Anda di halaman 1dari 57

BAB 2

A BANG
NG- C
CABA LSAFAH
FA
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

 Memberi ilmu pengetahuan supaya


mereka dapat mengenali diri sendiri.
 fahami tanggungjawab yang dipikul
sebagai hamba Allah SWT.
 menjalankan tugas sebagai khalifah
di atas muka bumi dengan penuh
hikmah (kebijaksanaan). FALSAFAH
ISLAM
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

 doktrin moral mengenai struktur


sosial, tingkah laku terpuji dan
etika kerja.
 set peraturan yang praktikal-
kehidupan seharian.
 Konfusianisme bukan agama.
 Konfusianisme tekankan moral -
nilai-nilai murni. FALSAFAH
 Konfusianisme - kecemerlangan
moral sebagai mekanisme KONFUSIANISME
membentuk disiplin diri.
maksud
Ajaran utamanya sendiri falsafah beliau sebenarnya telah direkodkan dan dikumpulkan oleh pelajarnya sendiri dalam buku yan
g dikenali sebagai Lun Yu (Pepatah Terpilih), kemudian telah menjadi kitab yang paling suci.

Prinsip utama pengajaran Konfusianisme adalah seperti berikut:


• Kestabilan sosial tidak dapat dicapai sekiranya terdapat hubungan yang tidak setara – ( Wu Lun)

• Keluarga adalah prototaip untuk semua organisasi sosial dalam masyarakat.


• Peraturan Emas: Perlakukan orang lain seperti yang anda mahu diperlakukan - Kebaikan
•Sikap penting untuk menjalani kehidupan adalah belajar, kerja keras, berjimat cermat, ketekunan dan kesabaran – semuanya per
lu dilakukan dalam keadaan bersederhana.
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

 individu berpendidikan perlu


berfikiran cergas, saintifik,
bersih,berani dan bebas.
 perlu mempunyai sifat nasionalisme
yang ideal, berkecekapan
berkhidmat kepada masyarakat
dan negara. FALSAFAH
 mempunyai pandangan inter-
nasionalisme yang positif. NASIONALISME
DAN
INTERNASIONALISME
Click to add title
Tagore mempunyai pandangan khusus tentang pendidikan yang mengandungi idea nasionalisme dan
internasionalisme seperti:

 beliau berfikir tentang internasionalisme iaitu global village, model pendidikan beliau cenderun
g kearah pendidikan berbilang kaum, pelbagai bahasa dan budaya, di tengah-tengah keadaan
ketidakseimbangan ekonomi dan politik di India.
 sistem pendidikan yang berakar umbi dalam lingkungan personaliti kanak-kanak (kontekstual)
tetapi berhubungan dengan budaya dunia yang lebih luas.
 Kurikulum harus dijalankan di persekitaran terbuka (open classroom) seperti di bawah pokok
supaya pelajar dapat menghargai flora dan fauna serta perubahan musim. (berasimilasi deng
an alam sekitar)
 perkembangan estetika seperti muzik, sastera, seni, tarian dan drama diberi perhatian utama
di sekolah dan sama pentingnya dengan perkembangan intelektual.
 menganjurkan sistem pengajaran yang menganalisis sejarah dan budaya untuk mencapai ke
majuan bertujuan memecahkan halangan sosial dan agama.
 sistem pendidikan berperikemanusiaan untuk pengembangan keperibadian individu secara m
enyeluruh yang berhubungan dengan persekitaran.
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

 Falsafah Pendidikan Islam


bertujuan menyediakan manusia
dengan pengalaman dan ilmu
pengetahuan yang cukup
 agar dapat mengenali diri serta
mengetahui tugas dan


tanggungjawab,
mengetahui cara menjalankan
FALSAFAH
tanggungjawab sebagai hamba dan
khalifah agar menjadi insan soleh.
PENDIDIKAN
ISLAM
Click to add title
Falsafah Pendidikan Islam berteraskan Al-Quran dan As Sunnah yang banyak menyebut mengenai prin
sip dan tema pendidikan yang bertauhidkan Allah SWT. Falsafah ini mempunyai konsep seperti:

 Menekankan Keesaan Allah


 Pengetahuan Dalam Islam Terdiri Daripada ‘Fardhu Ain Dan Fardu Kifayah
 Pendidikan Adalah Wajib Dalam Agama. Surah pertama, berbunyi Baca!
 Pendidikan Dalam Islam Adalah Proses Seumur Hidup
 Mempunyai Peluang Pendidikan Yang Sama, terutamanya antara jantina, bangsa, etnik, kawa
san dan sosio-ekonomi.
 Prinsip Pendidikan Dalam Islam Merupakan Gabungan Pengetahuan Sains Dan Keimanan
kepada Allah SWT.
 Membentuk Pelajar Dengan Akhlak Yang Tinggi.
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

 Ibnu Rushd (1128M-1198M)


 Imam Al-Ghazali (1058M-1111M)
 Ibnu Khaldun (1332M-1406M)
 Al-Farabi (870M-950M)

PANDANGAN AHLI
FALSAFAH ISLAM
Ibnu Rushd (1128M-1198M)
nama penuhnya Abu l-Walid Muḥammad Ibnu Aḥmad Ibnu Rushd atau dikenali di Barat sebagai Averro
es, di lahirkan di Cordova, Andalusia.

