras harga barangan yang tetap amat perlu utk mengawal
tahap produktiviti.

2. Al- Farabi

EPISTEMOLOGI AL-FARABI

Al-Farabi sebagai pemikir falsafah islam banyak dipengaruhi oleh tulisan ahli
falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Sebagai ahli falsafah, beliau
dikelaskan sebagai `Neoplanonist` yang juga menggabungkan falsafah
pemikiran Plato dan Aristotle. Kehebatan dalam falsafah menyebabkan beliau
digelar Aristotle kedua. Beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah
Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logic dan sebagainya. Al-Farabi banyak
mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato dan Aristotle dalam
usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep kebahagiaan. Beliau juga
menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.
Beliau telah memudahkan logik melalui cara membahagikan kepada dua
kategori iaitu idea (takhayyul) dan bukti (thubut).Al-Farabi turut
memperlihatkan kecenderungan menghasilkan beberapa kajian dalam
perubatan.

Beliau mengatakan bahawa betapa jantung lebih penting berbanding otak


dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan
kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut
keperluan anggota tubuh badan. Saya menyokong pendapat Al-Farabi ini.
Sememangnya jantung menjadi nadi kepada jasad manusia. Jantung
memberikan nyawa kepada manusia. Sebaliknya, otak hanya berfungsi jika
jantung masih lagi berdengup dan berfungsi. Jika jantung terhenti maka
terhentilah juga otak manusia.

FALSAFAH AL-FARABI

Al-Farabi mendefinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat


sebenarnya dari segala yang ada ini. Pendapatnya ini sebagaimana pendapat
Plato yang menegaskan “Falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu
benda atau perkara disebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya menjadi
asas dan intipati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu, apa asasnya,
apa esensi, apa zatnya” .Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Plato
bahawa alam ini baru, yang terjadi dari tidak ada. Idea Plato tentang alam
pula mirip kepada suatu pengertian alam akhirat dalam dunia islam. Al-Farabi
berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah ke dalam ajaran islam. Beliau juga
berpendapat bahawa tidak ada pertentangan antara falsafah Plato dan
Aristotle yang berlainan pemikirannya tetapi hakikatnya mereka bersatu
dalam tujuannya.

Pendapat Al-Farabi tentang falsafah ini disokong, yakni sebagaimana takrifan


falsafah dalam bidang kajiannya. Ilmu pengetahuan yang diperolehi
melalui kewujudan ini membawa manusia kepada kebijaksanaan dan
kebenaran. Ini berupaya untuk manusia mengawal setiap tindak tanduk
perlakuannya. Setiap tindak tanduk yang baik memberikan maanfaat kepada
manusia. Maanfaat yang dihasilkan mampu menjaga hubungan baik antara
manusia dengan manusia, manusia dengan penciptanya, dan manusia
dan alam semesta.

FALSAFAH POLITIK AL-FARABI

Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti


berbagai-bagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak.
Semua tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat
manusia dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur
memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat diteliti. Kebahagian
manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang
dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui pandangan
akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal.

Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagian hakiki (sebenar) tidak mungkin


dapat diperoleh sekarang (di dunia ini), tetapi sesudah kehidupan sekarang
iaitu akhirat. Namun sekarang ini juga ada kebahagian yang nisbi seperti
kehormatan, kekayaan, dan kesenangan yang dapat dilihat dan dijadikan
pendoman hidup. Kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan yang
mulia, kebajikan dan keutamaan. Maka, untuk menuju ke arah itu melalui
kepimpinan yang tegak dan benar. Kepimpinan tumbuh dari keahlian
dan pembawaan manusia. Hal ini dapat mengarahkan manusia dalam
menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan bakal memelihara sebagai
kemantapan keahlian yang disebut pemerintahan dan raja.
Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat dibahagikan
kepada dua iaitu:

1. Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan tindakan yang sedar,


cara hidup. Dasar ini dapat dijadikan upaya untuk memperolehi kebahagiaan.
Pemerintahan atas dasar ini disebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri
kota-kota dan bangsa- bangsanya tunduk terhadap pemerintahan.
2. Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan dan watak-
watak dan rangka mencapai sesuatu yang dianggap mendapat suatu
kebahagian. Maka, muncul beraneka ragam bentuk pemerintah. Apabila yang
dikejar adalah kejayaan semata dapat dianggap sebagai pemerintah yang
rendah. Jika mengejar kehormataan, pemerintahan akan bergantung kepada
apa yang menjadi tujuannya.

Dipandang dari kemampuan suatu pemerintahan ilmu politik terbahagi


menjadi dua:

1. Kemampuan dalam melahirkan peraturan-peraturan yang bersifat universal


2. Kemampuan yang disebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik,
dengan harapan boleh menjadi kebijaksanaan Sebagai ringkasan
pemerintahan dapat menjadi baik, jika ada teoritis dan praktis bagi
pengelolaannya. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat
bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu.

