Anda di halaman 1dari 3

1

Kod Kursus: EED1113


Nama Kursus: Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak (Philosophy of Early Childhood
Education)
Nama Pensyarah: Dr. Hj. Abu Bakar Mohd Sheikh, Cert. Service (ICT), Cert. Ed., B. Ed. (Hons), M.Sc., Ph. D

Sumbangan Imam Al-Ghazali Dalam Bidang Falsafah


Nama sebenar ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-
Ghazali. Dilahirkan di desa Ghazalah, pinggir Kota Thus, timur laut Iran. Gelaran al-Ghazali
bersempena kerjaya bapanya sebagai peminat bulu kambing (al- Ghazzal). Pendapat lain mengatakan
gelaran itu diambil sempena nama kampung kelahirannya, Ghazalah. Imam al-Ghazali pernah
memegang jawatan pengetua di Madrasah Nizamiyah, Baghdad selama 5 tahun (1091-1095M). Di
universiti tersebut, beliau memberi kuliah dalam bidang hukum dan teologi. Dalam dunia Islam, al-
Ghazali mendapat gelaran Hujjatul Islam (pembela Islam) kerana kepetahan beliau berhujah membela
Islam dan umatnya. Imam al-Ghazali menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk falsafah,
keagamaan, kenegaraan, pendidikan dan sebagainya.
Sumbangan imam al-Ghazali dalam falsafah Sumbangan kepada tamadun dunia Hasil karya
falsafah Mengklasikasi ilmu falsafah Menyelamatkan umat Islam daripada pengaruh falsafah Yunani
Memurnikan fahaman umat Islam terhadap ilmu falsafah.
Hasil karya falsafah al-Falasifah (kekacauan para Filosofi) Yang membincangkan penyelewengan
falsafah Barat tentang fizik dan metafizik Kitab al-Ma`riful` Aqaliyah (Ilmu pengetahuan yang
Rasional) Memaparkan tentang hakikat kewujudan ilmu-ilmu yang rasional serta tujuan
penghasilannya. Penulisan kitab Maqasid- falasifah (tujuan ilmu falsafah) yang membincangkan teori
falsafah.
Menyelamatkan Umat Islam daripada pengaruh falsafah Yunani. Falsafah Yunani telah mencapai
kemuncaknya hingga telah menggoncangkan akidah umat Islam. Imam al-Ghazali memainkan
peranan yang penting dalam perkembangan ilmu falsafah Islam, bagi menyelamatkan akidah umat
Islam daripada terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang tidak mentauhidkan
agama yang suci, iaitu agama Islam. Al-Ghazali berjaya mempertahankan kemurnian Islam sekali gus
mengelak amalan mengagungkan falsafah Yunani tanpa menyedari ia bertentangan dengan akidah
Islam. Imam al-Ghazali berupaya membersihkan akidah Islam dari diwarnai oleh pemikiran falsafah
Yunani. Hal ini demikian kerana pemikiran falsafah Yunani dalam bab ketuhanan dan akidah
mendedahkan umat Islam kepada bahaya yang lebih serius berbanding dengan muktazilah kerana
golongan muktazilah masih menerima wahyu dan akal dalam menjelaskan sesuatu. Sedangkan ahli
falsafah Islam mula meletakkan martabat falsafah menyamai atau lebih tinggi dari wahyu. Beliau juga
lantang menegur falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia sejak azali dan tiada permulaannya,
manakala al-Ghazali menyatakan dunia berasal daripada tidak ada dan diciptakan oleh Tuhan.
Memurnikan fahaman umat Islam terhadap ilmu falsafah. Menurut golongan al-Asyariah, akal
membolehkan seseorang mengenali Allah SWT tetapi akal semata-mata tidak boleh menentukan baik
buruk sesuatu dan tidak sebebas. Akal hanyalah alat bantu untuk mencari hakikat kebenaran. Dalam
penulisan, imam al-Ghazali banyak menolak hujah pihak yang berketerlaluan ketika membahaskan
isu-isu yang timbul. Imam al-Ghazali menolak cara golongan al-Asyariah dalam membicarakan ilmu
tauhid menerusi pendekatan falsafah yang menyebabkan munculnya ilmu kalam. Beliau mengecam
golongan ini melalui karyanya al-Tahaful al-Falasifah. Kritikan al-Ghazali terhadap ahli falsafah
berkaitan perkara yang terkandung dalam karyanya itu yang mana tiga daripadanya didakwa boleh
membawa kepada kekufuran. Oleh sebab falsafah banyak tidak bertunjangkan tauhid dan akhlak Islam,
maka pengetahuan sering kali membawa bahaya dan ancaman kepada umat Islam, malah boleh
membawa kepada kesesatan. Namun demikian, Al-Ghazali telah mengambil langkah untuk
membahaskan ilmu kalam menurut metodologi Rasulullah SAW dan para sahabat berteraskan al-
Quran, as-sunnah dan perbahasan para sahabat.
2