 mempertahankan bahawa logika dan retorik falsafah Yunani bukan bertentangan dengan ajar
an Islam.
 penulisan komprehensif tentang ensiklopedia perubatan Al-Kulliyat Fi Al-Tibb (buku umum per
ubatan) (Colliget atau Generalities in Medicine), dalam tahun 1153 dan 1169.
 Ibnu Rushd terkenal dengan “Tahfut at Tahafut” (The Refutation of Refutation) pada tahun 11
84M dan “Mabadi ‘l-Falasifah” (The Principles of Philosophy). Melalui “Tahfut at Tahafut”, Ibnu
Rushd mengkritik dengan keras “Tahafut al-falasifa” karya Al-Ghazali (The Incoherence of the
Philosophers).
 Keupayaan beliau dalam pemikiran falsafah berteraskan falsafah Yunani mendapat tempat ya
ng utama di Eropah berbanding di dunia Islam.
Imam Al-Ghazali (1058M-1111M)
Abu Hamid Al-Ghazali, atau nama penuhnya Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad al-Ghazali. Al-G
hazali adalah seorang ahli teologi Islam, yang dikenali sebagai Algazel di Barat.

 penerbitannya menjadi rujukan sarjana Islam lain mengenai prinsip dan praktik yang disarank
annya untuk diterapkan dalam pendidikan formal dan tidak formal. Misalnya, kitab Ihya’ Ulumu
ddin (Kebangkitan Ilmu Keagamaan)
 berjaya membetulkan kesilapan ahli-ahli falsafah dan ahli agama. Beliau menjelaskan kepada
orang Islam bahawa kepercayaan terhadap agama mereka bukanlah bergantung kepada hipo
tesis-hipotesis yang tidak rasional tetapi mesti bersandarkan kepada dasar-dasar yang teguh
dan nyata (fakta).
 Al-Ghazali mengkritik moral dan agama masyarakat Islam waktu itu dan mencadangkan langk
ah-langkah untuk membuat pembaharuan sosial.
 Al-Ghazali menghidupkan kembali fahaman Islam dan meninggalkan taklid membuta tuli (sifat
taksub),
 Beliau mengkritik sistem pendidikan yang sedang merosot dan mencadangkan sebuah sistem
yang baru. Kurikulum yang wujud pada masa itu mempunyai kelemahan. Antaranya, ia memis
ahkan Sains Keduniaan daripada Sains berlandaskan Islam
Ibnu Khaldun (1332M-1406M)
Nama penuh Ibnu Khaldun ialah Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Ha
san bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurahman bin Ibnu Khaldun (1332M – 1406M ).

 beliau mengkritik keberkesanan ilmu logik dan metafizik dalam mencapai kebenaran. Beliau b
ersetuju dengan sikap Al-Ghazali terhadap logik (al-mantiq) iaitu asas Falsafah Yunani bahaw
a ia tidak ada kaitannya dengan agama
 Ibnu Khaldun mengkritik para sarjana yang membela ahli falsafah dengan mengatakan, “ulam
a yang tuhan telah sesatkan menganut doktrin untuk mempertahankan pertikaian mereka”.
 berjasa dalam membahagikan ilmu Sains kepada rasional, tradisional dan linguistik. Menurut
beliau, Sains Falsafah dikelaskan untuk merangkumi logik, fizik, matematik dan metafizik dan
juga astronomi dan muzik. Manakala pembahagian aritmetik dan geometri berada di bawah M
atematik.
 Ibnu Khaldun terkenal kerana telah menulis karya yang bermutu tinggi dalam bidang falsafah,
sejarah dan dan sosiologi. Kitab Al-I'bar , kitab “Muqaddimah Ibnu Khaldun” atau “Prolegomen
a” dalam bahasa Yunani, Kitab “Al-Ta'rif Ibnu Khaldun.
Al-Farabi (870M-950M)
Al-Farabi atau mana sebenarnya adalah Muḥammad Ibnu Mu ḥammad Ibnu Ṭarkhan Ibnu Awzalagh ata
u Uzlugh juga disebut Abu Nasr al-Farabi, nama Latin beliau ialah Alpharabius (Alfarabius) atau
Avennasar
 digelar sebagai guru kedua atau the second teacher (al-muallim al-thani) iaitu sebagai mengik
tiraf beliau sebagai seorang sarjana yang berilmu falsafah terkemuka pada masa itu selepas
Aristotle.
 berjaya membuat banyak terjemahan terhadap buku falsafah Yunani seperti De Anima dan P
hysics hasil karya Aristotle dan juga buku-buku hasil karya Plato dan Euclid.
 Karya beliau yang paling terkenal, Ara Ahl al-Madina al-Fadila (Kota Kebajikan), menggamba
rkan hierarki masyarakat yang ideal dan bermoral.
 keupayaan beliau menghasilkan buku komentar falsafah yang terkenal iaitu Al-Jam Bayn Ra’y
ai Al-Hakimayn Aflatun Al-Ilaihi Wa Aristotalis yang secara terperinci telah menganalisis, mem
bandingkan serta mengkrompomikan aliran pemikiran dua orang tokoh Yunani yang terkenal i
aitu Plato dan Aristotle.
 Al Farabi juga cuba mengharmonikan di antara agama Islam dengan falsafah Yunani
 Al-Farabi juga merupakan seorang ahli teori muzik dunia Islam. Dia telah menulis Kitab Musiqi
@ musiqa Al Kabir (Buku Besar Muzik). Karya teori muzik lain termasuk Gaya Dalam Muzik
(Styles in Music). Dia juga dikreditkan kerana mencipta alat muzik Rabab dan Qanun.
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

 menekankan tradisi keilmuan yang


merangkumi keperluan pencapaian
kehidupan menyeluruh dan
seimbang samaada di dunia atau di
akhirat.
 prinsip Falsafah Pendidikan Timur
adalah seperti berikut:
 Proses perubahan (evolution
process) perlu dilakukan untuk FALSAFAH PENDIDIKAN
kelangsungan hidup yang lebih
baik. TIMUR
Konsep Dan Prinsip
sangat menekankan tradisi keilmuan yang merangkumi keperluan pencapaian kehidupan menyeluruh
dan seimbang samaada di dunia atau di akhirat.