Al-Farabi menjelaskan bahawa roh dan amalan saja tidak akan mampu untuk
mensucikan seseorang dan mengangkatnya ke arah kesempurnaan tetapi
juga memerlukan fikiran dan amalan renungan. Sebarang percubaan dan
usaha untuk memisahkan elemen-elemen ini akan melahirkan sebuah
negara yang pincang serta masyarakat yang kacau bilau. Oleh itu, akal
dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sesebuah
negara yang kuat, stabil dan makmur.

Meskipun pemikiran falsafah Al-Farabi banyak dipengaruhi oleh falsafah


Yunani tetapi beliau menetang pendapat Plato yang menganjurkan
konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurutnya, seorang ahli
falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik.
Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli
falsafah yang sempurna. Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak
mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang
lain. Justeru, seorang ahli falsafah tidak akan merasai perbezaan
diantaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana kedua-duanya
merupakan komponen yang saling melengkapi. Bagi Al-Farabi, ilmu
segala-segalanya dan para ilmuan harus diletakkan pada kedudukan dalam
pemerintahan sesebuah negara.

Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah


dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada
tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.
Pemikiran, idea dan pandangan Al- Farabi mengenai falsafah politik
terkandung dalam karyanya yang berjudul “Madinah al-Fadhilah”.
Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato
serta Aristotle telah disentuh dalam karya “Ihsa al-Ulum” dan kitab “al-
Jam”

]
3. IBNU SINA

BIDANG PERUBATAN

Karya dalam Perubatan

Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-


Tib’, ‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau
diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.
Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada
14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan.
Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari
segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.Buku al Qanun fil
Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke
dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M
Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan
buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di
universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang
cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi
dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada
abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan
sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis seperti
di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang menggunakannya
sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi
telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”.Dalam
jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah
bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas
di universiti-universiti di Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19,
buku karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para
pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di
seluruh pusat pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany,
University of Paris, dan Oxford University.Al- Qanun Fit-Tibb juga turut
memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga
mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan
pembersihan luka. Di dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar
dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina
yang amat luas dan mendalam.Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah
buku yang diberi judul Remedies for The Heartyang mengandungi sajak-sajak
perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan
menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk mengubatinya.

Pencapaian Dalam Bidang Perubatan

Penemuan penyakit baru dan puncanya. Pengaruh kuman dalam penyakit


jangkitan virus seperti TB &Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar
(smallpox) dan sebagainya.

Penemuan dalam bidang farmasi

· menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit,menghasilkan ubat


bius,membangunkan teknologi perubatan,mencipta benang yang khusus
untuk menjahit luka pembedahan & mencipta picagari.

Kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan

· memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis

Bidang Ilmu dan Pemikiran


Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah
menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan
falsafah. Pada usia 21 tahun, ketika berada di Khawarizm, beliau mula
menulis karyanya yang pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi
pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau telah melanjutkan
penulisannya dengan menulis buku-buku lain iaitu 116 karya dalam pelbagai
bidang seperti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan
sains politik. Karya-karya beliau telah dihimpun oleh Domonican Institute for
Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Dalam pada itu, karya-karya beliau
telah diterjemahkan ke bahasa Arab pada tahun 1950 oleh Liga Arab dan
diberi tajuk ‘Muallafat Ibnu Sina’. Jasa Ibn Sina dalam bidang perubatan dan
keilmuan amat dihargai sehingga sebuah institusi pendidikan di Hungary
dinamakan sebagai ‘Avicenna College’.

Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan
sumbangan terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan
barunya.

Bidang Geografi

Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan
bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan
lembah-lembah. Malahan beliau telah membuktikan kemampuannya
dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu, yang gagal
dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Aristotles

Bidang Geologi, Kimia

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi dan kimia memang tidak dapat
disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina
mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah.
Beliau juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat dalam
bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa
benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain.
Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah
memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir
Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya adalah
seperti berikut:
1.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational
Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
2.Bidang metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu ketuhanan)

3.Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat” (Book of Deliverence) buku


tentang kebahagiaan jiwa.

4.Bidang sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf” ,risalah


tentang sebab-sebab terjadinya huruf.

5.Bidang syair dan prosa “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair


tentang jiwa manusia.
6.Bidang politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) – Buku

tentang politik.

4. Al-Ghazali
BIDANG FALSAFAH
a.Membahagikan ahli falsafah Imam aI-Ghazali membahagikan golongan
yang membahaskan falsafah kepada tiga golongan iaitu atheis, natural dan
teologi. Golongan atheis - golongan yang mengingkari wujudnya pencipta
yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan natural - golongan ilmuwan
yang banyak membuat kajian berkaitan dengan tabiat, kejadian dan
anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan teologi –
merupakan ahli yang membincang dan membahaskan soal-soal
ketuhanan bersumberkan akal seperti Plato, Aristotle dan Socrates.