Mengklasifikasikan ilmu falsafah. Mengklasifikasikan Ilmu Falsafah Imam al-Ghazali merupakan


individu pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian, iaitu
matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. Matematik menurut al-Ghazali adalah
berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ilmu ini tidak berkaitan dengan perbahasan dan sudut
agama. Mantik pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen
penyusun hujah-hujah yang dikemukakan. Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit,
bintang-bintang, air, udara dan alam seluruhnya. Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek
ketuhanan dan perspektif akal. Ilmu ketuhanan ini didasari oleh perbincangan mantik dan logik. Ilmu
ini menurut Imam al-Ghazali tersimpang daripada falsafah ketuhanan yang sebenar. Menurut Imam
al-Ghazali, siasah ialah perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur keduniaan yang dapat membantu
manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Ilmu yang terakhir dalam ilmu falsafah
menurut Imam al-Ghazali ialah akhlak, iaitu ilmu yang berkaitan dengan cara seseorang menjalani
kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi yang mulia
Sumbangan kepada Tamadun Dunia. Kebanyakan hasil karya imam al-Ghazali berbentuk falsafah
dan agama. Justeru, para pengkaji Barat telah menganggap beliau seorang ahli falsafah. Beberapa
karya falsafahnya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan di
pusat-pusat pengajian tinggi. Antaranya karya Tahafut al-Falasifah dan Ilya Ulumuddun telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, dan Jerman. Hasil-hasil tulisan falsafah Imam al-
Ghazali turut mempengaruhi ahli fikir Islam selepanya seperti Jalaluddin ar-Rumi, Ibn Rusyd dan Syah
Waliyullah.

Sumbangan Ibnu Khaldun Dalam Bidang Falsafah


Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al-Hadrami.
Nama Khaldun berasal daripada keturunan Khalid bin Uthman iaitu seorang tentera Yaman yang
pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia, nama Khalid bertukar kepada
Khaldun. Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732H/1332M dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada
808H/1404M.Ayahnya seorang ulama, ahli bahasa dan seorang pemerintah tentera. Beliau telah
kehilangan ibu dan ayahnya akibat wabak kusta yang melanda kampungnya.
Berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. Berpindah ke beberapa tempat iaitu
Algeria, Fez, Granada, Bougie dan Mesir apabila Tunisia dilanda wabak taun. Beliau merupakan
seorang yang tekun dalam menuntut ilmu walaupun sibuk menjalankan tugas pentadbiran. Beliau telah
mempelajari ilmu-ilmu agama seperti fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu naqli seperti logik,falsafah,
matematik dan bahasa Arab. Beliau juga merupakan pemikir Islam terulung dalam bidang sejarah,
sosiologi, politik dan agama. Semasa kecil beliau dididik oleh ayahnya dan dihantar berguru dengan
ramai sarjana Islam yang hebat di Tunisia.
Penglibatan dalam aktiviti Sosial dan Politik. Beliau pernah menyandang beberapa jawatan dan
pernah berkhidmat dengan beberapa orang pemerintah di Utara Afrika dan di Andalus. Banyak
menyandang jawatan penting seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan
Sultan Abu Annan; Anggota Majlis Ilmiah;Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin
Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi; Duta Granada; PerdanaMenteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim
(Qadhi Al-Dudhah). Jawatan tersebut memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara dengan lebih
berkesan.
Bidang ilmu dan pemikiran Islam. Berjaya menganalisis sejarah daripada aspek kemasyarakatan,
ekonomi, politik, dan pendidikan. Memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas
pembinaan sesebuah tamadun. Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil daripada
keunggulan rohani dengan jasmani. Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden
khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi,sosiologi dan pendidikan.
3

Para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan. Pemikiran beliau sering
dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis di
peringkat pengajian tinggi. Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau
iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya diabdikan di dalam
sebuah universiti di Jakarta,Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.
Karya Agung Ibnu Khaldun: Al-Muqaddimah merupakan karya agung Ibnu Khaldun dalam
bidang pensejarahan. Mengikut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopedia sintesis mengenai
metodologi sains kebudayaan yang penting dan buku ini dapat membantu ahli sejarah dalam
penghasilan kajian yang benar dan ilmiah. Buku ini membahaskan secara terperinci tentang sejarah
dan persejarahan. Buku ini setebal lebih kurang 700 helai muka surat.
Buku Muqaddimah ini dibahagikan kepada enam bab. Kandungannya ialah: Bab satu - risalah
umum tentang masyarakat dan pertumbuhan umat manusia. Bab dua - kehidupan desa masyarakat
badwi atau primitif. Bab tiga - mengenai negara, pemerintahan raja dan institusi khalifah. Bab empat
- tentang perkembangan kota-kota dan negeri-negeri serta cara membezakan antara satu kota dengan
kota. Bab lima - ekonomi penduduk sesuatu tempat. Bab enam – cara mempelajari ilmu pengetahuan
dan pendidikan.
Isi kandungan buku ini juga terbahagi kepada bahagian asasi dan tidak asasi: Bahagian asasi -
disiplin falsafah, falsafah sejarah dan falsafah sains sosial. Bahagian tidak asasi- geografi,
kebudayaan, politik, agama, peradaban dan ilmu pengetahuan. Muqaddimah ialah sumbangan yang
agung dalam bidang pensejarahan yang merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami
perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia. Buku ini merupakan percubaan
awal ahli sejarah untuk memahami pola perubahan yang berlaku kepad aorganisasi politik dan sosial
manusia. Buku ini juga menjadi suatu bahan kajian yang menarik kerana pendekatan yang rasional,
kaedah serta perbahasan yang analitikal dan terperinci.
Pengasas falsafah sejarah. Ibnu Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai catatan atau maklumat
tentang masyarakat manusia, iaitu perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat manusia seperti
kemarahan, kebiadaban, revolusi, perasaan setia kawan dan pemberontakan sehingga mengakibatkan
terbentuknya kerajaan, negara dan rakyat, wujudnya pelbagai kegiatan dan pekerjaan mansuia,
pelbagai aspek ilmu pengetahaun dan pertukangan.

Anda mungkin juga menyukai