 Proses perubahan (evolution process) perlu dilakukan untuk kelangsungan hidup yang lebih
baik.
 Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu pencapaian kebahagiaan.
 Manusia belajar melalui pemerhatian alam semula jadi di mana refleksi kendiri atau
muhasabah diri terhadap pemerhatian tersebut akan menimbulkan rasa kesyukuran terhadap
Tuhan atau keinginan untuk bertaubat.
 Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai Nirvana atau syurga.
Kesemua jalan hidup yang baik menghala ke arah tersebut.
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

 Confucius (551M-479M))
 Rabindranath Tagore (1861-1941)

PANDANGAN AHLI
FALSAFAH TIMUR
 CONFUCIUS (551M-479M))

nama sebenar beliau ialah Kong Fu Tze. Beliau lahir di wilayah Shantung pada tahun 551S.M.

 pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambil kira status sosioekonomi atau kedudukan
sosial.
 Matlamat pendidikan adalah menghasilkan individu berkebolehan (ziancai) serta bermoral
 tinggi.
 kurikulum memfokuskan kepada mata pelajaran akhlak seperti berikut:Pendidikan Moral
 menekankan nilai seperti hormat kepada ibu bapa (xiao), hormat kepada orang yang lebih tua
(ti), ketekunan (min), kesetiaan (zhong), jimat cermat (jian), tolak ansur (rang), kebijaksanaan
(zhi) dan keberanian (yong).
 falsafah Confucius beranggapan guru sebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir
 RABINDRANATH TAGORE (1861-1941)

Beliau dikenali juga dengan nama Gurudev, Kabiguru, Biswakabi dan dirujuk juga sebagai “Bard of
Bengal”@ Pemuisi Benggal.

 Pendidikan merupakan satu proses yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup d
engan lengkap. Tujuan pendidikan adalah untuk mewujudkan kesempurnaan manusia.
 pendidikan bertujuan menghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi dengan
persekitaran semula jadi
 Kurikulum Tagore menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal. Antara mata pelajaran yang
disyorkan termasuklah muzik, seni, kesusasteraan, drama dan tarian, sejarah dan pendidikan
alam sekitar.
 Peranan guru sebagai fasilitator dan pemudahcara secara berkesan ditekankan dalam
pendidikan.Tagore menyatakan bahawa pengajaran mestilah bersatu dengan budaya, rohani,
intelektual, estetika, ekonomi dan sosial.
 individu yang berpelajaran dalam erti kata sebenar bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik,
bersih, berani dan bebas. Bahkan tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal.
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

Pragmatisme
Progresivisme
Rekonstruksionisme
Eksistensialisme

MAZHAB FALSAFAH
BARAT
Pragmatisme
Charles Sanders Pierce (1839–1914) pelopor teori kebenaran iaitu pragmatik. Tokoh lain:Williams
James (1842–1910) dan John Dewey (1859–1952)

 Pragmatisme ialah satu mazhab falsafah yang dikaitkan dengan teori dan makna (theory and
meaning). Ia merupakan pandangan falsafah yang menganggap proses praktikal lebih penting
dari makna dan kebenaran
 Inti dari pragmatisme adalah 'pragmatic maxim' untuk menganalisis makna konsep dan kaitan
nya dengan tindakan. Berdasarkan 'pragmatic maxim', kata-kata tidak mempunyai makna yang
melekat padanya sejak awal. Sebaliknya, kata-kata itu mendapat makna melalui penggunaan
yang berulang kali dilakukan.
 'pragmatic maxim' ini sebagai alat untuk menentang makna metafizik yang tidak masuk akal.
 menekankan ideologi dan pandangan hanya akan diakui benar sekiranya ia benar dan dapat di
jayakan serta dibuktikan dengan baik atau benar, manakala idea atau pandangan yang tidak
praktikal akan ditolak.
 menekankan proses pertanyaan (inquiry) sebagai sumber ilmu
 bertujuan membangunkan pendidikan secara menyeluruh merangkumi fizikal,intelektual, sosial
dan estetika.
Progresivisme
John Dewey merupakan "Bapa Pendidikan Progresif," adalah tokoh yang paling berpengaruh dalam p
endidikan Progresivisme.

 Falsafah ini menumpukan perhatian kepada perubahan sosial. Falsafah ini berteraskan objektif
pendidikan tradisional tidak sesuai pada zaman moden.
 pentingnya hubungan demokratik dalam suasana bilik darjah telah mengalihkan fokus teori p
endidikan sebelum ini yang hanya memfokuskan peranan sekolah kepada memfokus m
emahami keperluan pelajar di sekolah.
 bertujuan memberikan kemahiran yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan
persekitaran yang sentiasa berubah secara tetap (constant).
 pendidikan harus menumpukan perhatian pada perkembangan menyeluruh pelajar
 pelajar harus menguji idea mereka dengan terlibat aktif dalam pembelajaran seperti melakukan
eksperimen serta gerak kerja kumpulan
 perlu berusaha menjadikan sekolah lebih menarik dan bermakna dengan merancang pelajaran
dan pembelajaran pelajar supaya dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar.
 mengutamakan pelajar (pupil- centered) berbanding pedagogi tradisional yang tidak demokratik
Rekonstruksionisme
Tokohnya ialah John Dewey (1859-1952) apabila beliau mencadangkan istilah rekonstruktivisme di dalam
bukunya Reconstruction in Philosophy. Rekonstruksionisme sebagai falsafah sebenar muncul pada 1950
dalam penulisan Patterns of Educational Philosophy karya Theodore Brameld. Antara tokoh:William
James, John Dewey, Teodore Brameld dan Morris Mitchell.