b.Mengklasifikasi Ilmu Falsafah Imam al-Ghazali merupakan individu


pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam
bahagian, iaitu matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.
Matematik menurut al- Ghazali adalah berkaitan dengan ilmu hisab
dan kejuruteraan. Ilmu ini tidak berkaitan dengan perbahasan dan sudut
agama. Mantik pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan
bagaimana akal sebagai agen penyusun hujah-hujah yang dikemukakan.
Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air,
udara dan alam seluruhnya. Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek
ketuhanan dan perspektif akal. Ilmu ketuhanan ini didasari oleh
perbincangan mantik dan logik. Ilmu ini menurut Imam Al-Ghazali
tersimpang daripada falsafah ketuhanan yang sebenar. Menurut Imam Al-
Ghazali, siasah ialah perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur keduniaan
yang dapat membantu manusia menjalani kebidupan seharian dengan lebih
baik. Ilmu yang terakhir dalam ilmu falsafah menurut Imam al-Ghazali ialah
akhlak, iaitu ilmu yang berkaitan dengan cara seseorang menjalani
kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi yang mulia.

c. Metodologi Metodologi yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali adalah lebih


jelas dan terperinci. Antara penulisan terkenal Imam al-Ghazali dalam bidang
falsafah ialah Maqasid al-Falasifah, al-Munqidh mim al-Dalal dan Tahafut al-
Falasifah. Abu Hassan al-Nadawi juga menyifatkan Imam al-Ghazali sebagai
seorang yang istimewa seperti yang diungkapkannya di dalam salah satu
penulisannya.

d. Menyelamatkan Akidah Umat Islam Imam al-Ghazali memainkan peranan


yang penting dalam perkembangan ilmu falsafah Islam, bagi menyelamatkan
akidah umat Islam daripada terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan
Yunani yang tidak bertauhidkan agama yang suci, iaitu agama Islam. Al-
Ghazali berjaya mempertahankan kemurnian Islam sekaligus mengelak
amalan mengagungkan falsafah Yunani tanpa menyedari ia bertentangan
dengan akidah Islam.
e. Gelaran Hujjatul Islam Diberi gelaran Hujjatul Islam kerana kemampuan al-
Ghazali memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama serta
kebijaksanaan berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan
yang bernas menyebabkan beliau amat disanjung tinggi oleh umat Islam dan
sememangnya gelaran yang diberikan kepadanya amat tepat.

BIDANG ILMU KALAM


Al-Ghazali memberi sumbangan yang cukup besar dalam ilmu Kalam. Beliau
telah mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu Kalam. Dalam
penulisan beliau, al-Ghazali banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak
lawan yang dilihat agak keterlaluan semasa membahaskan isu-isu yang
timbul daripada perbincangan ilmu Kalam. Ilmu Kalam sudah pun
berkembang dengan baik bagi mempertahankan akidah ahli sunnah
sebagaimana yang terdapat dalam al-Irsyad, iaitu salah satu kitab karangan
Imam al-Haramain, iaitu guru Imam al-Ghazali. Ada disebut dalam sejarah, al-
Ghazali tidak menyukai majlis-majlis perdebatan berkaitan dengan ilmu
Kalam. Jika dijemput ke majlis seumpama itu, beliau hanya berdebat dengan
menggunakan metadologi Rasulullah SAW dan para sahabat dengan
berpaksikan al-Quran dan al-sunnah sahaja. Hal ini kerana beliau
beranggapan tanpa dua sumber utama itu akan menambahkan lagi kerisauan
dan kecelaruan dalam masyarakat pada ketika itu. Al-Ghazali dalam kitabnya
Ihya’ Ulumuddin ketika membincangkan berkaitan dengan teori dan konsep
ilmu tidak meletakkan ilmu Kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada
masyarakat. Bahkan beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan
membicangkan isu-isu yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah SWT
adalah termasuk dalam golongan orang yang melakukan bida’ah di dalam
Islam. Beliau mengatakan ilmu Kalam tidak bermanfaat kepada manusia
kerana dua sebab. Sebab pertama ialah ilmu ini tersimpang jauh daripada
matlamatnya yang utama, iaitu mengenal Allah SWT. Sebab kedua ialah
perbincangan ahli ilmu Kalam terlalu jauh sehingga menyimpang daripada
apa yang dibincangkan oleh para ulama.

BIDANG TASAWUF
Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daripada ahli sufi, al-Ghazali
berusaha membersihkan tasawuf daripada perkara-perkara khurafat dan
amalan yang terkeluar daripada ajaran agama Islam yang sebenar. Dalam
bidang tasawuf, al-Ghazali mempunyai beberapa orang guru yang termasyhur
seperti al-Junaid dan al-Muhasibi. Apabila al-Ghazali mengetahui masyarakat
melakukan kesalahan dalam bidang tasawuf, beliau melemparkan kritikan
yang bertujuan membetulkan kesalahan dan menghalang daripada
penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam.
Karya termasyhur al-Ghazali dalam bidang tasawuf ialah Ihya’ Ulumuddin
yang telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain seperti Melayu,
Parsi, Urdu, Inggeris dan Perancis. Kitab ini telah menjadi sumber rujukan
para ulama di rantau Alam Melayu. Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddin ini
memberikan implikasi besar dalam pengajian tasawuf. Sumbangan ini adalah
cukup besar dalam bidang tasawuf kerana al-Ghazali telah memurnikan
semula ilmu tasawuf daripada kesesatan dan bidaah.

Anda mungkin juga menyukai