 penekanan terhadap melahirkan masyarakat yang demokratik dan berfikiran kritis


 Peranan sekolah sangat dipentingkan sebagai tempat bermulanya rekonsruktivisme.
 Kurikulum pula haruslah dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk berfikir secara kritis
mengenai masalah dalam masyarakat.
Eksistensialisme
Falsafah baharu yang muncul di Eropah selepas Perang Dunia Pertama. Seorang ahli falsafah
Denmark, iaitu Soren Kierkegaard telah menyediakan asas bagi falsafah ini apabila beliau menulis
mengenai kebebasan dalaman manusia untuk mengarahkan kehidupannya.

 berasaskan naturalisme dan mazhab humanis yang memberikan tumpuan kepada kewujudan
manusia
 menekankan kebebasan idea individu dalam mencari kefahaman kendiri atau personal t
entang kehidupan di dunia.
 Individu dibezakan berdasarkan karakter atau perwatakan, pandangan dan pengalaman
peribadi yang dilalui mereka dalam kehidupan masing-masing.
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

IDEALISME
REALISME

FALSAFAH UMUM
BARAT
IDEALISME
Mazhab falsafah terawal yang wujud di Barat dan idea klasik tentang falsafah ini datang daripada tokoh
yang terkenal, iaitu Plato (428M-348M). pada abad ke 15 dan 16.
Aliran Falsafah Idealisme juga dikenali dengan sistematik (systematization) dan subjektif (subjectivism).
Pengenalan baharu ini berdasarkan tulisan Rene Descartes (1596–1650),
George Berkeley (1685–1753), Immanuel Kant (1724–1804), George W. F. Hegel (1770–1831),
dan Josiah Royce (1855–1916).
 percaya bahawa IDEA merupakan satu-satunya kenyataan yang benar menolak aspek
material sebagai tidak kekal.
 Kebenaran itu sempurna dan kekal. Menurut Plato, individu harus merefleksi diri mereka
terutamanya dengan mencari kebenaran hakiki.
REALISME

Aristotle (384SM – 322SM) merupakan bapa pemikiran Realisme. Falsafah Realisme adalah tanggapan
bahawa dunia wujud dari segi jirim, terpisah dari dunia IDEA. Terdapat tiga cabang Realisme: Klasik,
Agama, Dan Moden.

 Realisme Klasik. menunjukkan bahawa jirim itu nyata dan ia terpisah dari persepsi kita. Kita m
ungkin tidak melihatnya, mendengarnya atau merasakannya tetapi ia tetap ada. Aristotle me
negaskan bahawa idea boleh wujud tanpa jirim, tetapi jirim tidak boleh wujud tanpa idea.
 Realisme Agama - mempengaruhi Agama Yahudi dan agama Kristian. manusia tidak m
encipta pengetahuan, tetapi menjumpainya. Idealis agama melihat individu sebagai ciptaan T
uhan yang mempunyai jiwa.
 Realisme Moden - didasarkan terhadap ahli falsafah terkenal seperti Francis Bacon (1561– 1
626) dan John Locke (1632–1704). Locke menegaskan bahawa semua pengetahuan yang di
ketahui berasal dari pengalaman dan proses merenungkan pengalaman itu bertujuan untuk
mendapatkan idea.
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

Idealisme
Realisme

TUJUAN PENDIDIKAN
Idealisme

Idealisme ialah mazhab falsafah terawal yang wujud di Barat dan idea klasik tentang falsafah ini datang
daripada tokohnya yang terkenal, iaitu Plato (428M-348M). Falsafah ini memberikan fokus kepada
elemen akal (minda), jiwa dan semangat individu.

 percaya bahawa idea merupakan satu-satunya kenyataan yang benar. Idealisme menolak
dunia material
 Kebenaran itu sempurna dan kekal. Menurut Plato, individu harus merefleksi diri mereka
terutamanya dengan mencari kebenaran hakiki.
 mesti mencari kebenaran sejagat dalam bidang lain seperti politik, masyarakat, dan
pendidikan.
 mempercayai kebenaran semata-mata bukanlah paling penting berbanding proses pencarian
kebenaran yang dilakukan.
 proses berfikir merupakan proses mencari makna melalui berfikir secara logik (reasoning).
Realisme

Aristotle (384SM – 322SM) merupakan bapa pemikiran realisme. Aristotle (384SM – 322SM) merupaka
n bapa pemikiran realisme. Terdapat tiga cabang Realisme: Klasik, Agama, Dan Moden.

 Realisme memberi kesan terbesar pada Falsafah Pendidikan, kerana ia adalah asas
penaakulan ilmiah.
 Pendidik yang realistik mendorong pelajar untuk membuat pemerhatian dan kesimpulan dari
dunia di sekeliling mereka, dan bukannya berdasarkan analisis idea guru sendiri.
 Peranan seorang guru moden adalah sebagai penganjur, penyusun sistematik, dan
pendorong pemikiran kritis yang banyak didasarkan pada prinsip realisme.
 Pendidik Realisme bersifat objektif, mempercayai pendekatan sistematik serta mengklasifikasi
kan pengetahuan berdasarkan maklumat yang dipelajari sebelumnya.
 Ahli Realisme cenderung menggalakkan pelajar untuk mencari kebenaran dan idea dalam
sastera.
 Mendorong pelajar untuk mencari kebenaran dengan menguji prinsip pembelajaran yang
dipelajari di persekitaran dunianya.
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

PARENIALISME
ESSESIALISME

FALSAFAH PENDIDIKAN
TRADISIONAL BARAT
Parenialisme

Perenialisme merupakan aliran falsafah lama yang konservatif bermula semenjak pra-kristian lagi yang
berkait dengan Aristotle, St.Augustine (pada abad seribu tahun awal kristian) yang dipengaruhi oleh
Plato, St.Thomas Aquinas.
Kehidupan zaman moden telah menimbulkan pelbagai krisis. Perenialisme bertujuan ingin kembali
kepada kebudayaan pada masa lampau (regressive road to culture) yang dianggap cukup ideal dan t
eruji keupayaannya.

 bertujuan mendapatkan kebenaran serta memahami kebenaran dengan sepenuhnya.


 Kebenaran dapat dibentuk melalui kefahaman terhadap pemikiran masyarakat terdahulu serta
bersifat universal yang merentasi batas tempat, masa serta keadaan.
 Bertujuan mengembangkan kekuatan pemikiran, menginternalisasikan kebenaran yang u
niversal dan berterusan dan memastikan bahawa pelajar memperoleh pemahaman m
engenai idea-idea hebat peradaban Barat dahulu
 falsafah yang paling konservatif, tradisional, namun fleksibel
 merangsang pelajar berfikir secara kritis dan bernas serta memupuk akal yang rasional.
Essesialisme

Pandangan falsafah ini digerakkan pada awal 1930-an oleh pendidik seperti William C. Bagley, Thomas
Briggs, Frederick Breed.
Falsafah Essensialisme bercirikan beberapa perkara berikut : (a) menyemak semula kurikulum
pendidikan semasa: (b) mengklasifikan serta membezakan perkara utama dan sampingan dalam
pencapaian matlamat pendidikan dalam program sekolah: (c) mewujudkan semula kewibawaan guru di
dalam kelas sebagai role model.
 Proses pembelajaran memerlukan disiplin dan kerja keras dan sering tidak disukai ramai.
 Inisiatif Pendidikan harus dimulai oleh guru sendiri berbanding daripada pelajar mereka.
 Kunci kejayaan proses pendidikan terletak kepada pandangan pakar (subject matters).
 Sekolah harus mempertahankan kaedah-kaedah tradisional yang berhubungan dengan
penerapan disiplin mental pelajar supaya belajar.
 Pelajar harus difahamkan dengan konsep yang penting seperti kaedah, teknik serta strategi
pembelajaran yang sesuai seperti penyelesaian masalah, pembelajaran learning by doing
dalam proses pembelajaran mereka.
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

Parenialisme
Essesialisme

TUJUAN PENDIDIKAN
Parenialisme

Kata Perenialisme berasal dari kata “perennial” yang berarti “keabadian”, atau continuing throught the
whole years atau lasting for very long time, atau kekal abadi.
Aliran ini dipengaruhi oleh pemikiran Plato dan Aristotle. Aliran ini mengagungkan nilai-nilai masa lalu
bertujuan mengembalikan nilai-nilai asasi manusia masa silam yang baik untuk mengatasi masalah
kehidupan manusia sekarang.
 Falsafah ini bertujuan mendapatkan kebenaran serta memahami kebenaran.
 Pendidikan merupakan satu latihan menyeluruh membentuk manusia secara holistik
merangkumi pemikiran dan keintelektualan individu.
 Kebenaran dapat dibentuk melalui kefahaman terhadap pemikiran masyarakat terdahulu serta
bersifat universal yang merentasi batas tempat, masa serta keadaan.
 Tujuan Perennialisme dalam Pendidikan adalah untuk mengembangkan kekuatan pemikiran,
menginternalisasikan kebenaran yang universal dan berterusan dan memastikan bahawa
pelajar memperoleh pemahaman mengenai idea-idea hebat peradaban Barat dahulu. I
ni adalah falsafah yang paling konservatif, tradisional, namun fleksibel.
 Perenialisme merangsang pelajar berfikir secara kritis dan bernas serta memupuk akal yang r
asional.
Essesialisme
Falsafah ini bersifat tradisional dan konservatif. Menurut Brameld, aliran Essensialisme ialah aliran yang
wujud akibat kesepaduan antara aliran idealisme dan realisme. Aliran idealisme Plato dan aliran
realisme Aristotle telah membentuk konsep-konsep pemikiran aliran Essensialisme.
 Proses pembelajaran memerlukan disiplin dan kerja keras dan sering tidak disukai ramai.
 Selain daripada menekankan minat, falsafah ini juga menekankan dedikasi untuk mencapai
tujuan yang lebih jauh.
 Inisiatif Pendidikan harus dimulai oleh guru sendiri berbanding daripada pelajar mereka.
Peranan guru adalah untuk menjadi orang tengah antara dunia dewasa dan dunia kanak- k
anak.
 Guru telah bersedia khas untuk tugas ini. Mereka lebih berkualiti untuk membimbing p
ertumbuhan pelajar dengan lebih baik.
 Kunci kejayaan proses pendidikan terletak kepada pandangan pakar ( subject matters). Tujuan
kanak-kanak bersekolah adalah untuk mengenali dunia sebenar dan tidak menafsirkannya b
erdasarkan keinginannya mereka sendiri.
 Sekolah harus mempertahankan kaedah-kaedah tradisional yang berhubungan dengan
disiplin mental pelajar supaya belajar.
 Pelajar harus difahamkan dengan konsep yang penting seperti kaedah, teknik serta strategi
pembelajaran yang sesuai seperti penyelesaian masalah, pembelajaran learning by doing dal
am proses pembelajaran mereka.
Progresivisme
Rekonstruksionisme
Eksistensialisme

FALSAFAH PENDIDIKAN
MODEN BARAT
Progresivisme
John Dewey adalah pendokong utama falsafah ini. Antara prinsip yang diketengahkan John Dewey
adalah seperti sekolah harus meningkatkan cara hidup masyarakat dengan menggalakkan pelajar m
endapat kebebasan dan demokrasi di sekolah.
Pelajar digalakkan membuat keputusan bersama dalam aspek yang melibatkan kepentingan mereka.
 aliran ini mahukan perubahan segera dalam pendidikan untuk menuju ke arah yang lebih
baik.
 pendidikan harus memfokuskan kepada perkembangan menyeluruh pelajar berbanding
memfokuskan terhadap sukatan pelajaran atau guru.
 Prinsip pembelajaran aktif diutamakan dalam falsafah ini. Pelajar berkebolehan dalam
penyelesaian masalah dan pemikir yang memberi makna melalui pengalaman mereka dalam
konteks fizikal dan budaya.
 Guru berperanan sebagai pemudah cara, fasilitator dan mediator yang menjadi penghubung
pelajar dengan ilmu pengetahuan.
Rekonstruksionisme
Kemunculan istilah Rekonstruksionisme bermula pada tahun 1920-an oleh John Dewey (1859-1952) a
pabila beliau mencadangkan istilah rekonstruktivisme di dalam bukunya Reconstruction in Philosophy. A
hli-ahli Rekonstruktivisme mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusi pembentukan semula m
asyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat . Falsafah ini memfokuskan reformasi sosial se
bagai tujuan utama gerakan falsafah mereka.

 Guru dan pelajar harus menjadi agen perubahan yang dapat membaik pulih masyarakat.
 Guru dan pelajar mempunyai hak untuk bersuara dan mendapat akses komunikasi dan
pelajar mempunyai akses peperiksaan percuma.
 Kurikulum perlu ditransformasikan selaras dengan sosio-ekonomi dan politik dalam
pendidikan yang sering berubah.
 Strategi, kaedah dan teknik pengajaran pendidikan perlu diselaraskan kerana masyarakat
sentiasa berubah.
 Kurikulum berdasarkan isu sosial dan berorientasikan perkhidmatan adalah ideal dalam
pendidikan.
Eksistensialisme
Adalah falsafah moden yang wujud di Eropah semasa mereka menghadapi krisis kematian dan
kehancuran akibat peperangan.
Eksistensialisme adalah gerakan falsafah yang asalnya berasal dari ahli falsafah Denmark,
Soren Kierkegaard (1813 - 1855)
 Pemikiran absurd (tidak munasabah : tidak masuk akal) (Absurdity): Apa yang dihadapi manusia dalam
hidup adalah kerana ketidakpastian memandangkan naluri manusia sentiasa berusaha untuk mencari
jalan keluar akibat kecewa kerana ketidaktentuan dunia yang kusut dan tidak bermakna.
 Kebimbangan (Anxiety): Berdasarkan pandangan falsafah Kierkegaard (1813 - 1855) beliau menyatakan
bahawa berkata, "Anxiety is the dizziness of freedom." Manusia merasa cemas kerana mereka sendiri
yang bertanggungjawab ke atas tindakan mereka.
 Pengasingan (Alienation): Manusia merasa bahawa mereka adalah orang asing di dunia, atau perasaan
terasing dalam diri sendiri. Banyak aspek kewujudan dalam kehidupan telah memaksa individu untuk
mengasingkan diri dengan alasan yang tidak masuk akal (absurd).
 Sifat (roh) sesuatu benda adalah lebih utama serta tidak berubah daripada kewujudan sesuatu benda
tersebut secara fizikal. (Existence Precedes Essence)
 Subjektiviti (subjectivity): Ia menghormati perbezaan pandangan individu yang merangkumi perspektif
kendiri terhadap dunia, termasuk keperluan, keinginan dan emosi yang berbeza setiap individu dengan
yang lain.
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

Socrates
Plato
Aristotle

PANDANGAN AHLI
FALSAFAH BARAT
Socrates
Socrates (469SM-399 SM) adalah seorang ahli falsafah Yunani klasik bertanggungjawab meletakkan
asas-asas falsafah Barat moden. Perincian mengenai kehidupan Socrates dapat diperoleh dari
penulisan rakan dan pelajarnya, Plato. Socrates terkenal kerana mencipta ironi Socratic dan kaedah
Socratic (elenchus).

 Kaedah Socratic atau elenchos dijelaskan dalam ' Socratic Dialog ' karya Plato. Kaedah S
ocratic menjelaskan konsep Kebaikan dan Keadilan terhadap pelajar dalam pembelajaran.
 Kaedah ini tidak memerlukan jawapan secara terus daripada pelajar. Sekiranya pelajar
mempunyai masalah, guru perlu memecahkannya kepada beberapa persoalan kecil masalah
tersebut bertujuan membimbing pelajar mendapatkan idea penyelesaian terhadap soalan t
ersebut secara berperingkat dan mereka akan mendapat jawapan yang diperlukan.
 Pelajar dilibatkan bersama-sama mencari idea terhadap soalan tersebut berasaskan prinsip
pembelajaran aktif, inkuiri penemuan serta prinsip pemikiran kritikal.
 Falsafah ini menjadikannya Socrates sebagai bapa falsafah dan politik Barat.
 Kaedah Socratic dirancang sedemikian rupa untuk menolong pelajar menilai kepercayaan diri
sendiri. Melalui kaedah ini pelajar dapat berfikir secara kreatif dan kritis dan mengamalkan
kaedah penyelesaian masalah serta penaakulan untuk mendapat jawapan.
sambungan
 Socrates percaya bahawa kebijaksanaan selari dengan kejahilan seseorang. Perbuatan
seseorang adalah hasil tahap kecerdasan dan kebodohan ini.
 Beliau sentiasa menghubungkan 'cinta kebijaksanaan' dengan 'seni cinta'. Tetapi beliau
membuat pemisahan yang jelas di antara kebijaksanaan dan kebodohan.
Plato
Plato adalah seorang ahli falsafah Yunani yang lahir pada tahun 428/427 SM dan meninggal pada tahun
348/347SM pada usia 80-81 tahun. Nama sebenar Plato adalah Aristocles.

 Rancangan pembelajaran dalam Dialog Republic dan Laws bertujuan memberikan latihan
moral kepada warganegara dan pemerintah negeri secara ideal. Menerusi Republic, Plato
membincangkan cara-cara melatih guardians atau penjaga negeri.
 Pendidikan Moral bermula dengan latihan muzik, kesusasteraan dan gimnastik.Tiga perkara
penting yang diutamakan oleh Plato ialah latihan perlu dilakukan secara umum samaada
terhadap pelajar lelaki dan perempuan.
 Manakala, latihan muzik, kesusasteraan dan gimnastik perlu dibersihkan daripada unsur yang
tidak bermoral.
 Pengajian tinggi menurut Plato adalah khusus untuk penjaga dan pemerintah Republic.
Pengajian ini bertujuan membentuk pemikir yang dapat berdialektik (berbahas).
 Proses pembelajaran tinggi menerusi falsafah Plato ini memakan masa selama lima puluh
tahun.(LIFE LONG LEARNING)
Aristotle
Aristotle dilahirkan pada tahun 384 SM di Stagira, Yunani, di sempadan Macedonia. Pada tahun
343SM, Aristotle dipanggil oleh Raja Philip II dari Macedon (382SM–336SM) untuk mengajar puteranya,
Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) dan memegang jawatan ini selama tujuh tahun berikutnya,
sehingga Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) menaiki takhta pada tahun 336SM dan
memulakan penaklukannya yang terkenal.
 Pendidikan menurut Aristotle, bermula lebih awal dengan eugenics atau mendapatkan baka
keturunan yang baik, kesihatan sebelum lahir atau prenatal dan perkembangan awal kanak-
kanak. Kurikulum Aristotle di sekolah rendah bermula seawal tujuh sehingga empat belas
tahun merangkumi membaca, menulis, gimnastik, muzik dan lukisan
 Aristotle merancang sistem pendidikan berterusan.
 Proses pendidikan tidak terhad kepada peringkat umur kerana ia adalah proses yang
menyeluruh mengenai kehidupan manusia seumur hidup.
 Aristotle mengutamakan pendidikan muzik kerana beliau mempercayai muzik dapat
mempengaruhi moral pelajar dengan lebih berkesan berbanding gerak kerja gimnastik.
 berpendapat bahawa keperluan setiap warganegara (tidak termasuk tukang, peniaga, buruh
atau hamba) untuk melanjutkan pengalaman dan pengetahuan dengan belajar falsafah moral
dan politik supaya menjadi warganegara yang baik.
sambungan

 Aristotle mengenal pasti dua kategori pendidikan pelengkap: pendidikan melalui kebiasaan
(habit) dan pendidikan melalui akal (reasoning).
 Pendidikan melalui akal (reasoning) pula merupakan pelengkap terhadap pendidikan melalui
kebiasaan (habit). Terdapat dua kaedah pendidikan ini iaitu induktif logik (epagoge) dan
demonstrasi dalam pembelajaran
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

Ontologi @ Metafizik
Epistemologi
Aksiologi
Logik
CABANG-CABANG
FALSAFAH
Ontologi @ Metafizik
Metafizik adalah cabang falsafah yang bermula sejak zaman Yunani kuno kira-kira 2500 tahun yang
lalu. Ia dianggap sebagai salah satu cabang utama falsafah.

 Secara umumnya perkataan metafizik adalah kombinasi dua perkataan iaitu Meta yang b
ermakna lebih atau melampaui sesuatu serta perkataan fizik.
 Gabungan perkataan ini bermakna metafizik adalah melangkaui fizik. Metafizik juga dikenali s
ebagai falsafah spekulatif (speculative philosophy) yang seringkali mencetuskan perbahasan
 Hal ini kerana Metafizik mempersoalkan soal kewujudan samaada tuhan wujud atau tidak?
 Aliran Metafizik juga seringkali mempersoalkan perkara seperti berikut:
 • Apakah dimaksudkan dengan alam semesta?
 • Apakah makna hidup?
Epistemologi
Istilah "epistemologi" berasal dari perkataan Yunani "episteme" dan "logo". "Episteme" dapat diterjemah
kan sebagai "pengetahuan" atau "pemahaman" sementara "logos" dapat diterjemahkan sebagai "hujaha
n" atau "alasan"
 Epistemologi memfokuskan pada kaedah memperolehi pengetahuan dan bagaimana
pengetahuan tersebut dapat membantu membezakan antara kebenaran dan kepalsuan dari
dunia di sekeliling kita.
 Epistemologi merupakan pencarian makna melalui cara fikir tentang sifat pengetahuan itu
sendiri. Ia banyak bergantung kepada tahap kefahaman dan tahap ilmu yang dimiliki.
 Justeru, epistemologi adalah asas untuk memahami bagaimana dan mengapa kita berfikir,
dengan kata lain, bagaimana kita memperoleh pengetahuan, bagaimana kita bergantung
pada deria kita, dan bagaimana kita mengembangkan konsep dalam fikiran kita untuk
pengembangan pemikiran dan penaakulan yang baik.
Aksiologi
Perkataan aksiologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu axios yang bermakna nilai dan logos
bemakna logik, teori serta pelbagai makna lain. Justeru aksiologi dikenali sebagai teori nilai.
Aksiologi merupakan falsafah yang mengkaji nilai. Cabang falsafah ini terbahagi kepada dua iaitu etika
dan estetika.
 Terdapat tiga ciri utama aksiologi seperti:
 Etika iaitu falsafah moral yang secara sistematik menerangkan konsep sikap yang betul dan
salah. Etika merupakan pelengkap kepada estetika dalam bidang aksiologi ini. Melalui f
alsafah ini, etika merupakan sikap, moral manusia dan bagaimana seharusnya setiap i
ndividu bertindak dalam kehidupannya berdasarkan norma yang diterima.
 Estetika merupakan cabang aksiologi yang berhubungan dengan kecantikan, kesenian dan c
itarasa dalam menghargai keindahan. Ia juga dikenali sebagai kajian sensori, sentimen dan
rasa. Estetika juga dikenali sebagai refleksi kritikal terhadap seni, budaya dan alam sekitar.
 Nilai dapat dibahagikan kepada dua iaitu nilai material dan nilai spiritual. Nilai material m
erupakan nilai keperluan kebendaan harian manusia seperti barangan, sementara nilai sp
iritual merangkumi intelektual, emosi dan kejujuran, kebaikan dan kecantikan dalaman yang le
bih subjektif.
Logik
Ilmu logik telah bermula di Yunani dengan melahirkan beberapa tokoh-tokoh pemikir ilmu logik seperti
Socrates, Plato dan Aristotle. Aristotle digelar sebagai bapa ilmu logik (Hurley, 2001). Logik berasal
daripada bahasa Yunani "logos", yang mempunyai berbagai makna termasuk kata, pemikiran, idea.
 Pemikiran logik merupakan pemikiran yang digunakan untuk mencari kaitan, sebab-akibat,
membuat kesimpulan atau deduksi untuk mempertahankan hujah. Pemikiran logik sinonim t
erhadap fakta yang nyata dan jelas. Secara khususnya, pemikiran logik ini berkaitan dengan f
alsafah idealisme dan realisme.

 Logik deduktif ialah cara membuat kesimpulan bermula dari pernyataan am sehingga ke
pada perkara yang khusus. Antara contoh hujah seperti: semua mangga adalah buah, se
mua buah tumbuh diatas pokok, maka semua mangga tumbuh diatas pokok.

 Logik induktif pula merujuk satu cara membuat kesimpulan dari perkara yang khusus ke
pada perkara / generalisasi am. Antara contoh hujah seperti:semua gagak yang dilihat ad
alah hitam, oleh itu semua gagak adalah hitam.
Sumber wahyu
Sumber dari pihak yang berkuasa
Sumber intuitif
Sumber penaakulan logik
Sumber pendekatan saintifik

SUMBER ILMU
Sumber ilmu

 Wahyu-Sumber ini datang dari tuhan dan merupakan sumber ilmu utama daripada falsafah
yang berasaskan kepercayaan teologi.
 Sumber dari pihak yang berkuasa -Pihak berkuasa ini terdiri daripada ibu bapa, media rasmi,
doktor, guru agama bertauliah, pihak berkuasa agama, kerajaan dan sebagainya
 Sumber intuitif-Pengetahuan intuitif dan naluri adalah kaedah pemerolehan pengetahuan
yang lain.
 Sumber penaakulan logik -Penaakulan logik(logik deduktif dan logik induktif) merupakan satu
sumber ilmu yang utama.
 Sumber pendekatan saintifik -Ilmu yang diperolehi melalui kaedah ini mempunyai
kebolehpercayaan dan keesahan yang tinggi.
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

Islam
Barat
Timur

MATLAMAT PENDIDIKAN
ISLAM, BARAT DAN
TIMUR
Islam
 Pendidikan Islam mempunyai beberapa pecahan dalam pelbagai bidang imu seperti akidah
atau tauhid, ibadah atau fiqah,tafsir,hadis,akhlak, sejarah atau sirah, falak dan sebagainya.
 Pendidikan Islam merupakan ad-din iaitu kesempurnaan Islam sebagai satu sistem hidup
yang sempurna dan lengkap (syumul).
 melengkapkan setiap individu dengan pengetahuan Islam agar dapat hidup sebagai seorang y
ang beriman, berakhlak, berpengetahuan dan beramal soleh,
 seterusnya pengetahuan itu juga dapat menyedarkan manusia tentang tugas utamanya
sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi.
Barat

 intipati pendidikan Barat yang merangkumi kepelbagaian falsafah seperti metafizik,


epistimologi dan aksiologi
 Pembelajaran aktif berlaku kerana proses pengajaran dan pembelajaran tidak berfokus pada
guru, tetapi lebih mengutamakan pelajar (active learner).
 Pendidikan mesti berupaya mengembangkan keupayaan dan pengalaman setiap individu
 Membantu masyarakat memahami peranan pihak berkuasa dan mematuhinya
 Pendidikan harus menjadikan seseorang individu bebas untuk mendapatkan pengalaman,
menganalisis,berfikir dan kemudian bertindak.
Timur

 Matlamat pendidikan Timur bertujuan membentuk manusia menjadi individu yang mempunyai
pertimbangan baik dalam tindakan (wisdom), mempunyai nilai yang seimbang serta k
erohanian yang tinggi. Ia merupakan gabungan Falsafah Islam, Konfusianisme, Toisme serta
Buddha
 menekankan pandangan hidup manusia (world view) dan maknanya supaya kehidupan d
apat diharmonikan dengan alam sekitar.
 Matlamat pendidikan adalah untuk semua rakyat, tanpa mengambil kira status sosioekonomi
atau kedudukan sosial dan jantina.
 menghasilkan individu berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi.
 bermatlamat dapat membentuk sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk
berkhidmat kepada masyarakat dan negara
Rumusan

 Falsafah Pendidikan terdiri daripada Falsafah Pendidikan Barat, Falsafah Timur dan juga
Falsafah Islam.
 Falsafah Pendidikan Barat mementingkan cara untuk mendapatkan ilmu (epistimologi) dan
peranan ilmu dalam kehidupan individu merangkumi pengalaman pada pelajar supaya mere
ka dapat mengatasi masalah yang dihadapi dalam kehidupan peribadi dan sosial.
 Falsafah Timur menekankan keseimbangan ilmu dengan alam sekitar, mementingkan
keharmonian, serta kebijaksanaan dalam tindakan.
 Falsafah Islam mementingkan nilai keugamaan, keharmonian masyarakat dan alam sekitar
serta ketakwaan kepada Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai